Ammar Zahar Page

Hubungi 010-3110322 untuk maklumat lanjut

05/07/2024

Walaupun kini orang dah tau berapa harga kos dia, percayalah target market mereka tetap akan membeli.

Waima harga kos dia hanya 20sen, tetap juga orang akan membeli.

Itulah kuasa sebuah jenama.

Bila jenama tersebut telah dibina dari awal menyasarkan golongan kaya dan super kaya, maka audiens mereka tidak lagi membeli kerana kos.

Mereka membeli kerana..

1. Social status

Dengan membeli pada harga yang mahal, ia menjadikan mereka berada pada kump**an atau status sosial orang ada-ada. Geng-geng memakai Dior, Chanel, Gucci, tidak sama feeling dia dengan geng yang membeli Bata.

2. Limited Edition

Walaupun ia murah kos, tetapi bila dibuat limited edition, secara tak langsung harga boleh jadi mahal. Rata-rata bag berjenama mewah ni dijual pada kuantiti tertentu, dan mengikut musim. Pembelinya dah tentu mahu jadi sebahagian dari pemilik bag yang limited edition ni.

3. Resell Value

Inilah kelebihan bag-bag mewah dimana ia ada resell value yang tinggi. Untuk jenama tinggi seperti Chanel, Dior, Hermes, Birkin dan yang sama dengannya, mempunyai kadar susut nilai yang rendah. Harga jual yang makin tinggi pun ada sebenarnya. Walaupun kos dia rendah nak buat, tapi sebab ada resell value tinggi, orang boleh beratur nak membeli. Sama la macam iPhone.

Bag dan jenama mewah ni takkan mati walau orang dah tau berapa costing dia kerana pembelinya tidak membeli kerana harga buatan, kualiti, atau design dia sangat pun.

Sebab tu lah Bernard Arnault boleh jadi antara manusia terkaya didunia. Dia dah cukup faham dan kuasai sifir ini 😁

17/06/2024

Selamat Hari Raya Aidiladha! 🐐

Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan kedamaian kepada anda dan keluarga.

Mari kita hayati semangat pengorbanan dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

11/06/2024

Tak kira la nak meniaga goreng pisang ke, air katira ke, air liur ke, yang penting kena daftar SSM.

Salah kalau meniaga tanpa berdaftar dengan SSM. Kot ye pun mungkin la tak rasa nak meniaga bebetul. Nak test market je. Ataupun nak sembang-sembang tapi caj orang je..

Tetap kena daftar SSM selagi ada transaksi jualbeli.

Dah daftar SSM, perkara seterusnya buka la akaun meniaga guna SSM tadi tu. Ada berlambak bank yang ada. Ni pun boleh buka online je. Pastu pergi branch terdekat cop jari je tinggal.

Semua sekarang dihujung jari..

Ni benda paling basic kot. Saya tak pernah share sebab saya rasa basic sangat kena tau. Tapi rupanya ada je yang tak tau.

Tips saya biasanya macam ni..

Kalau nak test market dulu, tak tau apa akan jadi dengan bisnes tu, daftar dulu enterprise.

Kalau serius dengan bisnes tu dari awal, nak expand business guna OPM, awal-awal setup sdn bhd.

Tapi kalau taknak daftar langsung, setakat nak let go barang second kat carousel tak payah la daftar pape.

06/06/2024

Esok saya akan buat webinar percuma terakhir saya. Lepas tamat webinar tu, saya akan berehat sebentar dari buat sebarang webinar dan fokus pada projek belakang tabir dan menyiapkan apa yang tergendala.

So, siapa nak join cuba tengok dekat post saya 3 minggu lepas dan komen kat situ. Lepas tu saya rehat dari buat webinar sehingga satu masa yang saya tak pasti bila akan sambung semula 😅

06/06/2024

Sabtu lepas ada event. Sebab dah lama tak buat event, saya overnight tengah2 malam buta sampai dekat 4 pagi baru tidur. Kemudian awal pagi, bangun semula sebab badan dah biasa timing bangun 6 am.

Hasilnya, darah saya meroket naik tak ingat diri.

Bila BP naik, mula lah ada rasa pening2, blur2, dan dapat rasa something wrong dengan badan sendiri.

Maka saya pun ambik masa 5 hari jugak lah berehat, banyakkan tidur cover balik yang tak cukup tidur sebelum ni.

Hari ni baru la rasa ok sikit walaupun masih rasa tak cukup sangat tidur.

Badan saya ni, bila dah lanyak banyak masa muda dulu, masuk usia hujung 30-an dah makin sensitif.

Dah tak boleh dah macam dulu-dulu kerja macam burung hantu. Tak boleh dah nak all out sampai 4-5 pagi macam dulu. Mungkin boleh, tapi takut cepat jam je nanti 😆.

So, siapa yang banyak hustle tengah malam tu cuba lah kurang-kurangkan dan normalkan balik waktu tidur, waktu jaga semua. Kurangkan meeting sampai larut malam.

Kesihatan jangan buat main bila usia dah makin meningkat. Aset yang paling berharga buat kita p**ak tu adalah kesihatan kita. Jagalah harta pinjaman ni sebaiknya.

29/05/2024

Pandangan masyarakat, yang pop**ar tu mesti KAYA.

Tau tak, saya jumpa ramai jutawan yang pop**ar, dia sebenarnya tercari-cari cara macam mana boleh jadi kaya tanpa perlu pop**ar.

Sebab jauh lebih banyak orang kaya tu tidak pop**ar.

Pop**ariti memang satu shortcut untuk jadi kaya. Bila lagi ramai orang kenal kita, lagi ramai tau apa yang kita jual. Secara tak langsung, jualan akan naik dengan mudah.

Tetapi dia akan datang dengan satu 'sumpahan' juga.

Sumpahannya dimana apabila orang membeli kerana pop**ariti kita, orang akan stop membeli juga apabila pop**ariti kita jatuh.

Maka oleh sebab itu ramai bila dah pop**ar, dia sanggup buat apa saja untuk bagi diri dia kekal pop**ar. Bukanlah dia desperate sangat nak jadi pop**ar, tapi dia sedar kalau pop**ariti dia jatuh, bisnes dia akan turut jatuh.

Itu baru satu sumpahan..

Belum lagi masuk bab hubungan dimana kawan, keluarga, pasangan, mungkin hanya mendekati dia kerana dia pop**ar. Bila dia tidak lagi pop**ar, semua akan lari tinggalkan dia.

Macam mana nak jadi kaya tanpa perlu pop**ar?

1. Pop**arkan jenama kita
2. Hasilkan produk yang tinggi kualiti
3. Masuk dalam pasaran yang belum ada atau rendah persaingan
4. Jual kepada saiz pasaran kecil yang berbelanja besar
5. Kuasai skill pelaburan pelbagai bidang
6. Master dalam teknologi masa depan
7. Hasilkan sesuatu yang ramai orang perlukan

Ada banyak lagi tapi cukuplah 7 kot. Sebab dengan buat mana-mana salah satu diatas saja pun, kita dah boleh jadi kaya tanpa perlu kita jadi pop**ar.

14/05/2024

Saya masih ingat lagi 4 tahun lepas, masa baru PKP.

Masa tu saya baru jual rumah. Just before PKP.

Saya study kat mana patut saya beranakkan duit saya.

Lepas study punya study, kaji punya kaji, saya nampak kripto. Bitcoin dan etherium.

Masa tu bulan Mac 2020, harga jauh beza dengan sekarang.

Tak lama lepas saya parking duit kat situ, kripto pun meroket tanpa rasa nak mendarat pun.

The rest is history.

Saya panggil strategy ni ‘The right strategy at the right time’.

Ini semua boleh dicapai dengan pengalaman, cara study dan kajian yang betul.

Baru-baru ni KWSP announce yang kita boleh keluarkan duit dari akaun 3.

Ini satu lagi peluang keemasan saya nampak.

Dengan keluarkan duit di tempat yang tak beranak cepat, kita selamatkan dia dan campak di tempat yang boleh beranakkan duit dengan cepat.

Kalau tanya saya, tempat yang paling bagus sekarang ni adalah dekat bisnes.

Kalau anda tak pandai bisnes, belajar.

Kalau takde masa, outsource.

Cost untuk start dan maintain bisnes sekarang ni berada tahap pada harga paling murah.

Dan anda berpeluang untuk dapat ROI yang tinggi.

Kalau takut-takut nak start atau nak kembangkan bisnes, join webinar-webinar PERCUMA yang saya buat.

Kot kalau takde masa nak join, dapatkan rakaman. Then spent masa free sikit, belajar dan buat.

Dengan teknologi Ai sekarang, nak buat bisnes sangat-sangatlah senang.

Tak tau la nak cakap apa kalau ada yang masih tak gunakan dengan efektif lagi.

Masa untuk take action adalah sekarang.

Sibukkan masa dengan aktiviti beranakkan duit berbanding kepoci dekat hal retis yang tiada kesudahannya.

10/05/2024

Seperti biasa, hari Jumaat yang penuh keberkatan ni saya nak buka peluang kepada sesiapa yang nak belajar secara P3RCO0M4.

Topik kali ni adalah 'Leads Master'. Macam mana nak tarik leads sekaligus menjana ju4lan secara automatiss.

Kalau ada yang nak belajar, macam mana saya guna kaedah T4NPA M0D4L ni, boleh halo-halo kat bawah ni nanti saya kasi link.

06/05/2024

Malam ni, ada 28 platform untuk buat F.R.E.E M4RKETING yang akan saya kongsikan. Slide dah siap dah. Ini semua tempat saya buat selama ni.

Setiap dari 28 tu, ada pecahan lagi. Contoh macam FB, baru salah satu. FB pun ada pecahan lagi macam reels, story, group, etc.

Saya tak pernah lagi kongsikan sebanyak macam ni platform yang saya pakai.

Tapi..

Malam ni kita kasi jadi.

InsyaAllah, siapa join malam ni dan praktik, boleh dapat hasil. Saya hanya nak menumpang saham akhirat saja nanti ya 😁

06/05/2024

Semalam, seharian saya adakan webinar berkongsi macam mana nak bina jenama produk dari kosong sampai siap ke fasa marketing hanya dengan menggunakan Ai.

8 tahun lepas saya mulakan langkah menjadi founder, saya berabis 6 angka jugak.

Lepas tu saya himpunkan 5 orang team member untuk bantu saya mengorak langkah membina jenama produk saya.

Tak cukup dengan itu, proses semua tu memakan masa sehingga 4 minggu untuk setup semua bebetul.

Tapi..

Di zaman Ai ni, semua tu boleh cut short.

Modal dah boleh jadi 3 angka saja.

Team member? Tak payah. Sesorang pun boleh dengan bertemankan Ai.

Masa yang diambil p**a bukan berminggu, bukan berhari-hari. Hanya 1 hari dari pagi sampai ke petang je dah mencukupi.

Siapa yang join sessi semalam tu boleh tengok macam mana satu jenama saya dibina dari kosong sehingga dilancarkan petang semalam.

Lepas ni boleh tengok update terkini jenama tersebut dari masa ke semasa di socmed yang saya dah setup semalam tu.

03/05/2024

Semua yang berminat dah pun saya bagi link untuk join. Esok baru saya akan bagitau bila webinar ni akan daiadakan.

So kalau yang dah daftar tapi masih tak dapat apa-apa, tunggu esok ya.

Bagi yang belum daftar, cepat sebelum saya tutup kuota tak payah bayar ni ya.

02/05/2024

Jangan ingat semua bisnes SURAM kalau bisnes kita tengah DROP.

Kita mungkin cuma tak berada didalam masa yang sesuai saja.

Contoh macam sekarang ni dilaporkan yang jualan aircond tengah meletup-letup.

Saya baru ni servis aircond pun sempat borak dengan brother technician tu.

Dia cakap sekarang memang dia tengah tak cukup tangan.

Dek kerana sekarang tengah musim panas, sana sini sinun semua orang nak pasang aircond.

Yang dah pasang aircond berkurun, nak servis p**ak aircond dia..

Memang satu niche yang tengah BOOM 💥 dan masyuk sekarang ni.

Sebab tu saya pesan dekat klien saya..

Kalau bisnes kita tengah drop dan dah cuba pelbagai cara..

Mungkin salah dekat timing.

Cuba tukar produk yang orang tengah desperate sekarang nak pakai.

Dulu-dulu orang tua cakap fokus je kat satu bisnes walaupun bisnes tu tengah sendu.

Tapi la ni..

Petua tu dah tak boleh pakai dah.

Tengok la Xiaomi pun dah keluarkan kereta elektrik tak semena-mena.

Elon Musk. Individu terkaya didunia p**ak toksah cakap la. Dia akan jump kemana saja yang akan BOOM.

Dah berapa banyak benda dia buat tah dalam satu masa.

Usahawan tegar ni dia macam ni lah..

Bila panas dia jual aircond.

Bila sejuk dia jual selimut.

Yang penting dia sentiasa menjual tak kira musim 😜

30/04/2024

Bagi siapa yang terlepas sessi webinar P/E/R/C/U/M/A ni, saya nak tanya.. Nak join tak kalau saya buat lagi esok?

Kalau ramai komen nak join sebab last time tak dapat join, saya akan buat. Tapi kalau tak ramai yang nak join, saya kensel je la buat.

Ada ke ramai lagi yang tak dapat join?

30/04/2024

Kalau dulu, content selama seminggu untuk social media memerlukan persiapan selama sehari oleh 2 orang.

Lepas tu kena ada software Adobe, skills graphic design, dan copywriting.

Namun selepas kewujudan Ai, content selama 1 minggu hanya memerlukan sehari saja dan dibuat oleh seorang prompter.

Semua boleh buat dengan menggunakan phone saja dan hanya memerlukan skills prompting yang boleh dipelajari dalam sehari.

Rugii rugiii kalau tak manfaatkan. Lagi-lagi kalau level founder.

Sia-sia je burn 5-6k sebulan bayar gaji staff tapi buat sendiri guna Ai dah lebih power result dia.

24/04/2024

Jangan lupa malam ni webinar PERCUMA kita, 9 malam. Link ada dekat channel Tele saya ya

24/04/2024

Ramai lagi yang masih tak tau pasal program terbaru saya ni. Jadi, malam ni saya nak buat satu webinar untuk saya kongsikan pasal program ni.

Siapa berminat nak join, QnA, tips berkenaan topik ni, boleh join webinar malam ni ya.

Link untuk join dia saya bagi kat channel Tele saya kejap lagi.

23/04/2024

Nak BUKU atau nak buat EBOOK je?

So far pengalaman saya lebih 100 produk saya pernah hasilkan+tulis+terbit dan jual sejak dari 2006 lagi.

Antara kedua ni, berbeza game dan goal kita.

Walaupun isi dia mungkin sama sejibik sejibun, tapi model biz keduanya sangat jauh beza ibarat kembar tak seiras gitu.

Kalau ebook, kita boleh aim untuk pr0fit yang tinggi. Kos yang sangat rendah, dan harga jual yang tinggi. Memang best la jawab dia..

Tapi kekurangan dia adalah ebook ni untuk active inc0me kita. Tak prom0t, takde la orang tau dan takde la orang nak.

Kalau buku p**ak, kita memang takde pr0fit sangat pun. Kos dah la besar. Makan space besar nak simpan. Nak pr0fit kena main funnel dan ada backend yang bagus serta nak buat talk.

Tapi kelebihan dia, dia boleh jadi passive inc0me kita. Bila library, kedai buku, agent beli, tau-tau masuk je duit ke acc kita walaupun lepas beberapa tahun. Dia juga sangat bagus untuk personal branding.

At the end of the day, kita tengok balik apa matlamat kita menulis pepanjang tu. Apa plan kita selepas ia disiapkan p**a.

Dari situ baru lah kita decide nak jadikan ebook atau nak print jadikan buku..

P/S Gambar adalah buku pertama saya cetak dan jual 12 tahun lepas. Ia adalah permulaan kepada segala seminar yang saya buat selepas tu. Waktu tu saya dah susun dah jadual seminar then cepat2 saya tulis dan publish buku untuk game seminar.

22/04/2024

Kelmarin dalam webinar, saya kongsikan 9 jenis passive income yang saya buat dan 3 daripada 9 tu adalah jenis passive income yang SMART.

Kalau orang bisnes lain berlumba-lumba nak ada banyak jualan dan untung setiap tahun, saya berbeza sikit.

Saya mengejar passive income.

Sebab tu anda tak nampak saya beriya buat seminar macam dulu lagi dah. Seminar ni active income. Jadi saya memang dah jarang sangat buat.

Saya akan fokus buat dan perbanyakkan passive income saya setiap tahun.

18 tahun saya meniaga, saya dapat rasakan bila passive income kita banyak, kita akan lebih kurang stress, dan lebih banyak masa dengan keluarga.

Tapi bila passive income takde p**ak.. Semakin banyak active income maka semakin stress lah saya dan semakin takde masa bersama keluarga.

Nak tau lebih banyak, saya ada kongsikan kat dalam webinar Smart Passive Income.

Saya tak tau lagi bila saya akan repeat webinar ni. Cuma nya, rakaman webinar haritu masih ada dan anda boleh dapatkan rakaman webinar Smart Passive Income tersebut dengan harga promosi di link berikut:

https://sabazar.biz/smart-passive-income

Selain saya bocorkan 9 jenis passive income yang saya buat, saya juga ada tunjukkan 3 jenis Smart Passive Income yang anda boleh buat serta merta.

Bagi yang dah join webinar atau dapatkan rakaman tu, jangan lambat-lambat untuk mula mengumpul passive income anda ya!

22/04/2024

Bisnes zaman sekarang bukan lagi tentang siapa yang dapat paling banyak dalam tempoh yang paling singkat.

Tapi..

Sekarang adalah tentang siapa yang bertahan paling lama. Keyword dia adalah BERTAHAN.

5 tahun kebelakangan ni, dunia perniagaan ada begitu banyak uncertainty dan ketidakpastian sejak dilanda cobid.

Segala ketidakpastian ni menuntut kita yang buat bisnes ni kena lah sentiasa flexible dan ready untuk adapt. Tak ada lagi dah satu-satu platform, satu-satu method tu bertahan lama.

Kalau setahun dua sebelum ni orang cakap zaman ecom. Setup landing page cun cun dan run ads dah boleh sauk semua conversion.

Tapi sekarang orang cakap zaman LIVE commerce dimana aktiviti jualan tak perlu setup any landing page dah. Just hit button live dan berpot pet je la sampai barang terjual.

Tapi adakah kalau dah berduyun-duyun orang masuk LIVE nanti benda ni akan jadi hot lagi?

Atau mungkin tahun depan zaman benda lain p**ak?

Zaman sekarang juga adalah zaman AI dimana semuanya adalah tentang speed + kuantiti.

Kalau kita buat content sikit dan lembap, kita akan tertinggal jauh. Itulah hakikat zaman sekarang.

Namun apa zaman sekali pun, semua orang yang meniaga kena always be ready untuk adapt dan be flexible.

Sentiasa topup ilmu baru. Sentiasa invest pada tools dan sistem yang mengikut perubahan zaman.

21/04/2024

Semalam lari timing atas jalan banyak pergi open house. Jadi, hari ni webinar saya buat malam ya

19/04/2024

Dalam kita berniaga ni, nak tak nak kena buat 2 jenis income.

2 jenis income tu adalah active income dan passive income.

Active income adalah income yang kita kena jual baru dapat duit. Kita kerja baru dapat duit. Tak buat tak dapat.

Contoh macam jual produk, bila kita promote baru duit masuk. Tekan ads baru duit masuk.

Itu active income. Kena aktif setiap masa.

Kalau anda rasa nak buat active income ni susah, sebenarnya nak buat passive income lagi susah.

Passive income ni kita kerjakan dia awal-awal je. Menjual awal-awal je.

Lepas dah setup semua, kita makan duit pasif masuk tanpa kita kena berkerja lagi kemudian hari. Kita buat awal-awal, lepas tu kita dah tinggalkan pun masih boleh dapat duit.

Inilah passive income.

Bila kita berniaga, target untuk buat kedua-dua income ni.

Buat serentak.

Jangan cakap “Aku nak buat active income dulu baru buat passive income”

Sebab kita tak tau masa depan kita macam mana.

Kot la kesihatan kita tak baik, mati terus active income kita nanti.

Ataupun kesihatan family kita tak bagus, kita pun terus takde income.

Dari memula lagi kita berniaga, kita kena start terus bina passive income ni.

InsyaAllah weekend ni saya akan buat webinar pasal Smart Passive Income p**ak.

Siapa nak join boleh roger nanti saya bagi link dia k. Kalau anda dah ada passive income bulan-bulan relax bodo boleh masuk 30k, tak payah join.

18/04/2024

Lain parent, lain cara uruskan duit raya anak dia.. Cara saya pun lain jugak.

Saya sediakan tabung untuk anak-anak saya. Saya juga sediakan wallet untuk diorang.

Saya ajar diorang kira duit sendiri, dan letak kat tabung. Lepas tu kalau dia nak belanja, ambil duit dari tabung tu dan letak kat wallet.

Then dia nak beli toys ke, nak beli Smiggle ke (yang saya biasanya takkan belikan untuk dia), saya bagi dia beli pakai duit raya dia.

Saya takkan simpankan duit anak-anak saya. Saya hanya akan guide dia cara nak simpan, cara nak belanja, cara nak niaga (beli barang dan jual balik ke kengkawan), dan cara nak labur duit (beli emas dan simpan) masing-masing.

Keputusan ditangan diorang walaupun diorang masih kecik lagi.

Biar diorang rasa berani dengan duit, buat silap dengan duit, dan ada ilmu duit dari darjah 1 lagi.

Lagi awal diorang experience kesilapan, kegagalan, lagi bagus.. Supaya besar nanti diorang tau segalanya pasal duit.

16/04/2024

Kalau anda teringin nak buat untung musim raya tahun depan, jalan kerja dia kena bermula sebaik saja tamat cuti raya tahun ni.

Bukan tahun depan baru terhegeh-hegeh nak kejar game raya.

Saya ada klien yang jual baju raya yang berjaya. Bila saya datang ofis dia lepas cuti raya, diorang dah discuss pasal kain dan marketing strategy untuk tahun depan.

Sebab itu diorang boleh dapat juta-juta ke ratus juta sebulan.

Kempen tahun depan, gerak kerja bermula hari ini.

12/04/2024

Untungnya buat bisnes ni, kita boleh pilih, plan, dan buat untuk sesuaikan dengan lifestyle yang kita nak. Benda ni orang makan gaji tak boleh pilih lifestyle dia.

Macam saya, dah masuk umur 30an je saya dah memilih bisnes yang saya nak buat.

Saya hanya buat bisnes yang tak ada banyak stress, tak perlu saya menonjol, tak perlu sibuk-sibuk dekat luar, tak perlu jauhkan diri saya dari keluarga.

Dan yang paling penting saya ada banyak masa dengan anak-anak saya. Lebih-lebih lagi saya ada anak istimewa yang memerlukan banyak masa saya concentrate ke dia.

Teknik marketing kat dunia internet ni pun ada banyak tapi saya pun hanya pilih yang sesuai dengan lifestyle yang saya nak.

Saya pilih yang jenis tak perlu saya spend banyak masa dan modal. Tapi impak dia sama macam dulu bila saya spend beratus-ratus ribu sebulan.

Itu lah yang saya kongsikan dekat webinar saya..

Benda yang saya buat..

Ianya tak s3xy sebab cara ni bukanlah paling trending tapi yang paling malas available sebenarnya bagi saya.

Di zaman serba mencabar ni, tak nafikan kita kena bekerja lebih keras dalam meniaga.

Tapi kalau kita ada cara yang lebih semart, kita masih boleh lagi ada banyak masa tanpa perlu hire orang.

Jom join webinar saya, saya share macam mana saya buat content marketing dengan menggunakan Ai supaya tak perlu hire content creator n boleh buat ratusan content macam pakar setiap hari.

12/04/2024

Saya nak teruskan aktiviti Ramadhan saya ke bulan-bulan seterusnya.

Biasanya hari Jumaat saya akan share peluang bagi siapa yang nak belajar ilmu perniagaan Internet secara P.E.R.C.U.M.A melalui webinar yang saya buat.

So saya akan teruskan hari ni dengan perkongsian macam mana nak buat content marketing menggunakan Ai.

Siapa nak join boleh bagitau saya ya nanti saya bagi link untuk join.

10/04/2024

Siapa yang ada save no phone saya yang lama (hujung dia 207), saya nak maklumkan yang saya dah tak guna nombor tu lagi. Saya hanya guna no saya yang berakhir dengan 007 saja.

Untuk kengkawan sekolah, kolej, Uni, family, sedara, kalau nak contact saya PM je saya nanti saya bagi no saya yang lagi satu.

Dulu saya pakai no yang hujung 007 ni hanya untuk bisnes, tapi sekarang saya pakai untuk semua.

Sehari sebelum raya no 207 tu dah auto logout whatsapp tak sempat saya nak inform personal n dekat group. 😌

09/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya, Ammar Zahar. 🌙

06/04/2024

Dalam 11 tahun lepas..

Masa tu bulan puasa.

Biasanya datang bulan puasa je mesti ramai yang akan mengeluh sebab bisnes dia drop. Apa saja bisnes yang tak berkaitan dengan raya dan puasa mesti akan drop punya. Majoriti camtu.

Saya pun sama.. Tak terkecuali.

Tapi, saya tak KOSONG guys. Tak kosong 😋

Saya bila musim bisnes utama ni syendu, saya akan masuk mode underground, bawah tanah untuk aktifkan taktik-taktik duiit pantas.

Maka sebab itu lah saya lancarkan seminar duiit pantas 11 tahun lepass.

Lepas tu dah tak dan dah nak buat maka saya convertkan rahsia-rahsia itu menjadi sebuah buku. Boleh la dapatkan kat Pop**ar ke MPH ke kot diorang ada stok lagi.

Kalau tanya saya, saya tak cadangkan untuk anda dapatkan buku tu sebab dah outdated dah. 😂

Mana mungkin teknik 11 tahun lepas nak dipakai lagi?

Masa tu Ai pun tak de lagi. Kalau sekarang zaman Ai ni, dah terlalu pantas dan senang sangat dah.

Kalau la Ai ni wujud dulu, kan mesti saya dah tahap buat-lagu-raya-yang-takde-orang-nak-dengar dah saban tahun kan.

Tapi takpe..

Ai ada ni, saya pulun gunakan strategi baru p**ak yang diberi nama Quick Ca$h Digital dan saya akan kongsikan dalam bentuk webinar P.E.R.C.U.M.A kepada semua yang nak join.

Kalau minat, bagitau saya nak join nanti saya invite. Malam ni saya akan blast email kasitau bila masa dan waktu untuk webinar tu diadakan.

So kalau nak join, better bagitau saya sebelum malam ni eh.

04/04/2024

Sempena Jumaat terakhir di bulan Ramadhan tahun ni, saya ingat nak buat sharing pasal tajuk kat bawah ni.

Ye la hari tu saya share pasal f0under, ada juga yang tanya pasal strategi buat duiit cara cepat. Masa tu saya cakap saya share lain kali.

So ni ha, saya nak share pasal macam mana nak buat duiiit cepat dengan produk digital.

Macam saya, main business saya sejak 8 tahun lepas adalah produk fizikal dan juga software. Tapi everytime saya nak pump sikit untuk main biz saya, saya akan keluarkan produk digital dalam pelbagai niche.

Sejak tahun lepas bila Ai ni wujud dan saya begitu ketagih guna Ai, saya rasa benda ni lagi senang.

Daripada saya simpan sorang2 method ni setahun lebih, sempena Ramadhan terakhir di Jumaat ini, saya nak buat sharing pasal tajuk kat bawah ni dalam satu webinar P3RCUMA.

Siapa minat nak join, tolong bagitau dan kongsikan post ni dekat kengkawan nanti saya PM details.

03/04/2024

Secara purata, sejak zaman remaja saya hanya beli baju raya 2x saja bersamaan dengan 1 pasang sedekad. Itupun sebab ada perubahan saiz perut 🫣

Ada duit ke takde duit, itulah konsep saya. Membeli apabila perlu.

Untuk keperluan peribadi, memang saya berkira. Untuk keperluan bisnes, saya akan berhabis.

Untuk penjagaan luaran, memang saya kedekut taik idung masin. Saya pentingkan penjagaan dalaman seperti minda, dan kesihatan dengan bahan semulajadi.

Now dah ada 3 anak, pun saya train benda sama juga kat diorang. Membeli apabila perlu saja.

Kalau masih boleh pakai lagi, masih boleh guna lagi, gunakan apa yang ada saja.

Tak perlu membazir. Setiap kali nak beli, saya ajar diorang kira berapa kos. Kalau berbaloi, baru boleh beli. Kalau tak, cari yang lain jika perlu.

Hidup ini senang dan santai sebenarnya kalau kita tak terikut-ikut orang lain dan takde nak menunjuk-nunjuk kat orang lain.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Sebab tu saya selalu cakap..Dengan adanya ilmu, kita boleh jimat banyak duit kita 😁.Tuntutlah ilmu setiap masa..
Bagaimana Nak Bangunkan Team #Pengedar seperti #dropship #agent #stokis dan #leader
Sebelum buat produk sendiri, kita kena buat dulu PERKARA YANG PALING PENTING ni 🧐
Sebagai #founder #stokis #agen dan #leader kita kena tau #dropship ada baanyak jenis.
PKP datang lagi. Berita baik bagi petugas kesihatan tapi berita yang boleh jadi mimpi ngeri bagi sesetengah usahawan. Ja...
Kebanyakan orang buat marketing, dia tak tau pun yang dia sebenarnya dah salah tembak! Orang buat tiktok, dia buat tikto...
Dalam video kali ni, saya berkongsikan tentang Millionaire Mindset. Ianya perkara asas untuk bukan saja menjadi Jutawan,...
Cara Dapat Pelanggan PERTAMA Di Internet

Category

Telephone

Website

Address


23-5, 23-6, Jalan SP 2/1, Tmn Serdang Perdana
Seri Kembangan
43300

Other Entrepreneurs in Seri Kembangan (show all)
Syuhada Yahya Property Syuhada Yahya Property
Seri Kembangan, 43300

Membantu miliki rumah dengan mudah untuk B40 dengan tanpa memerlukan bayar deposit, booking fee, lawyer fee.. semak kelayakan pinjaman perumahan secara percuma https://www.wasap....

Pembekal ayam segar Pembekal ayam segar
No 182 Jalan PUJ 3/8
Seri Kembangan, 43300

Pembekal Ayam Segar Bulat/Siap Potong dan Cuci Sekitar Selangor

Roy Procaster Roy Procaster
Lestari Perdana
Seri Kembangan

Bermulanya sebuah perjalanan.. The Hunt Begin..

Danial Saiful Danial Saiful
Taman Equine
Seri Kembangan

Founder of Kozee Co-Living | Property Consultant | The Mechanic

Tainu Craft & Embroidery Tainu Craft & Embroidery
Seri Kembangan, 43300

Service provided for the following : 1. Embroidery- logo, nametag, patches, towel 2. Textile craft products 3. Custom made jewellery 4. Handmade products 5. Natural dye products ...

Foods & Vacations Foods & Vacations
Seri Kembangan, 43300

Paid Review l Content Creator for Food & Vacations

fxrich.co fxrich.co
Seri Kembangan, 43300

Health planner Coway anda yang sahh�� http://www.wasap.my/60173067076

nurrosmieyzancuckoo nurrosmieyzancuckoo
Lestari Perdana
Seri Kembangan, 63300

Trusted Agent Cuckoo Malaysia #Ummi Nur Cuckoo Product yg ditawarkan : #Penapis Air & Udara, Tilam Empuk Napure, Periuk MultiCooker, Penghawa Dingin Cuckoo https://www.wassap.m...

Madison Seah Madison Seah
Seri Kembangan

DearSunny.co DearSunny.co
Seri Kembangan

We always set out to make simple yet stunning pieces you'll reach for every day, the building blocks of your accessory wardrobe.Just like our planet, they're happiest with a bit of...

Berjaya bersama Winnie Berjaya bersama Winnie
No 3 Jalan PUJ 3/4 Taman Punca Jalil
Seri Kembangan, 43300

TOP 1 DISTRIBUTOR FAITH FLEUR MALAYSIA

Mrozirich78 Empire Mrozirich78 Empire
Seri Kembangan
Seri Kembangan

t-shirt murah RM4.50 Sehelai