Huhomr

Pembinaan & Ubahsuai Rumah termasuk reka bina

Photos from Huhomr's post 13/05/2024

Tapak Projek : Saujana Utama 3, Puncak Alam

Kemajuan Kerja : Pemasangan rasuk bumbung, bumbung jenis zink dan kerja-kerja melepa dinding.

Pelanggan yang berada dikawasan sekitar berminat dapatkan sebutharga percuma termasuk lawatan tapak, boleh hubungi kami di +601163660426

Photos from Huhomr's post 04/05/2024

Tapak Projek : Saujana Utama 3, Selangor
Kemajuan Projek : Kerja-kerja pemasangan kotak bentuk bagi tiang dan rasuk bumbung untuk tambahan ruang balkoni tingkat atas. Minggu depan proses konkrit untuk kedua-dua struktur di atas.

Kawasan sekitar yang ada kerja-kerja baikpulih rumah termasuk kerja mengecat dan kebocoran bumbung dan lantai bilik air boleh hubungi kami di 01163660426.

Photos from Huhomr's post 27/04/2024

Tapak Projek : Telok Panglima Garang

Status Projek : Kerja-kerja kemasan sedang dijalankan termasuk pemasangan jubin, siling kapur dan mengecat.

Boleh hubungi kami untuk dapatkan sebutharga & lawatan tapak secara percuma di talian 01163660426

Photos from Huhomr's post 22/04/2024

“Dapatkan sebutharga dan lawatan tapak secara percuma”

Tapak Projek : Saujana Utama 3, Kuala Selangor

Skop kerja : Kerja-kerja menaiktaraf tempat letak kereta, pelebaran pagar pintu utama dan balkoni termasuk tandas bilik utama.

Hari ini bermula kerja-kerja ubahsuai disini, jika ada pelanggan disekitar yang berminat nak dapatkan sebutharga percuma boleh maklum pada kami. Boleh whatsapp kami 01163660426

Photos from Huhomr's post 23/01/2024

Tapak Projek : Teluk Panglima Garang
Kerja-kerja tambahan dan ubahsuai rumah 2 tingkat.

Photos from Huhomr's post 08/01/2024

Hari ini bermula kerja-kerja tambahan dinding dan lantai bagi rumah dua tingkat di Subang Bestari.

Kerja pengorekkan dan mengikat besi bagi rasuk dan lantai tanah.

Jika mencari kontraktor untuk kerja ubahsuai boleh hubungi kami atau whatsapp https://wa.me/601163660426

02/01/2024

Hari ini menandatangani Borang G3 (Asas Tapak) dan Borang G4 (Struktur) untuk keperluan Sijil Layak Menduduki (CCC) bagi tambahan dan ubahsuai rumah di Puchong.

Jika menggunakan syarikat yang berdaftar dengan CIDB tiada masalah untuk proses ini. Banyak kelebihan jika pemilik rumah memohon CCC selepas siap kerja-kerja tambahan antaranya nilai hartanah boleh meningkat daripada harga semasa sebelum ubahsuai.

Photos from Huhomr's post 23/12/2023

Semalam bermula kerja-kerja menaiktaraf kalis air di dalam bilik air dengan bumbung konkrit.

Pemilik maklum pada kami tidak mahu menggunakan kaedah pecah lantai. Oleh itu, kaedah cecair telus digunakan tanpa perlu pecah lantai asal.

Kerja-kerja ini mengambil masa dalam 4 jam untuk disiapkan. Selepas 24 jam bilik air tersebut boleh digunakan.

Untuk luar, kaedah lapisan kalis air Sika 107 dengan Penten T200.

Photos from Huhomr's post 20/12/2023

Hari ini pergi melawat tapak di Puncak Perdana untuk kerja-kerja tambahan lantai dengan jubin diluar rumah.

Pemilik ini adalah pelanggan kami semasa awal penubuhan syarikat kami. Dulu kami membina surau tambahan di belakang rumah beliau.

Hari ini masih diberi kepercayaan untuk kerja tambahan tersebut. Diharap kami masih boleh memberi perkhidmatan yang terbaik lagi.

Photos from Huhomr's post 19/12/2023

Semalam pemilik rumah yang telah siap bina maklum ada beberapa perkara yang perlu dibaiki. Rumah ini telah diserahkan pada akhir bulan Ogos 2023.

Ada beberapa perkara yang perlu dibaiki antaranya paip air dengan kemasan dinding.

Photos from Huhomr's post 06/12/2023

Pagi tadi ke Taman Melawati, Ampang Jaya bersama pelukis pelan ambil ukuran rumah untuk proses kelulusan pelan. Pemilik rumah tiada pelan asal terpaksa ambil ukuran semula. Pelan tersebut mengambil masa dalam satu minggu untuk disiapkan.

Selepas itu, ke Teluk Panglima Garang untuk mengambil gambar luaran rumah serta tandatangan pemilik rumah setelah pelan ubahsuai disiapkan. Pelan ubahsuai akan dihantar ke Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Photos from Huhomr's post 29/11/2023

Hari ini dapat bantu pemilik rumah di Elmina Green 1, Shah Alam. Pintu gelangsar aluminium jenis kaca mengalami kerosakan disebabkan karat.

Oleh itu, kami terpaksa menukar laluan pintu gelangsar aluminium yang baru tanpa merosakan struktur asal kerangka pintu itu.

Sebutharga telah diberikan, tunggu respon pemilik untuk memulakan kerja.

Photos from Huhomr's post 24/11/2023

Semalam kami mengadakan lawatan tapak untuk kali kedua di Taman Melawati. Antara kerja-kerja adalah menambah ruang dapur di tingkat bawah dan ruang bilik atas.

Setelah beberapa kali perbincangan yang telah dijalankan, akhirnya pemilik rumah ini setuju untuk memulakan kerja.

Proses seterusnya permohonan pelan bangunan di Majlis Perbandaraan Ampang Jaya, Selangor. Kerja permohonan akan mengambil masa 2-3 bulan. Diharap kami dapat memulakan secepat mungkin.

Photos from Huhomr's post 23/11/2023

Semalam pergi baikpulih bumbung jenis kaca di Lakeside Glomac Residence Puchong, bahagian penyelenggaraan maklum ada kebocoran. Tapi selepas penyiasatan, kebocoran diluar daripada skop kerja kami. Kami terus bantu dengan membaikpulih bumbung tersebut.

Sebelah petang p**a, dapat berjumpa dengan Encik Rahman dari syarikat yang menjalankan kerja-kerja membaikpulih bumbung jenis konkrit dan aluminium. Kerjasama antara pihak kami dengan syarikat beliau diharap akan mendatangkan hasil.

Photos from Huhomr's post 21/11/2023

Tadi mengadakan perjumpaan kedua bersama pemilik rumah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur berkenaan kerja-kerja tambahan dan ubahsuai rumah.

Pemilik selalu bekerja diluar kawasan, agak sukar untuk mengadakan perbincangan dengan pemilik. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan sebutharga serta permohonan kelulusan pelan.

Pemilik ambil maklum berkenaan kepentingan kelulusan pelan dan proses seterusnya untuk menyediakan pelan tambahan dan ubahsuai untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Photos from Huhomr's post 16/11/2023

Hari ini adakan lawatan tapak di rumah bunglow milik pelanggan di Perdana Heights, Puncak Perdana. Pelanggan mencadangkan tambahan bilik atas dan ruang terbuka disebelah bawah. Anggaran saiz dalam 18’x15’ termasuk dinding jenis kaca.

Unit ini adalah jenis ‘zero lot bunglow’ memerlukan kelulusan daripada pihak majlis sebelum kerja-kerja dijalankan.

Kami akan melakarkan pelan awalan sebelum mengeluarkan sebarang sebutharga. Proses ini akan mengambil masa dalam 2 minggu sebelum proses seterusnya iaitu permohonan kelulusan pelan.

15/11/2023

Hari ini dapat berjumpa dengan dua Pengurus Perkhidmatan bagi bangunan Pangsapuri Seri Baiduri dengan Pangsapuri Seri Intan, Setia Alam.

Mereka memaklumkan kebanyakkan kerja-kerja membaikpulih adalah skop kerja kalis air di sekitar bumbung pangsapuri.

Oleh itu, beberapa solusi dan produk kami cadangan untuk membaikpulih keadaan bumbung tersebut. Harap dapat menyelesaikan masalah di pangsapuri tersebut.

Photos from Huhomr's post 14/11/2023

Hari ini berkesempatan menghantar Profil Syarikat Huhomr ke syarikat-syarikat penyelenggaraan pangsapuri di sekitar Setia Alam, Selangor. Jika ada peluang boleh lah bekerjasama sekali 😊

Photos from Huhomr's post 26/10/2023

Hari ketiga dapat siapkan siling kapur termasuk cat sekali. Diharap pelanggan kami berpuas hati dengan hasil kerja kami. Insyallah, akan cari lagi kerja-kerja penyelenggaraan seperti ini lagi.

Kerja sudah siap, boleh terus hantar invois 😊. Terima kasih pada semua yang membantu.

Kita sambung p**a kerja untuk kelulusan pelan di Majlis Daerah Kuala Langat, Selangor. Gambaran pelan yang dicadangkan seperti dibawah.

Photos from Huhomr's post 25/10/2023

Hari Kedua di Bangunan Fasiliti Glomac Lakeside Residence, Puchong.

Sambungan kerja-kerja pemasangan siling kapur telah dijalankan.

Diharap dapat siap esok termasuk cat siling sekali.

Photos from Huhomr's post 24/10/2023

Harini dapat siapkan kerja pemasangan bumbung kaca di Bangunan Fasiliti Glomac Lakeside Residence, Puchong.

Disebabkan hujan lebat, kerja-kerja terpaksa dihentikan sementara. Selepas reda baru kami mulakan kerja.

Esok sambung pasang siling kapur dan kerja-kerja membaikpulih siling sediada yang telah bocor disebabkan air hujan.

Photos from Huhomr's post 23/10/2023

Selepas beberapa kali perbincangan, akhirnya pelanggan kami bersetuju untuk menambah dapur di tingkat bawah dan bilik tidur di tingkat atas.

Sebelum itu, kami perlu memohon pertambahan masa dari DBKL kerana kelulusan pelan telah tamat.

Kerja-kerja akan bermula selepas kelulusan pertambahan masa diterima.

Photos from Huhomr's post 12/02/2023

Pelanggan sediada telah menghubungi kami semula untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih rumah beliau di Seksyen 7, Shah Alam.

Kerja-kerja tersebut termasuklah mengecat dinding serta pintu. Mengilap lantai jenis marmar dan membaikpulih peralatan tandas.

Proses kerja tersebut berjalan selama 6 hari sahaja untuk menyiapkan semua kerja yang dinyatakan di atas.

Terima kasih kepada pelanggan kami yang masih mempercayai perkhidmatan kami.

Jika ada sesiapa yang perlukan khidmat kami boleh hubungi kami di 01163660426.

Photos from Huhomr's post 27/01/2022

Gambaran sebelum dan selepas untuk kerja-kerja yang terbengkalai. Pihak kami juga mengambil kerja-kerja yang ditinggalkan oleh kontraktor yang lama. Diharap pemilik berpuas hati dengan hasil kerja kami.
“Jurutera ubahsuai dan bina rumah jiran anda”

Photos from Huhomr's post 06/05/2021

Hari ini siap kerja-kerja pemasangan bumbung jenis ‘polycarbonate’ beserta struktur keluli dan lantai jubin di lot bunglow Puncak Perdana.
Anggaran kasar untuk menyiapkan kerja-kerja diatas adalah Rm30,000 dengan saiz 26x13 termasuklah pendawaian elektrikal sekali.
Diharap pihak Tuan rumah berpuas hati dengan hasil kerja kami 🙏🏻.
“harga tukang, jurutera bina”

Photos from Huhomr's post 29/03/2021

Gambaran sebelum dan selepas untuk kerja-kerja pengubahsuai tempat letak kereta pemilik rumah di Kelana Jaya, Selangor.

Kami mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk siapkan kerja-kerja diminta oleh pemilik rumah.

Antara kerja-kerja yang kami jalankan untuk kerja besi termasuk pemasangan sengkuap jenis ‘ACP’, jeriji dan pagar utama jenis lipat.

Manakala untuk kerja lantai p**a, kami menjalankan aktiviti mengorek tanah, konkrit lantai dan pemasangan jubin 2x1 jenis kasar di ruangan tempat letak kereta.

Jika ada yang berminat boleh maklum kepada kami dengan harga bermula Rm15,000 untuk ubahsuai tempat letak kereta rumah anda.

“harga tukang, jurutera bina”

21/03/2021

Siap pemasangan sengkuap jenis aluminium besi di Pulau Indah.

Saiz sengkuap tersebut dalam 20’x10’ dan tuan rumah memohon agar membuat lengkungan di hadapan serta penghadang di tepi.

Jika ada sesiapa yang berminat boleh terus hubungi kami. Sementara slot sebelum raya kami belum penuh.

“harga tukang, jurutera bina”

Photos from Huhomr's post 19/03/2021

Gambaran sebelum dan selepas kerja-kerja pemasangan pagar utama di Seksyen 7, Shah Alam.
Tuan rumah berpuashati dengan hasil kerja kami. Ada yang berminat boleh hubungi kami.
“harga tukang, jurutera bina”

Photos from Huhomr's post 06/03/2021

Gambaran semasa proses pemasangan rangka aluminium dan bumbung jenis kepingan logam saiz 20’x10’ di Taman Azalea, Sungai Buloh, Selangor.
Terpaksa siapkan kerja sehingga malam disebabkan hujan lebat petang tadi.
“harga tukang, jurutera bina”

Want your business to be the top-listed Engineering Company in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Siap pemasangan sengkuap jenis aluminium besi di Pulau Indah.Saiz sengkuap tersebut dalam 20’x10’ dan tuan rumah memohon...

Telephone

Address


Jalan Elektron U16/36
Shah Alam
41600

Other Construction Companies in Shah Alam (show all)
Greentech Engineering Dynamics Sdn Bhd Greentech Engineering Dynamics Sdn Bhd
Shah Alam, 40070

Licenced CIDB Registered Contractor

AZH Builders AZH Builders
Shah Alam

We are recommended local construction company. We work hard to give our clients the best service.

S.K.Kurnia S.K.Kurnia
No. 1 Jalan Gunung Tahan U11/1D, Bukit Bandaraya
Shah Alam, 40170

Mysnys Services and Construction Sdn Bhd Mysnys Services and Construction Sdn Bhd
Shah Alam, 40150

We want to make a significant change in the civil and structural engineering with manned by experien

Modern Islamic Deco Modern Islamic Deco
No 7-2F Jalan Setia Perdana BD U13/BD Setia Alam
Shah Alam, 40170

Contractor And Supplier Clc Foam Board

Aysiq Construction Aysiq Construction
19-G Jalan Suria S U5/S Seksyen U5 (Panasuria)
Shah Alam

Sebut Harga Adalah Percuma. Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Ubahsuai Rumah, Wiring, Awning, Pagar Rumah, Kabinet Dapur, Wardrobe & Kabinet TV Hubungi Kami :- +60133901484- E.Hanafi...

A.Khir.Hakim Perunding A.Khir.Hakim Perunding
26, Jalan Pulau Indah U10/59
Shah Alam, 40170

Civil & Structural Engineering Consulting Firm | Perunding Kejuruteraan Awam | Project Managers

Kontraktor Bina Rumah - Servitech Enterprise Kontraktor Bina Rumah - Servitech Enterprise
Jalan Haruan, 17/35 Seksyen 17
Shah Alam, 40200

KONTRAKTOR BINA RUMAH BERDAFTAR CIDB (G1) ▪️BINA RUMAH SEWA ▪️BINA RUMAH BAJET ▪️BINA RUMAH BANGLO

Kursus EAZY Green Card CIDB training class Malaysia Kursus EAZY Green Card CIDB training class Malaysia
Shah Alam, 40000

Assalamualaikum W.B.T, kami dari SL OSH merupakan syarikat bumiputra yang telah beroperasi sejak tahun 2002. Kami menyediakan kursus keselamatan HSE. .

Shah Alam House Renovation Shah Alam House Renovation
No. 1, Jalan Analisis Satu 23/13A
Shah Alam, 40300

Kami bina & renovate rumah ikut citarasa anda.

Kontraktor Hadicon Bina Kontraktor Hadicon Bina
Jalan Setia Perdana BA U13/BA
Shah Alam, 40170

Kontraktor Bina Rumah & Ubahsuai Rumah di Selangor & KL. Daftar dengan SSM, CIDB, PKPM, SOCSO & KWSP

CMU Expert CMU Expert
P-3-3A, Blok P, Jalan Plumbum U7/U, Pusat Komersial Seksyen 7
Shah Alam, 40000

KONTRAKTOR - Rumah 'CMU Blok'