D resepi ibu

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from D resepi ibu, Asian Restaurant, No 2, Jalan Sungai Keranji, Kemuning Greenville, Kota Kemuning, Shah Alam.

Kami menyediakan pelbagai masakan kampung resepi piyor dari Perak seperti Ikan Bakar , ulam-ulaman , masakan panas serta pelbagai aneka seperti mee rebus, mee kari,char k/teow, sup utara dan istimewa laksa ikan sekoq.

09/01/2024

Asalamualaikum semua yang dirahmati Allah swt jemput singgah di Restoran D'Resepi ibu pelbagai makanan tghari nasi campur , ayam penyet , ayam gepuk , keli penyet , mi rebus , mi kari & bnyk lagi.

18/10/2023
16/10/2023

Resepi untuk 30 biji telur pindang,boleh cuba buat sendiri di rumah
✅ 1 cekak daun salam
✅ 1 cekak Daun jambu batu
✅ 1 cekak Daun senduduk (berbunga ungu)
✅ 1 cekak Daun manggis
✅1 cekak daun mengkudu
✅5 tangkai daun serai wangi
✅1 cekak daun bebuas
✅6 btng serai.. lebih lg baik
✅sebuku lengkuas
✅ 2 sudu besar Jintan kasar
✅ 2 sudu besar Jintan halus
✅ 2 sudu besar Ketumbar
✅ Garam kasar sepeket kecil
✅ Telur 30 biji
✅ Air
Telur dan segala jenis daun dibasuh bersih supaya telur yang pecah dalam periuk pun boleh dinikmati sambil tersenyum😋
Susun telur berselang seli dengan segala adunan dedaun dan rempah. Masukkan air melebihi paras telur sampai telur tenggelam.
Direneh semua sekali selama 3 HARI 3 MALAM 🌞🌛Ya, 3 hari! (bukan 3 jam tau!) 😂😂😂
Nanti hari ke 4 baru kita keluar kan daripada periuk
Masak dalam api kecil.
Pastikan cukup gas untuk memasaknya.
Sedang menikmati keenakan telur pindang, yang biasanya hanya ditemui di Johor😋😋
Fuhhhh.... Mmg nikmat....
sumber-Theshaxfeen

16/10/2023

RESEPI SAMBAL TUMIS TERBAIK! SEDAP GILA!..
Mula2 hampa qeboih cabai kering Rm3. . Pastu ketepikan
Kemudian hampa blend:
6 bji bawang besaq
1 labu bawang putih
3cm halia
2 btg seqai
3cm belacan
Hampa blend smpai haluih na..
Lepaih blend bawang semua tu.. Hampa blend plak cabai kering yg hampa dah qeboih td..
Dlam belanga Panaskan 3cawan mnyak masak
Kemudian masuk kan semua bahan blend.. Masak smpai pecah mnyak.
Bila dah pecah mnyak masuk kan 10 camca besaq kicap manis.. Jenama apa pun xpa.. Hat moqah lagi bagoih sbb dia pekat.. Klu Jenama mahai dia cayaq.. Kann.. Kak neL pkai kicap Biasa2 ja.. Kacau lagi.. Masa ni api jgan kuat.. Masak lagi.. Kemudian masuk gula 1/2kg,garam,aji,cukup qasa, cuka suku cawan..kemudian masuk ikan bilih mentah yg dah d basuh.. Klu kata hampa nak goreng dulu ikan bilih tu pun xdak masalah.. Terpulang kat seleqa masing2.. Mcam kak neL x goreng dah.. Masuk terus ikan bilih mentah tu.. Cara oqang dulu2..
Hampa masak lagi smpai Btoi2 garing Dan pecah mnyak.. Kak neL slalu masak lamaaaaa.. Hampa jgan lupa qasa.. Klu kata masih pedaih sangat tambah gula.. Jgan isau.. Sambai tomeh ni wajib Kena ada qasa manis Dan ujung2 qasa pedaih..
Kak neL halal kan ilmu ni utk semua yg nak share.. Semoga resipi ni member manfaat kpd semua..
Selamat mencuba..
Resipi ni simple ja tp in sha Allah sedap baQ hiang..

Kredit : Nellywaty Nooraini Azmi‎

Photos from Resepi Dapur Opah's post 09/09/2023
08/09/2023

RESEPI PIE APPLE | PUFF SARDIN

Bahan-bahan (pie apple) :
2 biji epal hijau
1/4 cawan gula perang(kurang atau lebih ikut citarasa sendiri manis nya)
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk buah pala
Setengah cwn air

Cara-cara :
Buang kulit epal,potong dadu epal tu.
Sediakan periuk.
Masukkan epal yg telah di dadu tadi
bersama gula perang,serbuk kayu manis,serbuk buah pala.
Letak air.
Tunggu sehingga epal lembut,masukkan tepung jagung.(1 sudu teh tepung jagung+bancuh bersama sedikit air) Biarkan pekat.padam api dan biarkan sejuk.

Keluarkan kulit pastri dari peti sejuk.
Ambil sekeping kulit pastri letak inti epal.
Tutup dan tekan kelilingnya dgn garfu.
Buat hingga habis.
Kelar2 bahagian atas pastri
Sapu kuning telur diatasnya sebelum bakar
Saya bakar dlm air fryer suhu 170-10min
atau sehingga masak.

Bahan-bahan (puff sardin) :

Inti mudah cara saya👇
1 tin sardin(ambil isi shj)
1 biji bawang(dimayang dan potong dadu)
5 biji cili api(di hiris)
Mayonis(5 sudu)
Lada sulah ajishio
Sedikit cili flakes

Cara-cara :
Sediakan kuali.
Masukkan sesudu minyak
Masukkan bawang dan cili.
Bila dh layu..masukkan ikan sardin..hancur2 kan.masukkan mayonis,lada sulah ajishio(boleh ganti dgn garam)
Masukkan cili flakes..gaul sebati..kering kan skit.siap utk di gunakan..cara seperti buat epal pie.cuma pastri puff ni saya potong dua.jadi m
puff sardin mini.

Saya guna puff pastri jenama KAWAN.
Inti sardin tu boleh je buat ikut citarasa sendiri.

Selamat mencuba

Credit : Eniza M. Salim

08/09/2023

First time try buat puding roti ni. Alhamdulillah menjadi. Tak susah pun sebenaqnya. Guna bahan pun simple ja.

Bahan²nya :
4keping roti (saya guna gardenia)
susu cair 200ml
air 150ml
susu pekat 1/2 cawan
perisa vanila 1 sudu kecik
telur 2 biji

Cara memasak
Blend kesemua bahan2 tadi,
Masak air 350ml serta 10gm serbuk agar2
Masukkan gula 1/2 cawan kacau dan larutkan
Kemudian masukkan bahan blend tadi. Kacau sampai masak
Asing 3 bekas. 1 bekas letak perisa coklat, 1 bekas perisa merah(saya pakai sirap je) dan 1 bekas original perisa(vanilla)
campurkan kesemua satu per satu
coklat ➡ merah ➡ vanilla. then corakkan sikit.
Dahhh siapp. Sejukkan dalam peti sat.

Credit : Nor Khairul Janah

08/09/2023

SOS THAI KELATE
🍃🍁🍁🍃🍁🍁
Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih dikopek
2 cili merah (nak pedas lagi bole tambah cili padi)
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar (tbsp) garam
1 sudu besar tepung jagung di cairkan dgn 2 sudu besar air

🍁🍃🍁
Cara2:
🍃🍁🍃
1. kisar semua bahan2 kecuali tepung jagung

2. masak kisaran dgn api sederhana

3. bila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepunya masak dan kelihatan sos. Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.

4. biar sos sejuk dan masuk dalam botol kedap udara..siyyap

07/09/2023

Arwah mak pesan kalau buat masak cuka ikan kena boh bawang merah n bawah putih yang kecik2..Siap sudah masakan kes**aan arwah mak.
Alfatihah untuk mak semoga tenang di Sana.

resepi.

Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap..

Nak buat ke..senang ja.

2-3 ketul isi ikan ketul (sedap klau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau)
5 ulas bawang putih
6 biji Cili padi
1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca Cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumih.

Nak buat mcmana..

Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.jangan garing sangat tau.
Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
Masuk bawang kechik & putih
Masuk 1/2 cawan air.
masuk cuka
Garam
Gula
Cili padi
Biaq sekejap n angkat..dah boleh dihidang.
Kredit : empunya resepi

Photos from Resepi Harian's post 07/09/2023
07/09/2023

Nahh sesiapa teringin sila masak sendiri lagi terjamin kepuasan😄😄😜

Resepi Nasi Dagang Terengganu:
Bahan-bahan untuk Nasi: -

4 cawan beras Wangi
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 inc halia

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga mesra. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan gaul dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Kukus dalam 10 minit & Boleh dihidangkan

Resepi Gulai Ikan Aya :

Rebus Ikan Aya bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang s**a makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
*saya akan pakai ikan aya yang mana jumpa kt nsk @ sri ternak tpi xs**a size besar2 sgt..yg sedang2 je..

Bahan-bahan gulai :

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan (santan asli)
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak. pastikan santan asli sbb kalau santan kotak minyak yg terhasil ciput je haha
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Acar Timun:-

Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang

- SEMUA dihiris memanjang

1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

Selamat Mencuba😄

07/09/2023

Sambal Getuk Berapii 🔥

Jom ramai-ramai follow resepi best di
Channel teelgram https://t.me/LimaMinitResepi

Bahan-bahan :
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Cili apii
Serbuk perasa
Limau kasturii

Cara Masak :
Goreng bilis hingga rangup.
Goreng bawang + cili padi hingga layu.
Tumbukk sehingga hancur tambah serbuk perasa & gula.
Perah limau kasturii

Makan dengan nasik panas panas + telur mataa + kicapp... Syahduuu oiiii... 😭

Sumber : Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas

26/06/2023

Tempahan seekor Kari Kambing ✅😋

Photos from D resepi ibu's post 25/06/2023

[25 JUN 2023]
Assalamualaikum semua warga jalan kebun dan Shah Alam, D'RESEPI IBU hari ini di kunjungi pas**an bola sepak dari Syarikat SHARP menjamu selera kambing bakar di restoran kami,terima kasih semua pelanggan yang datang,terima kasih juga pada penaja jersey Encik ZAHRUL HOME APPLIANCE,semoga terus maju jaya.

Jom ke restoran kami untuk menikmati berbagai hidangan yang ada

✅Aneka lauk pauk nasi campur
✅Mee kari
✅Mee rebus
✅Laksa
✅Rojak/Rojak mee
✅char kuey tiow
✅kuey tiow goreng udang dan kerang
✅SPECIAL hidangan KAMBING BAKAR 🔥🔥😋

Photos from D resepi ibu's post 16/06/2023

[16 JUN 2023]

Pagi2 tak tahu nak breakfast apa ? ❗️❗️

Jom makan di D'Resepi Ibu. Kami menyediakan pelbagai sarapan pagi

✅ Nasi Lemak
✅ Lontong
✅ Mee Kari
✅ Mee Rebus
✅ Aneka Roti Canai
✅ Mee goreng
✅ Bihun Goreng

📍 Lokasi: 2, Jalan Sungai Keranji P 32/P, Kemuning Greenville, 40460 Shah Alam, Selangor

atau

📍Waze: https://waze.com/ul/hw280yqqw7

📍 Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/Gwc12qHeHJCPYwCi9?g_st=ic

📍 Shopee Food : https://shopee.com.my/universal-link/now-food/shop/20025358?deep_and_deferred=1&shareChannel=copy_link

15/06/2023

Assalamualaikum,D'resepi ibu hari ini ada beraneka lauk pauk,kambing bakar,mee kari,mee rebus,Laksa dan rojak,rojak mee,char kuey tiow,kuey tiow goreng udang dan kerang...😋nyum,nyum

14/06/2023

Assalamualikum...kembali menjamu selera dengan kambing bakar 1 set + Air TOA/SIRAP hanya rm19.90 sahaja 🔥🔥🔥

Ada pelbagai Menu:
✅ Mee Rebus
✅ Mee Kari
✅Laksa ikan Sekoq
✅Rojak Pasembur
✅Rojak Mee

Photos from D resepi ibu's post 11/06/2023

Pagi2 tak tahu nak breakfast apa ?

Jom makan di D'Resepi Ibu. Kami menyediakan pelbagai sarapan pagi

Nasi Lemak
Lontong
Mee Kari
Mee Rebus
Aneka Roti Canai
Mee goreng
Bihun Goreng

Lokasi: 2, Jalan Sungai Keranji P 32/P, Kemuning Greenville, 40460 Shah Alam, Selangor
atau

Waze: https://waze.com/ul/hw280yqqw7

Google Maps:
https://maps.app.goo.gl/Gwc12qHeHJCPYwCi9?g_st=ic

Shopee Food : https://shopee.com.my/universal-link/now-food/shop/20025358?deep_and_deferred=1&shareChannel=copy_link

Photos from D resepi ibu's post 10/06/2023

Assalamualaikum
D'resepi Ibu,ada menyediakan
berbagai sarapan pagi,Nasi lemak aneka lauk,lontong,mee kari,mee rebus.
Mari²😋

07/05/2021

📌 Assalamualaikum semua 📌

HARI RAYA HAMPIR TIBA

RESTORAN D'RESEPI IBU ADA MENJUAL LEMANG UNTUK HARI RAYA AIDIL FITRI

OPEN ORDER UNTUK TEMPAHAN LEMANG DI BUKA SEKARANG

SESIAPA YANG NAK LEMANG BOLEH ORDER SEKARANG, TEMPAHAN TERHAD SEHINGGA ISNIN 10/5/21, LEMANG AKAN SIAP SEHARI SEBELUM RAYA DAN BOLEH DATANG AMBIL DI RESTORAN PADA HARI TERSEBUT

CEPAT-CEPAT ORDER SESIAPA YANG NAK

HARGA MENGIKUT SIZE BULUH

TEMPAHAN BOLEH TERUS HUBUNGI:

https://wa.me/60129033836 (IJAH)
https://wa.me/60196693511 (ZAM)

Photos from D resepi ibu's post 15/04/2021

*Asalamualaikum Semua*

Kami Restoran D'Resepi Ibu mula berniaga Hari ini

*3.00ptg 8.00 mlm*

`MENU RESTORAN D'RESEPI IBU HARI INI´
15/4/2021 ( Khamis 3 Ramadan)

-Nasi Ayam
-Nasi Ayam Penyet
-Ayam masak merah
-Ayam masak kerutub
-Ayam Percik
-Kembung Percik
-Daging rendang
-Kari ikan Bawal
-Pari asam pedas
-Keli cili hijau
-Ikan cencaru cili merah
-Ikan tongkol cili
-Bawal masak kari
-Terung goreng Belada
-Rebung masak lemak
-Pucuk ubi masak lemak
-Pajeri Terung
-Pecal
-Sayur campur
-Char Kuey Teow udang/kerang
-Kuey Teow goreng udang/kerang
-Mee Goreng Udang/Kerang
-Aneka kuih-Muih
-Roti John Ayam/Daging
*ALA CARTE*
Aneka nasi goreng
Aneka mee/Tom Yam
Aneka Sup / Paprik

TERIMA KASIH

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Kari Kambing 😋
Assalamualaikum,D'resepi ibu hari ini ada beraneka lauk pauk,kambing bakar,mee kari,mee rebus,Laksa dan rojak,rojak mee,...
KAMBING BAKAR RM19.90 SAHAJA 🔥🔥

Telephone

Website

Address


No 2, Jalan Sungai Keranji, Kemuning Greenville, Kota Kemuning
Shah Alam
40460

Opening Hours

Monday 07:00 - 22:30
Tuesday 07:00 - 22:30
Wednesday 07:00 - 22:30
Thursday 07:00 - 22:30
Friday 07:00 - 22:30
Saturday 07:00 - 22:30
Sunday 07:00 - 22:30

Other Asian Restaurants in Shah Alam (show all)
Sushi Heng Sushi Heng
38-G, Jalan Setia Utama AU U13/AU, Setia Alam
Shah Alam, 40170

Japanese Cuisine

Pak Lim Kopitiam Pak Lim Kopitiam
Jalan SETIA UTAMA AV U13/AV
Shah Alam, 40170

Truely Malaysia's Food Restaurant / Kopitiam

华人椰浆饭 华人椰浆饭
Jalan ANGGERIK DORITIS BA 31/BA
Shah Alam, 40460

Restoran Chong Thai 中泰美食之家 Restoran Chong Thai 中泰美食之家
2-1, No. 8 Jalan Anggerik Vanilla Be 31/be Seksyen 31, Shah Alam
Shah Alam, 40460

"热烈欢迎来到我们的中式泰式融合餐厅!在这里,您可以品尝到东方美食的最佳结合。我们精心烹制的菜品既保留了中国传统烹饪技巧的精髓,也展现了泰国烹饪的独特风味。从香喷喷的炒饭,到鲜美的海鲜,再到香甜的甜品。

Cozy Little Cottage Cozy Little Cottage
31-1, Jalan Anggerik Vanilla 31/93, Kota Kemuning
Shah Alam, 40460

Business Hours Monday to Saturday 7am - 3pm. Closed on Sunday.

Wai Xiu Noodle Wai Xiu Noodle
96 Restoran Hoa Hoa Chi , 1, Jalan Anggerik Vanilla Ab 31/Ab. Kota Kemuning
Shah Alam, 40460

We have new selections of Menu. Please, Drop by and try it.. Thank You.

Apambalikmurtabaksufyan Apambalikmurtabaksufyan
Jalan Rezab Buang, Kampung Bukit Naga
Shah Alam, 40460

ApamBalik&Murtabak

Dikara Kitchen Dikara Kitchen
Medan Selera, Giant Hypermarket, Seksyen 13
Shah Alam

Specialty kami adalah tomyam yang KAW & mi kari nyonya resepi warisan 1987.

Chao Rice & Noodle Bar Chao Rice & Noodle Bar
LG-145, Setia City Mall, 7, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam
Shah Alam, 40170

Chǎo for everyone!

Tuuu Dia Pak Tam Tuuu Dia Pak Tam
Vista Alam, Seksyen 14
Shah Alam, 40000

Restoran Lan Je 蘭姐非洲魚 Restoran Lan Je 蘭姐非洲魚
No. 25-1, Jalan U13/S, Setai Avenue
Shah Alam, 40170