Videos by Institut Latihan Kesihatan AT Kem Terendak Melaka in Sungai Udang. Institut Latihan Kesihatan AT merupakan pusat latihan akademik bagi Kor Kesihatan Diraja dalam progr
LATIHAN MEDAN DAN PENDAKIAN GUNUNG ANGSI DI TAMAN EKO-RIMBA ULU BENDUL, NEGERI SEMBILAN
MELAKA, 15 Februari 2023 – Pelaksanaan Latihan Medan dan Pendakian Gunung Angsi di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, Negeri Sembilan selama 3 hari bermula 15 hingga 17 Feb 23. Latihan dan program yang telah dianjurkan oleh Institut ini melibatkan 57 anggota staf, jurulatih INSAN AT dan penuntut kursus yang terdiri daripada 32 pegawai dari Kursus Pegawai Ikhtisas KKD Siri 93/2023, 82 orang penuntut Kursus Peningkatan Paramedik Kelas 1 Siri 9/2023 dan 92 orang Penuntut Program Diploma INSAN AT. Pegawai Penyelaras bagi latihan ini ialah Lt Kol (Dr) Mohd Muzammil bin Ozair, Penolong Pegawai Penyelaras ialah Mej (Dr) Mohd Afiq bin Hishamudin, Kapt Mohd Hanif bin Ahmad sebagai Ketua Keselamatan Konvoi, manakala keperluan logistik diketuai oleh PW 2 Mohd Mazlan bin Abd Malit.
Tujuan utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk mengaplikasikan pembelajaran yang disampaikan dalam bentuk amali di lapangan supaya penuntut dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Di samping itu, ianya adalah untuk melatih dan memberi pendedahan kepada penuntut kursus tentang peranan dan tugas pegawai serta anggota KKD di medan yang terdiri daripada 3 aspek iaitu membantu pelaksanaan kesihatan dan perawatan moden terutama apabila diaturgerak ke lapangan, pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dan yang terakhir adalah memupuk semangat kerjasama serta semangat setia kawan di kalangan penuntut dan staf.
Turut diadakan Majlis Pembukaan Kursus Pegawai Ikhtisas KKD Siri 93/2023 yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato’ (Dr) Rosman Bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera. Kursus ini disertai seramai 32 orang pegawai bermula 13 Feb 23 hingga 24 Mac 23.
Oleh: Sel Perubatan Ketenteraan INSAN AT
Editor: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Jurugambar: PW 2 Aleffaezal dan SSjn Moses Owen
LATIHAN MEDAN DAN PENDAKIAN GUNUNG ANGSI DI TAMAN EKO-RIMBA ULU BENDUL, NEGERI SEMBILAN MELAKA, 15 Februari 2023 – Pelaksanaan Latihan Medan dan Pendakian Gunung Angsi di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, Negeri Sembilan selama 3 hari bermula 15 hingga 17 Feb 23. Latihan dan program yang telah dianjurkan oleh Institut ini melibatkan 57 anggota staf, jurulatih INSAN AT dan penuntut kursus yang terdiri daripada 32 pegawai dari Kursus Pegawai Ikhtisas KKD Siri 93/2023, 82 orang penuntut Kursus Peningkatan Paramedik Kelas 1 Siri 9/2023 dan 92 orang Penuntut Program Diploma INSAN AT. Pegawai Penyelaras bagi latihan ini ialah Lt Kol (Dr) Mohd Muzammil bin Ozair, Penolong Pegawai Penyelaras ialah Mej (Dr) Mohd Afiq bin Hishamudin, Kapt Mohd Hanif bin Ahmad sebagai Ketua Keselamatan Konvoi, manakala keperluan logistik diketuai oleh PW 2 Mohd Mazlan bin Abd Malit. Tujuan utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk mengaplikasikan pembelajaran yang disampaikan dalam bentuk amali di lapangan supaya penuntut dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Di samping itu, ianya adalah untuk melatih dan memberi pendedahan kepada penuntut kursus tentang peranan dan tugas pegawai serta anggota KKD di medan yang terdiri daripada 3 aspek iaitu membantu pelaksanaan kesihatan dan perawatan moden terutama apabila diaturgerak ke lapangan, pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dan yang terakhir adalah memupuk semangat kerjasama serta semangat setia kawan di kalangan penuntut dan staf. Turut diadakan Majlis Pembukaan Kursus Pegawai Ikhtisas KKD Siri 93/2023 yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato’ (Dr) Rosman Bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera. Kursus ini disertai seramai 32 orang pegawai bermula 13 Feb 23 hingga 24 Mac 23. Oleh: Sel Perubatan Ketenteraan INSAN AT Editor: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT Jurugambar: PW 2 Aleffaezal dan SSjn Moses Owen