Majlis Perbandaran Taiping
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1hb September 1979 mengikut Akta Kerajaan Tempatan
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Majlis Perbandaran Taiping tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
HARI BERTEMU PELANGGAN (HBP) BIL 7/2024 MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
Masalah kutipan sampahโ
Longkang tersumbatโ
Rumput tidak dipotongโ
Jalan berlubangโ
Salurkan aduan anda secara bersemuka kepada Ketua-ketua Jabatan, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Puncak Emas Infra Sdn Bhd (PEISB) melalui Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Bil 7/2024 seperti ketetapan berikut:
๐ 14 Ogos 2024 (Rabu)
โฑ 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
๐ Bilik Mesyuarat Dahlia, Tingkat 3, Wisma Perbandaran Taiping
Sila hubungi Urus Setia HBP di talian 05-808 0777 sambungan 2188/2189 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan janji temu.
S**A, KOMEN DAN KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
Puncak Emas Infra Sdn Bhd
Puncak Emas Infra Sdn Bhd Larut Matang
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PREMIS MAKANAN DAN TANDAS BERSIH SEMPENA PELANCARAN KEMPEN PREMIS MAKANAN DAN TANDAS BERSIH 2024
8 Ogos 2024 - Majlis Perbandaran Taiping telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Premis Makanan Dan Tandas Bersih Sempena Pelancaran Kempen Premis Makanan Dan Tandas Bersih 2024 bertempat di ruang legar AEON Mall Taiping.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau merangkap ADUN Aulong .
Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengusaha-pengusaha premis makanan dan tandas awam ke atas usaha dan inisiatif yang telah diambil bagi mencapai standard terbaik berdasarkan kriteria- kriteria yang ditetapkan oleh MPT selaras dengan Garis Panduan Sistem Penggredan Premis Makanan Pihak Berkuasa Tempatan dan Garis Panduan Pengurusan dan Penarafan Bintang Tandas Awam di Malaysia yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan (KPKT).
Seramai 182 pengusaha premis makanan dan tandas awam telah dinobatkan sebagai penerima anugerah pada Majlis Penyampaian Anugerah Premis Makanan Dan Tandas Bersih tersebut yang melibatkan 2 kategori anugerah iaitu Anugerah Kebersihan Premis Makanan dan Anugerah Kebersihan Tandas.
Daripada keseluruhan jumlah penerima anugerah tersebut, 150 penerima adalah bagi kategori premis makanan manakala 32 penerima selebihnya adalah bagi kategori tandas awam.
Melalui pengiktirafan ini, adalah diharapkan agar daya saing antara pengusaha premis dapat dipertingkatan untuk menjadikan premis mereka sebagai premis yang paling bersih seterusnya meningkatkan jumlah premis makanan dan tandas bersih di dalam kawasan pentadbiran MPT.
Selain itu, tuan YB Teh Kok Lim juga telah melancarkan Kempen Premis Makanan dan Tandas Bersih 2024.
Antara objektif penganjuran kempen ini adalah untuk memastikan pematuhan terhadap garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha premis serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara kebersihan persekitaran khususnya premis makanan dan tandas awam.
S**A, KOMEN DAN KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
MPT/JK/S/63/24
Sebut Harga 12 Ogos 2024 (Menurap Semula Jalan di Jalan Muzium, Taiping, Perak)
Tarikh Mula : 12 Ogos 2024
Tarikh Tutup: 19 Ogos 2024
Maklumat Terperinci :
https://mptaiping.gov.my/index.php/informasi/tender-sebut-harga
Keadaan di Taman Tasik Taiping atau sinonim dengan Lake Garden, mulai dipenuhi air susulan taburan hujan yang kerap pada sebelah petang dan malam kebelakangan ini.
Sudah tentu ramai yang lega dengan perkembangan itu, khususnya pengunjung yang sering menikmati keindahan pokok hujan-hujan atau nama saintifiknya samanea saman yang menjadi ikon Bandar Warisan, sambil beriadah di sini.
Dikenali dengan gelaran bandar tadahan hujan, ramai mata yang tertumpu di sini susulan tular paras air tasiknya yang mengering.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
TAWARAN MENARIK DISKAUN 30% TIKET MASUK KE ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI BERSEMPENA DENGAN MATTA FAIR PERAK 2024 BERTEMPAT DI IPOH CONVENTION CENTRE PADA 10 & 11 OGOS 2024 PADA JAM 10.00 PAGI HINGGA 9.00 MALAM ๐๐
Jom berkunjung ke booth Zoo Taiping & Night Safari di Ipoh Convention Centre bermula jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam bersempena dengan Matta Fair Perak 2024 bagi mendapatkan maklumat berkaitan produk pelancongan Taiping.
Istimewa kali ini Zoo Taiping & Night Safari menawarkan diskaun 30% bagi setiap pembelian tiket masuk ke ZTNS kepada pengunjung yang membuat belian tiket secara langsung di booth kami.
Jangan lepaskan peluang ini โผ๏ธ Ayuh bersama-sama berkunjung ke booth Zoo Taiping & Night Safari. KAMI TUNGGU ANDA DISINI!
IKLAN HARTA PENYEWAAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING BIL. 08 / 2024 (TARIKH IKLAN : 05 - 16 OGOS 2024)
BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI BAHAGIAN SEWAAN, MAJLIS PERBANDARAN TAIPING ATAU MUAT TURUN MAKLUMAT DAN BORANG DI SINI:
https://mptaiping.gov.my/index.php/informasi/terkini/iklan-harta-penyewaan-majlis-perbandaran-taiping-bil-08-2024-tarikh-iklan-05-16-ogos-2024
MULAI 05 OGOS 2024 BERAKHIR 16 OGOS 2024 ( 12.00 TENGAHARI )
BORANG YANG LEWAT DIHANTAR DARI TARIKH DAN MASA YANG TELAH DITETAPKAN TIDAK AKAN DIPROSES
๐KALENDAR ACARA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-150 BANDAR TAIPING BAGI BULAN OGOS 2024
Bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping 2024 terdapat 19 acara akan berlangsung pada bulan Ogos 2024.
Jom berkunjung ke Taiping bagi memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping dan Tahun Melawat Perak 2024.
'Kelestarian Warisan Mendepani Urbanisasi'
#2024 #
KEMPEN PENGUMPULAN BARANGAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DI GELANGGANG BOLA KERANJANG, POKOK ASSAM
30 JULAI 2024 - Telah berlangsung Kempen Pengumpulan Barangan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) bertempat di Perkarangan Gelanggang Bola Keranjang, Pokok Assam yang bermula seawal 9.00 pagi hingga 11.00 pagi berjaya mengumpul barangan E-Waste sebanyak 225 barangan. Pendapatan keseluruhan yang diperolehi penduduk dengan menjual barangan tersebut adalah RM 298.00.
Konsep kempen ini adalah dengan membawa bersama barangan buangan elektronik yang hendak dilupuskan ke tempat pengumpulan dan setiap barangan E-Waste akan menerima token mengikut harga yang telah ditetapkan. Tahniah dan syabas kepada penduduk sekitar kawasan Pokok Assam kerana menyokong kempen ini.
S**A, KOMEN DAN KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
KEMPEN PENGUMPULAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK TERPAKAI (E-WASTE)
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan menganjurkan Kempen Pengumpulan Barangan Elektrik dan Elektronik Terpakai (E-Waste bermula 30 JULAI 2024 (SELASA)
E-Waste adalah sisa buangan yang terdiri daripada elektrik dan elektronik, dimana jika tidak diuruskan secara sistematik atau dibakar, ianya berpotensi mengeluarkan gas berbahaya yang boleh mengakibatkan kemusnahan alam dan memudaratkan kesihatan. Contoh barang E-Waste adalah Television, Alat Penghawa Dingin, Peti Ais, Komputer Riba dan Pencetak.
Kempen akan dilancarkan di Gelanggang Bola Keranjang, Pokok Assam bermula 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Orang awam termasuk sektor industri dan komuniti berhampiran dijemput untuk hadir dilokasi yang telah ditetapkan dengan membawa bersama barangan buangan elektronik yang hendak dilupuskan. Setiap barangan E-waste akan menerima token mengikut harga yang telah ditetapkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Sekiranya memerlukan bantuan pengangkutan bagi menbawa barang buangan, sila hubungi 05-8080777 sambungan Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan.
TAIPING, 29 Julai 2024 -
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli berangkat menyaksikan kejadian air surut yg menampakkan dasar tasik di Taman Tasik Taiping.
Turut hadir sama YAB Menteri Besar Perak, Datoโ Seri Saarani bin Mohamad dan YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Taiping, YBhg. Dato' Seri Haji Wan Mohd Isa bin Dato' Haji Wan Mohd Razzali, Orang Besar Jajahan Larut, Matang & Selama, YB Tuan Ong Seng Guan, ADUN Pokok Assam, Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pegawai Daerah Larut Matang & Selama, Datuk Azizi bin Mat Aris, Ketua Polis Perak serta Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir, Yang Dipertua MPT serta dif-dif jemputan yang lain.
Baginda berkenan untuk berangkat ke Taman Tasik Taiping tersebut selepas merasmikan Bangunan Mahkamah Syariah Taiping hari ini.
S**A, KOMEN DAN KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
PROGRAM SENTUHAN KASIH KPKT @ LAWATAN YB MENTERI KPKT KE TAIPING
27 Julai 2024 โ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM) turun padang ke Taiping sempena Program Sentuhan Kasih KPKT @ Lawatan YB Menteri KPKT ke Taiping bagi meninjau keperluan dan penambahbaikan kemudahan awam serta infrastruktur.
Lawatan Program Sentuhan Kasih KPKT @ Lawatan YB Menteri KPKT ke Taiping bermula dengan tinjauan ke:-
* Projek Naik Taraf Plaza Perbandaran Taiping;
* โ Projek Naik Taraf Pasar Besar Taiping;
* โ Projek Naik Taraf Pasar Sementara Tupai;
* โ Projek Taman Rekreasi Madani, Taman Tasik Taiping;
* โ Projek Pemasangan Lampu Limpah di Padang Esplanade;
* โ Lawatan ke Tandas Awam Bertaraf BMW di Bukit Larut dan;
* โ Majlis Penyerahan Peruntukan Penyelenggaraan bagi Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di Kuil Sri Maha Sivalayam Aulong, Taiping.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen Taiping, YB Tuan Wong Kah Woh, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YB Tuan Teh Kok Lim, ADUN Pokok Assam, YB Tuan Ong Seng Guan, Pegawai-pegawai dari KPKT, Pegawai Kerajaan Negeri Perak, Yang Dipertua MPT, YBrs. Tuan Khairul Amir Mohamad Zubir, Ahli-ahli Majlis MPT dan Ketua-ketua Jabatan MPT.
KPKT Malaysia
S**A, KOMEN DAN KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
KUNJUNGAN HORMAT YANG DIPERTUA MPT KE ARKIB NEGARA MALAYSIA
25 Julai 2024 - Majlis Perbandaran Taiping telah mengadakan kunjungan hormat ke Arkib Negara Malaysia. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Yang Dipertua, YBrs. Tuan Khairul Amir Mohamad Zubir serta dihadiri bersama Pengarah Khidmat Pengurusan, Tuan Hj. Ahmad Shariffuddin Kassim dan Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan (Pengurusan Sumber Manusia), Encik Nor Azizee Abdul Aziz.
Delegasi kunjungan hormat ini telah disambut baik oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg. Dato' Jaafar Sidek Hj. Abdul Rahman serta pegawai-pegawai Arkib Negara Malaysia. Tujuan lawatan ini adalah bagi membincangkan kolaborasi strategik dan cadangan pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) 2.0 di Majlis Perbandaran Taiping.
Pihak Majlis Perbandaran Taiping mengucapkan ribuan terima kasih di atas penerimaan kunjungan hormat dan layanan baik yang diberikan oleh pihak Arkib Negara Malaysia.
Sebut harga 26 Julai 2024 :
1. CADANGAN MENAIK TARAF KANDANG LEMBU DAN KANDANG KAMBING DI BENGKEL MPT, MPTAIPING
2. CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN TAMAN MADANI DI TAMAN PERTAMA, AULONG, TAIPING
3. KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI SEBAHAGIAN JALAN DI TAMAN TUPAI MAS, TAIPING, PERAK
4. KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI JALAN ANJUNG SEMARAK, TAIPING, PERAK
5. CADANGAN MENAIK TARAF TAPAK PASAR PAGI POKOK ASSAM, MP TAIPING
TARIKH MULA : 26 JULAI 2024
TARIKH TUTUP: 01 OGOS 2024
Maklumat terperinci : https://mptaiping.gov.my/index.php/informasi/tender-sebut-harga
S**A, KOMEN DAN KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
Taiping ada tandas BMW sumbangan syarikat swasta pertama di Bukit Larut
TAIPING: Usaha menambah tarikan di bandar pelancongan Taiping diteruskan apabila buat pertama kalinya mempunyai sebuah tandas awam berkonsepkan bersih, menawan dan wangi (BMW) disumbangkan syarikat swasta.
Tandas tercantik dan bersih ini berada di kaki Bukit Larut iaitu lokasi pelancongan popular di sini.
Tandas awam baharu ini lengkap dengan sensor automatik dan bahan binaan berkonsep alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Simbolik perasmian tandas ini telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming semasa turun padang ke Taiping semalam.
Antara syarikat swasta yang terlibat dalam menyiapkan pembinaan tandas BMW ini ialah
Big Bath, Lovely Lace dan Northomos bagi menjayakan misi nasional :Malaysia Bersihโ.
Konsep tandas BMW diterapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini yang mahu ia dilaksanakan semua
155 pihak berkuasa tempatan seluruh negara.
Konsep tandas ini juga sebagai persediaan bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2025.
Dalam pada itu semasa lawatan Sentuhan Kasih KPKT di Taiping, Kor Ming turut mengumumkan
sebanyak RM17.48 juta diluluskan bagi pelaksanaan projek-projek di bandar itu tahun ini meliputi aspek pembangunan infrastruktur awam.
โPeruntukan yang diluluskan oleh KPKT ini adalah belanjawan berasaskan prestasi atau โperformance-based budgetโ.
โIni bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT dalam penambahbaikan infrastruktur awam dapat terus dipertingkatkan serta memastikan bahawa setiap projek tidak hanya memberi manfaat kepada komuniti tetapi juga berdaya maju dari segi ekonomi,โ ujar beliau.
MPT TERIMA ANUGERAH INDUSTRI PELANCONGAN 2024 (TOURISM INDUSTRY AWARD 2024) BAGI KATEGORI DESTINASI ALAM SEMULA JADI TERBAIK (BEST NATURE DESTINATION)
26 Julai 2024 - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menerima Anugerah Destinasi Alam Semula Jadi Terbaik (Best Nature Destination ) di Anugerah Industri Pelancongan 2024 (Tourism Industry Award 2024) yang berlangsung di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.
Penganugerahan ini diberikan atas usaha berterusan MPT bersama penggiat -penggiat industri pelancongan Taiping dalam memelihara dan memulihara bandar Taiping yang pada tahun ini telah berusia 150 tahun (1874-2024) serta mempromosikan lokasi produk pelancongan berkonsepkan alam semula jadi seperti Taman Tasik Taiping, Taman Botani Perak, Zoo Taiping & Night Safari , Pusat Peranginan Bukit Larut, Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, dan lain-lain.
Dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA) dengan kerjasama Santai Travel, anugerah berprestij ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama AB Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Anugerah ini merupakan penghormatan daripada penggiat industri pelancongan kepada Industri pelancongan negara dalam menyemarakkan sektor pelancongan negara menjelang negara menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.
Anugerah Industri Pelancongan ini merupakan kali kedua telah diraih oleh MPT di mana kali pertama adalah pada 16 Disember 2022 bagi kategori Destinasi Pelancongan Rekreasi Terbaik (Best Recreational Destination).
S**A, KOMEN DAN KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
HEBAHAN AMALAN PEMBUDAYAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
-[TANGGUNGJAWAB DAN HAK PEKERJA]-
Tanggungjawab dan Hak Pekerja
Berikut merupakan tanggungjawab dan hak pekerja di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Employee Responsibilities and Rights.
The following are the responsibilities and rights of employees under the Occupational Safety and Health Act 1994.
SUMBER FACEBOOK: Department of Occupational Safety and Health
KKP MPT
-[TANGGUNGJAWAB DAN HAK PEKERJA]-
Tanggungjawab dan Hak Pekerja
Berikut merupakan tanggungjawab dan hak pekerja di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Employee Responsibilities and Rights
The following are the responsibilities and rights of employees under the Occupational Safety and Health Act 1994.
HEBAHAN AMALAN PEMBUDAYAAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN
[PANDUAN BEKERJA DI TEMPAT TINGGI]-
Panduan Bekerja di tempat Tinggi
Panduan pekerja ketika bekerja di tempat tinggi dan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.
Guidance of Working at Height
Guidance for workers when working at high places and safety measures that could be taken while working.
SUMBER FACEBOOK: Department of Occupational Safety and Health
KKP, MPT
-[PANDUAN BEKERJA DI TEMPAT TINGGI]-
Panduan Bekerja di tempat Tinggi
Panduan pekerja ketika bekerja di tempat tinggi dan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.
Guidance of Working at Height
Guidance for workers when working at high places and safety measures that could be taken while working.
HEBAHAN ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) atau lebih dikenali sebagai OSH Week merupa kan acara tahunan yang disambut pada minggu ke-2 bulan Julai setiap tahun bermula tahun 2006.
Sambutan ini bertujuan bagi menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia juga disasarkan bagi mempromosi pembentukan dan pemeliharaan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan majikan, pekerja serta orang awam.
Tema sambutan OSH Week pada tahun ini ialah "๐๐๐ฏ๐จ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐ฌ๐ค๐๐ฉ ๐๐๐: ๐๐๐ฌ๐๐ ๐๐ค๐ญ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐๐๐ง (๐๐ข๐ง๐๐๐๐ง) ๐๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐ค๐ญ๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ (๐๐๐ฆ๐๐ง๐ฌ๐ฎ๐ก๐๐ง) ๐๐๐๐".
Sempena OSH Week 2024, JKKP Perak akan mengadakan aktiviti KKP bersama pihak industri seperti tertera pada poster di bawah.
JKKP Perak juga menggalakkan pihak industri untuk mengadakan program atau aktiviti KKP di tempat kerja masing-masing sepanjang bulan Julai bagi sambutan OSH Week 2024.
KKP, MPT
LAWATAN KERJA PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN PRODUK PELANCONGAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KE MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
18 Julai 2024 - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menerima kunjungan lawatan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Wira Sheikh Nafiq Al Firdaous, Ketua Ahli Majlis MBJB bertujuan untuk mendapatkan perkongsian berkaitan amalan terbaik pembangunan infrastruktur dan produk pelancongan Taiping.
YBrs. Tuan Khairul Amir Mohamad Zubir, Yang Dipertua MPT telah meraikan dan menyambut ketibaan delegasi bersama-sama YBrs. Clr. Kuang Kok Hoo, Ketua Ahli Majlis 2, MPT dan Ketua-ketua Jabatan/Bahagian MPT.
Taklimat berkaitan Pembangunan Infrastruktur dan Produk Pelancongan Taiping telah disampaikan oleh Encik Kamarudin Mat Arsad, Ketua Bahagian Korporat, Perhubungan Awam & Pelancongan, serta Taklimat berkaitan Pembangunan Jejak Warisan Taiping telah disampaikan oleh Encik Aiman Hariz Mohammad Hafizullah, Pegawai daripada Unit Warisan.
LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
16 Julai 2024 - Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib telah mengadakan lawatan kerja ke projek pembangunan di Tapak Pasar Taiping dan Taman Tasik Kamunting. Lawatan ini adalah bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan di tapak serta pemantauan kemajuan kerja secara keseluruhan.
Lawatan turut dihadiri Yang Dipertua MPT, YBrs. Tuan Khairul Amir Mohamad Zubir, Ketua-ketuan Jabatan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Daerah, Ketua-ketua Jabatan MPT, pihak perunding serta pihak Kontraktor.
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sembah takzim dari Majlis Perbandaran Taiping.
S**A, KOMEN DAN KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
Program Perarakan Komuniti Taiping
13 Julai 2024 โ Pejabat Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping dan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Selama telah menganjurkan program Perarakan Komuniti Taiping bertempat di Dataran Warisan Taiping.
Program ini bertujuan membuktikan kemesraan dan menghormati antara satu sama lain kekal utuh bagi memastikan Bandar Taiping kekal aman dengan komunitinya sentiasa bersatu hati dan harmoni sesama kaum, agama dan bangsa dalam mencapai kemajuan Negara.
Program ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Taiping YB Wong Kah Woh.
Perarakan Komuniti Taiping dimeriahkan dan dihadiri oleh YBhg Dato' OBJ LMS, Pegawai Daerah LMS Tuan Mohd Nasrul Menhat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping YBrs. Tuan Khairul Amir Mohamad Zubir, dan Ketua Polis Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail, ADUN Pokok Assam YB Ong Seng Guan dan ADUN Aulong YB Teh Kok Lim.
Warga Taiping mula berkumpul di sekitar bandar Taiping bagi menyaksikan persembahan-persembahan yang menarik sepanjang perjalanan program.
Sebanyak 53 kontinjen telah menyertai perarakan ini termasuk persatuan, kelab, pesara, pelajar sekolah, bekas atlet, atlet Taiping, wakil-wakil pelbagai budaya, kereta antik dan pelbagai lagi kategori kontinjen.
Perarakan ini juga turut disertai oleh dua ekor gajah betina Pian dan Rambai yang didatangkan khas dari Kuala Gandah, Pahang.
S**A, KOMEN DANG KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
Program Perarakan Komuniti Taiping
13 Julai 2024 โ Pejabat Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping dan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Selama telah menganjurkan program Perarakan Komuniti Taiping bertempat di Dataran Warisan Taiping.
Program ini bertujuan membuktikan kemesraan dan menghormati antara satu sama lain kekal utuh bagi memastikan Bandar Taiping kekal aman dengan komunitinya sentiasa bersatu hati dan harmoni sesama kaum, agama dan bangsa dalam mencapai kemajuan Negara.
Program ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Taiping YB Wong Kah Woh.
Perarakan Komuniti Taiping dimeriahkan dan dihadiri oleh YBhg Dato' OBJ LMS, Pegawai Daerah LMS Tuan Mohd Nasrul Menhat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping YBrs. Tuan Khairul Amir Mohamad Zubir, dan Ketua Polis Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail, ADUN Pokok Assam YB Ong Seng Guan dan ADUN Aulong YB Teh Kok Lim.
Warga Taiping mula berkumpul di sekitar bandar Taiping bagi menyaksikan persembahan-persembahan yang menarik sepanjang perjalanan program.
Sebanyak 53 kontinjen telah menyertai perarakan ini termasuk persatuan, kelab, pesara, pelajar sekolah, bekas atlet, atlet Taiping, wakil-wakil pelbagai budaya, kereta antik dan pelbagai lagi kategori kontinjen.
Perarakan ini juga turut disertai oleh dua ekor gajah betina Pian dan Rambai yang didatangkan khas dari Kuala Gandah, Pahang.
S**A, KOMEN DANG KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
TAWARAN MENARIK DISKAUN 30% TIKET MASUK KE ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI BERSEMPENA PERAK TRAVEL FAIR 2024 PADA 12- 14 JULAI 2024, JAM 10.00 PAGI - 10.00 MALAM BERTEMPAT DI CENTRAL TOWN MYTOWN SHOPPING CENTRE, KUALA LUMPUR ๐๐
Jom berkunjung ke booth Zoo Taiping & Night Safari di Central Town, MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bersempena Perak Travel Fair 2024 bagi mendapatkan maklumat berkaitan produk pelancongan Taiping.
Istimewa kali ini Zoo Taiping & Night Safari menawarkan diskaun 30% bagi setiap pembelian tiket masuk ke ZTNS kepada pengunjung yang membuat belian tiket secara langsung di booth kami.
Jangan lepaskan peluang ini โผ๏ธ Ayuh bersama-sama berkunjung ke booth Zoo Taiping & Night Safari. KAMI TUNGGU ANDA DISINI!
Pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023 di kawasan Majlis Perbandaran Taiping
Enakmen Hotel Perak 2023 telah diwartakan pada 20 Julai 2023 dan peraturan-peraturan hotel Perak 2024 telah diwartakan pada 27 Jun 2024 untuk digunapakai dan dikuatkuasakan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Perak.
Pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023 dan Peraturan-peraturan Hotel Perak 2024 di kawasan Majlis Perbandaran Taiping adalah bermula pada 01 Julai 2024.
Hotel yang ditafsirkan di bawah Enakmen Hotel Perak 2023 ertinya mana-mana premis:
i. Di mana orang diberi tempat menumpang, bermalam atau berlindung untuk apa-apa jenis sewa atau ganjaran bagi apa apa jua tempoh dan masa.
ii. Di mana bilik-bilik dilengkapi oleh pemunya, penerima pajak, penyewa utama, penghuni atau pengurus premis itu untuk kegunaan domestik bagi orang yang diberi tempat menumpang, bermalam atau berlindung.
iii. Termasuklah asrama, motel, rumah tumpangan, rumah pemalaman, rumah tetamu, rumah bot, homestay, tapak perkhemahan atau kenderaan yang digunakan sebagai tempat menginap yang berbayar.
Semua pemunya premis penginapan yang tersenarai di bawah Enakmen Hotel Perak 2023 di kawasan Majlis Perbandaran Taiping boleh mendaftar melalui pautan seperti berikut:
Pendaftaran lesen premis penginapan di bawah Enakmen Hotel Perak 2024:
Pemohon akan dihubungi untuk urusan pelesenan selanjutnya. Sila hubungi Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Taiping di talian 05-8080777 sambungan 2403 untuk sebarang pertanyaan berhubung pelesenan premis penginapan.
โผ๏ธJom Warga Taipingโผ๏ธ
๐๐Kita memeriahkan Program Perarakan Komuniti Taiping yang akan berlangsung pada :
๐
13 Julai 2024 (Sabtu)
๐ 6.45 pagi
๐ Berkumpul di Padang Esplanade dan Pelepasan di Dataran Warisan, Taiping
โ๏ธSebanyak 50 KONTINJEN akan menyertai perarakan ini termasuk badan beruniform, agensi kerajaan, persatuan dan NGO di Taipingโผ๏ธ
โ๏ธDUA EKOR GAJAH ๐๐ berhias akan menyertai perarakan tersebut โผ๏ธ
โ๏ธPerarakan akan melalui Padang Esplanade โก๏ธ Dataran Warisan Taiping โก๏ธ Jalan Taming Sari โก๏ธ Jalan Idris โก๏ธ Jalan Kota โก๏ธ dan kembali ke Dataran Warisan Taiping โผ๏ธ
โ๏ธJangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri kemeriahan dan warna-warni perarakan sempena Sambutan Ulang Tahun Taiping ke 150 iniโผ๏ธ
โญJom saksikan persembahan pancaragam sekolah dari sekolah-sekolah sekitar Taipingโผ๏ธ๐ท๐บ๐ฅ๐ช๐ช๐น
โผ๏ธJumpa anda di sanaโผ๏ธ
Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Selama
Majlis Perbandaran Taiping
Wong Kah Woh
ONG SENG GUAN ็ๆๅ
Teh Kok Lim
Polis Daerah Taiping
Zoo Taiping & Night Safari
Mohd Nasrul Menhat
.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA PROGRAM "PERARAKAN KOMUNITI TAIPING"
PENGUMUMAN :
Dataran Warisan Taiping akan ditutup pada 11 Julai hingga 13 Julai 2024 bagi memberi laluan kepada "Program Perarakan Komuniti Taiping".
S**A, KOMEN DAN KONGSI KEPADA SEMUA
TERIMA KASIH SEMUA
MPT/JPP/S/04/24
SEBUT HARGA 10 JULAI 2024 - SEBUT HARGA SEMULA (CADANGAN PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN (TIDAK BERSENJATA) DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING (BANGUNAN PLAZA PERBANDARAN TAIPING DAN TAMAN TASIK KAMUNTING))
TARIKH MULA : 10 JULAI 2024
TARIKH TUTUP: 19 JULAI 2024
MAKLUMAT TERPERINCI:
https://mptaiping.gov.my/index.php/informasi/terkini/sebut-harga-10-julai-2024-sebut-harga-semula-cadangan-perkhidmatan-pengawal-keselamatan-tidak-bersenjata-di-kawasan-majlis-perbandaran-taiping-bangunan-plaza-perbandaran-taiping-dan-taman-tasik-kamunting
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Website
Address
Taiping
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Affin Bank
Taiping, 34000
Pinjaman Peribadi Kerajaan & Pesara untuk meringankan beban anda
Aras 2 Bangunan Wisma Persekutuan Taiping, Jalan Istana Larut
Taiping, 34000
Hebahan Program/ Aktiviti dan Informasi Kesihatan di Daerah Larut Matang dan Selama.
Tingkat 3, Bangunan Kerajaan Persekutuan, Jalan Istana Larut
Taiping, 34000
Pejabat Operasi Taiping, DOSM Perak https://www.youtube.com/watch?v=p3QDJdT7NaA
Taiping, 34000
Perpustakaan Desa Aulong merupakan salah satu daripada perpustakaan dibawan perbadanan negeri Perak
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi Changkat Jering No 17 A 1st Floor Jalan Changkat 1
Taiping, 34850
Bertindak sebagai Duta Digital kepada usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan.
Tingkat 1, AEON Mall
Taiping, 34000
MULA BEROPERASI : 14hb.November 2014 RINGKASAN INFO : Perpustakaan Komuniti AEON Taiping terletak d
Jalan HAIWAN
Taiping, 3400
Pejabat Veterinar yang pertama di Negeri Perak pada tahun 1865 dan kedua paling lama dalam sejarah P
Kampung Jana Baru Kamunting
Taiping, 34600
Perpustakaan Desa Kampung Jana Baru terletak di Kamunting Perak