Restoran Dapur Abe

RESTORAN YANG WAJIB ANDA SEMUA KUNJUNGI UNTUK MENIKMATI MAKANAN YANG DISAJIKAN. CUBA SEKALI PASTI TERANGKAT BOH!

25/07/2022

Posted • USHU: Gunung berapi di p**au selatan utama Jepun, Kyushu meletus pada malam Ahad.

Letusan itu memuntahkan abu dan wap yang tinggi ke udara mencetus kebimbangan penduduk setempat.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat letusan tersebut namun penduduk berhampiran dinasihatkan untuk berpindah.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, Gunung Berapi Sakurajima meletus sekitar 8.05 malam waktu tempatan.

Rakaman di televisyen awam NHK Jepun menunjukkan api berhampiran kawah dan asap gelap abu berkepul dari puncak gunung tinggi ke langit.

Agensi itu berkata ia telah meningkatkan amaran letusan kepada paras tertinggi dan kira-kira 120 penduduk di dua bandar dinasihatkan meninggalkan rumah mereka.

Agensi itu memberi amaran tentang jatuhnya batu gunung berapi di kawasan dalam lingkungan tiga kilometer dari kawah dan kemungkinan aliran lahar, abu dan gas membakar dalam jarak dua kilometer.

Sakurajima, kira-kira 1,000 kilometer barat daya Tokyo, adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Jepun dan telah berulang kali meletus.

Ia pernah menjadi sebuah p**au tetapi menjadi semenanjung selepas letusan pada tahun 1914.

25/07/2022

WAHHH DAPUR ABE PUN ADA SUP TULANG TAU❗️❗️❗️❗️
So takpayah pening pening nak makan mana, sebelum nak shopping tu singgah je Dapur Abe!☺️
Confirm makan sampai terangkat kening ni bohh!

25/07/2022
24/07/2022

Posted • GERIK: Polis sudah mengesahkan identiti lima mangsa maut dalam kemalangan di KM62, berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mereka adalah pasangan suami isteri, Ahmad Khomaini Baba, 32; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32; anak mereka, Zara Hana, enam; ibu dan bapa Siti Aishah iaitu Mohd Rodhi Othman, 64; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati nahas berpunca apabila pacuan empat roda Toyota Hilux dari arah Gerik menuju Jeli, Kelantan hilang kawalan lalu memasuki laluan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki lima mangsa maut terbabit di arah bertentangan.

"Kemalangan mengakibatkan pemandu serta empat penumpang Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian yang mana semua mangsa berasal dari Sungai Petani dan Lunas, Kedah.

"Pemandu serta tiga penumpang Toyota Hilux p**a berasal dari Tumpat, Kelantan dan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Jeli, Kelantan untuk menerima rawatan," katanya menerusi kenyataan media awal pagi hari ini.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat lima mangsa maut itu dihantar ke Hospital Gerik, di sini untuk proses bedah siasat.

Mior Faridalathrash juga berkata, semua mangsa akan dikebumikan di Kampung Permatang Sungai Dua Butterworth.

Malam tadi, media melaporkan lima termasuk seorang kanak-kanak maut dalam nahas membabitkan Perodua Alza dinaiki mereka sebuah dengan sebuah Toyota Hilux berhampiran Banjaran Titiwangsa, di sini, sekitar jam 3.45 petang semalam.

24/07/2022

PANAS-PANAS NI DAPAT TEH HIJAU & TEH MERAH BUIHHH SEJUK SODAP NI🤤🤤🤤🤤🤤🤤🤤🤤🤤🤤
Mailah Dapur Abe, rasakanlah TEH BUIHHH yang pekat likat melekat ni😍

23/07/2022

Posted • ALOR SETAR: Lokasi di Gunung Keriang sepatutnya dijadikan tempat riadah keluarga pada cuti hujung minggu di Kedah.

Namun, sebaliknya yang berlaku di mana sekump**an individu menjadikan lokasi berkenaan sebagai litar lumba sehingga mencetuskan ancaman serta gangguan kepada orang ramai.

Kegiatan kump**an ini bagaimanapun telah diintip sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, yang bertindak mengepung dan menahan individu terbabit pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, selepas serbuan dilakukan, sebanyak 77 motosikal, 30 kereta dan 120 individu ditahan.

Sejumlah 86 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal motosikal dan 30 pemandu kereta.

Antara kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu, ubah suai kenderaan, tiada cukai jalan dan tamat tempoh, serta kesalahan berlumba.

"Kebanyakan kesalahan ini tidak mempunyai lesen memandu dan juga ubah suai motosikal.

"Ini kesalahan paling banyak dan ada juga di antara pemandu kereta ini yang sebagai penonton, mereka juga tidak mempunyai lesen memandu dan kita keluarkan saman ke atas mereka juga," kata Ahmad Shukri.

Katanya lagi, kesemua mereka yang ditahan berusia di antara 16 dan 30 tahun, termasuk pelajar sekolah.

Jelas Ahmad Shukri, ibu bapa dan penjaga ini dipanggil dan diberi nasihat supaya mengawasi dan memantau pergerakan anak mereka.

23/07/2022

HALO HALO HALO❗️❗️❗️❗️
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA🥰.
Hujung minggu ni takpayah pening pening nak bawak family tercinta nak makan kat mana. Singgah je Dapur Abe!☺️
Confirm makan sampai terangkat kening ni bohh!

22/07/2022

Posted • ALOR SETAR: Langkawi terdiri daripada gugusan 99 p**au di luar pantai Kedah, berjaya merangkul anugerah peringkat antarabangsa 'Asia Best Awards 2022' dan diiktiraf sebagai satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata anugerah itu membuktikan usaha dan dedikasi berterusan pihaknya terutama sepanjang pandemik iaitu semasa ketibaan pelancong ke p**au itu berada pada tahap kurang memuaskan.

Beliau berkata kejayaan manis itu turut diiringi dengan berita gembira apabila Four Seasons Resort Langkawi turut menerima anugerah The Best Beach and Upcountry Hotel in Malaysia 2022.

"Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kami tetap optimis dan memikul tanggungjawab untuk memastikan p**au ini berdaya tahan dalam perjalanannya ke arah pemulihan dan kekal menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Nasaruddin berkata sebagai agensi perintis dalam pembangunan pelancongan Langkawi, LADA memainkan peranan penting untuk menjadikan Langkawi destinasi pelancongan bertaraf dunia yang terkenal seperti sekarang.

22/07/2022

HAPPY LUNCH EVERYONE❗️❗️❗️
Teringin nak nasi lemak ke tu? Marilee try Nasi Lemak Dapur Abe. Takpayah pening pening nak cari kat mana. Singgah je Dapur Abe!☺️
Confirm makan sampai terangkat kening ni bohh!

21/07/2022

Posted • KUCHING: Pemuda yang dilaporkan hilang ketika memancing di Kampung Seberang Meludam, Saratok, kelmarin ditemui awal pagi tadi dengan keadaan mayatnya tidak sempurna dipercayai dibaham buaya.

Mayat mangsa, Abang Mohd Norazat Abang Salim, 27, ditemukan terapung oleh bapanya sendiri bersama tiga lagi penduduk kira-kira jam 2 pagi berdekatan loji air Meludam di kawasan hulu sungai yang jaraknya 2.1 kilometer daripada Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pemeriksaan menemui kesan gigitan buaya di muka mangsa.

"Mayat mangsa juga dalam keadaan tidak sempurna apabila kedua-dua kaki serta tangannya hilang.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan mangsa memasang pancing di tebing sungai kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa tidak kembali ke rumah hingga malam dan keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

Polis kemudian memaklumkan kejadian itu kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok pada jam 7.25 pagi, semalam.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dengan pencarian ditumpukan sepanjang Sungai Meludam.

Pasukan SAR hanya menemui kasut serta peralatan memancing serta kasut milik mangsa di tepi sungai dan seekor buaya bersaiz besar turut dilihat berdekatan lokasi itu.

Berikutan itu, Sarawak Forestry Corporation (SFC) turut dimaklumkan berhubung penemuan buaya itu kerana dikhuatiri mengancam keselamatan pasukan SAR.

21/07/2022

HAI HAPPY LUNCH EVERYONE❗️❗️❗️
Jom try Nasi Kak Wok Dapur Abe. Takpayah pening pening nak makan kat mana. Singgah je Dapur Abe!☺️
Confirm makan sampai terangkat kening ni bohh!

17/07/2022

Posted • TANAH MERAH: Hampir 1,000 penduduk dari lima kampung di sini mengambil peluang membeli minyak masak peket bersubsidi pada Program Advokasi Gerakan Pengguna Mahasiswa (GPS) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampung Bendang Besar, di sini, pada Sabtu.

Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Zahari Kechik berkata 850 peket minyak masak berisipadu satu kilogram laris dijual dalam tempoh kira-kira 15 minit pada Program Advokasi GPS berkenaan yang diadakan menerusi inisiatif Pejabat Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan.

"Jualan minyak bersubsidi pada hari ini dapat memanfaatkan hampir 1,000 penduduk dari Kampung Jedok, Kampung Jedok Tua, Kampung Mok Jintan, Kampung Bendang Besar dan Kampung Banggul Yek.

"Dengan adanya pelaksanaan program seperti ini sekurang-kurangnya jualan minyak bersubsidi dapat disasarkan kepada golongan sasaran yang tepat terutamanya golongan B40. Insya-Allah, ia akan dilaksanakan secara berkala pada masa akan datang berdasarkan keperluan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa Program Advokasi GPS UMK Bersama Komuniti Luar Bandar dan Kariah Masjid Mukim Kampung Jedok Tanah Merah di Kampung Bedang Besar, Jedok di sini.

Seorang penoreh getah, Wan Noriah Wan Ahmad, 59, berkata minyak masak dengan isi padu satu kilogram yang dijual pada harga RM2.50 itu dapat menjimatkan perbelanjaan beliau sekeluarga berbanding menggunakan minyak botol.

"Menerusi program yang dilaksanakan pada hari ini saya berpeluang untuk membeli minyak bersubsidi sebanyak empat peket yang diperuntukkan bagi setiap keluarga sekali gus dapat menampung kegunaan kami sekeluarga selama sebulan," katanya.

Seorang penduduk Wati Mohamad, 44, dari Kampung Air Merbo bersyukur kerana berkesempatan membeli minyak masak menerusi program yang dilaksanakan pada hari ini memandangkan sebelum ini beliau terpaksa membeli minyak peket di pasaran yang berharga antara RM3 sehingga RM3.50 sepeket.

SAMBUNG 👇👇👇

17/07/2022

ASAM PEDAS CLAYPOT MELAKA ADA DI RESTORAN DAPUR ABE⁉️⁉️⁉️ Yeee sentiasa ada, marilah menikmati sendiri asam pedas claypot Dapur Abe ni🤤
Iyee tak perlu susah nak rentas negeri lagi, datang je Dapur Abe!☺️

16/07/2022

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA❗️❗️❗️❗️❗️❗️❗️❗️
Dah bosan ke lunch makan nasi je? Mehhlahh ke Dapur Abe, selain ada nasi kami juga ada kuey tiaw, laksa penang, mee kari kaw kaw🔥& macam-macam lagi😉.
Kalau malas nak walk in boleh order delivery je!☺️

15/07/2022

Posted • MARANG: Seorang murid lelaki patah kaki kanan selepas didakwa dihempas seorang guru
Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika mangsa berusia sembilan tahun berada di sekolah berkenaan.

Sumber berkata, kejadian menimpa mangsa disedari ibunya berusia 36 tahun, kira-kira jam 5 petang pada hari sama selepas anaknya mengadu kakinya sakit.

"Mangsa memaklumkan guru itu mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi sehingga kaki kanannya sakit.

"Guru dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan perlakuan mangsa ketika berada dalam kelas.

"Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan sebelum disahkan patah kaki kanan dan satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.

15/07/2022

ADA KE NASI KERABU KAT DAPUR ABE TU⁉️KALAU ADA SEDAP KE⁉️
Yeee ada dan kena ada sebab ni antara menu paling famous kat Dapur Abe. Dan kalau nak tahu sedap ke tak meh try cuba test rasa sendiri, insyaAllah korang akan berpuas hati.🥰.
Malas nak walk in? Takpe delivery je pun boleh.☺️

14/07/2022

Posted • KOTA BHARU: Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemuda di Kampung Gondang, Ketereh, Mei lalu.

Kedua-dua tertuduh Maizatul Shima Abdullah, 21, dan Muhammad Zaim Syakir Shaari, 20, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, kedua-kedua tertuduh secara bersama dengan niat melakukan kesalahan bunuh hingga menyebabkan kematian seorang pemuda, Muhamad Fahmi Adli, 24, dengan menetak tubuh badan menggunakan parang.

Kesalahan itu dilakukan di Perkuburan Lama Islam Kampung Gondang, Ketereh antara 10 malam pada 14 Mei hingga 1 pagi 15 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Yusnaliza Mohammad Yusoff dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan forensik.

13/07/2022

Posted • KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menghina Islam dalam program dianjurkan sebuah kelab komedi tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini dan dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Suspek berusia 28 tahun memakai kot hitam dan baju kuning itu tiba jam 9 pagi tadi dengan bergari, sebelum diiringi dua anggota polis dibawa masuk ke mahkamah.

Puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7.30 pagi untuk merakam video serta gambar wanita itu.

Teman lelaki wanita berkenaan berusia 38 tahun p**a dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media sebelum ini melaporkan, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman empat hari sehingga hari ini, manakala teman lelakinya ditahan keesokannya serta direman tiga hari hingga tempoh sama.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan wanita itu yang mengaku berasal dari Kuala Kangsar, Perak, menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

13/07/2022

LELE PENYET SYOKK NI SEDAP KE TAK EAHHHHHHH⁉️⁉️⁉️
Dah takpayah dukk tertanya lagi. Apa kata awak try dulu baru tahu sedap ke idokk🙊. Tapi ni pun menu famous jugak kat Restoran Dapur Abe so mesti sedap kan😍😍
Mehlahh, kalau taknak walk in, order delivery je🥰

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

NASI KERABU KAMBING BAKAR

NASI KERABU KAMBING BAKAR! DAH CUBA PASTI TERANGKAT BOH!

Videos (show all)

Keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah melakukan ibadat korban. Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dala...
🐂✨
🐂✨
22 ramadhan🕌✨.
Hii everyone❗️❗️❗️❗️❗️❗️Weekend ni mesti penat kan? Dah shopping lepastu balik nak masak untuk berbuka lagi🥲. Dahhh takp...
21 ramadhan🕌✨.
20 ramadhan🕌✨.
Hye! Harini Dapur Abe beroperasi seperti biasa lagi pada bulan ramadhan. Bermacam jenis juadah yang kami ada, nak dine i...
19 ramadhan 🕌✨.
Haa tutup mulut tu, masuk lalat nanti😆. Mailah bermacam-macam jenis juadah di Restoran Dapur Abe❗️❗️❗️...Jangan risau ma...
18 ramadhan 🕌✨.

Telephone

Website

Address


Restoran Dapur Abe
Shah Alam
41300

Opening Hours

Tuesday 07:00 - 17:30
Wednesday 07:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:30
Friday 07:00 - 17:30
Saturday 07:00 - 17:30
Sunday 07:00 - 17:30

Other Malaysian Restaurants in Shah Alam (show all)
Restoran Hatinie Restoran Hatinie
No 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10
Shah Alam, 40100

Restoran Hatinie menyediakan pelbagai sajian yang sedap dan menyelerakan. Berusia 35 tahun terletak di pusat bandar Shah Alam.

Restoran Makan Place Restoran Makan Place
Shah Alam, 40300

بسم الله الرحمن الرحيم

Umar perdesi Malaysia Umar perdesi Malaysia
Selangor, Klang
Shah Alam, 41000

Gamelan Restaurant Gamelan Restaurant
Block F, Unit B1/01, Dataran PHB, Seksyen U2
Shah Alam, 40150

Gulai Kita Gulai Kita
37G Jalan Mutiara Subang 1, Taman Mutiara Subang, Subang Jaya
Shah Alam, 47500

Coffee Classic, Kerabu Classic

Rasa Selera Utara Enterprise Rasa Selera Utara Enterprise
Shah Alam, 40150

Kami menjual pelbagai jenis makanan : - Mee rebus - Pasembor asli

Pizza San Francisco_Pedaslah Shah Alam Pizza San Francisco_Pedaslah Shah Alam
33, Ground & First Floor, Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Section 9
Shah Alam, 40100

Pizza San Francisco was introduced as a casual restaurant providing comfortable dining in smart surroundings. Our unique menu provides a fusion of flavour, ranging from the recipes...

Uonelambhouse Restaurant Uonelambhouse Restaurant
Shah Alam, 40150

KAMBING BAKAR • WESTERN FOOD • TOMYAM ALA CARTE & STALL

Mak Aji Bistro Padang Jawa Mak Aji Bistro Padang Jawa
Jalan Mat Raji , Padang Jawa , Shah Alam
Shah Alam, 40200

menyediakan 101 lauk dari negeri Timur,negeri barat ,negeri utara 📍padang jawa , shah alam

MEE JAWA KLANG MEE JAWA KLANG
Shah Alam, 40000

Mee Jawa Klang Emporium Makan

Anak Kampung Subang Bestari Anak Kampung Subang Bestari
34-1 JLN. NOVA U5/N SUBANG BESTARI
Shah Alam, 40150

Muslim Friendly cafe serving delicious Chinese food : Hainanese Chicken Rice, such Pan Mee, BBQ Chic

Mika's Crispy Corner Mika's Crispy Corner
KHEMAHKU KUNING LUAR 99 SPEEDMART 1410 Jalan ANGGERIK ERIA AU 31/AU , No. 13 Tingkat Bawah, Jalan Anggerik Eria AU 31/AU, Kota Kemuning
Shah Alam, 40460

Cempedak, Pisang and Kuih Stall. Muslim and Vegan friendly. Pop Up Stall for events or functions. KKM,FOOD HANDLING,TYPHOID✅