JOHO
www.joho.my / www.vimeo.com/johobaru
JOHO is an INDEPENDENT brand and also work as a CREATIVE/ACTIVE youth movement behind a CREATIVE AGENCY for the beautiful people of JOHOR DARUL TAKZIM and MALAYSIA.
Terima Kasih yg datang harini.
Selamat Hari Merdeka ke 67 semua 🇲🇾
Masih berbaki 2 hari lagi untuk Kopi O-Rama edisi Merdeka di Bukit Layang-Layang.
Jumpa esok 😁
Day 2 Kopi O-Rama Merdeka
Malam ni malam Sambutan Ambang Merdeka. Malam countdown yang kita tunggu sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-67 🇲🇾
Mana yang dtg semalam and piknik dah dpt feel. Geng healing pun dah pacak kemah ⛺️
Tunggu countdown je malam ni 🎆
Biasa sangat korang sambut kat Hutan Batu, kali ni chill Merdeka kt Bukit.
Pintu masuk ade 2, dari Jalan Mesjid dan Jalan Litar. Korang boleh setting laluan parking siap2.
Ambang Merdeka malam ni di susun khas oleh team Kemasyarakatan MBPG untuk korang yg VIP semua.
Malam ni kita enjoy Bukit Layang-Layang sama2 sambil tengok fireworks 😊
Biasanya Merdeka korang lepak dataran atau port2 bunga api kan.
Tahun ni, korang try picnic Merdeka kat Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang 😇
Sape yang pergi Alam dan Manusia haritu, korang dah rasa vibe atas bukit kan.
Kalini, kita akan bawakkan Kopi O-Rama edisi Merdeka ke atas Bukit Layang-Layang bersama .coffee.roastery dan .my ⛺️☕️
Ade beberapa line-up yang kita tengah susun untuk bagi korang enjoy malam Merdeka dengan susunan dari kami.
Kita tengah usahakan satu ‘kejutan’ untuk korang, cuma masih cari sape2 yg nak sponsor 🤭
Kalau ade cable ‘Megah’ holding, boleh roger pastu letak logo korang 🤗
Jumpa hujung bulan ni, 29 Aug hingga 1 Sept ni.
Follow untuk more info
Alam Dan Manusia versi 1 tamat sudah.
Selama 4 hari kita berkampung di Bukit Layang-Layang, pelbagai ragam kita dapat lihat. Yang penting semua yang hadir tak kira kecik, beso, tua, muda, terpancar keriangan lepak2 chill di atas bukit 🤩
Ramai pengunjung tempatan dan luar yang datang kalini dan ramai juga yang 1st time lepak kat Bukit Layang-Layang.
Terima kasih untuk lebih kurang 80,000 pengunjung datang selama 4 hari ini. So, korang dah tau Pasir Gudang tak bosan 💪🏼
Terima kasih kepada pihak di atas peluang yang diberikan dan kepada semua yang terlibat dalam acara kalini. Hampir semua perform, tiada yang rembo2 dan semua vendor sampai tak larat nak jalan 😅
Penutup pun dah macam merdeka, kita harap banyak lagi acara menarik dapat kita buat di Pasir Gudang.
Jumpa di next event, Kopi O-Rama Merdeka 😚
Good weather, good vibe, good crowd at Alam Dan Manusia 🌿
Jumpa esok last day, kita layan vibe healing dengan 😊
Dah nak masuk hari ke tiga Alam dan Manusia.
S**a tengok semua orang gembira dapat padang luas dengan angin yang belanja siap vibe2 healing. Rasa bebas berlari macam kanak2 riang 😊
TQ pada korang yg dah dtg dari Khamis dan gunakan kemudahan dengan baik, jaga kebersihan dan parking ikut tempat yg disediakan 🙏🏻
Harini kita akan ade persembahan dari ‘Kicau Bilau’ waktu malam, harap korang boleh standby dgn alat-alat healing korang. Cuma pastikan jangan merokok 🤡
Jumpa kejap lagi.
Pentas Alam dan Manusia akan menampilkan barisan performers yg ‘sesuatu’ 😁
Untuk mendekatkan sambungan Alam dan Manusia, kami bawakan bunyian yang sesuai dengan Alam.
Harap korang enjoy dengan santai.
Kerusi ‘healing’ dan kain piknik dilupa jangan 🥰
GEGO
Ni antara ‘sub-brand’ yang paling kitorang ‘emo’ sikit ☺️
Awal2 dulu, GEGO ni sebahagian dari acara poket untuk ‘JB Art Festival’ yg berlangsung selama 30 hari di Bangunan Sultan Ibrahim 💪🏼
Tujuan GEGO adalah untuk membina ‘concert scene’ Johor dengan memberi ruang keutamaan kepada pemain lokal. Atas sebab itulah kita akan kenakan ‘tiket’ untuk ke GEGO.
Untuk setup satu concert event, ianya tak mudah dan tak murah. Nak dapatkan ‘sponsor’ pun tak semudah ABC. Sebab tu la, ambik masa untuk kita buat GEGO.
Tahun ni, kita nak cuba GEGO Satellite. Versi kecik sikit sebelum yg skala penuh sempena dgn Kopi O-Rama edisi Merdeka pada 30,31 Ogos & 1 Sept.
Kalau yg Satellite ni korang ‘support’ baru kita ke skala penuh di tempat lagi besar.
Cuba comment artis/band/solo/duo/rapper mana yang korang nak tengok diorang perform di GEGO Satellite show ni 😊
Selesai sudah Paso Rakyat di Yayasan Warisan Johor 😄
Korang explore abis tak?
Untuk kerjasama 1st ni di Yayasan, kitorang happy bila ramai yang dapat mengenali KWSAB ni dengan lebih ‘intim’ lagi.
Kita harap lepas ni kita boleh explore bakat2 baru yang ke arah ‘Art, Heritage & Culture’
Big thanks kepada korang yang datang sampai FULL tiga2 hari 🙏🏻
Walaupun Yayasan sebelah sekolah, Dataran dan Thistle pastu hujan, korang tetap bersemangat datang dengan geng, family semua.
Big Respect untuk korang 🥰
Next event kita layan Alam & Manusia, 25-28 Julai ni di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang, nature and healing 🏕️
Follow untuk info lanjut
Day 2 Paso Rakyat 💪🏼
Biasa korang lalu je Yayasan ni kan atau singgah makan Goreng Pisang
Harini korang datang dengan geng semua dan masuk setiap galeri, rumah Zapin & rumah Limas yg ade kt sini.
Malam ni kita chill dgn Kak .jamal dan barisan dj yg handal 😁
Jumpa korang nanti!
Done Paso Rakyat day 1 🕊️
TQ pada yang hadir hari pertama harini. Chill lepak dengan geng2 semua.
Sambil meraikan 100-tahun Tambak Johor dengan chill2 merpati di selangi alunan seleksi DJ 😁
Esok jangan lupa, kita ade ‘live performance’ dan korang jangan lupa ‘habiskan’ barang peniaga ni semua.
Sambil2 cuci mata, masuk ke Galeri Seni untuk ‘nikmati’ karya2 pelukis tempatan. Belok kanan untuk ke Galeri Tenun dan tengok sendiri the real Johor Tartan.
Wrap for day 1 and see you tomorrow geng.
Tinggal kurang seminggu lagi untuk 100 tahun se-abad Tambak Johor.
Paso Rakyat akan bermula 28 Jun ni hingga 30 Jun kat Yayasan Warisan Warisan, Johor.
Dah lama kita tak jumpa lepas last kt Plaza Seni haritu. Kali ni Paso Rakyat kat di Yayasan Warisan Warisan Johor untuk kita sama2 ‘explore’ Kompleks Sultan Abu Bakar.
Kita ‘share’ sikit barisan showcase artis kalini dan vendor2 yang join.
Kita juga akan ade beberapa bengkel Art tak berapa berat, bolehlah korang boleh asah bakat 😇
Ayuh bawak se-taman semua ke Yayasan Warisan Johor 28 Jun hingga 30 Jun 😁
Antara brand yang awal main kedai kontena kt JB ni.
Masa awal2 2010 dulu, area Jln Dhobi ni semua agak ‘seram’, walaupun kat tengah bando, area tu penuh dengan aktiviti tak sihat dan suasana suram.
Masa tu area Dhobi ni, RM500 pun org taknak. Bazar karat pun belom ade masa tu.
Ni antara kesan lepas imigresen pindah dan area bukit chagar dirobohkan.
Ade beberapa anak muda yg ‘cuba’ untuk menaikkan bando JB secara ‘indy’ dan Hakem Chaiwalla adalah salah satu yg mencuba.
Walaupun berlainan kaedah, tapi kami ada satu persamaan. Kami yakin dengan potensi Johor Bahru 🥰
All the best Chaiwalla untuk masa depan 💪🏽
Semoga kita sempat tengok Johor Bahru yang gilang gemilang tanpa melupakan ‘Art, Heritage & Culture’ kita.
With Love, Trust & Respect
Antara brand yang awal main kedai kontena kt JB ni.
Masa awal2 2010 dulu, area Jln Dhobi ni semua agak ‘seram’, walaupun kat tengah bando, area tu penuh dengan aktiviti tak sihat dan suasana suram.
Masa tu area Dhobi ni, RM500 pun org taknak. Bazar karat pun belom ade masa tu.
Ni antara kesan lepas imigresen pindah dan area bukit chagar dirobohkan.
Ade beberapa anak muda yg ‘cuba’ untuk menaikkan bando JB secara ‘indy’ dan Hakem Chaiwalla adalah salah satu yg mencuba.
Walaupun berlainan kaedah, tapi kami ada satu persamaan. Kami yakin dengan potensi Johor Bahru 🥰
All the best Chaiwalla untuk masa depan 💪🏽
Semoga kita sempat tengok Johor Bahru yang gilang gemilang tanpa melupakan ‘Art, Heritage & Culture’ kita.
With Love, Trust & Respect
Throwback sikit tribute arwah Zek aritu masa KOR Raya kt Plaza Seni.
Terima Kasih pada yang hadir dan TQ pada .my .music yang perform aritu.
10 tahun yang berlalu tu rasa macam tak logik dan tahun depan pun masuk 10 tahun di cipta.
Harap2, dapat sambung buat ‘ikonik’ landmark untuk Johor 💪🏼
Lepas ni jumpa korang di Paso Rakyat, yg berminat boleh standby untuk register 😇
Masuk hari ke 3 dah event MEGA kt uda ni 😁
Banyak agensi yg ade bawah ‘topi’ perpaduan ni. Kira ‘jimat’ lah juga sekali jalan dapat gabung banyak agensi.
Cuma info pasal event ni tak berapa meluas, banyak yang tertanya2 bila nampak struktur MEGA ni kt tengah2 kawasan lapang.
Biasa kt sini, event kraft dengan kemah beso tapi tak brp penuh dengan isi, yg ni boleh tahan penuh isinya dengan mcm2 etnik dan budaya.
Abam2 uniform mantap, tunjuk asset yg ade dan share info2 berguna.
Esok dah last, kalau nk datang, sediakan dalam 3-jam untuk menghayati event ni. Try n tanya je, ade banyak info yg disediakan.
Itulah sebabnya buat event under gomen ni ni kena efektif, bila org dah ramai datang, kita boleh salurkan info produk n servis yg ade.
Ape pun kalau ade event tahun, buatla baik2, ‘show off’ asset negeri ke umum dan sama2 powerkan negeri Johor 💪🏽
Terima Kasih semua yang hadir Kopi O-Rama edisi Raya 🙏🏻
Terharu tengok ramai yang pakai Telok Belanga dan baju raya. ‘Culture’ yang kita kena kekalkan, kalau bukan kita, siapa lagi nak bangga dengan budaya kita sendiri 🥰
Lepas 2-hari ‘di duga’ dengan cuaca yang naik turun, harini nampak permulaan yang baik.
Dah boleh plan untuk ke bando JB harini. Bila tengok crowd macam semalam, rasa ‘hidup’ balik bando JB ni. Terbayang2 ‘hardrock’ dan Plaza Seni 😇
Last day arini, ambik feel JOHOR BAHRU.
Harini 4 Mei, dah 10 tahun dah kau gerak Zek. Malam ni, tribute untuk kau.
Al-Fatihah
Lagi 2 hari kita lepak 'Plaza Seni' 😊
Korang dah siap2 gosok Telok Belanga tu nak raya kat Bando JB ni? Minggu yang istimewa untuk Kopi O-Rama edisi Raya kalini.
Raya kat bando, dah last week Syawal ni, tinggalkan memori yang best kat bando JB.
Pakai baik2 dan kita berkumpul. Kali ni ni kita ade special 'appearance' dari , .my dan .music dan penambilan barisan dj-dj dari Siaran Selatan 😁 .
Jumpa korang Jumaat ni dengan stail dan jangan lupa support semua vendor yg bakal beraksi Jumaat ni 🫶🏻
Macam tak percaya dah 10 tahun berlalu.
Sedang sibuk siap2 untuk Festival Belia Putrajaya, tiba-tiba kau tinggalkan kitorang 🥲
Tu lah 1st Johor Pavilion versi JOHO yang berinspirasikan Johor State Pavilion di San Francisco 1939 dan pertama kali event JOHO di luar negeri Johor.
Dengan seribu harapan ‘Youth Johor’ kita bawa ke Putrajaya. Lengang Jalan Dhobi masa tu, semua ‘local scene’ kat bando ikut sekali.
Kebetulan 4 May ni, genap 10 tahun arwah Zek meninggalkan kita, ngam2 hari Sabtu masa Kopi O-Rama edisi Raya. Kita akan adakan tribute kecil sempena 10 tahun pemergian Arwah Zek.
Kepada yang nak terlibat untuk tribute ni, boleh DM.
Semoga jasa Arwah Zek boleh dijadikan inspirasi untuk newgens akan datang 💪🏼
Al-Fatihah
Korang dah ready?
Kopi O-Rama Edisi Raya
3, 4 & 5 May 2024
Di tapak parking Plaza Seni, JB
Pakaian: Telok belanga, baju raya
Kalini banyak vendor power, stage p**a kita akan ade special slot.
Sabtu tu 4 May 2024, genap 10-tahun arwah Zek tinggalkan kita semua tapi semangat dan visi Zek masih still ON 🥲
So jangan lupa, 3,4 & 5 May ni kita ‘happening’ kan bando JB.
Parking kat UTC sebelah KotaRaya. Jangan parking sepah-sepah tepi jalan, nanti kena towing. Buktikan kita orang JB yang senonoh 💪🏼
Slot vendor masih lg available, follow untuk register
Love, Trust & Respect
🫶🏿
Sape yang pernah ‘rasa’ tempat ni.
Dah tua la tu 😂
Kalau CNY aritu kita buat depan Pawagam Broadway, bulan syawal masa raya ni, Kopi O-Rama (KOR) edisi Raya akan di buat di tapak Parking Plaza Seni.
Kalau dulu, ni port abam2 ‘teksi’ dan belah malam ‘hardrock JB’ menjelma. Roti John, Sup Daud antara port porp**ar masa tu.
KOR kalini sempena raya, korang kena datang pakai Telok Belanga untuk abam-abam sekalian. Akak-akak boleh support baju kurung yang sesuai 😁
Kita share suasana raya di Bando JB ni dengan semua hadirin yang bakal datang.
Untuk parking, korang park siap-siap kat area parking UTC seluas alam depan Bukit Timbalan tu. Sama-sama kita beraya di Bando dengan berhemah JB stail 🤞
3, 4 & 5 May ni, jumpa kat ‘Plaza Seni’. Legend2 Plaza Seni dijemput hadir dan DM kalau ade benda nak share 🙌🏻
Dah seminggu lebih Tambak Riuh Beraya 😁
Alhamdulillah event berjalan lancar walaupun agak mencabar dan banyak rintangan yang datang. Cuaca pun agak ok juga 😁
Ape pengalaman korang yang best masa event haritu? Kalau ade benda best, jangan lupa share n tag kitorang 🥰
Terima kasih kepada Datuk Bandar MBJB yang datang dengan kejutan, spend masa bersama peniaga dan crowd. Kami harapkan Datuk Bandar yang lain pun supportive juga untuk memeriahkan lagi negeri Johor 😁
Terima kasih juga pada YB di atas kunjungan.
Maaf atas apa2 kekurangan yang berlaku dan kami harap lepas ni kita berjumpa di Kopi O-Rama edisi Raya di parking Plaza Seni pada 3,4 & 5 May nanti dengan lebih awesome.
Follow untuk info lanjut 🙌🏻
Hari kedua Tambak Riuh Beraya, kalau semalam 'garing', harini ok sikit 😁
Bila dah malam, lagi ngam dengan vibe tepi laut dan background tambak.
Lupa nak ajak korang buka puasa depan stage. Esok sempat lagi kalau nak buka puasa kat sini. Beli kat sini and enjoy sunset 🌅
Riuh Beraya
Day 1 Tambak Riuh Beraya, alhamdulilah cuaca sesedap rasa. Tinggal tunggu matahari terbenam je ni.
Vendor2 pun dah standby untuk beraksi ni 💪🏼
5,6 & 7 April, 3 petang - 12 malam di tapak parkir berhadapan pos ofis JB
Tahun ni pada 28 Jun, genap 100-tahun Tambak Johor dirasmikan.
Dah berjuta orang dan kenderaan yang lalu Tambak ni sepanjang 100-tahun ni.
Tahu tak korang, sebelum adanya Tambak, diorang dah buat jambatan. Tapi pasal perang, jambatan tu musnah. Jadi tahun 1919, Tambak Johor mula dibuat.
Dah alang2 sempena usia 100 tahun Tambak Johor ni, JOHO mengambil inisiatif untuk mengadakan acara sempena Raya bersama rakan kolaborasi dgn konsep yg lebih urban dari Ibu Kota di kawasan berdekatan Tambak Johor ni.
Berlatarbekangkan Tambak Johor, Tambak Riuh Beraya ni akan diadakan pada 5 hingga 7 April ini, dari jam 3 petang hingga tengah malam.
Kami harap acara ini akan merancakkan lagi bandaraya Johor Bahru dan objektif Kembara Riuh 2024 kepada umum.
Jangan lupa amek gambo ‘rare’ di Tambak Riuh Beraya nanti dan share 📸
The wait is over 🤠
Announcing Tambak Riuh Beraya, 5 hingga 7 April 2024.
Ni kali kedua JOHO dan RIUH bergabung untuk menjayakan event. Sedang sibuk orang lain ber’Paso’ dan bernostalgia, Tambak Riuh Beraya akan menampilkan penampilan yang lebih segar dan unik.
Tambak Riuh Beraya akan diadakan di atas tanah Tambak Lot Parking berhadapan Pejabat Pos Besar JB. Budak2 zaman manggis panggil PO je 😅
Untuk makluman korang, Tambak Johor yang korang ulang alik JBSG tu dah berumur 100 tahun 😁
Seminggu je lagi menjelang event, lebih banyak content, aksi dan info yang akan di kongsikan.
Follow & untuk more info 💪🏼
Selamat berpuasa, recharge 🔋
Save the date 5,6 & 7 April 2024
Register now
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Website
Address
Tampoi
Jalan Aliff Harmoni, Taman Damansara Aliff
Tampoi, 81200
Pelbagai koleksi pakaian dan jersey muslim muslimah daripada Kimyra
No. 1 Jalan Padi Emas 1/3, Bandar Baru Uda
Tampoi, 81200
A partnership company that sells men's and women's preloved apparel
Tampoi
Mas Korea Bangkok & Silver 925 available here Kami di lot Level 3, K3.8, Angsana Johor Bahru Mall K
Tampoi
KAMI MENJUAL BAJU KURUNG SET SEDONDON IBU DAN ANAK SERTA KURTA LELAKI SEDONDON ANAK � KAMI ADE PELBAGAI JENIS MATERIAL COTTON DAN IRONLESS,HARGA KAMI SANGAT BERPATUTAN DAN KUALITI ...
Tampoi
We provide Labuh Hijab for Umrah / Haji For Kids available ins Shawl, Square, Sarung, Instant
Tampoi
Home-based business. Seorang surirumah menjana pendapatan dari rumah dengan pelbagai cabang bisnes. Semoga memberi manfaat kepada orang lain dan juga keberkatan dari Illahi..