DOSH Selangor
The official page of the Department of Occupational Safety and Health (DOSH) Selangor. More info at:http://www.dosh.gov.my
- [SIARAN MEDIA] -
UNTUK LIPUTAN MEDIA MASSA
PEKERJA TAPAK BINA MAUT RENJATAN ELEKTRIK
PETALING, 04 NOVEMBER 2024 โ Satu kemalangan maut telah berlaku pada 02 November 2024, di sebuah tapak pembinaan di Petaling. Kemalangan maut berlaku melibatkan satu orang (1) pekerja bukan warganegara yang maut akibat renjatan elektrik. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah menerima maklumat berkaitan kemalangan tersebut pada 02 November 2024. Sehubungan dengan itu, JKKP Selangor telah mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian pada 03 November 2024.
Siasatan awal yang dijalankan, JKKP Selangor mendapati bahawa mangsa bersama dua orang rakan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terbuka luar daripada koridor tempat bekerja berhampiran dengan sebuah kelengkapan akses gantung jenis sementara. Semasa menyusun bahan binaan, mangsa telah terkena renjatan elektrik daripada wire rope kelengkapan akses gantung jenis sementara tersebut yang menyebabkan mangsa rebah ke lantai. Kemudian, pihak ambulans telah tiba di tempat kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Susulan daripada siasatan tersebut, JKKP Selangor telah mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian sehingga siasatan selesai. JKKP Selangor turut mengarahkan supaya majikan mengadakan siasatan dalaman dan mengemukakan dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca-punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut. Majikan bakal berdepan tindakan perundangan sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja. Majikan bertanggungjawab untuk mengenalpasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja. Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan.
Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
# # #
Dikeluarkan oleh:
Pejabat Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor
Kementerian Sumber Manusia
04 November 2024
[Anugerah KKP Negara 2023]
Nantikan debaran Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2023 pada 12 November 2024 di Courtyard by Marriott, Kuala Lumpur South.
Majlis perasmian anugerah yang berprestij ini akan disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.
Stay tuned!
- [SIARAN MEDIA] -
UNTUK LIPUTAN MEDIA MASSA
PEKERJA TAPAK BINA DITEMUI MAUT TERJATUH
BANGI, 30 OKTOBER 2024 โ Satu kemalangan maut telah berlaku pada 29 Oktober 2024, di sebuah tapak pembinaan di Bandar Baru Bangi. Kemalangan maut berlaku melibatkan satu orang (1) pekerja bukan warganegara yang maut akibat jatuh dari tempat tinggi. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah menerima maklumat berkaitan kemalangan tersebut pada 29 Oktober 2024. Sehubungan dengan itu, JKKP Selangor telah mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian pada 30 Oktober 2024.
Siasatan awal yang dijalankan, JKKP Selangor mendapati bahawa mangsa sedang menjalankan penyelenggaraan perancah dan โsafety netโ sebelum jatuh dari tingkat 8 ke tingkat 5. Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum diangkat ke kawasan yang selamat. Pihak ambulans telah sampai pada jam lebih kurang 3.30 petang yang kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Susulan daripada siasatan tersebut, JKKP Selangor telah mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian sehingga siasatan selesai. JKKP Selangor turut mengarahkan supaya majikan mengadakan siasatan dalaman dan mengemukakan dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca-punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut. Majikan bakal berdepan tindakan perundangan sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja. Majikan bertanggungjawab untuk mengenalpasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja. Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan.
Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
# # #
Dikeluarkan oleh:
Pejabat Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor
Kementerian Sumber Manusia
30 Oktober 2024
-[DEEPAVALI 2024]-
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada rakyat Malaysia yang beragama Hindu.
Semoga perayaan kali ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya
Ikhlas Daripada :
Pengurusan Tertinggi dan Warga,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH)
- [DEEPAVALI 2024] -
Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia khususnya pelanggan JKKP yang beragama Hindu, Sikh, Jain dan aliran Buddha Newar yang bakal disambut di seluruh negara pada 31 Oktober 2024, Khamis ini.
Perayaan ini adalah waktu yang istimewa untuk memperkuat persahabatan, saling menghormati, dan meraikan nilai-nilai positif yang dikongsi bersama serta pada masa yang sama kita semua tidak melupakan matlamat bersama ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
Juga selamat bercuti buat rakan-rakan yang lain!
Ikhlas dari
Pengarah
Dan seluruh warga JKKP Selangor
-[Pendakwaan dan Kompaun]-
Maklumat Terkini
Tindakan PENDAKWAAN dan KOMPAUN
Tempoh : 1 Oktober 2024 hingga 27 Oktober 2024
Sumber : Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP)
[ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ]
Link Dokumen : https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/peraturan/peraturan-di-bawah-akta-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-1994-akta-514/4718-peraturan-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-loji-yang-menghendaki-perakuan-kelayakan-2024-pua-99-2024/file
Selaras berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024, loji Thermal Oil Heater yang dikategorikan sebagai Bejana Tekanan telah dikecualikan pendaftaran sebagai loji berperakuan kelayakan berdasarkan Peraturan 21(a) kerana ianya termasuk dalam ๐จ๐๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐
๐ช๐, ๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐ง๐๐ฃ-๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐ง๐๐ฃ ๐๐๐จ๐๐ก๐๐ข๐๐ฉ๐๐ฃ ๐ฟ๐๐ฃ ๐๐๐จ๐๐๐๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐ ๐๐ง๐๐๐๐ฃ (๐ณ๐ค๐๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ท๐๐๐๐๐ช๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐๐ ๐๐ฃ) 2024.
Walaupun loji Thermal Oil Heater dikecualikan pendaftaran sebagai loji berperakuan kelayakan, adalah diingatkan bahawa ๐ฅ๐๐ข๐๐ฃ๐๐ ๐ฉ๐๐ฉ๐๐ฅ ๐๐๐ง๐๐๐๐๐๐ช๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ฃ๐๐ช๐ ๐๐๐๐๐๐ฉ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ฌ๐ ๐๐ค๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ช๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐ค๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ข๐๐ฃ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐ง๐๐จ๐ ๐๐ค๐๐.
[ Penggantian Buku Fizikal ]
Perhatian!
Kepada Operator dan Jurutera Dandang Stim, penggantian buku fizikal kepada slip perakuan pendaftaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Disember 2024.
Kegagalan membuat penggantian tersebut akan menyebabkan perakuan kekompetenan terbatal dan tidak boleh mengendali atau menjaga dandang stim.
-[MAKLUMAN]-
Selamat bersara diucapkan kepada En Mustapha bin Hamat pegawai Bahagian Higien Industri & Ergonomik
Terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang 33 tahun berkhidmat di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Ikhlas daripada :
Seluruh Warga JKKP Malaysia
- [BUKU LAPORAN TAHUNAN] -
Anda memerlukan data KKP bagi tahun 2023 bagi tujuan analisa dan kandungan pembelajaran? Department of Occupational Safety and Health Malaysia telah mengedarkan Buku Laporan Tahunan (BLT) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bagi Tahun 2023.
Dokumen tersebut turut boleh dimuat turun di pautan https://anyflip.com/zrljg/koht/ Anda juga boleh mendapatkan BLT tahun-tahun sebelumnya di laman web www.dosh.gov.my
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan BLT 2023, sila berhubung dengan Urusetia Jawatankuasa Penerbitan Buku Laporan Tahunan JKKP Tahun 2023, menerusi email [email protected].
- Admin Sabariah
- [SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM] -
Pada hari ini, DOSH Selangor telah melengkapkan Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan majlis ringkas penyertaan dan menandatangani borang pemilihan opsyen SSPA.
Semua pegawai JKKP Selangor telahpun melengkapkan borang dan menyerahkan pada pihak pentadbiran untuk direkodkan manakala, Pengarah, YBrs. Ir. Ahmad Jailani bin Mansor telah menyaksikan penandatangani borang serta turut menandatangani borang opsyen para pegawai.
Diharap dengan perlaksanaan Pekeliling ini akan menyempurnakan perkhidmatan awam ke arah penyampaian yang lebih cemerlang.
- Admin Sabariah
Pekerja warga asing maut jatuh dari tingkat lapan BAYAN LEPAS - Seorang pekerja warga asing maut selepas terjatuh dari tingkat lapan semasa keluar dari kelengkapan akses gantung jenis sementara (gondola)...
Tiga lelaki cedera dalam letupan di Plaza GM Oleh: Fareez Azman KUALA LUMPUR: Tiga lelaki cedera selepas satu letupan berlaku di Kompleks Beli Belah Plaza GM di Lorong Haji Taib ibu negara petang tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 3.20...
3 lelaki cedera dalam letupan gas penyaman udara | Harian Metro Kuala Lumpur: Letupan yang berlaku ketika kerja pengisian gas penyaman udara mengakibatkan tiga lelaki cedera dalam kejadian di tingkat sembilan, Plaza GM, Chow Kit di sini, hari ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Tingkat 7 Dan 8, Wisma Consplant 2, Jalan SS 16/1
Subang Jaya
47500
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Pejabat PTPTN Cawangan Subang, Lot S15, Giant Hypermarket Subang Jaya, No 1 Persiaran Subang Permai
Subang Jaya, 47500
SSPN simpanan pendidikan pelepasan cukai pendapatan dividen kompetitif simpanan patuh syariah dijamin kerajaan
Lot S15, Giant Hypermarket Subang Jaya, No. 1, Persiaran Subang Permai
Subang Jaya, 47500
CABUTAN WOW SimpanSSPNPlus kini kembali lagi!!! Sertai dan menangi cabutan wow SimpanSSPNPlus.
Subang Jaya
Jabatan Khidmat Pengurusan merupakan salah satu jabatan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang
Subang Jaya
Freemarket MPSJ merupakan platform yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk komuniti berkongsi barangan yang tidak diperlukan lagi untuk diserahkan secara percuma ...
No 12, Jalan SS 15/4
Subang Jaya, 47500
Bagi memberikan maklumat kepada orang awam berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan.
Subang Jaya, 46150
Bahagian Khidmat Komuniti, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Bandaraya Subang Jaya.
Subang Jaya
Squad PANTAS is a team established by Selangor local authorities to handle emergencies & disasters such as flooding, landslides, storms, accidents and fire
KOMPLEKS 3C
Subang Jaya, 47500
Jabatan Pembangunan Masyarakat merupakan salah satu jabatan di bawah pentadbiran MBSJ
1840 S 1300 E
Subang Jaya, 47500
Let's Westminster International College be part of your successful through higher degree of education. เบชเบฒเบเบเบฑเบเปเบซเปเปเบเบฑเบเบเบดเบ เบเบฑเบ เบงเบดเบเบฐเบเบฒเปเบฅ เบเบฒเบเบฒเบเบฒเบ เปเบงเบฑเบเบกเบดเบเบชเปเบเบต.