DR JAHIT PUKAL

DR jahit Pukal we are offering a bulk tailor for type textile industry

Photos from DR JAHIT PUKAL's post 17/05/2024

Jika anda mendapati diri anda membaca label pakaian dan tertanya-tanya, "Apakah bahan viscose? Baik atau buruk?”, anda tidak bersendirian.

Sebagai pengguna yang sedar, kami ingin tahu dari mana bahan pakaian dan barangan rumah kami dibuat, cara ia dibuat dan sama ada ia mengurangkan sustainable persekitaran Alam setikar.

Apakah Bahan Viscose/ Rayon?
Untuk mengelakkan kekeliruan, mari kita mulakan dengan menjelaskan bahawa fabrik viscose dan rayon adalah satu dan sama, walaupun pada hakikatnya anda akan melihat "fabrik rayon viscose" pada beberapa tag pakaian.

Istilah ini digunakan secara bergantian, dengan "rayon" menjadi istilah yang paling banyak digunakan di USA , manakala "viscose" ialah nama pilihan di Eropah.

Fabrik viscose/rayon ialah istilah umum untuk fiber buatan semula (AKA semi-sintetik), diperbuat daripada selulosa berasaskan tumbuhan menggunakan proses viscose.
Gentian Plant base cellulose using the viscose process.
termasuk buluh, fabrik cupro, modal, dan fabrik lyocell, tetapi fiber viscose/rayon diutamakan.

the grand father of manufactured fiber, viscose/rayon pada asalnya dibangunkan sebagai alternatif sutera tiruan.

Insyallah Nanti admin sambung tentang
1.Fabrik Viscose Diperbuat Daripada Apa dan
2. Jenis Kain Viscose?
3.Adakah Viscose antara material boleh mengunakan sustainable enviroment pada Alam setikar.
4.Adakah Proses Pengeluaran Viscose Mesra Alam?
5.Apakah Fabrik Viscose under sustainable pada persekiran

17/05/2024

jika anda mendapati diri anda membaca label pakaian dan tertanya-tanya, "Apakah bahan viscose? Baik atau buruk?”, anda tidak bersendirian.

Sebagai pengguna yang sedar, kami ingin tahu dari mana bahan pakaian dan barangan rumah kami dibuat, cara ia dibuat dan sama ada ia mengurangkan sustainable persekitaran Alam setikar.
Apakah Bahan Viscose/ Rayon?
Untuk mengelakkan kekeliruan, mari kita mulakan dengan menjelaskan bahawa fabrik viscose dan rayon adalah satu dan sama, walaupun pada hakikatnya anda akan melihat "fabrik rayon viscose" pada beberapa tag pakaian.
Istilah ini digunakan secara bergantian, dengan "rayon" menjadi istilah yang paling banyak digunakan di USA , manakala "viscose" ialah nama pilihan di Eropah.
Fabrik viscose/rayon ialah istilah umum untuk fiber buatan semula (AKA semi-sintetik), diperbuat daripada selulosa berasaskan tumbuhan menggunakan proses viscose.
Gentian Plant base cellulose using the viscose process.
termasuk buluh, fabrik cupro, modal, dan fabrik lyocell, tetapi fiber viscose/rayon diutamakan.
the grand father of manufactured fiber, viscose/rayon pada asalnya dibangunkan sebagai alternatif sutera tiruan.
Insyallah Nanti admin sambung tentang
1.Fabrik Viscose Diperbuat Daripada Apa dan
2. Jenis Kain Viscose?
3.Adakah Viscose antara material boleh mengunakan sustainable enviroment pada Alam setikar.
4.Adakah Proses Pengeluaran Viscose Mesra Alam?
5.Apakah Fabrik Viscose under sustainable pada persekiran

30/04/2024

Tempahan Jahit Pukal untuk Medical Lab Coat sudah dibuka.
Harga dan kualiti dijamin terbaik di pasaran!
Free delivery untuk tempahan 1000pcs ke atas tau!
Contact admin untuk tempahan segera!
Wasap 0102191176
Email [email protected]

Photos from DR JAHIT PUKAL's post 13/03/2024

Kami buka booth selama sebulan disini ,
Di Lotus nilai ground floor berdekatan dekat
Foodcourt Mai Mai singah ,kami juga buat menjual retail n borong
Berminat dapat kurta ,baju melayu dan baju kurung atau Nak tempahan Pukal
Boleh hubungi wasap /call 010-219 1176

20/02/2024
06/01/2024

Hai Fashionpreneur ✂️✂️✂️

Tips menyiapkan baju sehari 2 helai x 6hari bekerja = 12helai :-

👉Isnin = potong semua 12 helai ikat letak tepi

👉selasa 1/2 hari :- jahit tepi semua 12 helai and trace bahagian penting : lubang tangan, leher, dart, zip

👉selasa 1/2 hari | Rabu | Khamis :- mula menjahit kesemua baju & wajib sambil jahit dan gosok bahagian penting agar baju siap keseluruhan dan baju telah kemas bergosok 70%

👉Jumaat :- Kemasan dan boleh ikut jadual untuk pelanggan datang ambil 🤲👏

✨kemampuan sendiri jahit sendiri potong, banyak mana pun tempahan kita hanya ada 2 tangan, tak boleh paksa diri untuk speed tahap mana pun.

✨Menjahitlah tanpa rasa stress kerana warna warna kain | teknik teknik menjahit | adalah terapi minda

✨pendapatan jika kita sahaja menjahit dan memotong :-
RM80/sehelai (asas) x 12helai x 4 minggu/bulan = RM3,840.00 income kasar

✨gaji :- Memotong RM10, menjahit RM18-20/helai = RM28/helai baju upah

✨👆👆ambil gaji sahaja ya dari per-helai bukan semua gaji kita. Selebihnya untuk syarikat dan pengembangan.

🌹rancang bisnes jahit sedari rumah 🏃‍♀️

26/12/2023

26/11/2023

Nak cari tailor JAHIT PUKAL? Di sini lah
tempatnya.
Jangan pening-pening lagi. Mari kami bantu
anda merealisasikan impian anda.
KONSULTASI PERCUMA
IV
KUALITI TIP TOP
SAMPEL PERCUMA
Kemahiran menjahit pelbagai design pakaian:-
• Blouse
• Kemeja
• Baju kurung
• Baju Melayu
• Kurta
• Jubah
dan banyak lagi!

Klink link whatsapp di bio ig kami ya.

👉0102191176
👉0102191176

03/11/2023

Pernah rasa pakaian tak kena? 🤔 Jangan risau! 🌟 ada untuk anda! 👗

Kami sediakan pakaian khas buat anda! 🧵✂️ Dengan , pakaian tak payah risau dah! 😍

🌈 Kenapa pilih ?
📏 Ukuran Tepat: Pakaian kena pada anda.
🎨 Pilihan Tanpa Had: Banyak jenis fabrik, reka bentuk & gaya.
🚚 Hantar Selesa: Pakaian dikirim terus ke rumah!

👔 Dari jubah hingga baju kurung, kita buat pakaian khas untuk anda! Gaya anda, cara anda! 💃🕺

Jom start gaya peribadi anda dengan ! Hubungi kami di 010-2191176 atau email di [email protected]. Jangan lupa lawati page Drjahitpukalhq dan Instagram Drjahitpukalhq untuk maklumat lanjut! 🛍️✨

02/11/2023

Salam Semua untuk follower Dr DR JAHIT PUKAL kami sediakan semua jenis pakaian Lelaki ,wanita dan Kanak kanak
segala maklumat boleh hubungi 010-219 1176

Photos from DR JAHIT PUKAL's post 26/07/2023

BARU NAK MULAKAN BISNES PAKAIAN? ATAU DAH ADA BISNES PAKAIAN TAPI NAK TAMBAHKAN PRODUCTION DENGAN KUALITI LEBIH PUAS HATI DAN HARGA BOLEH NEGO?

Kenapa DR JAHIT PUKAL perlu jadi pilihan?
👇
✔️ Tukang jahit berpengalaman
✔️ Kualiti jahitan setaraf butik terkenal
✔️ Tepat waktu siap

Hubungi DR JAHIT PUKAL untuk jahit:
👇
✔️ Baju Seragam Korporat untuk Persatuan, Badan dan Organisasi
✔️ Baju Unit Uniform sekolah Baju Melayu ( Klasik & Moden )
✔️ Baju Melayu
✔️ Kemeja Batik
✔️ Kemeja Kasual
✔️ Baju Kebaya
✔️ Baju Kurung ( Klasik & Moden )
✔️ Blouse
✔️ Skirt
✔️ Palazzo
✔️ Kurta
✔️ Seluar
✔️ Jubah
✔️ Kaftan

Tekan link WhatsApp ini sekarang untuk dapatkan info lanjut:
👇
https://wa.me/60102191176?text=Nakjahitpukal

Lokasi Pejabat Urusan kami:
👇
3373 Jalan 18/31 Taman Seri Serdang 43300 Seri Kembangan Selangor

👇
https://wa.me/60102191176?text=Nakjahitpukal

Photos from DR JAHIT PUKAL's post 28/06/2023

Bismillahirahmanirahim

Masih berbaki sedikit lagi Jahitan uniform
Esok production DR JAHIT PUKAL off bagi menghormati sempena Aidiladha Dan akan beoperasi semula pada jumaat 30 Jun 2023

Photos from DR JAHIT PUKAL's post 16/06/2023

4 Jenis Baju Kurung Yang Anda Perlu Tahu

Baju kurung merupakan pakaian tradisional wanita Melayu di Nusantara iaitu di Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Lazimnya, baju kurung dipakai pada majlis rasmi, keagamaan dan keramaian. Pada asalnya, rekaan baju kurung agak ketat. Namun, pada kemuncak pemerintahan kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-15, Islam telah berkembang luas dan mempengaruhi gaya pemakaian masyarakat Melayu ketika itu bersesuaian dengan ciri- ciri Islam iaitu longgar dan dan kelihatan lebih sopan.

Di Malaysia, baju kurung ada pelbagai jenis rekaan. Antara yang terkenal ialah kurung Teluk Belanga, kurung Kedah, kurung Pahang dan kurung moden. Nak tahu apa perbezaan antara semua jenis rekaan baju kurung ni? Jom baca artikel ini sampai habis.

Rekaan #1 Kurung Teluk Belanga
Asal usul baju kurung Teluk Belanga dikatakan berasal dari sebuah tempat di Singapura iaitu Teluk Belanga yang kini digelar Harbour Front. Baju ini diperkenalkan semasa zaman pemerintahan Temenggung Ibrahim di Johor.
Rekaan 1 kurung Teluk Belanga memiliki labuh paras lutut dan halus pada bahagian leher. Sulaman lehernya p**a boleh menggunakan 3 jenis jahitan iaitu mata lalat, tulang belut dan insang pari. Baju kurung Teluk Belanga dipadankan dengan kain susun tepi sebelah kiri.

Rekaan #2 Kurung Kedah
Rekaan kurung Kedah p**a kebiasaannya hanya paras punggung tetapi mempunyai potongan yang longgar. Ia dikatakan hampir sama dengan rekaan blaus dari selatan Thailand. Potongan lehernya berbentuk bujur sireh. Lazimnya, wanita Melayu Kedah memakainya dengan padanan kain sarung selisih hadapan.

Rekaan #3 Kurung Pahang
Baju kurung Pahang juga dikenali sebagai kurung Riau kerana wujudnya hubungan diplomatik antara kedua negeri ini suatu ketika dahulu. Baju kurung Pahang mempunyai pesak kembang yang dijahit cantum dengan kekek gantung.

Lehernya berbentuk teluk belanga atau cekak musang. Kurung Pahang cantik digayakan dengan kain selisih hadapan dan susun tepi. Rekaan kurung Pahang ini dikatakan hasil gabungan kebaya labuh dan baju cekak musang.

Rekaan #4 Kurung Moden
Rekaan kurung moden adalah hasil idea kontemporari yang mana potongannya tanpa pesak dan kekek. Ia dipakai untuk kelihatan slim di bahagian pinggang. Walaubagaimanapun, ciri- ciri tradisional masih dikekalkan iaitu lengan panjang dan padanan kain yang lazimnya menggunakan kain susun hadapan.

Meskipun sekarang sudah ada lambakan rekaan pelbagai jenis pakaian ala moden, trend baju kurung masih tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan para wanita terutamanya pada musim perayaan. Butik- butik pakaian sentiasa menawarkan pelbagai produk baju kurung dengan pelbagai variasi warna dan corak.

Kini, inovasi baju kurung telah mula kelihatan dengan gabungan elemen solat ready. Idea ini tampaknya menjadi satu daya tarikan baharu yang mana rekaan baju kurung yang diperkenalkan ditambah fungsinya yang lebih memudahkan urusan solat.

Jenama pakaian yang menjadi pelopor kepada inovasi ini ialah Siti Khadijah. Siti Khadijah menawarkan rekaan terkini baju kurung untuk edisi raya 2022 yang mempunyai getah di pergelangan tangan berfungsi memegang pergelangan lengan agar tidak jatuh dan menampakkan aurat ketika solat.

Selain itu juga, baju kurung turut ada fungsi zip di bahagian cantuman pesak supaya anda yang pakai rasa selesa ketika nak sujud solat.Selain itu, Kurung moden juga direka khas dengan potongan yang lebih longgar di bahagian pinggang dan disertakan dengan tali pengikat sekaligus membolehkan ia sesuai dipakai ketika solat dan luar waktu solat. nampaknya sudah mula ke hadapan dalam proses menghasilkan sesuatu rekaan pakaian yang pelbagai fungsi dan memudahkan urusan seharian.

* Sapa Nak Kami Bantu Jahit Pukal Pakaian wanita , Lelaki dan Kanak Boleh contact admin call or wasap 010-219 1176
Pebagai jenis pakaian termasuk pakaian Perkhawinan

Photos from DR JAHIT PUKAL's post 07/05/2023

Fesyen ini market Tengah hot & viral dipasaran.
Insyallah kami bantu Founder Founder nak bina Jenama sendiri dengan Kualiti jahitan antarabangsa Dari design, pemilihan fabric , dan jahitan sampai ke butik or kedai anda

21/04/2023

Tukang jahit menggunting kain Untuk membuat sebuah busana Mohon maaf lahir batin Untuk para sahabat semua

Photos from DR JAHIT PUKAL's post 17/04/2023

TIPS MEMILIH PAKAIAN MENGIKUT BENTUK BADAN PEAR

Sisters yang mempunyai bentuk badan pear, jangan runsing lagi. Meh sini malam ni sis fa bantu sis semua ye 😄

Ciri ciri bentuk badan pear adalah :
- mempunyai pinggul yang sedikit besar dan,
- bahagian bahu agak kecil

Nak tahu apa tips pemilihan baju yang bersesuaian?😉
Jom baca tips inforgrafik di bawah

Jangan lupa like dan share jika bermanfaat untuk anda dan sahabat fb anda ya.

Siapa nak admin sambung tips bentuk badan lain p**ak? Komen bentuk badan sis suapaya mudah adm inbantu sis semua ❤

24/01/2023

Dapat seat anda di ahfa show

28/09/2022

Textiles from the Middle East have long been sought after for their quality and lightness, as these fabrics serve a purpose in the production of modest-wear classics such as abayas, hijabs and kimonos.

Due to the furious heat of the Middle East, fabrics have to be light and airy, to adhere to Islamic rules regarding modest dress and keep the wearer cool throughout the day. The most common form of Islamic women’s clothing is the abaya - a ubiquitous robe-like dress that covers the whole body save for the head, feet and hands.

Below, we’ll run through the fabrics used in modern abayas that form the eclectic and ever-changing world of Islamic fashion.

Georgette

The venerable fabric with French origins is very pop**ar in Islamic fashion circles due to its ultra-lightweight properties. Typically synthetically made these days, georgette was originally made of silk in its 1930s heyday. A solid colour, georgette is a pop**ar option for Islamic nightwear and abayas alike, while more premium wear may use silk georgette for a more opulent feel.

Chiffon

Another silken fabric choice, chiffon is especially pop**ar for modest evening wear such as the abaya pictured above. Chiffon is smoother and more lustrous than georgette, so it has more of a function as a clothing option for Islamic weddings.

It’s easy to embellish chiffon with gemstones, but the material is also very fragile - so day-to-day wear isn’t the prime use of this fabric.

Viscose

All-weather comfort is paramount when it comes to Islamic fashion, especially when it comes to hijabs. Viscose is a common fabric for hijab manufacturers due to its reliability and comfort, especially when combined with a cotton hijab cap.

The fabric can stay cool in summer and provide insulation in winter, so it’s a great option for muslimahs that live in more temperate nations.

credit
https://www.selvedge.org

01/09/2022

JUMAAT MOTIVATION QUOTES 🤗🌤
----------------------------------------------------------
Semoga Allah memasukkan Imaan, Nur, Damai, Cinta, Kegembiraan, Kesihatan, Kebahagiaan dan Kekayaan ke dalam rumah dan hati kita semua agar semua keperluan kita dipenuhi.
Sebarang pertanyaan berkenaan Jahitan and Fesyen boleh tekan link dibawah :
Customer Service :
https://klinikdrjahitpukal.wasap.my

29/08/2022

What Does a Fashion Stylist Do?

A fashion stylist’s job description is wide-ranging. Some of the typical tasks they will encounter include:

1. Attending runway shows, brand showrooms, and various fashion industry events to keep apprised of the latest trends and styles

2. Researching the fashion of previous eras (via magazines, movies, or an old lookbook) to design a period-appropriate aesthetic

3. Sourcing clothing from a worldwide array of brands and manufacturers

4. Consulting models, photographers, hairstylists, makeup artists, costume designers, brand creative directors, and art directors, magazine editors, and film and TV directors

5. Working with public figures to craft a personal visual aesthetic. This may include personal shopping and serving in the role of a personal stylist

6. Assisting clothing buyers for major retail chains

Resources :Info Master Class -Articles

05/07/2022

Bismillahirrahmanirrahim
On Track making cutting a measurement
government Uniforms.... Sapa nak kami bantu jahit pukal uniform , textile dan fashion trending boleh wasap admin kami 010-2191176/0166891176
Professional Customade Tailoring endorsement By PDRM

09/06/2022

27/05/2022

6 Ciri Karakteristik dan ciri kain jersey pada umumnya :

1.Memiliki sifat bahan yang lembut

2.Bahannya mampu merenggang (stretch).

3.Memiliki sifat kain yang mengikuti lekuk tubuh, namun material Sejuk untuk dikenakan.

4.Memiliki banyak variasi warna yang ditawarkan dari yang warnanya cerah hingga gelap.

5Kainnya tidak mudah kusut.

6 .Memiliki variasi tingkat ketebalan bahan yang berbeza beza

Dapat Khidmat Nasihat Precuma Hanya Dari Page & IG Drjahitpukal

28/04/2022

RAYA-RAYA-RAYA-RAYA-RAYA

---------------------------------

Disini kami dari Perusahaan kilang Jahit Pukal ingin menyusun 10jari memohon maaf di atas salah silap kami terhadap anda semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin. Untuk pengetahuan semua kita akan berehat seketika pada hari raya ini dan akan sambung beroperasi semula seperti biasa dan kita akan mengambil semula tempahan seperti biasa iaitu Pakaian beruniform ,T-shirt , pakaian sukan , pakaian wanita ,Lelaki dan kanak-kanak ,Sejadah , Pakaian Hospital seperti Ppe ,skrub DLL Min Order 1000 pcs So kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami segera untuk membuat tempahan😁😁

Admin : https://wa.link/m9hamp
Team Sale : https://wa.link/wswrj0

Keterangan lanjut boleh lihat sendiri dalam website kami :-
https://sites.google.com/view/DrJahitpukal/home

25/04/2022

Bismillahirrahmanirrahim
Morning

Photos from DR JAHIT PUKAL's post 20/04/2022

Cara Untuk Mengenalpasti T-Shirt Vintage

Pertempuran epik terhadap t-shirt fake tidak akan pernah berakhir. Semakin maju perkembangan teknologi di zaman moden semakin membuatkan kita sukar untuk membezakan antara yang asli dengan yang tidak. Tambahan p**a dengan rancaknya aktiviti jualan secara online masa kini, terlihat semakin banyak item-item yang diragui keasliannya yang membanjiri arena jual beli terutamanya di media-media sosial dan termasuk di beberapa online platform terkemuka dunia.

Adalah menjadi satu kekecewaan yang amat besar jika kita terbeli sehelai t-shirt fake yang didakwa sebagai asli. Lebih mengecewakan jika kita membayar harga yang mahal untuk sehelai t-shirt fake. Kadangkala seller itu sendiri tidak sedar yang item beliau adalah fake, tanpa ada niat untuk menipu pembeli. Sebelum terkena adalah lebih baik kita cuba untuk elakkan diri dari terjerat. Kami di Lokein amat mengambil berat tentang hal ini yang melibatkan kepuasan pembeli dan juga penjual.

Mari kita lihat secara ringkas cara-cara bagaimana untuk mengenalpasti t-shirt itu benar-benar asli. Walaubagaimanapun, ini adalah teori asas sekadar untuk perkongsian sahaja. Ilmu yang paling berkesan adalah dengan bertanya kepada yang lebih berpengalaman dengan memiliki sendiri item yang asli supaya senang untuk dibuat perbandingan. Ini kerana terlalu luas cabang ilmu yang berkaitan dengan t-shirt vintage yang mana adalah mustahil untuk dihuraikan dengan hanya seribu patah perkataan. Jadi perkongsian di bawah ditulis dengan hanya mengambil faktor yang paling umum sahaja. Untuk lebih terperinci disarankan merujuk kepada yang lebih pakar.

Tag Screen Stars dari era 1970an.
Perkara pertama untuk menentukan sama ada t-shirt anda benar-benar vintage yang asli adalah dengan memeriksa labelnya. Ini adalah kerana anda boleh kenalpasti t-shirt anda lahir dari era yang mana melalui tag. Contoh jika anda ada sehelai t-shirt band dengan copyright 1984, agak ganjil jika tag untuk t-shirt tersebut adalah dari era 1970an atau 1990an bukan? Walaubagaimanapun wujud juga t-shirt dengan copyright yang tidak sama dengan tahun keluaran t-shirt. Hal ini perlukan huraian terperinci didalam artikel khusus akan datang.

Nama-nama seperti Screen Stars, Springford, Sportswear, Touch of Gold dan Ched adalah beberapa contoh jenama vintage yang pop**ar. Oleh kerana ada antara jenama-jenama t-shirt ini sudah tiada lagi pengeluaran yang dihasilkan atau telah memperbaharui penjenamaan mereka, dengan meneliti tag baju boleh memberitahu anda banyak info tentang keaslian item dan era di mana ia dihasilkan. Anda juga boleh mengambil kira faktor fabrik yang digunakan. Contohnya untuk fabrik campuran (50/50) seperti campuran cotton & polyester kebiasaannya datang dari era 1980-an berbanding trend fabrik 100% cotton yang lebih sinonim dengan era sebelum 1980an dan selepas sedekad dari itu.

Mengenalpasti tag/label t-shirt vintage dari tahun 1970-an agak mudah berbanding dari tahun 1980an. Sebahagian besar syarikat yang mengeluarkan t-shirt untuk percetakan skrin belum mempunyai jenama mereka sendiri. Banyak label ini akan kelihatan agak generik dan tidak mempunyai sebarang pautan jelas kepada syarikat tertentu. Kebanyakan dari tag tersebut akan kosong sepenuhnya atau agak pudar akibat proses cucian dan umur. Sehinggalah akhir tahun 70-an kelihatan pengeluar-pengeluar t-shirt muncul dengan imej penjenamaan yang lebih kuat.

Contoh tag/label t-shirt dari era 1970an.
Terlalu banyak jenama terkenal muncul dalam dekad 1980an. Sebahagian dari mereka menumpukan pada menghasilkan t-shirt dalam pelbagai warna, sementara jenama yang lain mengkhususkan diri dalam membuat gaya baju yang berbeza seperti ringers dan jerseys. Jenama seperti Screen Stars, Hanes dan Sportswear adalah beberapa jenama t-shirt yang paling banyak dihasilkan. Setiap jenama vintage ini melalui fasa reka bentuk label yang berbeza yang boleh dikaitkan dengan tahun-tahun tertentu.

Sebahagian jenama ada yang dihasilkan di Pakistan, dan yang lain p**a ada yang bekerjasama dengan jenama sukan Champion untuk menghasilkan t-shirt untuk tujuan sukan. Label seperti Logo7, Artex, dan Trench membuat banyak t-shirt, jersi, dan sweatshirt yang memaparkan nama atlit, pasukan dan jenis sukan yang pop**ar pada tahun 1980-an.

Beberapa contoh tag/label bagi t-shirt vintage.
Ingat: hanya kerana anda tidak melihat tag/label jenama tertentu yang disenaraikan di sini, itu tidak bermakna item yang dimaksudkan bukan vintage. Terdapat terlalu banyak syarikat dari dekad tersebut untuk dipaparkan semua didalam artikel ini.

Jika t-shirt anda telah lepas fasa pengesahan tag/label, jangan seronok dahulu. Ada beberapa lagi fasa yang perlu dilepasi dalam menentukan t-shirt itu asli atau fake. Tidak semestinya hanya dengan tag sahaja sudah cukup. Ini kerana tag/label yang vintage juga sudah berjaya ditiru oleh pengeluar.

Contoh tag/label Screen Stars yang fake.

Contoh tag/label Screen Stars yang asli.
Copyright
Selepas memeriksa tag/label, perincian seterusnya yang perlu dilihat adalah cetakan copyright (hak cipta) dan tarikh yang kebiasaan dicetak di bawah grafik atau gambar. Walaubagaimanapun bukan semua jenis t-shirt vintage ada copyright. Kebiasaannya t-shirt band atau festival muzik yang ada copyright ini. Ia bertujuan untuk menandakan tahun sesebuah concert tour itu berlaku dan melegitimakan item itu sebagai sekeping memorabilia yang tulen. Tarikh dan tempat concert tour diadakan yang disenaraikan di belakang t-shirt juga boleh dijadikan faktor menentukan keasliannya.

Selain copyright, satu lagi terma yang sering dikaitkan dengan t-shirt vintage adalah under licence. Secara ringkasnya, konsep under licence ini adalah sesetengah syarikat pengedar di beri kebenaran oleh tuan punya hak cipta design atau rekaan sesuatu merchandise untuk mengeluarkan item tersebut untuk jualan. Contoh syarikat seperti Brockum atau Giant adalah antara yang pop**ar mengeluarkan t-shirt band secara sah.

Satu lagi elemen yang penting untuk diambil kira adalah bagaimana rekaan grafik sesetengah T-shirt band boleh memberi kesan kepada status barangan. Sebagai contoh, Iron Maiden sering mencetak t-shirt yang khusus untuk setiap negara, negeri, dan bandar yang mereka membuat persembahan. Dengan cara begini terdapat lebih banyak variasi didalam koleksi t-shirt mereka, tetapi kuantiti yang dikeluarkan p**a adalah terhad untuk setiap design. Oleh yang demikian sesetengah design lebih sukar ditemui berbanding yang lain. Jika anda bertemu dengan t-shirt yang mana design-nya limited tetapi banyak p**a orang menjualnya, haruslah berhati-hati. Ada kemungkinan t-shirt itu adalah cetakan semula.

Sejujurnya ulasan tentang copyright ini akan mengambil masa yang panjang. Ini adalah kerana cabang inilah yang paling banyak ketelitian yang perlu dihuraikan. Jika berkesempatan mungkin kita boleh bincangkan didalam satu artikel khusus kelak.



Print / Cetakan Design
Ok anda telah meneliti tag dan terbukti asli keluaran 1980an. Anda periksa p**a copyright, ada terdapat secara jelas bertarikh tahun 1980an juga. Tetapi adakah cukup setakat itu sahaja untuk mengesahkan keaslian t-shirt anda? Jangan terkejut jika masih ada kemungkinan t-shirt anda adalah fake. Cara seterusnya adalah dengan meneliti p**a ciri-ciri print atau cetakan design t-shirt tersebut.

Di era 1980an hingga ke awal 1990an, kaedah yang digunakan untuk mencetak t-shirt adalah menggunakan teknik Screen Printing (Silk Screen). Kaedah screen printing dibuat secara berperingkat, dengan setiap warna dicetak secara berasingan. Sebagai contoh sehelai t-shirt mempunyai reka bentuk dalam 5 warna, ia akan dicetak di bawah 5 skrin yang berbeza untuk menambah warna yang sesuai pada lokasi tertentu pada kain. Ia seperti jig-saw puzzle, di mana setiap warna adalah bahagian yang berasingan, dan apabila disatukan, membentuk reka bentuk keseluruhan yang lengkap.

Direct-To-Garment (DTG) p**a adalah satu kaedah di mana pencetak terus mencetak dakwat ke atas t-shirt dengan teknologi inkjet. Ia menggunakan pencetak khas, yang mencetak dakwat terus ke atas pakaian. DTG juga menggunakan dakwat khusus, yang diserap terus ke dalam fabrik pakaian.

Dengan pencetak DTG , anda dapat mencetak imej dengan detail yang lebih tepat berbanding pencetakan skrin (silk-screen printing), dan anda tidak terhad dengan pilihan warna. Oleh kerana pencetak DTG boleh mencetak sebarang imej, anda bebas untuk custom design anda tanpa ada sebarang kekangan. Ini juga merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang tidak mempunyai banyak wang untuk membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak kerana setiap t-shirt boleh dipesan secara berasingan (one-off).

Mesin cetak t-shirt berteknologi tinggi terkini adalah salah satu trend terbaru yang menggalakkan lagi kewujudan t-shirt fake. Pencetak t-shirt terutama dari negara jiran kini menggunakan mesin percetakan t-shirt yang boleh mencetak secara one-off. Cuma kelemahan mesin ini adalah cetakan yang dihasilkan akan lebih cantik jika dicetak diatas t-shirt berwarna cerah terutamanya putih. Namun sudah ada ditemui t-shirt fake berwarna gelap juga. Hmmm…

Lebih mengelirukan apabila pencetak menggunakan t-shirt vintage kosong yang asli dalam keadaan baru (New Old Stock) untuk mencetak atau t-shirt vintage yang sudah dipakai sebelum ini untuk membuatkan ia nampak lebih asli. Dari sudut pandang pertama memang nampak seperti yang asli lebih-lebih lagi jika berurusan secara online yang mana pembeli hanya boleh bergantung 100% pada gambar sahaja.

Namun jika diteliti secara langsung, ternyata terdapat perbezaan ketara. Sebuah laman web terkemuka pernah memuat naik satu perbincangan secara ilmiah mengenai isu ini. Menurut pengarang, beliau telah cuba untuk membandingkan 2 helai t-shirt vintage dengan design dan warna yang sama yang juga menggunakan jenis t-shirt yang sama. Melalui kaedah beliau, ia dapat membantu anda menentukan perbezaan di antara t-shirt yang telah melalui proses cetakan skrin (silk screen) dan satu lagi yang telah dicetak menggunakan mesin.

Dua helai t-shirt vintage dengan design dan warna yang sama.

Ujian melalui sentuhan mengunakan jari.
Ujian pertama yang boleh anda lakukan pada baju yang diragui adalah dengan menyentuh cetakan skrin menggunakan jari anda. Melalui sentuhan, cuba gerakkan jari anda ke sekitar permukaan kawasan yang mempunyai print. Cetakan yang dihasilkan melalui screen printing akan mempunyai tekstur fizikal yang timbul secara jelas apabila jari anda pergi dari kawasan baju yang kosong ke kawasan yang bercetak. Jika anda menutup mata semasa melakukannya sekalipun, anda boleh merasakan di mana reka bentuk cetakan bermula. T-shirt yang dicetak dengan mesin p**a tidak akan menimbulkan tekstur kerana dakwatnya telah diserap ke dalam fabrik kain.

Satu lagi penunjuk utama ialah kualiti cetakan. Kebanyakan t-shirt vintage adalah campuran 50/50 fabrik poly-cotton. Jadi apabila fabrik jenis ini digunakan dalam proses cetakan menggunakan mesin kualiti cetakan akan kurang berkualiti. Sebabnya kerana fabrik polyester yang sintetik tidak akan menyerap dakwat yang disembur dari mesin pencetak. Ditambah p**a jika pencetak menggunakan rekaan yang di imbas (scan) dari t-shirt yang asli, sudah tentu kualiti-nya akan terjejas.

Jika anda mengesyaki t-shirt anda masih meragukan setelah meninjau semua panduan yang diberi, anda boleh teruskan dengan kaedah seterusnya. Namun harus diberi peringatan; anda boleh cuba atas risiko anda sendiri, kerana kaedah ini akan menggunakan cecair peluntur, jadi ujian di ini tidak boleh dicuba pada selain t-shirt warna putih. Dan jika t-shirt anda adalah yang berwarna yang gelap, kita cuba huraikan menggunakan kaedah yang lain di masa akan datang.

Ujian terbaik untuk mengetahui sama ada baju anda bukan cetakan mesin adalah dengan menyentuh sedikit sahaja peluntur pada bahagian berwarna yang paling gelap. Cetakan screen printing yang asli pada fabrik warna putih tidak akan dipengaruhi oleh peluntur.

Tetapi harus diambil ambil perhatian – sesetengah t-shirt dari awal tahun 1970-an dan beberapa dekad sebelum itu sebenarnya ada yang menggunakan proses cetakan yang hampir serupa dengan yang dilakukan dengan mesin moden. Namun masih jelas perbezaan ketara jika dibandingkan dengan yang tidak asli. Topik itu boleh dibincang didalam artikel akan datang. Nanti pening p**a.

Jadi, fokus semula kepada t-shirt dari era 1980an. Selagi fabrik itu berwarna putih tulen, perumusan dakwat dalam bahan screen printing tidak akan berubah warna oleh peluntur. Bandingkan p**a dengan yang dicetak dengan mesin. Jika melakukan kaedah ini, berhati-hatilah ketika meletakkan sedikit peluntur pada print. Jangan biarkan peluntur meresap ke seluruh bahagian fabrik. Selepas kira-kira 30 minit, dakwat cetakan mesin pada t-shirt akan jelas terlihat kepalsuannya. Sekiranya t-shirt anda melepasi ujian ini, pastikan anda membersihkan sisa bahan peluntur dengan teliti. Jika ia tidak lulus ujian, elok anda gunakannya sebagai kain lap sahaja.

Begitulah ekstrimnya pengarang website tersebut dalam mencari jawapan. Hasil akhir eksperimen beliau? Adakah t-shirt di gambar nombor 1 adalah baju vintage sebenar? Mengikut kata pengarang beliau telah berjaya membuktikan bahawa t-shirt di gambar nombor 1 telah dibuat menggunakan proses screen printing dan t-shirt di gambar nombor 2 p**a dihasilkan menggunakan mesin percetakan t-shirt. Jadi sudah tentu t-shirt nombor 1 adalah asli bukan? Tetapi kebenarannya agak mengejutkan kerana pengarang menjelaskan bahawa kedua-dua t-shirt itu adalah palsu. T-shirt yang di gambar nombor 1 juga adalah bootleg vintage. Aduh pening…

Perbandingan dengan sehelai lagi t-shirt yang sama tetapi lebih jelas keasliannya.
Pengarang menjelaskan beliau terjumpa satu lagi versi vintage sebenar t-shirt ini (gambar nombor 3) dan anda boleh melihat perbezaan dalam cetakan. Apabila dibandingkan dengan t-shirt di gambar nombor 1, kita melihat warna dan butiran agak kurang tepat. Ketelitian dalam pemilihan warna dakwat menjadikannya jelas bahawa t-shirt di gambar nombor 2 menggunakan imej gambar nombor 1 yang sudah agak terjejas untuk dijadikan sumber tiruan untuk mencetak di atas t-shirt vintage dan dijual sebagai yang asli.

Malangnya, tiada akhir bagi isu seperti ini. Jika penjual benar-benar berniat untuk menipu kita, kita mungkin tidak akan mengetahuinya secara rambang. Terutama jika mereka menggunakan t-shirt dengan fabrik vintage yang asli dan mencetak dengan kaedah screen printing yang sama (sudah ada dilaporkan baru-baru ini).

Satu-satunya cara untuk menentukan sama ada sehelai t-shirt itu benar-benar asli adalah dengan menyiasat jenis dakwat digunakan untuk mencetak, dan perkara itu sudah sampai tahap CSI p**a, yang mana kami merasakan ada banyak kerja lain yang boleh dimanfaatkan masa yang ada berbanding itu. Lebih baik untuk kita memilih untuk berurusan penjual baju dan t-shirt veteran yang jujur dan amanah kerana mereka hidup di zaman t-shirt tersebut dihasilkan. Sudah tentu mereka lebih mengetahui dengan lebih teliti segenap aspek tentang t-shirt atau barangan tersebut

Klik poster untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lokein Moneyback Guarantee
Selain itu, disarankan anda untuk memilih platform jualan online yang menawarkan ciri-ciri keselamatan seperti Lokein. Di Lokein, setiap penjual adalah yang berdaftar secara sah dan telah melalui proses verifikasi secara telus dalam memastikan tiada scammer yang akan wujud. Ditambah p**a dengan kaedah Lokein Money Back Guarantee yang mana setiap transaksi di antara penjual dan pembeli akan dikawal selia oleh pihak Lokein sehinggalah tercapai kata sepakat diantara mereka.

Di Lokein, sekiranya anda membeli sesuatu barangan, wang anda tidak akan dipindahkan secara terus ke akaun penjual. Wang anda hanya akan dipindahkan selepas anda telah disahkan menerima barangan yang diberi dan anda juga telah berpuas hati dengan barangan tersebut. Misal kata setelah anda menerima barangan dari penjual dan setelah anda mengambil masa untuk meneliti keseluruhan aspek barangan tersebut (keaslian, keadaan barang), anda tidak berpuas hati atau anda dapati barangan itu diragui keasliannya, anda boleh membuka satu case kepada admin Lokein untuk mendapatkan wang anda kembali. Penjual p**a akan dikenakan tindakan jika terbukti wujud unsur penipuan untuk transaksi tersebut.

Namun jika tiada unsur penipuan, hanya ada kekeliruan didalam menentukan status sesuatu barangan, pembeli juga boleh memohon untuk mendapatkan semula wang dengan memulangkan kembali barangan kepada penjual. Inilah kelebihan kaedah Lokein Money Back Guarantee dimana kedua-dua pihak akan tetap berpuas hati sehingga sesuatu isu selesai. Konsep yang sama juga telah di aplikasi oleh platform online yang lain seperti di Shopee Malaysia.

Mari lihat beberapa vintage t-shirt yang sedia untuk dibeli di Lokein. Segala maklumat tentang item tersebut ada di setiap paparan. Anda hanya perlu klik di setiap link di bawah. Anda juga boleh menghubungi seller untuk pertanyaan lebih lanjut. Yang pasti, kesemua seller ini adalah dijamin bukan scammer. Anda boleh membeli belah dengan yakin!

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Nak cari tailor JAHIT PUKAL? Di sini lahtempatnya.Jangan pening-pening lagi. Mari kami bantuanda merealisasikan impian a...
Nak cari tailor JAHIT PUKAL? Di sini lahtempatnya.Jangan pening-pening lagi. Mari kami bantuanda merealisasikan impian a...
BARU NAK MULAKAN BISNES PAKAIAN? ATAU DAH ADA BISNES PAKAIAN TAPI NAK TAMBAHKAN PRODUCTION DENGAN KUALITI LEBIH PUAS HAT...
RAYA-RAYA-RAYA-RAYA-RAYA---------------------------------Disini kami dari Perusahaan kilang Jahit Pukal  ingin menyusun ...
What Dr jahit pukal OfferCustomade Bulk, Alterations bulk & stardand bulk #aj #fashiondesigner #bulktailoring #drjahitpu...
AJ CURTAIN---------------------Pemakluman disini kami juga telah menerima jahitan untuk langsir dan tiada MOQ yang perlu...
"Jika anda benar-benar mahu melakukan sesuatu, anda akan mencari jalan. Jika tidak anda akan mencari alasan".Selamat Pag...
Alhamdulillah🤲rezeki di pagi hari Jumaat daripada IPK Melaka untuk ukur baju penjawat awam. ."INNA HAAZA LARIZKUNA MAA L...
Cuba kita lihat semua benda yang kita miliki semua ade benda berjahit contohnya beg ,kasut , eiher baju kita ada menguna...
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Salah dan silap harap dim...
Jom kita kejar due date  Jahitan Customade pukal t shirt
Bz production kami jahit t shirt 4 cawangan sesangat bz jahit pukal t shirt Uniform , koperate utk penjawat awam ?Apa be...

Telephone

Website

Address


12-3 Jalan18/32 Taman Sri Serdang
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Other Clothing Companies in Seri Kembangan (show all)
Menzi Collection Menzi Collection
Seri Kembangan, 43300

Menzi Collection Your trusted and reliable online store of men's contemporary design clothing as well as all ethnic authenticity. Guaranteed with the lowest price. #menzicollecti...

Wreckshipstore.my Wreckshipstore.my
Seri Kembangan, 43300

Hi welcome to our stores. CONSIGNMENT.CUSTOM.WHOLESALE https://shopee.com.my/wreckshipstore.my

LMY Uniform & T-shirts LMY Uniform & T-shirts
Seri Kembangan, 43300

ZOVIE ZOVIE
Seri Kembangan, 43300

Wholesale ONLY - Bumsnbums Wholesale ONLY - Bumsnbums
33-1, 33-2, Jalan Equine 1g
Seri Kembangan, 43300

👚 Kids clothing wholesale 👕 📲 Please whatsapp to buy ❌ No retail, minimum 12 pcs all size

Tudung OEM Tudung OEM
43, Jalan SP 2/1
Seri Kembangan, 43300

kami pengilang tudung 100% bumiputra..kepuasan anda keutamaan kami...PRESTIGE, VINTAGE & ELEGANT

Corak Collection Corak Collection
Seri Kembangan, 4330

GreenChef Malaysia GreenChef Malaysia
45-3, 2nd Floor, Jalan SP2/1, Taman Serdang Perdana
Seri Kembangan, 43300

Green Chef is established with over 30 years of industry experience. Green is truly committed in mak