Y&N Food Academy
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Y&N Food Academy, no 37, medan sejahtera, sitiawan, Sitiawan.
Telah beroperasi selama 6 tahun...berpengalaman menjalankan kursus masakan,latihan peralihan TLDM,latihan partikal,latihan industi PERHEBAT.senarai jabatan yang terlibat ialah KOLEJ KOMUNITI MANJUNG,KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK,TUNAS MEKAR,PERHEBAT. Bertauliah menjalankan kursus masakan dibawah kendalian JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN dibawah bidang pembantu penyedia roti (L-100-1),penyedia roti (L-1
Hati Ayam goreng kunyit...
Boh asam jawa sikit bg rasa masam2... dapp owhhh... 😋😋😋😋
Bahan2: 🐞
⚘Hati/ pedal ayam @ ayam @ daging @ sotong
⚘Kunyit serbuk
⚘Garam
⚘Serbuk perasa
⚘Air asam jawa
⚘Bwg besar
⚘Cili merah
⚘Cili padi
Cara: 🐞
⚘Panas minyak... agak2 lerr nak minyak tu hyk mana... masuk semua hati ayam... boh serbuk kunyit... masuk air sikit... rebus je dulu sampai kering air...
⚘Pastu masuk air asam jawa... garam... perasa...
⚘Akhir sekali masuk bwg besar, cili merah n cili padi...
⚘Kacau rata... siapppp !!!!
Resepi Rendang Ayam Hijau tersedap!
Mudah sgt2. Fav raya family di kg saya kt ng9.
Jom try. Power habis!
Bahan
10 biji cili besar hijau blh +
10 biji cili api hijau blh +
2 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 btg serai
Sedikit serbuk kunyit
Semua bhan diatas dkisar
1 cup santan
1 cup air
2 keping asam keping
2 sdm kerisik
Daun limau purut
Daun kunyit
Garam n perasa
Cara2
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak..
Masukkn ayam.. Kacau sebati...
Masukkn santan air asam keping daun limau..
Masak hingga pecah minyak..
Masukkn garam n perasa..
Siappp
Taburkan daun kunyit
Kredit Resepi : nor zaqiyah
Ok ni yg last biasa yg paling sedap.Alhamdulillah lengkap 4 resepi dan 4 series kek premium thai butter cakes.Semoga membantu korg baking dan hasil kan kek sedap2 ya.Mak halal kan resepi🥰🥰🥰
PrEmium ThAI BUTTER CAKES CoCoLate
Bahan-bahannya :
125 gram dark chocolate beryls
200 gram tepung naik sendiri selfrising
1 tsp baking powder
35 gram serbuk koko
30g horlicks
(campurkan tepung naik sendiri + baking powder +serbuk koko dan horlick td)
80 gram full cream milk
1 tsp emolco coklat
(campurkan susu full cream + emolco)
150 gram butter premium
150gram gula halus
1 sb ovalate
185gram telur ( pukul telur macam nak buat telur dadar, kemudian timbang)
Loyang saiz 8x8/7x7 tebal sket kek
-mix butter,gula halus & ovalette sampai betul-betul kembang dan menjadi warna putih
-kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, mix sekejap
-seterusnya, masukkan tepung naik sendiri + baking powder powder +serbuk koko berselang seli dengan susu full cream + emolco td
-kemudian, masukkan coklat yang telah dicairkan, guna spatula je mix kan
lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan udara yang ada dalam adunan kek
-Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air,kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
-Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah & bakar kek pada suhu 170 selama 50-55 minit atau ikut oven memasing
Kredit : Azlina Ina Resepi
Dari dulu sampai sekarang guna resepi ni, buat sebiji atau bekas kecil pun tetap resepi sama. Resepi ringkas dan cepat ☺️☺️
Kek🎂
1 cwn utk setiap - gula, minyak masak, susu pekat, susu cair
3 biji telur + 1 sudu esen vanilla
# blend semua bahan sebati
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
# Ayak 3 bahan, campur dalam adunan, blend sebati
# Tuang dalam loyang
# Kukus 40 minit/hingga masak
Topping🍫
2 sudu planta/marjerin
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan susu pekat
- Kacau sebati dahulu, kemudian masak atas api perlahan sehingga agak pekat.
- Biarkan topping sedikit suam, tuang ke atas kek.. hias ikut citarasa😊😊
* Kalau topping untuk bekas kecil perlu gandakan s**atan atas, yg atas cukup utk kek sebiji*
@ Cara lain🍫
Guna coklat masakan bar/coin, 2 sudu susu pekat, 1 sudu butter/marjerin.
- Cairkan menggunakan kaedah double boiled.
🎂🍫🎂🍫🎂🍫
Credit : Yati Nurhayati
RESEPI KEK MINYAK
*Pertama*
*BHN2NYA*
5bj telur ayam gred B
Stgh cawan gula
( dipukul sehingga gebu)
*Kedua*
Masukkan susu pekat 3/4 cawan
Ovalet 1 sudu teh
Esen vanila 1 sudu teh
( pukul sebati sedikit lg gebu )
*Ketiga*
Masukkan secawan minyak jagung sebatikan sahaja..
*Keempat*
2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder...
Yg keempat ni jugak anda siap saja ayak tpung dan baking powder anda bole trus kaup balik tepung ni dlm adunan td...
*Kelima*
Bahagikan adunan kpd 2 perisa sama ada pandan, coklat, strawberi, vanila, mix ja dgn apa perisa yg anda nk... Klo coklat tu add 1 sudu mkn serbuk koko dlm adunan td... Nk lbh coklat lbhkan serbuk koko.. 1 sudu mkn dah memadai.. Jgn kbh nnt pahit plk hehe...
RESEPI NI BOLE BAKAR KUKUS BOLEH.. KLO KUKUS 1 JAM SHINGGA CUCUK X MELEKAT PADA LIDI.. KLO BAKAR OVEN 170 CELCIUS SLAMA 1 JAM HINGGA MASAK.. BERGANTUNG OVEN ANDA..LOYANG 8 INCI
APAM KAMPUNG GULA MERAH🧡
Bhn2-:
1 cawan gula merah/gula perang/gula melaka (apam ni x berapa manis..bg yg nk manis blh + sedikit gula pasir)
2 cawan air panas
3 cawan tepung gandum
1 peket yis segera (11g)
Cara2-;-
Air pns dan gula merah disatukan dan dikacau hingga gula larut-tapis dan biarkan seketika hingga suam..kalau nk dimasak terus pn boleh...
Pastikan larutan gula merah masih SUAM ketika di campurkan dgn tepung dan yis supaya adunan dpt mengembang dgn jayanya
perap lbh krg selama 1 jam...bila dah kmbg...adunan x perlu dikacau...
Setelah kmbg...kukus adunan dlm loyang atau dlm acuan kecil² sehingga msk.(dlm acuan kecil ni..dlm 15min)
***kukusan pnskn hingga mendidih.. dulu ya ..
***acuan sapu dgn sedikit minyak
Satu adunan ni...saya dpt dlm 30bj guna acuan kecil ikut banyak mn isian dlm acuan..tu..
Kredit : sabariah mehat
Akak nak share resepi SAMBAL BILIS RANGUP yg orang duk jual tu. Akak dah buat memang rangupp berhari2 tau..
Makan dgn apa saja pun sedap..😋😋
Yang pasti memang takde guna air dalam sambal ni sb tu sambal ni rangup.😉
SAMBAL BILIS RANGUP
--------------------------------------
🐟ikan bilis dibasuh dan di toskan hgga kering
🐟Bawang kecil dihiris halus(basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
🐟Bawang putih pun dihiris
🐟Cili kering di basuh dan keringkan
🐟Asam keping,garam dan gula
🐟Tepung beras,tpg jagung dan tepung gandum@ Tepung Tempura Bestari
CARA:
🌶️Gaul ikan bilis dgn ketiga² tepung tadi.akak lebihkan tepung beras dari tepung yg lain.s**atan agak2 je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nye..
🌶️Gaulkan juga bawang kecil,bwg putih td dengan tepung2 tadi.
🌶️Panaskan api sederhana besar.goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan.kena kawal api ye kalau tak hangus nanti.agak2 dh golden brown bole angkat dan toskan.
🌶️Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.
🌶️Cili kering tadi digoreng juge dalam 2-3 minit atau agak2 garing tapi jgn sampai hangus nanti pahit.kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye..
🌶️dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping.gula lebihkan sikit ye.kacau sampai gula dan garam larut.
🌶️Kemudian tutup api dan sejukkan sambal.bila dah sejuk baru masukkan bahan2 goreng td dan kacau rata.
Siap utk dinikmati..😋😋😊😊❤️❤️
Edit post: jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe..korang just kaut sambal bilis yg dah di gaul dgn semua bahan2 td dan toskan dgn penapis.kemudian lapik dgn tisu dapur dlm bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi..
SELAMAT MENCUBA😊
Boleh Guna Ikan Bilis Pulau Pangkor >> https://shope.ee/1VMtDXmlEn
Sambal Bilis Garing Tahan Lama >> https://shope.ee/7Ue6Nyd2Fn
Resepi Oleh: Noriza Jaja
Anak bujang sya ni memang s**a Mee Kari. Alhamdulillah rezeki. Sya sertakan sekali resepi eaa.
Mee Kari Chinese Style.
Bahan-Bahan
1 bungkus mee-celur
2 biji bwg besar-kisar
3 ulas bwg putih-kisar
2 biji bawang merah-kisar
2 batang serai-diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging saya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan fresh
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
Hiasan
Telur rebus
Taugeh-celur
Sawi-celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
Bahan Untuk Sambal:
Segengam cili kering kemudian Rebus sekejap, bila dah masak @ kembang, blend bersama 1 biji bawang besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan secubit gula.
Cara penyediaan kuah kari:
Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar. Kemudian masukkan bahan kisar masak hingga wangi. Bila dah wangi agak keperangan, masukkan rempah kari yang telah dicampur 1 mangkuk kecil cili kisar.
Masak sampai pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak. Lepastu masukkan santan (s**atan santan agak-agak jer. Ikut selera nak kuah pekat atau cair). Kak Ju tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.
Biar kuah mendidih. Perasakan garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Kalau hampa makan ajinomoto mas**an sekali. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering okey dah siap. Bismillah!
Spicy korean chicken
🐔 Bahan-bahan:
🐣 Drummet/chicken wings 🐣 Tepung goreng bistari (i guna yg spicy baru rasa lagi kick pedas tu) 🐣 Blackpepper 🐣 Serbuk cili 🐣 Bawang putih (blender) 🐣 Cili kisar 🐣 Lemon 🐣 Madu 🐣 Sos tomato
Cara-cara:
🍗 Perap ayam dalam tepung goreng bistari. Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yg dikisar, masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu
🍗 Salutkan ayam yg diperap tadi dalam tepung goreng bistari yg kering. Hangatkan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak goreng hangat tadi seperti hangatnya kasih abang terhadap adik ketika adik masih kurus dulu
🍗 Sangai bijan dalam kuali. Agak2 dh perang ketepikan bijan tu
🍗 Untuk sos pulak, tumis bawang putih yg dikisar tadi bersama cili kisar. Agak2 cili kisar dh garing letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pon tadehal. Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon agak2 la ye kalau letak banyak sangat masam plak nanti jadi
credit owner resepi
AYAM KICAP VIRAL
1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng
2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan kentang ke dalam lebihan minyak goreng ayam tadi
3) Kemudian masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan jintan manis) - mak ajar klu nak masak kicap sedap dan beraroma kena masukkan jintan manis)
4) Tumis sampai naik bau dan baru masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
5) Masukkan ayam, kicap lemak manis dan kicap ABC. Kacau sehingga likat dan kering sedikit. Perasakan secukupnya.
6) Klu xda kicap abc, boleh tambah gula sebab ayam masak kicap yg sedap kenalah masak sehingga melekit dan likat.
Kredit : nurul hawa
NASI AYAM GEPREK
Bahan2 untuk rebusan Ayam ;
1 ekor ayam fresh yg besar ( potong n cuci bersih toskan ) ketepikan
Daun Salam / Bay leaf
Serai titik
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam ( jika s**a )
Kisar halus .
B.merah ,Halia ckit , kunyit hidup c kit ,lengkuas ckit .
Cara2 ;
Panaskan minyak masukkan serai titik ,daun salam serta bahan2 kisar tumis hingga naik baunya .Setelah itu masukkan ayam dan masukkan air sehingga ayam tenggelam biar sehingga ayam masak .
Bila ayam dah masak angkat,toskan dan celup kedlm bancuhan tepong dan goreng garing .Lepas tu ambil anak lesung lenyek2 kan ayam.
Bahan2 tepong untuk goreng ayam ,tempeh n tahu .
1 cawan tpg beras
1 tsp baking powder
1 sudu kecil jintan manis tumbuk
1 sudu kecil jintan putih tumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
Lada hitam hancur c kit
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam ( jika s**a )
Didlm mangkuk besar satukan bahan2 kacau sebati agak2 bancuhan nampak pekat . Masukkan ayam gaul2 rata biar resap ,lepas tu belen2 tepong goreng lah tempeh n tahu garing2 .
Bahan2 Untuk Sambal penyet :
Lada merah & hijau
Cili padi merah & hijau ( ikut kepedasan masing2 )
B.merah kecil
Tomato belah 4
Belacan ( opptanial )
Kesemua bahan2 diatas digoreng terlebih dahulu dgn minyak ( jgn lah bnyk ) sehingga layu n naik baunya lepas tu masuk ke dlm mesin kisar tambah air sedikit dan kisar kasar bersama ikan bilis goreng yg digoreng terlebih dahulu .
Cara2;
Tambah sedikit minyak kedlm kuali n masukkan bahan2 kisar tumis hingga garing n naik minyak .
Peraskan garam gula melaka atau gula tanjung sedikit aje dgn sedikit perahan jus limau kasturi ( jgn bnyk nanti masam pulak sambal tu ) Kacau rata2 n biar seketika sehingga terbit minyaknya .
Untuk Sup Ayam ;
3-4 ulas b.putih
Sedikit biji lada sulah
Kisar halus .
Cara2nya ;
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga naik bau . Setelah itu masukkan air secukupnya ( kalau nak letak kaki ayam ke ,isi ayam pun boleh rasa sedap c kit sup tu ) Perasakan garam n kiub ayam jika s**a biar mendidih .
Selamat mencuba
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the restaurant
Website
Address
No 37, Medan Sejahtera, Sitiawan
Sitiawan
32000