ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy

Rasa Sekali Pasti Nak Lagi

Photos from Cempedak Cheese's post 28/07/2023
28/07/2023
Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 22/03/2023
22/02/2023

Assalammualaikum...

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 04/12/2022

Assalamualaikum.. Lama Abg x bersiaran.. belanja gamba lah dulu yer.. 馃槃馃槃

21/06/2022

Assalammualaikum

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 22/05/2022

Assalamualaikum..
Gerai Abg Yeop bukak hari ni yer..

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 02/04/2022

Assalammualaikum kepada semua pelanggan2 Abang Yeop... Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam ramadhan Al- mubarak... Serta ingin memohon ampun dan maaf andai ada salah silap kepada anda semua... Saya juga ingin memaklumkan gerai bercuti sepanjang bulan ramadhan dan akan mula beroperasi selepas raya... Selamat menjalani ibadah puasa buat anda semua...

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 20/02/2022

Assalamualaikum semua..
Selamat berhujung minggu..
Gerai Abang bukak hari ni.. jemput singgah yer..

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 15/02/2022

Assalamualaikum.. gerai Abang onzz ari ni..

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 08/02/2022

Assalammualaikum... Harini gerai abang yeop buka mcm biasa... Jemput singgah ye...

20/01/2022

Assalamualaikum..
Dah lama rasa nya Abang x update kat sini..
Wat ms skrg gerai Abang masih dicutikan.. masih b*k yg perlu diuruskan sblm kami dapat mula berniaga semula.. Klau x de aral, lps CNY nanti kita jumpa yer.. In Shaa Allah..
Abang belanja lah sikit.. kot2 ada yg rindu.. 馃槃馃槃馃槃

12/12/2021

Assalammualaikum... Harini gerai Abang Yeop buka... Mai singgah beramai2 ye...

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 10/12/2021

Assalammualaikum...

23/11/2021

Assalammualaikum semua... Harini gerai abang yeop buka... Jemput singgah ye...

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 22/11/2021

Assalamualaikum..
Lama Abang x bersiaran..x sempat nk berpesbuk..tapi Abang ada je niaga ni ha..
Nak bgtau... Waktu niaga Abang dah kembali mcm dulu..Kamis dan Jumaat Abang x niaga kat Berjaya Park, hari2 lain InSyaAllah ada.. melainkan ada hal yg x dpt dielakkan..

Hari ni Abang belanja gambar la yer.. mana la tau ada yg rindu.. 馃槅馃槅

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 04/11/2021

Assalammualaikum... Untuk makluman pelanggan... Gerai abang yeop akan bercuti beberapa hari bermula harini 4hb Nov (khamis) hingga 7 hb Nov (isnin) insyallah selasa niaga macam biasa...

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 27/10/2021

Abang masuk 'opis' ari ni.. hihihi..

26/10/2021

Assalamualaikum.. gerai Abang tutup hari ni.. Sory yer...

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 25/10/2021

Assalamualaikum..
Ada yg teringin pisang grg tak tuuu? Pisang Abu baru je mendarat dr kuali ni haaa... 馃槃馃槃

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 19/10/2021

Salam Maulidul Rasul dr Abang dan keluarga..

Jom kita sama2 kenali biodata Rasullullah kesayangan seluruh umat Islam ni..

BIODATA RASULULLAH SAW

路 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
路 Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
路 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
路 Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
路 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
路 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
路 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
路 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
路 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
路 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
路 Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
路 Datuknya, Abdul Muttalib p**a meninggal dunia.
路 Baginda dipelihara p**a oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
路 Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
路 Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
路 Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
路 Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
路 Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
路 Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
路 Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
路 Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
路 Banjir besar melanda Makkah dan meruntuh- kan dinding Kaabah.
路 Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
路 Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
路 Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
路 Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
路 Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
路 Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

丕賱賱賴賲 氐賱賶 毓賱賶 爻賷丿賳丕 賲丨賲丿 賵毓賱賶 丌賱賴 賵丕氐丨丕亘賴 賵爻賱賲

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..

Wallahua'lam Bissawab ....

Pakat share ramai2 sempena hari ni.. Hari Keputeraan Kekasih kita Rasulullah SAW..

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 18/10/2021

Assalamualaikum..
Gerai Abang buka hari ni yer..
Sapa2 yg rindu tu, singgah2 la yer..
Tepung Crispy pun Abang da restock ni.. tapi wat masa ni ada kat gerai d Berjaya Park jer..

13/10/2021

Assalamualaikum..
Bersempena ngan x dak air.. dan kebenaran merentas negeri, gerai Abang bercuti dulu bermula hari ini hingga 17hb Okt 2021 yer.. Kita jumpa semula pada 18 Oct 2021..
Pada anda yg p**ang ke kg, berhati2 dlm perjalanan yer.. 馃憤馃憤

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 11/10/2021

Assalamualaikum..
Hari ni kita da blh rentas negeri.. da ada ke yg dah sampai kg tuuu? 馃槃馃槃馃槃

Abang masih d sini.. gerai Pisang Goreng Crispy Abang Yeop d Berjaya Park dan Apartment Meranti BSD onzz yer ari ni.. mari ler singgah.. 馃槂

Kot ler nk buat bekal dlm perjalanan.. hihihi..

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 09/10/2021

Assalamualaikum customer2 yg dikasihi..
Gerai2 Pisang Goreng Crispy Abang Yeop bersiaran hari ni yer... Jemput singgah yg mana berdekatan.. Yang mana lom cuba lagi, leh rasai keenakan dan kerangupan kriuk2.. betulllllll.. x tipuuuu... 馃槂馃槂馃槂鉂わ笍

Lokasi;
1. Berhadapan Segi Fresh, Berjaya Park
2. Blok P1, Apartment Meranti Bandar Sri Damansara (cod disediakan utk kwsn berdekatan.. ctc; 017-3670341 Haikal)

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 08/10/2021

Assalamualaikum..
Buat pengemar pisang goreng CRISPY Abang Yeop yg berada sekitar Bandar Sri Damansara, kalian tak perlu lagi dtg ke Berjaya Park utk rasai keenakan pisang goreng Crispy.. Kami ada d Block P1 Apartment Meranti.. Jemput singgah yerrr.. 馃槏馃槏

08/10/2021

Salam jumaat nuat semua... Hari jumaat Abang cuti menggoreng...

28/09/2021

Abang da start niaga balik ari ni..? Singgah2 la yer.. 馃槃馃槃

Photos from ABANG YEOP Pisang Goreng Crispy's post 22/09/2021

Assalammualaikum... Gerai Abang Yeop cuti beberapa hari dari 21/09/21(selasa) hingga 24/09/21(jumaat)... Maaf atas segala kesulitan
Yeop 01116254490

13/09/2021

Ada yg mencari pisang goreng crispy ke? Abang ada je kat gerai ni..

11/09/2021

Abang ada ni..kat tempat biasa.. 馃槈馃槈馃槈

08/09/2021

Assalamualaikum..
Gerai Abang akan dicutikan buat beberapa hari atas asbab kecederaan ringan.. Maaf atas segala kesulitan..

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Assalammualaikum
Abang ada ni..kat tempat biasa.. 馃槈馃槈馃槈
Assalamualaikum customer2 yg dikasihi.. Gerai Abang bukak hari ni.. Jemput singgah yer..
Assalamualaikum.. Gerai Abang bukak hari ni..
Assalammualaikum... Gerai abang yeop cuti 2hari khamis dan jumaat... Hari sabtu insyaallah buka macam biasa...
Jom goreng Pisang Abu sambil dengar lagu..

Category

Telephone

Website

Address


40450
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 12:00 - 17:30
Tuesday 12:00 - 17:30
Wednesday 12:00 - 17:30
Thursday 12:00 - 17:30
Saturday 12:00 - 17:30
Sunday 12:00 - 17:30

Other Food Stands in Shah Alam (show all)
Ariyana Kitchen Ariyana Kitchen
Lot 4997, Jalan Kampung Bt 7
Shah Alam, 40460

Kambing grill dan meatball padu. Try Sekali, Pasti nk lagi

Lapo Lab Lapo Lab
Jalan Novelis U1/86A Laman Glenmarie
Shah Alam, 40150

Penang Fried Kuey Teow Nasi Lemak Bungkus

Nasi Kenduri Hari-Hari Denai Alam Nasi Kenduri Hari-Hari Denai Alam
Shah Alam, 40160

Nasi Minyak wangi & rasa berlemak sedap boleh dimakan begitu sahaja, jika makan dengan Ayam Sambal Kaw / Daging Kurma Memikat / Kari Kambing Power lagi sedap umpama makan beradap p...

Muiz Hot Chicken Subang Bestari Muiz Hot Chicken Subang Bestari
Jalan Nova N U5/N
Shah Alam, 40000

Ayam goreng VIRAL buat masa ini ayam goreng yang BESAR membuat anda rasa PUAS JOM support LOCAL

Ziq's cookies Ziq's cookies
Jalan Dinar F U3/F Taman Subang Perdana
Shah Alam, 40150

Selling cookies that will make you go mmmmm

ESKEM BITES SDN BHD ESKEM BITES SDN BHD
Shah Alam, 40000

THE ONLY HAPPY ENDING I EVER KNOW

NF Food Shah Alam NF Food Shah Alam
Shah Alam

Menjual Aneka Jenis Makanan/Masakan Kelantan

Durian Crepe Afeeqa Sri Muda Durian Crepe Afeeqa Sri Muda
No 19 Jalan Harum 25/49 Section 25
Shah Alam, 40400

Anda Mencari Dessert Kayangan?? Durian Lovers memang wajib try Durian Crepe Afeeqa ni Okay ! Sumpah Memang Sedap Giler .. Kalau tak nak menyesal Baik Beli sekarang sebelum Keh...

MEAT CUTE MY MEAT CUTE MY
Serambi U8/24, D'Bayu Business Centre, Seksyen U8 Bukit Jelutong
Shah Alam, 40150

Street food full of meaty goodness.

Dapur Petani Dapur Petani
Shah Alam
Shah Alam, 40000

Pemasaran Produk Makanan Tempatan

Wan Kepek Wan Kepek
5A-05-29 JAYA APARTMENT, Jalan ILHAM U2/14, TAMAN TTDI JAYA, SHAH ALAM
Shah Alam, 40150