KEDAI TAYAR BEST

501528-V
Tyres (All)
Alignment & Balancing service
Battery (New & Trade in)
Spare Parts
Air C Pusat Servis kereta serba lengkap dan selamat.

๐™ˆ๐˜ผ๐™“๐™„๐™‹๐™๐™๐˜ผ ๐™Ž๐˜ฟ๐™‰ ๐˜ฝ๐™ƒ๐˜ฟ
๐™†๐™€๐˜ฟ๐˜ผ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐™ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰
๐™‹๐™๐™Ž๐˜ผ๐™ ๐™Ž๐™€๐™๐™‘๐™„๐™Ž ๐™†๐™€๐™‰๐˜ฟ๐™€๐™๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™๐™€๐™๐˜ฝ๐˜ผ๐™„๐™† ๐˜ฟ๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™‚๐˜ผ ๐˜ฝ๐™€๐™๐™‹๐˜ผ๐™๐™๐™๐˜ผ๐™‰

Kami merupakan pakar baik pulih kenderaan anda. Kami menyediakan perkhidmatan pick up / delivery kereta anda dari rumah ke premis untuk sebarang kerja-kerja baikpulih mahupun penyelenggaraan kereta. Perkhidmatan yang ditawarkan :

๏ฟฝ Minor servis
๏ฟฝ Major servis
๏ฟฝ Servis Aircond (Appointment)
๏ฟฝ Bateri
๏ฟฝ Taya

13/06/2024

Assalamualaikum..
Salam Jumaat Baroqah...

Beberapa hari lagi kita akan bercuti agak panjang sempena Aidiladha.
Sebelum memulakan perjalaan pulang ke kampung.. pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik.

Meh jemput datang ke bengkel kami, kami bantu periksa kenderaan anda FREE je๐Ÿ˜Š

13/06/2024

Korang kalau kena macam ni, nak marah ke nak s**a?

Jawap jujurโœŒ๐Ÿป

Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 12/06/2024

๐Ÿš™PERBEZAAN & FUNGSI TAYAR HT & MT & AT๐Ÿ›ž

Antara pelbagai jenis tayar kenderaan, tiga jenis tayar yang sering kita dengar apabila ia melibatkan kereta 4x4. Iaitu tayar jenis HT (Highway Terrain), MT (Mud Terrain), dan AT (All Terrain). Ketiga-tiga jenis tayar ini mempunyai kelebihan dan situasi kegunaannya sendiri. ๐Ÿค“

Sekiranya korang ada kereta 4x4, korang perlu ambil tahu tentang tayar-tayar ini supaya korang dapat jaga kereta tersebut dengan baik.๐Ÿ˜‰ Oleh itu, kami mahu menjelaskan info tentang ketiga-tiga jenis tayar tersebut:

โžก๏ธ Tayar HT (Highway Terrain)
โžก๏ธ Tayar MT (Mud Terrain)
โžก๏ธ Tayar AT (All Terrain)

Dengan ilmu yang kami kongsikan tentang tayar MT, HT, dan AT, korang boleh lihat yang setiap tayar mempunyai tujuan kegunaannya tersendiri. Tetapi, mesti korang akan mula tertanya-tanya jenama apa yang berkualiti dan ada jual ketiga-tiga jenis tayar tersebut?๐Ÿค”

Kami dari Maxipura mengesyorkan tayar berjenama GT Radial bagi menjawab persoalan tersebut. Kerana kualiti tayarnya yang tinggi dan memuaskan.๐Ÿ˜

Sekiranya korang nak servis yang terbaik dengan harga berpatutan, boleh klik link di bio ya!๐Ÿ˜Š Kalau nak eVoucher percuma dari kami, boleh klik link ini:
https://bit.ly/eVoucher10Maxipura

Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 12/06/2024

*Penjajaran Roda (Tyre Alignment)*

Kalau anda seorang pemilik kereta atau pengguna kereta, anda pasti pernah dengar tentang โ€˜alignmentโ€™ tayar atau pernah disuruh untuk untuk melakukan alignment pada suatu tahap kerana stereng kereta mula kelihatan senget meskipun kereta anda dalam keadaan lurus ataupun apabila kereta mula berubah arah ke kiri atau kanan jalan meskipun stereng telah diluruskan.

Jika anda pernah mengalami situasi tersebut, maksudnya alignment tayar kereta anda tidak lagi berfungsi seperti yang sepatutnya. Isu lain yang turut timbul adalah berapa kerap anda perlu servis dan betulkan alignment tayar kereta untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan lancar dan selamat?

Apa itu alignment tayar (penjajaran roda)?
Alignment tayar ataupun penjajaran roda merujuk kepada pelarasan suspension sebuah kereta. Lebih tepat, ianya merupakan sistem penghubung yang menghubungkan stereng kenderaan dengan tayar-tayarnya dan membolehkan tayar untuk membelok.

Kunci utama proses alignment yang betul adalah menyesuaikan sudut tayar bagi memberi kesan yang lebih baik apabila tayar bersentuhan dengan permukaan jalan. Oleh itu, proses alignment tayar ini merupakan satu penyelenggaraan berkala penting yang tidak seharusnya diabaikan. Selain itu, memilih tayar yang sesuai dengan kereta anda juga penting.

Alignment tayar terdiri daripada pelarasan dan/atau pengekalan 3 aspek utama bagaimana tayar anda berfungsi di atas jalan:

Camber - Ini adalah sudut dalaman atau luaran tayar apabila dilihat dari bahagian depan kenderaan. Kecondongan yang terlalu banyak ke dalam (negatif) atau ke luar (positif) menunjukkan alignment yang tidak betul dan perlu diselaraskan. Bushing, bearing atau ball joints yang usang atau rosak juga boleh mempengaruhi tetapan camber.
Toe - Toe bermaksud berapa banyak tayar kereta terkangkang keluar atau masuk apabila dilihat daripada atas tayar. Toe ni terbahagi kepada dua iaitu Toe In (tayar terkangkang ke dalam) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar).
Caster - Caster merujuk kepada sudut paksi stereng anda apabila dilihat dari sisi kenderaan anda. Sekiranya anda mempunyai caster positif, paksi stereng akan condong ke arah pemandu. Sebaliknya, caster negatif bermaksud paksi stereng condong ke arah hadapan kenderaan anda.

Ikutkan, terdapat banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang alignment tayar ini. Tapi yang paling penting, anda perlu memahami bahawa penyelarasan roda/ tayar adalah aspek penyelenggaraan kenderaan yang tidak boleh sesekali diabaikan. Pendek cerita, macam mana tekunnya anda menukar minyak enjin, begitu juga lah anda perlu ambil perhatian terhadap alignment tayar ini.

Anda juga dinasihatkan untuk melakukan servis alignment tayar di bengkel kereta yang mempunyai peralatan yang sesuai dengan kereta anda. Bagi mereka yang masih menyelenggara kenderaan mereka di pusat servis (3S) berdaftar, berbincanglah dengan penasihat servis anda tentang waktu yang tepat untuk membuat alignment tayar.

Sekiranya korang nak servis yang terbaik dengan harga berpatutan, boleh klik link di bio ya!๐Ÿ˜‰ Kalau nak eVoucher percuma dari kami, boleh klik link ini:
https://bit.ly/eVoucher10Maxipura

12/06/2024
11/06/2024

Kami mahukan anda.

11/06/2024

Maxipura Sdn. Bhd.
501528-V
Salam Madani.
Sebuah Pelan Ansuran Bayaran Servis Kenderaan julung kali diperkenalkan di Malaysia oleh Direct Lending Sdn Bhd pada 2021. Ringkasan makluman adalah spt berikut:
*Kebaikan Kepada Pemilik Kenderaan*
(a) Bayar kos servis secara ansuran
(b) Patuh Syariah
(c) Had kos layak pelan ansuran, RM300 - RM5,000 sehingga 12 kali ansuran, kadar caj keuntungan 1.5% shj
(d) Proses kelulusan yang cepat, mudah & selamat.
Terima kasih.
Selamat.
Maxipura Sdn. Bhd.
501528-V
scan QR code di poster, atau
๐Ÿ‘‰ semak melalui link ini ->
1) *Maxipura HQ:*
http://directlending.com.my/auto-servis/maxipurahq
2) *PETRONAS MaxipuraCyberjaya:*
http://directlending.com.my/auto-servis/j
3) *PETRONAS MaxipuraPutrajaya:*
http://directlending.com.my/.../petronasm7axipuraputrajaya
4) *Maxipura Hankook Cyberjaya:*
http://directlending.com.my/auto.../maxipurahankookcyberjaya
5) *Maxipura Continental:*
http://directlending.com.my/auto-servis/maxipuracontinental
6) *Maxipura JB:*
http://directlending.com.my/auto-servis/maxipurajb
Team kami akan hubungi customer untuk follow-up dan semak kelayakan beliau

Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 05/06/2024

โ„๏ธ5 TIPS MENJAGA RADIATOR KERETA๐Ÿš™

Radiator adalah salah satu komponen kereta yang penting dalam memastikan suhu kereta rendah dan selesa. Terutamanya bila musim panas, radiator akan selamatkan korang daripada kepanasan seperti dalam oven semasa anda tersangkut di kesesakan jalan raya. ๐Ÿ˜‰

Walaupun radiator bukan satu komponen kereta yang mudah untuk diperiksa, korang masih perlu sekurang-kurangnya periksa absorber kereta sebulan sekali. ๐Ÿ› ๏ธ

Oleh itu, kami mahu kongsikan 5 tips menjaga radiator kereta korang supaya ianya boleh bertahan lama dan sentiasa menyejukkan kereta tanpa masalah. ๐Ÿ˜

1๏ธโƒฃ Pastikan paras coolant mencukupi
2๏ธโƒฃ Pastikan penutup radiator ditutup rapat
3๏ธโƒฃ Lakukan servis radiator secara berkala
4๏ธโƒฃ Pastikan kipas radiator berfungsi pada suhu tinggi
5๏ธโƒฃ Ganti coolant secara berkala

Sekarang korang dah tahu tips-tips ni, bolehlah korang mula periksa radiator kalau korang tiba-tiba rasa panas dalam kereta.

Kalau korang nak radiator coolant yang berkualiti tingi bagi memanjangkan lagi jangka hayat radiator korang, kami syorkan jenama Grantt UMW. Kerana kualiti produk jenama tersebut adalah sangat berkualiti dan memuaskan apabila kami menggunakannya untuk servis dalam bengkel kami. ๐Ÿ‘

Sekiranya korang nak servis yang terbaik dengan harga berpatutan, boleh klik link di bio ya!๐Ÿ˜‰ Kalau nak eVoucher percuma dari kami, boleh klik link ini:
https://bit.ly/eVoucher10Maxipura

05/06/2024

BENGKEL BEROPERASI SEPERTI BIASA
9AM-7PM

Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 04/06/2024

Persiapan AidiladhaโœŒ๐Ÿป

02/06/2024

Hari nie kami masih beroperasi sehingga 5 petang.

Sila pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik sebelum anda memulakan perjalananโœŒ๐Ÿป

Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 01/06/2024

INI RUPANYA PUNCA BREK KENDERAAN ANDA TIDAK BERFUNGSI !!

Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 01/06/2024

Selamat berhujung minggu semua.

Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik yeโœŒ๐Ÿป
Meh datang cek dulu sebelum bergerak.

Cek cek free jewwww

Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 31/05/2024

215/55R17 Goodyear Eagle F1 Sport.

Terima kasih, jemput datang lagi๐Ÿ™๐Ÿป

31/05/2024

Maxipura Sdn. Bhd.
501528-V

Salam Madani.
Sebuah Pelan Ansuran Bayaran Servis Kenderaan julung kali diperkenalkan di Malaysia oleh Direct Lending Sdn Bhd pada 2021. Ringkasan makluman adalah spt berikut:
*Kebaikan Kepada Pemilik Kenderaan*
(a) Bayar kos servis secara ansuran
(b) Patuh Syariah
(c) Had kos layak pelan ansuran, RM300 - RM5,000 sehingga 12 kali ansuran, kadar caj keuntungan 1.5% shj
(d) Proses kelulusan yang cepat, mudah & selamat.
Terima kasih.
Selamat.
Maxipura Sdn. Bhd.
501528-V
scan QR code di poster, atau
๐Ÿ‘‰ semak melalui link ini ->
1) *Maxipura HQ:*
http://directlending.com.my/auto-servis/maxipurahq
2) *PETRONAS MaxipuraCyberjaya:*
http://directlending.com.my/auto-servis/j
3) *PETRONAS MaxipuraPutrajaya:*
http://directlending.com.my/.../petronasm7axipuraputrajaya
4) *Maxipura Hankook Cyberjaya:*
http://directlending.com.my/auto.../maxipurahankookcyberjaya
5) *Maxipura Continental:*
http://directlending.com.my/auto-servis/maxipuracontinental
6) *Maxipura JB:*
http://directlending.com.my/auto-servis/maxipurajb
Team kami akan hubungi customer untuk follow-up dan semak kelayakan beliau

30/05/2024

ATAS SEBAB RESTRUCTURING YANG SEDANG DIJALANKAN, PEMBUKAAN BENGKEL PADA WAKTU MALAM AKAN DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA

30/05/2024

SARAP MANA EK?

Jom Minum Pagi Kat Maxipura JB ..
Kita ada Kopi Panas, Teh LIPTON Panas, Milo Dan Nescafe serta Makanan Ringan..
Free Jerr..

LAYAN DIRI Laa TAPI... ๐Ÿ˜€

Pertanyaan Tentang Servis & Tayar Boleh wassap
Www.wassap.my/+60137072261/MXJB1
www.wassap.my/+60182029567/MXJB2
Www.wassap.my/+60106529796/MXJB3

Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 29/05/2024

๐Ÿ๏ธ5 TIPS PENJAGAAN ABSORBER MOTOSIKAL๐Ÿšจ

Absorber motosikal adalah salah satu komponen penting yang memberikan korang pengalaman menunggang motosikal yang selesa dan memuaskan. ๐Ÿ˜

Sama ada korang gunakan motosikal kapcai atau Harley Davidson, korang perlu periksa absorber korang secara berkala bagi keselamatan di jalan raya. Tapi korang perlu sentiasa jaga absorber motosikal sebaik mungkin semasa menunggang di jalan raya.๐Ÿ›ต

Absorber bukan sekadar spring biasa dipasang pada motosikal tau. Ianya menggunakan bahan dan reka bentuk yang khas untuk motosikal. Kalau korang rasa aborber bermasalah, jangan ragu-ragu untuk ganti absorber tersebut serta merta. ๐Ÿ˜‰

Ini adalah 5 tips menjaga absorber motosikal:

1๏ธโƒฃ Elakkan jalan tidak rata dan berlubang
2๏ธโƒฃ Perhatikan tanda minyak pada absorber
3๏ธโƒฃ Pastikan motosikal tidak melantun dengan cepat
4๏ธโƒฃ Elakkan barangan sangat berat atas motosikal
5๏ธโƒฃ Betulkan tetapan absorber mengikut keselesaan diri

Kami dari Maxipura berharap semoga tips yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada korang yang membaca. Kami juga nak korang amalkan tips yang dikongsikan supaya dapat mengurangkan risiko kerosakan motosikal dan dapat meminimumkan kos pembaikan. ๐Ÿ‘

Sekiranya korang nak servis yang terbaik dengan harga berpatutan, boleh klik link di bio ya!๐Ÿ˜‰ Kalau nak eVoucher percuma dari kami, boleh klik link ini:
https://bit.ly/eVoucher10Maxipura

Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 28/05/2024

APA PERBEZAAN SUV & MPV ? SINI MIN NAK SHARE SUPAYA KORANG LEBIH FAHAM !

Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 27/05/2024

TANDA-TANDA BEARING TAYAR KENDERAAN ANDA ROSAK!

27/05/2024

Myvi dan Viva selalu terjadi minyak mengalir di hadapan engin ini beRpunca dari Oil Filter O'ring Yg dah keras dan menyebabkan minyak keluar..

๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ๐ŸŒ

Pertanyaan Tentang Servis & Tayar Boleh wassap
Www.wassap.my/+60137072261/MXJB1
www.wassap.my/+60182029567/MXJB2
Www.wassap.my/+60106529796/MXJB3

Photos from Maxipura Johor Bahru - Pusat Servis Tayar & Kenderaan's post 27/05/2024
Photos from KEDAI TAYAR BEST's post 24/05/2024

TANDA-TANDA WATER PUMP ROSAK !

24/05/2024

Ada masa cuti hari ahad sahaja? Jom, jemput datang ke branch2 kami yang berkaitan untuk membuat servis pada hari cuti anda!

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Our Story

MAXIPURA is a dynamic and competitive young automotive service company which specialized in Automotive Service and Tyre Expert. Founded by Mr Zuraiman Baharum 7 years ago, it has gone from strength to strength with an increase in shop outlet (9 Outlets) and business expansion in government and OE market with 130 employees.

Service Provided as Below:

1) Tyre (all type of vehicles)
2) Alignment & Balancing service
3) Battery (New & Trade in)
4) Spare Parts
5) Air Cond Service
6) Minor & Major Service
7) Breakdown Service

Videos (show all)

Bengkel kita orang jewwww yang buka memalam tau๐Ÿ’ช๐ŸปYORU GARAGE - BENGKEL MALAMKami  beroperasi sehingga 10 malamPerkhidmat...
KENAPA PATTERN HAUS TAYAR TAK SAMA?...Semoga bermanfaat perkongsian daripada kami . Kalau korang nak dapatkan tayar GT R...
TIPS PENJAGAAN TAYAR YANG WAJIB KORANG TAU.
Selamat hari lahir kepada Boss @ En. Zuraiman Baharum . Semoga terus maju jaya pada masa akan datang.
Pastikan condition kenderaan korang TIPTOP baru jalan jauh okay๐Ÿ˜‰.Hati-Hati balik ke kampung halaman masing-masingโค๏ธ
Tanda-tanda power steering anda bermasalah.
Happy Chinese New Yearโค๏ธ
Tanda-tanda spark plug bermasalah.

Telephone

Address


Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:30
Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Friday 09:00 - 18:30
Saturday 09:00 - 18:30
Sunday 09:00 - 17:00

Other Automotive repair in Shah Alam (show all)
NSS Group - est. 1984. Multi Award Winning Car Service Centres NSS Group - est. 1984. Multi Award Winning Car Service Centres
1, Jalan Pendidik U1/31, Hicom-glenmarie Industrial Park
Shah Alam, 40150

NSS Group's outlets; The Porsche Lover by NSS Service Centre is an independent Porsche specialist and authorized Porsche parts stockist. While our German Marque outlet, speciali...

Peugeot Shah Alam , Setia Alam by MN Otomobil Sdn Bhd Peugeot Shah Alam , Setia Alam by MN Otomobil Sdn Bhd
No 2-1 , Jalan Setia Prima (S) U13/S, Setia Alam Seksyen U13
Shah Alam, 40170

Peugeot Authorized distributor in Selangor.

Mybateri.kereta Mybateri.kereta
Jalan Setia Gemilang U13/45C, Setia Alam, Seksyen U13
Shah Alam, 40170

Automotive battery shop & delivery - Setia Alam

E3 Gearbox Oil E3 Gearbox Oil
A-06-02 Block A Radia Office Persiaran Arked Bukit Jelutong
Shah Alam, 40150

*Siapa kami? E3 OIL pakar Rawatan Awal Untuk Merawat & Mencegah Engine/Gearbox Dari Overhaul. Teknologi Dari Jepun dan Tiada Risiko

Ford ShahAlam by MN Ford ShahAlam by MN
No. 19, Nouvelle Kemuning Industrial Park, Jalan Sungai Jeluh 32/191, Bukit Rimau
Shah Alam, 40460

Your 1 Stop Ford 3S Center in Kota Kemuning, Shah Alam

MRZ AUTO service MRZ AUTO service
LOT 5820, Jalan TEMBUSU KAMPUNG MELAYU SUBANG
Shah Alam, 40150

PUSAT SERVICE KENDERAAN DAN ALAT GANTI

AAG Service Centre Sdn Bhd & MY AAG Service Centre AAG Service Centre Sdn Bhd & MY AAG Service Centre
NO. 73, Jalan PENDAMAR 27/90, TAMAN BUNGA NEGARA, SHAH ALAM
Shah Alam, 40400

We are ready to provide repair services for all European and Japanese vehicles.

Semerah Padi Autoparts & Services Semerah Padi Autoparts & Services
8, 646 Jalan Mat Raji
Shah Alam, 40200

Vpmmotorsports Vpmmotorsports
22a, Jalan Biola 33/1, Seksyen 33
Shah Alam, 40400

Workshop car repair

J***t Autozone J***t Autozone
LOT 4065, Lorong Sarkawi, Kg Jalan Kebun
Shah Alam, 40460

Bengkel Kampung Lot 4065, Lorong Sarkawi, Kg Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam Selangor

TMA - BeeNatural Memperbaharui Perabot Tulen TMA - BeeNatural Memperbaharui Perabot Tulen
40300
Shah Alam, 40300

eknologi terkemuka Jepun 5,994,816 pengguna di dunia Dinilai 4.9/5โญ

EM global Autowork EM global Autowork
Jalan BU6/B Desa Subang Permai
Shah Alam, 40150

Menyelenggara,membaik pulih kenderaan.Menjual alat ganti baru dan terpakai.