Cheesekut by Nami

Hi everyone. We use this facebook to promote our dessert business which is Cheesekut.

22/06/2023

Cara Menyimpan Susu Kotak πŸ§ƒπŸ₯›

Susu merupakan minuman yang membekalkan sumber khasiat kepada semua individu. Susu boleh diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yogurt, aiskrim, gelato, keju, kasein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan makanan lain. Bagaimanapun, susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.

Proses penyimpanan susu bukanlah semudah yang disangka. Jika tersalah simpan, ia akan menyebabkan susu menjadi basi. Kebiasaannya, mereka yang meminum susu akan menyimpan susu kotak dalam peti ais untuk satu tempoh tertentu.

Persoalannya, berapa lamakah susu kotak atau susu lain boleh disimpan sebelum ia diguna semula? πŸ€”

Mesti ramai yang menyangka, selagi air susu itu tidak basi atau berketul, selagi itulah air susu itu masih elok diminum. Namun tahukah anda, susu kotak atau botol yang dipastur dan sudah dibuka, hanya tahan sehingga 3 hari jika disimpan dalam peti sejuk, manakala 3 jam jika ia diletakkan diluar pada suhu bilik?

Memetik hantaran dari Public Health Malaysia, susu kotak atau susu botol yang belum dibuka dan disimpan dalam peti sejuk boleh tahan hingga tarikh luput atau 5 hari selepas dibeli, atau mana-mana yang lebih awal.

Berbeza dengan susu Ultra-heat Treatment (UHT) atau susu kotak sekolah, selagi ia belum dibuka, ia akan tahan sehingga tarikh luputnya sahaja.

Berikut adalah senarai penuh ketahanan susu dan produk tenusu, seperti yang disarankan oleh Public Health Malaysia: πŸ‘‡πŸ»

β€’ Susu botol/kotak (Pastur)
- Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka
- Tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
- Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk & tahan sehingga 3 hari.
- Jika diletakkan diluar ,habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.

β€’Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah
- Kotak yang belum dibuka akan tahan sehingga tarikh luput
- Jika dibuka, perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
- Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik, perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.

β€’Susu tepung
- Belum dibuka, boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal). - Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama akan tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.

β€’Susu frozen
- Tahan 3 bulan.
- Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.

β€’Yogurt
- Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk & tahan sehingga 2 minggu
- Jika dibuka perlu dihabiskan dalam masa sejam. - - Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.

❌Perlu diingatkan, meminum susu yang sudah tamat tempoh atau susu yang rendah kualitinya, boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keracunan.

Dapat sesuatu??
Inginkan lebih info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami πŸ₯°

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah:
https://wa.me/60172735597

22/06/2023

LAST CALL β—οΈβ—οΈβ—οΈπŸŽ‰πŸŽ‰
Dah order cheesekut by nami belum ? Bila nak order ?
Cheesekut by nami ada buat promosi sebanyak 15% tauu untuk harini 😍😍

Kepada student-student UiTM Shah Alam dan semua yang berdekatan dengan seksyen 7 boleh lah grab cepat sebelum promosi tamat !
Selain daripada tu, setiap pembelian akan diberikan satu lagi topping secara percuma tauuu 😍😍
Cheesekut ni jugak tak muak kalau dimakan sebab dah banyak feedback yang kami terima daripada pelanggan πŸ˜‹πŸ˜‹
β€’ Cheese yang tak muak
β€’ Sesuai dimakan pada bila-bila masa
β€’ Harga yang berpatutan
Berminat tak ?? Kalau berminat meh pm dekat nombor whatsapp bawah ni πŸ‘‡πŸ» :
https://wa.me/60172735597

22/06/2023

RESEPI SUSU PISANG πŸ₯›+🍌

Susu pisang ni memang sedap. Sekali minum confirm nak lagi πŸ˜‹. Tapi kalau beli di pasaran mungkin ada yang letak perisa saja. Mahal pun boleh tahanπŸ€”. So lebih baiklah kita buat sendiri sebab nak hasilkan susu pisang ini punyalah senang. Cuma ada beberapa langkah saja 🀣.

Resepi ni sangat sesuai untuk student dan yang bekerja dan juga diet. Sebab apa ❓❓ Susu pisang ni dapat memberi kita kenyang dari pagi hingga petang. 😊

Bahan-bahan:
β€’ Sebiji pisang (nak sedap guna pisang berangan)
β€’ 1 gelas susu penuh krim/ low fat/ susu segar
β€’ 1 sudu kecil gula/madu

Cara membuat:
1. Kisarkan pisang hingga hancur kemudian kacau dalam gelas berisi susu. Nak kisar sekali dengan susu pun boleh.
2. Kemudian tambah gula atau madu untuk rasa manis. Dah siap!

TIP
β€’ Kalau nak lagi sedap boleh juga kisar semua bahan tadi dengan ais.
β€’ Minum waktu pagi boleh kenyang sampai tengah hari.
β€’ Boleh buat untuk anak tak s**a minum susu biasa.

Menarikkan dan mudahkan resepi ni??
Inginkan lebih info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami πŸ₯°

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah:
https://wa.me/60172735597

21/06/2023

LAPAR BUAT ASSIGNMENT ❓❓
Asyik lapar buat assignment ? Taktau nak makan apa ?
Ramai pelajar hadapi masalah ni bila dah masuk minggu-minggu akhir semester, tapi taktau nak makan apa.

Korang boleh lah cuba cheesekut by nami ni sebab mudah untuk dibawa kemana-mana dan harga pun berpatutan untuk seorang pelajar tauu πŸ₯°πŸ₯°
Cheesekut ni juga ada pelbagai topping yang boleh korang rasa, kalau nak jimat pun boleh beli yang 3 benua πŸ˜‹πŸ˜‹
Dengan cheesekut by nami ni, korang boleh makan masa bila-bila korang nak dan paling penting masa tengah buat assignment pun korang boleh mengunyah lagi πŸ˜‚
β€’ Mudah didapati
β€’ Harga berpatutan
β€’ Ada 3 topping
Berminat ?? Kalau nak bokeh ws kami di nombor bawah ni πŸ‘‡πŸ» :
https://wa.me/60172735597

21/06/2023

CHEESEKUT BY NAMI BUAT PROMOSI LAGIIII β—οΈβ—οΈπŸŽ‰πŸŽ‰
Dah tengok cheesekut mana yang jadi pilihan ? Taktau nak pilih yang mana ?
Kami menjual cheesekut dengan potongan harga sebanyak 10% kepada semua pelajar UiTM Shah Alam 😍😍
Semua jenis cheesekut ada promosi sebanyak 10% ❗️
Selain daripada potongan harga, korang jugak boleh pilih satu lagi topping secara percuma tauuuu 🀩🀩
Berminat tak ?? Kalau berminat meh pm kami cepat di nombor bawah ni πŸ‘‡πŸ» :
https://wa.me/60172735597

21/06/2023

4 KHASIAT SUSU πŸ₯›πŸ₯›

Kita sedia maklum bahawa susu ini sangat baik untuk kesihatan. Mari kita hayati khasiat susu kepada tubuh badan. Kami juga telah menggunakan susu sebagai bahan utama dalam cheesekut by NAMI supaya semua orang dapat nutrien- nutrien dan manfaat yang ada dalam susu 😊.

1. Baik untuk kesihatan tulang πŸ’ͺ🏻
β€’Kalsium ialah mineral yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat.
β€’Vitamin D p**a membantu badan menyerap kalsium daripada makanan yang dimakan.
β€’Sumber utama bagi kedua-dua nutrien ini adalah daripada susu.
β€’Kesihatan tulang perlu dijaga baik, lebih-lebih lagi kepada wanita yang sudah hampir menopaus.
β€’Wanita pada umur 30 hingga 50 tahun belum mengalami masalah kehilangan kepadatan tulang.
β€’Pengambilan kalsium yang mencukupi boleh membantu memperlahankan kehilangan kepadatan tulang. Ini untuk memastikan tulang kekal lebih sihat dan mencegah osteoporosis.

2. Membantu membaiki otot selepas bersenam β›ΉπŸ»β€β™€οΈπŸš΅πŸ»β€β™‚οΈ
β€’Sebagai sumber protein bukan daging yang bermutu tinggi, susu membantu membina otot tanpa lemak dan juga membantu pemulihan otot selepas bersenam.
β€’Kajian mendapati bahawa pengambilan susu selepas bersenam berupaya memberi manfaat kepada sintesis protein.

3. Membantu anak kecil atau remaja membesar πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦
β€’Menurut Garis Panduan Diet Malaysia bagi kanak-kanak dan remaja, kanak-kanak sewajarnya mendapatkan dua atau tiga sajian susu sehari.
β€’Pengambilan susu dan produk tenusu amat penting bagi menggalakkan kesihatan tulang semasa zaman kanak-kanak serta remaja.
β€’Ramai pakar kesihatan menasihati ibu bapa supaya tidak menggantikan susu lembu dengan produk bukan tenusu berasaskan tumbuhan.

4. Meningkatkan fungsi kognitif πŸ§ βœ…
β€’Penggunaan susu dalam masakan atau sebagai snek sampingan boleh membantu mengekalkan ketajaman daya ingatan.
β€’Satu kajian dikendalikan di University of Kansas Medical Center mendapati, dewasa lebih tua yang minum tiga cawan susu tenusu sehari boleh meningkatkan tahap 'glutation' (GS) dalam otak mereka.
β€’GSH adalah sejenis antioksidan kuat yang memberikan perlindungan terhadap kehilangan kognitif dan gangguan berkaitan umur.
β€’Satu lagi kajian dalam jurnal 'Nutrients' mendapati bahawa produk tenusu skim, tenusu wet dan susu mentega dikaitkan dengan peningkatan fungsi eksekutif.

Menarikkan maklumat ini?? πŸ€”
Inginkan lebih info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami πŸ₯°

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah:πŸ˜‹
https://wa.me/60172735597

21/06/2023

NAK MAKAN CHEESEKUT BY NAMI ❗️❗️
Nak makan cheesekut by nami ? Nak rasa semua tapi macam banyak sangat ?
Jangan risau, cheesekut by nami ada sediakan 3 topping sekaligus yang dipanggil 3 benua 😍😍
Cheesekut 3 benua ni sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Ditambah lagi dengan topping yang dicampurkan dengan ketiga-tiga topping. Korang boleh rasa ketiga ii topping tu dalam satu bekas πŸ˜‹
Selain dari tu, harga pun sama je tau dengan harga cheesekut yang lain. Jimat kan ?? πŸ₯°
β€’ Tak muak
β€’ Harga yang berpatutan
β€’ Mudah dibawa kemana-mana
Berminat ? Kalau berminat meh ws cepat dekat nombor bawah ni πŸ‘‡πŸ» :
https://wa.me/60172735597

20/06/2023

RESEPI COKLAT NESTUM BAR 🍫

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, ✌🏻. Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar. Kali ini, kami ingin berkongsi resipi mudah untuk membuat biskut yang sedap dan pastinya dis**ai ramai iaitu coklat Nestum.

Biskut ini pasti digemari ramai kanak-kanak πŸ‘«πŸ‘­

Resepi ini mudah dan cepat untuk disediakan, jadi sesiapa sahaja boleh mencuba membuatnya di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
β€’ 500g Nestum
β€’ 1kg dark coklat compound (beryl’s atau apa-apa jenama)

Cara-cara penyediaan:
Langkah 1: Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler (anda juga boleh gunakan milk compound sesuai ikut citarasa masing-masing)

Langkah 2: Masukkan Nestum ke dalam coklat compound yang sudah cair dan gaul sehingga sebati. Gaul sampai sebati biar bersalut elok yaa.

Langkah 3: Masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik (senang nak keluarkan nanti) dan tekan untuk bagi ia rata, tetapi jangan mampatkan.

Langkah 4: Potong siap-siap, baru masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Dah sejuk nanti, korang boleh patah-patahkan dan simpan ke dalam bekas.

Jangan risau, ia masih rangup kalau korang tak letak dalam peti sejuk pun πŸ₯°

Resepi mudah coklat Nestum ini adalah pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang mudah, ringkas dan sedap. Hidangan ini juga boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk diberikan kepada sahabat atau ahli keluarga. Semoga resepi ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

Menarikkan resepi ni?? 😍
Inginkan lebih info dan tips??πŸ™Š
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami πŸ₯°

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah πŸ‘‡πŸ»:
https://wa.me/60172735597

20/06/2023

PROMOSI DATANG LAGIII β—οΈβ—οΈπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰
Taktau nak makan apa ?? Rasa nak makan sesuatu yang manis ??
Kami menyediakan dessert dengan potongan harga sebanyak 10% !

Terdapat pelbagai topping yang boleh dipilih untuk dimakan 😍😍
Selain daripada kami berikan diskaun, kami juga berikan satu lagi topping percuma dan korang boleh pilih sendiri topping tu 😘😘
Cepat-cepat grab cheesekut kami sebab promosi tak lamaaa tauuu !
Berminat tak ?? Berminat meh pm kat nombor ni πŸ‘‡πŸ» :
https://wa.me/60172735597

20/06/2023

RESEPI BISKUT CREAM CRACKER

HANYA MENGGUNAKAN 4 BAHAN SAHAJA ‼️‼️

Biasanya kat rumah mesti ada biskut cracker kan. Kadang-kadang tak dimakan sampai biskut pun lemau. Daripada membazir dibuang, baik jadikan puding biskut kan πŸ€”. Serius rasa dia sedap dan rasa lemak-lemak manis gitu.

Hanya 4 bahan, puding biskut sedap dan cantik terbentuk macam ni boleh dibuat. Rasanya pasti sedap.

Bahan-bahannya:
β€’ 20 keping biskut cream cracker
β€’ Telur 4 biji
β€’ 1/2 cawan susu pekat
β€’ 1 sudu serbuk koko dan 2 sudu besar milo

Cara buat puding:
1. Mula-mula perlu rendamkan dulu biskut cream cracker hingga lembut dan kembang. Asingkan kepada 2 bahagian dan redam di dalam bekas berasingan.
2. Masukkan 2 biji telur setiap bekas.
3. Kemudian masukkan susu pekat.
4. Masukkan p**a serbuk koko dan di dalam bekas lagi satu.
5. Kisarkan kedua-dua adunan hingga hancur.
6. Seterusnya, sediakan loyang dan sapukan butter untuk elakkan puding melekat pada loyang.
7. Siap pengukus dan panaskan terlebih dahulu. Tuangkan sedikit adunan ke dalam loyang layer by layer.
8. Setiap layer dikukus dalam masa 5 minit.
9. Untuk adunan terakhir dikukus selama 10 minit.
10. Apabila sudah siap, tunggu sejuk sekejap dan kemudiannya masukkan ke dalam peti ais.
11. Siap dan boleh dihidang.

Menarikkan resepi ni??
Inginkan lebih info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami πŸ₯°

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah:
https://wa.me/60172735597

20/06/2023

PROMOSI CHEESEKUT BY NAMI SEBANYAK 10% πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰
Abang, kakak, adik, makcik, pkcik ayuhh grab cheesekut by nami sebab kiteorg tengah buat promosi ! 😍
Jom rasa dessert cheesekut by nami ! 🀩🀩
Ada pelbagai topping yang disediakan dan semuanya ada potongan harga sebanyak 10% ! πŸ₯° jom grab cepatt !
Berminat ? Jom whatsapp kami di nombor bawah ni πŸ‘‡πŸ» :
https://wa.me/60172735597

20/06/2023

BAHAYA MAKAN CHEESEKUT BY NAMI ❗️❗️
Kenapa bahaya ?? Bukan ke cheesekut ni takde bahan terlarang ??
Baca la dulu sampai habis cik adik 😝 cheesekut by nami ni bahaya sebab sekali makan mesti nak lagi.

Kenapa nak lagi ? Sebab cheesekut by nami ni menggunakan cheese yang tidak terlalu muak, manis pun sedang-sedang. Sangat sesuai untuk semua golongan umur 😍
Ditambah lagi dengan topping yang ada macam-macam jenis macam oreo, nestum, milo dan juga 3 benua . Korang boleh cuba mana ii yang korang rasa nak πŸ˜‹πŸ˜‹
Selain buat korang rasa ketagih dengan lelehen cheese tu, dia jugak boleh buat korang rasa kenyang sebab ada biskut yang bersifat karbohidrat ! 🀩🀩
β€’ Memberi tenaga
β€’ Mudah didapati
β€’ Harga berpatutan
Berminat ? Berminat meh sini pm kami di nombor whatsapp bawah niπŸ‘‡πŸ» :
https://wa.me/60172735597

20/06/2023

TIPS MEMBERSIHKAN OVEN πŸ§πŸ»β€β™€οΈ
Jangan risau, ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan oven tanpa guna banyak tenaga!

Hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja, cara ini paling mudah dan yang pastinya, ia akan kelihatan lebih bersih dan seakan baru. πŸ‘πŸ»

Bahan-bahan:

β€’ 2 cawan air – nak lebih pun boleh
β€’ 2 cawan cuka
β€’ 1 cawan baking soda atau soda bikarbonat
β€’ Kain buruk
β€’ Botol spray
β€’ Mangkuk
β€’ Berus dawai periuk kasar

Cara-caranya:

1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven anda.

2. Campurkan baking soda, air dan cuka ke dalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran itu kepada cecair atau pes supaya mudah disapukan pada permukaan kotor. (masa tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih)

3. Sapukan cecair atau pes tadi pada permukaan kotor dalam oven. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.

4. Biarkan selama 12 jam. Kena ikut supaya hasilnya menjadi seperti yang diingini.

5. Cukup 12 jam atau semalaman, ambil kain buruk atau berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada oven.

6. Lap permukaan oven hingga bersih. Kemudian bilas dengan sabun pencuci pinggan dan spray dengan air bersih.

7. Kemudian lap dengan kain hingga betul-betul bersih. Hasilnya, oven anda akan pasti berkilat!

Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua 😘
Inginkan lebih banyak info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami rapat πŸ₯°πŸ˜Š
https://www.facebook.com/profile.php?id=100091953564599&mibextid=LQQJ4d

20/06/2023

MASIH MENCARI LAGI CHESEEKUT DENGAN HARGA RAHMAH ❓❓
Susah cari cheesekut dengan harga berpatutan di kawasan seksyen 7 ?? Perut dah lama craving cheesekut ??
Kami sedia membantu anda dan menyediakan dessert yang tidak terlalu manis untuk dimakan πŸ₯°

Yelah kadang-kadang orang yang s**a makan desser ni disebabkan diorang stress, so dia cari something yang sweet untuk dimakan supaya dapat lupakan masalah sekejap 😜
Dah ada cheese tambah dengan biskut, tambah p**ak dengan topping yang pelbagai. Sedappp tauuuu πŸ˜‹
Selain daripada tu, korang jugak boleh buat cheesekut ni untuk celebrate birthday kawan-kawan versi jimat sebab takut tak habis hehehe
β€’ Kurang manis
β€’ Sesuai untuk student
β€’ Mudah dibawa kemana-mana
Berminat ? Kalau berminat meh pm kat nombor bawah ni πŸ‘‡πŸ» :
https://wa.me/60172735597

20/06/2023

RESEPI BISKUT CREAM CREAKER πŸ§‡

Biasa biskut Cream Crackers ni, kita beli sahaja biskut sedia siap di kedai. Tapi jika ingin cuba lakukan sesuatu yang seronok dan lain dari yang lain, bolehlah cuba resipi biskut Cream Crackers home made ni πŸ˜‹. Tak kurang sedapny. Ala-ala biskut yang dibeli. Tapi pastiya lebih enak jika buat sendiri kan? Jom lah cuba. Anda pasti s**a.

CARA BUAT BISKUT CREAM CRACKERS HOMEMADE πŸ‘©πŸ»β€πŸ³

BAHAN-BAHAN:
β€’ 2 sudu besar mentega
β€’ 1 sudu besar cream cheese / krim keju
β€’ 1 cawan tepung gandum
β€’ 2 sudu besar minyak masak
β€’ 1/4 cawan air (tak habis pun, guna sikit je)

CARA MEMASAK:
1.Gaul sebati mentega dan krim keju /cream cheese.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
3. Kemudian masukkan minyak dan gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sedikit demi sedikit sampai adunan tidak melekat di tangan.
5.Terapkan doh guna acuan kes**aan. Empunya resipi potong petak guna pisau sahaja.
6. Seterusnya buat lubang pada biskut menggunakan garpu. Beliau juga terap nama anak di tengah-tengah biskut.
7.Bakar Cream Crackers pada suhu 170C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.

INFO ⚠️
β€’ Sila gelek adunan biskut nipis-nipis supaya biskutnya tidak keras.
β€’ Kena pantau biskut masa tengah bakar. Kalau sudah nampak perang, boleh angkat.

Inginkan lebih info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami πŸ₯°

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah:
https://wa.me/60172735597

20/06/2023

Assalamualaikum dan Selamat Pagi πŸ₯°

Mari kita ketahui Asal Usul Biskut Cracker ni πŸ‘‡πŸ»

Biskut atau dikenali cracker pertama kali dibuat oleh John Pearson dari Newburyport, Massachussetts. Idea ini tercetus apabila Pearson ingin menghasilkan makanan yang bertahan lama ketika pelayaran. Tidak seperti kuij tradisional yang lain, cepat basi dan rosak.

Pada 1972, beliau telah mencampurkan tepung dengan air lalu membakarnya. Ciptaan yang terhasil dari gabungan dua bahan itu telah diberikan nama iaitu Pearson's Pilot Bread dan kemudiannya ditukar kepada nama Hardtack atau Sea Biscuits. Hal ini disebabkan ketahanan biskut dalam jangka masa yang panjang. Biskut ini telah menjadi sambutan kepada para nelayan, pelayar dan pelaut.

Nama "Cracker" pu,a dihasilkan pada tahun 1801 oleh Josiah Bent. Hal ini disebabkan semasa pembuatan biskut ini, beliau membakar biskut kemudiannya dileperkan dan tidak sengaja bunyi crack terhasil. Josiah Bent juga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan biskut sebagai makanan ringan harian bukan sahaja sebagai makanan bagi pelaut.

Menarikkan info ini?? πŸ€”
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami.😊
Ingin dapatkan cheesekut by NAMI boleh klik link di bawah:
https://wa.me/60172735597

19/06/2023

Assalamualaikum dan selamat malam semua 😊.

Malam2 ni kita kongsikan resepi cheesekut untuk buat semua orang terliur dengan cheesekut ni πŸ‘€.

Proses pembuatan cheesekut ni tak amik masa lama pun. Dan yang paling penting NO OVEN tau. Takde panas2 tunggu depan oven semua. Buat cheesekut ni just chill and steady je. Tahu-tahu dah siap πŸ™ˆπŸ€£

RESEPI CHEESEKUT NESTUM 🍰

BAHAN A:
* 1 paket biskut Cream Crackers
* 1 paket nestum perisa Original
* 1 kotak susu segar

BAHAN B:
* 250gm krim keju πŸ§€
* 1/2 tin susu pekat
* 2 sudu makan susu segarπŸ₯›

CARA MEMASAK: πŸ‘©πŸ»β€πŸ³
1. Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, tak perlu pukul sampai kembang. Jika tiada mixer, boleh juag aduna menggunakan pemukul tangan.

2. Sediakan bekas berbentuk segi empat sama atau segi empat tepat. Ia bertujuan memudahkan proses menyusun biskut dalam bekas.

3. Celup biskut dalam susu segar selama seminit dan susun didalam bekas. Jika s**a tekstur cheesekut yang sedikit β€˜crunchy’, tak perlu celup biskut dalam susu.

4. Susun biskut yang dicelup tadi didasar bekas diikuti dengan menuang bancuhan keju. Ratakan krim keju dan tabur nestum secukupnya.

5. Ulang kembali langkah tadi sehingag bahan-bahan habis.

6. Pastikan di lapisan terakhir, tabur serpihan lebihan biskut tadi.

7. Sejukkan dalam peti sejuk bawah selama 2-3 jam sebelum dinikmati.

Semoga resepi ini bermanfaat kepada anda semua. Jika anda ingin membuat tempahan dengan cheesekut by NAMI πŸ˜†.
Anda boleh hubungi kami dengan klik link di bawah:
https://wa.me/60172735597

14/06/2023

LAPAR ❗️❗️ TAPI TIBA-TIBA RASA NAK MAKAN SESUATU YANG MANIS 😩
Dah cuba cari ? tapi masih lagi tak jumpa di area yang berhampiran seksyen 7 ? Tiba-tiba craving cheesekut ?
Kami disini menjual cheesekut dengan pelbagai topping yang best bersama dengan cheese khas untuk orang yang s**a kan kemanisan πŸ˜‹πŸ˜‹

Salah satu daripada topping kami ialah topping serbuk milo . Orang kata milo ni boleh bagi tenaga dekat kita selain bagi rasa coklat yang sedap 🀀🀀
Tambah p**ak dengan biskut yang tawar dan juga cheese yang lemak berkrim . Pakej lengkap cukup rasa . Meh lah try, mesti korang nak order lagiii heheheheπŸ€ͺ
Selain buat korang rasa bertenaga, cheesekut ni jugak boleh buat korang rasa kenyang kalau tak sempat makan boleh nak makan cheesekut ni untuk alas perut πŸ₯°
β€’ Cheese yang tak muak
β€’Taburan milo yang memberi tenaga
β€’ Harga yang berpatutan
Berminat ? Kalau berminat boleh whatsapp di nombor bawah ni πŸ‘‡πŸ» :
https://wa.me/60172735597

14/06/2023

TIBA-TIBA RASA NAK MAKAN CHEESE DENGAN TABURAN BISKUT OREO ❓❓
Dah cari tapi masih tak jumpa ? Harga p**ak tak padan dengan kami yang student ?
Kami menyediakan cheesekut yang ditaburi dengan biskut oreo berdekatan dengan seksyen 7 Shah Alam khas untuk pelajar-pelajar dan orang yang s**a kan kemanisan dan juga pelajar yang nak buat makan saja-saja sambil buat assignment 😍😍
Taburan daripada biskut oreo yang melengkapkan lagi keenakan cheesekut bersama dengan lelehan cheese 🀀
Selain daripada adanya lelehan cheese yang boleh buat korang rasa diawang-awangan, ianya juga boleh menambahkan mood seharian korang !
Tak kenal, maka tak cinta. Dah kenal mesti nak tambah lagi, bukan ? Jadi mehh lahhh cubaaa satu duluuu mesti nak lagiii πŸ€ͺ
Berminat ? Kalau berminat boleh lah whatsapp di nombor bawah ni πŸ‘‡πŸ» :
https://wa.me/60172735597

Photos from Cheesekut by Nami's post 11/06/2023

TAHUKAH ANDA APA ITU NESTUM DAN KEBAIKANNYA❓❓❓

Nestum ialah bijirin yang lebih lembut dan mudah dihadam. Ia diperbuat daripada jagung dan gandum serta diperkaya dengan sumber mineral dan vitamins. Tetapi nestum mengandungi elergen yang mungkin memberi kesan elergik kepada sesetengah orang seperti glutens, kekacang dan juga susu.

Antara kebaikan nestum 😍:

-Membantu melawan kanserπŸ‘πŸ»

-Membantu mengurangkan tahap kolesterol,
diabetes jenis 2, dan risiko penyakit penyakit ❌

-Mengurangkan risiko penambahan berat badan berlebihan πŸ“‰

Jadi anda berminat untuk perisa nestum, jangan risau, cheesekut nestum juga terdapat di Cheesekut by NAMIπŸ₯°

Jadi tunggu apa lagi, PM Cheesekut by NAMI untuk tempahan di https://wa.me/60172735597

11/06/2023

RESEPI BEBOLA COKLAT 🌰

GUNA 3 BAHAN SAHAJA DAH JADI SNACK.
Especially for student. Boleh dijadikan snack semasa belajar 🀣. Suri rumah yang ada anak kecil pun boleh buat. Anak2 pasti s**a 😍

Jom kita try buat bebola milo ni. HANYA GUNA 3 BAHAN SAHAJA.

Bahan-bahan:
2 sachet milo
6 sudu seebuk koko
6 sudu susu pekat manis

Langkah pembuatan:
1. Campurkan milo, serbuk koko dan susu pekat manis.
2. Kacau sehingga rata dan sebati.
3. Tuangkan diatas plastik, ratakan, lalu masukkan ke peti ais selama 20 minit.
4. Selepas 20 minit, potong adunan kepada beberapa bahagia kecil selepas itu bulat- bulatkan ia dan disadurkan dengan serbuk koko.
5. Siap dihidang.

Ingin banyak lagi info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami 😊
Jangan lupa juga dapatkan cheeaekut by NAMI 🍰
Kalau berminat boleh contact nombor di bawah πŸ‘‡πŸ»
https://wa.me/60172735597

05/06/2023

DAH CUBA CARI, TAPI MASIH JUGA TAK JUMPAAA CHEESEKUT TOPPING NESTUM ❓❓
Ramai menjual tapi harga tidak masuk akal ? Topping p**a sedikit sahaja yang ditaburkan ?
Kini kami menjual cheesekut dengan topping nestum terutama untuk pelajar-pelajar di UiTM Shah Alam β—οΈπŸ˜
Taburan nestum di atas cheese pun boleh buat kenyang tauuu sebab nestum diperbuat daripada jagung dan juga bijirin . Memang boleh kenyanggg punyerrr lepas makann πŸ˜‹

Tambah lagi dengan cheese yang lemak ii tu. Mmmm lagi sedapppppp πŸ€€πŸ˜‹ . Korang taknak try ke ? Meh la cuba satu dulu hehe πŸ€ͺ
Selain daripada buat korang kenyang, dia jugak boleh buat dessert lepas korang makan. Sedappp tauuu !
β€’ Nestum yang boleh buat kenyang
β€’ Harga berpatutan
β€’ Mudah didapati
β€’ Sangat sesuai untuk pelajar

Berminat ? Kalau berminat meh sini pm kat nombor ws bawah ni πŸ‘‡πŸ»:
https://wa.me/60172735597

05/06/2023

KHASIAT MILO β˜•

Tahukah anda, secawan MILO mengandungi ramuan berkhasiat supaya anda boleh melangkah lebih jauh. Disediakan dengan teliti, ia memberikan vitamin, mineral dan tenaga untuk tempuhi hari dengan aktif. Jadi, apa yang terkandung dalam MILO.

Berikut dikongsikan kandungan minuman MILO:-
β€’ Malt - Berasal daripada barli dan merupakan sumber tenaga.
β€’ Susu - Sumber protein dan Kalsium
β€’ Koko - Memberi rasa coklat

Berikut merupakan nutrien yang terkandung dalam MILO, antaranta:
1. Protomalt - Ekstrak malt daripada barli untuk tenaga
2. Vitamin B ( B2, B3, B6 & B12) - Membantu pembebasan tenaga efisien dari makanan
3. Kalsium - Untuk tulang dan gigi yang kuat
4. Zat besi dan Vitamin B12 - Untuk pembentukan selndarah merah
5. Vitamin C - Membantu penyerapan zat besi dari makanan

Kandungan nutrien dalam minuman MILO juga dapat menyumbang kepada pemakanan yang seimbang dan sihat, walaupun minuman MILO mempunyai kandungan gula tetapi masih dalam kuantiti yang berpatutan dan selamat seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan garis panduan pemakanan Malaysia, berdasarkan 2000kcl (Dewasa) & 1700kcl (Kanal-kanak).

MILO membantu memberikan tenaga untuk menempuhi hari. Pengambilan MILO dipadankan dengan amalan diet harian berserta gaya hidup aktif akan memberikan kebaikan menyeluruh dalam kehidupan harian.

Sumber : MILO Portal

Dalam Cheesekut by NAMI juga meletakkan milo sebagai topping. 🀩
Jangan lupa dapatkan cheesekut kami. πŸ₯°
Bukan sahaja dapat kebaikan cheese sahaja, malah dapat juga kebaikan MILO itu sendiri.
Ingin dapatkan Cheesekut by NAMI, boleh contact nombor di bawah πŸ‘‡πŸ»
https://wa.me/60172735597

04/06/2023

RESEPI CHEESETART BLUEBERRY πŸ₯§πŸ«

Bahan-bahan:

β€’ Bahan-bahan untuk tart shell:
β€’ 250g tepung gandum
β€’ 125g mentega tak bergaram
β€’ 40g gula aising
β€’ secubit garam
β€’ 1 sudu besar susu tepung
β€’ 1 kuning telur
β€’ 1 sudu kecil esen vanila

β€’ Bahan-bahan untuk cream cheese filling:
β€’ 500g krim keju
β€’ 30g mentega tak bergaram
β€’ 100g gula aising
β€’ 1 biji telur (guna 3 sudu besar)
β€’ 1 sudu kecil esen vanila
β€’ Β½ sudu besar jus lemon
β€’ Jem blueberry

Cara Penyediaan:

β€’ Cara-cara untuk tart shell:
1. Ayak gula aising.
2. Asingkan telur kuning dengan telur putih. Ambil bahagian telur kuning.
3. Masukkan tepung gandum, gula aising, secubit garam, dan mentega tak bergaram lalu putar atau gaul adunan sehingga sekata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan susu tepung, telur kuning dan esen vanilla. Putar atau gaul sehingga kesemua adunan menjadi sebati.
5. Tambah air sejuk jika adunan terlalu kering sehingga adunan boleh digumpal.
6. Rehatkan doh selama jam dalam peti sejuk.
7. Sesudah itu, masukkan doh dalam acuan. Letakkan doh di tengah acuan lalu tekan dan ratakan ke bahagian tepi acuan sehingga rapat dan sekata.
8. Trim lebihan doh supaya kelihatan lebih kemas
9. Cucuk bahagian bawah tart menggunakan garfu untuk menggelakkan bahagian bawah tidak menggelembung semasa dibakar.
10. Bakar pada suhu 16c dalam masa selama 15-20 minit
11. Sesudah dibakar, keluarkan tart dari acuan dan sejukkan.

β€’ Cara-cara untuk cream cheese filling:
1. Masukkan cream cheese dan mentega tak bergaram kedalam bekas pengadun, lalu putar sehingga kedua bahan sebati.
2.Sambil putar, masukkan gula aising yang telah diayak, esen vanilla, telur, jus lemon (pilihan). Putar dalam anggaran masa 10 minit sehingga adunan menjadi pekat dan licin
3. Masukkan cream cheese dan jem blueberry secukupnya dalam piping bag.

β€’ Cara-cara untuk blueberry cheesetart:
1. Pipe kan jem blueberry filling kedalam shell tart diikuti dengan cream cheese diatasnya.
2. Gunakan air dengan basahkan di hujung jari lalu basahkan tajam di hujung cream cheese (pilihan).
3. Bakar blueberry cheesetart pada suhu 170 selama 10 -15 minit sehingga cheese tidak melekat bila disentuh, lalu sejukkan seketika.
4. Masukkan jem blueberry kedalam piping bag dan gunting sedikit hujung muncung piping bag.
5. Hiaskan atas cheesetart dengan piping blueberry filling mengikut kreativiti.
6. Kemudian, blueberry cheesetart siap untuk dihidang dan dijamu selera.

Kredit: ChenomπŸ‘©πŸ»β€πŸ³

Ingin lebih banyak resepi❓❓
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page facebook kami 😊

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

NOW WE'RE OPEN ‼️ .Thank you for being patience πŸ₯°πŸ˜˜.Let's grab a chance to see our product ❗ 🀩😍#CheesekutbyNAMI#Cheezylic...

Category

Website

Address


Shah Alam
40000

Other Food & Drink in Shah Alam (show all)
Crispy cadbury with almond Crispy cadbury with almond
Shah Alam
Shah Alam, 40100

Chocolover will deeply in love with crispy cadbury!

Sambal Sengat Berapi Mama Lina Sambal Sengat Berapi Mama Lina
No 63, Jalan Serambi U8/32, Bukit Jelutong
Shah Alam, 40150

Hati kosong tak apa ! Perut jangan kosong

Sambal Nunu Sambal Nunu
Shah Alam
Shah Alam, 40100

To be number one best Sambal in the world.

FortheHanz FortheHanz
Jalan Sungai Pajam Seksyen 27
Shah Alam, 40400

Fifty Cups Shake - 50'c Shake Fifty Cups Shake - 50'c Shake
TR
Shah Alam, 40

【五十杯ε₯Άζ˜”γ€‘οΌŒθ—ζœ‰ε€©δ½ΏοΌŒι­”ι¬ΌοΌŒθ΅°η«ε…₯ι­”οΌŒδ»₯及上帝ε₯Άζ˜”η³»εˆ—οΌŒι™€δΊ†ζœ‰?

Egg Q Egg Q
Kota Kemuning
Shah Alam

π•₯𝕙𝕖 𝕕𝕖𝕀𝕀𝕖𝕣π•₯ π•ͺ𝕠𝕦 𝕕𝕖𝕀𝕖𝕣𝕧𝕖

Pasar Kueh Setia Alam Pasar Kueh Setia Alam
103 Jalan Setia Permai, BS U13/BS, Bandar Setia Alam
Shah Alam, 40170

Pasar Kueh @ Setia Alam Menggamit Selera Anda Bersama Pasar Kueh @ Setia Alam 0175858921

Kek Cheese Leleh Homemade by ziela Kek Cheese Leleh Homemade by ziela
Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam
Shah Alam, 40400

Assalmualaikum..*HomemadeByZiela* menyediakan pelbagai jenis perisa kek cheese leleh & menu menarik

NIMS by Put NIMS by Put
Taman Subang Perdana
Shah Alam, 40150

I am Puteri Nurulaini Binti Mazuki, a student graduate of UiTM Puncak Alam's Bachelor of Business Administration (HONS) Operation Management programme. I am now working on a projec...

Teh Durian Belanda Aty Teh Durian Belanda Aty
No 29-1 Jalan Setia Utama AW U13/AW Seksyen U13 Setia Alam Shah Alam Malaysia
Shah Alam

Page Rasmi Teh Daun Durian Belanda -Minuman Jus TERAGUNG khas untuk masalah 3 serangkai. Whatsapp Now

2 Crispy Peeps 2 Crispy Peeps
Jalan Merbah Seksyen 6, 6/1H
Shah Alam, 40000

We're more than just peeps. We're crispy peeps. We've got the best tapioca chips in town!

Dapur Ngosek Aida HQ Dapur Ngosek Aida HQ
The Platter's Food Mart Mdeical Centre Msu
Shah Alam, 40100

Sup Gearbox,Shellout,Alacarte,Nasi Ayam Penyet,TomYam Menangis & menerima sebarang tempahan katering