Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah

You may also like

Mohan
Mohan

KOSASS
[Pintar, Harmoni, Cemerlang] Facebook rasmi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Official Facebook for Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

27/07/2024

PENILAIAN EKSA PERINGKAT KE 2 EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah akan menghadapi penilaian ke 2 bagi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 30 Julai 2024 (Selasa).

Juri penilai adalah Encik Mohamad Indra Shahril Zainal dari Fakulti Pertanian dan Encik Mohd Sahrizan Mat Yatim dari Pusat Perhubungan Alumni.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website : https://bit.ly/3de2esN
Facebook : https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter : https://twitter.com/kosass_upm
Youtube : https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 27/07/2024

GOTONG ROYONG MINGGUAN EKSA KOSASS DI ZON BERLIAN
19 Julai 2024 - Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), UPM telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Mingguan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil. 8/2024. Aktiviti gotong-royong kali ini memfokuskan di Zon Berlian, Dewan Jauhari dan kawasan sekitarnya.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menyusun atur meja dan kerusi serta peralatan dewan, mengenalpasti barangan yang boleh dikitar semula.
Aktiviti ini bertepatan dengan objektif EKSA iaitu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Ia juga bertujuan membina budaya kerja positif berterusan dalam kalangan warga KOSASS.
Selain itu, sebagai persediaan warga KOSASS dalam menghadapi penilaian Audit Dalaman EKSA yang dijadualkan pada 30 Julai 2024 (Selasa).

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website : https://bit.ly/3de2esN
Facebook : https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter : https://twitter.com/kosass_upm
Youtube : https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 15/07/2024

15 Julai, Serdang - Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah mengadakan kursus tanaman sayuran secara hidroponik dan tanaman menggunakan tanah bagi menyokong amalan EKSA dan aktiviti Kelestarian Hijau dan agenda Keterjaminan Makanan UPM..terima kasih kepada Encik Khairul Aslim dari Pusat Pertanian Putra yang hadir berkongsi kepakaran mengenai kaedah semaian, tanaman & pembajaan yang betul...🌱🪴🍃

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 12/07/2024

SERDANG, 11 Julai - Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melalui penilaian Pertandingan Sudut Bacaan UPM 2024, semalam.

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga UPM dan warga KOSASS serta memperkaya pengetahuan dan wawasan melalui pelbagai bahan Bacaan yang disediakan di sudut bacaan.

Sesi penjurian telah dilakukan oleh Puan Najah binti Mohd Ali dan Puan Emelda binti Mohd Hamid daripada Perpustakaa Sultan Abdul Samad, UPM.

-KOSASS-

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 03/07/2024

[DEDIKASI KOSASS, KEUNGGULAN TERBUKTI]

SERDANG, UPM- Pada 29 Jun 2024, Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi saksi kepada kemeriahan Kejohanan Sukan Aerodance serta Majlis Penutup Kejohanan Sukan Kolej UPM (SUKPRA). Acara yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang itu telah mendapat sambutan hangat dengan penyertaan aktif daripada pelbagai kolej di UPM.

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menghantar dua pasukan untuk bertanding dalam kategori lelaki dan wanita bagi sukan aerodance. Pasukan lelaki KOSASS berjaya meraih gelaran Naib Johan dalam persaingan yang sengit, manakala pasukan wanita mereka mencapai tempat ke-5. Kejayaan ini menambahkan lagi kepada prestasi cemerlang KOSASS dalam keseluruhan SUKPRA.

Pengurus pasukan wanita KOSASS menyatakan bahawa tujuan program ini adalah untuk mencari atlet yang akan mewakili UPM dalam pertandingan yang akan datang. Beliau turut menyatakan objektifnya sebagai pengurus pasukan adalah untuk memastikan semua atlet menari dengan seragam dan baik, serta memenangi pertandingan ini. Walaupun pasukan wanita mereka tidak memenangi pertandingan aerodance ini, beliau merasakan bahawa objektifnya masih tercapai kerana mereka memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan ini berlangsung. Beliau juga berharap agar para atlet tidak berputus asa dan mencuba lagi dalam pertandingan SUKPRA yang akan datang. Salah seorang penari aerodance KOSASS berkongsi pengalamannya, menyatakan bahawa dia merasakan gugup dan berdebar semasa melihat persaingan hebat dan sengit dari semua kolej kerana semua kolej memberikan persembahan yang mantap. Dia merasakan ini sebagai satu cabaran bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran asas mengenai aerodance. Namun, semasa penerimaan hadiah, dia berasa seronok dan teruja kerana semua latihan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil yang baik. Menurutnya lagi, dia juga menghadapi cabaran semasa latihan di mana pertandingan ini diadakan pada hujung semester. Minggu tersebut adalah minggu yang sangat sibuk bagi seorang pelajar kerana ramai pelajar perlu menyiapkan tugasan, melakukan persiapan untuk pembentangan dan peperiksaan. Untuk mereka berkumpul dan berlatih secara lengkap sememangnya sangat susah kerana setiap orang mempunyai komitmen tersendiri dan perlu menetapkan masa yang relevan untuk kehadiran semua penari. Ada ketikanya, latihan dilakukan dengan bilangan ahli yang tidak lengkap, tetapi mereka tetap memberikan masa sepenuhnya kerana mereka akan mewakili kolej. Oleh itu, mereka memerlukan latihan yang secukupnya untuk menjaga nama baik kolej.Cabaran kedua, mereka perlu merangka tarian aerodance mereka sendiri, dan ini bukan satu perkara yang mudah kerana mereka perlu melakukan semua kerja seperti menyunting lagu dan mencipta tarian. Komitmen yang diperlukan sangat besar, dan semua orang perlu bekerjasama untuk mendapatkan persembahan yang terbaik. Beliau juga mencadangkan agar pertandingan ini diadakan sebelum masuk ke minggu ke-14 kerana semua orang sibuk dan minggu tersebut dianggap sebagai minggu kritikal untuk para pelajar.

Secara keseluruhan, KOSASS telah memenangi sebanyak 6 Johan, 5 Naib Johan, dan 3 tempat ketiga dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan sepanjang kejohanan. Prestasi cemerlang ini menunjukkan dedikasi dan usaha keras para atlet serta sokongan yang padu daripada pihak kolej.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website : https://bit.ly/3de2esN
Facebook : https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter : https://twitter.com/kosass_upm
Youtube : https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

16/06/2024

[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA]

💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS 🦅💎

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Warga KOSASS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam terutamanya warga KOSASS.

Mudah - mudahan Hari Raya Aidiladha ini disambut dengan aman, sempurna dan penuh kegembiraan.

Bulan Zulhijjah bulan mulia,
Di sambut dengan hati gembira,
10 Zulhijjah kini menjelma,
Ucapan di kirim maaf di pinta.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram: https://bit.ly/37gLqNZ
Website: https://bit.ly/3de2esN
Facebook: https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter: https://twitter.com/kosass_upm
Youtube: https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

”Pintar, Harmoni, Cemerlang”

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 14/06/2024

[PGTK KEKAL BERSINAR]

SERDANG,UPM- Pada 7 Jun 2024 bersamaan hari Jumaat yang lalu,telah berlangsungnya Karnival Keterjaminan Makanan di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pihak pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menghantar Kelab Projek Gempur Tani KOSASS (PGTK) untuk mengadakan pameran hasil tanaman kelab tersebut. Pelbagai pihak terlibat untuk membanting tulang bersama menjayakan pameran tersebut termasuk barisan felo, pihak pengurusan kolej, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan ahli-ahli Kelab PGTK.

Dibandingkan dengan pameran kolej yang lain,satu hasil tanaman yang mencuri perhatian para pengunjung ialah buah naga. Seperti yang sedia maklum, Kelab PGTK
telah menghasilkan beberapa jenis tanaman seperti kangkung, sawi, kailan, bayam Brazil dan buah naga. Buah naga adalah buah yang sukar untuk ditanam kerana memerlukan kawasan yang lapang sekaligus menerima cahaya matahari yang banyak. Namun,tiada perkara yang mustahil bagi Kelab PGTK kerana mereka berjaya mempamerkan dan menjual buah naga yang telah ditanam dengan rasa yang manis dan berkualiti tinggi. Hasil tanaman yang lain juga turut habis dijual pada hari tersebut.

Kriteria penilaian bagi pameran antara kolej dalam karnival tersebut ialah idea dan inovasi yang merangkumi Konsep 5R dan mempunyai ciri-ciri Sustainable Development Goals (SDG), kreativiti dan juga pembentangan berkaitan penajaan dan pendapatan. Tidak disangkal lagi, kesemua kriteria tersebut dipenuhi oleh pameran Kelab PGTK dan menobatkan mereka sebagai Naib Johan dalam Pameran Terbaik Interkolej dan Pelajar Luar Kampus, Karnival Keterjaminan Makanan 2024.

Saudari Siti Nur Iffah Nuriyyah Binti Naim, Pengerusi Kelab PGTK telah menyatakan perasaan dan harapan beliau setelah berjaya merangkul kejayaan itu. Beliau menyatakan perasaan gembira dan bangga atas pencapaian tersebut kerana ini merupakan kali pertama kelab PGTK terlibat dengan pertandingan interkolej. Beliau juga menyatakan rasa syukur atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menghias dan menjayakan pameran pada hari itu. Katanya lagi, sambutan yang sangat memberangsangkan pada hari itu menyebabkan mereka berjaya menghabiskan kesemua tanaman yang dijual. Harapan beliau pada masa datang adalah beliau berharap agar momentum dan semangat jitu dalam kalangan kolegiat akan lebih meningkat lagi dalam menyertai program pertanian. Kegiatan berkebun di tapak PGTK haruslah diteruskan agar manfaat yang dirasai pada hari ini berterusan serta mampu menyahut slogan universiti iaitu “PUTRA: Pertanian Untuk Rakyat”.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website : https://bit.ly/3de2esN
Facebook : https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter : https://twitter.com/kosass_upm
Youtube : https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 14/06/2024

[SATU LAGI PINGAT EMAS MILIK KOSASS]

SERDANG,UPM- Sekali lagi nama Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) dijulang apabila pasukan ragbi wanita telah berjaya menakluk pingat emas dalam Kejohanan Sukan Kolej Universiti Putra Malaysia (SUKPRA) dalam acara Ragbi 10’s. Perlawanan yang berlangsung pada 9 Jun 2024 iaitu pada hari Ahad bertempat di Padang Ragbi B, UPM itu telah menyaksikan pasukan KOSASS mengatasi saingan sengit daripada wakil pasukan setiap kolej.

Perlawanan yang penuh dramatis itu menyaksikan bagaimana pasukan ragbi wanita mematahkan benteng pertahanan dua pasukan iaitu Kolej Canselor (KC) dan Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) pada peringkat kump**an sekali gus melayakkan pasukan kita mara ke peringkat suku akhir bertemu dengan pasukan Kolej Mustafa Babjee (KMB). Kedua-dua pasukan menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan aksi yang mendebarkan sepanjang 80 minit perlawanan. Namun, dengan strategi dan permainan yang mantap, pasukan kita berjaya menundukkan pasukan lawan. Di peringkat separuh akhir, pasukan KOSASS berhadapan dengan pasukan Kolej Sepuluh dan sekali lagi kemenangan berpihak kepada kita dengan kelebihan 45 mata dan mara ke peringkat akhir bertembung pasukan Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI). Perlawanan akhir yang penuh sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan cuba mendominasi permainan. Seperti yang dijangka, pasukan kita berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 43 mata.

Kejayaan ini merupakan hasil kerja keras dan dedikasi tinggi jurulatih pasukan, Encik Faat Hor Rozi bin Ismail yang banyak memberikan sokongan dan merangka taktikal menentang pihak lawan diiringi komitmen setiap ahli pasukan yang menjalani latihan secara berterusan sebelum perlawanan berlangsung. Tidak dinafikan juga, kemenangan besar ini didorong oleh penglibatan majoriti barisan pemain handal yang juga merupakan ahli pasukan Ladies Angels iaitu pasukan rasmi ragbi wanita KOSASS yang menjalani latihan di atas padang dan latihan kecergasan di Gimnasium, Pusat Sukan UPM setiap hari sejak awal semester berlangsung.

Saudari Nur Syahmin Nayli binti Muhamad Zawahir, yang merupakan salah seorang pemain pasukan ketika ditemu bual menyatakan rasa bangga dan amat berpuas hati dengan prestasi pasukannya. Beliau turut berharap agar pasukan ragbi wanita KOSASS dapat mengekalkan takhta johan dalam SUKPRA dan melakar lebih banyak kejayaan membanggakan pada masa akan datang.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website : https://bit.ly/3de2esN
Facebook : https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter : https://twitter.com/kosass_upm
Youtube : https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 14/06/2024

[DATANG BERSAMBUT, PULANG BERHANTAR]

SERDANG, UPM- Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pengurusan KOSASS telah menganjurkan Malam Apresiasi Semai Budi (MASEB) 2024 pada 8 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Shaftsbury Asteria Cyberjaya. MASEB 2024i merupakan sebuah acara makan malam tahunan KOSASS yang diadakan bagi meraikan Pelajar Tahun Akhir Sesi 2023/2024 yang telah banyak menabur bakti dan keringat mereka kepada kolej, dan tema majlis yang telah dipilih untuk kali ini ialah “Glimpse of Royale’’.

MASEB 2024 kali ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat YBhg. Prof Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Putra Malaysia dan turut dihadiri oleh barisan tetamu jemputan yang lain. Turut memeriahkan majlis pada malam tersebut adalah Barisan Felo dan Staff KOSASS, Alumni Kolej Kedua, Alumni Kolej Ke-7, serta penaja-penaja majlis.

Pemberian Anugerah Bakti Dikenang juga turut menjadi tumpuan majlis yang merupakan sebuah bentuk penghargaan kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang cemerlang dalam pelbagai bidang seperti bidang akademik, kokurikulum, kebudayaan dan lain-lain. Antara anugerah yang telah dianugerahkan kepada para pelajar tahun akhir sesi kali ini ialah Anugerah Khas Pengetua, Anugerah Alumni KOSASS, Anugerah Berlian Sahmura, Anugerah Perkasa Baiduri, Anugerah Nilam Bestari, Anugerah Perdana Zamrud, Anugerah Pintar Harmoni Cemerlang, Anugerah Permata KOSASS dan Anugerah Khas Alumni Kolej.

Anugerah Permata KOSASS merupakan anugerah utama yang berjaya dirangkul oleh saudara Umar Haikal bin Othman. Beliau telah melahirkan rasa syukur di atas penganugerahan tersebut kepadanya. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapanya, semua barisan felo, barisan pengurusan dan rakan-rakan terutamanya Majlis Perwakilan Kolej (MPK) serta rakan kursusnya Biologi kerana sentiasa ada bersama beliau ketika susah dan senang tanpa mengira waktu. Tidak lupa juga untuk berterima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan daripada mantan pengetua, Dr Mursyid serta Dr Amini, Pn Fazrina, Tn Alfan dan lain-lain yang telah mengajar banyak perkara berkaitan kepimpinan. “Rasa sumbangan yang saya berikan selama ini dihargai. Tanpa team-team program yang saya pernah pegang tidak kira di kolej mahupun fakulti, saya tidak akan berjaya jika bergerak sendiri. Once KOSASS, forever KOSASS.” ucap saudara Umar Haikal bin Othman dengan penuh perasaan terhadap kolejnya.

Menurut pengarah program p**a, Saudara Muhammad Hakiemi bin Nazrul Hisyam berkata terdapat beberapa cabaran buat beliau yang pertama kali memegang jawatan dan tugas seberat ini. Beliau berkata, “Antara cabaran yang saya hadapi sepanjang menjalankan tugas saya sebagai pengarah MASEB 2024 adalah masalah kekangan masa disebabkan oleh cuti dan sebagainya. Dihimpit juga dengan program-program besar yang lain seperti Mega Festival KOSASS serta Kem Perintis Kepimpinan yang baru sahaja selesai beberapa minggu yang lalu. Namun,dengan kerjasama dari semua pihak, alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Selain itu, pengurusan kewangan juga menjadi cabaran yang agak mencabar bagi saya kerana saya perlu berhati-hati dalam menguruskan dan merancang penggunaan kewangan agar bajet yang ditetapkan dapat dicapai.”

Beliau juga berharap agar MASEB akan menjadi salah satu platform untuk merapatkan ukhwah antara satu sama lain. Beliau juga meletakkan harapan yang tinggi agar kolegiat akan terus menimba ilmu dan pengalaman dari aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak kolej kerana pengalaman akan mendewasakan kita. Kejayaan MASEB 2024 adalah hasil kerjasama semua eksekutif yang telah bertungkus-lumus berusaha sebaik mungkin dalam merealisasikan majlis makan malam tahunan kolej ini.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website : https://bit.ly/3de2esN
Facebook : https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter : https://twitter.com/kosass_upm
Youtube : https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 14/06/2024

[KOSASS RANGKUL GELARAN JOHAN DI BOLLYNAACH 5.0]

SERDANG,UPM – Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) menjulang trofi kemenangan serta membawa p**ang wang tunai sebanyak RM 300.00 selepas muncul sebagai Johan Pertandingan Tarian Bollywood Interkolej (Bollynaach 5.0) yang telah diadakan pada 1 Jun 2024 bersamaan hari Sabtu, baru-baru ini. Berlangsung di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Bollynaach Showdown 5.0 anjuran Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) ini telah menyaksikan KOSASS menewaskan 7 buah kolej yang lain dalam pertandingan ini. Kehebatan pasukan KOSASS yang diwakili oleh 10 orang penari berjaya mempersembahkan tarian dengan iringan gabungan beberapa buah lagu antaranya Aajkal Tere Mere Pyar Ke Charche, ⁠Kaho Naa Pyar Hai, Janam Janam, Oh My Darling dan Say Shava Shava justeru memukau para penonton serta juri dari awal persembahan sehingga ke akhirnya menjadikan KOSASS sebagai pemenang bagi Bollynaach 5.0 kali ini.

Naib Johan dan tempat ketiga Bollynaach 5.0 masing-masing jatuh ke Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) yang turut membawa p**ang anugerah busana dan Kolej Empat Belas (K14). Bagi anugerah koreografi jatuh ke Kolej Tan Sri Mustafa Babjee (KMB) dan anugerah pilihan para penonton p**a jatuh ke Kolej Tun Dr Ismail (KTDI). Menurut kata, Siti Nurfarah Izzati Binti Razak selaku Sekreteriat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), KOSASS, beliau meluahkan perasaan gembira apabila mengetahui bahawa KOSASS memenangi pertandingan ini. “Kita sudah nampak macam mana penat dan kesusahan semua pihak untuk mengekalkan perasaan dan aura positif semasa latihan tapi semua masih terus berusaha kerana semua ada matlamat yang sama iaitu berikan yang terbaik. Usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil dan ini adalah bukti usaha semua orang”, ujarnya.

Untuk makluman, penari KOSASS telah dilatih hampir sebulan bersama Cikgu Izzie, pengasas DansaFusion. Bermula dengan proses pemilihan penari dengan jurulatih dalaman beserta ajk Sartural Fansuri seterusnya ke peringkat bersama Cikgu Izzie untuk diberikan koreografi kepada para penari KOSASS. “Cabaran terbesar yang saya hadapi sepanjang pertandingan ini ialah apabila mempunyai masa yang sangat suntuk untuk berlatih iaitu dalam masa kurang daripada sebulan tetapi Alhamdulillah pasukan ini tetap berjaya meraih johan”, luahan salah seorang penari KOSASS. Tidak lupa juga, para penari KOSASS yang lain juga turut berkongsi perasaan teruja dan tidak menyangka bahawa pasukan mereka telah mendapat gelaran Johan dalam Bollynaach 5.0 kali ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan KOSASS yang telah menjadi juara dan mengharumkan nama KOSASS, diharapkan kemenangan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang serta menjadi pemangkin semangat kepada kolegiat KOSASS yang lain untuk turut berani menyertai pertandingan sedemikian agar dapat mencungkil bakat dalam diri mereka. “Kembangkan bakat yang awak ada. Ini lah masanya untuk mencuba benda baharu. Kalau salah tidak apa, tiada orang yang akan marah sebab awak adalah pelajar dan masih belajar. Jadi belajarlah benda baharu”, pesan saudari Siti Nurfarah Izzati.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website : https://bit.ly/3de2esN
Facebook : https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter : https://twitter.com/kosass_upm
Youtube : https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 04/06/2024

[KEJAYAAN WARGA KOSASS DIRAIKAN]

SERDANG,UPM- Pada 25 April 2024 bersamaan hari Sabtu, Sekretariat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pengurusan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah telah menganjurkan Malam Gemilang Akademik (MGA) yang bertempat di Dewan Kenyalang, KOSASS serta mengadakan Youtube LIve KOSASS Channel bermula jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan warga KOSASS yang telah mendapat keputusan cemerlang pada Semester 1 Sesi 2023/2024.

Menurut pengarah program, iaitu saudari Nur Khaliesah Rosaria binti Jasmin, objektif majlis ini diadakan adalah untuk meraikan pencapaian dan memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah mendapatkan keputusan cemerlang dalam bidang akademik. Oleh itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada para kolegiat KOSASS kerana telah berjaya membuktikan kecemerlangan dalam bidang akademik. Katanya lagi, dalam kesibukan kita memenuhi keperluan akademik dan kokurikulum, haruslah diingatkan bahawa kesihatan kita amatlah penting. Justeru beliau menyeru semua mahasiswa untuk sentiasa menjaga kesihatan fizikal mahupun mental. Beliau berharap bahawa anugerah dan penghargaan pada Malam Gemilang Akademik (MGA) ini dapat membakar semangat seluruh warga KOSASS untuk terus cemerlang di dalam bidang akademik serta diharapkan kerjasama dan komitmen yang terjalin dalam majlis ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website : https://bit.ly/3de2esN
Facebook : https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter : https://twitter.com/kosass_upm
Youtube : https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

04/06/2024

[DAULAT TUANKU]

💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS🦅💎

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 3 Jun 2024 bersamaan 26 Zulkaedah 1445H.

Semoga Allah S.W.T merahmati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website: https://bit.ly/3deZesN
Facebook: https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter: https://twitter.com/kosass_upm
Youtube: https://cutt.ly/HkB1oco
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

“Pintar, Harmoni, Cemerlang”

Mailis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Aladdin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 04/06/2024

[KOSASS JUARA LIGA RAGBI 15’s SUKPRA]

SERDANG, UPM - Pasukan ragbi Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) B telah berjaya merangkul gelaran johan dalam Kejohanan Sukan Kolej Universiti Putra Malaysia (SUKPRA) bagi Ragbi 15’s setelah berjaya menumpaskan pihak lawan, Kolej Canselor pada pusingan akhir. Perlawanan ini telah diadakan pada 29 Mei 2024 (Rabu) jam 5.00 petang bertempat di Padang Ragbi B, UPM.

Kegagahan yang tak disangkal lagi telah membuktikan kemampuan mereka dalam acara ini sejak awal kejohanan berlangsung. Keputusan yang diperoleh sentiasa meletakkan pasukan KOSASS di kedudukan yang cemerlang. Untuk makluman, KOSASS telah menghantar dua buah pasukan iaitu KOSASS A dan KOSASS B di mana masing-masing terdiri daripada 20 orang pemain yang memberikan sepenuh tumpuan dalam latihan yang berlangsung selama 2 minggu yang bertempat di Padang Ragbi B. Secara keseluruhan, KOSASS A berjaya ke Separuh Akhir dengan memenangi perlawanan menentang Kolej 12 dan Kolej Mustafa Babjee manakala KOSASS B meraih kemenangan besar menentang Kolej 14, Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh B, Kolej Sepuluh A dan akhir sekali, Kolej Canselor. Majlis penyampaian hadiah bagi Ragbi 15's ini telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Bazli Bin Kamaruddin, Pegawai Tadbir, Akademi Sukan UPM.

Kejayaan ini juga tidak dapat dicapai tanpa jurulatih yang sentiasa komited dalam memberikan sokongan dan dorongan kepada para pemain, iaitu Encik Abdul Wahid bin Saharudin yang merupakan tulang belakang dan orang penting bagi pasukan ragbi KOSASS. Beliau bersungguh mengendalikan strategi dan memastikan pemain menjalani latihan ‘fitness’ yang sudah semestinya membuahkan hasil yang lumayan dengan kemenangan besar ini.

Menurut saudara Muhammad Aqil Iqbal bin Mohd Jamil, selaku Sekreteriat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), KOSASS, beliau menzahirkan rasa bangga atas kesungguhan sekaligus pencapaian cemerlang yang telah ditonjolkan oleh para pemain yang telah membuktikan bahawa kolegiat KOSASS mempunyai bakat dan semangat yang luar biasa dalam bidang sukan. Beliau berharap agar kecemerlangan ini menjadi pemangkin kepada semua kolegiat untuk menceburi bidang sukan selari dengan akademik supaya momentum ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan ragbi KOSASS yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan ini. Semoga kejayaan ini dapat menarik minat lebih ramai kolegiat KOSASS untuk melibatkan diri dalam sukan ragbi dan seterusnya mampu memajukan industri sukan ragbi di Malaysia.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website : https://bit.ly/3de2esN
Facebook : https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter : https://twitter.com/kosass_upm
Youtube : https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Photos from Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah's post 03/06/2024

[KOSASS NAIB JOHAN DALAM ACARA BOLA TAMPAR LELAKI]

SERDANG,UPM- Satu lagi kejayaan membanggakan buat KOSASS apabila pasukan bola tampar lelaki berjaya meraih pingat perak dalam Perlawanan Bola Tampar Kejohanan Sukan Kolej Universiti Putra Malaysia (SUKPRA). Perlawanan ini telah diadakan pada 26 Mei 2024 iaitu pada hari Ahad bertempat di Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia.

Pasukan yang terdiri daripada 10 orang pemain handal bola tampar ini telah menjalani latihan intensif sejak seminggu sebelum perlawanan berlangsung yang mengambil tempat di Gelangggang Astaka Seni pada waktu petang. Kejayaan pasukan ini juga merupakan berkat tunjuk ajar dan didikan jurulatih mereka iaitu Tuan Firdaus atau lebih mesra dengan panggilan Tuan Pidot. Beliau yang juga merangkap felo blok Pelanduk dan penolong pegawai Belia dan Sukan di Akademi Sukan telah banyak membantu dari segi merangka gerak permainan, bentuk serangan dan pertahanan serta memberi sokongan moral secara berterusan.

Pada peringkat awal, pasukan KOSASS B telah menumpaskan pasukan KC A dan K10 B dalam perlawanan berkump**an. Kemenangan ini seterusnya melayakkan pasukan KOSASS B berentap di pusingan suku akhir menentang pasukan KTAG dan turut berjaya menumbangkan taktikal pihak lawan dengan kelebihan mata sebanyak 31-23. Pasukan KOSASS B sekali lagi menjulang nama kolej apabila menang secara tipis ke atas pasukan K12 B di peringkat separuh akhir dengan mata 31-30. Namun, kemenangan tidak berpihak kepada pasukan KOSASS B apabila ditundukkan oleh pasukan K10 A dengan mata 16-25 dan 18-25 di peringkat akhir. Hadiah bagi perlawanan ini telah disampaikan oleh Pengurus Kejohanan SUKPRA, Tuan Faizol Ikmal diiringi oleh Tuan Firdaus.

Saudara Hadieff Fathullah bin Shamshor yang merupakan salah seorang pemain pasukan KOSASS B ketika ditemu bual menzahirkan rasa bangga kerana akhirnya KOSASS dapat mencipta sejarah apabila layak ke peringkat akhir berbanding tahun sebelumnya yang hanya menjejakkan kaki sehingga peringkat suku akhir sahaja. Beliau turut meluahkan harapan agar pasukan KOSASS dapat mengekalkan prestasi, keupayaan dan latihan yang mencukupi agar dapat merealisasikan impian untuk menjulang pingat emas dalam kejohanan sukan kolej pada sesi akan datang.

Ikuti hebahan kami, follow, like & share di

Instagram : https://bit.ly/37gLqNZ
Website : https://bit.ly/3de2esN
Facebook : https://cutt.ly/EkB1yb7
Twitter : https://twitter.com/kosass_upm
Youtube : https://cutt.ly/HkB1oco
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSeLvHkjp/

Sekian, terima kasih.

"Pintar, Harmoni, Cemerlang"

Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
Sesi 2023/2024

Want your university to be the top-listed University in Seri Kembangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

*#PYD4KOSASS* *#5C*🌿 *[PENGAMBILAN TEMPAHAN KANGKUNG PROJEK GEMPUR TANI KOSASS (PGTK)]* 🌿💎🦅 *PERHATIAN KEPADA SEMUA WARG...
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN KOLEJ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2023/2024
#PYD4KOSASS #5CProjek Landskap Ikon KOSASS 5 November 2023Ikuti hebahan kami, follow, like & share diInstagram : https:/...
#PYD4KOSASS #5C[‼️4 HARI LAGI‼️]💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KOSASS 🦅💎Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk ma...
#PYD4KOSASS #5C[TEMPAHAN BAJU KOSSPORD 2.0]💎🦅 PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN  2, 3, dan 4 KOSASS 🦅💎Assalamualaikum...
VIDEO PENGENALAN KOSASS HOMECOMING CLUB (KHOC)
#PYD4KOSASS #5CVIDEO PENGENALAN KOSASS YOUTH VOLUNTEERING CLUB (KYVC)
#PYD4KOSASS #5CVIDEO PENGENALAN KELAB SQUAD IQRA (SQ)
Persembahan daripada KOSASS sempena Konvo NUANSA ZAPIN Interkolej 2022.
Pada 9 September 2022 Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) telah menjalani Penilaian Kendiri Ekosistem Kondusif ...

Telephone

Address

Seri Kembangan
43400

Other Community Colleges in Seri Kembangan (show all)
Payame Noor University of Malaysia Payame Noor University of Malaysia
Seri Kembangan, 43300

،دانشگاه پیام نور واحد کوالالامپور ایمیل: [email protected] kuala.pnu.ac.ir

Mashadi Masyuti Mashadi Masyuti
No 52 Jalan Raya 6 Taman Serdang Jaya
Seri Kembangan, 43300

Wassap senang

Pusat Latihan IHKM Pusat Latihan IHKM
No 13-2, Jalan DaGang SB 4/3, Taman Sg Besi Indah
Seri Kembangan, 43300

Enrolling in one of the best Hospitality & Culinary Institute in Malaysia.

Yemen Students Union UPM Yemen Students Union UPM
Seri Kembangan, 43400

YSRCM-UPM

Gerakan Mahasiswa Maju GMM Gerakan Mahasiswa Maju GMM
Seri Kembangan, 43300

Gerakan Mahasiswa Maju

Young Scientist Day - YSD UPM Official Young Scientist Day - YSD UPM Official
Faculty Of Medicine And Health Sciences, Universiti Putra
Seri Kembangan, 43400

Program ini di jalankan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM. Tujuan utamanya adalah untuk menanam sifat kecintaan kepada sains.

Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar - PKPP UPM Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar - PKPP UPM
Universiti Putra
Seri Kembangan, 43400

Bertanggungjawab merancang, membangun dan melaksanakan Kursus Kokurikulum Berkredit di UPM. Ikuti Kami: https://pkpp.upm.edu.my/ https://www.instagram.com/pkppupm/ https://www.you...

Master of Environment, UPM Master of Environment, UPM
Faculty Of Forestry And Environment, Universiti Putra
Seri Kembangan, 43400

The MASTER of ENVIRONMENT (M.Env.) is a programme by course work.

MKTH 中华之夜 MKTH 中华之夜
KOLEJ 10, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, UPM SERDANG
Seri Kembangan, 43400

博大第十宿舍 承夏 🏮承前启后,夏雨雨人🏮关注我们🔔不要错过精彩更?

Fakulti Rekabentuk dan Senibina Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Seri Kembangan, 43400

Faculty of Design and Architecture was founded in 1996

Kelab Mahasiswa Matematik & Statistik Kelab Mahasiswa Matematik & Statistik
Jabatan Matematik Dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra
Seri Kembangan

Wujudnya 'page' Kelab Mahasiswa Matematik & Statistik sebagai satu medium yang menyatukan semua warg

ROTU Navy UPM ROTU Navy UPM
Universiti Putra
Seri Kembangan, 43400

Reserve Officer Training Unit (Navy) Universiti Putra Malaysia