Institut Latihan Kesihatan AT Kem Terendak Melaka
Institut Latihan Kesihatan AT merupakan pusat latihan akademik bagi Kor Kesihatan Diraja dalam progr
MAJLIS PENUTUP KURSUS PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN STOR PGAT SIRI 6/2024 INSTITUT LATIHAN KESIHATAN AT
MELAKA, 31 Julai 2024 – Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Stor PGAT Siri 6/24 yang telah bermula pada 22 Julai 2024 hingga 2 Ogos 2024. Kursus ini telah disertai seramai 16 orang penuntut. Objektif kursus ini diadakan ini adalah untuk melahirkan anggota yang efisien dalam aspek pentadbiran pasukan dan pengurusan stor PGAT untuk membangunkan karisma modal insan dan menjadi seorang anggota yang berketerampilan tinggi.
Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Lt Kol Zulkarnain bin Rajiun, Timbalan Komandan Pentadbiran INSAN AT. Di dalam ucapan penutup, beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua penuntut kerana telah berjaya menamatkan blok teori dan praktikal serta telah berjaya menjalani peperiksaan akhir dengan jayanya. Selain itu, beliau juga berharap agar segala ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dan diamalkan dengan sebaiknya serta lebih peka dengan keperluan semasa yang semakin mencabar di pasukan kelak agar ilmu tersebut dapat dikembangkan serta digunakan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan di pasukan.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT
PERBARISAN KOMANDAN
INSTITUT LATIHAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA
MELAKA, 30 Julai 2024 – Perbarisan Komandan telah dilaksanakan di Padang Kawad INSAN AT bagi kali pertama tahun 2024. Perbarisan ini diketuai oleh Lt Kol Zulkarnain bin Rajiun, Timbalan Komandan Pentadbiran dan melibatkan seramai 5 orang pegawai dan 82 orang anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Di dalam ucapan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Kol (Dr) Lotfi bin Anuar, Komandan INSAN AT, beliau menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah ibu kepada Mej (Dr) Muhammad Azril bin Azizi dan Allahyarham suami kepada Kpl Siti Mariam binti Hashim. Seterusnya, beliau menekankan bahawa perbarisan seperti ini merupakan suatu tradisi yang terdapat dalam Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) yang perlu dilaksanakan oleh setiap pasukan bagi memastikan tahap disiplin dan tatasusila seseorang anggota berada di tahap yang optimum. Sehubungan itu, setiap lapisan anggota akan sentiasa didedahkan dengan ilmu pengetahuan berkaitan pentadbiran, pengurusan latihan, pengetahuan dalam bidang logistik serta kemahiran kepimpinan selain pengurusan dan kawad. Selain itu juga, beliau berhasrat agar institut ini dapat melahirkan seorang anggota yang berpengetahuan tinggi berkenaan ilmu perubatan dan berkemahiran tinggi dalam bidang tugas hakiki.
Akhir sekali, beliau amat berharap agar apa yang telah disampaikan kepada semua anggota dilaksanakan mengikut kehendak perkhidmatan dan telus dalam menjayakan misi dan objektif yang telah dipertanggungjawabkan.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN 1445H
PERINGKAT INSTITUT LATIHAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA
MELAKA, 4 April 2024 – INSAN AT telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran di Surau Asy-Syifaq INSAN AT sempena meraikan tamatnya Program Tadarus Al-Quran sempena Ramadhan 1445H mulai 10 Mac 2024 hingga 3 Apr 2024 menerusi penglibatan seramai 25 orang staf INSAN AT dan 94 HAT, awam serta para penuntut. Turut hadir merasmikan majlis ini ialah YBhg Lt Kol Zulkarnain bin Rajiun, Timbalan Komandan Pentadbiran Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera. Program ini juga merupakan wadah terbaik yang memberi peluang kepada setiap warga institut ini bukan sahaja untuk menggandakan amal ibadah di bulan mulia ini, malah juga untuk memperbaiki bacaan Al-Quran dan penguasaan ilmu tajwid.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Sel Agama yang telah bertungkus-lumus memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai warga INSAN AT.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT
PERBARISAN AJUTAN INSTITUT LATIHAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA
MELAKA, 27 Februari 2024 – Seramai 167 Anggota LLP terlibat dalam Perbarisan Ajutan Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera yang bertempat di padang kawad pasukan. Perbarisan tersebut diketuai oleh PWI Mohd Roswan bin Zainal Abidin, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) INSAN AT.
Acara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Ajutan INSAN iaitu Lt Nabiha Anis binti Sobri. Seterusnya dalam ucapan yang disampaikan, beliau menegaskan agar kesemua anggota menitikberatkan 3 perkara utama iaitu penyampaian maklumat yang mengikut Chain Of Command, penjagaan Body Mass Index (BMI) sepanjang berada di dalam perkhidmatan dan mewujudkan persekitaran yang harmoni di tempat kerja. Disamping itu, bagi calon Lembaga Kenaikan Pangkat Koperal ke Sarjan Tahun 2024 yang terdiri daripada penuntut kursus perlulah berusaha sebaik mungkin dan menunjukkan kredibiliti sebagai seorang PTTR yang berwibawa, berpengetahuan serta berkeyakinan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Akhir sekali, beliau turut berharap agar semua staf, jurulatih dan penuntut dapat melaksanakan kesemua amanat yang telah disampaikan serta memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar segala apa jua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Perbarisan diakhiri dengan bacaan doa dan acara bergambar bersama ajutan pasukan.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT
PENDIDIKAN MORAL DAN ETIKA TENTERA (PMET) TAHAP 4 SIRI 1/2024
MELAKA, 12 Februari 2024 – Kursus Pendidikan Moral Dan Etika Tentera (PMET) Tahap 4 Siri 1/2024 ini telah dilaksanakan di Perpustakaan INSAN AT melibatkan seramai 9 orang anggota dari pasukan luar serta 6 orang jurulatih pendidikan sekitar Kem Terendak Melaka yang cukup terlatih dan berpengalaman dalam menyampaikan kesemua 20 nilai sedia ada. Sel Pendidikan telah mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan kursus Pendidikan Moral dan Etika Tentera (PMET) Tahap 4 Siri 1/2024 seiring dengan matlamat institut ini sebagai penambahbaikan skim perkhidmatan ATM untuk anggota LLP ATM khususnya Kor Kesihatan Diraja yang menghadiri kursus di institut ini mulai Tahun 2024 bagi memenuhi salah satu syarat kenaikan pangkat dari Sarjan dan Staf Sarjan ke Pegawai Waran 2 bagi anggota bukan beragama islam.
Objektif kursus ini adalah bagi membolehkan seseorang anggota tentera mempamerkan etika profesion ketenteraan di dalam pelaksanaan tugas seharian dan sifat-sifat berakhlak mulia dalam kehidupan, membentuk perwatakan yang baik dan positif di kalangan anggota tentera yang boleh menyumbang kepada kejayaan organisasi dan kerohanian keluarga serta masyarakat serta memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang insan dan anggota ATM bagi mengelakkan diri dari terjerumus kepada aktiviti tidak bermoral. Selain itu, tahap bagi kesemua 20 nilai yang diajar adalah semakin tinggi seiring dengan pangkat semasa anggota.
Peserta yang terdiri daripada penuntut dan staf pasukan didedahkan dengan kelas formal di bawah bimbingan Pegawai Pendidikan yang juga merupakan Pegawai Penyelaras Kursus iaitu Mejar Eliyana binti Bahaman. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, ujian akhir PMET dilaksanakan secara online tanpa memerlukan Pegawai Pendidikan Sel PMET Jabatan Arah Pendidikan untuk hadir ke lokasi pelaksanaan kursus sebagaimana kebiasaannya.
Akhir sekali, Pegawai Penyelaras yang mewakili Yang Berbahagia Komandan melahirkan keyakinan setiap kursus dirancang sepanjang Tahun 2024 ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi kerjasama semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung disamping dapat mengaplikasikan nilai-nilai yang dipelajari dalam kehidupan seharian semasa taklimat akhir yang disampaikan sebelum para penuntut kursus disuraikan.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR)
INSTITUT LATIHAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA
MELAKA, 14 Februari 2024 – Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen Institut Latihan Kesihatan AT, PWI Mohd Roswan bin Zainal Abidin telah dilaksanakan bertempat di Padang Kawad INSAN AT bagi kali pertama Tahun 2024. Perbarisan ini diketuai oleh PWII Mohamad Muzuri Kamal bin Mustafah, Kompeni Sarjan Mejar Tadbir dan melibatkan seramai 235 orang anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Perbarisan ini diadakan sebagai salah satu aktiviti rejimental pasukan dalam memastikan mutu disiplin dan kekemasan anggota di samping menerapkan elemen kawad untuk mengekalkan tahap pengetahuan anggota dalam aspek rejimental.
Di antara intipati ucapan yang telah disampaikan oleh SMR ialah beliau mengingatkan anggota dan penuntut agar tidak terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang seperti dadah, judi, ketum, THTC dan berbagai kesalahan dalam Akta 1972 kerana dapat memberi implikasi yang besar kepada kerjaya serta boleh membawa kepada pemberhentian kerja. Beliau juga mengingatkan setiap lapisan anggota agar sentiasa peka dan berhati-hati dengan “scammer” di mana kaedah penipuan yang membabitkan pancingan data dan perisian hasad serta panggilan “pukau” untuk memindahkan wang ke akaun mereka tanpa kita sedar. Langkah pencegahan awal adalah sentiasa melindungi butiran peribadi dan akaun bank dari kebocoran kepada pihak ketiga. Kebocoran ini boleh berlaku secara tidak sengaja disebabkan kurang pengetahuan atau kesedaran di kalangan kita mengenai kepentingan melindungi data dan impak sekiranya data diakses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Pbt Nurul Hasna binti Ishak
CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
PERINGKAT INSTITUT LATIHAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA
MELAKA, 9 Februari 2024 – Ceramah Israk dan Mikraj telah diadakan di Auditorium INSAN AT yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Abdul Rauf bin Pardon yang merupakan seorang Mudir Pusat Pengajian Baitul Ulum dan Guru Takmir di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Ceramah yang disampaikan oleh beliau adalah bertajuk Ibrah Peristiwa Israk dan Mikraj.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Sel Agama yang telah bertungkus-lumus memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai warga INSAN AT.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT
PENDIDIKAN MORAL DAN ETIKA TENTERA (PMET) TAHAP 3 SIRI 1/2024
MELAKA, 29 Januari 2024 – Kursus Pendidikan Moral Dan Etika Tentera (PMET) Tahap 3 Siri 1/2024 ini telah dilaksanakan di Perpustakaan INSAN AT melibatkan seramai 26 orang penuntut terdiri daripada 3 orang penuntut Kursus Penyelia Kor Kesihatan Diraja Siri 11/24 dan 23 orang anggota dari pasukan luar serta 6 orang jurulatih pendidikan sekitar Kem Terendak Melaka yang cukup terlatih dan berpengalaman dalam menyampaikan kesemua 20 nilai sedia ada. Sel Pendidikan telah mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan kursus Pendidikan Moral dan Etika Tentera (PMET) Tahap 3 Siri 1/2024 seiring dengan matlamat institut ini sebagai penambahbaikan skim perkhidmatan ATM untuk anggota LLP ATM khususnya Kor Kesihatan Diraja yang menghadiri kursus di institut ini mulai Tahun 2024 bagi memenuhi salah satu syarat kenaikan pangkat dari Koperal ke Sarjan bagi anggota bukan beragama islam.
Objektif kursus ini adalah bagi membolehkan seseorang anggota tentera mempamerkan etika profesion ketenteraan di dalam pelaksanaan tugas seharian dan sifat-sifat berakhlak mulia dalam kehidupan, membentuk perwatakan yang baik dan positif di kalangan anggota tentera yang boleh menyumbang kepada kejayaan organisasi dan kerohanian keluarga serta masyarakat serta memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang insan dan anggota ATM bagi mengelakkan diri dari terjerumus kepada aktiviti tidak bermoral. Selain itu, tahap bagi kesemua 20 nilai yang diajar adalah semakin tinggi seiring dengan pangkat semasa anggota.
Peserta yang terdiri daripada penuntut dan staf pasukan didedahkan dengan kelas formal di bawah bimbingan Pegawai Pendidikan yang juga merupakan Pegawai Penyelaras Kursus iaitu Mejar Eliyana binti Bahaman. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, ujian akhir PMET dilaksanakan secara online tanpa memerlukan Pegawai Pendidikan Sel PMET Jabatan Arah Pendidikan untuk hadir ke lokasi pelaksanaan kursus sebagaimana kebiasaannya.
Akhir sekali, Pegawai Penyelaras yang mewakili Yang Berbahagia Komandan melahirkan keyakinan setiap kursus dirancang sepanjang Tahun 2024 ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi kerjasama semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung disamping dapat mengaplikasikan nilai-nilai yang dipelajari dalam kehidupan seharian semasa taklimat akhir yang disampaikan sebelum para penuntut kursus disuraikan.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
BENGKEL PENGUKUHAN KEJURULATIHAN KURSUS TAKTIKAL
INSAN AT
MELAKA 24 Januari 2024 - Bengkel Pengukuhan Kejurulatihan Kursus Perawatan Taktikal bagi Jurulatih Akademik di Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera telah dilaksanakan oleh Lt Kol (Dr) Mohd Muzammil bin Ozair selaku Timbalan Komandan Akademik yg bertempat di Makmal Simulasi Trauma INSAN AT. Penganjuran bengkel sebegini bermatlamat dalam memastikan tahap pengetahuan yg tinggi dalam kalangan jurulatih di INSAN AT.
Penganjuran bengkel tersebut memfokuskan pengurusan, kaedah dan ilmu perawatan taktikal yang terbaharu seiring dengan perkembangan teknik perawatan perang selain disokong oleh bantuan peralatan perlindungan perubatan yang moden dan terkini.
Bengkel yang terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi teori pada sebelah pagi manakala sesi praktikal dijalankan pada sebelah petang ini secara langsung melahirkan jurulatih yang professional serta berpengetahuan. Oleh demikian, jurulatih yang terlatih mampu melahirkan penuntut kursus yang berilmu kelak.
MAJLIS PENUTUP KURSUS PERUBATAN KETENTERAAN KELAS 2 SIRI 18/23 DAN KURSUS PARAMEDIK KELAS 2 SIRI 81/23 INSTITUT LATIHAN KESIHATAN AT
MELAKA, 22 JANUARI 2024 – Kursus Perubatan Ketenteraan Kelas 2 Siri 18/23 dan Kursus Paramedik Kelas 2 Siri 81/23 yang bermula pada 9 Oktober 2023 hingga 26 Januari 2024 telah disertai seramai 70 orang penuntut yang terdiri daripada 68 orang penuntut lelaki dan 2 orang penuntut wanita.
Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada penuntut di dalam bidang Perubatan Ketenteraan secara amnya selain daripada kepakaran dalam bidang masing-masing khasnya. Selain turut melahirkan anggota perubatan yang berpengetahuan dalam bidang Perubatan Kecemasan, Perubatan Medan, Perubatan Penerbangan dan Dokumentasi Perubatan serta melahirkan anggota yang berkebolehan dan sedia diaturgerakkan sewaktu aman atau perang mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Leftenan Kolonel (Dr) Mohd Muzammil bin Ozair, Timbalan Komandan Akademik INSAN AT yang dimulakan dengan Pembentangan Model Replika Kesihatan Medan oleh para penuntut. Kemudiannya diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada penuntut kursus terbaik. Penuntut Akademik Terbaik bagi Kursus Perubatan Ketenteraan Kelas II Siri 18/2023 telah disandang 6256805 Pbt Asyraf Hidayat bin Haji Abdullah (Institut Kejuruteraan Tentera Darat Kem Sirusa). Seterusnya, Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Perubatan Ketenteraan Kelas II Siri 18/2023 p**a disandang oleh 1218715 Pbt Muhammad Aiman bin Mohd Rafi (B Kompeni 1 Batalion Ubat). Manakala, Penuntut Akademik Terbaik bagi Kursus Paramedik Siri 81/2023 telah disandang 1220166 Pbt Mohammad Hafiz Haikal bin Che Ariffin (819 RSAT TUDM Subang). Seterusnya, Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Paramedik Siri 81/2023 p**a disandang oleh 1219185 Pbt Mohamad Syafiq Izzuddin bin Wan Azman (Markas Batalion, Batalion Kedua Perubatan).
Di dalam ucapan penutup, beliau berhasrat agar semua penuntut harus terus berusaha untuk mendalami ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa kerana apa yang telah disampaikan masih belum mencukupi dan masih banyak yang perlu dipertingkatkan. Selain itu, beliau menyeru semua penuntut merebut peluang bagi meningkatkan ilmu dalam bidang perubatan ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan era globalisasi yang memerlukan kemahiran dan kemahiran yang tinggi. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut kerana telah berjaya menamatkan kursus ini terutamanya kepada semua pemenang anugerah Penuntut Terbaik dalam kategori masing-masing.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT
KURUS PENDIDIKAN MORAL DAN ETIKA TENTERA (PMET) TAHAP 1 SIRI 1/2024
MELAKA, 12 Januari 2024 – Kursus Pendidikan Moral Dan Etika Tentera (PMET) Tahap 1 Siri 1/2024 ini telah dilaksanakan di Perpustakaan INSAN AT melibatkan seramai 23 orang penuntut Kursus Paramedik Kelas 2 Siri 82/2024 dan Perubatan Ketenteraan Kelas 2 Siri 19/2024 terdiri daripada 12 orang lelaki dan 11 orang pranita serta 6 orang jurulatih pendidikan sekitar Kem Terendak Melaka yang cukup terlatih dan berpengalaman dalam menyampaikan kesemua 20 nilai sedia ada. Sel Pendidikan telah mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan kursus Pendidikan Moral dan Etika Tentera (PMET) Tahap 1 Siri 1/2024 seiring dengan matlamat institut ini sebagai penambahbaikan skim perkhidmatan ATM untuk anggota LLP ATM khususnya Kor Kesihatan Diraja yang menghadiri kursus di Institut ini mulai Tahun 2024 bagi memenuhi salah satu syarat kenaikan pangkat dari Prebet ke Lans Koperal anggota bukan beragama islam.
Objektif kursus ini adalah bagi membolehkan seseorang anggota tentera mempamerkan etika profesion ketenteraan di dalam pelaksanaan tugas seharian dan sifat-sifat berakhlak mulia dalam kehidupan, membentuk perwatakan yang baik dan positif di kalangan anggota tentera yang boleh menyumbang kepada kejayaan organisasi dan kerohanian keluarga serta masyarakat serta memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang insan dan anggota ATM bagi mengelakkan diri dari terjerumus kepada aktiviti tidak bermoral.
Peserta yang terdiri daripada penuntut dan staf pasukan didedahkan dengan kelas formal dan juga turut diselitkan dengan aktiviti riadah sebagai aktiviti santai penuntut bersama jurulatih dibawah bimbingan Pegawai Pendidikan yang juga merupakan Pegawai Penyelaras Kursus iaitu Mejar Eliyana binti Bahaman. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, institut ini merupakan pasukan pertama yang melaksanakan ujian secara online tanpa memerlukan Pegawai Pendidikan Sel PMET Jabatan Arah Pendidikan untuk hadir ke lokasi pelaksanaan kursus sebagaimana kebiasaannya.
Akhir sekali, Pegawai Penyelaras yang mewakili Yang Berbahagia Komandan melahirkan keyakinan setiap kursus dirancang sepanjang Tahun 2024 ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi kerjasama semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung disamping dapat mengaplikasikan nilai-nilai yang dipelajari dalam kehidupan seharian semasa taklimat akhir yang disampaikan sebelum para penuntut kursus disuraikan.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
SAMBUTAN HARI KELUARGA
INSTITUT LATIHAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA
MELAKA, 19 Disember 2023 – Sambutan Hari Keluarga pasukan telah diadakan sebagaimana kelaziman sebagai aktiviti tahunan sepertimana yang telah dirancang dan dilaksanakan saban tahun. Bermula dengan senamrobik sebagai regang-regangan yang diketuai oleh Jurulatih Jasmani Pasukan. Sebaik gimik perasmian yang menandakan sambutan hari keluarga bermula, para pegawai serta anggota bersama pasangan dan anak-anak yang hadir telah bergerak ke padang bola pasukan dengan diketuai oleh Yang Berbahagia Kol (Dr) Lotfi bin Anuar, Komandan INSAN AT. Pelbagai sukan telah dilaksanakan sepanjang sambutan berlangsung merangkumi sukan orang dewasa seperti baling belon berisi air, baling piring dan sukan suka-suka yang dikelolakan oleh Lt Kol (Dr) Mohd Muzammil bin Ozair, Timbalan Komandan Akademik. Selain daripada itu turut dijalankan adalah sukan kanak-kanak yang dibahagikan kepada beberapa ketegori peringkat umur seperti pertandingan mewarna, kutip gula-gula, hoki buah kelapa dan banyak lagi. Turut belangsung sepanjang sambutan hari keluarga adalah acara-acara sukan fun fair yang telah berjalan sepanjang sambutan berlangsung tanpa menghadkan penyertaan anak-anak yang hadir. Silingan sukan dan penyampaian hadiah serta cabutan-cabutan bertuah yang dijalankan nyata berjaya memenuhi objektif yang ditetapkan untuk memastikan aturcara berjalan dengan lancar dan meriah. Sabagai penutup kepada aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan, pertandingan tarik tali yang akhirnya diputuskan keputusan seri antara semua rumah sukan menghadirkan keterujaan semua yang bertanding.
Penglibatan maksimum daripada semua yang hadir dalam sukan-sukan yang dijalankan mendapat pujian daripada Yang Berbahgaia Komandan. Pertandingan memasak yang disertai oleh para anggota lelaki pasukan menjadi salah satu acara yang mendapat maklumbalas positif daripada semua yang hadir. Dalam ucapan yang disampaikan sebelum Sambutan Hari Keluarga melabuhkan tirainya, Yang Berbahagia Komandan telah menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan penghargaan kepada pasangan-pasangan serta semua yang hadir memeriahkan bukan sahaja sambutan hari keluarga tersebut tetapi juga sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun 2023.
Akhir sekali, beliau berharap tahun 2023 yang bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi akan menjadi pemangkin kepada semua pegawai dan anggota serta seluruh warga pasukan untuk memastikan mutu kerja tahun baharu 2024 dapat dipertingkatkan agar lebih bersedia dalam menghadapi cabaran kehidupan yang mendatang.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT
PERBARISAN KOMANDAN
INSTITUT LATIHAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA
MELAKA, 14 Disember 2023 – Perbarisan Komandan telah dilaksanakan di Padang Kawad INSAN AT bagi kali kedua tahun 2023. Perbarisan ini diketuai oleh Lt Kol (Dr) Mohd Muzammil bin Ozair, Timbalan Komandan Akademik dan melibatkan seramai 5 orang pegawai dan 112 orang anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Di dalam ucapan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Kol (Dr) Lotfi bin Anuar, Komandan INSAN AT, beliau menegaskan agar setiap anggota dan penuntut supaya menjaga disiplin dan mengambil berat pengarahan yang telah dikeluarkan melalui Perintah Tetap Pasukan atau pengarahan daripada Markas TD atau Markas ATM. Amaran keras juga turut dikeluarkan bagi mereka yang terlibat dengan minuman keras, judi siber, ketum, dadah, penyalahgunaan media sosial, buli dan lain-lain lagi. Pengarahan larangan baharu juga telah dikuatkuasakan melaui Perintah Tetap Pasukan berkenaan melibatkan diri dalam pengambilan Mushroom.
Selain itu, beliau turut menekankan aspek erti menghargai dan bersyukur di atas keistimewaan dan kelonggaran yang telah diberikan perlu dijaga dan dipelihara agar wujudnya kepercayaan antara pucuk pimpinan kepada peringkat bawahan.
Turut diadakan Upacara Pemakaian Pangkat Anggota LLP dari Sjn ke Pemangku SSjn, Sjn Shazrool Hizham bin Che P*e, Penyelia Sel Kurikulum dan Peperiksaan dan Pemakaian Pangkat dari Pbt ke Lantikan Lans Koperal bagi 14 orang penuntut Program Diploma INSAN AT yang telah disempurnakan oleh Komandan INSAN AT. Selain itu, acara Penyampaian Sijil Anugerah Komandan kepada lima orang penuntut Program Diploma Penolong Pembedahan Pergigian Siri 6/2022 di atas pencapaian yang cemerlang dengan memperolehi PNGK 3.50 dan ke atas bagi Semester 2. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi supaya dapat memberi manfaat kepada perkhidmatan mahupun diri sendiri.
Akhir sekali, beliau amat berharap agar apa yang telah disampaikan kepada semua anggota dilaksanakan mengikut kehendak perkhidmatan dan telus dalam menjayakan misi dan objektif yang telah dipertanggungjawabkan.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT
PERBARISAN AJUTAN INSTITUT LATIHAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA
MELAKA, 12 Disember 2023 – Perbarisan Ajutan, Lt Nabiha Anis binti Sobri telah dilaksanakan di Padang Kawad INSAN AT bagi penggal kedua tahun 2023. Perbarisan ini diketuai oleh PWI Mohd Roswan bin Zainal Abidin, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) INSAN AT.
Perbarisan ini dimulakan dengan ketibaan Ajutan seterusnya beliau melaksanakan pemeriksaan barisan yang melibatkan seramai 111 orang anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada staf dan juga penuntut-penuntut kursus di INSAN AT. Di samping itu, antara intipati ucapan yang disampaikan oleh beliau ialah dengan mengingatkan semua anggota supaya meningkatkan tahap disiplin serta ikhlas dalam bekerja. Beliau turut menasihatkan anggota supaya perlu mengamalkan secara berterusan aspek rejimental dan mengikut saluran pemerintahan yang betul serta tidak melakukan kesalahan bertentangan dengan peraturan pasukan yang telah ditetapkan menekankan dari aspek adab dan etika apabila berjumpa dengan pegawai atasan, staf-staf mahupun dalam memberi perkhidmatan rawatan kesihatan kepada pesakit.
Selain itu, nilai-nilai rejimental yang tidak berbelah bahagi haruslah sentiasa ditunjukkan dengan tidak melibatkan diri dalam masalah disiplin seperti kegiatan dadah, mencuri, pemalsuan dokumen, ingkar arahan, penyebaran maklumat sulit atau berdarjah rahsia dan tidak sahih, penglibatan dalam extrimis agama, permasalahan keluarga, adab dalam pertuturan dengan orang atasan serta etika dalan pemakaian yang telah ditetapkan sama ada dari Markas ATM, Markas TD atau dari kepimpinan institut. Gejala menghisap ‘mushroom’ yang semakin berleluasa di kalangan penuntut kini ditentang sekeras-kerasnya dan akan diambil tindakan terhadap anggota yang terlibat sama ada menghisap, mengedar dan memiliki rujuk kepada dasar yang telah dikeluarkan oleh peringkat atasan. Akhir sekali, beliau menyampaikan pesanan kepada semua anggota supaya sentiasa berhubung dengan kerani bagi memastikan dokumen peribadi sentiasa dikemaskini bagi memastikan urusan pentadbiran pasukan berjalan lancar.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT
PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR)
INSTITUT LATIHAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA
MELAKA, 11 Disember 2023 – Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen Institut Latihan Kesihatan AT, PWI Mohd Roswan bin Zainal Abidin telah dilaksanakan bertempat di Padang Kawad INSAN AT bagi kali kedua Tahun 2023. Perbarisan ini diketuai oleh PWII Mohamad Muzuri Kamal bin Mustafah, Kompeni Sarjan Mejar Tadbir dan melibatkan seramai 119 orang anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Perbarisan ini diadakan sebagai salah satu aktiviti rejimental pasukan dalam memastikan mutu disiplin dan kekemasan anggota di samping menerapkan elemen kawad untuk mengekalkan tahap pengetahuan anggota dalam aspek rejimental.
Di antara intipati ucapan yang telah disampaikan oleh SMR ialah beliau mengingatkan anggota dan penuntut agar tidak terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang seperti dadah, judi, pinjaman wang tidak berlesen, mencuri, ketum, THTC dan berbagai kesalahan dalam Akta 1972 kerana memberi implikasi yang besar kepada kerjaya yang boleh membawa kepada pemberhentian kerja. Beliau juga berharap agar setiap anggota menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing ekoran gejala COVID-19 yang semakin menular.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: SSjn Moses Owen bin Sugoh
MAJLIS PENUTUP KURSUS PENINGKATAN PARAMEDIK KELAS I
SIRI 10/2023 INSTITUT LATIHAN KESIHATAN AT
MELAKA, 30 NOVEMBER 2023 – Kursus Peningkatan Paramedik Kelas I Siri 10/23 telah bermula pada 14 Ogos 2023 hingga 1 Disember 2023 yang disertai seramai 85 orang penuntut. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan anggota yang mahir di dalam aspek pengurusan perubatan dan pentadbiran ketenteraan secara efisien di pasukan masing-masing, melatih anggota sebagai tenaga pengajar dan penguji bagi Ujian Kemahiran Ketenteraan Individu di pasukan serta melatih anggota perubatan agar berupaya melaksanakan sebarang aktiviti yang dirancang di pasukan serta mentadbir anggota di bawah seliaan masing-masing.
Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Komandan Institut Latihan Kesihatan AT yang dimulai dengan Demonstrasi Basic Life Support (BLS) oleh para penuntut diaplikasikan melalui situasi anggota yang pengsan semasa menjalani Ujian Jalan Laju. Dalam ucapan penutup, beliau berhasrat agar semua penuntut telah memanfaatkan sepenuhnya segala pembelajaran dan pengetahuan yang telah disampaikan selaras dengan kemajuan teknologi dan perkembangan proses pembelajaran masa kini. Selain itu, beliau menyeru semua penuntut merebut peluang bagi meningkatkan ilmu dalam bidang perubatan ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan era globalisasi yang memerlukan kemahiran yang tinggi.
Oleh: Sel Pendidikan & Perpustakaan INSAN AT
Gambar: Sel ICT INSAN AT
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kem Terendak
Sungai Udang
76200
MRSM Terendak
Sungai Udang, 76200
MRSM Terendak Kem Terendak 76200 Sungai Udang Melaka
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Batu 11 1/2, Jalan Sungai Udang, Melaka
Sungai Udang, 76300
Page Rasmi Surau Ar-Raudhah SK Sungai Udang, Melaka
Sungai Udang
Diploma ECCE Pendidikan Awal Kanak-kanakPengalaman mengajar lebih 10tahun "Duniaku Kanak-kanak"
No 42-1 Jalan Kerambit 4 Bandar Baru Sungai Udang Sungai Udang Melaka
Sungai Udang, 76300
Sertai kami di Bonda Playschool Bandar Baru Sungai Udang kanak-kanak dari umur 0-3 tahun Transit. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAYA 👉010-3846109
No. 20, Jalan TP 17A, Taman Terendak Permai
Sungai Udang, 76300
Kelas Membaca dan Tuisyen. Terbuka kepada anak2 berusia 5tahun, Pra Sekolah hingga Tahap 1. Iqra/Jawi
Sungai Udang, 76200
Menyampaikan berita dan maklumat berkaitan dengan SK Kem Terendak 1
SRA JAIM SUNGAI UDANG
Sungai Udang, 76300
SRA JAIM SUNGAI UDANG KM 18.5 Jalan Jaafar Alang, 76300 Sungai Udang Melaka 06-3516368
Jalan Hj Abd Wahid
Sungai Udang, 76300
Page Kelab Pencinta Alam singkatan KPA telah ditubuh di bawah Bhgn Kokurikulum. KPA telah tubuh sejak 2017. KPA MANAD adalah untuk mendidik dan mengajak pelajar dalam sama-sama men...
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang Batu 11 1/2,, Melaka
Sungai Udang, 76300
Aktiviti2 dan peranan murid sepanjang di Prasekolah SKSU
MAAHAD ANNURIAH ADDINIAH
Sungai Udang, 76300
Madrasah ini diasaskan oleh ALMARHUM TUAN GURU HJ ABD WAHID BIN OTHMAN pada tahun 1940.
A-G-03 & B-G-01, TAMAN KERIS LAKSAMANA, Jalan BELIUNG 6, KOMPLEKS PENJARA SUNGAI UDANG, SUNGAI UDANG MELAKA
Sungai Udang, 76300
Bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4-6 tahun secara menyeluruh & bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, & sosial.