Isbir_official

Peniaga Kecil-kecilan

27/07/2022

Setiap orang melalui pengalaman dan masa silam yang berbeza ❤️

14/05/2022

Cinta adalah anugerah dari langit. Andai cinta itu menambahkan lagi dosa itu bukan cinta.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah cinta berlandaskan syariatMu. Agar kami tidak melakukan sesuatu yang murka.

13/05/2022

Luas nikmat Allah, semoga kita semua sentiasa bersyukur dgn nikmat2 yg diterima. Alhamdulillah ❤️

02/05/2022

Subhanallah Alhamdulillah 😍 Syukur kepada Allah swt kerana kita telah berjaya menempuh madrasah Ramadhan yang terkumpul dalamnya rahmat, keampunan dan ganjaran yang sangat besar.

Kini, menjelang p**a Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hadiah daripada Allah swt buat umat islam setelah bersungguh sungguh melakukan ibadah dalam bulan Ramdahan.

Sebagai penutup pada 1 Syawal ini, petikan nasibat Ibnu Rejab Al Hanbali untuk sama sama kita muhasabah diri.

“Bukanlah hari raya itu bagi orang orang yang memakai baju baru, tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya”

“Bukanlah hari raya itu bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya, tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahannya”

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua 🥰 🤲🏻✨

Photos from Isbir_official's post 25/04/2022

Here’s a reminder for you ❤️✨

24/04/2022

Seorang lelaki bertanyakan secara bersahaja aa kelebihannya ustaz? Lembut ustaz jawab 🥰

Selain itu, sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan diberikan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah SWT. Gandaan pahala melakukan ibadah pada malam ini dikatakan mempunyai nilai lebih 29,500 kali ganda. Maka ianya boleh dijadikan perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak.

24/04/2022

sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan diberikan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah SWT. Gandaan pahala melakukan ibadah pada malam ini dikatakan mempunyai nilai lebih 29,500 kali ganda. Maka ianya boleh dijadikan perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak.

Malam itu Allah SWT mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam ini juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya be

03/04/2022

‎May Allah bless you through the month of Ramadan.

‎اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان
‎(Allahumma Ballighna Ramadan)

‎Oh Allah, let us reach the month of Ramadaan.

21/03/2022

Bila tengok isu yang hangat sekarang ni berkaitan vaksin ,teringat nukilan ust Hasrizal dalam buku 'Setia dengan Kebenaran' ;

"Jangan dengar apa yang kita nak dengar sahaja.

Dengar apa yg orang mahu kita dengar.

Dengar apa yang kita patut dengar."

Sinopsis Buku Setia Dengan Kebenaran

Buku Setia Dengan Kebenaran tulisan Hasrizal Abdul Jamil adalah kump**an artikel bernada travelog santai tetapi berintipatikan persoalan yang serius dan isu yang rumit. Penulis merungkai, mengkritik, memberikan pandangan berkaitan isu semasa, budaya, kebekuan mentaliti masyarakat, sambil menawarkan solusi dan sudut pandang yang lebih sejahtera dengan rujukan nas utama agama: al-Quran dan al-Sunnah.

Pelbagai persoalan yang dikemukakan dicungkil daripada perjalanan penulis sepanjang hidupnya.

Dengan judulnya “Setia Dengan Kebenaran”, penulis mengajak ke semua pembaca supaya kekal setia dengan kebenaran meskipun berada dalam kelompok minoriti dan terasing.

17/03/2022

Salah satu yang menarik dalam buku Buya Hamka Berbicara tentang Perempuan ialah HAMKA membawa tafsir al-Quran secara tafsir maudhu'i (tafsir secara tematik) di mana sebenarnya bukan HAMKA yang berbicara,

tetapi HAMKA membawakan tafsiran/ membawa bicara dari ayat-ayat al-Quran berkenaan wanita dengan pendekatan bahasa HAMKA yang halus.

Buku dari perspektif Buya Hamka, seorang lelaki dan ulama namun tetap memuliakan perempuan, menjelaskan bab demi bab kedudukan wanita dalam Islam dan bagaimana dunia kadang mengherotkan pandangan yang mengangkat kaum hawa ini, menyimpangkan kebenaran.

17/03/2022

𝐒𝐈𝐍𝐎𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐘𝐀 𝐇𝐀𝐌𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍

Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karya HAMKA. Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.

Perempuan solehah ialah perempuan taat, yang tahu diri, yang tahu sampai di batas mana dia harus berjalan.

Perempuan yang memelihara hal-hal yang tersembunyi. Laksana susunan dalam satu organisasi, suami adalah presiden dalam suatu rumah tangga sedang isteri ialah setiausaha.

Pokok katanya ialah rahsia, ertinya yang memegang rahsia rumah tangga tidak akan dibocorkan keluar.

Rahsia kelemahan suaminya hanya dia yang menyimpan. Bergulung pun gelombang dalam rumah, keluar tetap tidak kedengaran.

Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karya HAMKA. Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.

𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐏𝐄 𝐈𝐒𝐁𝐈𝐑. 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 ✨

16/03/2022

𝐍𝐀𝐊 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐁𝐔𝐘𝐀 𝐇𝐀𝐌𝐊𝐀?

Novel Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumahtangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat sehingga terpaksa menjadi pelacur.

"...Takdir itu melalui sebab dan akibat, suatu takdir tidak akan datang dengan tiba-tiba, tetapi ada garis yang dilaluinya..." - dari buku Terusir, Buya Hamka

15/03/2022

Sinopsis buku perempuan dari masa lalu

Meninggalkan rumahmu,

setelah tak berjawab salamku di muka pintu.

Tapi rinduku masih di situ,

mengetuk bertalu-talu.

Perempuan dari Masa Lalu membuka ruang kepada kita untuk mengenal apa itu kesunyian, dan memahami perasaan yang wujud dalam setiap pertemuan dan perpisahan.

Ia mengajar kita cara untuk melepaskan kenangan dan ingatan masa lalu — tanpa perlu melupakan. Ia juga membuatkan kita untuk menanam harapan dan menyiram rindu.

Naskhah ini, yang mengandungi 34 puisi dan catatan, akan mengajak kita untuk meluahkan segalanya, tetapi dalam masa yang sama merahsiakan. Ia akan memperkenalkan kita dengan bermacam golak perasaan.

Selamat menikmati naskhah ini, dan selamat berkenalan dengan perempuan dari masa lalu. Usah risau, dia tidak akan pernah mendedahkan dosa-dosa anda, walau dia tahu semuanya. Dia cuma mahu membebat luka dan kecewa, selain memujuk untuk anda menikmati hari ini dan esok, sepenuh-penuhnya.

05/03/2022

“Di akhirnya nanti kita akan menyedari
bahawa setiap permohonan kita sebenarnya sudah diperkenankan walaupun bukan dengan cara yang kita inginkan”

Dapatkan buku tulisan oleh di sekarang 😍😊

26/02/2022

Kalau tak berminat nak dapatkan Kombo 2 Buku RM55, kami ada satu lagi pilihan terakhir iaitu 3 Buku RM30 😍🤩

Boleh buat pilihan sendiri antara ketiga ketiga buku ni yang mana mahu dikombokan. Ada genre motivasi dan juga puisi.

Untuk pembelian dan postage dengan pantas, klik link di bio untuk pembelian di shopee ✨

25/02/2022

Sempena pelancaran buku baru di , min nak offer harga ini untuk korang semua dengan hanya RM20 sahaja!

Anatra buku terbaru adalah :

✨ BERBICARA TENTANG PEREMPUAN
✨ PEREMPUAN DARI MASA LALU
✨ TERUSIK
✨ SETIA DENGAN KEBENARAN

Boleh dapatkan di shopee isbir 😍🤩

24/02/2022

“𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐍𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝟐 𝐁𝐔𝐊𝐔, 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝟏 𝐁𝐔𝐊𝐔? 😱”

Dah lama tak ada pakej kombo macam ni kan? Sekali datang min bawakan kombo 2 buku RM55 percuma lagi 1 buku 🔥

Buat yang tak pernah ada peluang untuk mendapatkan koleksi buku dan , korang boleh dapatkan buku ini dengan harga paling best di shopee isbir! Masa ni lah korang nak grab kesemua buku best seller 😍🤩

Boleh buat pembelian kombo ini di shopee isbir. Klik link di bio ‼️

21/02/2022

Respon pembaca tentang buku BERBICARA TENTANG PEREMPUAN.

“Buku yang ringkas namun sangat padat. Buya Hamka berjaya merungkaikan segala persoalan mengenai martabat & kepentingan perempuan dalam Islam. Beliau bukan saja berjaya membuka mata saya namun juga berhasil membahas dengan penuh hikmah dan menangkis tangkapan sosialis barat yang seringkali menganggap kedudukan wanita dalam Islam adalah yang terendah.

Sejujurnya ini buku pertama karya Hamka yang saya baca. Dari buku ini, dengan bahasanya yang sangat mudah difahami, kebijaksanaan beliau dalam menjelaskan dengan metafora-metaforanya, saya jatuh hati dengan penulisan beliau.

Buku ini sesuai untuk semua golongan.
Perempuan atau lelaki, kalian perlu membaca buku ini” - Izatul H

“Disini aku seolah menemukan jawaban mengapa beberapa pembaca sekaligus penulis yang sangat s**a Buya hamka begitu rapi menuliskan perspektif tentang perempuan. Tidak lain, karena rujukan bacaannya juga begitu cantik membahas makhluk paling cantik ini. Terharu menjadi salah satunya, perempuan” - Aminy

20/02/2022

Sinopsis Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan

Perempuan solehah ialah perempuan taat, yang tahu diri, yang tahu sampai di batas mana dia harus berjalan.

Perempuan yang memelihara hal-hal yang tersembunyi. Laksana susunan dalam satu organisasi, suami adalah presiden dalam suatu rumah tangga sedang isteri ialah setiausaha.

Pokok katanya ialah rahsia, ertinya yang memegang rahsia rumah tangga tidak akan dibocorkan keluar.

Rahsia kelemahan suaminya hanya dia yang menyimpan. Bergulung pun gelombang dalam rumah, keluar tetap tidak kedengaran.

(Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan)

Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karya HAMKA. Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.

18/02/2022

Alhamdulillah secara rasminya 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈] adalah agen rasmi bagi publication ☺️❤️

Dengan lafaz Bismillah, min nak reveal antara koleksi buku best seller yang akan dijual di 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈] dan insyaAllah akan ditambah sedikit demi sedikit (jika ada permintaan)

Minggu ni min akan bedah satu persatu buku dari koleksi Jejak Tarbiah 😍

17/02/2022

Atas permintaan ramai yang nak kan kami add on koleksi buku publication baru di 💪🏻

Agak agak dah boleh teka ke nama publication tersebut? Yang tahu je tahu! Cuba komen di bawah 🤩😍

16/02/2022

Min ada baca previous post, ada yang dah follow 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈] dari awal tahun penubuhan kami 2017. MasyaAllah… lamanyaaa!! Terima kasih 😍🥰

Alhamdulillah dari tahun 2017 kami dikenali sebagai agen rasmi buku dan juga .

Boleh min nak tahu ada tak disini pernah dapatkan mana mana sahaja buku di 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈]? Cuba komen buku apa tu buku apa apa pun tak apa 😍🤩

16/02/2022

Untuk followers lama dan followers baru.

Assalamualaikum dan selamat datang! Terima kasih kerana telah mengikuti kami agen rasmi buku tarbiah, 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈].

Boleh min tahu korang follow 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈] dari tahun bila? 😉

07/02/2022

🤲🏻✨

Want your business to be the top-listed Shop in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Cinta adalah anugerah dari langit. Andai cinta itu menambahkan lagi dosa itu bukan cinta. Ya Allah, Engkau kurniakanlah ...
Seorang lelaki bertanyakan  @ustazwadiannuar secara bersahaja aa kelebihannya ustaz? Lembut ustaz jawab 🥰Selain itu, ses...
sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan diberikan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah...

Category

Telephone

Address


TREFOIL
Shah Alam

Other Book Stores in Shah Alam (show all)
Big Bad Wolf Books Big Bad Wolf Books
No. 5, Jalan Trompet 33/8, Taman Alam Indah
Shah Alam, 40400

The Big Bad Wolf Books sale is the BIGGEST Book Sale in the world with 50% - 95% OFF across all book genres!😍

PENA WARISAN ENTERPRISE PENA WARISAN ENTERPRISE
Dataran Cendekia (DC) UiTM Shah Alam
Shah Alam

GEDUNG NOVEL TERBESAR DI UITM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Little Hanan Exploring Online Bookstore Little Hanan Exploring Online Bookstore
Shah Alam

Books and Educational Toys One Stop Centre. We have a variety of baby, toddler, teen books. Many parenting and motivational books on the adult shelf and fun and quality toys

ABJAD ABJAD
Shah Alam, 40000

BOOKSTORE

Al-Hikmah Kasih I.AAT Al-Hikmah Kasih I.AAT
66A Jalan Pelabur 23/A, Seksyen 23
Shah Alam, 40300

" SEBARKAN KEBAIKAN " Sama-sama menyebarkan Kebaikan Insha Allah.. Moga diberkati setiap usaha yang kita lakukan.😇🥰 . " Kita tidak tahu amalan yang mana di terima oleh Allah S.W.T ...

PORT ULAT BUKU PORT ULAT BUKU
Lot 1, Jalan Renggam 15/5, Off, Persiaran Selangor, Seksyen 15
Shah Alam, 40200

THE BOOK STORES 4 U aka PORT ULAT BUKU Ikhlas menjual Al-Quran dan novel, terima kasih kepada pemb

BookXcess BookXcess
Wolf House, 5, Jalan Trompet 33/8, Taman Alam Indah
Shah Alam, 40400

SyaZa Book SyaZa Book
Shah Alam, 40000

� Pelbagai Bahan Bacaan untuk semua peringkat umur anak2 � Mainan yang menarik � Bahan pembelajaran ��� Agent diperlukan

Buku Dan Kitab Buku Dan Kitab
Section 7
Shah Alam, 40000

bank of ebooks on business and self development

Kedai CintaiLmu.com Kedai CintaiLmu.com
Setia Alam
Shah Alam

Kami membekal buku dan toys untuk anak-anak

Nadi An Nour Nadi An Nour
Suite 04-5-19 Elaeis 2
Shah Alam, 40150