CCARE HSAAS

CCARE HSAAS

Cancer Information, Education & Support Malaysia
Cancer HelpLine 03-9769 9758 CaRE is acroname for Cancer Resource & Education Center

30/10/2024

Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat yang
menvebabkan kerosakan pada sel-sel otak.

Rawatan segera diberikan kerana keiadian strok boleh meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.

30/10/2024

Ketahui faktor risiko kepada strok.

Strok ataupun angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.

Ia merupakan:

▶️punca ketiga bagi kematian di Malaysia
▶️penyebab kedua kematian di seluruh dunia
▶️penyebab utama bagi kehilangan upaya orang dewasa.

✅ Ambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko anda dan keluarga mendapat strok.

28/10/2024

🏃Berjalan merupakan aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan dengan mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit di samping membantu memantapkan tahap optimum fizikal dalam kehidupan.

Berjalan sesuai untuk semua peringkat umur. Aktifkan diri dengan melakukan selama 150 hingga 300 minit seminggu.

Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan untuk mendapatkan manfaat kesihatan.

24/10/2024

𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐦𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦❓

Ambil cakna terhadap kesihatan payudara anda‼️

🩺 Lakukan saringan ujian mamogram sebelum terlambat di fasiliti klinik- klinik Nur Sejahtera LPPKN, manakala wanita yang layak akan dirujuk ke pusat Mamogram swasta yang berdaftar di bawah program ini.

“𝑴𝒂𝒎𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒔𝒂𝒏 𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏”

24/10/2024

Tahukah anda, Kanser Payudara adalah kanser tertinggi di Malaysia?

Kanser payudara boleh dikesan pada peringkat awal melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) melalui 3 Langkah Mudah;

Langkah – Lihat
Langkah – Rasa
Langkah – Respon

Lakukan setiap bulan, hari ke-7 hingga ke-10 dari haid bermula.

Pilihlah satu hari yang mudah diingati seperti hari pertama/terakhir setiap bulan (menopos atau haid tidak teratur)

Pengesanan awal, adalah perlindungan yang terbaik

22/10/2024

💪 Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi rapuh, sehingga mudah patah, walaupun akibat daripada pelanggaran kecil, ketika bersin, atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba.

📌 Kerapuhan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh mengancam nyawa dan penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.

Lindungi tulang anda daripada kerapuhan tulang dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.

22/10/2024

Kanser payudara boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara melalui 3 langkah mudah.

– Lihat
– Rasa
– Respon

Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.

22/10/2024

Kanser payudara merupakan kanser utama bagi wanita Malaysia.

Sekiranya anda mengesan sebarang perubahan pada payudara anda, seperti ketulan, benjolan atau perubahan kulit segeralah dapatkan pemeriksaan.

9 daripada 10 wanita dapat di selamatkan sekiranya mengesan kanser pada peringkat awal.

Berikut adalah cara mencegah risiko kanser payudara.

15/10/2024

🥕🥗 Corak pemakanan sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana pengambilan makanan yang berkhasiat dapat menjamin kesihatan dan mencegah penyakit.

✅ Salah satu amalan pemakanan sihat adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia Suku-suku Separuh yang terdiri daripada suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah.

⚠️ Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk menghindari obesiti dan penyakit tidak berjangkit.

15/10/2024

🍉🍉Buah tembikai sering dijadikan pencuci mulut. Buah tembikai kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C serta antioksidan.

💧Selain itu, kandungan air yang tinggi dalam buah tersebut membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.

❗️Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tembikai untuk memperoleh manfaat nutrien yang terkandung di dalamnya.

15/10/2024

Jantung🫀berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh badan kita. Jika berlaku sebarang kerosakan pada jantung, banyak bahagian dalam tubuh badan kita akan turut terjejas. Inilah sebabnya kita perlu jaga serta pelihara kesihatan jantung dan kardiovaskular.

Penyakit jantung yang berlainan akan memberikan gejala yang berlainan.

Terdapat perbezaan antara keadaan jantung terhenti dan serangan jantung‼️

⚠️ Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, tindakan pantas perlu diambil bagi menyelamatkan nyawa.

Photos from CCARE HSAAS's post 06/10/2024

BUKIT BINTANG-6 OKTOBER 2024, Unit Umber Pendidikan Kanser dan Klinikal (CCARE), Hospital Sultan Abdul Aziz telah jemput untuk bersama-sama menjayakan Program "Self-Care Workshop". Program anjuran Pierre Cardin Lingerie Malaysia Dan Sebamed Malaysia ini diadakan di Lalaport Bukit Bintang City Center.

Unit CCARE, HSAAS mengadakan pameran kesedaran kanser payudara Dan Demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara kepada orang ramai yang hadir ke program ini. Program yang bersempena Hari Kesedaran Kanser Payudara ini juga bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai kanser dan kepentingan melakukan pemeriksaan awal kanser terutamanya kanser payudara.

Orang ramai juga turut dimaklumkan tentang
simptom dan kaedah pencegahan kanser payudara dimana pemeriksaan awal dan amalan gaya hidup sihat dapat menyelamatkan nyawa dan mencegah perkembangan kanser ke tahap yang lebih serius.

Dengan penganjuran program seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam mendapat info tentang kanser payudara serta turut serta dapat pengetahuan lebih jelas tentang cara pemeriksaan sendiri payudara dirumah..

Seramai 4 orang staf HSAAS telah terlibat menjayakan program ini dari kalangan staf pelaksana dan pegawai perubatan.

03/10/2024

Jantung merupakan organ yang paling penting bagi setiap individu dan perlulah dijaga demi kesihatan yang lebih baik.

Salah satu punca utama penyakit jantung adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Masih belum terlambat lagi untuk anda mengubah tabiat pemakanan anda demi jantung yang lebih sihat. Mari kita sama-sama jaga jantung kita dari penyakit dengan mengamalkan tip di bawah.

Sayangi jantung anda, makan secara sihat.

03/10/2024

Sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting yang bertanggungjawab untuk memecahkan makanan menjadi komponen untuk kegunaan badan.

Bagi individu bergelar warga emas 👴🏼👵🏼, risiko untuk berdepan kemerosotan dalam fungsi sistem tersebut akan meningkat.

Ia sudah tentu mempunyai kesan daripada diet pemakanan 🍜🍛, amalan gaya hidup 🚶🏼‍♀️🧘🏼‍♀️, penyakit serta ubatan yang diambil.

💡Dikongsikan tip pencegahan sembelit dalam kalangan warga emas.

03/10/2024

Penyakit buah pinggang merupakan penyakit senyap yang berbahaya dan biasanya tidak disedari hingga menjadi semakin teruk. Amalan pemakanan sihat dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan buah pinggang.

Selain itu, dapatkan bacaan berat badan yang normal dan pantau status kesihatan anda secara berkala seperti tekanan darah, bacaan gula dan kolesterol dalam darah.

Jadikan amalan pemakanan sihat sebagai satu gaya hidup yang berterusan.

03/10/2024

Pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman boleh menyebabkan kerosakan gigi, obesiti serta tahap imuniti tubuh kanak-kanak menjadi lemah.

Ibu bapa berperanan penting dalam mengawal pemakanan dan minuman manis pada kanak-kanak.

25/09/2024

Limfoma merupakan sejenis kanser yang melibatkan limfosit dalam sistem imunisasi manusia. Kanser limfoma terjadi apabila sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit membiak di luar kawal.

Terdapat 2 kategori limfoma iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma adalah keturunan, penyakit yang merendahkan imuniti tubuh dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia berbahaya seperti benzene.

Sila klik pautan untuk maklumat lanjut :
https://care.upm.edu.my/artikel/kanser_darah-82013

20/09/2024

Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah.

Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.

20/09/2024

Acute Gastroenteritis (AGE) ialah keradangan pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan. Kebanyakan jangkitan disebabkan oleh virus, namun ia juga boleh berpunca daripada bakteria atau parasit. Ia tersebar melalui makanan atau air tercemar dan kemudiannya berhubung dengan individu yang berjangkit.

Penyakit AGE boleh dicegah dan dielakkan sekiranya anda mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

Ketahui tanda dan gejala AGE serta cara-cara untuk mencegah jangkitan penyakit AGE.

Sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran anda dengan segera.

20/09/2024

Penyakit mpox boleh merebak dalam kalangan manusia melalui beberapa cara.

Penularan dari individu yang dijangkiti mpox ke individu lain boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan kulit individu yang dijangkiti termasuk hubungan seksual, serta permukaan objek yang dicemari oleh cecair badan pesakit mpox.

Penularan juga boleh berlaku melalui titisan pernafasan atau aerosol kepada individu yang bersemuka atau kontak rapat yang berpanjangan.

20/09/2024

‼️ Diabetes boleh dicegah dan dikawal ‼️

✅ Kurangkan risiko diabetes dengan mengamalkan gaya hidup sihat, tingkatkan aktiviti fizikal, kurangkan pengambilan gula dalam makanan & minuman, tingkatkan pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran serta hindari rokok dan alkohol.

'𝐆𝐮𝐥𝐚: 𝟏𝐒𝐮𝐝𝐮 𝐓𝐞𝐡 𝐃𝐚𝐡 𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩, 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐢𝐤,𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤'

JOM AMALKAN 𝙏𝙐𝙅𝙐𝙃 (7) 𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙈𝙐𝘿𝘼𝙃 SEPERTI YANG DIKONGSIKAN.

20/09/2024

Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan.

Jom! Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.

Want your university to be the top-listed University in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

https://www.youtube.com/watch?v=uVxfmOYh74gAPA ITU SARCOMA?Sarkoma adalah sejenis barah yang jarang berlaku. Sarkoma ber...
Corat-coret video suasana semasa Program Eat Well, Live Well, Be Well yang telah berjaya diadakan pada 10 Jun lepas bert...
Hari Tumor Otak Sedunia disambut pada 8 Jun setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang tumor otak, menghormati pe...
https://www.youtube.com/watch?v=rlTbmE4K7Xc
https://www.youtube.com/watch?v=qxn1_Ss0Ijg
https://www.youtube.com/watch?v=_70Yj-A9J08
Segmen Doktor dan Anda siri 2, Rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan tentang Kanser Usus oleh Dr. Ruben Raj...
Segmen Doktor dan Anda, Rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan tentang Kanser Usus oleh Dr. Ruben Raj, Pakar...
FORUM KANSER : PENJAGAAN SEPANJANG MASA
Kita boleh bersenam walaupun ketika berpuasa.Amalan bersenam selama 30 minit sehari sekurang-kurangnya 5 kali seminggu b...
CaRErobic for Seminar on Health Communication
Jelajah Siswa Sayangi Ilmu Sayangi Komuniti Universiti Putra Malaysia 2017 di Dataran Kemang, Port Dickson

Telephone

Address


Blok Utara, Pusat Pengajaran Dan Latihan (Aras 1) Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia Persiaran Mardi/Upm
Seri Kembangan
UPM43400

Other Colleges & Universities in Seri Kembangan (show all)
BBA Club UPM BBA Club UPM
Jalan UNIVERSITI 1 Serdang
Seri Kembangan, 43400

KOLEJ EMPAT BELAS KOLEJ EMPAT BELAS
Jalan Maklumat
Seri Kembangan, 43400

Facebook Kolej Empat Belas Universiti Putra Malaysia

Pemaju UPM Pemaju UPM
Faculty Of Engineering, Universiti Putra
Seri Kembangan, 43400

Official Page Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan (PEMAJU)

Putra Economist Club Putra Economist Club
Jalan UNIVERSITI 1 Serdang
Seri Kembangan, 43400

This is the Official Page of Putra Economist Club (PEC) of UPM

Jabatan Matematik & Statistik UPM - RASMI Jabatan Matematik & Statistik UPM - RASMI
Seri Kembangan, 43400

Misi Jabatan Matematik & Statistik ialah menjadi penyumbang teladan bagi sektor pendidikan berasaskan penyelidikan dan pengajaran berinovasi bagi matematik moden dan di dalam menge...

Hookup connection service Hookup connection service
Kuala Lumpur
Seri Kembangan

Suger mummy service

Zafaran International College - ZIC Zafaran International College - ZIC
Unit C-1-2, C-2-2, C-3-2 & C-3A-2, Block C, Jalan Atmosphere 6, Pusat Perniagaan The Atmosphere, Bandar Putra Permai
Seri Kembangan, 43300

A vocational culinary college strives to equip students with job-ready skills for a fulfilling career

GSC-CSiT GSC-CSiT
Faculty Of Computer Science & Information Technology Seri Kembangan
Seri Kembangan, 43400

Save my family Save my family
South City
Seri Kembangan, 63300

Help my family to go out of Gaza

YOUTHinks Project YOUTHinks Project
Seri Kembangan, 43400

Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia
Faculty Of Engineering, Universiti Putra
Seri Kembangan, 43400

Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia is one of the leading education institution and RND center in engineering study in the country http://eng.upm.edu.my/ http://you...

Faculty of Veterinary Medicine UPM Faculty of Veterinary Medicine UPM
Jalan Mardi-UPM
Seri Kembangan, 43400

The official page for the Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia