Pebbles Therapy Centre

Pebbles Therapy Centre

Therapy Centre for Special Needs Children. We offer Speech-Language Therapy and Occupational Therapy

We offer Speech-Language Therapy and Occupational Therapy.We also sale toys for special needs children.

15/06/2024

Bayi/ kanak kanak yang tidur dan terbaring sepanjang hari BUKAN tanda dia ingin berehat. Ia adalah tanda amaran yang menunjukkan anak tidak sihat dan mungkin memerlukan pemeriksaan.

Akibat hanya tidur sepanjang hari, kanak kanak akan kurang makan dan minum. Keadaan ini akan memburukkan situasi dehidrasi dan menyebabkan kanak kanak semakin tidak bermaya.

Tubuh bayi dan kanak kanak sangat kecil berbanding orang dewasa. Jika mereka alami gejala muntah cirit, mereka lebih mudah alami dehidrasi dan alami komplikasi serius.

Photos from Public Health Malaysia's post 11/01/2024
11/01/2024

Say πŸ™…πŸ»β€β™€οΈ to walkers

11/01/2024

Sharing is caring. Credit to senior OTπŸ’•

09/01/2023

CARA RANGSANG OTAK ANAK

"Hadiah terbaik daripada mak ayah kepada anak adalah rangsangan perkembangan otak anak semasa anak umur 6 tahun ke bawah"

Kenapa?

Kerana 90% perkembangan otak adalah semasa umur 6 tahun ke bawah. Ramai mak ayah ingat, nak rangsang otak anak banyakkan

- Main flash card
- Baca buku banyak-banyak
- Hantar kelas siang dan malam
- Pergi tuisyen

Sebenarnya, nak rangsang otak (kognitif) anak tak perlu pun keluar modal besar. Hanya bermodalkan masa dan perhatian kita kepada anak sahaja.

CARA RANGSANG OTAK ANAK MENGIKUT UMUR

πŸ‘Ά 0 HINGGA 2 TAHUN πŸ‘Ά

- Pembelajaran menggunakan sistem deria dan pergerakan fizikal. πŸƒβ€β™‚οΈ

Tips saya:

1. Banyakkan rangsangan deria dan pergerakan untuk anak belajar tentang persekitaran.
Boleh rujuk artikel saya "Nak Anak Bijak".

2. Normal anak nampak terlebih aktif semasa di tahap ini sebab setiap pergerakan adalah pembelajaran bagi anak.
Saya lebih risau bila anak tak banyak bergerak dari anak banyak bergerak πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™‚οΈ
βœ… EXPERIMENT
βœ… EXPLORATION
βœ… EXPERIENCE

3. Selagi "tangki" keperluan rangsangan deria dan pergerakan anak tak penuh, selagi itu anak akan susah fokus duduk setempat.
Selagi anak tak puas masukkan benda dalam mulut, selagi itulah anak tak akan berhenti. πŸ‘…

4. Fasa ini, disarankan anak belajar sambil bermain.
Anak 2 tahun ke bawah tak akan cepat bosan sebab waktu ini semua yang anak nampak adalah "mainan" bagi mereka melainkan mak ayah yang membosankan. 🀭

5. Rangsang minat anak dahulu sebelum fokus aktiviti membaca atau mengira.
Setiap anak berbeza, tak salah untuk mak ayah ajar anak awal tetapi pastikan perkembangan yang lain normal dan anak menunjukkan minat terhadap aktiviti membaca dan mengira.

πŸ‘Ά 2 HINGGA 6/7 TAHUN πŸ‘Ά

- Mula menggambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti.
- Anak juga sudah mula belajar sesuatu melalui bahasa dan pertuturan tetapi dalam masa yang sama mereka masih tidak boleh menapis maklumat yang diterima lagi.
- Belum boleh berfikir secara logik dan rasional.
- Lakukan aktiviti mengikut kesesuaian umur dan tahap anak.

Tips saya:

1. Banyakkan bercerita dengan anak tentang perkara yang berlaku di sekeliling anak kerana waktu ini anak dah mula boleh belajar melalui bahasa. Konsepnya

Semakin banyak kita bercakap dengan anak
⬇️

Semakin banyak kosa kata yang anak belajar
semakin bagus skil bahasa anak
⬇️
Semakin banyak yang anak boleh faham tentang apa-apa yang berlaku di sekitarnya ⬇️
Semakin berkembang cara pemikiran dan otak anak

2. Jangan paksa anak duduk lama untuk belajar sesuatu sebelum rangsang minat anak nak belajar.
Minat dahulu ➑️ duduk belajar

3. Panjangkan waktu anak perlu habiskan setiap tugasan mengikut umur dan skil fokus anak.
Purata skil fokus, 1 tahun : 3 minit.

Contohnya anak 3 tahun, sepatutnya boleh fokus selama 9 minit. Jika anak boleh fokus lebih lama, lebih baik. πŸŽ‰

4. Kawal pendedahan gadget dan TV, pastikan rancangan bersesuaian dengan umur anak dan mak ayah menonton TV/gadget bersama-sama anak.

Limit 1 jam sahaja SEHARI.

5. Jika kita faham tahap dan konsep bagi merangsang kognitif anak, tak perlu pun keluarkan modal yang besar untuk mengajar anak. Cukup dengan selalu "membebel" dengan anak pun boleh bantu dalam perkembangan otak anak.

6. Kalau kalian ada latarbelakang dalam apa-apa bidang, jangan lupa dedahkan sahaja ilmu pengetahuan yang kita ada kepada anak.

Kalau anak tanya soalan yang kita tak tahu, tanya sahaja En. Google 🀣

Sebenarnya setiap perkembangan ada prosesnya sendiri, jika mak ayah faham konsep pasti mudah nak bantu rangsang perkembangan anak. ❀️

*Sudah 3 tahun kami tak anjurkan Road Tour Kelas Merangsang Perkembangan Anak.

Nak anjurkan dimana ya tahun ini? πŸ€”

/ page Maryam Jamadi untuk mengetahui tips parenting berdasarkan perspektif Occupational Therapist.

Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang.

06/01/2023

"Tahniah, anak dah pandai mengamuk!" πŸ‘

Terpinga-pinga mak ayah bila saya ucap tahniah selepas mereka mengadu anak tiba-tiba mula pandai mengamuk. πŸ˜…

Baring lantai.
Menjerit sekuat hati.
Sikit-sikit menangis tak ada sebab.

Umur 2 tahun 6 bulan baru reti mengamuk, sebelum ini tak kisah langsung apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.

Pakai baju apa, tak kisah.
Makan apa, tak kisah.
Main apa, tak kisah.
Belikan apa, tak kisah.

Bermaksud, perkembangan emosi dan sosial tidak berkembang lagi. Apabila anak sudah "pandai" mengamuk, bermaksud perkembangan emosi dan sosial anak baru masuk ke tahap yang baru.

Kiranya, anak dah masuk level yang lain. Amukan anak akan datang sekali dengan skil lain,

1. Anak mula berminat nak ambil tahu hal sekeliling.
2. Anak mula ada banyak emosi.
3. "Bonding" bersama mak ayah semakin banyak.
4. Anak mula berminat nak berdikari sendiri.

Sebab itu saya ucap tahniah, bermaksud berjayalah teknik terapi yang kami lakukan kepada anak. "Prognosis" yang bagus buat anak, sambil-sambil itu sempat saya kongsikan cara-cara untuk menghadapi fasa mengamuk anak.

Normal, "fasa mengamuk" anak akan bermula semasa anak umur 1 tahun 6 bulan hingga 3 tahun. Ada kanak-kanak yang mula awal.

Mengikut teori perkembangan psikososial daripada Erik Erikson, waktu ini anak dalam fasa Autonomi vs Ragu-Ragu/Malu.

1. Anak mahukan autonomi terhadap diri mereka sendiri. πŸ’ͺ
2. Anak mahu pilih makanan, mainan dan pakaian sendiri. πŸ½πŸ‘•
3. Anak sudah ada pelbagai emosi-emosi lain. 😑
4. Anak mula fokus dengan persekitaran. πŸ‘€
5. Anak nak berdikari pakai baju seluar sendiri, makan sendiri dll.

Eloklah mak ayah gunakan fasa ini dengan baik, sebab sekiranya betul tindakan kita anak akan mudah sangat berdikari sendiri. Nak bantu anak bebas diaper juga memang mudah jika anak nampak berminat. 😍

Begitulah, sekiranya kita tahu fasa-fasa perkembangan anak pasti mudah kita nak faham anak. ❀️❀️❀️

Ada mak ayah lain yang ada anak sedang fasa mengamuk?
Nak saya kongsi cara atasi fasa mengamuk anak?

Komen "YA" πŸ™‹β€β™€οΈ

Semoga bermanfaat, tahniah jika anak dah "move to another level". πŸ‘πŸ‘πŸ‘

*Tinggal 1 HARI untuk promosi penilaian perkembangan anak RM100. Harga asal RM180. Rujuk komen untuk info lanjut ⬇️

Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang.

Photos from Ilham Media's post 22/10/2022

Pantau aktiviti anakΒ² dan jangan bagi anak tonton kartun contohnya seperti ini.

Photos from Pebbles Therapy Centre's post 29/09/2022

Apakah perbezaan antara TANTRUM dan MELTDOWN?πŸ€”

TANTRUM
πŸ‘‰ Bertujuan atau bersebab
Contoh : Anak tidak dapat apa yang dia nak

-> Kebiasaannya behaviour masih boleh di kawal ,anak mencari respon daripada parent atau orang sekeliling
->Selalunya akan STOP bila dapat apa yang anak mahukan / tak dapat perhatian /tak dilayan

VS

MELTDOWN
πŸ‘‰Terjadi apabila anak rasa overwhelmed dan sensory overload

-> Anak x boleh nak control dengan emosi. Tak kisah dengan orang sekeliling.
->Anak akan berhenti sendiri apabila penat atau dah habis energy.

Photos from Pebbles Therapy Centre's post 27/09/2022

Anak cepat letih bila memegang pensil dan menulis❓sukar untuk fokus❓❓

Jom kami kongsikan antara aktiviti motor halus yang dapat membantu menguatkan otot2 jari,membantu koordinasi mata dan tangan dan menguatkan daya fokus.

Photos from Pebbles Therapy Centre's post 27/09/2022

Anak sering mengamuk sebab tidak cukup tidur??
Jom ketahui berapa jam yang anak2 perlukan untuk tidur yang cukup dan kelebihan tidur awal untuk bayi dan kanakΒ²..

0-1 bulan πŸ‘‰15-18 jam
1-4 bulan πŸ‘‰ 14-15jam
4-12 bulan πŸ‘‰ 14- 15jam
1-3 tahun πŸ‘‰12-14jam
3-6 tahun πŸ‘‰10-12 jam
7-12 tahun πŸ‘‰ 10-11jam
12-18 tahun πŸ‘‰ 8-9 jam
( Termasuk nap siang hari)

Sleeping patterns anak juga akan mempengaruhi perkembangan anak².So Please take a note🀩

27/06/2022

πŸ’ƒ CARA MENGAWAL ANAK AKTIF πŸ’ƒ

Sambungan dari artikel semalam, seperti apa yang telah dijanjikan. 😊

"Tiada anak yang dilahirkan "nakal", semuanya berdasarkan bagaimana mak ayah membentuk peribadi anak"

Terima kasih kepada mak ayah yang komen ayat di atas semalam. Saya setuju dengan kenyataan ini. βœ”

Ya, semua anak akan mengalami fasa "nakal" atau aktif sebenarnya, kita yang dah jadi mak ayah pun sama juga. πŸ˜…

Fasa "nakal" ini selalunya bermula semasa fasa autonomi (18 bulan - 3 tahun) dalam perkembangan emosi dan sosisal. Dimana anak akan mula mengamuk apabila tak dapat apa yang dikehendaki, nak lari kesana kemari ke tempat yang dia mahu, ambil apa yang dia mahu dan sebagainya.

Waktu inilah fasa kritikal membentuk tingkahlaku anak. Kalau mak ayah abaikan waktu ini, tingkahlaku negatif anak akan menjadi semakin berpanjangan.
(Artikel Masalah Tingkahlaku:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1560808937342025&id=1421685234587730 )

Hari ini saya nak kongsikan tips penyelesaian masalah tingkahlaku anak yang biasa ada pada semua anak. Sesuai untuk anak berumur 18 bulan ke atas.

πŸ’Ž MASALAH ANAK DAN PENYELESAIAN πŸ’Ž

1. Anak terlampau aktif di luar rumah.

Ramai orang ingat semakin kita kurung anak, semakin anak dapat dikawal. Sebenarnya tidak, semakin kita kurung semakin anak susah dikawal. Konsepnya sama dengan semasa anak baru "dapat kaki", asyik nak berjalan sahaja sampai dah tak fikir apa-apa. Tetapi pasti sampai satu masa, anak akan mula kurangkan aktiviti berjalannya berbanding masa mula-mula "dapat kaki". Betul tak?

Agak-agak kalau kita sekat anak dari berjalan dengan ikat kakinya, dia akan berhenti berjalan? Masa diikat sahaja anak berhenti berjalan, bila buka ikatan lagi kuat anak nak berjalan. Sama juga bila kita kurung anak, bila dilepaskan makin susah dikawal.

Dunia ini terlampau kecil bagi anak sehinggakan benda kecil pun dapat buat anak bahagia. Bawa pergi "shopping mall", tak beli apa-apa pun anak dah bahagia sehingga nak lari kesana kemari.

Percaya tak kalau saya kata, ada perbezaan tahap aktif pada anak jika kita bandingkan anak yang mak ayah bawa keluar setiap hari dan anak yang mak ayah bawa keluar sebulan sekali? Sangat-sangat berbeza. Sebab itu, setiap kawasan perumahan pasti ada taman permainan kerana taman permainan adalah keperluan WAJIB untuk perkembangan anak-anak kita.

Kalau perasan anak susah dikawal apabila pergi ke taman permainan, bawalah mereka ke sana selalu. Kalau anak susah dikawal apabila pergi pasaraya, bawalah mereka pergi untuk "window shopping". Tetapi kalau perasan anak sangat susah dikawal semasa di luar rumah, saya sarankan cari tempat yang:

- Kurang padat supaya anak mudah dikawal dan tidak mengganggu orang lain.
- Selamat (tiada barang mudah pecah dan tajam).
- Ada kawasan lapang untuk anak berlari. Kalau anak lari laju, mak ayah pakailah kasut sukan supaya senang nak kejar. 🀣
- Keluar dengan pasangan atau kawan supaya ada orang lain, elakkan bersendirian.
- Pakaikan "baby harness".

2. Anak pantang tengok sesuatu benda.

(Pantang tengok gadget/TV tak termasuk dalam kategori ini ya. πŸ˜…)

Contoh: Anak pantang nampak tangga. Semakin mak ayah halang anak naik tangga, selama-lamanya anak akan pantang nampak tangga. Jadi, caranya banyakkan lagi "main tangga" tetapi dengan pantauan dan selagi ia selamat sebab lambat laun anak perlu juga belajar naik dan turun tangga.

Anak saya sendiri, saya dah dedahkan dengan tangga sejak dia umur 6 bulan waktu sibuk nak merangkak tetapi dengan pantauan. Hasilnya umur 1 tahun lebih, anak dah tak "heran" dengan tangga. Tangga tetap ada pagar untuk keselamatan tetapi setiap kali naik dan turun beri anak cuba sendiri, mak ayah jaga di belakang/bawah anak macam penjaga gol. πŸ˜†

Sama juga kes anak asyik nak berlari naik turun escalator. Semakin dihalang, semakin anak nak berlari ke sana. Kalau ada yang macam ini, luangkan masa untuk naik dan turun dengan anak berulang kali. Semakin awal kita dedahkan sehingga mereka jemu, semakin mereka kurang berlari ke arah tempat itu tetapi kena hati-hati dengan kaki tersepit di penghujung escalator. Cara saya, saya akan angkat anak sedikit sebelum sampai penghujung escalator.

3. Anak bising di kedai makan.

Kadang-kadang ada situasi dimana kita tak boleh elak masa anak tengah ada mood nak buat bising atau mengamuk di kedai makan. Cara terbaik untuk mengawal anak dikedai makan adalah anak pun perlu sibuk makan sekali. Kalau tidak, mak ayah boleh cuba tips di bawah:

-Kenal pasti mood anak sebelum pilih kedai makan.
- Cari meja yang paling hujung dan kawasan kurang padat.
- Bawa mainan jika anak tidak makan bersama mak ayah.
- Elakkan duduk terlampau awal di kerusi bayi untuk elak anak cepat bosan.
- Bawa anak berjalan-jalan keliling kedai makan sebelum makanan sampai.

4. Anak terlampau aktif di rumah orang lain.

Kalau mak ayah dah ada pengalaman anak asyik nak panjat meja, ataupun nak ambil barang perhiasan di rumah orang lain sehingga susah dikawal. Beritahu atau tanya dengan tuan rumah dahulu yang kita ada anak kecil yang tengah fasa meneroka supaya tuan rumah dapat bersedia dan simpan harta karun yang berharga sementara mak ayah beraya. Ataupun tanya dahulu, sesuai tak nak bawa anak kecil yang sedang aktif.

Jika anak dah mula memahami arahan, beritahu anak awal-awal "kawasan larangan"di rumah orang lain. Adab dirumah orang perlu sangat ditekankan pada anak dari awal. Sebelum mak ayah makan serentak, minta tolong saudara terdekat untuk tengokkan anak yang sibuk bermain.

5. Anak pecahkan cawan atau pinggan.

Senang sahaja, kalau anak masih kerap jatuhkan pinggan atau cawan. Siap-siap bawa mangkuk dan cawan plastik dalam beg sebelum beraya. Air p**a tuang sikit-sikit cukup 3 teguk supaya kurang risiko tumpah habis karpet rumah orang. πŸ˜‚

5. Anak main bersepah.

Terapkan dan amalkan kemas mainan selepas main seawal anak umur 18 bulan. Sebelum itu mak ayahlah yang perlu tunjukkan sikap mengemas kerana anak belajar melalui pemerhatian. Lama-kelamaan anak pun akan terikut sama dan berminat nak belajar kemas mainan. Sampai satu masa, kita dah tak perlu membebel minta anak kemas mainan lepas main, cuma perlu puji sahaja. 😍

6. Anak mudah cedera semasa bermain.

Apa yang mak ayah boleh buat untuk kurangkan risiko kemalangan anak disamping dengan pemantauan, mak ayah boleh kenalkan unsur-unsur bahaya sebelum anak bermain, boleh kenalkan ciri-ciri:

- Tajam (Buju meja atau permukaan tajam) ✏
- Bahaya (Lintas jalan) πŸš—
-Tinggi (Meja atau kerusi tinggi) ✈
- Panas (Air panas atau seterika) πŸ”₯
- Pedas (Makanan pedas, cili dll) 🌢
- Sakit (Baling barang) πŸ™…β€β™‚οΈ

Kalau 6 ciri-ciri ini anak dah tahu, insyaAllah mak ayah tak perlu dah asyik nak kata "careful" berjuta kali semasa anak bermain. πŸ˜…

Semua tips diatas sudah diguna pakai pada anak saya sendiri dan klien saya di BEYOND. Alhamdulillah kebanyakannya berkesan mengurangkan aktif anak. 😊

Ada banyak lagi cara, saya beri 6 tips sahaja dulu. Nanti ada masa saya kongsikan lagi. ❀

Kesimp**annya, yang paling penting mak ayah WAJIB "kenal" anak sendiri. Kena tahu kelebihan dan kelemahan anak supaya mudah kita anak atasi tingkahlaku anak. Tips yang saya berikan ini sebenarnya sangat mudah untuk dilakukan dan sebenarnya banyak yang mak ayah dah lakukan tanpa sedar. Pendidikan anak bermula dari rumah, disiplin pun bermula dari rumah. Jangan marah anak letak kasut bersepah kalau kita pun letak kasut bersepah.

Mulakan sejak awal, jangan tunggu jadi buluh baru nak lentur. Masa itu anak pun dah "keras". 🌡

Saya pun ibu yang sama seperti anda, ibu kepada seorang anak, terapis kepada ratusan anak juga. Bersyukurlah anak anda aktif/nakal kerana ia bermakna anak kita sihat, kalau dibandingkan anak yang sedang terlantar kesakitan. Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain sebab pasti tak sama. 🚫

Dan yang paling penting, jangan putus asa dalam mendidik anak. Kata-kata kita adalah doa pada anak. Sebab itu orang dulu-dulu bahasakan anak yang aktif ini sebagai "anak banyak akal". Tak ada p**a bahasakan "anak tarzan", "anak nakal", "anak degil", "anak monyet" dan sebagainya. 😌

Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat pada diri atau orang lain.

*Kami akan ke Bintulu (8 Julai 2018) dan Kota Kinabalu (14 Julai 2018) untuk sambungan Road Tour Kelas Merangsang Perkembangan Anak. Whatsapp untuk maklumat lanjut ➑️
www.wasap.my/601161624928/RoadtourSabahSarawak

page Maryam Jamadi untuk tips parenting berdasarkan perspektif Occupational Therapist.

Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapy
Beyond Home Therapy

Artikel terdahulu:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1762523600503890&id=1421685234587730

Photos from Sathish Kumar Batumelai's post 27/11/2021
28/07/2021

What are the 6 stages of play?

Photos from Autism Cafe Project Malaysia's post 04/04/2021
Photos from Pebbles Therapy Centre's post 02/04/2021

Mereka melihat dunia dengan cara yang berbeza.

Sayangi mereka, sokonglah mereka.

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia.




πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™

Photos from Stambonk Info's post 22/03/2021
Want your practice to be the top-listed Clinic in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Sharing is caring. Credit to senior OTπŸ’•

Telephone

Website

Address


No 8-1, Jalan Anggerik Aranda BH 31/BH Kota Kemuning
Shah Alam
40460SHAHALAM,SELANGOR

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00