Messrs. Zufar Elias & Co.
Law Firm, Legal Practice, Legal Consultant
Alhamdulillah, harini dua lagi anakguam dilepaskan daripada pertuduhan di bawah Seksyen 6 Akta Imigresen. Kedua-dua anakguam ini adalah yang terakhir yang dilepaskan dalam kalangan 6orang yang dipertuduhkan di dalam kes yang sama. Tahniah pihak peguam di pihak Messrs. Zufar Elias & Co. yang bertungkus lumus membebaskan anak-anakguam!
Untuk makluman, kesemua anakguam ini berwarganegara Myanmar dan dipertuduhkan kerana dikatakan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Semoga semuanya baik-baik sahaja pada anakguam selepas ini!
-admin-
Tetuan Zufar Elias & Co.
Selamat hari raya, ikhlas dari kami di pihak Tetuan Messrs. Zufar Elias & Co.
Alhamdulillah..setelah hampir 2tahun berhempas p**as, harini anakguam dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan dibawah S.427 Kanun Keseksaan. Semoga beliau dapat kembali bekerja berkhidmat kepada masyarakat insyaAllah. 😊👍
Tahniah kepada barisan peguam kami yang bertungkus lumus, memerah keringat, demi sebuah kemanisan pembebasan.
Admin
Messrs. Zufar Elias & Co.
Keldai Akaun dan Anda!
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Episod 8.
Setelah sekian lama baru penulis berkesempatan menulis kerana sibuk dengan tugasan harian dan kes-kes yang perlu ditangani oleh peguam-peguam dipihak kami.
Harini insyaAllah, pihak kami ingin memberi peringatan, kepada semua pembaca, dan pihak kami sendiri agar kita dapat berwaspada daripada menjadi mangsa, atau jatuh ke perangkap 'scammer' justeru menjadikan kita 'keldai akaun' tanpa kita sedari.
Perlu diingatkan disini bahawa, menjadi keldai akaun, samada sengaja atau tidak sengaja, adalah menjadi satu kesalahan yang melayakkan anda untuk dipertuduhkan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
Ianya adalah menjadi tanggungjawab anda, untuk menjaga akaun anda sendiri sebaik mungkin. Di dalam konteks ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya:
(A) Terhadap Akaun tersebut
(B) Terhadap pergerakan wang keluar masuk akaun tersebut.
Oleh itu, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa akaun anda tidak digunakan oleh orang lain bagi tujuan:
(A) meminjam akaun anda untuk menerima gaji
(B) meminjam akaun anda untuk terima duit dari ahli keluarga
(C) meminjam akaun anda bagi tujuan pembayaran hutang
(D) meminjam akaun anda untuk tujuan dipajak untuk membuat hutang.
S**a untuk pihak kami ingatkan disini bahawa perkara ini walaupun nampak seperti kita sedang membantu seseorang yang berada di dalam kes**aran, kita sebenarnya sedang membuka ruang untuk kita dijadikan keldai akaun tanpa sedar dan kita seterusnya boleh dipertuduhkan di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan seperti yang telah dinyatakan tadi.
INGAT! AKAUN ANDA ADALAH MILIK DAN TANGGUNGJAWAB ANDA!
P/s: nasihat ini diberikan secara peribadi penulis berdasarkan pendapat peribadi penulis sahaja tanpa mengambil kira dan tanpa mengambil anggapan bahawa nasihat ini diberikan secara formal dan/atau tidak membawa maksud nasihat profesional daripada penulis.
Yang Benar,
Muhammad Zufar Bin Elias
Peguambela & Peguamcara
Messrs. Zufar Elias & Co.
Alhamdulillah, pada 16 Ogos 2022, anakguam dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan dibawah S.376 Kanun Keseksaan. Tahniah diucapkan kepada barisan peguam di pihak kami!
Admin
Bagi pihak, Tetuan Zufar Elias & Co.
Salam AidilAdha kepada semua. Terima kasih kerana selalu setia memberi sokongan kepada pihak kami. 😊👍
Hari ini peguam-peguam kami telah berjaya melepaskan anakguam daripada pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Keganasan Seksual terhadap Kanak-kanak. Alhamdulillah. Monday blues terbaik di pihak kami. Tahniah diucapkan kepada barisan peguam yang bertungkus lumus dalam menyelesaikan kes ini. Semoga kejayaan dan kejayaan terus dilakar kelak!
Apakah itu Pornografi kanak-kanak dan apa tindakan ibubapa untuk menghindari bahaya tersebut?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Episod 7.
Semenjak kebelakangan ini, isu amang seksual terhadap kanak-kanak dan kegiatan membuat pornografi kanak-kanak semakin berkembang pada paras membimbangkan terutama sekali di negara kita yang tercinta ini.
Sebagai ibu bapa, nescaya kita bimbang akan perkara ini, tidak kira sama ada anak-anak kita mungkin dilibatkan, atau melibatkan diri di dalam kancah perlakuan yang tidak sihat ini.
Pertama sekali, perlu kita fahamkan, apakah itu pornografi kanak-kanak? Merujuk kepada definisi di dalam Seksyen 4 Akta Keganasan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, pornografi kanak-kanak adalah bermaksud, mana-mana representasi, samada melalui rakaman visual video, rakaman visual pegun, mahupun rakaman audio atau gabungan daripadanya, yang berbentuk lucah atau membawa maksud lucah, adalah termaktub di bawah kategori dan definisi pornografi kanak-kanak. Perjelasan definisi ini lebih mendalam di dalam akta tersebut, cuma cukup sekadar saya olahkan disini, apa-apa sahaja yang membawa maksud lucah yang melibatkan kanak-kanak yang dirakamkan, akan termasuk di dalam definisi "Pornografi Kanak-kanak" tersebut.
Disini, s**a untuk saya nasihatkan, kepada ibu bapa, kakak abang, tuan puan, saya sendiri, supaya kita sentiasa memantau aktiviti seharian anak-anak kita. Lihat pada perubahan yang mungkin berlaku kepada mereka. Sentiasa pantau handphone atau tablet mereka sekiranya mereka menggunakan peranti-peranti tersebut. Ancaman si penyerang-penyerang seksual ini ada di mana-mana, waima di dalam rumah kita sendiri mungkin berlaku perkara tersebut. Biarlah anak mencebik muka kerana marahkan kita yang melanggar privasi mereka, daripada maruah anak dan keluarga kita dilanggar penyerang seksual ini p**a.
Banyak saya lihat pada ketika ini, anak diusia semuda bawah 10tahun sudah pandai bermain 'online games' yang semua orang mempunyai access, termasuk si penyerang seksual ini tadi. Bahayanya adalah, si penyerang seksual kanak-kanak ini boleh berada di dalam kalangan anak-anak kita, dan boleh menyerang pada bila-bila masa. Oleh itu, sentiasalah kita berwaspada, dan sentiasa mengambil berat aktiviti dan tindak tanduk anak-anak kita.
Sekiranya anda dapati atau mengesyaki anak-anak anda diserang secara seksual, tidak kira samada secara maya atau alami, segeralah buat laporan polis dan lindungi keluarga anda. Sekiranya anda tidak yakin atau tidak pasti bagaimana hendak membuat laporan polis tersebut, cari dan bawalah peguam bersama anda untuk membantu membuat laporan polis tersebut. Satu laporan polis mampu menyelamatkan maruah dan kehidupan anda sekeluarga, terutamanya anak-anak anda yang menjadi sasaran serangan seksual tersebut.
P/s: nasihat ini diberikan secara peribadi penulis berdasarkan pendapat peribadi penulis sahaja tanpa mengambil kira dan tanpa mengambil anggapan bahawa nasihat ini diberikan secara formal dan/atau tidak membawa maksud nasihat profesional daripada penulis.
P/s: nasihat ini juga tidak melibatkan mana-mana individu yang dikenali atau tidak dikenali penulis, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dan juga tidak melibatkan mana-mana individu mahupun mana-mana institusi.
Yang benar,
Muhammad Zufar bin Elias
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Zufar Elias & Co.
Refreshing the looks! Feel free to consult us when you are in need!
Salam lebaran ikhlas dari pihak kami di Messrs. Zufar Elias & Co.
Kisah Abang Panda dan kutipan wang untuk menjamin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Episod 6. Perbezaan antara Jamin Polis dan Jamin Mahkamah.
Pertama sekali, mohon maaf kerana dah agak lama tidak menulis apa2 perkembangan dan penerangan undang-undang kerana firma kami perlu menyelesaikan kes-kes yang tertangguh akibat daripada PKP lepas.
Baik, harini saya terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan mengenai jenis-jenis jaminan yang ada di Malaysia di bawah undang-undang jenayah.
Untuk pengetahuan umum, hanya terdapat 2 (dua) jenis jaminan yang akan ditawarkan, yakni, jamin polis (JP) atau Jamin Mahkamah. Apa yang membezakan kedua-dua ni?
Baik, untuk jamin polis atau JP, JP diberikan oleh pihak polis kepada orang kena tangkap, atau saspek, sekiranya setelah disiasat, saspek tersebut tidak dapat dituduh lagi, atau setelah tamat tempoh reman, belum ada bukti yang kukuh untuk menuduh saspek. Untuk JP ini, tiada bayaran cagaran yang dikenakan dan selalunya dikenali dengan, "jamin mulut". Dalam kata mudah, Jamin Polis adalah jaminan yang diberikan oleh Polis kepada saspek, dan jaminan ini adalah sebelum pertuduhan dibacakan di mahkamah, dan tidak melibatkan sebarang bayaran. Jadi, disini kita boleh lihat untuk kes abang panda, dah boleh agak kenapa polis siasat kutipan wang untuk menjamin abang panda? Saya percaya disini, polis menyiasat samada kutipan wang tersebut adalah untuk tujuan jamin polis, atau jamin mahkamah, atau untuk kepentingan peribadi atau scam. Ini adalah kerana, melalui 'benefit of a doubt' yang mungkin dilihat oleh pihak polis adalah, sekiranya kutipan tersebut adalah untuk tujuan jamin polis, maka kutipan tersebut mungkin bersifat peribadi atau penipuan kerana jamin polis seperti yang dinyatakan tadi, tidak melibatkan wang. Ianya berbeza dengan jamin mahkamah yang akan saya uraikan disini.
Baik, seterusnya untuk Jamin Mahkamah. Berbeza dengan Jamin Polis, Jamin ini terbahagi p**a kepada dua iaitu jamin bagi kesalahan yang boleh dijamin, (bailable offence), dan non-bailable offence. Jamin ini hanya boleh diberikan oleh pihak Mahkamah untuk kes-kes bailable offence atau kes-kes kategori boleh dijamin di mana bagi kes-kes ini, jaminan adalah bersifat as of right dan si tertuduh boleh dibenarkan untuk diikat jamin. Bagi kes-kes dibawah kategori non-bailable offence p**a, jaminan untuk kes ini adalah berdasarkan kepada tawaran jaminan daripada pihak pendakwaan, ataupun permohonan daripada peguambela atau si tertuduh itu sendiri. Bagi kedua2 jenis jaminan ini, ianya perlu dibenarkan oleh pihak mahkamah, dan akan melibatkan satu bentuk cagaran yang selalunya melibatkan wang. Jadi di sini dalam kata mudah, jamin mahkamah diberikan oleh mahkamah SETELAH pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan salah dibuat oleh si tertuduh. Jamin Mahkamah melibatkan wang yang mana jumlahnya adalah ditetapkan oleh pihak mahkamah. DAN YANG PALING UTAMA, Jamin Mahkamah bukanlah bersifat sebagai hukuman dan kes tidak selesai sebaik sahaja OKT dijamin, sebaliknya, OKT wajib hadir ke mahkamah pada tarikh-tarikh yang ditetapkan sehinggalah kes OKT tersebut selesai.
Jadi dengan penerangan ringkas ini, pihak kami berharap agar ianya dapat memberi sedikit klarifikasi mengenai jaminan secara amnya, dan sedikit gambaran mengenai mengapa pihak polis membuka siasatan terhadap kutipan wang jaminan bagi kes abang panda tersebut. S**a untuk kami jelaskan disini, tangkapan bukan bererti dah salah, dan disiasat juga bukan bererti dah salah. Sekiranya ada kesalahan, maka akan ada pertuduhan. Sekiranya tidak, maka akan ada pembebasan. Sekian, terima kasih kerana membaca. Dan jika postingan ini bermanfaat, sampaikanlah ilmu yang bermanfaat ini walau satu ayat. Terima kasih.
/s kenyataan yang diberikan hanyalah bersifat pendapat peribadi penulis sahaja untuk menerangkan serba sedikit mengenai undang-undang kepada masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang cakna undang-undang. Ianya tidak bersifat sebagai nasihat secara profesional dan tidak boleh dianggap sedemikian.
Ingat, sekiranya anda ditangkap atau ada pengetahuan mengenai apa-apa tangkapan, terus sahaja hubungi peguam yang bertauliah untuk mendapatkan nasihat dan tindakan yang sewajarnya.
Yang benar,
Muhammad Zufar bin Elias
Peguambela & Peguamcara
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Muhammad Zufar Bin Elias
Peguambela & Peguamcara
Menyambut bulan penuh barokah, marilah kita tingkatkan keimanan dan takwa. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam.
Prosedur Pengendalian Kes Saman Trafik.
ANAK SAYA KENA TANGKAP DENGAN POLIS SEBAB PECAH RUMAH. APA AKAN JADI LEPAS TU?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Episod 5.
Hari ini insyaAllah saya akan cuba huraikan, dan memberi penjelasan bagi prosedur selepas seseorang itu ditangkap oleh pihak polis diatas sesuatu kesyakkan wajar bagi penglibatan dengan sesuatu kes jenayah.
Pertama sekali, apabila anda ditangkap, polis akan menyoalsiasat anda di dalam tempoh 24Jam pertama, dan sekiranya pihak tersebut tidak dapat melengkapkan siasatan di dalam tempoh 24jam tersebut, maka menurut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, permohonan reman boleh dibuat oleh pegawai penyiasat tersebut bagi sesuatu tempoh.
Pada dasarnya, menurut seksyen 117, permohonan reman terbahagi kepada 2 (dua) tempoh hari reman yang boleh dipohon oleh pegawai penyiasat, bergantung kepada kesalahan itu sendiri.
Di dalam Seksyen 117(2) (a) ianya jelas termaktub bahawa sekiranya permohonan reman itu dibuat bagi kesalahan yang mana hukuman pemenjaraannya kurang daripada 14tahun, maka reman yang boleh dipohon adalah maximum selama 4hari bagi permohonan pertama, dan sambungan selama lagi 3hari sahaja bagi permohonan kedua.
Manakala di dalam Seksyen 117(2) (b) p**a, ini melibatkan permohonan reman bagi kes-kes jenayah yang lebih berat, iaitu kes yang melibatkan hukuman mati, dan/atau pemenjaraan melebihi tempoh 14tahun, maka reman yang boleh dipohon adalah selama 7hari bagi permohonan pertama, dan tambahan 7hari lagi bagi permohonan kedua.
Secara amnya, reman hanya boleh dipohon sebanyak dua kali dan pihak polis harus melengkapkan segala kerja berkaitan kes di dalam tempoh reman ini, termasuk merujuk kertas siasatan ke pihak pendakwaan bagi tujuan untuk mendapatkan arahan untuk menuduh saspek yang direman tersebut.
Adakah permohonan reman tersebut boleh dibantah? Apa yang boleh dibuat sekiranya anda hendak menghalang penahanan reman tersebut?
Disini anda boleh melantik peguam, atau dengan sendiri, memohon untuk membantah permohonan reman tersebut dengan memberikan alasan-alasan wajar, mengenai mengapa reman tersebut tidak perlu untuk dibenarkan. Untuk perkara ini, lebih baik rujuk atau lantik terus sahaja peguam jenayah untuk melakukan kerja untuk anda, kerana mereka lebih mengetahui akan perkara-perkara yang boleh diketengahkan untuk membantah reman tersebut.
Jadi apa yang akan berlaku setelah reman tamat?
Perkara ini bergantung kepada hasil siasatan polis. Sekiranya melalui siasatan polis, mereka dapat merumuskan bahawa anda terlibat dengan sesuatu kegiatan jenayah, maka anda boleh dituduh. Atau secara alternatifnya, sekiranya anda hanya terlibat sebagai saksi, polis boleh membenarkan anda dijamin. Di dalam situasi ini, jamin yang diberikan ini dikenali sebagai "jamin polis". Dan sekiranya melalui siasatan tersebut anda didapati tidak terlibat langsung dengan apa-apa jenayah, maka pihak polis boleh terus melepaskan anda.
InsyaAllah setakat itu dahulu penerangan saya pada kali ini, sekiranya ada perkara yang tidak jelas, anda boleh pm saya untuk sebarang pertanyaan lanjut atau hubungi peguam anda yang bertauliah. Lepas ni insyaAllah saya akan cuba untuk memberi penerangan mengenai perkara-perkara lain p**a yang melibatkan pengetahuan am undang-undang. Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk itu atas kelemahan saya sendiri.
*Penulisan ini hanya bersifat penerangan dan pencerahan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai pemberian nasihat undang-undang yang diberikan secara formal. Sila rujuk kepada mana-mana peguam yang bertauliah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai topik ini.
Muhammad Zufar Bin Elias
Peguambela & Peguamcara
Bagi pihak Tetuan Zufar Elias & Co.
2020 dah hampir melabuhkan tirai. Melabuhkan penutupnya satu dekad lagi. 2020 adalah tahun yang mencabar untuk semua, maka pihak kami dengan rendah hati berdoa, dan mengharapkan agar kita sama-sama dapat mencekalkan hati, menguatkan jiwa, untuk melalui tahun-tahun ke hadapan yang mungkin lebih mencabar. 2020 was tough, but the fact that we are still here, shows that we did survived. Alhamdulillah for the time that passed, and Bismillah for the time to come. May we see u guys again, in years to come. Cheers!
KALAU DAH KENA PEGANG DENGAN POLIS, SAHEH LA SALAH DAH TU.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Episod 4
*AWAS POST PANJANG. SILA BACA SAMBIL MENGHIRUP TEH ATAU KOPI.
Semenjak kebelakangan ni, banyak kenyataan-kenyataan seperti diatas dapat kita lihat dalam komen-komen di dalam fb mahupun twitter. Walaubagaimanapun, sejauh mana kebenaran bagi kenyataan tersebut?
Saya akan cuba rungkaikan disini sebaik mungkin dengan harapan agar ianya dapat menambahkan pengetahuan saudara saudari, dan menjelaskan prinsip undang-undang jenayah yang digunakan di Malaysia khususnya.
Untuk pengetahuan semua, di Malaysia, dalam konteks undang-undang jenayah khasnya, kita memegang kuat kepada prinsip TIDAK BERSALAH SEHINGGA DIDAPATI BERSALAH. atau dalam loghat belah-belah Kokdiang Lama, depa kata, "innocent unless and until proven guilty".
Baik, apa yang dimaksudkan dengan keadaan ini? Keadaan dan kebergantungan kepada prinsip ini ialah, apabila seseorang itu ditangkap, maka bukan sentiasa bermaksud beliau adalah seorang pesalah yang berkait dengan sesuatu kes tersebut. Beliau boleh jadi saspek, boleh jadi saksi, dan sebagainya. Oleh sebab tu, pihak polis boleh menangkap atau kata mudah, panggil ke balai, sesiapa sahaja yang berkaitan dengan sesuatu kes tersebut untuk disoal siasat. Disini apa yang membolehkan sesuatu tangkapan dibuat? Ianya adalah, reasonable suspicion, atau, keberanggapan wajar mengenai penglibatan seseorang di dalam sesuatu kes jenayah tersebut.
Apa yang akan terjadi selepas tangkapan dibuat? Baik, selepas tangkapan dibuat, org yang disyaki, atau OYDS tersebut akan disiasat dalam tempoh selama 24jam sahaja. Dan sekiranya tempoh tersebut tidak cukup, maka menurut peruntukan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, reman boleh dipohon selama sekian-sekian hari bagi melengkapkan siasatan. Permohonan reman hanya boleh dibuat sebanyak dua kali. Dan sekiranya terdapat penglibatan oyds di dalam kes tersebut, maka oyds boleh dituduh dimahkamah seusai selesai reman iaitu pada hari terakhir reman, atau sebelum tamatnya tempoh reman, atau selepas tamatnya tempoh reman. Mengenai reman ini insyaAllah akan saya cuba ulaskan secara lanjut di postingan seterusnya. Baik, sekiranya semasa siasatan dan oyds didapati tidak terlibat dengan apa-apa jenayah, maka oyds boleh dilepaskan.
Baik, apakah oyds yg dituduh tadi sudah boleh dikatakan bersalah? Jawapannya, tidak bersalah selagi beliau tidak mengaku salah, dan tidak bersalah sehingga beliau didapati bersalah sehingga selesai kes perbicaraan dan sekiranya tidak terdapat rayuan terhadap dapatan salah tersebut.
Sebagai contoh, di dalam kes seksual. Banyak persoalan yang saya terima antaranya ialah, kenapa saspek belum kena tuduh sedangkan bukti semua dah ada? Then ada jugak yang tanya, kes dah lama, boleh ka buat report?
Baik, untuk menyatakan kenapa belum dituduh sedangkan bukti semua dah ada, firstly itu jawapan yang hanya pihak pendakwaan yang boleh jawab. Secondly, adakah benar bukti semua dah ada? Laporan dan pertuduhan sesuatu kes bukanlah suatu perkara yang ringan. Ianya melibatkan kos, masa, dan kebebasan seseorang. Maka penelitian yang tinggi harus diutamakan sebelum sesuatu arahan tuduh dapat diberikan. Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan di Kuching, Abdul Wahab Patail JCA di dalam kes Bunya Jalong v PP telah menegaskan bahawa pihak pendakwaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa terdapatnya kes yang kuat yang dapat dibuktikan melebihi tahap keraguan yang munasabah sebelum membuat sesuatu pertuduhan. Ini adalah kerana antara lainnya, tidak mungkin seseorang yang dituduh tersebut dapat mengambil kembali kerugian masa dan wang ringgitnya yang telah habis demi untuk membela dirinya daripada sesuatu pertuduhan yang mana sekiranya tertuduh tersebut tidak didapati bersalah dan dibebaskan. *Olahan ini dibuat atas pemahaman dan interpretasi sendiri penulis dan tidak dipetik secara terus daripada kes yang dinyatakan tersebut*
Untuk persoalan kedua. Ya, report polis masih boleh dibuat walaupun selepas bertahun kes tersebut berlaku. Ini adalah kerana tiada limitation period yang ditetapkan bagi sesuatu kes jenayah. Cumanya, jika report tersebut dibuat terlalu lambat, maka bukti-bukti yang dapat mengaitkan seseorang tertuduh tersebut dengan sesuatu kesalahan akan menjadi semakin lemah atau mungkin tidak dapat lagi ditemui. Maka, kekuatan untuk menuduh seseorang pesalah tersebut juga semakin berkurangan. *Ini lebih sesuai di dalam kes-kes seksual kerana pembuktian kes-kes seksual adalah lebih bersifat sementara berbanding kesalahan lain yang mungkin telah didokumentasikan oleh pengadu*.
Saya percaya penulisan saya sekali ini agak panjang dan hampir perlu dilukis. Ingin saya jelaskan disini bahawa penulisan ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja dengan niat untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada umum mengenai prinsip undang-undang di Malaysia disamping mencuba untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul. Saya mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan di dalam penulisan saya kerana yang baik datang daripada Allah, dan yang jahat datang daripada saya sendiri.
Wallahualam.
Muhammad Zufar Bin Elias
Peguambela & Peguamcara
SAMAN FITNAH, SAYA DAPAT SURAT LAWYER APA SAYA KENA BUAT?!
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Episod 3.
Pertama sekali, apabila dapat surat lawyer untuk saman malu, bertenang, sabaq, dan cuba hubungi peguam yang anda kenai dalam masa terdekat.
Berkaitan saman fitnah, surat lawyer yang dihantar akan mengandungi tuntutan kenyataan-kenyataan fitnah yang mungkin ada atau tidak dikeluarkan oleh anda. Sekiranya anda tidak bersalah, jangan kuatir dengan surat tersebut dan sebaliknya lantiklah peguam untuk menjawab kembali surat tersebut.
Untuk saman fitnah, ada beberapa elemen utama yang perlu dibuktikan oleh si penyaman, ataupun Plaintif. Jika gagal, maka tiada fitnah atau tidak lengkap intipati bagi saman tersebut. Maka tiada kesalahan bagi pihak anda.
Anda p**a, selaku Defendan di dalam kes sebegini, ada pembelaan-pembelaan yang bersesuian untuk anda gunapakai demi untuk mematahkan claim atau tuntutan yang dibuat oleh pihak Plaintif. Jadi, sebab itu wajar untuk anda segera merujuk kepada peguam anda sekiranya anda diserahkan dengan sesuatu surat peguam. Perkara ini asas. Bukan hanya terpakai kepada surat lawyer mengenai kes fitnah semata tetapi juga terpakai untuk kes-kes yang lain.
Mengapa perlu segera berjumpa peguam? Ini adalah kerana anda boleh menjawab surat tersebut untuk penyelesaian, ataupun, untuk anda bersedia sekiranya pihak Plaintif meneruskan dengan proses menyaman anda. Peguam anda insyaAllah boleh mencari jalan untuk menggunapakai pembelaan-pembelaan yang ada untuk membela anda.
Ada soalan? Rujuk peguam dengan kadar segera.
Wallahualam.
*Perkara ini hanyalah pendapat peribadi dan berdasarkan kepada pengalaman penulis semata-mata. Tiada kaitan di antara yang hidup mahupun yang telah mati.
Muhammad Zufar Bin Elias
Salam Maulidur Rasul semua!
SAMAN FITNAH IMPI DUIT BERJUTA TAPI HANGUS
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Episod 2.
Sejak kebelakangan ni makin kerap p**a kita dengar pasal saman fitnah ni dah macam suatu 'norma baharu' p**a kan. Punca? Perkataan yang digunakan baik secara lisan atau bertulis dikatakan ada unsur fitnah. Kadang-kadang tu ayat sebaris je tapi cukup untuk memenuhi intipati Saman Fitnah dah tak pasal-pasal melayang duit. Ada juga situasi dimana perkataan yang digunakan adalah berdasarkan fakta yang benar tapi dianggap memalukan. Boleh ke Saman? Panjang kalau nak ulas dalam satu penulisan dengan izin Allah ada masa yang sesuai kita ulas berkenaan Intipati Saman Fitnah, Pembelaan, Prosedur dan Risiko.
Saman fitnah ni tidak mudah ya Tuan/Puan. Bunyi memang gah saman tuntut sampai beratus ribu berjuta juta tapi ia bukan laa suatu tuntutan yang mudah. Silap-silap sesen pon tak dapat paling teruk dikenakan kos p**a oleh Mahkamah.
Sebab itu penting untuk kita merujuk kepada Peguam yang bertauliah untuk memberi nasihat yang sewajarnya. Ia penting untuk mengelakkan daripada kes kita dibatalkan pada peringkat awal dan kemudian dikenakan kos p**a oleh Mahkamah. Bila gagal bayar kos dah jadi suatu kesalahan sebab ingkar perintah Mahkamah. Lain p**a ceritanya.
Yang berniat untuk Saman Fitnah pastikan anda menepati intipati Saman Fitnah yang mana pastikan dahulu tindakan orang yang disaman itu melakukan perbuatan yang berunsur fitnah.
Yang disaman tetapi yakin berada di pihak yang benar pastikan ada boleh buktikan bahawa tindakan anda adalah berdasarkan fakta sebenar dan tidak menfitnah dan yang paling penting rujuklah peguam bertauliah sejurus selepas dapat Writ Saman tu. Anda ada tempoh masa 14 hari sahaja untuk memasukkan kehadiran dan menjawab Saman. Jangan lewat susah kemudian hari nanti paling teruk dapat Penghakiman Ingkar p**a. Dah susah jadinya. Kalau anda yakin anda di pihak yang benar yakin dan percayalah kebenaran akan berpihak kepada anda jua.
Dalam gambar dibawah ini adalah contoh Permohonan Pembatalan Saman yang dimasukkan oleh Defendan dan telah berjaya dibenarkan oleh Mahkamah memandangkan Plaintif tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dalam erti kata mudah tiada fitnah yang berlaku jadi Plaintif tiada kes ke atas Defendan.
Pembatalan Saman ini adalah cara yang lebih cepat untuk menyelesaikan kes serta dapat menjimatkan masa dan kos bagi kesemua pihak. Jadi jangan takut bila disaman rujuk sahaja Peguam bertauliah. Ada rezeki anda p**a yang dapat duit daripada orang yang menyaman anda.
Pesanan:
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi peguam anda yang bertauliah. Saya menekankan disini bahawa ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja dengan niat untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai situasi semasa dan bukanlah berbentuk nasihat undang-undang yang diberikan secara formal dan profesional.
Wallahualam.
Yang benar,
Muhammad Zufar Bin Elias
Peguambela & Peguamcara
Untuk dan bagi pihak
Tetuan Zufar Elias & Co.
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Episod 1.
Ahmad di pagi isnin yang tenang kebiruan bertemankan secangkir nescafe 3 in 1 ikat tepi berlapikkan mangkuk sambil mengskrolkan FB milik beliau tanpa arah tujuan, Ahmad tiba di satu page, TalapiaKerapu, dan terbaca "Seorang A mabuk memandu dari arah bertentangan dan menyebabkan kematian, BEBAS dengan JAMINAN sebanyak RM 10000-00". Ahmad menjadi hairan tetapi dengan pantas dan geram menaip komen bahawa "mahkamah tidak adil", "bagaimana si pembunuh boleh terlepas", "ada KAD Istimewa", "Undang-undang Manusia" dan sebagainya.
Saya pasti anda pernah melihat situasi di atas dan saya percaya ada di antara kita yang pernah berada di dalam situasi di atas. Untuk itu, sebagai pengamal undang-undang, s**a untuk saya terangkan disini kenapa, dan mengapa komen Ahmad di dalam situasi di atas adalah tidak tepat dan boleh jadi sama sekali salah.
Baik, untuk itu, APA yang dimaksudkan dengan Ayat, "LEPAS/BEBAS DENGAN JAMINAN"? Baik, lepas/bebas dengan Jaminan bermaksud Si Tertuduh boleh dikeluarkan daripada Penahanan Reman dan boleh bergerak bebas (Bersyarat) dan meneruskan kehidupan seperti biasa sementara menunggu proses Mahkamah selesai. iainya adalah berbeza berbanding lepas daripada pertuduhan. Si Tertuduh di dalam situasi lepas dengan jaminan ini, walaupun boleh bergerak, beliau masih perlu untuk mematuhi syarat Jamin dan tidak boleh melanggar undang-undang atau sekiranya gagal, Jaminan yang dimiliki oleh beliau akan ditarik balik oleh Mahkamah pada bila-bila masa sahaja. Bagi Si Tertuduh yang dibebaskan dengan jaminan, beliau masih perlu hadir ke Mahkamah pada tarikh-tarikh yang ditetapkan, dan perlu untuk menghadiri bicara penuh demi untuk membebaskan diri daripada Pertuduhan. Lepas dengan Jaminan bukan bermaksud beliau sudah bebas, akan tetapi, hanya untuk membolehkan beliau meneruskan dengan kehidupan sebelum beliau didapati tidak bersalah atau bersalah. Perlu diingat disini bahawa Malaysia mengamalkan undang-undang, "Innocent Until Proven Guilty" di mana, walaupun beliau telah dituduh, beliau masih lagi adalah orang yang tidak bersalah sehinggalah beliau didapati bersalah.
Untuk itu, kenapa komen yang dibuat oleh Ahmad diatas adalah kurang tepat? ianya adalah kerana bagi sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang di Malaysia akan membolehkan beliau untuk dijamin sekiranya beliau mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan. Proses Mahkamah adalah satu proses yang panjang maka, adalah tidak adil untuk Si Tertuduh "disimpan" terlalu lama sebagai tahanan reman sekiranya pada akhirnya beliau didapati tidak bersalah di Mahkamah. Oleh sebab itu, bagi "kesalahan-kesalahan yang boleh dijamin", maka Mahkamah akan menetapkan sejumlah cagaran tertentu sebagai "Wang Jaminan" bagi membolehkan Si Tertuduh untuk berada di luar sebelum pengakhiran kes beliau.
Kenapa Kesalahan-Kesalahan yang boleh Dijamin?
Bagi kesalahan yang terdapat dan termaktub di dalam undang- undang Malaysia, terdapat 3 bentuk kesalahan iaitu;
a) Kesalahan Boleh Dijamin;
b) Kesalahan Tidak Boleh Dijamin; dan
c) Kesalahan Tidak Boleh Mendapatkan Jaminan.
-Bagi kesalahan a) di atas, jaminan adalah berbentuk automatik dan Mahkamah selalunya hanya akan meminta Si Tertuduh untuk membuat Rayuan terhadap jumlah Jaminan yang akan ditetapkan.
-Bagi kesalahan b) di atas, jaminan boleh dibenarkan, akan tetapi, iainya perlu dipohon selepas pertuduhan dibacakan dan Mahkamah seterusnya akan mempertimbangkan faktor-faktor permohonan Jamin yang telah diketengahkan oleh Si Tertuduh atau Peguamnya dan barulah Mahkamah tentukan samada akan membenarkan Jamin beserta syarat, atau tidak membenarkan Jamin diberikan kepada Si Tertuduh.
-Bagi kesalahan c) di atas, jaminan langsung tidak akan dibenarkan. tiada jaminan yang akan ditawarkan mahupun permohonan untuk mendapatkan jaminan tidak akan dibenarkan sama sekali.
Baik, oleh itu, Jaminan atau "Lepas Dengan Jaminan" hanya boleh berlaku di dalam situasi a) dan b) di atas dan dalam pada itu, Mahkamah sebagai tempat keadilan ditegakkan, boleh menguatkuasakan bidang kuasa mereka dan memelihara Hak Kebebasan untuk bergerak yang dimiliki dan dilindungi bagi tiap-tiap individu di Malaysia yang jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, bagi situasi Ahmad di atas, komen yang dibuat oleh Ahmad adalah tidak tepat kerana Mahkamah telah pun berlaku adil dalam menjalankan kuasa dan fungsinya dan telah memberikan kebenaran untuk jaminan mengikut nas-nas undang-undang yang telah sedia termaktub.
Pesanan:
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi peguam anda yang bertauliah. Saya menekankan disini bahawa ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja dengan niat untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai situasi semasa dan bukanlah berbentuk nasihat undang-undang yang diberikan secara formal dan profesional.
Wallahualam.
Yang benar,
Muhammad Zufar Bin Elias
Peguambela & Peguamcara
Untuk dan bagi pihak
Tetuan Zufar Elias & Co.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Shah Alam
40000
Opening Hours
Monday | 08:30 - 17:30 |
Tuesday | 08:30 - 17:30 |
Wednesday | 08:30 - 17:30 |
Thursday | 08:30 - 17:30 |
Friday | 08:30 - 17:30 |
No. 9-3-2, Jalan Setia Prima R U13/R, Setia Alam, Seksyen U13
Shah Alam, 40170
Administer oaths or affirmations for legal documents i.e. statutory declarations and affidavits.
Shah Alam
Shah Alam, 40000
PAGE INI DITUBUHKAN UNTUK MEMBINCANGKAN MASALAH MASALAH BERKAITAN PERUNDANGAN TERMASUKLAH MASALAH KE
Shah Alam
Shah Alam, 40000
A human-centric multi-disciplinary Malaysian law firm based in Shah Alam. Legal problems are human
Shah Alam, 40150
Peguam Syarie Petaling,Shah Alam & Bangi. Assalamualaikum wbt. Kami merupakan sebuah firma guaman syarie yang menyediakan Khidmat Guaman/Peguam Syarie untuk kes yang melibatkan Ma...
53, Jalan Sungai Rasau F 32/F, Seksyen 32
Shah Alam, 40460
RezQ Consultant PLT is a Company which providing the information & understanding of human resources for Construction Industries in Malaysia. Our company also take effort to suppor...
Shah Alam, 40300
Conveyancing - Litigation - Syariah - Government Loan - Bank Loan - LA Probate - Small Estate Claim .
Persiaran Bandaraya
Shah Alam, 40460
Please be advised that by reading the contents and contacting Liyana The Lawyer does not create a solicitor-client relationship
Shah Alam, 40505
Menyediakan pilihan hartanah seperti rumah, bangunan, tanah untuk pembangunan, at the best price dan berkongsi ilmu undang-undang, nasihat guaman secara percuma serta menyediakan p...