Seminit Teknologi

Fokus teknologi dan inovasi. Kami berkongsi info & berita teknologi terkini, ringkas dan padat.

30/06/2023

Hati2 guys. Jangan mudah terpedaya.

Pesanan dari Bank Negara Malaysia (BNM)

26/06/2023

5G di Kota Bharu, Kelantan 👏

21/06/2023

Fuhh 👍👍

12/06/2023

😆😆

Photos from Seminit Teknologi's post 28/05/2023

Ramai tak tahu lagi.. Salah satu fungsi apps MyJPJ ni dia boleh buat aduan direct mengikut kategori yang tersenarai. Terbaikk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

27/05/2023

The technology could be an absolute game-changer!

🤯🤯🤯

24/05/2023

😂

23/05/2023

F.A.Q: Apa itu Port Full? Ala, maksudnya, port kabel internet fiber dah tak boleh tambah lagi. Kot-kot lah jiran sebelah ramai yang pakai maxis/unifi. Port tu memang limited kat certain kawasan je.
Tapi jangan risau, masih ada harapan nak pasang. Kalau submit registration, alamat korang akan masuk dalam senarai permintaan (demand list) kami. Kami pantau la alamat tu dalam masa 30 hari. Kalau ada port yang available, kami akan contact balik korang dan tanya nak proceed installation ke tak.
So, kalau status coverage kat alamat rumah korang PORT FULL, elok la daftar je apa-apa pakej samada maxis atau unifi. Pendaftaran korang akan masuk dalam senarai pantauan kami.

22/05/2023

https://www.cat-gpt.com ni salah satu platform yang terpaling AI haha. Tanya apa saja, kucing ni boleh jawab dengan penuh yakin.
Disarankan guna untuk menghilangkan stress sahaja. Jangan tanya soalan serius, bazir masa 😹

21/05/2023

Kami nak kongsikan AI yang memang luar biasa - Adobe Enhance Speech (Podcast Beta). Yang bestnya lagi, AI ni free je dan boleh digunakan terus dalam browser. Dia boleh edit suara rekod dari yang tak berapa nak bagus jadi mantap macam rekod dalam studio! Tak kisah studio tu mahal ke murah.

Bayangkan, korang rekod suara guna mic laptop yang tak berapa power punya, tapi bila korang guna AI ni, dia process suara tu dan kualitinya jadi sehebat rekod dalam studio! Memang wow betul lah!

Kalau ada yang tak percaya, jangan tak cuba. AI ni bukan setakat boleh hilangkan bunyi bising, tapi suara korang akan jadi lebih jelas, mantap, dan ada bass yang padu. Tak kiralah suara korang kecil atau banyak noise ke, lepas ni jadi merdu macam Dato Alif Syukri, hehe!

Jadi, kalau korang nak hasil rekod suara yang professional, cuba la guna AI ni. Pasti ramai yang terpegun! Jom kita share.

Photos from Seminit Teknologi's post 19/05/2023

Soalan: Apa itu Mesh Wi-Fi dan adakah terdapat tawaran Mesh Wi-Fi percuma di Malaysia?

Jawapan: Mesh Wi-Fi adalah sistem rangkaian tanpa wayar yang menggunakan beberapa titik akses atau nod untuk menyediakan cakupan Wi-Fi yang mantap di seluruh rumah atau pejabat anda. Dengan menggunakan Mesh Wi-Fi, anda dapat menyingkirkan zon Wi-Fi yang lemah dan menikmati sambungan yang lancar di setiap tempat. .
Di Malaysia, terdapat beberapa tawaran Mesh Wi-Fi percuma yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan seperti Maxis Fibre dan TM Unifi, terutamanya untuk pakej 300Mbps dan keatas. Dengan tawaran ini, anda boleh menikmati Wi-Fi yang lebih baik tanpa perlu membeli peranti tambahan.

19/05/2023

Apa hukum generate gambar makhluk hidup guna AI? Haram atau dibolehkan?

18/05/2023

Ada beberapa kemungkinan sekiranya kawasan rumah korang ada Distributor Port (DP) TM ni:.
1 - PORT HIJAU - Boleh pasang terus, dalam 2-3 hari boleh complete dan boleh terus guna.

2 - MISSING UNIT - Ni jadi bila NOMBOR RUMAH/LOT RUMAH korang tak ada dalam sistem UNIFI. Tapi jiran-jiran korang ada UNIFI. Nak selesai pasang tu, ambik masa dalam 1-2 bulan, kalau takde halangan la.

3 - PORT FULL - Ni yang selalu jadi. Kawasan rumah memang ada coverage UNIFI, tapi tak dapat pasang sebab PORT yang ada dah penuh atau dah habis. Kena tunggu dalam 1-2 bulan untuk mintak tambah port baru, baru boleh pasang..
Jangan tunggu lama-lama tau! Tak kan nak tunggu sampai PORT FULL baru nak gelabah? Hehe

Hubungi kami sekiranya nak check coverage: 01159926652
Atau klik pautan: https://internetmurah89.wasap.my

17/05/2023

Kalau tanya pasal 4G atau 5G untuk akses internet kat kelajuan 3Mbps je, lagi bagus guna 4G. Jadi, boleh la matikan je 5G dalam telefon korang. Ada beberapa sebab kenapa aku cakap macam tu..
Pertama, 5G sekarang ni masih dalam bentuk Non-Standalone (NSA), tak fully 5G lagi. Jadi, takde la beza sangat dengan 4G dalam hal kelajuan.

Kedua, 5G ni akan cepat habiskan bateri telefon korang. So, kalau taknak bateri cepat habis, lebih baik disable je 5G tu.

Ketiga, 5G sekarang ni baru boleh digunakan untuk data je, tak boleh guna untuk panggilan telefon melainkan guna WhatsApp. Sebab belum ada VoNR (voice over new radio) yang membenarkan panggilan suara melalui 5G..
Jadi, dalam kes korang tu, guna je 4G sebab takde beza sangat dengan 5G, lagi praktikal, dan bateri tak cepat habis.

TM tamatkan perjanjian langganan saham DNB | Berita Harian 10/05/2023

TM tamatkan perjanjian langganan saham DNB | Berita Harian KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) mengeluarkan notis penamatan kepada Digital Nasional Bhd (DNB), berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan terma perjanjian langganan saham (SSA) untuk melanggan 20 peratus kepentingan ekuiti dalam DNB.

05/05/2023

Tak habis2 lagi isu 5G ni..

Nampaknya pelaksanaan 5G negara kita mungkin akan menghadapi ombak rindu yang seterusnya. CelcomDigi telah membatalkan perolehan pegangan dalam Digital Nasional Berhad (DNB). Secara mudahnya CelcomDigi sudah tidak berminat untuk membeli saham DNB.

Pihak CelcomDigi dikatakan telah memfailkan pembatalan Share Subscription Agreements (SSAs) dengan Bursa Malaysia.

Sebelum ini pihak CelcomDigi telah bersetuju untuk membeli saham DNB, BusinessToday Malaysia menyatakan bahawa pihak Kementerian Komunikasi dan Digital dan kabinet telah 'memujuk' CelcomDigi untuk mendapatkan pegangan dalam DNB. Mereka ditawarkan 100,000 saham biasa sebagai tambahan kepada 291,566,668 saham yang diperuntukan kepada CelcomDigi dalam persetujuan tersebut.

Sumber rujukan:
- https://www.businesstoday.com.my/2023/05/03/celcomdigi-terminates-share-subscription-agreement-with-dnb/
- https://amanz.my/2023391507/
- https://www.theedgemarkets.com/article/all-six-telcos-reach-consensus-access-agreement-dnb-lease-5g-services
- https://soyacincau.com/2023/05/03/celcomdigi-terminates-equity-deal-with-dnb-following-5g-policy-change-by-govt/

14/06/2022

Hi gais, harini min nak share 3 pantang larang bila guna laptop.

Of course pantang larang dia ada banyak, tapi yang 3 ni antara yang paling ramai orang buat ataupun terlepas pandang.
Petama, korang kena tahu yang Operating System (OS) terutamanya Windows 10 & 11 akan ada update secara berkala.

Belum pernah ada OS yang sempurna tanpa perlu update dari developers.

Masalah besar akan timbul bila korang force shutdown laptop korang waktu tengah update.

Update pada laptop/PC mesti dibuat secara berkala. Jangan cabut bateri atau tutup plug semasa laptop korang tengah update.
Pantang larang kedua, kalau laptop korang menggunakan hardisk (HDD), pastikan korang tak gerakkan laptop secara kerap atau secara kasar semasa laptop tengah ‘running’.

HDD ni storage device yang berfungsi secara mekanikal dan sangat sensitif dengan hentakan.

Boleh jadi hentakan kecil pada laptop korang akan mengganggu proses read/write pada HDD.
Yang ketiga, pastikan korang tidak menggunakan laptop atas tilam atau bantal.

Antara musuh utama peralatan elektronik adalah haba.

Kalau ruang udara laptop korang tertutup, ia akan menghalang pengaliran udara dan menyebabkan overheat pada komponen2 penting dalam laptop korang dan akhirnya menyebabkan berlaku kerosakan pada komponen tersebut.
Sekian perkongsian ringkas daripada min. Semoga ianya bermanfaat. Terima kasih.

ViewQwest Business Broadband 01/06/2022

ViewQwest Business Broadband Get Malaysia’s First 1Gbps Business Broadband

26/05/2022

Ramai yang tanya min, sebenarnya min pakai pakej internet apa ya? Nampak macam rancak je guna internet, tak kedekut langsung haha. Speed pun laju semacam ja, data unlimited ke tak ni?

Meh min nak share.

Seperti yang korang tengok dekat gambar tu, itulah pakej yang min guna.

Maxis Fibre 30Mbps (Untuk guna di rumah) - RM89
+
Maxis Postpaid 158 (Kongsi 3 orang, untuk kegunaan di luar rumah)
Main line - RM158
Share line 1 - RM48
Share line 2 - RM48
Setakat ni memang sangat puas hati. Takde langsung masalah sangkut2 masa buat kerja. Mungkin korang rasa harga dia macam agak mahal, tapi bagi min internet ni keperluan hidup macam makanan. Min tak berkira bab2 keperluan ni, janji boleh buat kerja dengan selesa.

Apa pendapat korang? Agak2 berbaloi tak pakej min guna? Ke korang ada cadangan yang lagi baik? Kalau sudi silalah kongsi diruangan komen ya hehe.

-adminZ

25/05/2022

Kita mesti pernah dengar tentang Mbps atau sekurang-kurangnya pernah ternampak perkataan Mbps dalam kebanyakan iklan internet service provider (ISP) dan telco. Tapi tahu ke kita apa itu Mbps dan bagaimana internet berfungsi?

Kita tahu internet ini sesuatu yang abstrak dan tidak nampak dek mata kasar. Ia merupakan jaringan yang menghubungkan komputer di seluruh dunia. Jadi, untuk kita mudah memahami bagaimana internet berfungsi, kita boleh bayangkan seperti perkhidmatan pos tapi ada sedikit yang berbeza.

Instead of hantar surat dan parcel, internet membawa maklumat yang ditukarkan ke dalam bentuk bit - jujukan 1 dan 0 (biasa disebut sebagai binary code) daripada penghantar kepada penerima. Maklumat yang dihantar boleh dalam pelbagai bentuk - mesej (perkataan), emel, file dokumen (.pdf, .word, .pptx, etc), gambar, audio, lagu, dan video.

Jadi macam mana sesuatu maklumat dihantar?

Setiap maklumat yang ada di internet diwakili dan dihantar dalam bentuk bits.

8 bits = 1 Byte
1,024 bytes = 1 KB (KiloByte)
1,024 KB = 1 MB (MegaByte)
1,024 MB = 1 GB (GigaByte)

Sesuatu maklumat tersebut akan dipecahkan kepada beberapa manageable size (dalam bentuk binary code) yang boleh dibawa merentasi jaringan internet - kabel internet (wayar Ethernet/fibre optics) dan gelombang frekuensi radio.

Bila ada penghantaran, mesti kita nak tahu berapa cepat penghantaran kita dapat diterima kan?

Jadi Mbps atau Mega bits per second, merupakan kelajuan kapasiti internet (bandwidth) yang diukur menggunakan bitrate - jumlah bit yang mampu dihantar oleh sistem per saat.

Satu lagi kaedah pengukuran kelajuan internet ialah latency, iaitu masa yang diperlukan bagi bit bergerak dari penghantar kepada penerima.

Kita ambil contoh jika dengan kelajuan 30Mbps, berapa besar size file yang boleh dimuat turun dalam 1 saat?

30Mbps / 8bits = 3.75 MB (Mega byte)

Jadi, tak sampai 5 minit kita boleh muat turun file bersaiz 1 GB!

Untuk lebih info dan maklumat berkenaan internet dan teknologi terkini, tips produktiviti, serta life hacks - boleh ikuti kami di platform Facebook, Instagram dan Twitter.

Untuk subscribe kepada mana-mana pelan internet, boleh terus ws kami di https://internetmurah89.wasap.my atau slaid ke mesenger kami.

Jumpa lagi di posting akan datang!

Photos from Internet Laju Tanpa Had's post 23/05/2022

NIKMATI INTERNET LAJU TANPA HAD!!.
Serendah RM89 sebulan (kelajuan 30 Mbps), anda mampu memiliki Internet Laju Tanpa Had untuk seisi keluarga. Rujuk pakej penuh di ruangan komen..
✅ Tiada kuota data internet
✅ Layan Netflix/Youtube tanpa gangguan
✅ Boleh dikongsi seisi keluarga
✅ Proses pendaftaran percuma, mudah dan cepat.
Tidak perlu keluar rumah untuk pendaftaran. Kami tolong uruskan sehingga selesai pemasangan..
Hubungi saya untuk semakan coverage di tempat anda & pakej2 lain yang ditawarkan...
Bertindak segera sebelum port di kawasan rumah anda PENUH!!
Tekan link berikut untuk check coverage:
https://internetmurah89.wasap.my
https://internetmurah89.wasap.my
https://internetmurah89.wasap.my
zooternet
Authorised Dealer & Reseller

https://www.facebook.com/zooternet/

15/05/2022

Open Signal

Salah Faham Tentang Aplikasi OpenSignal: OpenSignal Bukan Aplikasi Test Line

Setiap kali ada aduan masalah liputan rangkaian, mesti ada yang akan berkata mengapa tidak semak dahulu di OpenSignal? Pernyataan ini tidaklah salah, tapi tidak juga betul 100%.

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang sudah semakin cakna dan celik IT. Semakin ramai sudah mula mahir dan cakna dengan penggunaan aplikasi dan data untuk membantu kehidupan seharian. OpenSignal juga semakin berkembang di Malaysia.

Namun begitu, kita harus faham satu perkara. OpenSignal bukanlah platform mutlak untuk menentukan sesuatu kawasan itu ada rangkaian ataupun tidak. OpenSignal berfungsi dengan mengumpulkan data daripada pengguna mereka. Semakin ramai pengguna, semakin tepat data mereka.

Lihat contoh di kawasan saya. Lihatlah petak-petak yang berwarna kelabu itu. Itu tandanya rangkaian yang teruk. TAPI, data yang ada di OpenSignal untuk kawasan saya ini sebenarnya hanya diperolehi daripada saya seorang. Di kawasan saya TAK ADA ORANG LAIN GUNA OPENSIGNAL.

Saya seorang saja yang bergerak ke masjid, ke kedai kopi, ke tanah perkuburan untuk buay ujian di OpenSignal lalu data tersebut "naik" di peta OpenSignal. Jadi, tiada maklumat tepat untuk menjelaskan situasi rangkaian di kawasan saya.

Begitu juga dengan mereka yang berada di kawasan pedalaman. Saya yakin, situasi mereka juga sama. Bila dilihat dalam aplikasi OpenSignal, pasti data yang ada kosong saja. Kadang-kadang, jalan dalam peta GPS pun tak ada, macam kampung saya.

Saya jugalah yang menambah jalan di Maps dan Waze sedikit demi sedikit di kampung saya. Akhirnya, dalam tahun kebelakangan ini, sudah tiada kes salah rumah rombongan pengantin kerana data peta sudah hampir lengkap di kampung saya.

Jadi, rajin-rajinlah belajar dan sumbangkan data dan usaha untuk menambahbaik data di kawasan anda. Inilah wakaf dan saham anda untuk memudahkan urusan orang lain.
-M.Wongso

Celcom Kini Tawar Pelan Fiber 100Mbps + 2 Talian Celcom MEGA Tanpa Had Untuk RM245 Sebulan 12/05/2022

Maxis & Digi ada dah pakej gini. Sekarang Celcom p**ak. Urmm 🤔

Celcom Kini Tawar Pelan Fiber 100Mbps + 2 Talian Celcom MEGA Tanpa Had Untuk RM245 Sebulan Celcom kini hadir dengan promosi khusus menarik, membolehkan pengguna menikmati pelan jalur-lebar di rumah berkelajuan 100Mbps bersama-sama dengan 2 talian Celcom MEGA 158 pada harga bulanan hanya RM245.Dengan penawaran ini, ia sekaligus menjadikan gabungan penawaran ini antara yang sedia be

12/05/2022

Siapa s**a layan youtube dekat laptop/pc? Sebenarnya korang boleh block ads secara percuma, legal & tak perlu crack2 pun.

AdminZ ada share trick ni dekat thread twitter zooternet. Jom cuba try test!

https://twitter.com/ZooTernet/status/1524032049740492801?s=20&t=_zku42DkIfJAl_Tn9Cc_xw

ZooTernet (@ZooTernet) | Twitter 12/05/2022

Lupa nak bagitau, min ada create akaun twitter baru untuk zooternet. Jom follow! Ada banyak benda min nak share.

https://twitter.com/ZooTernet

ZooTernet (@ZooTernet) | Twitter The latest Tweets from ZooTernet (). Your one stop centre for technology 📡

08/05/2022

Hai, apa khabar semua?

Fuh dah lama min tak update page ni. Habis bersawang. Haha

Btw zooternet akan ketengahkan nafas baru dan pembawaan baru yang lebih interaktif.

Min akan share macam-macam tips produktiviti, life hacks, dan info² teknologi terkini secara mingguan.

Stay tune!

WhatsApp Mula Menyokong Panggilan Suara Sehingga 32 Orang Serentak 27/04/2022

Terbaik 👏

WhatsApp Mula Menyokong Panggilan Suara Sehingga 32 Orang Serentak WhatsApp kini telah mula memperkenalkan ciri panggilan suara sehingga 32 orang pada sesuatu masa melalui WhatsApp Groups. Ciri ini telah diumumkan beberapa minggu lepas, dan kini ia mula diperkenalkan kepada pengguna Android dan juga iOS.Bersama-sama pengenalan ini juga ia membawakan paparan

Kontraktor didenda RM80,000 kerana rosakkan kabel fiber optik TM - SoyaCincau.com 14/04/2022

Saya bukan nak backup TM, terp**ang hak masing2 lah nak percaya ke tak. Tapi klau nak dengar, dengarkanlah... disepanjang malam aku berdoa. Bersujud dan lalu aku meminta. Semoga kita bersama.

Kontraktor didenda RM80,000 kerana rosakkan kabel fiber optik TM - SoyaCincau.com Situasi infrastruktur TM rosak bukanlah benda yang pelik. Itu pun kita masih belum mengambil kira kerosakan yang berlaku di laut lepas ataupun kegendalaan akibat kecurian kabel.

17/12/2021

Evolusi Teknologi Wi-Fi

Pembangunan teknologi Wi-Fi semakin berevolusi demi memenuhi keperluan pengguna.

Wi-Fi adalah seperti oksigen untuk dunia kita yang terhubung antara satu sama lain walaupun lokasi jauh dari mata. Ia adalah protokol rangkaian wayarles yang paling meluas digunakan hari ini, membawa lebih separuh daripada semua trafik internet.

'Wi-Fi' ialah istilah lengkap untuk 'keluarga' atau versi yang semakin berkembang dengan protokol 802.11 yang telah berevolusi lebih dari dua dekad.

Wi-Fi Alliance, organisasi yang memacu penerimaan dan evolusi Wi-Fi, telah mempermudahkan nama generasi Wi-Fi yang biasa digunakan dengan tatanama berangka. Sebagai contoh, Wi-Fi 4 = 802.11n, Wi-Fi 5 = 802.11ac , dan Wi-Fi 6 = 802.11ax.

Walaupun rangkaian Wi-Fi 4/5/6 terdapat di mana-mana, pertumbuhan pesat Internet of Things (IoT) telah memaksa sekali lagi evolusi untuk Wi-Fi tradisional dan pembangun perlu memikir semula bagaimana ia harus berfungsi. Penilaian semula itu telah mendedahkan jurang teknologi dan mentakrifkan semula peranan yang perlu dimainkan oleh protokol 802.11 dalam dunia peranti IoT berkuasa ultra-rendah dan disambungkan secara wayarles hari ini.

Permintaan yang lebih tinggi untuk sambungan jarak jauh dan keperluan kuasa rendah aplikasi IoT serta mesin-ke-mesin (M2M) mendorong keperluan jenis Wi-Fi lain yang dioptimumkan untuk IoT.

Terdapat tiga 'naik taraf' atau evolusi yang akan diperoleh dalam pembangun teknologi Wi-Fi, dan ia adalah Wi-Fi HaLow, Wi-Fi EasyMesh, dan Wi-Fi 7.

Protokol Wi-Fi HaLow (disebut sebagai "HEY-low") mengisi jurang ini dengan menyediakan penyelesaian wayarles kuasa ultra-rendah yang menghubungkan bilangan peranti IoT lebih besar pada jarak lebih jauh dan pada kuasa yang jauh lebih rendah daripada Wi-Fi tradisional. Protokol itu telah disahkan oleh 'kump**an tugas IEEE 802.11ah' pada 2016 dan digelar Wi-Fi HaLow oleh Wi-Fi Alliance.

WiFi EasyMesh p**a ialah standard yang membenarkan penghala Wi-Fi (router) dan peranti sistem mesh untuk berkomunikasi antara satu sama lain tanpa mengira produk atau jenama.

Dengan Wi-Fi EasyMesh, penghala dan pusat akses boleh menghalakan peranti ke pusat akses yang dapat menyediakan perkhidmatan terbaik untuk peranti itu. Rangkaian Wi-Fi EasyMesh juga boleh mengubah suai struktur rangkaian berdasarkan keadaan yang berubah-ubah untuk memberikan pengalaman yang konsisten kepada pengguna.

Di tengah 'kekabutan' ini, muncul p**a Wi-Fi 6E. Secara ringkasnya, WiFi 6E bermaksud WiFi 6 yang dilanjutkan kepada jalur (band) 6GHz. 6GHz ialah jalur frekuensi baharu antara 5.925GHz hingga 7.125GHz, membenarkan sehingga 1,200MHz spektrum tambahan.

Tidak seperti jalur sedia ada yang salurannya pada masa ini dipadatkan ke dalam spektrum terhad, jalur 6GHz wujud tanpa pertindihan atau gangguan. Akses kepada frekuensi 6GHz membawa lebih jalur lebar (bandwidth), kelajuan lebih pantas dan kependaman (latency) yang lebih rendah.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, aplikasi baru muncul mempunyai keperluan yang lebih tinggi untuk daya pemprosesan dan kependaman. Contoh biasa aplikasi ini termasuklah video 4K dan 8K, realiti maya (VR) dan realiti tambahan (AR), permainan dalam talian, pejabat jarak jauh, persidangan video dalam talian, dan pengkomputeran awan.

Wi-Fi 6, iaitu standard Wi-Fi terkini, tidak mencukupi walaupun ia didedikasi untuk meningkatkan pengalaman pengguna dalam senario penduduk/pengguna berketumpatan tinggi.

Oleh itu, IEEE akan mengeluarkan pindaan baharu dengan nama IEEE 802.11be EHT, atau nama lainnya - Wi-Fi 7. Wi-Fi 7 adalah standard Wi-Fi generasi akan datang yang bakal dilancarkan, juga dikenali sebagai IEEE 802.11be — extremely high throughput (EHT).

Anda boleh rujuk maklumat lanjut mengenai Wi-Fi 7 di: https://info.support.huawei.com/info-finder/encyclopedia/en/WiFi+7.html

24/11/2021

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-649 : HUKUM MEMBELI DAN MENGGUNAKAN ANDROID BOX

Soalan
Apa hukum kita beli android box? Contoh, kita boleh tengok siaran astro tapi tak bayar pada astro. Mohon pencerahan pejabat m***i.

Jawapan Ringkas
Asal hukum bagi membeli dan menggunakan android box adalah harus. Namun begitu, sekiranya tujuan pembelian dan penggunaan peranti tersebut adalah untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah maka ianya adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.

Klik pautan untuk bacaan lebih lanjut: https://m***iwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/5070-irsyad-al-fatwa-siri-ke-649-hukum-membeli-dan-menggunakan-android-box

07/10/2021

Ramai antara pelanggan yang mengeluh.

"kenapa speed sy slow? saya subscribe 500mbps tapi speed slow je"

"kenapa saya tengok netflix sangkut2?"

ok penerangan,

kesemua router tm yang terbaru dibekalkan dengan 2 jenis wifi,

2.4Ghz & 5Ghz
gambaran mudah disertakan dibawah.

untuk high speed, kami galakkan anda menggunakan 5Ghz, tapi range bagi signal tersebut amatlah limited, 5Ghz ni bukan 5G line telefon ye, tu berbeza,

Tidak semua device kita yang support Signal 5Ghz, kalau pakai device yang xsupport 5Ghz memang xkan dapat la high speed.
dan kalau support pon janganlah berharap wifi akan sampai 500-800mbps p**a.

untuk full speed pihak tm menggalakkan diuji dengan menggunakan sambungan cable (cat5e ke atas) kalau xdapat baru la buat report kata speed slow.

kebanyakkan pelanggan yang saya jumpa, banyak yang marah sbb speed x achieve, bila diperiksa device xsupport,
xkan nak salahkan tm jugak,

sebagai CONTOH:

had kelajuan lebuhraya dinaikkan kepada 300km/j, kita memandu kancil 660 standard dengan rim besi. xkan la kita nak marah pihak lebuh raya kenapa kereta kita xcapai 300km/j

itu kan contohhhhhhhh.... jangan nk melantun p**ak.

Kredit : Muhammad Afifi | TM Unifi Member

31/08/2021

Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia. Watch how the story unfolds, and how our united acts of kindness can help Malaysians to stand stronger as a nation. We are stronger, when we are together.

13/08/2021
11/08/2021

😅

🤦🏻🤦🏻🤦🏻
-MM

Photos from Internet Laju Tanpa Had's post 10/08/2021

Kepada anda yang sedang WFH atau sedang belajar online (PdPR), sudah tentu memerlukan internet laju. Pakej 30Mbps (RM3/day) memang cun kalau guna 3 - 5 orang.
𝗠𝗮𝘅𝗶𝘀𝗢𝗡𝗘 𝗛𝗼𝗺𝗲 𝗙𝗶𝗯𝗿𝗲
🔥 𝐋𝐢𝐧𝐞 𝐅𝐢𝐛𝐫𝐞. (Laju & stabil)
🔥 𝐔𝐧𝐥𝐢𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐃𝐚𝐭𝐚. (Tiada FUP)
🔥 𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧. (Tak perlu beratur di centre)
🔥 𝐀𝐒𝐀𝐏 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐥𝐥𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. (4 - 7 hari settled! Weekends pon boleh, PKP pun jalan)
🔥 𝐅𝐑𝐄𝐄 (Check coverage, Standard installation, modem & dual-band Wi-Fi router)
🔥 𝐅𝐑𝐄𝐄 𝐆𝐢𝐟𝐭. (Sila pilih hadiah anda selepas berjaya pemasangan)
❌ 𝐍𝐎 𝐃𝐞𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭!
❌ 𝐍𝐎 𝐔𝐩𝐟𝐫𝐨𝐧𝐭 𝐏𝐚𝐲𝐦𝐞𝐧𝐭!
Promosi Terkini 🔥🔥🔥
✅ 30mbps - RM89
✅ 100mbps - RM129
✅ 300mbps - *RM129 🔥
✅ 500mbps - *RM199 🔥 (FREE 2 unit mesh WiFi)
✅ 800mbps - *RM279 🔥 (FREE 2 unit mesh WiFi)
*DISKAUN RM20 x 24 BULAN
Sebelum install, anda perlu check coverage dulu ya. Ada 4 langkah sahaja:
Langkah 1️⃣ - 𝑪𝒉𝒆𝒄𝒌 𝑪𝒐𝒗𝒆𝒓𝒂𝒈𝒆
Langkah 2️⃣ - 𝑩𝒖𝒂𝒕 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏
Langkah 3️⃣ - 𝑫𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓 𝑷𝒂𝒌𝒆𝒋
Langkah 4️⃣ - 𝑻𝒖𝒏𝒕𝒖𝒕 𝑯𝒂𝒅𝒊𝒂𝒉
Tekan link berikut untuk check coverage:
https://internetmurah89.wasap.my
https://internetmurah89.wasap.my
https://internetmurah89.wasap.my
Atau terus hubungi kami 𝟬𝟭𝟭 𝟱𝟵𝟵𝟮 𝟲𝟲𝟱𝟮 kalau ada apa2 persoalan.
𝘇𝗼𝗼𝘁𝗲𝗿𝗻𝗲𝘁
𝘈𝘶𝘵𝘩𝘰𝘳𝘪𝘴𝘦𝘥 𝘋𝘦𝘢𝘭𝘦𝘳 & 𝘙𝘦𝘴𝘦𝘭𝘭𝘦𝘳.

06/08/2021
Photos from Internet Laju Tanpa Had's post 03/08/2021
30/07/2021
23/07/2021
16/07/2021
Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Asah pisau. Closeup #zooternet
Apa hukum generate gambar makhluk hidup guna AI? Haram atau dibolehkan? #zooternet
Hukum generate gambar makhluk hidup guna AI. Haram atau dibolehkan? #zooternet
Video(237746231455958)
Video(222371849699130)
Video(1036177993582739)

Telephone

Address


Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:30 - 12:30
14:30 - 18:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Other Telecommunication Companies in Seri Kembangan (show all)
Onexox Serdang Onexox Serdang
Pasar Awam Seri Serdang
Seri Kembangan, 43300

Dapatkan Simkad Onexox di Pasar Awam Seri Serdang

Onexox Seri Kembangan Onexox Seri Kembangan
Cahaya Villa Residence
Seri Kembangan, 43300

Saya pengedar ONEXOX yang sah lokasi di Seri Kembangan. Sebarang pertanyaan atau nak mendapatkan sim

TIME Internet Taman Equine TIME Internet Taman Equine
Taman Equine
Seri Kembangan

Hye. Saya Shaf selaku Agen TIME Internet. Sila wasap saya untuk sebarang pertanyaan di 0199273308 :)

UNIFI Seri Kembangan UNIFI Seri Kembangan
Putra Permai 2
Seri Kembangan, 43300

Telecommunications services

Authorised Internet Dealer - Maxis Unifi Time DiGi Authorised Internet Dealer - Maxis Unifi Time DiGi
Serdang
Seri Kembangan, 43300

We are Maxis Fibre, Unifi, DiGi, TIME Fibre, Celcom authorised dealer in Malaysia. We offer the best home fibre package to customers. Fast and reliable service.

TM Unifi Seri Serdang TM Unifi Seri Serdang
Taman Sri Serdang
Seri Kembangan, 43300

Selamat Datang ke TM Unifi Agent. Saya Syiera sedia berkhidmat untuk anda bagi mendapatkan Pakej Unifi yang terbaik, hubungi 01118826747 ;)

Unifi Balakong Unifi Balakong
Jalan SIMFONI 1 BALAKONG
Seri Kembangan, 43300

Selamat Datang ke TM Unifi Agen. Saya Mohd sedia berkhidmat untuk anda bagi mendapatkan Pakej Unifi

McRic Web Update McRic Web Update
No. 12-2, Jalan Equine 10B, Taman Equine
Seri Kembangan, 43300

With digital marketing, your small business can start the process immediately.

Simkad ToneWow Viral Simkad ToneWow Viral
Persiaran Lestari Puchong
Seri Kembangan

Info & kelebihan simkad ToneWOW: � Guna line DIGI �Prepaid (Topup DIGI, blh topup dimana2) �B

MAXIS FIBER Balakong MAXIS FIBER Balakong
Persiaran Impian Indah, Taman Impian Indah
Seri Kembangan, 43300

Ingin Pasang Maxis Fibre Wifi? Saya Mohamad sedia membantu anda untuk mendapatkan pakej Maxis Fibre:

TM UNIFI AGENT TM UNIFI AGENT
Jalan Pp16
Seri Kembangan, 43300

�UNLIMITED DATA (TIADA XTRA CAJ DLM BIL) �PEMASANGAN SEPANTAS 48 JAM �PEMASANGAN STANDARD PER

TM Unifi Streamyxx Serdang TM Unifi Streamyxx Serdang
229, Jalan 18/23, Taman Sri Serdang
Seri Kembangan, 43300

Saya agen TM Unifi boleh membantu anda untuk mendapatkan pakej unifi terbaik untuk anda. Boleh pm sa