Farmasi TIMUR HQ

Farmasi Timur adalah sebuah farmasi menjual ubat-ubatan, supplement, personal care, etc

21/11/2023

Terima kasih support Farmasi Timur ๐Ÿฅฐ

21/11/2023

Pengambilan minuman manis secara berlebihan boleh meningkatkan pengambilan kalori harian anda. Anda rasa susah untuk meninggalkan tabiat minum minuman manis secara berlebihan?

Jom tawan rasa mengidam anda terhadap minuman manis dengan pilihan yang lebih sihat.

20/11/2023

Bila musim hujan tiba, air teh o dan biskut tawar memang tak dapat dipisahkan๐Ÿ˜Š.

Saranan sihat minum teh o dan biskut ialah:
โœ… Bancuh teh o tanpa gula atau hanya 1 sudu teh gula sahaja
โœ… Pilih biskut tawar yang tinggi serat kerana serat menyebabkan kita kenyang cepat dan lama dan dapat elakkan kita makan biskut lebih dari saranan
โœ… Saranan sukatan makan biskut tawar ialah 6 keping. Kalorinya ialah 150 kalori bersamaan dengan makan 2 senduk nasi

Berhati-hati semua di musim hujan ini.

19/11/2023

โ€ผ๏ธWHO (2015) menyarankan pengambilan gula sehari bagi orang dewasa adalah tidak melebihi 10% daripada jumlah keperluan tenaga harian.

๐Ÿ“Œ Bagi individu yang sedentari, keperluan kalori harian adalah 1500 kalori, jadi saranan pengambilan gula adalah tidak melebihi 7.5 sudu teh gula sehari termasuk gula yang diambil di dalam makanan dan minuman harian yang lain.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พRakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.

๐†๐ฎ๐ฅ๐š: ๐Ÿ ๐’๐ฎ๐๐ฎ ๐“๐ž๐ก ๐ƒ๐š๐ก ๐‚๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ, ๐Š๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐š๐ข๐ค, ๐“๐ข๐š๐๐š ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐คโ€™.

18/11/2023

Tahukah anda bahawa gula boleh menyebabkan ketagihan? Gula terdapat hampir di dalam semua makanan dan minuman seharian kita. Semakin kerap anda mengambil gula, semakin sukar untuk anda meninggalkannya.

Marilah kita beralih kepada minuman yang lebih sihat tanpa gula tambahan!

17/11/2023

Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2019) pada tahun yang sama di Malaysia juga mendapati satu daripada lima orang yang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes. Salah satu cara untuk mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes adalah dengan mengekalkan dan mencapai berat badan yang ideal.

Cegahlah diabetes sebelum terlambat dengan mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang sihat!

Photos from Farmasi TIMUR HQ's post 16/11/2023

Kuih-muih tradisional merupakan hidangan yang sering disediakan dalam pelbagai majlis dan jamuan, tetamu yang hadir ke rumah atau sebagai hidangan keluarga. Ia menjadi tradisi bagi meraikan tetamu dan memeriahkan lagi majlis tersebut. Walau bagaimanapun pemilihan kuih yang kurang kandungan gula juga penting bagi menggalakkan tetamu mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil jenis kuih yang kurang kandungan guia.

Teruskan amalan pemakanan yang sihat bagi mendapatkan kesihatan yang optimum. WHO (2015) menyarankan pengambilan gula sehari bagi orang dewasa adalah tidak melebihi 10% daripada jumlah keperluan tenaga harian. Bagi individu yang sedentari, keperluan kalori harian adalah 1500 kalori, jadi saranan pengambilan gula adalah tidak melebihi 7.5 sudu teh gula sehari termasuk gula yang diambil di dalam makanan dan minuman harian yang lain.

Maka, sentiasa awasi pengambilan kuih-muih anda dan ketahui kandungan gula dalam kuih-muih tersebut.

15/11/2023

Pinggan Sihat Malaysia bukan hanya terhad kepada menu nasi dan lauk pauk sahaja. Anda juga boleh variasikan dengan
hidangan daripada sumber karbohidrat lain!

Sandwic juga boleh disediakan mengikut konsep . Hidangkan bersama dengan pelbagai jenis
sayuran yang sesuai dan sumber protein seperti ayam bakar. Lebih kenyang dan berkhasiat!

14/11/2023

Mirepoix adalah perasa aromatik yang disediakan dengan memasak bawang, saderi (celery), dan lobak. Ia adalah salah satu sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan juga untuk perapan. Sayur-sayuran dimasak perlahan-lahan dengan mentega atau minyak untuk membangkitkan rasa tanpa terlalu garing.

Mirepoix boleh dijadikan penyedap makanan bayi ; contohnya ditumis bersama ayam dan ikan bagi menaikkan lagi aroma makanan tersebut.

Photos from Farmasi TIMUR HQ's post 13/11/2023

APAKAH STATUS BERAT BADAN ANDA๐Ÿค”

Kurang Berat Badanโ“
Normalโ“
Berlebihan Berat Badanโ“
Obesitiโ“

SEPARUH daripada rakyat Malaysia dewasa adalah GEMUK ( Berlebihan berat badan & Obesiti)โ—๏ธ

Jom SEDAR & UBAH Sebelum Terlambatโ—๏ธ

Berusahalah dapatkan berat badan normal & kurangkan risiko kepada PENYAKIT seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung & beberapa jenis kanser.

Perubahan yang SEDIKIT masa sekarang boleh memberi IMPAK yang besar pada masa hadapan..

12/11/2023

Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula. Salah faham dan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula sejak kecil menyebabkan gigi rosak dan obesiti akibat makanan dan minuman manis tidak terkawal.

Pengambilan gula secara berlebihan turut menyebabkan imuniti tubuh menjadi lemah. Ibu bapa perlu memperkenalkan makanan dengan rasa asli tanpa mencampurkan gula atau garam untuk kesejahteraan kesihatan anak pada masa akan datang

11/11/2023

Pelbagaikan sumber protein anda kerana protein memainkan peranan yang penting dalam membantu membaiki semula tisu yang rosak, membantu dalam pembentukan sistem imuniti badan (antibodi) dan memberikan tenaga. Namun, kandungan protein dalam setiap makanan adalah berbeza-beza dan ianya tidak bergantung kepada harga makanan tersebut. Makanan seperti kekacang, tempe dan telur juga merupakan sumber protein yang BAIK untuk keperluan badan.

Walaupun harga setiap sumber protein berbeza-beza, tetapi nutrien di dalamnya adalah hampir sama.

10/11/2023

Nak makan buah potong? Tak perlu cicah!

Nikmati rasa semula jadi makanan dengan kurang rasa masin tanpa garam, sos dan penambah perasa. Buah-buahan segar adalah lebih sihat dimakan begitu sahaja tanpa penambah rasa seperti asam boi atau pencicah seperti kicap soya.

08/11/2023

Sayur dan buah mempunyai banyak khasiat dan nutrien yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Tetapi, tahukah anda yang setiap warna sayur dan buah tu mempunyai khasiat dan nutrien serta fungsi yang tersendiri yang terdiri daripada Lycopene, Anthocyanin, Beta-Karotein, Zeaxanthi

Pengambilan sayur dan buah yang secukupnya mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020 dapat membantu memberi ketahanan imuniti terhadap badan kita. Oleh itu, mari lah sama-sama kita cukupkan pengambilan sayur dan buah setiap hari.

07/11/2023

Nak makan buah potong? Tak perlu cicah!

Nikmati rasa semula jadi makanan dengan kurang rasa masin tanpa garam, sos dan penambah perasa. Buah-buahan segar adalah lebih sihat dimakan begitu sahaja tanpa penambah rasa seperti asam boi atau pencicah seperti kicap soya.

06/11/2023

Mirepoix adalah perasa aromatik yang disediakan dengan memasak bawang, saderi (celery), dan lobak. Ia adalah salah satu sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan juga untuk perapan. Sayur-sayuran dimasak perlahan-lahan dengan mentega atau minyak untuk membangkitkan rasa tanpa terlalu garing.

Mirepoix boleh dijadikan penyedap makanan bayi ; contohnya ditumis bersama ayam dan ikan bagi menaikkan lagi aroma makanan tersebut.

Photos from Farmasi TIMUR HQ's post 05/11/2023

Hi bakal ibu semua, amalan pemakanan sihat amatlah digalakkan bagi persediaan kehamilan. Ini kerana amalan pemakanan yang tidak sihat boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit kepada bayi dan juga ibu.

Ikuti 6 tips pemakanan sihat bagi kehamilan pertama daripada HER buat anda.

04/11/2023

Teringin nak makan 'burger'. Apa kata cuba buat sendiri di rumah menggunakan patti sebenar dari daging samada ayam, lembu atau kambing. Dengan membuat sendiri 'burger', anda dapat lebih nutrien yang berkualiti dan menjamin kebersihan makanan yang diambil.

Malah, anda dapat kurangkan pengambilan garam kerana garam dalam makanan terproses seperti patti daging ayam di bawah sebagai contoh adalah lima kali (5x) ganda lebih tinggi dari daging ayam sebenar.

Mengapa kita perlu kurangkan pengambilan garam? Sebab pengambilan garam berlebihan secara kerap akan meningkatkan risiko kejadian tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah punca utama strok, yang juga merupakan punca kepada serangan dan kegagalan jantung.

Ada terfikir nak makan 'burger' hari ini? Jom cuba gunakan daging sebenar sebagai pengganti.

03/11/2023

Jangan lupa untuk bawa bekal air kosong ke sekolah ๐Ÿ˜Š

02/11/2023

Tahukah anda, selain dari sumber haiwan, tumbuhan juga merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh.

Antara sumber protein dari tumbuhan adalah legum seperti kekacang, tauhu, tempeh, fucuk dan banyak lagi. Sumber protein tumbuhan mengandungi lemak tepu yang rendah berbanding sumber haiwan. Kolesterol hanya terdapat dalam sumber haiwan, oleh itu protein dari sumber tumbuhan adalah bebas kolesterol!

Apa kata, ambil juga sumber protein dari tumbuhan dalam hidangan anda setiap hari. Saranan pengambilan bagi legum dalam sehari adalah sebanyak 1 sajian sehari. ๐Ÿฝ

โœ…Pilih pelbagai jenis legum (dhal, tempe dan tauhu) untuk menyediakan lauk-pauk.
โœ…Makan legum sebagai snek atau ditambah ke dalam lauk-pauk.
โœ…Ambil satu sajian legum (contoh: dhal, tempe, tauhu dan lain-lain) sebagai sebahagian daripada pengambilan protein harian anda.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Tanah Merah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Jom ke Farmasi Timur. Waktu Operasi 9pgi-10mlm.+6014-9685771
Jom ke Farmasi Timur #healthcheck #farmasitimur
Boleh dapatkan di Farmasi TIMUR
Jom ke Farmasi Timur #healthcheck #farmasitimur
Boleh dapatkan di profile kami โ˜บ๏ธ

Category

Telephone

Website

Address


Lot 3564, Kampung Nibong, Bukit Bunga
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Other Medical & Health in Tanah Merah (show all)
Chocfit HQ Chocfit HQ
Tanah Merah, 17500

menurunkan berat badan, mengempiskan perut boroi, mengawal selera makan, rasa kenyang sentiasa, 10x membakar lemak degil, sesuai untuk lelaki dan perempuan, rasa chocolate, memberi...

Riezz Hijamah bergerak - Mobile Riezz Hijamah bergerak - Mobile
Jalan Kubur, Tanah Merah
Tanah Merah

ANDA BERMINAT Nak cuba atau nak amalkan hijamah/bekam.., tapi sibuk, tak sempat ataupun kesuntukan m

Anugerah Anak Anugerah Anak
Kg Manal
Tanah Merah, 17500

Assalamualaikum

Produk Buah Kulim Produk Buah Kulim
Tanah Merah

1001 KHASIAT

Kekal Ceriaa - Md flush Kekal Ceriaa - Md flush
Jalan Ismail
Tanah Merah, 17500

Md Flush mengandungi 7 bahan bahan organik seperti cendawan lingzi

PMG Pharmacy TANAH MERAH PMG Pharmacy TANAH MERAH
NO. 512, G/F, Jalan DATO'NIK MUSTAPHA
Tanah Merah, 17500

Public Medicare Group Sdn Bhd known as PMG, was established on 19th April 2010. To date, PMG provides primary healthcare into medical and dental clinic, retail pharmacy, laboratory...

kanak-kanak riang kanak-kanak riang
Tanah Merah
Tanah Merah, 17500

keriangan kanak-kanak dapat meningkatkan kecerdasan

Klinik Tawakal - Tanah Merah Kelantan Klinik Tawakal - Tanah Merah Kelantan
B 1146 Jalan ISMAIL PETRA
Tanah Merah, 17500

Farmasi Tanah Merah Farmasi Tanah Merah
Jalan Tanah Merah-Pasir Mas
Tanah Merah, 17500

Ikhtiar Anak Bijak Ikhtiar Anak Bijak
Tanah Merah, 17500

โœ… 100% bahan mineral semulajadi โœ… meningkatkan daya ingatan โœ… meningkatkan prestasi dan fokus belajar

As syifa-ME As syifa-ME
Taman Bunga Raya
Tanah Merah

Menjual produk As-Syifa

Sihar Bersama - Resdung SB Sihar Bersama - Resdung SB
Tanah Merah, 17500

Bersama Kita Atasi Masalah Resdung