MyCARE

Humanitarian Care Malaysia Berhad

https://donate.mycare.org.my/
https://www.mycare.org.my/

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MyCARE) is a Non-Profit Organization (NPO) registered with the Companies Commission of Malaysia (SSM) [Reg. No: 729288-P] and the member of South East Asia Humanitarian Communities (SEAHUM). MyCARE has 6 humanitarian agencies, namely Aqsa Syarif, i4Syria, Rose2Rose, NICE, PACE and Salam Iraq. Prior to the establishment of MyCARE, these agencies worked independent

Photos from MyQurbani's post 04/07/2024
Photos from MyCARE's post 04/07/2024

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya mengagihkan 300 hidangan panas kepada para pelarian di Friendship Shelter Camps 1 & 2 di Kem Pelarian An-Nuseirat, serta keluarga miskin di Governorat Tengah.

Setiap hidangan mengandungi 500g nasi berkualiti tinggi dan setengah ekor ayam dengan berat purata 1.5 kg.

Projek ini dibiayai oleh Yayasan Buruj dan dilaksanakan oleh pejabat MyCARE Gaza.

Jumlah keseluruhan penerima manfaat adalah seramai 900 orang, dan kesemua mereka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Malaysia dari lubuk hati mereka.

Situasi di Gaza sangat menyayat hati, dengan ramai yang kehilangan tempat tinggal dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan.

Pelarian dan keluarga miskin yang menerima hidangan ini menunjukkan wajah kegembiraan dan kesyukuran di sebalik kesusahan yang mereka alami. Melalui usaha berterusan seperti ini, MyCARE bersama Yayasan Buruj komited untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Mari kita terus bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza.

Setiap sumbangan anda sangat bermakna dalam membawa harapan dan senyuman kepada mereka yang sedang melalui waktu yang sangat mencabar ini.

Photos from MyCARE's post 04/07/2024

Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha telah menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Kemanusiaan Untuk Palestin di Wisma Putra yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan semalam.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan sangat kagum dengan kegigihan NGO Malaysia dalam usaha-usaha kemanusiaan di Palestin.

Menurut beliau, Malaysia akan terus membantu dengan apa jua cara yang mampu. Namun, untuk meneruskan usaha murni ini, sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia, sangatlah diperlukan.

MyCARE akan terus bergerak berganding bahu bersama-sama rakan NGO serta kerajaan Malaysia dalam menyalurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita di Palestin.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."

Photos from MyCARE's post 04/07/2024
04/07/2024

Hari Rawatan Percuma

MyCARE meneruskan bantuan perubatan dengan menganjurkan Hari Rawatan Percuma kepada saudara-saudara kita yang berlindung di kem pelarian di Mawasi, Khan Yunis, Gaz4 dengan kerjasama Hospital Darul Salam.

Rawatan dan ubat-ubatan diberikan secara percuma untuk seluruh peringkat umur.

Alhamdulillah, para penerima manfaat sangat bersyukur atas projek rawatan percuma ini.

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang melalui MyCARE.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."

04/07/2024

Bantuan Pembedahan Percuma untuk pesakit di Gaz4

Terima kasih rakyat Malaysia yang terus menyokong usaha MyCARE dalam membantu saudara-saudara kita di Gaz4.

Terbaru, MyCARE telah melaksanakan projek bantuan pembedahan secara percuma kepada 30 orang pesakit yang berlindung di Kem al-Nuseirat dengan kerjasama Hospital al-Awda.

Alhamdulillah, semua pembedahan ini berjalan dengan jayanya dengan bantuan daripada para doktor dan pakar perubatan.

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang melalui MyCARE.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."

02/07/2024

Ikuti penerangan daripada Dr Ziad berkenaan perkembangan penting di Khan Younis.

Harap dapat disebar-sebarkan info ini, semoga lebih ramai mengikuti perkembangan terkini saudara-saudara kita di sana.

Photos from MyCARE's post 01/07/2024

Bantuan Perubatan Tajaan ZUS Coffee x MyCARE x Yayasan Aman Innaayatu Khair

MyCARE telah melancarkan klinik bergerak di Al-Nuseirat, Gaza di mana pasukan perubatan akan bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Bagi setiap kawasan, pasukan perubatan akan beroperasi selama 5 hari di hospital berdekatan, sekolah, atau kem bagi merawat pesakit-pesakit yang berada di sekitarnya.

Alhamdulillah, kaedah ini sangat efektif dan memudahkan dalam membantu para pesakit yang tidak mampu untuk ke hospital atas faktor keselamatan dan logistik.

Projek ini mendapat tajaan daripada pihak ZUS Coffee yang telah menyumbang RM100,000 dan Yayasan Aman Innaayatu sebanyak RM50,000 melalui MyCARE.

Pelbagai projek lagi akan dilaksanakan dalam kerjasama ini.

MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah bersama-sama meringankan beban saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza.

"Nurturing Humanity, Making a Difference."

01/07/2024

Tonton dan sebarkan perkongsian daripada Dr Ziad berkenaan kesusahan dan penderitaan para wanita di Gaza yang tinggal di dalam kem pelarian.

Mereka menghadapi pelbagai kekurangan dan kesusahan khususnya keperluan-keperluan kebersihan diri.

Bahkan sebahagian mereka berbulan-bulan tidak membuka tudung mereka disebabkan ketiadaan ruang privasi yang sesuai.

Selama berbulan-bulan juga mereka tidur masih dengan memakai tudung atau pakaian solat.

Allahu Akbar.

Semoga video ini dapat memberikan keinsafan kepada kita semua dan menaikkan usaha kita untuk membantu mereka lebih lagi.

28/06/2024

Dalam usaha bersama dengan Yayasan Buruj dan MyCARE menyediakan dan mengagihkan 300 bakul sayur-sayuran kepada pelarian yang tinggal di kem MyCARE serta keluarga miskin di kem pelarian An-Nuseirat.

Setiap bakul mengandungi 3 kg kentang, 2 kg tomato, 1 kg timun, 3 kg bawang, 250 g cili padi, 2 kg oren, 1 kg limau, satu paket bawang putih, 2 kg terung, dan 2 kg Mulukhiah.

Pengagihan ini disambut dengan kegembiraan dari kanak-kanak dan rasa syukur yang mendalam dari semua keluarga.

Para penerima tidak henti-henti memberi ucapan terima kasih atas sokongan daripada para penyumbang yang murah hati, dengan harapan agar projek-projek seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Photos from MyCARE's post 27/06/2024

2 HARI LAGI

🇲🇾🇵🇸 BERILMU SAMBIL BERAMAL🇲🇾🇵🇸

FORUM PERDANA ‘GENERASI PENERAJU UMMAH
————————————————
Marilah beramai-ramai hadir ke Forum Generasi Peneraju Ummah
🗓️ 30 Jun 2024, AHAD
📍 Auditorium Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Universiti Putra Malaysia (UPM).
🕗 9 pagi hingga 1 petang

🇵🇸 Pendaftaran Forum Generasi Peneraju Ummah :
https://forms.gle/dkUJ3PtmRdRPhjWP6

Photos from MyCARE's post 27/06/2024

Lawatan Kerja Ke MyCARE Learning Center (LC) Kulai, Johor
Pada hari Isnin dan Selasa yang lepas(24-25 Jun 2024), kami telah berkunjung ke Pusat Pembelajaran di Kulai, Johor.

Lawatan ini bertujuan untuk menziarahi para guru yang berdedikasi, beramah mesra, dan mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak pelajar LC Kulai, Johor.

Selain itu, kami juga mengadakan sesi temuduga bagi memilih guru baru yang berkelayakan untuk membantu mengajar anak-anak MyCARE Learning Center yang semakin bertambah.
Kami juga berkesempatan mengadakan sesi perbincangan bersama Sekretariat MyCARE Negeri Johor untuk membincangkan dan merancang program-program yang bakal dilaksanakan pada masa hadapan, terutamanya berkaitan MyCARE Road Tour (MRT 2.0) yang akan diadakan bermula pada Julai 2024.
Program ini dijangka membawa banyak manfaat dan impak positif kepada komuniti pelarian. Kami sangat teruja untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai MRT 2.0 dalam masa terdekat. Nantikan perkembangan lanjut dari kami!
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terus menyokong usaha kami dalam memperkasa pelarian melalui pendidikan.
Mari kita terus bersama-sama membina masa depan yang lebih cerah untuk semua.
.0

27/06/2024

SAVE THE DATE !

MRT 2.0 Kembali Menjelajah Ke Seluruh Malaysia dengan Pelbagai Program Menarik!
MyCARE Road Tour (MRT 2.0) akan menjelajah ke seluruh negeri bermula 25 Julai hingga 30 September 2024.
Setiap lawatan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan memperkasa masyarakat melalui program-program kemanusiaan dan sokongan komuniti. Ini adalah peluang untuk saudara saudari melihat sendiri bagaimana usaha kita bersama membawa perubahan positif!
Mari bersama-sama kami di MRT 2.0 yang menawarkan pelbagai aktiviti, sesi perkongsian, dan peluang untuk anda turut serta menyumbang kepada usaha murni ini.
Layari pautan berikut untuk maklumat lanjut dan info berkaitan program-program MRT 2.0:
Website : www.mycare.org.my
Facebook: https://www.facebook.com/mycarehq
Telegram : https://t.me/MyCARE
Terima kasih atas sokongan anda. Mari kita bersama-sama mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua!
.0

27/06/2024

Cabaran untuk mendapatkan kemudahan tong gas bagi penduduk Ghazzah. Ikuti perkongsian daripada Dr Ziad.

Photos from MyCARE's post 26/06/2024

Dalam usaha bersama dengan Yayasan Buruj, MyCARE telah menyediakan dan mengagihkan 300 bakul sayur-sayuran kepada pelarian yang tinggal di kem MyCARE serta keluarga miskin di kem pelarian An-Nuseirat.

Setiap bakul mengandungi 3 kg kentang, 2 kg tomato, 1 kg timun, 3 kg bawang, 250 g cili padi, 2 kg oren, 1 kg limau, satu paket bawang putih, 2 kg terung, dan 2 kg Molokhiah.

Pengagihan ini disambut dengan kegembiraan dari kanak-kanak dan rasa syukur yang mendalam dari semua keluarga.

Para penerima tidak henti-henti memberi ucapan terima kasih atas sokongan daripada para penyumbang yang murah hati, dengan harapan agar projek-projek seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Situasi di Gaza sangat memilukan, dengan banyak keluarga kehilangan tempat tinggal dan memerlukan bantuan segera. Kanak-kanak yang menerima bakul sayur ini tersenyum ceria, memberikan sedikit cahaya dalam kehidupan mereka yang penuh kesukaran.

Sokongan berterusan sangat penting untuk meringankan beban yang mereka tanggung setiap hari.

Terima kasih orang baik!

Photos from MyCARE's post 26/06/2024

Farhatul Eid Bersama Anak Yatim Tajaan MyCARE di Filipina.

Pada 19 Jun 2024, rakan NGO MyCARE di Filipina iaitu Philippine Humanitarian Care (PhilCare) telah menganjurkan program Farhatul Eid bersama Anak Yatim Tajaan MyCARE di Filipina.

Ringkasnya, Program Farhatul Eid adalah untuk membawa kegembiraan dan meraikan anak-anak yang kurang berkemampuan semasa perayaan Aidiladha.

Melalui inisiatif ini, pelbagai permainan dan aktiviti telah disediakan oleh team PhilCare untuk memberikan keseronokan kepada anak-anak yang terlibat.

Alhamdulillah, wang tajaan daripada Para Penaja juga telah disalurkan kepada anak-anak tajaan melalui program ini. Oleh itu, MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan para Penaja untuk anak-anak ini. Penajaan Para Penaja untuk anak-anak ini amat bermakna.

Salurkan sumbangan anda kepada Anak Yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/tajayatim

Atau Taja Anak Yatim secara bulanan atau tahunan. Penyumbang yang berniat menaja anak yatim boleh mendaftar di sini:
http://donate.mycare.org.my/sponsorship

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

Photos from MyCare Perak's post 25/06/2024
25/06/2024

Masalah yang dihadapi oleh Dr Ziad dan seluruh rakyat Ghazzah berkenaan mata wang di sana.

24/06/2024

Jadilah Suar Harapan untuk Anak Yatim di Afghanistan!

Sudah berdekad-dekad Afghanistan mengalami konflik. Berjuta-juta orang di Afghanistan mengalami kemiskinan dan kelaparan yang teruk di tengah-tengah kejatuhan ekonomi, bencana alam yang berulang, dan penyekatan hak asasi manusia yang meluas.

Namun, terdapat jiwa-jiwa yang tidak bersalah merindukan secercah harapan. Ini adalah anak-anak yatim, yang hidupnya telah hancur oleh keadaan yang di luar kawalan mereka. Oleh itu, MyCARE telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak ini melalui Projek Kempen Penajaan Anak Yatim Afghanistan.

Projek ini adalah berbentuk penajaan kewangan yang mana ianya boleh digunakan untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan. Ringkasnya, Projek Penajaan ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim di Afghanistan meneruskan kehidupan dan berkembang seperti anak-anak yang lain.

Mari kita bina hari esok yang lebih cerah untuk anak-anak yatim Afghanistan!

Taja Anak Yatim Afghanistan secara bulanan atau tahunan di:
http://donate.mycare.org.my/sponsorship

Atau Salurkan sumbangan anda kepada Anak Yatim melalui:
https://mycare.qrd.by/tajayatim

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341

21/06/2024

Salah seorang pegawai MyCARE telah meninggal dunia disebabkan serangan rejim Zionis malam tadi. (21/6/24)

Semoga Allah merahmati beliau dan memudahkan urusan keluarga beliau.

21/06/2024

MyCARE Road Tour Kembali Lagi!

Bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Sabah dan Sarawak, program MyCARE Road Tour 2.0 (MRT 2.0) tahun ini kami bawakan tema "Eyes On Palestine" sepanjang bulan Julai hingga September.

Apa yang Menarik dengan program MRT 2.0?

✨ Aktiviti "Eyes On Palestine" : Kami fokus untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kemanusiaan, peperangan, dan bencana di seluruh dunia, terutamanya di Palestin.

✨ Pelbagai Aktiviti Menarik : Nantikan aktiviti-aktiviti menarik yang bakal kami bawakan kepada anda sepanjang program ini.

Kenapa Perlu Sertai?

🌟 Dapat update terbaru mengenai isu-isu global yang memberi impak kepada kita semua.

🌟 Tingkatkan hubungan erat antara masyarakat dan penyumbang.

🌟 Sertai aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja menarik malah dapat menambah pengetahuan.

Jom turun padang bersama kami di semua negeri sepanjang bulan Julai hingga September. Ikuti laman sosial MyCARE untuk update terkini program MRT 2.0 2024.

21/06/2024

Dengan berat hati, kami ingin mengumumkan kesyahidan videographer kami, Allahyarham Anas Mohammed Rezq Ashour.

Beliau syahid pada malam tadi waktu Malaysia akibat bedilan rejim Zi0nis laktnatullah ke atas Gaza.

Kami warga kerja MyCARE menjadi saksi amal-amal Allahyarham yang sentiasa membuat yang terbaik dalam bidang kepakarannya.

Semoga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada di syurga tertinggi.

Al-Fatihah.

20/06/2024

June 20 marks World Refugee Day, a day dedicated to raising awareness and showing support for the millions of refugees around the globe. This year's theme, "Solidarity with Refugees," emphasizes the urgent need to build inclusive health systems and ensure equitable care for all.

At MyCARE, we stand firmly in solidarity with refugees, offering unwavering support to those who have been forced to flee their homes due to war, conflict, natural disasters, and poverty. Our efforts extend to refugees from Palestine, Syria, Rohingya, Yemen, and many more, both locally and in conflict zones worldwide.

In Malaysia, MyCARE is committed to assisting refugee communities by providing essential services, including healthcare, education, and emergency relief. Our teams are on the ground in war zones and disaster-stricken areas, delivering life-saving aid and support to those in desperate need.

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said, "The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind." This World Refugee Day, let us embody this principle by standing in solidarity with refugees and advocating for their rights and well-being.

Join MyCARE in our mission to support refugees. Together, we can build a more inclusive and compassionate world where every refugee is treated with the dignity and respect they deserve.

16/06/2024

Di kesempatan ini, MyCARE ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha 1445H kepada seluruh Muslimin dan Muslimat di Malaysia dan di luar negara.

Kami mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada para peserta MyQurbani yang memilih untuk melaksanakan ibadah qurban dan akikah di tempat-tempat yang memerlukan seperti Palestin, Syria, Yaman, Somalia, Nepal, India dan lain-lain.

Jangan lupa amalkan perkara-perkara sunat di Hari Raya AidilAdha ini.

Kullu Am Wa Antum Bikhair.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

"Nurturing Humanity, Making a Difference"

16/06/2024

Update Tarikh Penyembelihan

Kepada para peserta MyQurbani, kami sarankan anda memotong kuku selepas selesai Hari Raya ke-2 atau ke-3 mengikut pakej negara seperti di dalam gambar.

Ini kerana terdapat negara melaksanakan qurban pada hari pertama, kedua dan ketiga.

Beza masa ditolak dari waktu Malaysia.

Untuk lebih tepat, check masa negara berkenaan di
https://www.timeanddate.com/worldclock/

Terima kasih.

14/06/2024

Alhamdulillah kapal Handala telah selamat tiba di Brest, Perancis jam 5:00 petang waktu tempatan; 10:00 malam semalam.

Hj Isa dan Bro Ibrahim dilaporkan sihat. Semua kru yang lain juga sihat alhamdulillah.

Mereka akan berhenti rehat di Brest selama beberapa hari sebelum menyambung semula pelayaran.

Mereka akan meluangkan masa bersama penduduk tempatan untuk berkongsi pengalaman sambil meraih sokongan kepada kempen memecahkan kepungan ke atas Gaza.

14/06/2024

DOA UNTUK ANAK YATIM
Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, marilah kita ambil kesempatan untuk mendoakan anak-anak yatim yang amat memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Semoga doa yang kita panjatkan kepada Allah s.w.t menjadi sebab kegembiraan dan ketenangan buat mereka.
"Ya Allah, lindungilah anak-anak yatim yang sedang diuji dengan kekurangan kasih sayang ibu ayah ini. Berikanlah mereka kekuatan, ketabahan, dan ketenangan jiwa dalam menghadapi dugaan kehidupan ini. Aamiin."
Jom sama-sama kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan kebaikkan. Moga perkongsian poster ini dapat membuka lebih banyak hati untuk turut mendoakan perlindungan buat anak-anak yatim ini. Share poster ini dan sebarkan agar ramai dapat turut serta dalam usaha murni ini.
Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim: http://donate.mycare.org.my/sponsorship.

Hubungi Kami: Ruhaiza Musanip (+60 13-744 4760 / +603-8941 2341)

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Know us better!

Latest, MyCARE was granted to receive special consultative status by Economic and Social Council (ECOSOC), a body of United Nations.

_______________________________________________________________________________________

Become a member of MyCARE now and join the cause.

Videos (show all)

Ikuti penerangan daripada Dr Ziad berkenaan perkembangan penting di Khan Younis. Harap dapat disebar-sebarkan info ini, ...
Tonton dan sebarkan perkongsian daripada Dr Ziad berkenaan kesusahan dan penderitaan para wanita di Gaza yang tinggal di...
Dalam usaha bersama dengan Yayasan Buruj dan MyCARE menyediakan dan mengagihkan 300 bakul sayur-sayuran kepada pelarian ...
Cabaran untuk mendapatkan kemudahan tong gas bagi penduduk Ghazzah. Ikuti perkongsian daripada Dr Ziad. #DrZiad #kongsib...
Masalah yang dihadapi oleh Dr Ziad dan seluruh rakyat Ghazzah berkenaan mata wang di sana.#MyCARE #DrZiadShehada
Salah seorang pegawai MyCARE telah meninggal dunia disebabkan serangan rejim Zionis malam tadi. (21/6/24) Semoga Allah m...
Update Kapal Handala
Dah pilih pakej MyQurbani? Pendaftaran qurban masih dibuka! Jangan tunggu lama-lama, sebelum tamat tempoh berdaftar. Lay...
Update Kem Perlindungan MyCARE X Econsave
Update Dr Ziad

Telephone

Address


No 9
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00

Other Non-Governmental Organizations (NGOs) in Seri Kembangan (show all)
马来西亚五金机械建材联合总商会 Fmhmba 马来西亚五金机械建材联合总商会 Fmhmba
B43-3, Jalan SP 2/2, Taman Serdang Perdana, Seksyen 2
Seri Kembangan, 43300

创会于1993年,全国遍布14个属会,以及将近3000个成员公司。宗旨如下: 1. 促进高水准之五金、机械和建材之服务。 2. 捍卫本会会员之权益。 3. 建立和维护介于会员社会人士之间的良好关系。

Gerak Rahsia Malaysia Gerak Rahsia Malaysia
No. 2, Jalan Permai 14A, Taman Lestari Permai
Seri Kembangan, 43300

Pertubuhan Seni Silat Gerak Rahsia Malaysia Official

Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia
1-2A, Jalan SR 7/4, Taman Serdang Raya
Seri Kembangan, 43300

We are an organization aiming to improve health literacy in public.

Marhaen.my Marhaen.my
Seri Kembangan, 43300

A simplified crowdfunding platform for everyone to lend a helping hand to those in need. We stand for

Pertubuhan Pemulihan Kesihatan Tulang Belakang Selangor Pertubuhan Pemulihan Kesihatan Tulang Belakang Selangor
NO 22 Jalan SURIA TROPIKA 3A, TAMAN SURIA TROPIKA
Seri Kembangan, 43400

Pertubuhan Pemulihan Kesihatan Tulang Belakang Selangor PPM020-10-13102020 Helping the poor and unde

Persatuan Ekonomi Usahawan Bumiputera Negeri Selangor Persatuan Ekonomi Usahawan Bumiputera Negeri Selangor
No. 58-G, Jalan Equine 1B, Taman Equine
Seri Kembangan

Memperkasakan usahawan asnaf / bekas asnaf dan B40 di Negeri Selangor

Pertubuhan IKRAM Malaysia Pertubuhan IKRAM Malaysia
No. 6, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan, 43300

IKRAM adalah pertubuhan dakwah, tarbiah, khidmat & islah yang prihatin terhadap urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam.

Vol-Online Mycare Vol-Online Mycare
Seri Kembangan, 43300

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MyCARE) is a Non-Profit Organization (NPO) registered with the Companies Commission of Malaysia (SSM) [Reg. No: 729288-P] and the member of South...

Pertubuhan Kebajikan Fajar Harapan - PKFH Pertubuhan Kebajikan Fajar Harapan - PKFH
3A-13A, 3 Elements, Jalan Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, SERI KEMBANGAN
Seri Kembangan, 43300

Building hope and dignity among the poor and marginalized communities in Malaysia

Aqsa Syarif Aqsa Syarif
Seri Kembangan, 43000

Aqsa Syarif adalah agensi kemanusiaan dibawah @MyCARE yang fokus dalam isu-isu Palestin.

Badan Kebajikan Dan Sosial Taman Impian Ehsan Badan Kebajikan Dan Sosial Taman Impian Ehsan
Seri Kembangan, 43300

Badan Kebajikan Dan Sosial Taman Impian Ehsan (BKSTIE) adalah sebuah NGO yang menumpukan kepada usah

Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Suriaku Selangor Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Suriaku Selangor
No. 1633 Jalan SK11/3
Seri Kembangan, 43300

简单有原则的义工,喜欢透明度的祝福有需要的人。