HOUSE RENO COST

HOUSE RENO COST

Mai Paksu tunjuk macam mana nak kira bajet untuk buat rumah

Photos from HOUSE RENO COST's post 06/12/2022

Kemarin kan Paksu pi buat site visit.

Owner ni baru beli rumah sub sale. Dia nak renovate dulu sebelum masuk.

Punya lah besar rumah ni. Kolam ada jakuzzi ada gym pon ada.

Tapi Paksu berkenan tengok dua benda ni.

Satu pokok dia ni. Macam pokok togei tapi nala punya besaq.

Hat satu lagi dia punya entrance slab pakai larva rock.

Batu gunung berapi woi ! Haha

Ada yang rosak owner minta ganti. Jenuh la mana nak carik.

Tapi tu kerja kontraktor lah.

Paksu ? Macam biasa lah tukang kira aja bagi keluaq BQ.

Pening jugak lah taktau berapa harga batu gunung berapi ni. Tengok dalam shopee takdak pulak !

https://wa.me/60129316822

Photos from HOUSE RENO COST's post 14/11/2022

Assalamualaikum

Hari tu kan Paksu pi buat valuation rumah. Tengah construction lagi.

Ala macam kita nak tau berapa % dah siap dan berapa lama lagi nak siap. Serupa kita dok call kedai tanya baju raya dah siap ka belom.

Cantik jugak Paksu tengok rumah ni sebab layout dia melintang. Ada ruang tengah tamu memanjang. Senang anak cucu nak berlari.

Cuma Paksu kagum jugak kontraktor ni siapkan dinding dulu sebelum buat roof beam. Rumah setingkat.

Biasa Paksu tengok dinding tu kena ikat dengan beam yang dah siap baru ngam.

Tak apa lah janji rumah siap owner pon boleh masuk kan.

Nak kata buat rumah pon banyak mazhab dia !

Ok lah len kali kita sembang

https://wa.me/60129316822

03/11/2022

La ni Paksu dok pening lagu mana nak kira bumbung ni.

Bukan bumbung beshe beshe ni. Kalau takat bumbung rumah Paksu takda hal ini hangpa tengok lah dah macam istana di zaman silam.

Jenuh nak buat BQ dia woo.

Harga sekeping bumbung dia ni boleh beli 5 ekoq ayam. Ayam kan mahai la ni.

Paksu ingat nak order satu lah macam ni. Buh atas pangkin. Petang-petang buleh layan kopi o sama pak tongko.

Kena kena kena.

Paksu tukang kira aja.
http://www.wasap.my/60129316822

Photos from HOUSE RENO COST's post 28/10/2022

Assalamualaikum

Hari ni Paksu deliver satu lagi quotation untuk renovate rumah teres.

Nama ja renovate rumah. Sekali dia punya renovate sampai runtuh bina semula. Rumah tengah pulak tu. Banyak protection works Paksu tengok kena buat ni.

Paksu doakan semoga kontraktor dapat menyiapkan dengan jayanya dan dijauhkan dari komplen jiran-jiran sekitar 😅 mana taknya habuk nak runtuh tu boleh terbang sampai kuali jiran ooo jangan main-main.

Tapi kontraktor ni Paksu kondifen sebab depa memang padu.

Ok lah nanti kita sembang lain.

Eh kalau hangpa perasan rumah ni ada lobang kat tengah. Buat lepak minum kopi malam-malam lah.

Paksu tukang kira aja
https://wa.me/60129316822

14/10/2022

Assalamualaikum

Hari ni hari Jumaat. Jom kita berselawat.

Allahumma Solli Ala Muhammad.

Alhamdulillah pagi-pagi Jumaat Paksu dah kena buat bajet untuk projek rumah. Banglo ada semi D pon ada.

Depa kata senang nak lock bajet kalu ada benda ni. Konfiden la sikit kalau bajet within fund dalam tabong. Kot tak cukup buleh kita review kot mana yang buleh kurangkan kos.

Hat ni depa nak buat kat ladang kelapa sawit. Paksu tengok macam nak kena piling sebab tanah gambut. Tapi Paksu follow Engineer punya design lah. Rumah pon setingkat saja agak Paksu depa pakai friction pile kot.

Setingkat pon dok ada 90 bijik lebih woo. Naya pak karem.

Ok jangan lupa pi mesjid awai. Duit tabung pon buh siap dalam poket na.

Len kali kita sembang.

Paksu Tukang Kira Aja
http://www.wasap.my/60129316822

13/10/2022

Assalamualaikum

Hari ni Paksu nak cerita pasai buat rumah.

Apa benda yang penting sekali bila nak buat rumah ni ?

Simen ka besi ka mozek ka ?

Mana-mana pon boleh. Tapi bagi Paksu paling penting mesti la duit nak buat kalu tak ada duit macam mana nak buat rumah ya dak.

Ok lah short the cut mudah ceritanya nanti Paksu share kat hampa macam mana kita nak kira bajet nak buat rumah ni.

Besa la dulu Paksu kecik cikgu ajaq Paksu kira matematik. Boleh la takat tambah tolak darab bahagi ni.

Ni Paksu belanja sikit rupa kira-kira bajet rumah. Buleh la buat rumah banglo ka teres ka setinggan pon buleh.

Orang kampung panggil BQ.

Nanti kita sembang len.

http://www.wasap.my/60129316822

Want your business to be the top-listed Contractor in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Shah Alam
40000