Klinik Dr Shobri - Rasmi

Klinik Dr Shobri mula beroperasi sejak tahun 1993 di Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth.

14/12/2023

Assalamualaikum. Klinik Dr Shobri tidak beroperasi pada waktu malam untuk sementara waktu (13hb Disember - 15 Disember 2023) kerana kekurangan petugas.
Mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
Insyaallah, operasi klinik akan kembali seperti biasa pada 18 Disember 2023.
Harap maklum dan terima kasih. :)

21/11/2023

Malam ni "tag team" antara Dr Neen dan Dr Fatin Husna, kedua-duanya adalah anak perempuan Dr Shobri. Untuk kes yang lebih rumit, mereka akan dapatkan pandangan Dr Shobri sendiri untuk nasihat dan maklumat tambahan. :)
Semua ni bagi memastikan kualiti rawatan yang terbaik dapat kami berikan setiap masa. Insyaallah.

15/11/2023

Special kes malam ni, ada dua pesakit yang "bertuah" sebab dapat khidmat nasihat tambahan dari Dr Shobri sendiri. Perkongsian maklumat berdasarkan pengalaman dari Dr senior sangat penting untuk Dr2 baru, sebab sesuatu ilmu itu matang dan berkesan dengan "lama masa".

Photos from Klinik Dr Shobri - Rasmi's post 15/11/2023

Malam ni (15 November 2023) Dr Neen bertugas, dan kami sedang pantau dengan sistem live, untuk pastikan kualiti perkhidmatan berada pada tahap terbaik. (Semakan semula rakaman cara layanan pesakit dan cadangan rawatan akan dibuat oleh Dr Shobri dan admin untuk tujuan cadangan penambahbaikan)

11/11/2023

Dr Neen vs Review Klinik Dr Shobri
---
Sebenarnya, sebelum ni, kami (anak-anak Dr Shobri) tak ambil kisah sangat review-review buruk yang ditinggalkan kat klinik, sebab kami tahu ayah sibuk dan tak sempat nak baca pun review-review tu.

Kami juga tak cuba buat tindakan mengejut untuk betulkan keadaan (terutama bab review "staff kurang sopan") -- sebab kami rasa, kebanyakkan komen-komen ni sebenarnya membantu ayah "relax" sikit.

Kalau review elok, pesakit mungkin bertambah, bermaksud ayah kena kerja teruk. Ayah dah lama "tak rehat" -- dah 30 tahun lebih ayah usahakan klinik ni.

Kalau bercuti di mana-mana pun, ayah cuma akan peruntukkan satu dua hari saja. (Admin ingat lagi, macam mana admin marah ayah, sebab susah payah hadap jem naik Cameron Highland awal pagi, tak sempat nak "menikmati" suasana dan berhenti letih, ayah dah ajak balik menjelang petangnya (sebab esok nak kena balik buka klinik).

Review-review tak elok, bagi kami "ada kebaikan" untuk "redakan" sikit jumlah pesakit yang nak jumpa ayah.

Sehinggalah, baru-baru ni - kami adik beradik bincang panjang dengan ayah - untuk jaga dan teruskan legasi yang ayah dah bina sejak 30 tahun lepas - maka....

Hasil perbincangan tu telah berjaya "memaksa" Dr Neen untuk setuju hantar surat berhenti kerja hospital, untuk beri fokus penuh kepada klinik ayah.

Jadi - tunggu sat. Dr Neen dan kami adik beradik, akan beramai-ramai "baiki semula" kekurangan dan tingkatkan kualiti perkhidmatan klinik. InsyaAllah.

Doakan kami. :)
[ Siapa Dr Neen ? Boleh rujuk video ni : https://www.facebook.com/watch/?v=471885224173364 ]

08/11/2023

Semasa awal penubuhan klinik ni (18.10.1993) Dr Shobri tak ada duit, jadi kalau perhatikan betul2 dalam gambar ni, akan nampak yang meja Dr pun bertampal dengan selotape, sebab Dr guna meja second hand (asal ada), nak jimat punya pasal. Tujuan berjimat cermat ni, ialah untuk pastikan Dr dapat beri khidmat dan rawatan terbaik pada harga murah kepada penduduk sekitar (terutamanya kepada orang2 kampung Dr yang support Dr sejak zaman Dr masih seorang pelajar).
---
Sikap berjimat cermat dan cas harga murah ni sampai sekarang masih diteruskan oleh Dr... sebab tu, kalau sesiapa rajin "perhati", akan nampak, ada aircond yang dah berusia lebih 20 tahun pun, masih "berkhidmat" di klinik sekarang. Gitulah.

08/11/2023

Bismillahirrahmanirrahim.
Admin curi2 ambil gambar Dr Shobri, semasa Dr sedang bertugas. Bukan senang nak "culik" gambar macam ni, sebab Dr Shobri ni jenis "pemalu". Selamat datang ke page rasmi Klinik Dr Shobri, ini adalah post pertama page ni.
Page ni akan dikendalikan oleh admin (bukan Dr Shobri sendiri).
Semoga ada manfaat yang dapat disebarkan dengan kewujudan page ni. Amin.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Sungai Dua?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Bismillahirrahmanirrahim. Admin curi2 ambil gambar Dr Shobri, semasa Dr sedang bertugas. Bukan senang nak "culik" gambar...

Category

Telephone

Address


5 Lorong Murni 6, Taman Desa Murni, Butterworth
Sungai Dua
13800

Opening Hours

Monday 08:30 - 12:30
14:00 - 18:00
Tuesday 08:30 - 12:30
14:00 - 18:00
Wednesday 08:30 - 12:30
14:00 - 18:00
Thursday 08:30 - 12:30
14:00 - 18:00
Friday 08:30 - 12:00
14:30 - 18:00
Saturday 08:30 - 12:30

Other Medical Centers in Sungai Dua (show all)
Poliklinik Dr Azhar & Rakan2 Sungai Dua Poliklinik Dr Azhar & Rakan2 Sungai Dua
No 16 Tingkat Bawah Lorong Perniagaan Dua Pusat Perniagaan Sungai Dua Butterworth Pulau Pinang
Sungai Dua, 13800

memberi rawatan perubatan n minor operation