Farhaan Rahmat
Nearby public figures
sungai petani
Sp Plaza
Kampung Baru Sungai Layar Hujung
Jalan Bandar Sri Astana
24 Street, Pyu
Jalan Badlishah
Saya mengendalikan program pembangunan modal insan yang berimpak tinggi di seluruh Malaysia!
Sepanjang penglaman saya menyampaikan ceramah motivasi di sekolah yang multi racial, saya dah biasa melihat suasana seperti ini.
Makan bersama, bergurau senda ketika buat aktiviti bersama, boleh ketawa bersama-sama dan menangis bersama apabila nak berpisah selepas tamat program.
Kita semua tak berpecah pun pada asalnya.
Hanya politik yang telah berjaya menghancurkan perpaduan kita.
Alhamdulillah hari ini dapat peluang untuk menyampaikan Motivasi Transformasi Diri (Fokus Sahsiah & Minat Belajar) untuk pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 di SK Tikam Batu, Sungai Petani Kedah.
Menyampaikan ceramah untuk sekolah rendah tidak mudah kerana memerlukan kesabaran dan fokus yang tinggi untuk menawan hati mereka. Alhamdulillah tahun ini banyak sekolah rendah jemput saya.
Saya nak kongsikan beberapa tips yang saya kenalpsti berjaya untuk tarik minat mereka. Sebab ramai beranggapan agak s**ar untuk menyampaikan ceramah di sekolah rendah.
Pertama; Ambil tahu beberapa rancangan TV yang trending, game yang mereka install di gajet, nama-nama Youtuber atau Tiktokers yang top sebagai 'jambatan' untuk dekat dengan mereka.
Kedua; Sentiasa merendahkan ego kita sebagai orang dewasa. Dekati mereka dengan penuh kasih sayang dan bermain seperti kita juga teman sepermainan mereka di sekolah.
Ketiga; Selit cerita motivasi tokoh terkenal atau pengalaman peribadi. StoryTelling sangat mempengaruhi kerana kita sebagai manusia sangat s**a mendengar cerita. Kemudian kaitkan dengan kehidupan seharian kita sebagai anak, pelajar dan hamba Tuhan.
Keempat: Slideshow yang mesra pelajar dan interaktif mampu menarik minat mereka untuk follow kita sampai habis ceramah. Ikhtiar untuk download gambar serta video yang mempunyai resolusi tinggi (tak pecah). Budak-budak sekarang layan 4k ๐คฃ
Kelima; Bonus sekiranya mampu pelbagaikan suara dan cipta roleplay yang melibatkan pelajar untuk turut serta. Pasti mata semua audiens akan tertumpu ke arah depan pentas. Elakkan memalukan pelajar dengan gelaran atau panggilan yang membuatkan dirinya fobia untuk kedepan dimasa akan datang. Jadikan pengalaman yang berharga untuknya lebih berani dan yakin untuk program seterusnya.
Insya Allah kita akan melangkah dengan penuh bergaya meninggalkan dewan sekolah tersebut dalam keadaan para pelajar berlari ingin bersalam-salaman dan memeluk anda sambil berkata;
"Terima kasih mai sekolah kami. Nanti kita jumpa lagi tau. Selamat Datang ke Bumi".
Selesai komitmen pagi tadi di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - Uni SHAMS sempena COFEST.
Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Eksekutif Muamalat (PERTEMU) kerana sudi menjemput Abang An untuk memberikam input.
Masa awal pegang mikrofon tak ramai orang. Lepas setengah jam penuh pengunjung dan penonton yang dengar ceramah saya. Alhamdulillah โค๏ธ
Esok sepatutnya ada satu jemputan menyampaikan ceramah berkaitan Kesihatan Mental di salah sebuah Politeknik di sebuah negeri di utara.
Hari ni PA saya hubungi pelajar yang uruskan program tersebut untuk tanya update berkaitan esok.
Malangnya dia kata paperwork belum approve ๐คฆ๐ปโโ๏ธ
Yang bestnya budak ni tak hubungi pun pihak saya untuk maklumkan tentang status terkini program sebelum ni. Sunyi sepi ja ๐
Come on dik, macam mana you all buat program? Sehari sebelum program baru nak bagitahu macam tu. Nasib baik kita follow up hari ni tau..
Bayangkan kalau esok saya ke politeknik tu..
Sebenarnya ni bukan kali pertama jadi macam ni. Banyak kali dah tapi ditelan sahaja walaupun pahit.
Saya berpendapat ada 3 sebab terjadinya kes seperti ini:
1. Kelemahan persatuan/kelab pelajar yang in charge dalam menguruskan program serta sikap mengambil mudah jemputan ceramah daripada pihak luar. Depa rasa kalau cancel program tu macam tak ada kesan apa pun dekat pihak poli. Tapi depa lupa kesan kepada penceramah.Patutlah ada universiti/kolej yang selitkan subjek dan kursus Pengurusan Acara (Event Management) untuk latih para pelajar menganjurkan acara.
2. Pihak pengurusan yang bersikap sambil lewa apabila pelajar-pelajar menghantar kertas kerja untuk diluluskan menyebabkan program yang dirancang tidak dapat direalisasikan. Kerenah Birokrasi yang menyebabkan para pelajar down setiap kali nak propose apa-apa program.
3. Penceramah yang baik sangat seperti saya
๐คญ Tak minta deposit sebab niat nak bantu pelajar buat progam. Akhirnya kita yang kena game ๐ Apabila tak ada deposit, depa nak cancel pun tak ada rasa bersalah dalam diri. Depa tak tau kadang-kadang banyak jemputan lain kita tolak sebab nak bagi laluan dekat depa.
Gambar dibawah menunjukkan tangkap layar di
whatsapp dengan salah seorang pelajar yang berurusan dengan saya untuk satu program di UiTM Kedah. Memang terbaik dan smooth ja urusan ๐
Dah berhabuk page ni. Terima kasih yang baru like page ni โฅ๏ธ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the public figure
Telephone
Address
Sungai Petani
Sungai Petani, 08000
ESQ Seminar berlandaskan kepada Model ESQ Way 165 untuk membangun karekter yang di asaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian. Training yang berlandaskan Al Quran, As Sunnah dan Sain...
Sungai Petani, 08000
Pusat Rawatan Nur Islam kami juga menyediakan khidmat Rawatan ke rumah pesakit.
SUNGAI PETANI
Sungai Petani, 08000
Menjalankan Program Essential Skill di seluruh negara secara dalam talian dan secara fizikal.