Kelas Mengaji - Seri Kembangan

Kelas Mengaji - Seri Kembangan

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Mengaji - Seri Kembangan, Education Website, Seri Kembangan.

28/07/2023

Kayakan diri dengan teknik ajar IQRA,
Untuk bantu anak cepat mahir membaca alQuran,

27/07/2023

Mula ajar anak IQRA usia 6 tahun,
Anak mula mengaji alQuran usia 7 tahun,
Anak khatam alQuran untuk kali pertama usia 9 tahun,

11/07/2023

TAHAP KEFAHAMAN ANAK²

Tahap kefahaman anak² kita masing² berbeza²,

Ada yang laju,
Ada yang perlahan,
Kebanyakannya mungkin sederhana atau biasa² sahaja,

Boleh jadi juga laju pada awalnya,
Tapi kemudian menjadi lambat,

Boleh jadi awalnya perlahan,
Tapi kemudian menjadi cepat,

Jadi kita perlu sentiasa TERBUKA,
Terima sahaja dengan lapang dada, rela (redho) dan sabar apa juga keadaan dan tahap anak² kita,
Dan ajar ikut tahap kemampuan mereka,
Tak perlu dipaksa²kan,
Jika tidak kita yang akan tertekan, emosi, marah², ...
Kesannya anak² menderita, ...

Tapi kita juga perlu BERSEDIA,
Kreatif dan pelbagai dalam mengolah teknik pengajaran kita sesuai dengan kemampuan dan tahap kefahaman mereka,
Jangan menyerah dan berputus asa,

Paling kurang gunakan teknik mengulang,
Biar berpuluh kali ulang sekalipun,

Jika kita rasa jemu dan lesu dengan mengulang,
Sedarilah yang anak² kita juga pasti lebih jemu dan lesu mengulang pelajaran yang sama,
Pastikan kita bersama mereka dalam proses pembelajaran itu,
Beritahu mereka bahawa kita juga ada bersama dalam proses yang lama itu,
Insya Allah mereka akan lebih tenang,

Jom kita kreatif dan pelbagaikan teknik pengajaran kita kepada anak²,

07/07/2023

PENGALAMAN MENGAJI INDAH MENYERONOKKAN

Pengalaman yang baik lagi menyeronokkan sangat penting untuk perkembangan anak²,
Terutama pengalaman mengaji ketika kecil,

Kita (ibubapa) pasti masih teringat² pengalaman mengaji ketika kecil dahulu,
Cuma adakah ia pengalaman yang indah menyeronokkan?
Atau ia pengalaman pahit yang menyedihkan?

Seterusnya bagaimana pengalaman itu memberi kesan kepada kita?
Kepada kehidupan kita,
Terutama bagaimana pengalaman itu mengikat kita dan kehidupan kita dengan alQuran,

Begitu juga untuk anak² kita,
Pastinya kita mahukan agar anak² melalui pengalaman mengaji yang indah menyeronokkan,
Agar pengalaman itu dapat meningkatkan jaminan kepada kesan yang positif kepada anak² dan kehidupan mereka dengan alQuran,

Pengalaman indah menyeronokkan ini perlu kita bina bermula dari awal sesi pembelajaran lagi,
Bermula dari IQRA Buku 1,

Bagaimana agaknya teknik yang boleh kita gunakan untuk menghadirkan pengalaman mengaji yang indah menyeronokkan kepada anak² kita?

Jom sama² kita dapatkan dari Kursus Teknik Ajar IQRA Buku 1 pada hari Isnin hadapan ini,
10 Julai 2022,

PM kami untuk maklumat lanjut,

06/07/2023

Kebanyakan pelajar yang berpindah belajar kepada kami pada awalnya mengalami kekeliruan bacaan pendek panjang,
Tambahan lagi jika mereka membaca secara bersambung dan berlagu,

Apabila kami minta mereka baca secara putus²,
Masih jelas juga berlaku kekeliruan,

Kekeliruan mungkin berlaku kesan dari tempoh yang lama terputus mengaji,
Kerana berhenti mengaji dengan guru sebelum,
Dan di rumah p**a tiada pengajaran sokongan dari ibubapa,

Mungkin juga kesan dari kesilapan teknik mengajar guru sebelum,
Terutama ketika IQRA 1,

(Boleh jadi juga disebabkan perasaan gemuruh pelajar pada hari pertama belajar dengan kami,
😅,
Tapi apabila selepas beberapa hari kekeliruan masih berlaku,
Maka kami perlu sahkan bahawa kekeliruan bukan disebabkan perasaan gemuruh)

Jadi kami terpaksa memujuk pelajar untuk mengulang beberapa bab pelajaran sebelum untuk membaiki kekeliruan yang berlaku,
Apabila keputusan ini dibuat,
Tentu sekali akan ada pihak berasa tidak seronok,

Pelajar tidak seronok;
Terpaksa ulang pelajaran,
Terpaksa berundur ke belakang,
Bosan mengulang pelajaran lama yang sudah diketahui,

Ibubapa tidak seronok;
Tempoh untuk anak selesai IQRA menjadi panjang,
Tempoh bajet kos mengaji bertambah panjang,
Agak kecewa dengan anak,
Kecewa dengan guru sebelum,

Kami juga tidak seronok;
Letih nak buat pengajaran baik pulih,
Nak kena tambah banyak bercakap,
Bila pelajar tak bersetuju dengan teknik pengajaran kita emosi mula bergelora,
Fasa membina keserasian guru-murid akan tercalar dengan pengalaman dan memori tidak menyeronokkan,

Guru sebelum (kalau dia tahu) juga akan tidak seronok;..

Mari kita sama² cegah keadaan ini dari berlaku,
Jom sertai KURSUS TEKNIK AJAR IQRA BUKU 1 (online),
ISNIN depan ini, 10 JULAI 2023,
Jam 10:00 - 11:30 malam,

PM kami untuk penyertaan,

04/07/2023

TEKNIK LAGU IQRA

Baca alQuran digalakkan untuk dilagukan,
Dan untuk berlagu perlukan latihan,
Macam para penyanyi nak hasilkan album sesuatu lagu juga,
Mereka perlu berlatih untuk mendapatkan lagu yang dikehendaki,

Begitu juga dengan alQuran,
Anak² perlu berlatih untuk boleh membaca alQuran secara berlagu,
Untuk permulaan cukuplah sekadar lagu yang mudah²,

Cuma uniknya alQuran,
Lagu perlu mengikut alunan pendek panjang sesuatu bacaan,
Tak boleh ikut s**a nak pendek panjang ikut lagu yang dikehendaki,

Kaedah IQRA turut menekankan lagu bermula dari awal pelajaran,
Bermula dari IQRA 1 lagi,
Ya bermula dengan melagukan bacaan pendek,

Lagu untuk bacaan pendek agak terhad,
Tetapi kegagalan menguasai lagu bacaan pendek akan merosakkan tajwid,
Yang seterusnya mengubah maksud perkataan dan ayat,

Bermaksud kesilapan kita (ibubapa / guru) melatih anak² untuk melagukan bacaan pendek bermula dari IQRA 1 sangat kritikal,
Ia akan mengakibatkan kerosakan bacaan bertajwid (pendek panjang) untuk buku / jilid seterusnya,

Geramnya kita bila dengar lagu anak tak menepati bacaan pendek panjang (tajwid),
Berkali² dibetulkan pun tetap dilanggar,

Kadang² bukan anak tak faham atau tak tahu bacaan itu mesti berbunyi pendek atau panjang,
Tetapi kerana lagu yang digunakan yang mengakibatkan pelanggaran bacaan tajwid itu,

Jadi lagu perlu disesuaikan dengan tajwid bacaan,
Dan ia perlu dilatih sejak dari buku / jilid IQRA 1 lagi,
Agar latihan lagu bacaan buku seterusnya sejahtera,
Sejahtera untuk anak²,
Sejahtera juga untuk kita (ibubapa / guru),

Jom ketahui cara ajar lagu Kaedah IQRA melalui KURSUS TEKNIK AJAR IQRA,
Maklumat Kursus di ruang komen,

24/06/2023

3 LEVEL IQRA

Kalau kena dengan tekniknya,
Kaedah IQRA ni kita boleh buat dia kepada 3 level;
Pemula / beginner
Pertengahan / intermediate
Lanjutan / advanced

Yang biasa kita guna untuk Kaedah IQRA ni adalah pada Level Pemula je,
Ajar anak² mengaji,
Biasa je,

Level Pertengahan ni mungkin ada yang guna,
Untuk orang² yang dah baca alQuran,
Tapi masih banyak salah silap,
Masih keliru bunyi² asas;
Keliru huruf,
Keliru panjang pendek,
Keliru hukum tajwid biasa lah,
Bacaan masih merangkak walaupun dah lebih 5 tahun baca alQuran,

Kita boleh gunakan Kaedah IQRA untuk baiki keadaan² macam ni,
Saya pernah cuba untuk beberapa pelajar saya,
Termasuk anak saya sendiri,

Level Lanjutan ni saya rasa belum ada orang terokai lagi,
Saya tak terokai,
Sebab saya memang nak fokus kepada 2 level yang di atas sahaja,

Level Lanjutan ni kita gunakan Kaedah IQRA untuk ajar tahsin alQuran;
Makhraj dan tajwid,
Tapi secara mendalam lah,
Cuma kita nak kena tambah aspek teorinya sendiri,
Teori sifat² huruf,
Tempat keluar huruf,
Teori ilmu tajwid,
Pecahan ilmu tajwid,
Dll,

Menarik tak?
Cuba anda semua terokai,
Dan kongsikan dengan kami,

16/06/2023

30 tahun Kaedah IQRA di Malaysia

07/06/2023

Pengenalan perkhidmatan kami

Photos from Kelas Mengaji - Seri Kembangan's post 05/06/2023

KURSUS TEKNIK AJAR IQRA

*Terbuka untuk:*
1. Ibubapa
2. Guru sekolah
3. Guru mengaji

=====

*Kandungan:*
Sesi 1 - Mudahnya Mengajar Guna IQRA
Sesi 2 - Teknik Ajar IQRA 1
Sesi 3 - Teknik Ajar IQRA 2
Sesi 4 - Teknik Ajar IQRA 3
Sesi 5 - Teknik Ajar IQRA 4
Sesi 6 - Teknik Ajar IQRA 5
Sesi 7 - Teknik Ajar IQRA 6
Sesi 8 - Teknik Ajar Quran Pemula

=====

*Tawaran:*
1. Perkongsian teknik ajar IQRA berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun,
2. Perkongsian kemaskini terbaru teknik ajar IQRA semasa,
3. Perkongsian bahan-bahan Teknik Ajar IQRA,
4. Kump**an bimbingan Whatsapp / Telegram,

=====

Sertai kump**an Whatsapp di link berikut untuk maklumat lanjut dan pendaftaran:
https://chat.whatsapp.com/J1VGxRjTS5gGi1jE59QWeg

22/05/2023

Bila kita rancang anak² kita boleh membaca al-Quran?

17/05/2023

Kelas Mengaji Iqra & Quran
BERSEMUKA & ONLINE
+ 3 sesi pilihan +

Sesi Pagi:
8:00 - 12:00
(Bermula segera)

Sesi Petang:
4:00 - 6:00
(Bermula segera)

Sesi Malam:
7:30 - 9:30
(Penuh)

=====

Hari:
Isnin - Jamaat (5 hari)

Tempat:
Taman Pinggiran Putra,
Seri Kembangan,
Selangor

=====

Wasap kami untuk pertanyaan & pendaftaran di sini:
https://wa.me/60146469608 Ustaz Arif

Kelas Mengaji - Seri Kembangan Education website

25/03/2023

Buku IQRA pilihan kami adalah buku IQRA terbitan Darul Kitab versi kulit pink,

Kelebihannya adalah ia menggunakan warna hitam dan merah untuk tulisan,
Di mana warna merah digunakan untuk menarik perhatian pelajar berkaitan pelajaran baru untuk mukasurat tersebut,

Walaupun di dalamnya terdapat beberapa kesilapan,
Namun kami telah kenalpasti dan ia tidak menjadi masalah besar kepada kami,

Kami ada cuba menghubungi pihak Darul Kitab,
Malangnya usaha kami belum berjaya,

16/02/2023

Kami menyediakan khidmat ajar mengaji untuk pemula,
Fokus kemahiran kami adalah pengajaran menggunakan buku dan kaedah IQRA,
Dan seterusnya membantu pelajar melalui pengalaman khatam al-Quran untuk kali pertama,

07/02/2023

KELAS MENGAJI IQRA & QURAN
☀️ Sesi Petang ☀️

Hari:
Isnin - Jumaat (5 hari)

Masa:
4:00 - 6:00 petang

Tempat:
Taman Pinggiran Putra,
Seri Kembangan,
Selangor

PM kami untuk pendaftaran & pertanyaan:
https://wa.me/60146469608 Arif

Want your school to be the top-listed School/college in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Kayakan diri dengan teknik ajar IQRA,Untuk bantu anak cepat mahir membaca alQuran,#teknikajarngaji #mengajiquran #teknik...
Mula ajar anak IQRA usia 6 tahun,Anak mula mengaji alQuran usia 7 tahun,Anak khatam alQuran untuk kali pertama usia 9 ta...
Mula ajar anak IQRA usia 6 tahun,Anak mula mengaji alQuran usia 7 tahun,Anak khatam alQuran untuk kali pertama usia 9 ta...
Sekali duduk baca IQRA dengan anak berapa lama ya?#teknikajarngaji #teknikajariqra #ajarsendirianakngaji #iqra #mengaji ...
1 jilid IQRA ada 30 mukasurat. Jadi 6 jilid IQRA boleh habis bila? #ngaji #mengaji #kaedahiqra #Quran #teknikajarngaji #...
30 tahun Kaedah IQRA di Malaysia#teknikajarngaji #teknikajariqra #ajarsendirianakngaji
Pengenalan perkhidmatan kami

Telephone

Website

Address

Seri Kembangan
43300

Other Seri Kembangan schools & colleges (show all)
SPBT SK Taming Jaya SPBT SK Taming Jaya
Sk Taming Jaya, Jalan Taming Kiri 1, Taman Taming Kiri
Seri Kembangan, 43300

" BUKU SYURGA ILMU " Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) Sekolah Kebangsaan Taming Jaya.

Firdaus Press Publications Firdaus Press Publications
11-13-3A, Jalan SR 8/1, Serdang Raya
Seri Kembangan, 43300

Making Malaysians Smarter Since 2022 | Malaysia's Fast Growing Online Bookstore | Kedai Buku Online Malaysia http://firdauspresspublications.com.my

Cikgu zana Cikgu zana
Seri Kembangan

We implementing education beyond the classroom, focusing on nourish the students with mathematics an

Muallim Mirzan Muallim Mirzan
Taman Desaminium, Lestari Perdana
Seri Kembangan, 43300

Kepakaran kami adalah membantu anak-anak dalam meningkatkan prestasi dalam peperiksaan UPKK. Kepakar

Elearning MyTutor Elearning MyTutor
Seri Kembangan, 43300

An experienced education provider which has been established for more than 5 years. Teaching all the

大学升EduLearn 大学升EduLearn
Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan

以大马升学教育为主的专页 通过在线上发掘中五生潜在能力, 提供升学方向!

IGCSE ICT IGCSE ICT
Jalan 18/14, TAMAN SRI SERDANG, SERI KEMBANGAN
Seri Kembangan, 43300

This center has specialized computer engineers and international school teachers for IGCSE ICT.

Teacher Wai mun 小文老师 Teacher Wai mun 小文老师
Seri Kembangan, 43300

Guitar and Ukulele Online fun learning courses for children , Adults or senior citizens.

Cikgu Quỳnh dạy tiếng Mã Lai tại Malaysia 10 Cikgu Quỳnh dạy tiếng Mã Lai tại Malaysia 10
Olive Hill Taman Bukit Serdang Seksyen 1
Seri Kembangan, 43300

Dạy tiếng Malaysia tại Malaysia

Jabatan Alam Sekitar Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar
Department Of Environment, Faculty Of Forestry And Environment, Universiti Putra
Seri Kembangan, 43400

Department of Environment has been offering Bachelor of Environmental Science and Technology, Bachelor of Environmental Management and Master of Environment program

Elsamanoudi International Islamic Center II Quran Class Elsamanoudi International Islamic Center II Quran Class
ماليزيا
Seri Kembangan, 4300

BioDyslexia Educational Intervention Therapy Center BioDyslexia Educational Intervention Therapy Center
30-1, Jalan Simfoni 1 Balakong
Seri Kembangan, 43300

BioDyslexia an Award Winning Intervention program for students with Learning Disabilities.