Bekam Sunnah Sungai Besar & Sabak Bernam
Nearby clinics
Sabak
Shah Alam 40470
Bangunan Arked Mara
45300
45300
45300
No 12/14 Sungai Lias
Pusat Perniagaan Sg Lias Bio Asli
45300
Sungai Besar
45300
Sungai Besar
No 1-02 Arked Mara Sungai Besar
45300
Dataran Tonggak
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bekam Sunnah Sungai Besar & Sabak Bernam, Doctor, sungai haji dorani, sungai besar, sabak bernam, Sungai Besar.
Mohon Bantuan kalian.
Klik link inni dan baca.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=144149566163255&id=100017046379102
RUU 164 & IFC
Melihat sekali imbas agenda RUU 164, kita sudah ada sejarah yang lebih kurang sama berdepan dengan usaha Interfaith Commision (IFC) dahulu.
Tuntutan IFC yang berkait secara langsung dengan undang-undang perkahwinan & perceraian antaranya seperti berikut :
⚫ Seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.
⚫ Orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
⚫ Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
⚫ Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
Jika dilihat antara agenda RUU 164 dan IFC yang serupa, membuktikan mereka konsisten dengan komitmen mereka.
Persoalan ke atas kita, jika mereka tidak berhenti berusaha demi kekufuran mereka, apakah wajar kita tiba-tiba berhenti dari berusaha demi iman kita?
Sewajarnya kita sentiasa beringat.
Abdul Mu'izz Muhammad
5 April 2017
Jangan lupa musuh sentiasa mencari peluang merosakkan kita.
http://hanafism.blogspot.my/2016/10/bagaimana-mendepani-musuh-islam.html?m=1
BAGAIMANA MENDEPANI MUSUH ISLAM?? Kita perlu sentiasa didedahkan dengan perancangan musuh Islam dari semasa ke semasa. Sikap kita adalah: ⚫ Tidak terlalu memandang tinggi t...
INGIN PAHALA BERTERUSAN? IKUTI LANGKAH INI.
http://hanafism.blogspot.my/2016/10/ingin-pahala-mengalir-selepas-mati-ini.html?m=1
INGIN PAHALA MENGALIR SELEPAS MATI, INI CARANYA. Menyumbang SERENDAH RM10 sahaja untuk 1 bahagian. . Cuba bayangkan, anak-anak kecil yang dapat manfaat dari Sekolah Rendah Integrasi Teras...
Gurauan malam. Ada kawan kami hantar.
Siapa nak berbekam, boleh PM segera.
Bekam yg mcm dalam gambar ni terhad.
Haha
Kami mohon maaf jika mesej di page ni tak dapat di reply kerana beberapa masalah page.
Untuk memudahkan urusan, tuan puan boleh terus whats app pada nombor tertera.
Terima kasih.
📋 TARIKH MUSTAJAB BEKAM.
Soalan : Apakah waktu yang mustajab berbekam bagi maksimakan kesembuhan ❓
Jawapan : Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dalam Jami’-nya daripada hadith Ibnu Abbas secara marfu’:
ان خير ما تحتجمون فيه يوم سابع عشرة أو تاسع عشرة ويوم احدى وعشرون
Ertinya :
“Sesungguhnya waktu terbaik untuk melakukan bekam adalah pada tarikh 17,19 dan 21 setiap bulannya.”
Dengan maksud tarikh ini menjadi kesukaan baginda SAW berbekam.
🗓 Bulan OGOS 2016/ Zulkaedah 1437.
📌 20.8.2016 | 17 Zulkaedah 1437 - Sabtu
📌 22.8.2016 | 19 Zulkaedah 1437 - Isnin
📌 23.8.2016 | 21 Zulkaedah 1437 - Rabu
Jom faham BEKAM ITU SUNNAH .
Untuk Temujanji
Call Ustaz hanafi 0193666258
Ustaz azhari 0132343098
Sila share…✅
Dapatkan dari kami di Daerah Sabak Bernam.
Bekam sebagai rawatan alternatif Berbekam mungkin dilihat sebagai kaedah rawatan yang mengerikan bagi segelintir individu yang fobia terhadap darah. Tidak kurang juga ada yang ngeri apabila mengenangkan mereka perlu menanggung rasa pedih pada kulit ketika jurubekam melakukan proses vakum bagi mengumpulkan darah dalam cawan (cup) se...
Membekam.
Lama bercuti.
Boleh hubungi kami untuk bekam.
Olimpik: Bekam di badan bantu Phelps raih emas RIO DE JANEIRO: Michael Phelps bangun di sebelah pagi Sukan Olimpik kelimanya dengan kesakitan di sebelah kanan bahu.
Selesai berbekam. Semoga diberi kesihatan yg baik.
Antara titik utama utk sakit tertentu.
picit di tempat sakit.
Sapu minyak angin untuk lebih rasa selesa.
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-36 : BERBEKAM
SOALAN :
Adakah berbekam itu sunnah atau ia sekadar rawatan biasa yang berkaitan dengan hal keduniaan ?
JAWAPAN :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk “al-Sunnah al-Nabawiyyah”, inilah jawapannya :
Di sana terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan berbekam, antaranya ialah:
• Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
حجمَ أبو طيبَةَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ ، فأمرَ له بصاعٍ من تمرٍ ، وأمَرَ أهلَهُ أن يخفِّفُوا من خراجِهِ
Maksudnya: “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu sha’ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya”. [Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang pembekam, no.Hadith 1960]
• Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
حجم النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عبدٌ لبني بياضةَ . فأعطاهُ النبيُّ أجرَه . وكلَّم سيدَه فخفَّفَ عنهُ من ضريبتِه . ولو كان سُحتًا لم يُعطِه النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnya”. Jika berbekam ini adalah haram, tentu Nabi SAW tidak memberikannya upah. [Riwayat Muslim, kitab pengairan, bab halalnya upah kepada pembekam, no. Hadith: 2955]
• Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]
• Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:
احتجم النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في الأخدعَيْنِ وبَينَ الكَتِفَيْنِ
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunya”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 1987]
• Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ
Maksudnya: “ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasa”. [Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. Hadith: 1802]
Ulasan ringkas berkaitan hadith-hadith berbekam
Jumhur ulama’ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram. Selain itu juga, berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. Tambahan p**a, berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini.
Hukum berbekam
Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secaea mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian. Jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak lagi. Adapun bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak akan mendapat pahala daripada Allah SWT melainkan melakukannya hanya sekali seumur hidup disebabkan beramal dengan hadith Nabi SAW yang sahih dan thabit seperti dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.
Tarjih
Kami cenderung mengatakan sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Ijaj al-Khatib bahawa berbekam adalah salah satu daripada teknik atau cara perubatan yang diamalkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Selain itu, kepada sesiapa yang berhajat padanya maka tidak menjadi masalah dan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Manakala kepada sesiapa yang tidak berhajat kepadanya maka tidak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ini kerana, di dalam hadith menunjukkan bahawa Nabi SAW melakukannya apabila Baginda SAW perlu dan bukan setiap masa. Walapun begitu, setiap orang mempunyai keselesaan dalam perubatan. Maka dengan itu, setiap orang boleh membuat pilihannya sendiri selagimana ia tidak bertentangan dengan syara’ dan Islam seperti bertemu bomoh dan perubatan yang berunsur khurafat. Islam sangat meraikan dan menitikberatkan soal keselesaan setiap penganutnya agar agama ini tidak dilihat sulit dan menyusahkan kerana ini bertentangan dengan ciri-ciri agama ini iaitu memudahakan.
Penutup
Semoga Allah SWT membantu kita dan memberi kekuataan kepada kita agar kita dapat melaksanakan sunnah-sunnah yang diajar dan ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Amin.
Wallahua’lam
Yakinlah dalam sunnah itu ada kesembuhan.
Waktunya itu terp**ang pada Allah.
Membekam pegawai Darul Quran.
KURSUS MARXISME, AIDS BUAT ANAK MUDA ISLAM
[1] Media sosial hari ini gempar seketika apabila "tweet" daripada Ketua Polis Negara bertarikh 28 Februari 2016 dengan menyatakan tindakan beliau untuk menyekat Kursus Marxisme yang kini sedang viral sekaligus menaikkan kemarahan umum. Akhbar Sinar Harian juga telah memaparkan petikan kata-kata beliau yang berbunyi "Polis tidak akan membenarkan kursus ini. Pihak penganjur akan dipanggil". Sila rujuk, http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kpn-sekat-cubaan-sebar-fahaman-komunis-1.490521
[2] Terkejut dengan tindakan Ketua Polis Pegara ini, S.Arutchelvan merangkap AJK Pusat PSM yang merupakan penganjur kepada kursus ini turut mengeluarkan kenyataan. Beliau mempertahankan penganjuran kursus ini dengan menegaskan bahawa, kursus ini merupakan kritikan Karl Marx tentang sistem ekonomi kapitalis dan ianya adalah program umum bukanlah kursus yang bersifat bawah tanah.
[3] GAMIS dengan tegasnya sangat menyokong sepenuhnya tindakan yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu menyekat kursus yang difahamkan akan di adakan di Dewan Budaya Petaling Jaya, pada 20 Mac ini.
4. Pengasas Komunisme, Karl Marx pernah berkata "Agama Adalah candu kepada bangsa". Dan diantara kata-kata tokoh mereka yang lainnya Lenin "Golongan kami tidak berpegang pada pengangan agama negatif, agama adalah khurafat dan bodoh". Stalin p**a pernah mengungkapkan "Kami tidak mempercayai Tuhan. Kami percaya beriman kepada Allah SWT adalah khurafat. Kami percaya agama dapat merosakan tamadun kami. Kami juga tidak mahu agama mengawal kami dan kami tidak mahu menjadi orang yang mabuk". Maka, sudah jelaslah, ia akan menghadirkan kekeliruan buat masyarakat, khususnya para anak muda Islam yang ada pada hari ini.
[5] Hari ini, kita melihat dasar-dasar komunisme dan dasar-dasar komunis antarabangsa mewajibkan pengikutnya menjadi "atheis" dan menyebarkan dakwah yang berlawanan dengan ajaran agama Islam. Mereka juga, menolak golongan yang mengamalkan syiar Islam serta tindakan mereka melarang mana-mana negara komunis untuk berkhidmat dengan negara yang berpegang pada ajaran Islam.
[6] Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi , Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia telah menggariskan bahawa menurut hukum, siapa yang berfahaman komunisme adalah "زنديق" (zindiq). Iaitu golongan yang menzahirkan keimanan mereka tetapi hakikatnya kafir dan ingin mghancurkan Islam. Firman Allah SWT menerusi Al-Quran :
وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا
خَالِدُونَ
"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya".
(Surah Al-Baqarah, ayat 217)
[7]Mohon JAKIM, Jabatan M***i dan Institusi agama yang lain memainkan peranan bagi membenteras penularan ideologi sesat yang kian menular pada hari ini. GAMIS sedia bersama-sama dengan setiap institusi yang serius dalam menangani ideologi yang semakin dizahirkan oleh golongan-golongan yang beragenda songsang.
MOHAMAD FAROUK HAMZAH
Pengerusi Majlis Penerangan & Informasi Pusat,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia.
KPN: Sekat cubaan sebar fahaman komunis - Semasa - Sinar Harian SHAH ALAM - Polis akan memanggil penganjur Kursus Marxisme Kilat untuk memberi keterangan mengenai anjuran program tersebut.
Jom hadir taman-taman syurga
Jom bekam ckit.
"Yakin sunnah, Kesembuhan milik Allah"
Jom bekam bersama kami.
Kami juga menyediakan khidmat bekam ke rumah@premis anda.
"Yakini sunnah, Kesembuhan milik Allah"
Jom bekam
Hubungi kami untuk khidmat bekam
"Yakin dengan sunnah, Kesembuhan dari Allah"
Jom bekam
Mengambil manfaat daripada sunnah Rasulullah saw, Moga dikurniakan kesihatan yang baik. Amin
Jom mamtapkan ilmu al Quran anda
Soalan Lazim Berkaitan Bekam. Moga dapat memberikan penjelasan diatas persoalan anda.
Soalan lazim ini dikumpul dan dihimpunkan untuk memudahkan anda mendapat jawapan.
1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ❓
Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM AUTOMATIK LAUNCHING . Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian darah penyakit kencing manis.Kaedah ini sangat selamat.
2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah❓
Ya selamat, ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja. Semua alatan bekam kami akan melalui proses STERIL menggunakan UV STERILIZER sebelum melakukan proses berbekam. Penggunaan cecair Aniosyme DD1 juga menepati SOP kebersihan peralatan standard klinikal.
3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah❓
Waktu mustajab ialah tanggal 17/19/21 hb kalendar Islam Hijriah.
4) Individu manakah yang patut di elakkan berbekam darah❓
Individu yang tidak dianjurkan berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil. Adapun bekam angin tidak menjadi masalah.
5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum❓
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.
6) Pusat bekam atau perawat mana p**a patut dipilih untuk berbekam ❓
Mereka yang mengutamakan kebersihan, ada mesin sterilizer, menjaga batasan syariat dan professional.
7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah❓
Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam 3 bulan sekali berdasarkan tempoh hayat darah 120 hari dan bagi orang yang berpenyakit kritikal , anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut bagi kesembuhan yang maksimum.
8) Apakah pantang larang selepas berbekam❓
Anda dianjurkan tidak makan makanan berat dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.
9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah❓
Dianjurkan perut kosong minima 2 jam sebelum temujanji bekam.
10) Bolehkah berbekam pada hari RABU❓
Boleh, jika pada hari tersebut jatuhnya tarikh mustajab berbekam (17/19/21 kalendar Islam) ataupun pada hari tersebut juga anda sedang sakit dan perlukan rawatan bekam dengan kadar segera. Tiada dalil/nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.
11) Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia❓
1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid, toksin, uric acid, kolestrol, angin, sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin. Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.
2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali. Contohnya kita berbekam pada titik jantung, hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung, jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.
3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa
💥Info Bekam💥
Rawatan Bekam telah mula di amalkan di dalam merawat penyakit kritikal semasa. Ramai Doktor mula menerima dan mengesyorkan rawatan bekam kepada pesakit mereka.Dalam Sunnah ada kejayaan.
Jom faham BEKAM ITU SUNNAH .
Sila share...✅
Jom Bekam
"Bekam resdung"
Macam mana pelayar facebook sekalian?
Sunnah pasti ada kejayaan.
PERJANJIAN TPPA: PENGUKUHAN HAGEMONI AMERIKA DAN NILAI-NILAI BARAT
Bila sebut Amerika, sudah terbayang dalam kepala bahawa Amerika adalah peneraju negara Barat mempromosikan nilai-nilai Barat. Lebih-lebih lagi, Amerika merupakan peneraju blok Barat bagi berhadapan blok Timur dalam era perang dingin.
Dalam era perang dingin ini, beberapa agensi kerajaan Amerika seperti CIA dan NED menjalankan segala kegiatannya bagi mengukuhkan kedudukan Amerika di serata dunia khususnya melalui promosi nilai demokrasi, consumerisme, materialisme dan liberalisme.
Selepas era perang dingin dan lebih tepat selepas kejatuhan soviet, tiga idea telah dikemukakan bagi mengukuhkan hagemoni Amerika iaitu pertembungan ketamadunah Barat, order dunia dan globalisasi mula diperkenalkan. Tiga idea ini merupakan asas Amerika untuk mengekalkan cengkaman terhadap negara-negara dunia.
Beberapa instrumen Amerika dikenal pasti digunakan untuk mengekalkan cengkamannya di peringkat antarabangsa iaitu:
1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan halangannya adalah negara Rusia dan China sebagai pemegang kuasa veto.
2. Institusi Kewangan Dunia (IMF) yang menawarkan hutang agar dapat mengikat negara-negara miskin dan membangun dengan tekanan kuasa negara maju.
3. US Dollar sebagai asas pertukaran wang asing yang menyebabkan seluruh dunia sangat bergantung dengan sistem kewangan Amerika.
4. Undang-undang antarabangsa digunakan untuk memperkukuhkan kedudukan negara kuasa Besar termasuk Amerika.
5. Dan terbaru, TPPA adalah instrumen baru bagi mengikat semua negara yang menandatanganinya.
Kelima-lima instrumen ini bagi mengukuhkan idea ketamadunan Barat, order dunia dan globalisasi. TPPA diletakkan dalam instrumen di atas adalah kerana ia merupakan salah satu strategi untuk mengukuhkan hagemoni, order dan globalisasi Amerika. Justeru, perjanjian TPPA adalah mengukuhkan kedudukan Amerika di rantau Asia Pasifik dan tentunya menguntungkan Amerika.
Beberapa keuntungan Amerika melalui TPPA telah dapat dikenal pasti iaitu:
1. Amerika dapat mempromosi nilai-nilai Barat seperti demokrasi, liberalisme, consumeralisme dan seumpamanya.
2. Mengukuhkan cengkaman dunia dan mengenepikan pengaruh Rusia dan China.
3. Mengukuhkan ekonomi kapitalisme di peringkat antarabangsa.
4. Memperkukuhkan dollar Amerika dan ekonomi Amerika kerana dapat menggalakkan perniagaan peringkat antarabangsa.
5. Mengukuhkan penguasaan undang-undang antarabangsa dengan mengenepikan undang-undang negara-negara Asia Pasifik.
6. Mengukuhkan sains dan teknologi Amerika dengan jaminan hak intelektual.
Namun, apakah yang Malaysia dapat dari perjanjian TPPA? Ya, Amerika tentu mendapat keuntungan. Persoalan lebih penting adalah apakah keuntungan Malaysia dalam perjanjian TPPA? Ramai sudah mengandaikan kesan positif dan negatif dari perjanjian ini. Tetapi, apa yang pasti adalah Malaysia akan tunduk kepada hagemoni Amerika dan Malaysia adalah rakan perniagaan bagi seluruh negara yang menandatangani perjanjian TPPA lebih-lebih lagi Amerika sebagai mahaguru nilai-nilai Barat.
Dr Muhammad Atiullah
Pengarah Akademi al-Ghazali
Insyallah moga cepat sembuh.
Jom bekam.
Dapatkan khidmat bekam sunnah dari kami dengan khidmat juru bekam yang terlatih. Insyallah moga-moga dikurniakan kesihatan dariNya.
Jom sama2 kita hadirkan diri...
"Islam yang syumul"
Hinggakan cara merawat penyakit pun ada didalam ajaran islam.
Sunnah pasti ada kejayaan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam
Sungai Besar
45300
Sungai Besar, 45300
Essential Oils adalah minyak aromatik dari tumbuh-tumbuhan.Minyak yang dihasilkan adalah 100% tulen dan membantu eo meresap. �Alternatif kepada ubat-ubatan moden. �Sangat mudah...
NO 8 Jalan PPSL 2, PT 1834, PUSAT PERNIAGAAN SUNGAI LIAS
Sungai Besar, 45300
Supplement for weight gain