PrebioticLife

Kami membekal Prebiotik yang berkualiti Premium untuk membantu anda Prebiotik semulajadi lengkap dengan khasiat dan mineral galian yang diperlukan oleh tubuh.

Ianya menyuburkan mikroflora yang sedia ada didalam usus bagi meningkatkan sistem imunisasi, menambahkan tenaga, membantu pencernaan serta membantu tubuh untuk pulih secara semulajadi.

04/04/2022

26/06/2021

BOLEHKAH MAKANAN YANG SIHAT MENCEGAH KANSER?

Ramai yang tentu terfikir jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser dalam tubuh kita. Terutama mereka yang berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah ada kanser.

Bagi mereka yang sedang mengalami kanser atau yang telah tamat menjalani rawatan, saya ingin mencadangkan pemakanan yang sesuai untuk mereka.

Sebelum itu, American Cancer Society memberitahu masalah obesiti dan pemilihan makanan adalah salah satu faktor utama mendapat kanser, terutamanya:

1. Kanser Payudara
2. Kanser Kolon dan Rektum
3. Kanser Esofagus dan Kanser Perut
4. Kanser Hati
5. Kanser Ovari dan Kanser Rahim
6. Kanser Pankreas
7. Kanser Thyroid
8. Kanser Darah Multiple Myeloma

Selain obesiti, faktor lain adalah :

1. Tidak aktif secara fizikal
2. Pengambilan alkohol
3. Ketagihan rokok
4. Tidak cukup nutrisi (bukan tidak cukup makan)

Semestinyalah makanan yang kita makan mempengaruhi risiko kita mendapat kanser. Faktor keturunan (genetik) adalah suatu yang tidak boleh dikawal. Siapa yang dapat memilih untuk dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai masalah genetik. Tidak tidak dapat memilih untuk dilahirkan di keluarga mana. Cuma kita mampu memilih dan mengawal pemakanan kita. Kita juga mamlu memilih untuk tidak obese. Dengan itu kita mampu mengawal risiko untuk mendapat kanser.

Enam cara untuk merendahkan risiko mendapat kanser dengan memilih pemakanan.

1. Banyakkan berpuasa sunat dan melakukan Diet Intermittent Fasting.

2. Pengamalan Diet Mediterranean ketika makan. Antara ciri diet ini adalah:

a. Banyakkan sayur dan buah

b. Banyakkan bijirian "whole grains". Contoh yang boleh kita amalkan adalah beras rebus dan beras perang.

c. Ambil lemak sihat seperti extra virgin olive oil, kekacang (nuts) dan bebenih seperti biji bunga matahari dan biji labu.

d. Ambil protein sihat seperti daging ayam dan ikan serta protein dari tumbuhan (legume).

Kurangkan atau hentikan :

i. Kurangkan daging merah
ii. Kurangkan makanan bergoreng menggunakan minyak lama.
iii. Kurangkan gula putih
iv. Kurangkan transfat

3. Mengambil lima hingga sembilan kali hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dengan kata lain, lebih banyak lagi bagus.

Kebanyakan pakar nutrisi bersetuju bahawa Diet Mediterranean dapat mencegah kanser dan memberikan kesan positif pada kesihatan. Malah ramai saintis dan pakar perubatan mengakui pengambilan banyak fiber dalam makanan seperti yang diamalkan dalam Diet Mediterranean dapat mencegah kanser kolon dan rektum, yang menjadi kanser yang paling banyak di Malaysia.

Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang "berwarna pelangi". Pewarna semulajadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah phytonutrien yang merendahkan risiko mendapat kanser. Vitamin, mineral dan antioksida dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mampu mencegah kanser dan penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi dan sakit jantung.

Secara mudah, saya berikan petua dan tips. -Ambil 3 jenis warna yang berlainan.

- 50% dari hidangan adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Pastikan 50% dari sayur-sayuran tersebut membekalkan protein.

4. Hadkan pengambilan gula putih

Gula putih adalah karbohidrat yang berproses. Ia membekalkan tenaga dan ia juga menjadi makanan pada sel-sel kanser. Jadi penting untuk pesakit kanser untuk menghindari gula tambahan kerana gula ringkas itu masih banyak secara semulajadi dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu gula tambahan boleh menyebabkan obesiti yang menjadi punca bagi penyebab sesetengah kanser.

Berhati-hati juga dengan gula tambahan dalam kuih, roti, biskut, minuman ringan dan sos.

Ada yang mengambil makanan untuk menenangkan perasaan, ada yang makan untuk tenaga dan ada yang makan untuk bersosial. Jadi jangan beralasan untuk memilih makanan yang bernutrisi ketika menenangkan fikiran, mencari tenaga dan bersosial.

4. Hentikan arak dan rokok

Arak dan rokok selalunya berkait rapat dengan kanser paru-paru, esofagus, tekak malah payudara. Penagih arak selalunya mengalami masalah kanser kolon dan kanser hati.

5. Kurangkan penggunaan garam

Antara produk makanan yang mengandungi banyak garam adalah makanan berproses yang ditinkan, dibotolkan dan disimpan dalam plastik. Termasuk kicap, sos, keropok dan daging dalam tin.

6. Ambil suplemen vitamin E tocotrieonol (50 hingga 100 mg sehari)

Tahap vitamin E yang rendah akan menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara, kolon dan pankreas.

Ramai yang ingin memulakan pemakanan yang sihat tetapi tidak tahu caranya. Saya cadangkan mula dengan pengambilan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dalam makanan kita. Ia sangat berkesan dalam memulakan cara pemakanan yang betul.

Langkah seterusnya adalah hentikan minuman bergas dan makanan yang manis.

Kurangkan makanan bergoreng. Minum air yang mencukupi.

Semoga bermanfaat.

Want your business to be the top-listed Grocery Store in Subang Jaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

1.2.17 AL MANNA & TAYEBAT [+SHARE]
Puan Azizah pernah KOMA sebelum ini. Alhamdulillah sekarang da...

Telephone

Address


29-6 , Tingkat 6 , Jalan USJ 9/5 Q , Subang Business Centre
Subang Jaya
47620

Other Health Food Shops in Subang Jaya (show all)
Diffenze Paknil Diffenze Paknil
Shah Alam Expressway, USJ 3
Subang Jaya, 47600

Chaga Mushroom Tea Chaga Mushroom Tea
Subang Jaya, 47630

来自俄罗斯 (西伯利亚)种植超过15年的白树茸所生产的菌株(桦树茸) 桦?

CocoLab Malaysia CocoLab Malaysia
S2 & 3 Empire Shopping Gallery Jalan SS 16/1
Subang Jaya

Authentic from South Korea. A meal of the new trend.

养生王 Wong Wellness 养生王 Wong Wellness
16-2, Jalan USJ 1/1C, Regalia Business Centre, Taman Subang Mewah
Subang Jaya, 47620

精致的女生,都该懂得如何保养自己; 如果你是男生,你懂养生,那你就是少数的暖男了~ 养生王协助你掌握更多养生知识,让你懂得如何养好自己的身体~

MasyiMee Mi Tarik MasyiMee Mi Tarik
Lebuhraya Shah Alam
Subang Jaya, 47600

MasyiMee Mi Tarik 1 Kotak 3pek setiap satu perisa. 1 pek hidangan 3 orang makan. - Mi Tarik Bayam

Achiknmachik Authorized stokist Subang Jaya Achiknmachik Authorized stokist Subang Jaya
Persiaran Subang Mewah
Subang Jaya, 47500

Olivia Mall - Premium Cocoa Meal Replacement Olivia Mall - Premium Cocoa Meal Replacement
Subang Jaya, 47500

We are selling Gracekiar Premium Cocoa Meal Replacement. Our Meal Replacement is Vegan Friendly, it

Ayam Bakar USJ Ayam Bakar USJ
No. 751, Sub 23&24, Jalan Subang 3
Subang Jaya, 47500

The Bibiks The Bibiks
Subang Jaya, 47630

La Juiceria Superfoods & Cold-Pressed Juices La Juiceria Superfoods & Cold-Pressed Juices
GF-21 & 22, Main Place Mall, Jalan USJ 21/10, USJ 21
Subang Jaya, 47630

smoothies.co MY smoothies.co MY
No. 75 Jalan Nilam 1/2
Subang Jaya, 47630

The FIRST manufacturer of frozen fruit smoothies in Malaysia. In smoothies.co, we believe that a healthy lifestyle should be made simple, convenient & accessible to everyone.

Premio Market Premio Market
Subang Jaya, 47650

Making each moment special. Welcome to Premio Market.