Richard Tey Han Cherk 郑汉志

Richard Tey Han Cherk 郑汉志

Ahli Majlis Zon 20 MBSJ 2024/2025
梳邦再也市政厅第20区市议员 2024/2025

Serdang Jaya/Taman Perindustrian Serdang/Taman Sri Serdang/UPM

Photos from Richard Tey Han Cherk 郑汉志's post 28/08/2024

Saya bersama pihak MBSJ telah berjumpa dengan penduduk Taman Serdang Jaya pada hari Isnin yang lalu untuk membincangkan tentang isu sampah, tempat meletak kenderaan, dan penggunaan padang awam serta gelanggang di kawasan Zon 20. Saya telah mengambil maklum kebimbangan dan cadangan mereka untuk dilanjutkan ke MBSJ demi kesejahteraan penduduk.

26/08/2024

Program Aktiviti Kanak-kanak Sempena Hari Merdeka MPP Zon 20 MBSJ bersama Perpustakaan MBSJ pada 24 Ogos 2024 🤩🇲🇾

🇲🇾

20/08/2024

Pada 15 Ogos 2024, Kelas Tuisyen Kos Rendah Peringkat Sekolah Rendah kami telah berjaya dijalankan selama sebulan dengan lebih daripada 40 orang murid.

Sambutan monthsary telah diadakan untuk memotivasikan ibu bapa dan murid-murid supaya tidak berputus asa mendapatkan pendidikan berkualiti. 💪

Photos from Richard Tey Han Cherk 郑汉志's post 25/07/2024

Pada 5 Julai, Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan untuk program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) tahun 2024.

Syarat-syarat dan cara permohonan adalah seperti di gambar. Kongsikan kepada kawan-kawan atau jiran-jiran yang memerlukannya!

7月5日,雪州政府已开放申请2024年雪州和谐生活补助金。

申请条件和方式如图。请分享给你身边需要协助的亲朋好友!

Photos from Richard Tey Han Cherk 郑汉志's post 24/07/2024

Saya telah menerima aduan daripada penduduk Pangsapuri PKNS Jalan 7/1 Serdang Jaya (Flat Bosnia) mengenai isu pencemaran bunyi bas persiaran yang meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.

Mesyuarat telah diadakan dengan pihak Beryl's untuk membincangkan isu bas persiaran, trafik, tempat letak kenderaan dan keselamatan di sekitar kawasan ini.

Terima kasih atas cadangan serta kerjasama pihak Beryl's untuk mengekalkan kualiti hidup dan keselamatan penduduk kawasan tersebut. 💪🤝

23/07/2024

mengalu-alukan kedatangan YBhg. Dato' Amirul Azizan bin Dato' Sri Abd. Rahim sebagai Datuk Bandar MBSJ yang baharu berkuatkuasa 22 Julai 2024 bersamaan 16 Muharram 1446H.

Semoga Datuk Bandar yang baharu akan memperkuatkan lagi jentera pentadbiran MBSJ untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti bandar raya.

Selamat menjalankan tugas.

Photos from Richard Tey Han Cherk 郑汉志's post 15/07/2024

Saya telah mengadakan perbincangan tentang isu sampah di kawasan Serdang Jaya bersama wakil penduduk, pihak KDEB dan pihak MBSJ hari ini.

Photos from Richard Tey Han Cherk 郑汉志's post 04/07/2024

Program Bantuan Bakul Makanan X YB Yeo Bee Yin untuk minggu ini 😄

Kami telah berikan bantuan makanan kepada 17 rumah yang mengalami kesusahan.

03/07/2024

"Program Zero to Hero"
Program ini bertujuan untuk memberikan training dalam
1) Jahitan
2) Teknik natural dye dan eco printing
3) Platform handmade market

Program ini adalah percuma tetapi hanya akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya iaitu memenuhi syarat sebagai seorang
i. B40
ii. Kehilangan kerja
iii. OKU
iii. Ibu Tunggal
iv. E-kasih
v. Asnaf
*Individu yang pernah sertai program ini tidak layak untuk menyertai kali kedua.*

Anda perlu menyertai kursus ini di Sewing World, Puchong Utama pada
3-4/8,
10-11/8,
17-18/8
(selama 6 hari sahaja dari 9.30am -6.30pm)
2 jam zoom meeting x 2 (revision)

Sekiranya anda berminat dan ingin menambahkan pendapatan sampingan melalui bidang ini, sila hubungi pihak penganjur di talian 010-4668746 dan isi borang https://forms.gle/AQi4KtcydXZisbXR6 (klik pautan ini untuk daftar). Pihak penganjur akan menghubungi anda untuk temuduga dahulu.

Photos from Richard Tey Han Cherk 郑汉志's post 03/07/2024

Perbincangan tentang isu banjir dan cara penyelesaiannya di kawasan Serdang Jaya telah dijalankan bersama YB Yeo Bee Yin, Jabatan Pengairan Selangor, Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Subang Jaya dan penduduk Taman Sri Andalas, Serdang Jaya pada 20 Jun 2024.

26/06/2024

Program Bantuan Bakul Makanan MPP Zon 20 X YB Yeo Bee Yin, ahli Parlimen Puchong dimulai semalam. Kami telah menjalankan 5 lawatan rumah di kawasan Flat Bosnia.

Photos from Richard Tey Han Cherk 郑汉志's post 21/06/2024

Pada hari Selasa yang lepas, saya bersama Pengerusi JMB Flat Ikan, Susan, telah melawat ke rumah penduduk Flat Ikan yang mengalami masalah rumah sewa dan kerosakan kerusi roda. Kami telah membantu mereka memohon kerusi roda yang baru dari DUN Seri Serdang dan memberi pandangan untuk mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi. Harap-harap segala urusan dipermudahkan. 🙏

Jika anda mengalami cabaran kehidupan dan memerlukan pertolongan, sila hubungi PA saya Cik Mabel di talian 016-2686080. Kami selalu sedia untuk membantu 💪

16/06/2024

Ping pong ialah sukan yang paling saya minati, dan terima kasih kepada Kelab Ping Pong Al Hidayah, saya mempunyai peluang untuk bermain ping pong lagi. 😄

Pada 8 Jun 2024, saya telah menghadiri ke Program Klinik Ping Pong Bakat Cilik dan "bertanding" dengan Cik Dania Elisa Bt Mohd Airul Hafis, tempat ke-5 dalam kategori U11 di seluruh dunia.

Terima kasih kepada Kelab Ping Pong Al Hidayah atas jemputan tersebut.

Photos from Yeo Bee Yin(杨美盈)'s post 13/06/2024
Photos from Richard Tey Han Cherk 郑汉志's post 10/06/2024

Semalam, saya dan penduduk Blok 9-11 Pangsapuri PKNS Serdang Jaya telah mengadakan program Potong Royong memotong pokok besar dan program Gotong Royong membersihkan kawasan dan longkang. Ini merupakan program Pangsapuri Angkat yang pertama, dan saya berasa bangga kerana ramai penduduk yang sudi menyertai program ini bersama kami.

Kami telah berjaya mengumpul 5 tong roro yang penuh dengan pokok dan telah mengeluarkan paip lama di dalam longkang yang menyebabkan longkang tersumbat.

Terima kasih kepada semua penduduk Pangsapuri PKNS, dan harap-harap kami dapat mencantikkan semula persekitaran Pangsapuri Angkat ini!

Photos from Richard Tey Han Cherk 郑汉志's post 22/05/2024

Saya telah menyambut Hari Wesak bersama YB Yeo Bee Yin, ahli Parlimen Puchong dan ahli MPP saya di Nalanda Buddhist Society hari ini. Terima kasih atas jemputan pihak Nalanda untuk bersama-sama menyambut hari yang penting ini.

Selamat Hari Wesak!
Semoga aman damai dan sihat sentiasa.

今天,我与YB杨美盈(蒲种国会议员)以及我的居民委员会成员参与了Nalanda Buddhist Society所举办的卫塞节活动。感谢Nalanda邀请我们一起庆祝这重要的节日。

卫塞节快乐!
祝平安顺逐,永远健康。

Photos from Richard Tey Han Cherk 郑汉志's post 22/05/2024

Salam Malaysia Madani.

Saya Richard Tey Han Cherk, Ahli Majlis Zon 20 MBSJ, bersedia untuk berkhidmat bersama Ahli MPP saya!

☎️ Sebarang aduan atau hal-hal kawasan Zon 20 MBSJ, sila hubungi PA saya, Mabel di talian 016-2686080.

各位乡亲好。

我是MBSJ第20区市议员,郑汉志。我与我的居民委员会已准备好为民服务!

☎️ 如有任何投诉或20区相关事宜,请联络我的助理 Mabel (016-2686080)。



Majlis Bandaraya Subang Jaya

Want your organization to be the top-listed Government Service in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Program Aktiviti Kanak-kanak Sempena Hari Merdeka MPP Zon 20 MBSJ bersama Perpustakaan MBSJ pada 24 Ogos 2024 🤩🇲🇾#tamans...
Sambutan Monthsary Kelas Tuisyen Kos Rendah MPP Zon 20 MBSJ
Ping pong ialah sukan yang paling saya minati, dan terima kasih kepada Kelab Ping Pong Al Hidayah, saya mempunyai peluan...
Pemberian Alat Tulis Kepada Semua Kelas Tuisyen di Zon 20 MBSJ Sempena Minggu Cuti Sekolah (27/5/2024 - 2/6/2024) 🤩#serd...
Semalam, saya bersama YB Yeo Bee Yin, ahli Parlimen Puchong telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir kilat yang...
Blessed Wesak Day!With Nalanda Buddhist Society 😄#tamansriserdang #zon20mbsj #mbsj

Telephone

Website

Address


Balai Masyarakat Jalan 2/1 Serdang Jaya
Seri Kembangan
43300