Pewarisan Harta Orang Islam
Nearby finance companies
Shah Alam
40000
40000
40000
No 11 Jalan Ruang U8/109 Seksyen U8 Bukit Jelutong Shah Alam
40000
40000
40000
Sha
Mercu Maybank
40000
Kgssaas
Space U8
Sumurwang Tower
40000
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pewarisan Harta Orang Islam, Shah Alam.
HIBAH MENYEBABKAN WARIS BERBALAH ? BIAR JELAS JANGAN KELIRU.
Artikel oleh : Tn hj Ariffin Sabirin Official CEO Wasiyyah Shoppe Berhad
Saya telah terlibat secara aktif di dalam industri perancangan harta ini semenjak 1998 iaitu 24 tahun lepas ketika hampir tiada langsung sesiapapun yang bercakap tentang isu harta pusaka secara agresif dalam masyarakat.
Masyarakat ketika itu tidak faham langsung tentang faraid atau wasiat jauh sekali hibah. Bersama beberapa individu ( ramai antararanya telah meninggal dunia ), kami bertungkus-lumus bekerja mendidik masyarakat tentang isu ini ketika itu.
Saya juga telah dikurniakan rezeki untuk bercakap di negara2 seperti Turki, Australia, UK, Singapore, Brunei dan semasa PKP berpeluang zoom bersama beberapa negara asia barat.
Saya dapati di kalangan umat Islam, wujud juga masalah harta pusaka di negara2 ini namun teruk atau tidak masalah pusakanya, ia tertakluk kepada peruntukan undang2 negara berkenaan.
HIBAH MENYEBABKAN WARIS BERBALAH ?
Saya ditanyakan berkenaan video tular seorang hamba Allah yang menceritakan tentang bagaimana dia telah berjaya memuafakatkan waris untuk mengubah ‘hibah’ yang dibuat simati supaya ia menjadi harta pusaka kembali dan diagihkan kepada waris faraid seterusnya masalah pusaka itu dapat diselesaikan.
Pada kadar pengalaman & pengetahuan saya yang tak seberapa ini, ulasan hamba Allah ini jika didengar orang awam yang tidak mengaji subjek ini boleh mencetuskan kekeliruan. Hujah saya :
1. Siapakah kita untuk mengubah ‘hibah’ yang telah sempurna rukun & syaratnya ?
Hak untuk memberi hibah ialah hak tuan punya harta selagi dia masih hidup. Islam tidak menyekat kita dari melupuskan harta ketika hidup termasuk melalui hibah kerana harta itu milik kita dan kita berhak membuat apa saja ke atasnya.
Sebaik sahaja hibah itu sempurna rukun dan syaratnya, maka ia sah dan berkuatkuasa ( ada proses di mahkamah syariah yang perlu dilalui bagi pengesahan hibah ).
Jika selepas kematian pemberi hibah, kita telah memujuk waris untuk mengubah hibah yang telah sah itu supaya menjadi harta pusaka hanya dengan alasan masalah pusaka tak selesai atau waris berbalah, apa p**a hukumnya ?
Adakah kita tahu apa sebenarnya hasrat simati tadi bila dia menghibahkan hartanya hanya kepada anak tertentu sahaja?
Adakah kita tahu maslahat penerima hibah itu ; belum cukup umur / tidak waras fikiran / kurang berjaya dalam kehidupan berbanding waris lain, yang menyebabkan ibubapa memberikan hibah kepadanya dan bukan waris lain?
Hibah hanya sunat disamaratakan bukan wajib kerana hak memberi harta itu kepada sesiapapun mengikut berapa bahagian pun adalah hak tuanpunya harta asalkan sahaja hibah itu sempurna rukun & syaratnya.
Hibah yang sah bermakna harta itu telah menjadi milik penerima hibah dan terkeluar dari harta pusaka.
Melalui pujukan kita & tekanan majoriti waris, penerima hibah yang enggan memanjangkan cerita pun bersetuju. Kita pun berjaya ‘memuafatkan’ waris supaya menukar status harta dari harta hibah kepada harta pusaka.
Dalam situasi ini Adakah penerima hibah benar2 redha melepaskan harta hibah yang telah diterimanya itu untuk diagih semula kepada waris2 lain?
Keadaan lebih buruk jika penerima hibah itu bawah umur. Pemegang amanah kepada kanak2 ini TIDAK BOLEH sewenang2nya bersetuju untuk membatalkan hibah itu kerana dari segi hukum dia hanya ada kuasa menerima hibah bagi pihak kanak2 itu sahaja dan tiada kuasa bersetuju dengan pembatalannya ( kecuali bagi hubungan yang dibenarkan pembatalan ).
Dalam kita kononnya ingin menegakkan sesuatu hukum kita melanggar p**a hukum yang lain.
Di kebanyakan negara yang saya berpengalaman berceramah, membentang kertas kerja dan engage dengan otoriti tempatan dan masyarakat, perbalahan waris tetap berlaku walaupun instrumen hibah langsung tidak wujud di negara itu.
KESIMPULAN.
1. Masyarakat perlu dididik dengan jujur dan telus tentang semua instrumen yang wujud di dalam Islam.
Islam ini syumul dan menyeluruh. Janganlah cerita sekerat2 mengikut pengetahuan & pengalaman peribadi sendiri sahaja kerana kesemua instrumen ini juga wujud dalam Islam. Siapakah kita ingin menafikannya.
2. Berlapang dada dalam mempelajari ilmu fiqh mawarith kerana ia sangat luas dan komprehensif.
Faraid memang hukum Allah dan wajib dipatuhi namun hibah juga pilihan yang Allah berikan kepada kita. Ilmu berkaitan hibah dibincang dan dibahaskan ulama2 muktabar semenjak ribuan tahun sehingga hari inj. Perbuatan menakut-nakutkan masyarakat dengan ‘demonize’ hibah tanpa kita sendiri mendalami ilmu itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
3. Para daie, perunding atau sesiapa sahaja di luar sana yang ingin membawa ilmu fiqh mawarith ke dalam masyarakat mestilah ada sifat AMANAH ILMU.
Cerita dengan telus jangan sorok fakta. Kalau kurang faham jangan malu untuk belajar walaupun kita ni taraf selebriti. Jangan memburuk-burukkan hibah semata-mata kerana nak menegakkan pandangan kita. Semua ilmu ini milik Allah.
4. Bukan hibah itu yang salah.
Analoginya sama dengan cerita buruk yang kita dengar tentang poligami. Bukan poligami itu yang salah tetapi pengamalnya yang tidak faham. Begitu juga hibah tidak salah tetapi pembawa ilmu ini yang tidak berpengetahuan yang menyebabkan masyarakat keliru dan menyebabkan hibah itu bermasalah. Sama juga faraid itu tidak menyebabkan waris berbalah tetapi kefahaman masyarakat itu yang terhad.
Jom cakna & ambil tahu❗
Ambil tahu ilmu-ilmu tentang Pewarisan Harta Orang Islam, Follow FB Page:
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jom cakna ilmu-ilmu tentang Pewarisan Harta Orang Islam, Follow Telegram :
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi @ nasihat tentang pewarisan harta orang islam secara PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
🌹
PERUNDING PEWARISAN NI KERJANYA KEJAR KOMISEN JE BUKAN IKHLAS NAK MEMBANTU PUN !
Ini respon yang saya dapat baru2 ini. Respon balas saya p**a ialah :
1. Niat dalam hati kita boleh dibaca orang lain dengan mudah?
Mana anda tahu perunding pewarisan ni bermata duitan & kejar komisen saja? Anda boleh baca niat mereka? Tiada sesiapa pun tahu niat sebenar seseorang kecuali Allah SWT.
Anda tahu ke segala pengorbanan tanpa mengenal waktu dan penat lelah yang mereka lakukan untuk belajar ilmu fiqh mawarith dan bekerja non-stop menyebarkan ilmu ini kepada umat Islam ?
Kalau anda boleh baca niat di dalam hati mereka barulah anda boleh mendakwa sedemikian.
2. Kecoh orang kata di Malaysia ada RM 70 bilion harta pusaka tertunggak.
Masalah harta pusaka tertunggak ni telah lama diperkatakan. Ilmu ini bukan milik ekslusif golongan tertentu sahaja. Golongan ‘berilmu’ ini secara bersendirian tidak akan mampu menyelesaikan masalah harta pusaka tertunggak ini walaupun mereka mendakwa mereka pakar.
Apa yang Kita perlu ialah menggembeling seluruh tenaga masyarakat untuk berdakwah mengatasi cabaran ini. Sama ada anda ustaz, peguam, dr, arkitek, jurutera atau sesiapapun. Jika anda mempunyai semangat untuk membantu umat Islam dalam urusan ini, anda dialu-alukan.
Kerana itu saya semenjak 2004 aktif membina perunding pewarisan di Wasiyyah Shoppe Berhad ( dipanggil daie ) yang terdiri dari pelbagai latarbelakang.
Melalui daie kami telah memasyarakatkan ilmu ini. Saya terima sesiapa saja yang benar2 serius ingin belajar ilmu ini dan membantu masyarakat.
Daie dilengkapkan dengan ilmu fiqh mawarith tahap KBAAT dan dibimbing panel syariah yang berpengalaman luas dan berpengetahuan tinggi.
Daie telah diserapkan dengan doktrin bahawa kerja ini adalah satu ibadah fardhu kifayah. Kerja kita mestilah ikhlas dan amanah. Matlamat utama kami bukanlah wang sebaliknya untuk membantu seberapa ramai umat Islam yang boleh.
Alhamdulillah semenjak 2004, lebih 80,000 orang Islam telah kami bantu melalui daie2 ini. Lebih dari 600 kes pusaka telah diselesaikan dengan nilai harta pusaka terlibat melebihi RM 650 juta !
Orang yang dok bising perunding pewarisan kejar komisen ni berapa juta nilai harta pusaka yang anda dah selesaikan?
3. Orang lain yang dok kata perunding pewarisan buat kerja ini sebab komisen tu buat kerja ni free ke?
Orang yang dok sibuk kata perunding pewarisan kejar duit & berorientasikan keuntungan itu juga merupakan orang yang bantu masyarakat urus harta pusaka.
Saya nak tanya soalan ini, kalian bantu urus masalah harta pusaka masyarakat FREE kah ? Memang buat kerja ini fisabillah?
Memang kerja berjumpa dengan waris2 bagi khidmat nasihat, buat carian hartanah di pejabat tanah, tolong isi dan masukkan borang permohonan pusaka di ejensi berkenaan, hadir bersama waris ketika bicara kuasa, semua kerja ni anda buat FREE?
Jangan hipokrit !
Kalian juga mengenakan caj kepada waris untuk bantu selesaikan isu pusaka. Kalau anda mengenakan caj, bukankah anda juga berorientasikan keuntungan ? Apa pekerjaan hari ini yang FREE sepenuhnya ? Urusan pengkebumian jenazah yang merupakan ibadah fardhu kifayah juga ada fi nya.
PS ; sekurang2nya memang Wasiyyah Shoppe bantu waris melalui proses harta pusaka dengan PERCUMA tanpa mengenakan sebarang fi perkhidmatan semenjak 2007.
Jom Cakna & Ambik Tahu❗️
Jemput follow link FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jemput follow link Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
🌹
Kredit to: Ariffin Sabirin Official
FOUNDER MENINGGAL DUNIA, SYARIKAT TUTUP ?
23 tahun dalam industri perancangan harta pusaka saya secara peribadi melihat dengan mata sendiri syarikat tutup selepas kematian pengasasnya.
Waris-waris berbalah sesama sendiri merebutkan saham syarikat. Pekerja-pekerja , pembekal dan pengedar yang setia dan bagus berhenti. Operasi syarikat kelam kabut.
Akhirnya syarikat yang sudah dibina puluhan tahun dan telah memberi manfaat kepada ramai orang, TUTUP OPERASI ! Semua orang rugi. Ekonomi ummah dan negara pun rugi.
Wasiyyah Shoppe Berhad membantu founder merancang pewarisan perniagaan mereka. Manfaat At Tijarah :
1. Perbalahan waris tentang hak ke atas saham dapat dielakkan.
2. Syarikat terus beroperasi seperti biasa walaupun Founder dah mati.
3. Waris-waris terus mendapat manfaat dari perniagaan bergenerasi lamanya.
Founder perniagaan .. anda mahu pastikan syarikat anda terus hidup dan memberi manfaat kepada semua orang bergenerasi lamanya ? Kami boleh bantu.
Jom cakna & ambil tahu❗
Jemput follow link FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jemput follow link Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
🌹
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗧𝗨 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔?!
Betul! Semasa kita hidup semua harta-harta adalah milik kita sepenuhnya. 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 apakah yang akan terjadi kepada harta-harta tersebut sekiranya kita meninggal dunia?
Terutamanya harta tak alih seperti rumah, hartanah dan lain-lain. Adakah harta itu akan dibahagikan mengikut Hukum Faraid? Atau harta-harta tersebut anda tinggalkan wasiat (pesanan) supaya diagihkan kepada waris-waris mengikut formula anda?
𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗧𝗨𝗞𝗔𝗥 𝗡𝗔𝗠𝗔, 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜 𝗝𝗨𝗚𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗡?
Proses pindah milik juga merupakan salah satu kaedah perancangan harta. Tidak menjadi halangan bagi mereka yang mampu untuk melalui proses-proses tersebut.
Apa yang penting, pastikan anda ‘bersedia’ sekiranya penerima harta yang telah dipindah milik semasa hidup itu meninggal dunia terlebih dahulu, maka pemilik asal harta tidak lagi boleh membatalkan, mengubah atau menarik balik harta tersebut.
𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 – 𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞
Pilihan untuk merancang ada ditangan pemilik harta. Cuma, pilihlah kaedah yang terbaik untuk membuat perancangan harta. Solusi perancangan harta (Hibah) adalah yang terbaik untuk memastikan harta-harta yang anda miliki tidak menjadi punca keregangan dan perbalahan dikalangan waris-waris.
Anda ingin tahu bagaimana Hibah boleh mengelakkan berlakunya ‘terasa hati’ sesama waris?
Hubungi Daie Kami untuk dapatkan konsultasi @ nasihat tentang pewarisan harta orang islam secara PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
Jom cakna & ambil tahu❗
Ambil tahu ilmu-ilmu tentang Pewarisan Harta Orang Islam, Follow FB Page:
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Cakna ilmu-ilmu tentang Pewarisan Harta Orang Islam, Follow Telegram :
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
🌹
SALAH FAHAM DOKUMEN HIBAH
Seorang isteri yang kematian suami msg dan call saya kelmarin dengan nada yang sayu.
Isteri membeli rumah di Terengganu, dimana loan financing atas nama dia. Pemilikan rumah p**a nama dia dan suami. Seminggu lepas semua dokumen rumah dan loan di tandatangani, suami nya meninggal mengejut.
Selepas 2 tahun suami meninggal, isteri terima satu surat dari peguam mengenai tuntutan pusaka suami dari IBU si mati . Ya !! Si mati masih ada ibu yang mempunyai bahagian 1/6 pusaka tersebut. Siapa sangka ini akan berlaku .
Semasa membuat loan rumah tersebut satu dokumen “ Letter of Hibah “ ditandatangani kedua2 pihak dgn anggapan Hibah tersebut akan berlakunya turun milik bahagian suami pada isteri.
Dokumen Hibah yang cantik beserta dgn chop setem dan Sign kedua2 pihak ini rupanya hanya dokumen hibah pembiayaan.
Dokumen Hibah ini p**a hanya akan diketahui sahnya apabila dibawa ke Mahkamah Syariah.
Kesian isteri, beranggapan Hibah ini akan memudahkan dia, namun lain yang berlaku.
Semakin lama saya membantu ummah dalam penyediaan Dokumen Hibah yang sah dari segi hukum dan syarak, semakin banyak dokumen Hibah yang saya jumpa yang rupanya salah faham mengenai dokumen hibah ini.
Beringatlah ! Jika kita benar2 ingin membuat Hibah Hartanah ( Rumah dan Tanah) , pastikan lengkap rukun dan syaratnya. Buatlah dokumen dengan syarikat patuh AMANAH yang benar pada dokumennya dan SAH dari hukumnya. InshaAllah InshaAllah ..
Jom cakna & ambil tahu❗
Ambil tahu ilmu-ilmu tentang Pewarisan Harta Orang Islam, Follow FB Page:
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jom cakna ilmu-ilmu tentang Pewarisan Harta Orang Islam, Follow Telegram :
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi @ nasihat tentang pewarisan harta orang islam secara PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
🌹
𝙑𝘼𝙇𝙄𝘿 𝙆𝙀?
Surat akuan hibah sebegini kerap juga ambe terima terutama bila berlaku kematian kepada pemberi hibah dan waris2 atau penerima merujuk kepada ambe untuk mendapatkan nasihat. Sepatutnya pemberi hibah tu tanya dulu ambe sebelum sediakan dokumen atau sebelum dia mati...😁
Tajuk macam dah cantik, Surat Akuan Hibah. Siap mati setem tu. Tapi apa kelemahannya?
1. Akad yang ada hanya pemberian (ijab) sahaja, tanpa ada perakuan terima (qabul) dari penerima.
2. Apakah ijab tersebut hibah? Adanya ayat "Selepas kematian saya..." ijab itu memberi maksud wasiat bukannya hibah. Sekadar wasiat, jika kepada anak, ia memerlukan persetujuan waris lain dan jika kepada cucu, ianya sah ada kadar 1/3.
Akhirnya, dokumen tu tak kemana. Atau lagi tepat ke laut.😆
Kepada pihak tertentu yang memberi perkhidmatan menulis surat sebegini, tolong pastikan ia betul2 bertepatan dengan kehendak syarak dan undang2. Sekian.
Penulisan dr
USTAZ MOHD KHUSAIRI SALEH, DIF
✅Jangan salah buat dokumen sebaiknya anda tanyalah pakar yg mahir dalam pengurusan Harta Pusaka Islam.
Jom cakna & ambil tahu❗
Follow FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Follow Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
🌹
𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 𝗞𝗘 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗖𝗔𝗝 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔?
Apabila ingin menguruskan harta pusaka, kita perlu mengemukakan permohonan sama ada di Pejabat Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad. Tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing.
Harta pusaka hanya boleh diterima waris selepas semua proses perundangan di agensi ini selesai.
Walaupun proses pengurusan ini dilalui oleh waris sendiri, pasti ada kos yang perlu ditanggung.
Persoalannya, siapakah waris yang akan menanggung kos-kos pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan?
Adakah waris akan bekerjasama atau waris yang diamanahkan perlu menanggung kosnya bersendirian?
Bagaimana p**a sekiranya waris menggunakan perkhidmatan profesional pihak ketiga? Sudah pasti ada FI profesional bagi tujuan ini.
𝙈𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙋𝙚𝙧𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙠𝙩𝙖 𝙋𝙧𝙤𝙗𝙚𝙩 & 𝙋𝙚𝙣𝙩𝙖𝙙𝙗𝙞𝙧𝙖𝙣 1959, 𝙥𝙞𝙝𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙜𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙥𝙪𝙨𝙖𝙠𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙘𝙖𝙟 𝙨𝙚𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 5% 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙣𝙞𝙡𝙖𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙩𝙖 𝙥𝙪𝙨𝙖𝙠𝙖.
Fi ini tidak termasuk Fi rampaian yang dikenakan oleh pihak berkenaan atau kos yang perlu dikeluarkan dalam melaksanakan urusan tersebut (kos perjalanan, kos percetakan dan lain-lain).
𝗪𝗔𝗦𝗜𝗬𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗛𝗢𝗣𝗣𝗘 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗝 𝟬%
𝗬𝗔! Wasiyyah Shoppe Berhad tidak pernah menaikkan kos ini walaupun ketika dunia dilanda krisis ekonomi (2008) dan ketika dunia dilanda pandemik.
Waris tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos. Tambahan p**a, perkhidmatan Khutbah Pusaka juga disediakan bagi membimbing dan memberi penjelasan kepada waris berkenaan proses pengurusan pusaka yang bakal dilalui.
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, sekiranya anda meninggal dunia, adakah anda mahu tinggalkan waris-waris anda berdepan cabaran fi pengurusan pusaka yang membebankan sehingga 5% 𝗔𝗧𝗔𝗨 anda tinggalkan mereka dengan perkhidmatan pengurusan pusaka secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔??
Dan jika anda ingin tahu bagaimana Wasiyyah Shoppe Berhad boleh membantu waris-waris anda bagi menghadapi proses tersebut setelah ketiadaan anda, sila hubungi para Dai'e terlatih kami untuk penerangan lanjut.
𝗥𝗨𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔!
Jom Cakna & Ambil Tahu❗
Jemput follow link FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jemput follow link Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
Semua antara kita termasuklah diri saya satu hari pasti akan p**ang ke Rahmatullah.
Apa yang akan terjadi pada harta yang bakal kita tinggalkn?
Iyaaaa... Harta kita akan DIBEKUKAN❗
Untuk mencairkan harta atau diturun milik kepada waris, waris WAJIB melalui Proses Pengurusan Pusaka.
Dan ketika proses ini pelbagai persoalan akan timbul seperti:
1. Waris TAK TAHU Si mati ada Harta apa?
2. Waris TAK TAHU dokumen Harta si mati simpan kat mana?
3. Waris TAK TAHU bidang kuasa si mati?
Ini antara persoalan yang Jika TIADA JAWAPAN akan menyebabkan Harta Beku semakin meningkat saban tahun.
Jom kita bantu diri kita sendiri dulu Lps tu Ahli keluarga, sanak saudara dan sesiapa saja.
Jom Cakna dan Ambil Tahu❗
Jemput follow link FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jemput follow link Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
TIADA WASIAT KEPADA WARIS
Ramai yang keliru tentang wasiat. Ada sesetengah client yang datang jumpa aku kata mereka dah buat wasiat untuk anak-anak dan isteri. Jika ada seorang sahaja waris yang tak bersetuju, wasiat ini batal.
Hakikatnya TIADA WASIAT KEPADA WARIS.
Bagi orang islam, ada 2 jenis wasiat.
1️⃣ Wasiat 1/3 kepada BUKAN WARIS
Wasiat ini adalah hanya bertujuan melakukan amal jariah.
Contoh;
Kita nak mewasiatkan 1/3 dari harta yang ada untuk badan-badan kebajikan, masjid dan sebagainya. Maka setelah berlaku kematian, wasiat ini akan dilaksanakan sekaligus menjadi bekalan akhirat berpanjangan untuk kita.
2️⃣ Wasiat Pentadbiran
Untuk melantik wasi/pemegang amanah/penjaga harta bagi waris. Ini memudahkan dan memendekkan lagi proses pusaka setelah kita mati.
Kalau nak “hadiahkan” harta kepada orang-orang tersayang, penyelesaian yang tepat adalah hibah harta. Bukan wasiat.
Kita buat dokumen hibah yang menepati semua keempat-empat rukun hibah iaitu; pemberi, penerima, harta yang nak dihibahkan dan sighah (lafaz ijab & qabul) beserta satu syarat qabd.
Adakah anda pasti dan faham dokumen apa yang sudah dibuat? Atau dah terbayar sesuatu yang merugikan?
Jom Cakna dan Ambil Tahu❗️
Jemput follow link FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jemput follow link Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
“Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif”.
100% agreed ayat Hakim ni. Dari awal kes insta bulan februari 2020 lagi aku memang rasa annoy dengan pihak2 yang menuntut ni. Hari ke 2 suami mati, dah terus sibuk pasal harta. Kenapa tak sibuk pasal anak si mati dulu? kenapa tak sibuk pasal isteri si mati dulu?
Nak ambil hak atas harta je ke? Tanggungjawab macam mana? Hak itu datang bersama tanggungjawab. Masa kematian si suami, masih ada ayah & ibu. Hak mereka 1/6 each. Bukan datang saja2, tanggungjawab atas balu & anak tu sekali kena pikul. Ni siap saman menyaman, bukan nak pikul tanggungjawab, lagi menyusahkan ada.
Kenapa dalam kebanyakkan kes serupa, adik beradik si mati yang takde kena mengena pun nak menyibuk? Pasal hak mereka akan muncul melalui hak ibu bapa tu tadi selepas ibu bapa mati.
Kes macam ni banyak berlaku dalam masyarakat. Bukan benda baru pun. Kalaulah si mati ni boleh bangun bercakap, apa agaknya yang nak dikata bila tengok waris kesayangan macam ni jadinya. Bertelagah sesama sendiri sampai turun naik mahkamah.
Common dalam masyarakat harini apabila berlaku kematian, benda pertama diungkit ialah hak ke atas harta si mati. Mai sini nak habaq, sebelum lapar sangat nak melantak harta si mati, benda-benda ni kena tolak dulu sebelum dibuat agihan.
Pertama ;
Hibah, wakaf sekiranya si mati ada buat hibah/wakaf untuk hartanah atau harta2 milikya ketika hidup. Maknanya kalau si mati tu dah hibahkan rumah, kereta, duit dalam akaun, emas2 pada orang tertentu contoh isteri dan anak-anak, maka yang ni kena tolak tepi. Memang hak penerima hibah dah. Atau kalau ada tanah yang dah diwakafkan ketika hidup, pun kena tolak tepi dah.
Kedua;
Pengebumian, hutang-piutang si mati perlu dilangsaikan dulu menggunakan harta2 tersebut termasuklah hutang dgn individu, institusi mahupun dengan Allah. Kalau rumah tu masih bercagar, kau nak rumah je ke? hutang nak letak atas bahu sape?
Ketiga;
Wasiat 1/3, harta sepencarian perlu ditolak dulu sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat. Wasiat yang dimaksudkan di sini ialah wasiat mengikut syariah iaitu 1/3 dari keseluruhan harta kepada BUKAN WARIS. Ni pun ramai jugak yang keliru. Dok bayar RM300 berwasiat pada waris. Ini wasiat yang salah & memudaratkan. Harta sepencarian perlu melalui proses tuntutan di mahkamah syariah dan disertakan dengan pembuktian berapa banyak contribution penuntut ke atas harta yang dituntut itu.
Keempat;
Setelah ditolak, diselesaikan dan diketepikan semua di atas (pertama - ketiga), bakinya baru boleh dibahagikan sesama waris yang layak mengikut kemuafakatan. Kalau tak boleh bermuafakat, ikut faraid.
Buat perancangan harta awal ketika kita masih hidup ni. Jangan bagi ruang untuk timbul perpecahan di kalangan orang2 yang kita sayang selepas kematian kita. Harta tak banyak pun tetap boleh mengundang perbalahan apatah lagi jika ada di kalangan waris yang hidupnya nak bergantung kepada harta peninggalan saja.
Masa hidup ni kita takkan kenal mana satu permata mana satu kaca. Dah mati nanti, waris yang akan nampak dan hadap samada permata mahupun kaca.
Jemput follow link FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jemput follow link Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗥𝗘𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜. 𝗔𝗖𝗔𝗣𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗧𝗔-𝗠𝗔𝗧𝗔. 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛.
𝗦𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔: BUAT DOKUMEN SEMUA SELESAI
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜:
“ Alhamdulillah, lega hati saya bang, harta kita semua dah kita dah rancang melalui DOKUMEN PERANCANGAN, nanti mudah anak-anak kita, bila kita meninggal dunia nanti anak-anak kita terus dapat harta kita semua” ujar Aminah
“ Betul, betul, nak pindah milik kat pajabat tanah pun senang sebab dokumen dah ada” jawab Ahmad.
𝗥𝗘𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜:
“ Puan Aminah, dokumen ini kami tak boleh proses, kami hanya boleh proses jika ada 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛” ujar pegawai A
“ Puan Aminah, kami hanya terima 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 sahaja jika nak keluarkan duit” ujar pegawai bank.
Pening Puan Aminah, bila kematian En Ahmad baru dia tahu buat dokumen tak selesaikan masalah pusaka.
Jom Cakna & Ambik Tahu❗️
Jemput follow link FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jemput follow link Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗥𝗘𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜. 𝗔𝗖𝗔𝗣𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗧𝗔-𝗠𝗔𝗧𝗔. 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛.
𝗦𝗜𝗥𝗜 2 : BARANG KEMAS IBU.
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝟭:
“ Jika ibu tiada nanti, Kak Long dan Kak Ngah, ambil barang kemas ibu ini dan agihkan sesama Kak Long dan Kak Ngah. Acu anak lelaki, dia tidak boleh pakai barang kemas, jadi dia tiada hak”
REALITI: Anak lelaki ada hak keatas barang kemas malah bahagian anak lelaki adalah 2 kali ganda dari bahagian anak perempuan mengikut HUKUM FARAID.
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝟮:
“ Selamat hari jadi ibu, rantai emas ini Along hadiahkan kepada ibu” ucapan kak Long pada ibunya
“ Ibu dah meninggal dunia, jadi Kak Long nak beritahu semua, rantai emas yang ibu pakai ini hak Kak Long, sebab Kak Long yang beli bukan ibu yang beli”
𝗥𝗘𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜: Jika dah hadiahkan kepada ibu maka jadilah ia harta pusaka ibu. Adik beradik semua ada hak keatas rantai emas arwah ibu.
Jom Cakna & Ambik Tahu❗️
Jemput follow link FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jemput follow link Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗥𝗘𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜. 𝗔𝗖𝗔𝗣𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗧𝗔-𝗠𝗔𝗧𝗔. 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛.
𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭. RUMAH BERSAMA
“ Cantik rumah ini bang, cuma bayaran bulanan tinggi. Apa kata kita beli rumah ini bersama, nak keluarkan KWSP pun senang untuk bayar deposit rumah, abang setuju tak?” Tanya Aisyah
“Abang ok je, nama awak dan nama saya. Jika abang meninggal dunia, rumah ini jadi hak awak seorang sahaja, ” Daniel menjawab
“ Sayang betul abang kat Aisyah ya, terima kasih bang, lagipun jika Aisyah yang pergi dulu, rumah ini pun jadi hak abang sepenuhnya, tapi jangan kahwin lain tau” Aisyah berseloroh.
Membeli rumah secara bersama adalah praktis dewasa ini. Rumah pun mahal, nak beli bersendirian mungkin pinjaman bank tak lulus.
Tapi jika meninggal dunia, automatik rumah jadi 𝗛𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛𝗡𝗬𝗔 adalah 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗣𝗔𝗧.
Bila seorang pasangan meninggal dunia, rumah tersebut adalah menjadi hak waris-waris pasangan tersebut mengikut 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗙𝗔𝗥𝗔𝗜𝗗. Waris-waris adalah pasangan yang masih hidup, ibu/ bapa / anak-anak / adik beradik pasangan yang meninggal dunia. Tidak kisahlah siapa yang bayar rumah tersebut atau siapa yang perlu tanggung hutang tersebut.
Oleh itu, kaji dulu sebelum membuat keputusan.
Jom Cakna & Ambik Tahu❗️
Jemput follow link FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jemput follow link Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
Apa yang bakal dilalui oleh waris sekiranya anda meninggal dunia?
Mungkin kita sempat tinggalkan pesan dan amanah kepada waris kita apabila kita semakin hampir di ambang kematian.
TAPI, bagaimana p**a jika anda mati dalam keadaan 𝗧𝗜𝗕𝗔-𝗧𝗜𝗕𝗔?!
Adakah waris anda 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 dari segi kewangan untuk membayar semua perbelanjaan dalam urusan harta pusaka?
Adakah waris anda mempunyai 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗔𝗡 dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil untuk melalui semua proses perundangan yg terlibat?
Adakah waris anda sanggup berkorban 𝗠𝗔𝗦𝗔 & 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 untuk menyelesaikan seluruh proses pengurusan pusaka?
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang meninggalkan anak-anak yang belum cukup umur dan masih kecil.
Majoriti umat Islam 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 akan perkara ini. Tanpa disedari kita meninggalkan waris-waris kita dalam keadaan 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨 apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu dan apa yang bakal dilalui setelah kita meninggal dunia.
Sekiranya anda benar-benar 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗦𝗜𝗛𝗜 waris-waris anda, dapatkan 𝗞𝗔𝗗 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜 bermula hari ini dan hilangkan segala keresahan dan kekalutan terhadap waris-waris anda untuk menghadapi proses pengurusan pusaka.
𝗪𝗮𝘀𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 𝗦𝗵𝗼𝗽𝗽𝗲 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔!
Jom Cakna & Ambik Tahu❗️
Jemput follow link FB Page Pewarisan Harta Orang Islam.
https://www.facebook.com/Pewarisan-Harta-Orang-Islam-111619557960099/
Jemput follow link Telegram Pewarisan Harta Orang Islam.
https://t.me/+N8dv1NXBiGc4OTI1
Untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
https://wa.me/message/ZM6UOTIIMNLFG1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Address
Shah Alam
40000
Media Expert Mansion, Lot 5785, Lorong Pinang, Kg Melayu Subang, Section U5
Shah Alam, 40150
EVENT MANAGEMENT, Holiday Packages, Media Buying, Designing & Printing, Model, Artist & MC, Trading
Hi-Mama Boutique (SA0080185-U)
Shah Alam, 40470
Hi Mama (Reg.num:SA0080185-U) To Order : (https://www.facebook.com/messages/himama1) Whastapp : 0
No 33B Jalan Pelabur B, 23/B Nearby Aeon Big Shah Alam
Shah Alam, 40300
We are Travel Consultant. Worldwide Reservation, Inbound and Outbound Tours, Worldwide Hotel Reservation, Group Incentive Travel, Event Management and Training. Contact us : 03 5...
Menara Naza TTDI, Jalan Judo 13/45, Seksyen 13
Shah Alam, 40100
NAZA TTDI – A RESOLUTE NAME IN PROPERTY
No. 32 & 34, Jalan Beliong 15/11, Seksyen 15
Shah Alam, 40200
TSI Trading & Distribution Sdn Bhd provides industry professionals with the latest news and information regarding ceilings and partitions products and services to the market.
Shah Alam, 40170
投资策略Strategy Strategy with fundamentals and technical analysis in stock market klci and glob
NO. 2, Jalan ANGGERIK VANILLA AB 31/AB
Shah Alam, 40460
T-Pot Marketing Sdn Bhd (TPM), which was established in 2008 undertakes business mainly as a wholesaler of the upmost reasonable and affordable new home appliance products and the ...
Subang Bestari
Shah Alam, 40150
SAJAKS is our nickname of our FAMILY (S)arah (A)mir (J)amaliah (A)kmaluddin (K)hairi (S)abrina owne
Shah Alam
China Door to Door Services-中国门到门服务 Logistics-物流服务 Custom Declaration Services-清关服务 Import & Export-进/出口 Sourcing(China/Local..)/代购(中国/本地。。) ______________________ Sport Product S...