Senjata Antik Tanah Merah Kelantan

Senjata Antik Tanah Merah Kelantan

Menjual dan Membeli Senjata Antik, Keris, Badik, Lembing dan Saudagar Batu Permata Tanah Merah Kelantan

06/05/2022

Siapa hendak menjual keris lama boleh telefon/whssap admin +60 16-492 5095

28/10/2021

Sama-sama kita meriahkan

KERIS

Keris merupakan salah satu senjata di Alam Melayu yang sangat sinonim dengan Bangsa Melayu.
Karya seni yang diterapkan pada keris membuktikan bahawa bangsa Melayu mempunyai teknologi, tamadun dan kemahiran yang tinggi dalam pembuatan senjata serta memiliki nilai kesenian yang sangat bermutu.
Selain menjadi senjata yang disisip rapi dan pelengkap busana, keris juga sebagai pengenalan atau identiti kepada si pemakai.

Ikuti Sembang Santai Budaya kali ini bersama panel jemputan yang akan berkongsi serba sedikit perihal mengenai keris.

'Like' dan 'share' laman FB PERNILAM agar anda tidak terlepas segala perkongsian dari kami.. InsyaAllah.
-----------------------------------------------------------------------
Sembang Santai Budaya
Tajuk: Keris - Estetik Atau Mistik

Moderator:
En. Zat Asyraff
[Pengerusi PERNILAM Kelantan]

Panel Jemputan:
En. Ahmad Syauqi
[Pengkaji dan Pencinta Keris Semenanjung]

Tarikh: 29 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa : 9.30 malam

Medium: Facebook Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM)
https://www.facebook.com/PERNILAM/

04/07/2021

Salam semua warga tanah merah kelantan. Jika ada yg nak ingin menjual dan membaiki senjata lama bolehlah whsaap kepada admin 016-4925095 Syauqi dan Cikgu Rashid 016-5331165

02/07/2021

Wawancara keris Melayu anjuran Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang. Sama-sama kita menyokong dan mendengar perkongsian ilmu keris tanah semenanjung dari salah satu admin page ini dan Cikgu Amir Fadli. Semoga bermanfaat

22/02/2021

Bahagian- bahagian keris. Siapa hendak jual keris lama/pusaka boleh whssap no 016-492 5095

10/02/2021

Lawatan sahabat ke Galeri Keris Antik Tanah Merah

02/02/2021

Assalamualaikum, perkongsian sahabat & guru-guru lama perihal keris - Zulkhairul Muhammad

Hari kelmarin (kemarin dulu kata orang kelate) sahabat punk Abe Zul ada berkongsi kata2 Abe Zul pada dia ' Keris itu ada di dalam dada kita, kalau mampu, zahirkanlah sebagaimana layaknya ia, jika tak mampu, tidak mengapa kalau tidak berkeris'. Mungkin sahabat2 yang 'friend' dgn sahabat Abe Zul tu merasa pelik dgn pernyataan ini. Bunyinya macam satu ajaran sesat.

Panjang sebenarnya kalau Abe Zul nak tulis semuanya. Abe Zul akan cuba ringkaskan. Sahabat2 bacalah dengan minda yang terbuka agar maksudnya dapat dicapai dan bukanlah penulisan ini bertujuan untuk merendahkan sesiapa atau apa2.

Sebelum adanya sistem pemerintahan atau tamadun, nenek moyang kita hidup dalam keadaan yang tidak tenteram dan diselubungi rasa takut sebab bila2 masa kejadian mencuri/merompak, memukul, merogol dan lain2 jenayah boleh berlaku pada bila2 masa. Maka di datangkan Raja dari keturunan Raja untuk menjadi pemimpin. Keturunan mereka ini sudah biasa dengan kepimpinan dan juga kisah2 ajaib (kisah untuk mengukuhkan kedudukan mereka). Ketika ditabalkan menjadi Raja, mereka berikrar dan bersumpah untuk menyediakan satu tempat/daerah/negeri yang aman, yang mempunyai undang2 supaya rakyat dapat hidup dengan tenteram, dapat mencari rezeki kehidupan dan dapat beragama. Sebagai balasan sumpah Raja, rakyat (nenek moyang kita) bersumpah taat setia kepada Raja dan perlanggaran kepada sumpah ini adalah 'bunuh'.

Kemuncak kepada proses pertabalan ini ialah ketika Raja itu mengangkat Keris Panjang Di Raja. Keris tersebut sentiasa menjadi lambang Raja dan setiap Raja yang dilantik, wajib mengangkat Keris tersebut sebagai ucapara sah menjadi Raja. Keris itulah yang menjadi simbol ketaatan kita kepada Raja. Ketaatan kepada Raja ini juga bermaksud ketaatan kepada Agama dan Negara. Ketaatan inilah yang menjadi pegangan kita dan simbol keris ini sentiasa ada dalam diri kita, walau apa terjadi dan walau di mana kita berada.

Daripada seorang Raja, berlakunya proses "empowerment' atau proses pengagihan dan pembahagian kuasa. Proses ini juga dilaksanakan melalui pemberian keris sempena mengambil simbol kuasa Keris Panjang di Raja. Sesiapa yang mempunyai keris ini disebut juga 'Orang Raja'. Sebagai wakil Raja dalam aspek kuasa yang diberi atau pengiktirafan di atas jasa, mereka ini juga sangat dihormati.

Keris Panjang di Raja masih lagi ada dan masih lagi diangkat setiap kali pertabalan, dan kesetiaan kita masih lagi ada dan simbol keris itu masih lagi ada di dalam diri kita. Kalau kita mampu, kita zahirkan selayaknya. Selayaknya barang Raja, selayaknya 'Orang Raja'. Keris itu simbol ketaatan, simbol kuasa, jangan sampai kita menghina dengan memberikan sebarang nama/bentuk pada keris. Keris dibuat dengan dengan penuh teliti, dari besi serta kayu2 terpilih. Ada adat dan adab memakainya. Ada adat dan adab membukanya, ada adat dan adab ketika menghunusnya (jika perlu). Jika baru, buatlah sebaik yang mungkin supaya layak dipanggil KERIS.

Terima kasih pada sahabat2 yang membaca sehingga habis. Nukilan ini adalah berdasarkan pembelajaran, pengkajian serta pengalaman Abe Zul. Abe Zul nukilkan atas rasa tanggungjawab, bukanlah untuk menunjuk pandai apatah lagi merendahkan sesiapa.

Kredit foto keris tajong kerajaan Patani yang dibawa balik dari Belanda ke Tanah Melayu milik Pewaris Keris Pahang

31/01/2021

Assalamualaikum buat peminat senjata antik

Hulu keris adalah bahagian atas keris yang digunakan untuk memegang bilah keris juga pelengkap sebilah keris.

Memetik dari penulisan buku keris pusaka bangsa penulisan Tuan Ahmad Zamli, Hulu adalah tanda bagi pemakainya. Bagi rakyat biasa hulu jenis bahan kayu digunakan di serata tanah jajahan kesultanan Patani Darussalam. Kadang sekali kita dapat melihat hulu dari bahan Tanduk kerbau atau sumbu badak dan ada juga dari g4ding gajah dan gigi ikan paus bagi Raja-raja dan Pemerintah pada waktu itu.

Wa'Allahu aklam.
Gambar adalah contoh hulu jenis patah tiga/ kerdas dari bahan Gigi Ikan Paus.

Photos from Senjata Antik Tanah Merah Kelantan's post 28/01/2021

diberi tugas untuk pulihara pusaka. terima kasih kerana percayakan kami. Alhamdulillah...

17/01/2021

Proses melangir keris, cuci dari kotoran dan karat

14/01/2021

Aktiviti petang Admin, siapa hendak menjual keris dan senjata lama boleh whssap 016-5331165

Photos from Senjata Antik Tanah Merah Kelantan's post 07/01/2021

Baik pulih hulu sahabat harini.

Photos from Scripters's post 06/01/2021
Photos from Senjata Antik Tanah Merah Kelantan's post 28/12/2020

Tidok sekodar miliki, tapi fahami apa itu keris serta pengaruh kedaerahan dan kepercayaan setempat pada waktu itu

23/12/2020

Jual beli barang lama. Siapa ada boleh direct whasap/pm 016-5331165 Abdul Rashid

22/12/2020

Warisan Langkasuka.

Photos from Senjata Antik Tanah Merah Kelantan's post 22/12/2020

Aktiviti baik pulih keris bersama Cikgu Abdul Rashid

19/11/2020

Milik sahabat, hasil karya tukang arwah mustapa/stopa dan gandingan tukang perak ukir bunga tebuk pok li kraf tangan

12/10/2020

Tetamu baru.

04/08/2020

Keris melayu kelantan

12/07/2020

Assalamualaikum w.b.t sahabat semua

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Tanah Merah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Tanah Merah
17500