Bin Nurdin
Pusat Kelengkapan Haji dan Umrah. Segalanya Tersedia Untuk Anda! SSM: 200801001412 (802696-X)
::Ini adalah laman sosial rasmi Bin Nurdin::
Kami menawarkan kelengkapan haji dan umrah, serta busana untuk muslimin dan muslimat. Kunjungi Bin Nurdin dan dapatkan kelengkapan Haji dan Umrah, Buku Agama dan Busana Muslim dibawah satu bumbung. Tidak perlu lagi risau untuk mencari barangan keperluan ibadah anda lagi. Insyaallah
Anda juga boleh membeli secara online di Facebook kami atau terus ke l
Perbezaan Pakaian Ihram Lelaki dan Wanita
✨ Pakaian Ihram Lelaki:
● 2 Helai Kain Putih: Lelaki memakai dua helai kain putih yang tidak dijahit – satu dililit di pinggang (kain bawah) dan satu disangkutkan di bahu (kain atas).
● Tidak Menutup Kepala: Kepala lelaki dibiarkan terbuka tanpa sebarang penutup.
● Tanpa Pakaian Dalam: Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian dalam, tali pinggang, atau sebarang pakaian yang dijahit.
✨ Pakaian Ihram Wanita:
● Pakaian Longgar dan Sederhana: Wanita memakai pakaian yang longgar dan menutup aurat sepenuhnya, tanpa menarik perhatian.
● Warna Bebas: Tidak diwajibkan memakai warna putih, tetapi disarankan memakai pakaian yang tidak menarik perhatian.
● Menutup Aurat: Namun tidak boleh menutup wajah dan tangan.
Pakaian ihram melambangkan kesucian, kesederhanaan, dan persamaan bagi setiap jemaah di hadapan Allah. Semoga ilmu ini bermanfaat bagi yang akan menunaikan ibadah.
💬 Jangan lupa like, komen, dan repost untuk manfaat bersama!
#
Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan anda! 🙏
Saksikan video testimoni pelanggan kami yang telah mencuba produk kami dan merasai sendiri kelebihannya. Setiap kata-kata mereka menjadi motivasi kami untuk terus memberikan yang terbaik.
Jom tonton dan dengarkan pengalaman mereka!
Kain ihram dari BinNurdin ni, memang lain macam selesanya. Materialnya lembut, sejuk, dan senang jaga – boleh basuh mesin, siap cepat kering lagi.
Sesuai sangat dengan cuaca panas terik, sebab kain ni ada aliran udara yang baik, tak rasa melekit langsung.
Dan yang paling best, ia tahan lama, siap boleh guna berkali-kali untuk yang merancang pergi banyak kali.
Dengan kain ihram ni, fokus utama anda hanyalah ibadah, bukan risau kain tak selesa.
Jom ke BinNurdin, Shah Alam atau terus tekan link di bawah untuk kami bantu.
wasap.my/60183453676/FBKainIhram
wasap.my/60183453676/FBKainIhram
wasap.my/60183453676/FBKainIhram
Patik sekalian di BinNurdin berasa amat bertuah dan berbesar hati atas kunjungan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang sudi mencemar duli ke premis kami hari ini.
Kunjungan ini menjadi satu kenangan manis dan inspirasi untuk terus berusaha memartabatkan kualiti perkhidmatan kami demi memudahkan persediaan para jemaah Haji dan Umrah. Terima kasih Tuanku atas penghormatan ini.
Daulat Tuanku! 🙏🏻
Selamat datang ke Bin Nurdin... 😁😁😁😁
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 67 dari kami di BinNurdin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
"Kami on the way dari Masjid Seksyen 7."
Ringkas je pesanan tu. Tapi telah membuat hati saya dupdapp dupdapp seperti genderang mau perang.
Cepat-cepat saya bersiap sarung jubah hitam dan tudung biru kegemaran. Pakai bedak sikit supaya tak berminyak muka. Capai beg dan handphone terus turus ke bawah.
Sampai di BinNurdin tepat pada masa sama beliau dan tim semua juga baru turun kenderaan masing-masing. Alhamdulillah.
Seronok sungguh saya apabila dapat berjumpa dengan semua yang selama ini berada di belakang tabir. 4 tahun lepas mereka ini semualah yang sering membantu saya ketika nak Live sebagai Pengetua di One Cookies.
Walaupun One Cookies kini tiada lagi dan kilangnya sudah pun di tutup sepenuhnya. Meraka masih lagi teguh bersama big boss tuan Khairul Hakimin Muhammad.
Semua tahu betapa struggle beliau nak bangkit semula dan menyelesaikan hutang yang berjumlah RM4.09juta.
Kegigihan beliau mengusahakan ebook, kelas-kelas, jumpa orang itu ini sehingga berjaya mengurangkan hutang dan tinggal hanya lebih kurang RM1 juta lebih saja.
Dan yang berada di belakang beliau serta mendokong segala perancangan kerja beliau, inilah kesepuluh orang anak muda yang hebat dan sangat berbakat.
Alhamdulillah kesemuanya kini Allah jemput menjadi tetamuNya di Tanah Suci bersama Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd.
Kami di Bin Nurdin sangat berbesar hati dapat menyantuni kesemua tetamu Allah dari tim KHM pada Jun yang lepas.
Kecoh satu kedai dengan segerombolan jejaka berpakaian serba hitam masuk ke kedai. Ada yang nak cari deodoran. Ada yang nak try jubah. Ada yang sibuk pilih tali pinggang.
Sampaikan semua staff perempuan kami tak menang tangan nak melayan cik abang semua. Mujurlah ada manager kami Aqib Nordin menenangkan keadaan di bahagian kaunter. Hihi..
Semoga umrah kalian semua mabrur dan diberikan kemudahan dalam setiap urusan serta ibadah. Aameen. Terima kasih kerana sudi mendapatkan kelengkapan umrah di BinNurdin.
Doakan kami di murahkan rezeki seluas-luasnya dan dapat bawa tim BinNurdin p**a semua ke Tanah Suci.
Jom yok ke online kedai Bin Nurdin.
Klik sini https://vt.tiktok.com/ZSY4b9f5k/
Salam tahun baru buat semua. Kita mulakan tahun ini dengan doa Awal Tahun seperti yang kami kongsikan di bawah.
Semoga Allah limpahkan kurnia dan rahmatNya kepada kita semua tahun ini. Aameen.
Doa awal tahun untuk panduan kita semua.
Salam Maal Hijrah 1446H buat semua sahabat BinNurdin.
Semoga kita dapat meningkatkan ketakwaan dan keimanan di tahun baru ini.
Doa akhir tahun untuk panduan kita semua.
Semalam saya ada baca pengalaman jemaah haji Malaysia ketika di Madinah.
Jemaah tersebut bercerita bagaimana ibadah haji banyak mengubah karakter beliau. Sebelum ini beliau bukanlah seorang yang peramah atau rajin bertegur sapa dengan orang keliling.
Beliau terbatal wuduk ketika di masjid. Nak ambil wuduk memang jauh dan agak s**ar. Kalau dah keluar saf memang payah nak dapat tempat semula.
Terus beliau mencari botol wuduk di dalam beg. Cari punya cari tak ada. Allah. Baru beliau teringat suaminya ada mengambil botol spray tersebut.
Melilau beliau melihat sekeliling mencari jika ada sesiapa yang bawa botol wuduk.
Jemaah sebelah menyebelah beliau dari negara lain nampaknya tak ada p**a yang bawa botol spray wuduk.
Akhirnya kelihatan selang 3-4 orang dari beliau ada seorang jemaah dari Malaysia. Beg merah dari Tabung Haji memang mudah nak cam dari jauh. Dalam poket beg itu ada botol spray.
Terus beliau menghampiri jemaah tersebut dan meminta izin untuk menggunakan botol spray untuk berwuduk. Alhamdulillah diizinkan dan selesailah masalah beliau untuk berwuduk.
Saya selalu pesan pada para bakal jemaah yang datang ke Bin Nurdin. Botol wuduk ini memang wajib untuk setiap jemaah bawa. Jangan berkongsi-kongsi dengan suami atau keluarga sebab kita tak tahu di sana nanti mungkin terpisah dan susah nak jumpa.
Jadi standby seorang satu tau. Boleh tambah pahala lagi dengan berkongsi p**a bila ada jemaah dalam kesusahan macam pengalaman jemaah tadi.
Boleh klik sini https://my.shp.ee/sLDt22D
Gais.. Bin Nurdin akan keluarkan kain ihram untuk musim sejuk. Kami nak minta tolong vote corak kain ihram mana yg orang lelaki s**a.
Terima kasih
Tong air zamzam ni kalau sesiapa yang pernah pergi umrah atau haji memang sangat sinonim sangat.
Di mana-mana ada je tong warna coklat cair ni berisi air zamzam sejuk atau biasa. Unlimited supply dan memang kena minum puas-puas masa di Tanah Suci.
Buat yang sentiasa rindu Tanah Suci Mini Zamzam Dispenser ni boleh mengubati rindu kalian. Korang boleh minum air dalam ni bila-bila masa je! Senang guna, comel, dan praktikal.
Kalau ada stok air zamzam di rumah tu memang ngam sangat nak isi dalam ni dan hidang pada tetamu yang datang.
Mini Zamzam Dispenser
Kapasiti: 2 liter
Pilihan warna: Oren, beige, dan kelabu
Berminat boleh tengok di ruang komen ye
NOTIS PEMBERITAHUAN
BinNurdin akan menutup operasi pada 20 - 21 Jun 2024 untuk memberi laluan kepada proses stock take. Kami akan beroperasi seperti biasa pada 22 Jun 2024.
Mohon Maaf di atas kesulitan
Open Interview Host Live. Gais bantu saya war-warkan maklumat ini. Kami nak cari ramai lagi host untuk Bin Nurdin.
Tiada had umur. Sesiapa saja boleh mohon. Butiran lengkap di poster di bawah. Daftar sekarang untuk sesi temuduga.
Notis penutupan sementara.
Sempena Hari Raya Aidiladha ini, BinNurdin akan bercuti pada 17 sehingga 18 Jun 2024 dan akan beroperasi semula seperti biasa pada 19 Jun 2024.
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua pelanggan kami yang dikasihi.
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama merayakan dengan penuh rasa syukur dan keinsafan. Semoga setiap pengorbanan kita diterima dan diberkati oleh-Nya. Nikmati kebahagiaan bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil kita renungi erti pengorbanan yang sebenar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Our Story
::Ini adalah laman sosial rasmi Bin Nurdin::
Kami menawarkan kelengkapan haji dan umrah, rekaan jubah lelaki dan wanita serta busana muslim bercitarasa baru dari serata dunia. BinNurdin juga ada menjual buku-buku agama dan mempunyai ruangan kafe di bahagian bawah.
Kami amat mementingkan keselesaan anda ketika bersama kami, jadi kami turut menyediakan kemudahan seperti surau lelaki dan wanita, tandas yang mesra pengguna terutama bagi pelanggan yang membawa anak kecil.
Kunjungi Bin Nurdin dan dapatkan kelengkapan Haji dan Umrah, Buku Agama dan Busana Muslim dibawah satu bumbung. Tidak perlu lagi risau untuk mencari barangan keperluan ibadah anda lagi. Insyaallah
Anda juga boleh membeli secara online di Facebook kami atau terus ke laman web kami www.binnurdin.com.
BUTIK UTAMA:
BINNURDIN
17, Jalan Tukul N15/N,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor
Tel: 03-55233676
Email: [email protected]
Senarai Ejen Berdaftar:
1) TERENGGANU
Butik: MF SOLEH TRADING
Alamat:
Lot 25881-1, Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu.
No tel: 0104040799/0199837860
Email: [email protected]
2)PERAK
a) Gerik
Butik Harizaifa
No. 25, Jalan Toh Syahbandar Muda Utama,
Pusat Komersial D'Gerik
33300 Gerik, Perak
Tel:0164452348
Email: [email protected]
b) Taiping
SyedNik
No. 14, Lorong Koperasi 1,
Bandar Koperasi,
Kampung Jambu
34000 Taiping, Perak
Email: [email protected]
Tel: 01132095444 / 01132095222
***Segala gambar yang dimuat naik di dalam Facebook Bin Nurdin, adalah harta intelek Bin Nurdin. Sebarang muat turun gambar tanpa kebenaran Bin Nurdin oleh mana-mana individu adalah dilarang sama sekali***
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
17, Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15
Shah Alam
40000
Opening Hours
Monday | 10:00 - 21:00 |
Tuesday | 10:00 - 21:00 |
Wednesday | 10:00 - 21:00 |
Thursday | 10:00 - 21:00 |
Friday | 10:00 - 21:00 |
Saturday | 10:00 - 21:00 |
Sunday | 10:00 - 21:00 |
F23, Lot 2437, AEON Mall Shah Alam, No 1, Jalan Akuatik 13/64, D'Kayangan, Seksyen 13
Shah Alam, 40100
Shah Alam
Shah Alam, 40400
Clairies brace preloved is a place where all the bracelet can have a second chance of love and reple
Jalan Pulau Indah Au10/A, Puncak Perdana
Shah Alam, 40150
Looking for a stylish lanyards and card holders? check our collection now.
L1-20 1ST FLR GAMUDA WALK, L1-20 1ST FLR GAMUDA WALK
Shah Alam, 40460
WHY EDW-We offer the high quality wholesale selection of hair beauty product and accessories and there is no min order quantity for the majority of our products. we also provide t...
L3-26 L3, Pusat Komersial Arena Bintang, No. 3, Jalan Zuhal U5/179, Seksyen U5
Shah Alam, 40150
UiTM Shah Alam
Shah Alam, 4000
Accessories are often chosen to complete an outfit and complement the wearer's look. So, what else do you think? Let's take a look of Yourjewel.
Shah Alam
A platform for getting more quality of Accessories, clothes and some home decorations
Shah Alam, 42500
Selangor, Malaysia based � Postage : RM8 (WM) RM12 (EM) � Click the link to order https://msha.ke/putripetals