Ilmu Islam

Ilmu Islam

THIS PAGE EMPHASIZES ON ISLAMIC STUDY, SHARING TAZKIRAH, PRAYERS AND ISLAMIC PRACTICES

20/06/2023

GANDAKAN AMAL DI 10 HARI TERBAIK DI DUNIA: 1 HINGGA 10 ZULHIJJAH [20-29 JUN 2023]

Jika 10 malam akhir Ramadhan adalah malam-malam yang terbaik, 10 hari awal Zulhijjah p**a adalah hari-hari yang terbaik berdasarkan Quran & hadis.

1. Firman Allah dalam Surah al-Fajr ayat 1-2:
"Demi waktu fajar. Dan (demi) malam-malam yang sepuluh."

Menurut Ibn ‘Abbas, Abdullah bin al-Zubair, Mujahid dan ramai kalangan ulama salaf dan khalaf bahawa yang dimaksudkan dengan sepuluh malam dalam di ayat ialah sepuluh hari (awal) Zul Hijjah (lihat: Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, 2/593. Dar Tibah).

Apabila Allah bersumpah dengan sepuluh hari Zulhijjah tersebut, pasti ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

2. Dalam hadis Nabi ﷺ:
Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai melebihi sepuluh hari ini (sepuluh hari awal Zulhijjah)”.

Mereka bertanya: “Sekalipun jihad pada jalan Allah?”. Jawab Rasulullah ﷺ: Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (berjuang) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi -lafaz di atas adalah lafaz al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dll).

Dalam riwayat al-Darimi (berstatus hasan) daripada Ibn ‘Abbas, lafaz hadis seperti berikut:
“Tiada amalan yang lebih mulia di sisi Allah dan lebih besar pahala daripada kebaikan yang seseorang lakukan pada sepuluh hari Adha (sepuluh hari awal Zulhijjah).”

Berdasarkan hadis di atas, maka sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk kita melakukan amalan soleh. Pahala yang dijanjikan paling banyak & istimewa.

Marilah kita berusaha merebut peluang yang hebat ini dengan melaksanakan Ibadah Korban tanda Cinta & Syukur kita kepada Allah SWT. Klik link https://fitrahummah.com/ref/177/ untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai Ibadah korban bersama Fitrah Ummah pada tahun ini.

Juga memperbanyakkan ibadah sunnah, solat, baca quran, zikir, sedekah, puasa, berdoa dan lain-lain.

Photos from Info Menarik's post 03/02/2023
31/12/2022

Tahun 2022 yang berlalu menjadi kenangan dan pengajaran. Tahun 2023 yang tiba memberi harapan dan impian. Semoga semuanya dipermudahkan Allah.

"Kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

(Surah Ali-'Imran 159)

Channel Telegram
👇👇👇
t.me/cahayaislamchannel

30/12/2022

JANGAN PAMER

Bagi yang diberikan anugerah dan rezeki oleh Allah, hendaknya menahan diri agar tidak mempamerkannya di media sosial. Janganlah terlalu sering memposting foto atau video anak yang lucu, romantisme keluarga, barang-barang branded, percutian dan lain-lain. Kerana boleh jadi diluar sana, ada orang yang hasad dengan apa yang kita ada.

Hasad atau dengki adalah menginginkan nikmat yang dimiliki orang lain dan mengkehendaki nikmat tersebut berpindah kepada dirinya. Hasad bermula dari sikap tidak menerima nikmat yang diberikan Allah kepadanya, kerana dia melihat orang lain diberi nikmat yang dianggap lebih besar.

Dampak hasad sungguh luar biasa kerana hasad boleh menghancurkan seluruh catatan amal soleh, sebagaimana api yang menghanguskan kayu api.

Oleh kerana itu, tahanlah diri untuk tidak mempamerkan nikmat yang Allah berikan, bantulah teman-teman kita agar tidak hasad.

Photos from Ilmu Islam's post 23/11/2022
Want your school to be the top-listed School/college in Sibu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Sibu
96000