AirulHartanah

Kepada pemilik rumah@hartanah yang berhajat untuk menjual, saya sedia untuk membantu anda untuk keun

Photos from AirulHartanah's post 15/12/2022
Photos from Rumah dan Bilik Sewa Murah Malaysia's post 18/07/2022
Penganalisis ramal BNM naikkan kadar sekali lagi 05/07/2022

Penganalisis ramal BNM naikkan kadar sekali lagi Tinjauan Reuters mendapati ahli ekonomi menjangkakan lebih banyak kenaikan kadar akan dibuat pihak berkuasa.

Real Property Gains Tax (RPGT) 2021-2022 in Malaysia & How to calculate it? - iproperty.com.my 02/11/2021

https://www.iproperty.com.my/guides/rpgt-2021-2022-malaysia-how-to-calculate-it/

Real Property Gains Tax (RPGT) 2021-2022 in Malaysia & How to calculate it? - iproperty.com.my Individual Malaysian citizens and permanent residents who sell their property in the 6th year onwards will not have to pay 5% RPGT, beginning 1 Jan 2022.

29/06/2021
13/05/2021

11/05/2021

NASIHAT SALAH YANG MENJADI KEBIASAAN

"Repeat a lie often enough and it becomes the truth." Anonymous.
"Rumah kampung tak perlu buat submission." [1]

"Extend dapur sikit jek, boleh buat terus." [2]

"Ambik tukang jek lah. Murah." [3]

"Rumah condo pun boleh jek nak extend." [4]
Kat atas tu antara 'penipuan' yang biasa kita dengar oleh individu tak bertanggungjawab. Bagi nasihat bukan-bukan kat orang.. Dah la buat benda salah, siap ajar orang lain lagi!

Ni semua sebab amalan tu dah jadi sebati dalam masyarakat setempat sampai dah tak tahu dah betul ke salah.
"RUMAH KAMPUNG TAK PERLU BUAT SUBMISSION"
Sebenarnya tak ada istilah rumah kampung dalam mana-mana akta berkaitan pembangunan ni. Tanah kampung pun tak ada.

[Cuma ada dinyatakan pengkelasan tanah iaitu tanah desa dalam Seksyen 51(2)(c), KTN 1965]

Dalam Seksyen 52, KTN 1965, penggunaan tanah dibenarkan mengikut kategori Pertanian, Bangunan dan Perindustrian.

Pertanian
- Untuk pertanian sahaja, tapi dibenarkan buat rumah untuk kegunaan sendiri sahaja tidak melebihi 20% luas tanah;
- Tak boleh buat homestay, resort, rumah sewa, tahfiz dll selain rumah sendiri.

Bangunan
- Boleh buat apa-apa bangunan yang bersesuaian mengikut lokasi seperti rumah, kedai, sekolah, dewan dsb.

Perindustrian
- Boleh buat kilang

Mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 70 - setiap jenis bangunan i.e. rumah perlu buat submission pelan bangunan ke PBT, tanpa mengira lokasi dan saiz.
"EXTEND DAPUR SIKIT JEK. BOLEH BUAT TERUS"
Alah, buat dapur jek.. Bukan 'makan' tanah sebelah pun.. Takkan nak submit kan?

Beberapa tahun lepas tu berlaku kebakaran rumah jiran, api merebak masuk rumah kita sebab rapat sangat.

Takpun 2 minggu lepas renovation, bergaduh dengan jiran sebab air hujan rumah dia masuk dalam porch kita habis basah kasut Gucci.

Sebenarnya segala jenis renovation, terutama melibatkan kerja luar rumah samada kecik atau besar mestilah merujuk PBT.

PBT akan bagi nasihat samada nak lantik Arkitek atau cuma isi borang mohon permit jek.
"AMBIK TUKANG JEK LAH. MURAH!"
Biasalah jika nak buat apa-apa, mesti nak murah. Ni lumrah setiap orang.

Bila Kontraktor berdaftar dengan CIDB letak harga RM50,000 untuk ubahsuai tapi Tukang cakap boleh buat RM30,000 jek, mau gelap mata...

Balance RM20,000 tu boleh buat macam-macam! Maka kita pun lantik laaa Tukang tu.

Tapi masa buat kerja, tiles tak masuk harga, pintu kena beli asing, tingkap salah saiz, cat tak cukup lapis dan macam-macam lagi.

Eh! Silap-silap lagi mahal!

Lagi mahal kalau deposit dah burn, Tukang lari, pastu Kontraktor berdaftar CIDB p**ak masuk dan baiki balik semua kerja lama.
"RUMAH APARTMEN PUN BOLEH JEK NAK EXTEND"
Haaa ni level paling tak masuk akal, tapi menjadi kebiasaan dah sekarang ni.

Rumah jenis apartmen ni adalah kategori strata. Bagi rumah strata, hakmilik kita cuma seluas rumah yang kita beli tu sahaja.

Maka tak boleh nak extend!

Tapi jika nak extend jugak, Pemilik kena mintak 2 kebenaran:
1) Kebenaran SEMUA penduduk dalam kawasan tu sebab melibatkan kenaikan luas rumah dan seterusnya maintenance fees yang melibatkan semua orang;

2) Submit pelan bangunan ke PBT. Detail kalau nak cerita sebab kena mohon Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, mohon Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) ke PTG, failkan Jadual Petak ke Comissionaire of Building kat PBT, buat survey ruang tambahan dan kemuka ke JUPEM, JUPEM bagi Sijil Cadangan Pelan Strata, kene mohon Hakmilik Strata tunggu PTG lulus ke tolak. Dah lulus baru daftar Hakmilik Strata.

Agak-agak susah nak dapat 2 kebenaran ni, maka beli lah rumah landed.
Bahaya budaya normalisasi kan benda yang salah nih. Sekali PBT ambik tindakan, dituduh PBT p**ak nak menganiaya rakyat, kejam lah, takde timbang rasa lah.. Haih.

Tapi nak tahu ape yang lagi bahaya?

TERANG-TERANG PUJI ORANG LAIN YANG BUAT BENDA SALAH!

-Ar. Azizul-

The Differences Between MRTA/MDTA and MLTA/MLTT 02/05/2021

https://yap-rony.blogspot.com/2021/05/the-differences-between-mrtamdta-and.html

The Differences Between MRTA/MDTA and MLTA/MLTT April 09, 2021 Nassim Heights @ Ampang (New Units For Sale) Get link Facebook Twitter Pinterest Email Other Apps Post a Comment

21/04/2021

FORMULA ASAS BELI RUMAH

1. Gaji kita x 12 x 6.5 = Harga Kediaman kita.

2. Gaji RM2500 x 12 x 6.5 = RM195,000.

3. Pembiayaan rumah tak lebih dari 35% gaji.

4. Gaji RM2500 x 35% = RM875 Ansuran bulanan.

Beli rumah sebelum ada rumah dan gaji orang rumah.

Azizul Azli Ahmad

19/04/2021

.

SEWA LEBIH BAIK DARI MEMBELI?

1. Kita bincang secara baik pemikiran ini agar dapat jawapan yang tuntas dan baik.

2. Jika gaji kita RM5000, median rumah yang baik untuk kita hanya harga rumah sekitar RM390,000 sahaja. (RM5000x12x6.5)

3. Bagi penjawat awam keupayaan meminjam sekitar RM500,000 ini memerlukan gaji sekitar RM4,500 hingga RM5,499.

Dalam kelas saya, saya tak galakkan maksimumkan pembiayaan ini. Mereka tahu kenapa 😀

4. Jika kita kekal membayar sewa dengan kadar RM1500 sehingga 30 tahun dengan kadar kenaikkan setiap 3 tahun.

Kita sedang KAYAKAN tuan rumah sebanyak RM702,000.

"Apakah itu jumlah yang sihat?"

5. Sanggupkah kita berpindah randah bila usia meningkat jika kita tak mampu bayar nanti?

6. Bolehkah kita yang dah selesa tinggal di rumah sewa RM500,000 untuk turunkan taraf hidup dengan rendahkan martabat kita kerumah sewa RM300,000 lepas 20 tahun?

7. Jika dalam tempoh menyewa kita hilang upaya atau meninggal dunia, apakah tuan rumah yang mulia itu akan kekalkan anak isteri kita disitu atau dihalau tinggal dibawah jambatan yang ada permaidani?

8. Kadar pemilikan hartanah bumiputera masih lagi rendah dan mulia, apakah kita masih lagi nak kekal sewa tanpa beli harta.?

"Apa pilihan yang kita ada?" cakap memang la senang bro.

9. Beli kediaman yang sesuai dengan median gaji yang betul.

10. Pasaran subsale atau sekunder masih banyak sediakan jenis kediaman bawah RM250,000-RM400,000.

11. Benar, tidak semua hartanah akan naik. Beli hartanah yang betul dan semua orang 'jatuh cinta' dan perlukan ia.

Hartanah 'Mass Market' yang semua orang s**a dengan keperluan 3 bilik dan 2 bilik air masih banyak diluar sana.

12. Hubungi agen hartanah berdaftar, mereka ada senarai hartanah yang luarbiasa berdasarkan kemampuan kita.

Jika mereka gagal sediakan, cari agen lain.

13. Belian hartanah yang betul jadikan kita komited untuk kekal membayar. Hartanah yang salah boleh jadi punca rumah kita terlelong.

14. Beli hartanah yang hanya telan bawah 35% dari gaji kita. Jika tidak kita mula rasa bahangnya.

Dengan RM1,750 setiap bulan, kita hanya mampu beli kediaman sekitar RM350,000 sahaja. Jangan mengada hingga RM500,000.

15. Jangan beli sebab ramai orang beli atau ingin bergaya. Jadikan hartanah sebagai pelindungan keluarga bukannya bebanan kita.

Jika saya, lebih baik beli dari menyewa. Takkan dah tua nak pindah randah lagi kemana mana.

Mesti nak merasa ada kabinet dapur lawa juga kan?

Sekadar pandangan saya yang lemah ini.

Azizul Azli Ahmad


agar sampai pada semua sahabat dan adik kita

28/03/2021

TIPS MEMBELI RUMAH PERTAMA

oleh : Salkukhairi Abd Sukor
Peguam Hartanah

Kepada yang baru bekerja dan baru bercadang untuk membeli rumah tetapi tak tahu bagaimanakah cara yg betul untuk anda berbuat demikian, mungkin boleh follow tips berikut untuk membantu dan memudahkan anda memiliki rumah pertama idaman anda.

1. Sebelum pilih untuk membeli sesuatu rumah, sila semak dahulu kelayakan pinjaman perumahan anda dengan bank. Untuk membantu anda menyemak kelayakan pinjaman anda, boleh dapatkan bantuan bankers yg berpengalaman spt Pn Liza Suriani Abdul Jamal dan Pn Syazwiny Nur Zakaria

2. Kepada kakitangan kerajaan p**a, sila semak kelayakan pinjaman perumahan anda dlm posting saya sebelum ini. Pastikan anda juga telah berkhidmat dengan kerajaan sekurang2nya setahun dan telah disahkan jawatan. Untuk mengetahui ttg syarat2 lain kelayakan pinjaman perumahan dengan kerajaan, boleh follow fanpage Bahagian Pinjaman Perumahan.

3. Pastikan anda memilih untuk membeli rumah yang berharga sama atau di bawah kadar kelayakan pinjaman perumahan anda. Jangan beli rumah ikut keinginan anda, tetapi belilah rumah mengikut kelayakan anda. Untuk membantu anda memilih rumah di bawah kelayakan anda, boleh hubungi Tn Hilmi In.

4. Jika anda tidak berkesempatan untuk memilih rumah manakah yg sesuai dengan kelayakan pinjaman anda, lantiklah ejen hartanah yg berdaftar, kerana mereka mempunyai senarai rumah yang mungkin sesuai untuk anda. Kebanyakan ejen hartanah berdaftar yg ada dalam friendlist saya dan selalu get involve dalam posting saya, mereka adalah ejen hartanah yg efisyen dan boleh anda percayai. Insyaallah lantiklah mereka utk membantu anda.

5. Rajinkan diri anda juga untuk mencari rumah yang dibina oleh pemaju di bawah skim rumah pertama seperti PR1MA, Skim Perumahan Belia, Skim Rumah Kos Rendah dan lain-lain skim perumahan yang diinisiatifkan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan anda layak memperolehi skim perumahan tersebut, anda masih tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yg ditetapkan oleh kerajaan dan syarat2 kelayakan pinjaman perumahan oleh bank/ institusi pembiayaan.

6. Anda kena ada simpanan wang tunai sekurang2nya 15% daripada harga rumah yg anda layak beli. 10% untuk tujuan bayaran deposit harga jual beli dan 5% lagi untuk tujuan bayaran kos guaman urusan jual beli dan pinjaman perumahan.

7. Untuk pembelian rumah pertama yang berharga RM500k ke bawah, anda layak mendapat peremitan (potongan) duti stem pindah milik dan gadaian sebanyak 50% daripada duti stem penuh yang bakal dikenakan oleh LHDN utk rumah yang dibeli tersebut.

8. Setelah anda dapat pilih rumah yang anda layak beli, lantik lah peguam hartanah yg berkelayakan dan berpengalaman untuk bantu anda menguruskan urusan jual beli rumah tersebut. Kebanyakan peguam yg ada dalam friendlist saya dan selalu get involve dlm posting saya adalah peguam yg anda boleh percayai dan efisyen. So, bolehlah lantik mereka.

Untuk membantu anda mengetahui serba sedikit ttg urusan guaman berkaitan jual beli rumah, boleh baca balik posting saya sebelum ini, atau boleh baca buku saya bertajuk Pengenalan Undang-undang Pembangunan Hartanah di Malaysia dan Tips Mudah Urusniaga Hartanah di Malaysia yg telahpun berada dipasaran.

9. Apabila urusan jual beli rumah anda telah sempurna, jangan terlalu memikirkan untuk menghias atau membuat renovasi rumah anda. Hiasilah rumah anda dengan seadanya mengikut kemampuan dan kelayakan anda. Yang penting anda telah memiliki rumah. Hiasan dalaman dan sebagainya adalah kosmetik semata2. Boleh follow tips yg diberikan oleh Tn. Azizul Azli Ahmad utk mengetahui bagaimanakah anda boleh hidup dgn bahagia dan mewah walaupun hanya memiliki sebuah rumah flat kos rendah.

25/03/2021

UNTUNGKAH BELI RUMAH CONTOH BERPERABOT?

Petang tadi saya berkunjung kerumah contoh yang pemaju sediakan.

Rumah contoh yang disediakan perabot oleh pemaju kelihatan luar biasa cantik.

Jurureka dalaman akan hias agar kita rasa benar benar tertawan.

Mereka buat emosi kita mudah tersentuh,

"Masyallah cantiknya". Kata jiwa kita.

Lebih hebat lagi bila kita lihat harganya. Jika harga tanpa perabot adalah RM349,000 sebuah rumah.

Setelah tambah semua kos renovasi, maka harga jual menjadi RM750,000 sahaja!

Beza RM401,000 sahaja.

Berbaloikah kita beli rumah contoh ini kawan?.

1. Sanggupkan kita ubah suai kediaman hingga RM401,000?. Boleh beli sebuah rumah lagi.

2. Semua ubahsuai ini tidak akan beri nilai pasaran baru hingga RM750,000 sebenarnya.

Jika kita nak jual balik, takkan dapat harga ini. Ia pasti lebih murah lagi.

3. Semua perabot ini mempunyai nilai susut, lepas rumah siap perabot ini tidak trending lagi dan telah susut nilainya.

4. Jika meja makan itu waktu buat RM15,000 . Lepas 2 tahun nilainya mungkin hanya RM1500 sahaja. Itupun kalau ada yang nak beli.

5. Perkakas elektrik juga ada tempoh hayat teknologinya. Buatan tahun 2020 tidak akan canggih macam buatan tahun 2023. Mengapa kita bayar teknologi lama?

6. Semua motif, corak, pattern dan dekorasi ada hayatnya. Selepas tempoh tertentu, kita akan rasa bosan punya.

7. Bagi pelabur, nilai RM401,000 boleh dapat sebuah bunglow yang lebih baik dan luas dikawasan ini.

8. Dengan keluasan yang sama, orang lain hanya beli pada harga RM297 psf dan kita beli pada harga RM535 psf. Tidakkah gila.

9. Harga yang kita beli di Perak Tengah, sama dengan harga teres dua tingkat di Shah Alam.

"Kau tak der duit, memanglah tak beli".

Ia bukan soal banyak duit atau sikit duit. Ia soal nilai hartanah sebenar sesebuah kawasan yang kita beli.

Selepas sepuluh tahun, kita nak jual kembali harganya boleh jadi bawah lagi dari harga yang kita beli.

Dapat sesuatu kawan?

Hartanah bukan pelaburan yang baik, jika kita bukan pelabur yang bijak.

"Saya bukan nak jadi pelabur, saya nak beli duduk saja".

Maka kita sedang tanam diri kita dengan hutang yang luar biasa.

Azizul Azli Ahmad

16/03/2021

SIAPA KATA TAK LOGIK GAJI 2500 BELI RUMAH?

1. Dengan gaji RM2500 rumah yang sihat untuk kita 35% sahaja dari gaji iaitu RM875 ansuran bulanan dengan harga rumah sekitar RM175,000 sahaja.
2. Rumah pinggir Bandar dari apartment kos sederhana dan rendah masih banyak harga ini. Jika pandai cari rumah lelong dan subsale kelabu mata memilih nanti.

Dengan gaji besar ini kita dilevel miskin bandar dik, mana nak beli rumah RM400K. Sedih dik!
3. Bagi gaji RM2500 juga bank akan kira NDI antara RM1200 sebulan, duit itu untuk perbelanjaan hidup kita. Selebih itu boleh buat hutang biasanya.
“Mana ada rumah murah sekarang”.

"Rumah murah memang tak ada, rumah mampu beli masih banyak diluar sana dik".
4. Formula mudah nak tahu gaji kita dik boleh cuba FORMULA ini Gaji x 12 x 6.5 = Harga Rumah Kita
RM 2500 X 12 X 6.5 = RM195,000 .
6. Jangan makan kismis minda banyak dik, ia tak bantu tambah simpanan nak beli rumah dik. Rendahkan piawai dan belilah rumah yang kita mampu bukan yang kita s**a.
Makanlah pil minda berbotol botol sekalipun jika tiada usaha, memang tara guna punya.
Jangan cakap abang tak payung dik, abang dan sediakan 'umbrella' buat adik bermula.
Sampaikan buat semua adik kita bahawa perkara ini PENTING untuk mereka fahami. Gaji RM2500 boleh beli kediaman jika kita bijak.

Azizul Azli Ahmad



Buat dengan ilmu, bukan dengan nafsu
Wallahu'alam

Photos from AirulHartanah's post 14/03/2021

[Exclusive]

Semi D [end lot] Taman Intan Baiduri, Sepang

=======================
ASKING PRICE - RM 520,000 (Negotiable)
MARKET VALUE - RM550,000.00
=======================

4 bedrooms
2 bathrooms
Leasehold
Malay Reserve
Land size 2898 sqft [70'x 41.4']
Build up 1540 sqft
Features
- open facing [playground]
- extra backyard 12' x 41' and extra side yard 9.5'x 58' 👍🏼 for gardening
- Fully tiles
- gated & guarded

Ready tenant [RM1,000.00/monthly at least]

Amenities;
📍50m Taska
📍750m Surau Al Firdausi
📍5.4km Sekolah Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
📍6.3km Sekolah Rendah Agama Integrasi Salak Tinggi
📍4km SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
📍2km Petronas / Restaurant / ATM machine
📍8km Mc Donald's Kota Warisan
📍11km AEON Mall / Tesco / Giant Nilai
📍6.8km Mitsui Outlet
📍4km IKBN Sepang
📍4.3km IPD Sepang

Accessibility;
📍15km to Dengkil
📍9km to Kota Warisan
📍11km KLIA / KLIA2
📍10km to Bandar Baru Nilai
📍30km to Cyberjaya
📍26km Putrajaya
📍12km Bandar Serenia Toll Elite Highway Exit

=======================
ASKING PRICE - RM 520,000 (Negotiable)
MARKET VALUE - RM550,000.00
=======================
www.wasap.my/60122370687/tmnintanbaiduri

For inquiries or viewing arrangement, please do not hesitate to contact :

Encik Airul Azhar Mat Nasit
Real Estate Negotiator
012 - 237 0687
Affandi Sezali Properties Sdn Bhd
Whatsapp: wasap.my/60122370687
Facebook : Airul Azhar Mat Nasit
page : AirulHartanah

13/03/2021

Adik dengan pokok betiknya

Betik

Dari pkp dilahirkan, sekarang hasilnya boleh dituai🌟👍🏼

13/02/2021

RUMAH SEMUANYA MAHAL?

1. Pemikiran anak muda hari ini mudah terpesona dengan ungkapan 'Rumah Semuanya Mahal'

2. Tumpuan anak muda hanya pada katalong jualan rumah yang ada dipasaraya.

3. Perhatian mereka pada rumah baru sahaja. Mereka tak beli rumah 'subsale' dan lelong yang ada.

4. Mereka malu belajar beli rumah lelong kerana kotor dan tak cantik rupanya.

5. LUASKAN PANDANGAN dan RENDAHKAN PIAWAI. Takkan nak kolam mandi dalam rumah waktu hidup berdua.

6. Ukurlah baju dibadan sendiri dan bukan dibadan Nelofa atau Mira Filzah.

Akan ada rumah yang mampu kita beli jika kita bijak urus wang sendiri

Dr Azizul Azli Ahmad

Photos from AirulHartanah's post 11/02/2021

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Nak jual rumah ? Tapi tak tahu macam mana nak jual?
Pelbagai Inisiatif telah diumumkan oleh Kerajaan 🇲🇾bagi owner rumah dan juga bakal pembeli tahun 2021🌟2025, jangan lepaskan peluang yang ada👍🏼👍🏼
Baik tanpa bertangguh, tuan puan boleh meminta saya membantu untuk Langkah-Langkah seterusnya
🎯 Saya akan menguruskan jualbeli rumah mengikut kelayakan dan kemampuan
🎯Proses Guaman yang MUDAH Dan MESRA PENGGUNA
🎯 Penilaian Hartanah yang REALISTIK dengan pasaran
🎯LISTING 🏘️ kami akan share dan iklankan sesama group
🎯Konsep kami SALING KONGSI REZEKI😀😀BERSAMA2
🎯Semua yang berlaku atas izinNya..Saya & Team akan lakukan yang terbaik untuk ANDA

10/02/2021

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Nak jual rumah ? Tapi tak tahu macam mana nak jual?
Pelbagai Inisiatif telah diumumkan oleh Kerajaan 🇲🇾bagi owner rumah dan juga bakal pembeli tahun 2021🌟2025, jangan lepaskan peluang yang ada👍🏼👍🏼
Baik tanpa bertangguh, tuan puan boleh meminta saya membantu untuk Langkah-Langkah seterusnya
🎯 Saya akan menguruskan jualbeli rumah mengikut kelayakan dan kemampuan
🎯Proses Guaman yang MUDAH Dan MESRA PENGGUNA
🎯 Penilaian Hartanah yang REALISTIK dengan pasaran
🎯LISTING 🏘️ kami akan share dan iklankan sesama group
🎯Konsep kami SALING KONGSI REZEKI😀😀BERSAMA2
🎯Semua yang berlaku atas izinNya..Saya & Team akan lakukan yang terbaik untuk ANDA

06/02/2021

PEMBELIAN RUMAH PERTAMA

1. Langkah pertama menjadi lelaki 'sexy', adalah dengan ada rumah sendiri.

2. Soalan wajib sebelum beli rumah adalah, 'Rumah Sendiri' atau 'Rumah Pelaburan'?.

3. Ciri Rumah Pertama yang baik ;

+ Rumah kecil dan sederhana
+ Tidak telan hingga 35% gaji kita
+ Ada potensi sewa jika kita dipindahkan ke Jakarta, Papua atau Afrika.
+ Terdapat banyak peluang pekerjaan disekitarnya.
+Dekat dengan segala kemudahan dan prasarana
+ Kawasan matang tapi tak ramai Bangla
+ Lokasi di 3B
+ Dekat dengan tempat kerja isteri@calon bini.

4. Jika kita masih bujang utamakan Rumah Pelaburan, Jika kita masing 'bujang tiga' utamakan Rumah Sendiri.

Baru kita kekal sexy dimata isteri

Dr Azizul Azli Ahmad

06/02/2021

Luar kotak

Check poket anda

Kenali liability vs aset

JANGAN SAMPAI MERANA UNTUK BERGAYA...

Termenung saya dalam LRT. Kawan saya nak sangat sangat jumpa saya di KL. Urgent sangat katanya. Sampai di KL jumpa saya, belanja saya berbuka. Lepas solat magrib menangis depan saya merayu sangat nak pinjam duit RM8500 nak bayar kereta tertunggak selama 6 bulan.

Saya terkejut beruk. barangkali beruk pun terkejut tengok saya terkejut. RM8500 tu. Lagi terkejut baru 2 hari ini tengok kes kereta H nak kena tarik sebab tak bayar tunggakan.

Saya kata. Merayu keluar air mata darah sekali pun aku tak mampu nak beri Rm8500. Rm8500 ini belum tentu kau dapat bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk akan datang. Nak taknak kau kena cairkan aset yang kau ada jika nak selamatkan kereta,atau berbincang dengan pihak bank,bukan sorok kereta begitu.

kau boros sangat,iphone tu aku tengok setiap tahun tukar,jam tu,brand tissot belum layak untuk kita bro. Aku dah nasihat banyak kali jangan beli Alphard walaupun gaji 5-6k sebulan. Bila aku halang kau beli,kau cakap aku tak beri semangat.

Inilah masalah orang kita,beli kereta ni bukan perlu beri semangat macam nak lumba lari dalam guni. Alphard bukan keperluan kau. Aku dah pesan pakai myvi je dulu. Aku 3 tahun pakai myvi baru beli kereta lain,itu pun sebab ada keperluan dan mampu. Lagi pun kau tinggal di KL,LRT kelana jaya depan mata dah.

Kita ni nak pakai apa apa buat kira kira terlebih dahulu,sesuai tak dengan pendapatan dan keperluan kita. Ini tidak,tengok orang pakai alphard kita pun nak pakai,orang pakai iphone kita pun nak pakai,sanggup berhutang dengan telco janji dapat pakai iphone. jika bank susah nak lulus kenderaan kita sehingga terpaksa guna penjamin,itu bermakna kita tak layak memiliki kereta.

Sebenarnya beli kerata ini satu beban jika kita tak manfaat kereta itu untuk dapatkan pendapatan lain. Kita akan terbeban dengan kos kos terutama minyak petrol,service,tayar dan kos lain yang kita tak nampak. Lagi sakit jika kereta yang kita beli itu CC tinggi.

Tapi itulah orang kita. Sesetengahnya sanggup ‘ikat perut’ demi nak pakai kereta yang nampak mewah. tujuannya satu,nanti balik kampung nampak gah,nak rasa lebih berbanding adik beradik lain,nak orang respect terutama kawan kawan sekolah dulu. sedangkan benda itu sekejap dan itulah tanda riak yang merosakkan hati kita. Akhirnya terasa bahang bebanan kita itu adalah anak isteri.

Mula jadi panas baran,marah marah anak isteri,mula abaikan nafkah anak isteri. Dan paling sedih isteri juga akhirnya terpaksa gadai segala barang kemas demi nak selamatkan kereta yang tertunggak.

Sebab itulah saya menghasut anak anak muda supaya jangan buat apa apa loan selagi tiada keperluan. Selagi boleh pakai motor,pergi kerja naik bas,naik LRT redah jelah. Janji ada buat simpanan,beli aset terutama rumah. Jika teringin sangat nak pakai kereta mulakan dengan kereta murah. Dari situ kita akan belajar bagaimana nak ‘bela’ kereta.

Betullah peribahasa melayu mengatakan;

‘Ukur baju di badan sendiri’

Dari kisah ini,ambillah pengajaran supaya kita tidak lagi buat sesuatu untuk nampak kaya,tapi hakikatnya hutang keliling pinggang dan bagi nasihat kepada adik adik kita yang baru nak ‘up’ tu. Jangan kerana mahukan pujian dimedia sosial yang hanya beberapa minit kita sanggup merana 9 tahun.

Malaysia's Largest Marketplace - Buy & Sell Your New and Preloved Items - Mudah.my - Mudah.my 30/01/2021

BELILAH RUMAH SEBELUM 30 TAHUN

Cabaran beli kediaman sebelum usia 30 an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha.

1. Buat satu Tabung Rumah Impian

2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang.

3. Jika dah kawin suami RM250 dan isteri RM250.

4. Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB

5.Setahun kita telah ada RM6000 simpanan.

6. Setelah 3 tahun simpanan tersebut akan jadi RM18 000 sahaja.

7. Jika kita ada bonus atau tutup Astro kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20 000.

8. Ishh...geramnya rasa macam nak beli kereta baru. (Jangan jadi dungu)

9. Sasaran kita rumah yang harga RM150 000.

10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari menyewa.

11. Bayaran deposit sekitar RM15000 (10%). Baki yang ada bayar Lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya.

12. Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada.

13. Amacam? Ada berani?

14. Oh lupa, semak rumah subsale di www.mudah.my

15. Jangan beli rumah dari Pemaju, tengok harga dah bebulu.

16. Jika berilmu deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu.

Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu.

Azizul Azli Ahmad

Malaysia's Largest Marketplace - Buy & Sell Your New and Preloved Items - Mudah.my - Mudah.my Buy & sell your new and Preloved items on Malaysia's largest Marketplace. Sell Faster for FREE. 1 Item Sold Every Minute.

Kadar faedah pinjaman dijangka turun lagi | Berita Harian 22/01/2021

Jika menunggu waktu yang sesuai untuk beli rumah. YA sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu masa tu harga semua mampu milik bila tengok slip gaji sekarang. Itu dulu la... Masalahnya bila nak tunggu harga macam tu memang TAK la kan. Kelayakan gaji pun dah semakin kurang, walaupun gaji tiap tahun naik tapi Mcm2 komitmen ada. Kena pkp lagi ada yg terkurang pendapatan. Haa masa ni bank dah kurangkan Faedah, jadi takkan nak tunggu 10 tahun lagi?





wasap.my/60122370687 airul

Kadar faedah pinjaman dijangka turun lagi | Berita Harian Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menurunkan lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan, bagi terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, kata ahli ekonomi.

Photos from AirulHartanah's post 21/01/2021

DOUBLE STOREY TERRACE (Type B) Albury 2 @ Mahkota Hill Taman Tasik Senangin

Property Details :
********************************
Asking price RM399K(Negotiable)
Market Value : RM 420K
******************************

* 4 Bedrooms
* 3 Bathrooms
* Land Area : 22X65
* Build Up Area : 1500 Sq Ft
* Freehold - Bumi Unit
* Huge Parking
* Kitchen Cabinet Bottom
* 2 Unit Aircond
* 2 Single Bed 1 Queen Bed
* 2 Cupboard
* Nice Fan & Light
* Parket all floor at 2nd Floor - Nice finishing
* Fully Tiles all ground floor

Amenities :
—————
- Surrounded By Greenery and Fresh Air
- Away From Congested Area
- Gated & Guarded Area
- Under Developer Warranty
- Entitle For Clubhouse: Swimming Pool, Sauna, Gym, Basketball, Playground, Multi Propose Hall)
- Primary And Secondry School (SK Kg Daching, SK Sg Jai Sk Berenang, SMK Khir Johari & SMK Tasik Kesuma )
- University (Mara Japan Industrial Institute, Kolej Profesional Mara Beranang & University Of Nottingham Malaysia)
- Mini Market
- Restaurant & Eateries
- Petrol Station
- Mosque
- Post Office
- Klinik Kesihatan Beranang

ACCESSIBILITY :
———————-
- Jalan Baru acces Eco Hill to Beranang
- Persiaran Tasik Senangin 1
- Jalan Broga
- Jalan Lenggeng
- PLUS Highway
- LEKAS Highway

===========================
ASKING PRICE : RM 399K (Nego)
Contact: AirulHartanah 012-6789503

Whatsapp: www.wasap.my/60122370687/alburyn9
========================================
Payment terms:
ℹ 10% Deposit (3.0 % booking, remaining 7.0 % to be paid upon SNP signing)
ℹ Booking 100% refundable upon loan rejected by minimum 2 banks.
ℹ Loan, Lawyer & Valuation will be arranged.

For inquiries or viewing arrangement, please do not hesitate to contact :

Airul Azhar Mat Nasit
Real Estate Negotiater
012 2370687
AFFANDI SEZALI PROPERTIES SDN BHD

Whatsapp: www.wasap.my/60122370687/alburyn9.remarkCN

FB : Airul Azhar Mat Nasit
FB page: www.facebook.com/AirulHartanah

Buy | Sell | Rent | Commercial | Undercon | Land | Renovation | Construction

Double storey terrace taman lestari putra, seri kembangan - Houses for sale in Seri Kembangan, Selangor - Mudah.my 12/01/2021

Double storey terrace taman lestari putra, seri kembangan - Houses for sale in Seri Kembangan, Selangor - Mudah.my Double storey for sale for RM 440 000 at Seri Kembangan, Selangor. Size 1090 sq.ft. 4 bedrooms, 3 bathrooms, Facilities: 24 Hour Security, Cable TV.

10/01/2021

Alhamdulillah, dah membesar dengan sihat❤️

Photos from AirulHartanah's post 08/01/2021

6 PUNCA MUDAHKAH BELI RUMAH

Azam tahun ini beli rumah rumah kawan, Share jika bermanfaat kawan.

Dr Azizul Azli Ahmad

02/01/2021

Untuk yang first time nak beli rumah..



TAHUN BARU BELILAH RUMAH?

Tahun baru ini bina stategi beli sebuah rumah, jangan pasang azam apa apa dah.

1. Sasarkan sebuah rumah kecil bawah RM300k sebagai permulaan. Jika luar bandar besar, rumah RM200k masih banyak.

2. Pastikan median gaji kita betul dengan harga rumah. Gaji kita x 12 x 6.5 = harga rumah.

3. Jangan buat hutang rumah sampai telan lebih dari 35% gaji kita.

Gaji RM 3000 x 35% = RM1050. Ansuran rumah kita bayar pada bank.

4. Buat pilihan lebih dari satu lokasi, jika tak mampu beli di Bangi, cuba di Rawang, Damansara, Sg Buloh atau Kajang. Jika susah sangat beli sahaja di Ipoh.

5. Rumah pertama sebaiknya rumah yang ada potensi pelabura. Jika kena pindah atau dibuang kerja, tetap boleh jual atau sewakan.

Selamat berusaha kawan. Pasang impian ada rumah pertama tahun depan.

SHARE Jika bermanfaat.

Dr Azizul Azli Ahmad

01/01/2021

Melihat foto ini, kita harus rasa malu dengan diri sendiri.

"Saya tak mampu beli, rumah semua mahal". Sambil lepaskan asap rokok keudara.

Membeli rumah bukan bermula dengan gaji yang besar. Ia harus bermula dengan usaha yang besar.

Kita juga perlukan pengorbanan yang besar.

+ Kurangkan beli kereta besar
+Percutian besar
+Makan besar
+Jumlah isteri besar

Semua orang yang pernah beli rumah ini pernah berkorban.

Banyak pengorbanan orang kecil tak berdaya, berusaha melawan kemiskinan dengan terbatasnya cara.

Apa pengorbanan kita kawan?

Dr Azizul Azli Ahmad

18/12/2020

PANDUAN MELAWAT RUMAH SEBELUM BELI

Salah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan kerumah tersebut.

1. Lawatan Lebih Dari Sekali.

Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya.

2. Lawatan Waktu Berbeza.

Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam.

3. Lawatan Waktu Hujan.

Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan.

4. Tanya Jiran, Tanya Gerai Makan.

Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman mereka.

5. Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat.

Mereka tahu jenayah banyak atau sikit. Siapa s**a datang, Bangladesh, Vietnam atau luar sempadan.

6. Matahari Petang Jatuh Dimana.

Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nantinya. Lihat dimana bilik tidur kena matahari petang.

7. Jangan Datang Seorang.

Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah s**a gila tak nampak bencana.

8. Tekanan Air Tinggi

Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi tinggi.

9. Pekerjaan Jiran Tetangga.

Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu ada tinggi.

10. Projek Akan Datang.

Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia berharga.

Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang menanti.

Dr Azizul Azli Ahmad.

jika bermanfaat

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Setul?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Setul

Other Setul realtors & realty services (show all)
Empire Sofie Properties Empire Sofie Properties
Jalan Besar Nilai, Kampung Baru Nilai, Nilai
Setul, 71800

Assalamualaikum,

Hafiz Bashri Perunding Hartanah Hafiz Bashri Perunding Hartanah
Setul, 71800

Perunding Hartanah

Pintu Hartanah Pintu Hartanah
Nilai
Setul, 71800

Galeri Hartanah MFAR Galeri Hartanah MFAR
Nilai
Setul, 71800

A Real-Estate Negotiator from IQI Realty Sdn Bhd. Do pm me if you have properties to sell or rent.

Md Sojib khan Md Sojib khan
Nilai
Setul, 71800

CJ N9 Properties CJ N9 Properties
No. 124-1 Jalan S2 B20, Pusat Perdagangan Seremban 2 , Seremban
Setul, 70300

Adakah anda sedang mencari rumah? Saya boleh membantu anda, kami menjual adalah rumah impian anda, d

Rumah Senang Dapat Rumah Senang Dapat
Nilai
Setul, 71800

MENCARI RUMAH PERTAMA PADA HARGA MAMPU MILIK RM1000/SEBULAN ANTARA NILAI-SEREMBAN? BANK LOAN & LPPSA

Sweet Home Property Sweet Home Property
Setul, 71800

KL MRT Affordable HOUSE KL MRT Affordable HOUSE
Jalan Megah 37C Taman Megah
Setul, 43200

Rumah Kolam TheAzfamily Rumah Kolam TheAzfamily
Nilai
Setul, 71800

Pool Homestay di Nilai, N. 9 �Rumah Kolam The Az family� �500M ke USIM & Velodrome Nilai �2 KM ke Aeon �2.7 KM ke Pusat Memberi-belah Nilai 3 �KLIA, KLIA2 13KM Tempahan dan pertan...

Syhidah Multi Development Property Syhidah Multi Development Property
Lebuhraya Kajang-Seremban, Mantin
Setul, 71700

page ini adalah dikhaskan untuk para pelanggan yang tengah survey aset untuk pelaburan mahup