Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan
Pusat Maklumat Pemakanan merupakan sebuah pusat informatif yang mengumpul dan menyebar maklumat pemakanan yang terkini dan tepat kepada masyarakat.
Tolo Yang Mano?
TELUR REBUS ATAU TELUR GORENG
Yang mana pilihan anda?
Telur merupakan salah satu sumber protein yang baik. Namun, anda boleh membuat pilihan lebih sihat dengan mengawal pengambilan kalori dengan pemilihan kaedah masakan yang lebih rendah kalori dan sihat.
Seringkali berlaku kejadian keracunan makanan yang disebabkan oleh pengendalian penyediaan makanan yang tidak selamat.
Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif dengan memastikan pengendalian dan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu.
Pengusaha dan peniaga makanan perlu menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan‼️
Info semasa. SILA BERI PERHATIAN!
✅Pemakanan Ibu Hamil
Bagi wanita kehamilan🤰🏼adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat disahkan doktor bahawa diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi 👶🏻 yang bakal lahir sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan pemakanan 🥦🍗🫘 yang sempurna perlu dimulakan sejak dari dalam kandungan lagi.
Makluman Awam :
▶️ Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2024 telah bermula dari Julai sehingga September 2024 yang akan melibatkan rumah yang terpilih secara rawak di Malaysia. Terimakasih di atas penglibatan dan kerjasama anda.
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
✅NHMS2024
Sayur sebagai Snek👍
Badan yang sihat dipengaruhi oleh pemakanan dan juga gaya hidup. Nutrisi adalah penting untuk memastikan individu mengalami tumbesaran yang normal, perkembangan yang sejajar dengan umur serta memastikan tubuh badan sentiasa sihat.
Pada umumnya, corak pemakanan yang sihat harus berpandukan piramid pemakanan mengikut keperluan individu. Jom mulakan dengan tabiat pengambilan snek secara bijak‼️
8 Mesej Utama Bulan Pemakanan Malaysia 2024
Jom ubah minda untuk cegah penyakit berkaitan pemakanan. Ikuti 8 tip ini untuk kesihatan yang berpanjangan.
Demonstrasi Jus Buah (FAMA)
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2024 oleh YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan pada 29 Jun 2024 (Sabtu) di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan.
Anda masih berkesempatan untuk hadir ke program ini hari ini sehingga jam 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda‼️
Jom memeriahkan Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2024 di AEON Mall Nilai‼️
"𝑼𝒃𝒂𝒉 𝒎𝒊𝒏𝒅𝒂, 𝑪𝒆𝒈𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒌𝒊𝒕 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒊𝒕𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏𝒂𝒏"
Saksikan Secara Langsung..
Moh Doreh SokLuso ke AEON Mall Nilai...
Jom bersama-sama ke Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2024 di AEON Mall Nilai, esok.
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2024 oleh YB Menteri Kesihatan
Apo Koba ea orang Nismilan?
Moh doreh poe AEON Mall Nilai 29 & 30 Jun 2024 niaha..
Ado Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2024 ;)
Macam-macam aktiviti ado tu nanti..
Antaro eh :
✅Demo Masakan
✅Pocket Talk
✅Kembara Pasaraya
dan macam-macam laeii..
Jumpo di AEON Nilai ujung minggu ni yo... 😉
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
Majlis Bandaraya Seremban
Pilihan di tangan anda ;)
Pre&Probiotik 👍
******WEBINAR PERCUMA-MAK OK TAK?******
▶️ BERSAMA PANEL DARI KELAB SUSU IBU SEREMBAN*
✅ Ahad | 23 Jun 2024 | 9:00 – 10:00 PM
📸Pautan : https://meet.google.com/uky-ewob-qdc
Tidur yang mencukupi dapat mengelakkan risiko daripada masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Waktu tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan keseimbangan tenaga di dalam badan akan terganggu dan menyebabkan pengambilan tenaga (makan) meningkat berbanding jumlah tenaga yang digunakan oleh tubuh. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat waktu tidur yang mencukupi agar anak-anak sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang hari
Nak masak apo daging korban tu gak eh?
Sedapnya daging segar bila dimasak🥩tapi jangan lupa pantau kalori ya..Pilihlah kaedah memasak yang lebih sihat dan tambahkan sayur dalam hidangan😊
Selamat menjalani ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha…
Tip : Meningkatkan Khasiat Menu Daging ;)
3 TIPS MUDAH TINGKATKAN KHASIAT DAGING
Bagi memanfaatkan zat besi dari daging, anda digalakkan :
🍋Tambahkan perahan limau ke dalam hidangan daging. Ia dapat meningkatkan penyerapan zat besi
🍹 Minum air limau semasa makan hidangan daging
☕ Jarakkan pengambilan kafein sebelum atau selepas makan hidangan daging. Kafein boleh mengganggu penyerapan zat besi
Selamat Mencuba!
Warga dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/ 2024M
Berapa Ekor Korban Tahunni?
Sempena Hari Raya Aidil Adha ini ambillah peluang sediakan hidangan yang lebih sihat untuk keluarga tersayang.
Jom ikuti tip mudah ini.
Kurangkan ;)
Jom kurangkan lemak dan minyak dalam hidangan anda setiap hari!
Padat Nutrien 👍
PADAT KALORI ATAU PADAT NUTRIEN?
Seorang pesakit obesiti mengeluh dengan berkata "Makan sikit sahaja, tapi berat tak turun-turun..kenapa?"
Persoalannya, apakah makanan yang "sikit" tu?
Mungkin makanan itu ialah makanan yang "padat kalori". Makanan "padat kalori" sering dianggap makanan yang ringan namun begitu jumlah tenaga atau kalorinya adalah tinggi. Jumlah tenaga yang tinggi di dalam makanan "padat kalori" ini kebanyakannya adalah daripada gula, minyak/lemak yang tinggi.
Apa p**a makanan padat nutrien? Makanan padat nutrien adalah makanan yang mengandungi nilai nutrien seperti vitamin, serat, mineral yang tinggi. Ia biasanya lebih mengenyangkan dan mempunyai kalori yang mungkin lebih rendah daripada makanan "padat kalori" jika dibandingkan dengan berat yang sama.
Jadi, untuk mereka yang obesiti, untuk membantu menurunkan berat badan, kenali makanan padat kalori & padat nutrien, pilihlah pilihan yang lebih sihat!
Pusat Maklumat Pemakanan Johor
Wanita sering kali mendapati diri mereka bergelut dengan pelbagai tanggungjawab dari segi kerjaya dan keluarga sehinggalah kepada kerja-kerja di rumah. Sehinggakan kesejahteraan diri mereka bukan menjadi keutamaan sebagai contoh adalah amalan aktiviti fizikal.
Hari ini & akan berkongsi saranan kepentingan aktiviti fizikal terutamanya kepada golongan wanita. Jadi untuk wanita diluar sana boleh cuba untuk mengamalkannya 😄
Makan Nasi Tapi.......
Biasakan....
Pesanlah minuman kurang manis atau tanpa gula ketika anda minum atau makan di luar. Ingat, kurang manis lebih baik dan latihlah lidah anda dengan rasa kurang manis. Adalah lebih baik jika anda memilih air kosong berbanding minuman manis.
Kenyalang Nutri-Info: Pusat Maklumat Pemakanan Sarawak
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Website
Address
Klinik Kesihatan Seremban 2, Jalan S2 A2, Seremban 2
Seremban
70300
Opening Hours
Monday | 09:00 - 16:00 |
Tuesday | 09:00 - 16:00 |
Wednesday | 09:00 - 16:00 |
Thursday | 09:00 - 16:00 |
Friday | 09:00 - 16:00 |
Seremban
Hi..I'm Mohamad Nurhakim Shafiq..can just call me Hakim..any inquiries about COWAY, dont hesitate &
No 77, Jalan Saujana S2 Height, Saujana S2 Height
Seremban, 70300
Yang terbaik buat para suami.
Seremban
Fitness dance exercises and programmes tailored to be Happy & Fun for all to enjoy while keeping fit
NO 9-1, TINGKAT 1, Jalan RASAH PRIMA 1, PUSAT KOMERSIAL RASAH PRIMA
Seremban, 70300
1A, Wisma Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan Jalan Dato Bandar Tunggal Negeri, Bandar Seremban
Seremban, 70000
✅Authorised Magic Specialist SK Magic(M) Sdn Bhd✅ https://shop.skmagic.com.my/agentcode=112226175
No 17 & 19, Ground Floor, Jalan Tan Sri Manickavasagam
Seremban, 70300
大家可以互相交流、获取健康资讯和社区快讯。 We in touch to share health topics a
No. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, Seremban 2
Seremban, 70300
Page ini berkaitan dengan bengkung kesihatan Turki by Orthosoft yang merawat masalah sakit pinggang
1220 Jalan Cengal 29, Tmn Ampangan
Seremban, 70400
Produk Have Herbal Spray dan Krim Jeragat 769 www.wasap.my/601159535731/sihatibubapa