Pondok Tahfiz Padang Bongor

Pondok Tahfiz Padang Bongor

You may also like

21hadis72
21hadis72

Pondok Tahfiz Kg Padang Bongor adalah merupakan sebuah pusat pendidikan yang menitikberatkan pengajian berkitab dan tahfiz secara PERCUMA.

Pondok Tahfiz Kg Padang Bongor adalah merupakan sebuah pusat pendidikan agama yang menitikberatkan pengajian berkitab dan tahfiz secara PERCUMA. PONDOK TAHFIZ PADANG BONGOR TERLETAK DI KAMPUNG PADANG BONGOR, BELIMBING ,TANAH MERAH KELANTAN. 2 KILOMETER DARI PUSAT BANDAR TANAH MERAH MELALUI JALAN PASIR MAS-TANAH MERAH. MULA DIBINA PADA TAHUN 2006 DAN MULA MENGAMBIL KEMASUKAN PELAJAR PADA TAHUN 2009

Pondok Tahfiz Padang Bongor 22/03/2024

๐‘๐€๐˜๐”๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐ˆ๐๐…๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐๐€๐… ๐“๐”๐๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‘๐“๐„๐‘๐’ ๐†๐”๐‘๐” ๐๐Ž๐๐ƒ๐Ž๐Š ๐“๐€๐‡๐…๐ˆ๐™ ๐๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐๐Ž๐๐†๐Ž๐‘, ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡ , ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐

Diantara AMALAN YANG TIDAK AKAN TERPUTUS adalah WAKAF & INFAQ,
berdalilkan dengan hadis Nabi SAW
ุนูŽู†ู’ โ€ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถูู‰ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ู‰ ุนู†ู‡ โ€ุฃูŽู†ูŽู‘ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู โ€ โ€ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ โ€ โ€ู‚ูŽุงู„ูŽ : โ€ โ€ุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุงุชูŽ ุงุจู’ู†ู ุขุฏูŽู…ูŽ ุงู†ู’ู‚ูŽุทูŽุนูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ู ุฅูู„ุงูŽู‘ ู…ูู†ู’ ุซูŽู„ุงุซูŽุฉู : ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุฌูŽุงุฑููŠูŽุฉู ุŒ ุงูŽูˆู’ุนูู„ู’ู…ู ูŠูู†ู’ุชูŽููŽุนู ุจูู‡ู ุŒ ุฃูŽูˆู’ ูˆูŽู„ูŽุฏู ุตูŽุงู„ูุญู ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ู„ูŽู‡ู. โ€
๏ดฟ ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู… ๏ดพ

Maksudnya :-
Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )

====================

Kami pihak Pondok Tahfiz Padang Bongor, Tanah Merah, Kelantan membuka dana kutipan bagi membiyai kos pengurusan Pondok Tahfiz dan kami juga sedang membina sebuah kuarters guru 3 tingkat bagi guru-guru.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan, waqaf, infak, zakat dll daripada anda semua, yaitu saudara seislam kami ๐Ÿ˜Š.
Untuk memudahkan anda melakukan WAKAF/ INFAQ dll, maka disertakan langkah-langkahnya di bawah ini ๐Ÿ‘‡

1๏ธโƒฃ Buat keputusan sendiri jumlah RM ๐Ÿ’ฐyang anda โ€˜SELESAโ€™ untuk berinfaq.
2๏ธโƒฃ Niatkan infaq untuk diri sendiri atau ibubapa sama ada yang masih hidup ataupun yg sudah meninggal sebagai hadiah yang paling berharga dari seorang anak.
3๏ธโƒฃ transfer online kepada salah satu daripada 2 akaun bank Pondok Tahfiz yang tercatat di bawah๐Ÿ‘‡

๐Ÿ’ฐMaybank:
553056007684
๐Ÿ’ฐBank Islam:
03054010020678
Nama akaun: PONDOK TAHFIZ PADANG BONGOR

4๏ธโƒฃ Wsapp slip bank (option) kepada๐Ÿ‘‡
๐Ÿ‘‰ Baba Ruysdi
(Pengasas Pondok Tahfiz Padang Bongor)
+60 19-924 4157
atau
๐Ÿ‘‰ Ust Uthman
(Penyelia Pondok Tahfiz Padang Bongor)
+60 10-447 0787
====================
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pondok kami, bolehlah layari di FB PONDOK TAHFIZ PADANG BONGOR.
Mohon SHAREKAN juga kebaikan ini dengan orang yang tersayang, mudah-mudahan pahala infaq yang mereka dapat sampai juga kepada anda.
Amin Ya Rabbal Alamin.
KAMI DOAKAN SEMOGA AMAL JARIAH YG ANDA LAKUKAN DITERIMA SEBAGAI AMAL SOLEH DI SISI ALLAH SWT..Amin Ya Rabbal Alamin๐Ÿคฒ.

Pondok Tahfiz Padang Bongor

27/08/2023

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐— ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—›๐—”๐—›

แนฌฤwลซs bin Kaysฤn (w. 106H) berkata:

ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉู โ€Œุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญูŽุฉู โ€Œู…ูŽุซูŽู„ูู‡ูŽุง โ€ŒูููŠ โ€Œุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุกู ูƒูŽู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู’ุบูุฑูŽุงุจู ุงู„ู’ุฃูŽุจู’ูŠูŽุถู ูููŠ ุฃูŽู„ู’ูู ุบูุฑูŽุงุจู

โ€œPerumpamaan wanita solehah dalam himpunan para wanita adalah seperti gagak putih dalam himpunan seribu gagak hitamโ€.

[Iสฟtilฤl al-Qulลซb, jil. 1, hal. 119, no. 225]

25/08/2023

๐—ž๐—˜๐—ง๐—”๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—ง๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก

Imam ibn al-Qayyim (w. 751H) berkata:

โ€Œุงู„ุทู‘ูŽุงุนูŽุฉูŽ โ€Œุญูุตู’ู†ู โ€Œุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู โ€Œุงู„ู’ุฃูŽุนู’ุธูŽู…ูุŒ ู…ูŽู†ู’ ุฏูŽุฎูŽู„ูŽู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุขู…ูู†ููŠู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุนูู‚ููˆุจูŽุงุชู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉู
โ€œKetaatan kepada Allah merupakan benteng-Nya yang paling kukuh. Sesiapa yang memasukinya, dia termasuk orang-orang yang selamat daripada hukuman-hukuman dunia dan akhiratโ€.

[al-Dฤสพ wa al-Dawฤสพ, hal. 75]

Photos from Pondok Tahfiz Padang Bongor's post 08/03/2023

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ & ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ : ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐——๐—ข๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—ข๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ, ๐—ž๐—š ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—š , ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›, ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

TERHAD 30 ORANG SAHAJA

Syarat Kelayakan :
1) Umur 11 - 15 Tahun sahaja
2) Lelaki Sahaja
3) Syarat utama ๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐œ๐š ๐š๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฌ/๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐œ๐š ๐‰๐š๐ฐ๐ข dengan lancar ( WAJIB )
4) Boleh Patuhi Peraturan Pondok
5) Boleh Berdikari
6) Tiada Rekod Disiplin / Polis

Sistem Pengajian:
- PENGAJIAN PONDOK @ KITAB SEPENUH MASA
- TAHFIZ SEPENUH MASA

Kawalan :
-Disiplin ketat.Jika ada pelajar melakukan kesalahan berat seperti merokok / v**e , akan diberhentikan pengajian serta merta tanpa budi bicara
-Pelajar-pelajar diharamkan sama sekali membawa telefon bimbit.
-Kawasan Pondok dan Asrama di pantau 40 CCTV 24 jam.

Yuran :

Yuran Bulanan : RM180 (Untuk Bayaran Guru Tahfiz )

Yuran Makan, Minum dan tempat tinggal PERCUMA

Bagi Yg Berminat / Sebarang Pertanyaan @ Keterangan Lanjut :
Sila Hubungi : 010-4470787( Ust Uthman)
www.wasap.my/60104470787
www.wasap.my/60104470787
www.wasap.my/60104470787

Sila Panjangkan Mesej Ini. Terima Kasih.

JIKA BERMINAT ,SILA HUBUNGI UNTUK SESI TEMUDUGA DI PONDOK ATAU SECARA ATAS TALIAN (ONLINE VIDEO CALL)

Keputusan kelayakan akan diumumkan seminggu selepas temuduga .

Photos from Pondok Tahfiz Padang Bongor's post 17/02/2023

Ceramah Isra' Wal Mi'raj oleh al-Fadhil Ust Ahmad Amirul

Photos from Pondok Tahfiz Padang Bongor's post 01/06/2022

Alhamdulillah thumma alhamdulillah hari ini Sabtu 28 Mei..Pondok Tahfiz Padang Bongor menerima tetamu yg ckup istimewa 3 Grup Abang2 Bikers dr 3 negeri seramai 120 org..

Grup DAZ dr Pahang yg disertai IPD Tanah Merah diketuai oleh Dato Seri Bentara Diraja Dato Hj Zuhairi Hj Abd Kadir (ciut/piut Wali Allah Tok Pulai Chondong)..

Grup kedua dr Mersing Johor (kedatangan kali kedua sbnarnya)

Grup ketiga dr Rawang Selangor..kedatangan serentak amat teruja bg kami di sini..

Jazakallah Khairan Kathira..atas kprihatinan abg2 & ayah ibu semua..

Mintak maaf atas segala kekurangan & layanan yg tidak selayaknya drp pihak kami..

Sejujurnya para Bikers sluruh negara antara yg b*k mbntu anak2 kami di sini..bertnya kbar..memeluk n sapu kpala anak2 kami..hnya Allah yg mampu membalasnya..

Datanglah lagi tgok kami..lihat motor besar pn dah terhibur ank2 kami di sini..dpt lg duit raya..

Jzkk n terima kasih daun keladi..kalau dh kasih mesti dtg lg...

Photos from Pondok Tahfiz Padang Bongor's post 19/05/2022

Majlis Ringkas Sambutan Hari Guru Pondok Tahfiz Padang Bongor pada 18 Mei 2022

19/05/2022

*KORBAN PONDOK TAHFIZ PADANG BONGOR 2022*

Assalamualaikum wbt . Pihak Pondok Tahfiz Padang Bongor, Belimbing Tanah Merah , membuka bahagian korban/aqiqah kepada orang ramai sempena Eidul Adha 1443H/2022 .

Daging daripada bahagian lembu korban akan diberikan makan /lauk simpanan kepada anak-anak tahfiz dan semua warga pondok .

Satu Bahagian *RM 650*
Satu Bahagian *RM 650*

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun bank Pondok Tahfiz Padang Bongor :

*553056007684* (Maybank) @
*03054010020678* (Bank Islam)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 010-4470787 (Ust Man) atau 019-9244157 (Baba Rusydi)

19/05/2022

Menerima buku waqaf panduan tajwid cetakan terbaru daripada al-Fadhil Ustaz Izran Saaban al-Muqri' sebanyak 68 buah yang akan dimanfaatkan oleh para pelajar kelas tahfiz dan pelajar kelas syariah Pondok Tahfiz Padang Bongor .

Untuk makluman ,buku panduan susunan Ustaz Izran Saaban sebelum ini telahpun digunakan sebagai salah satu kitab silibus di pondok ini bagi kelas ibtida'iyyah untuk madah tajwid .

Semoga Allah merahmati dan memberi kesihatan kepada al-Fadhil ustaz untuk meneruskan cita-cita murni memberi kefahaman kepada masyarakat dalam memperkasakan ilmu tajwid dan al-Quran .

07/05/2022

Salamat Eidul fitri 1443 H. 2022 M

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุนู„ู†ุง ู…ู† ุงู„ุนุงูŠุฏูŠู† ูˆุงู„ูุงูŠุฒูŠู†

ูƒู„ ุนุงู… ูˆ ูˆุงู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ
ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุงุนู…ุงู„

ูˆุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ุณูŠู‘ุฏู†ุง ู…ุญู…ู‘ุฏ ูˆุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู… ูˆุงู„ุญู…ุฏู„ู„ู‡ ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Dari Guru Kami Baba Muhammad Rusydi 'Awan Syuriah NA'AM Nahdhatul Ulama' Malaysia - Rasmi & Pengasuh Pondok Tahfiz Padang Bongor

Dan Selamat Menjadi Ibadah Puasa Sunat ( Puasa Enam Syawal )

_________________________________

"Meneruskan Kesinambungan Yg Ditinggalkan Ulama Terdahulu" BERKONSEPKAN "ุญุจ ุงู„ูˆุทู† ู…ู† ุงู„ุงูŠู…ุงู† "

13/01/2022

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak tapi cepat saja habis.

Tak tahu duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup saja. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap-siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tak terurus.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main Facebook, Tik tok, Tweeter, Whatsapp, Instagram dan lain-lain leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah kita salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah Taโ€™ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masingโ€ฆ Insya-Allah, mulai saat ini kita akan berusaha sebaik-baiknya untuk Allah dan RasulNya.

USTAZ HAFEZ SABRI

12/01/2022

ุทู„ุจูƒ ู…ู†ู‡ ุฅุชู‡ุงู… ู„ู‡ ูˆุทู„ุจูƒ ู„ู‡ ุบูŠุจุฉ ู…ู†ูƒ ู…ู†ู‡ ูˆุทู„ุจูƒ ู„ุบูŠุฑู‡ ู„ู‚ู„ุฉ ุญูŠุงุฆูƒ ู…ู†ู‡ ูˆุทู„ุจูƒ ู…ู† ุบูŠุฑู‡ ู„ูˆุฌูˆุฏ ุจุนุฏูƒ ุนู†ู‡

Permintaanmu kepada Allah mengandungi prasangka bahawa kamu khuatir Dia tidak memberinya kepadamu dan meminta Allah mendekatkan dirimu kepada-Nya, beerti engkau masih berasa jauh daripada-Nya, dan meminta Allah memberikanmu kedudukan dunia dan akhirat membuktikan perasaan tidak malu kamu kepada Nya dan permintaanmu kepada yang lain selain-Nya membuktikan betapa jauhnya kamu daripada-Nya.

ุงู„ุญูƒู… ุฅุจู† ุนุทุงุกุงู„ู„ู‡

11/01/2022

ุฅุญุงู„ุชูƒ ุงู„ุฃุนู…ุงู„ ุนู„ู‰ ูˆุฌูˆุฏ ุงู„ูุฑุงุบ: ู…ู† ุฑุนูˆู†ุงุช ุงู„ู†ูุณ

Kamu menunda amal kebaikan kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa

09/01/2022

ุนุด ุฎุงู…ู„ ุงู„ุฐูƒุฑ ุจูŠู† ุงู„ู†ุงุณ ูˆุฃุฑุถ ุจู‡, ูุฐุงูƒ ุฃุณู„ู… ููŠ ุงู„ุฏู†ูŠุง ูˆููŠ ุงู„ุฏูŠู†. ู…ู† ุนุงุดุฑ ุงู„ู†ุงุณ ู„ู… ุชุณู„ู… ุฏูŠุงู†ุชู‡ , ูˆู„ู… ุจูŠู† ุชุญุฑูŠูƒ ูˆุชุณูƒูŠู†

Hiduplah berkeadaan biasa antara manusia dan redhalah , kerana yang demikian itu lebih selamat di dunia dan juga akhirat. Sesiapa yang tamakkan urusan manusia tidak akan selamat. Dan dia akan berserah mengikut haluan orang lain .

09/01/2022

Telah berkata al-Imam Yusuf bin Husin ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ :

ุฃุนุฒ ุดูŠุก ููŠ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุงู„ุฅุฎู„ุงุต ุŒ ูˆูƒู… ุฅุฌุชู‡ุฏ ููŠ ุฅุณู‚ุงุท ุงู„ุฑูŠุงุก ุนู† ู‚ู„ุจูŠ ููƒุฃู†ู‡ ูŠู†ุจุช ููŠู‡ ุนู„ู‰ ู„ูˆู† ุฃุฎุฑ

Perkara yang paling berat di dunia ini adalah ikhlas. Berapa banyak aku cuba bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sifat riak daripada hatiku, namun ianya seolah-olah tumbuh padanya (hati) dalam bentuk yang lain.

07/01/2022

"Sedekah tidak menyusutkan harta. Memaafkan tidak mengurangi wibawa. Rendah hati tidak menurunkan harga diri." (Gus Mus)

07/01/2022

ุทูˆุจู‰ ู„ู…ู† ูƒุงู† ูƒู„ุงู…ู‡ ุฐูƒุฑุง ูˆุตู…ุชู‡ ุชููƒุฑุง ูˆู†ุธุฑู‡ ุนุจุฑุฉ ูˆุฅู† ุฃูƒูŠุณ ุงู„ู†ุงุณ ู…ู† ุฏุงู† ู†ูุณู‡ ูˆุนู…ู„ ู„ู…ุง ุจุนุฏ ุงู„ู…ูˆุช

Berbahagialah sesiapa yang kata-katanya merupakan zikir, diamnya sebagai berfikir dan pandangannya sebagai pengajaran. Sesungguhnya manusia yang paling cerdik ialah yang sentiasa muhasabah dirinya dan melakukan persediaan bagi selepas kematiannya.

Photos from Pondok Tahfiz Padang Bongor's post 14/10/2021

Penyampaian Hadiah Kepada Pelajar Cemerlang pada Ujian Penggal Kedua bulan Ogos 2021

Photos from Pondok Tahfiz Padang Bongor's post 05/10/2021

Gotong Royong Sebelum Bermulanya Kelas Sesi 2021/22 pada hari Ahad 10 Oktober 2021 .

Photos from Pondok Tahfiz Padang Bongor's post 04/10/2021

Hari kedua suntikan vaksin .. Alhamdulillah hampir kesemua pelajar berumur 12 tahun ke atas telahpun menerima suntikan dos 1 vaksin Covid-19

Photos from Pondok Tahfiz Padang Bongor's post 03/10/2021

Selesai suntikan vaksin Dos 1 pelajar kumpulan pertama 3 Oktober 2021 di IKBN Tanah Merah .

Photos from Pondok Tahfiz Padang Bongor's post 19/09/2021

Alhamdulillah tempahan 25 unit katil dan locker besi heavy duty baru selamat sampai dari Negeri Sembilan bagi persediaan penambahan pelajar sesi 2022 .

14/09/2021

๐๐„๐๐†๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐“๐€๐‡๐…๐ˆ๐™ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ: ๐๐Ž๐๐ƒ๐Ž๐Š ๐“๐€๐‡๐…๐ˆ๐™ ๐๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐๐Ž๐๐†๐Ž๐‘, ๐Š๐† ๐๐„๐‹๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐† , ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡, ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐

๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐Ÿ”๐ŸŽ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐’๐€๐‡๐€๐‰๐€

Syarat Kelayakan :
1) Umur 12,13&14 Tahun sahaja
2) Lelaki Sahaja
3) Syarat utama Boleh membaca al-Quran serta menulis/membaca Jawi dengan lancar ( *WAJIB )
4) Sedia Mematuhi Peraturan Pondok
5) Kerelaan Diri dan Bukannya Paksaan Ibubapa serta Boleh Berdikari
6) Tiada Rekod Disiplin Di Sekolah Rendah / Polis
Untuk makluman, oleh kerana Pondok kami sekarang di bawah kawalan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) ,maka setiap permohonan pelajar akan ditapis.

Sistem Pengajian:

- TAHFIZ SEPENUH MASA

Kawalan Pelajar :
- Keutamaan disiplin yang agak ketat.Jika ada pelajar melakukan kesalahan berat seperti merokok / v**e , buli dll akan diberhentikan pengajian serta merta tanpa budi bicara pada hari yang sama
-Pelajar-pelajar diharamkan sama sekali membawa telefon bimbit.
-Keseluruhan kawasan pondok dan asrama pelajar di pantau 32 unit CCTV 24 jam.

Yuran :
Pendaftaran Masuk : Rm 250 ( hanya sekali bayar sahaja )
Yuran Bulanan : RM150 (Untuk Bayaran Guru Tahfiz )
Yuran Makan, Minum dan tempat tinggal PERCUMA

Bagi Yg Berminat / Sebarang Pertanyaan :
Sila Hubungi :
010-4470787( Ust Uthman)

www.wasap.my/60104470787
www.wasap.my/60104470787
www.wasap.my/60104470787

Sila Panjangkan Mesej Ini. Terima Kasih.

JIKA BERMINAT ,SILA HUBUNGI UNTUK SESI TEMUDUGA DI PONDOK ATAU SECARA ATAS TALIAN (ONLINE VIDEO CALL)
Keputusan kelayakan akan diumumkan seminggu selepas temuduga

Photos from Pondok Tahfiz Padang Bongor's post 11/09/2021

Program Khas YADIM : JEJAK ULAMA' NUSANTARA-

๐Ÿ“šMenampilkan : Sohibus Samahah TG Dr Luqman TG Abdullah, Tuan Guru Hj Wan Muhammad Izzuddin @ Pak Njang Izzuddin , Muhammad Rusydi Abd Malek Muhammad Rusydi (Pengerusi dan Pengasas Pondok Tahfiz Padang Bongor ) , Ust Nasruddin Hassan Tantawi Nasrudin Hassan dan Daei Saiful Marzuki

๐Ÿ“† 14-15/9/2021

โฐ Jam 11 pagi - 1 Tgh Hari

Live streaming di Google Meet atau di Page Facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim dan Instagram yadimofficial

10/07/2021

๐Ÿ‘ ๐–๐ˆ๐‘๐ˆ๐ƒ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‹๐€๐๐˜๐€

Ada 3 wirid yang tidak pernah berpisah dengan para auliya'/sollehin di keranakan manfaat dari wirid ini yang sangat besar dalam hidup, baik di dunia maupun akhirat yaitu:-

1. Membaca 100x sebelum solat subuh.

โ€Žุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุญู…ุฏู‡ ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุธูŠู… ุŒุงุณุชุบูุฑุงู„ู„ู‡

Ini dikenal dengan sebutan istighfar para malaikat.
2. Membaca 100x sesudah solat Zuhur.

โ€Žู„ุงุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒ ุงู„ุญู‚ ุงู„ู…ุจูŠู†

Rasลซlullah Sallallฤhu bersabda mafhumnya :- "Siapa saja yang membaca kalimat ini, akan selamat (dijauhkan) dari kemiskinan dan akan menenangkan serta menyenangkan di alam kubur dari rasa kesepian."

3. Dan membaca sebelum tidur.

33x ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡

33x ุงู„ุญู…ุฏู„ู„ู‡

34x ุงู„ู„ู‡ ุงูƒุจุฑ

โ€Žู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ

Inilah kalimat yang diajarkan Rasulullah ๏ทบ kepada anaknya tercinta Sayyidah Fฤtimah RA dan juga kepada Sayyidina Ali KW

Para ulama mengatakan ada rahasia yang sangat besar dalam tasbih ini.

Semoga memberi manfaat dan dapat mengamalkannya, aamiin.

17/05/2021

๐‘ญ๐‘จ๐‘ป๐‘ฏ๐‘ผ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฏ (๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ป๐‘จ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฏ) ๐Ÿ•‹

Baginda ๏ทบ menuju ke Makkah bersama 10 ribu orang tentera dalam kalangan orang-orang yang Allah teguhkan mereka dengan agama dengan ketaqwaan.

Baginda ๏ทบ pun memasuki Makkah dan menghapuskan berhala-berhala yang disembah oleh Arab Jahiliah.

Bani Khuzaโ€™ah mempunyai sebuah berhala yang diperbuat daripada kaca yang mereka letakkan di bumbung Kaโ€™bah. Maka kesudahannya ialah menuju kepada kehancuran.

Maka Baginda ๏ทบ memerintahkan Sayyiduna Ali RA meletakkan kedua-dua kakinya di atas kedua-dua bahu Baginda ๏ทบ yang mulia.

Kemudian, Nabi ๏ทบ pun bangun lalu Sayyiduna Ali RA mencapai berhala itu dan menghempasnya ke tanah dengan tangannya yang kuat. Maka hancur berkecailah berhala itu.

Alangkah jahilnya orang yang menjadikan berhala itu sebagai sembahan, menyembah dan menyeru-menyerunya.

Apabila berhala itu dipecahkan, bersinar dan ceria wajah Nabi ๏ทบ dengan kegembiraan dan keriangan kerana telah terhapusnya kesyirikan dan penyembahan berhala.

Baginda ๏ทบ pun mencium Hajar Aswad, mengerjakan tawaf di Bait al โ€˜Atiq, memuji Allah SWT dan mengucap talbiyah.
Baginda ๏ทบ mengelilingi Baitullah sedangkan para sahabat yang berada di sekelilingnya bagaikan bintang-bintang yang bergemerlapan.

Pada ketika itu Abu Sufyan berdiri sambal berkata dalam hatinya, โ€œDengan apakah lelaki ini dapat mengalahkan saya?โ€
Maka Nabi ๏ทบ pun meletakkan tangannya yang mulia di dadanya lalu berkata kepadanya:
ุบู„ุจุชูƒ ุจุงู„ู„ู‡
โ€œSaya mengalahkan kamu dengan pertolongan Allah.โ€
Baginda ๏ทบ bersabda kepada penduduk Makkah:
ุฅุฐู‡ุจูˆุง ูุฃู†ุชู… ุงู„ุทู„ู‚ุขุก
โ€œPergilah, kalian semua telah dibebaskan.โ€
Baginda ๏ทบ menyelubungi mereka dengan rahmatnya yang luas.

Muazzin pun melaungkan azan, Baitullah pun menjadi berseri-seri dan orang yang menunaikan solat memakmurkan tempat solatnya.

Turunlah kepada Baginda ๏ทบ surah al Nasr menunjukkan kepada hampirnya ajal Baginda ๏ทบ dan saat perpindahan Baginda ๏ทบ ke Taman Syurga agar Baginda ๏ทบ dapat hidup dengan kehidupan yang kekal bersama para nabi dan rasul โ€“ salawat dan salam Allah dicucuri ke atas mereka โ€“ dalam kalangan mereka yang hadir pada malam Israโ€™ dan Miraj Baginda ๏ทบ.

- Al 'Arif Billah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja'fari RA

14/05/2021

๐™๐š๐ฆ๐š๐ง ๐…๐ข๐ญ๐ง๐š๐ก

Jaga tangan kita dan jari kita ketika menulis di facebook, di whatsapp dan laman sosial yang lain. Fitnah sekarang hanya dihujung jari saja. Jika dulunya tersebarnya fitnah dengan lisan. Tetapi kini lebih cepat dengan menggunakan media sosial.

Kita Hidup di Zaman Fitnah. Fitnah-fitnah kini menjadi mainan dan s**a-s**aan di akhir zaman. Dan fitnah yang paling hina dan berat adalah bila Dajjal menjelmakan diri. Yang mengikuti jalan Allah dan Rasul-Nya, akan sibuk dengan agama, adab dan menuntut ilmu, Mengenal Allah ุณุจุญุงู†ู‡ dan Mencintai rasulullah ๏ทบ."

Sedang yang mengikuti jalannya syaitan dan Dajjal, Akan sibuk menyebar fitnah dan membuka aib orang lain. Inilah syaitan yang bertopengkan manusia. Hendaklah kamu lari yakni memencilkan diri untuk menyelamatkan agama kamu yakni aqidah, iman & keyakinan kamu ketika ditempat kamu melandanya berbagai macam fitnah.

Penyakit umat akhir zaman kini terlalu terburu-buru. Jangan cepat mengeluarkan fitnah tanpa kaji selidik. Orang yang bawa berita tak betul itu, maka dia adalah orang fasik. Orang yg s**a taburkan fitnah, kata-kata yang tak pasti, kata-kata yang melukai orang lain, disebarkan ke sana kemari.

Orang yang s**a menjadi sebab tersebarnya fitnah. Bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat nanti. Ini sikap orang yg tergesa-gesa. Memberi komen terhadap perkara yang tak dia ketahui. Belajarlah untuk tenang dengan perkara yang tidak jelas. Kerana ini agenda orang yang memecahbelahkan ummat."

Fitnah Akhir Zaman yang telah diceritakan didalam Al-Quran sewaktu dizaman Nabi ๏ทบ, berlaku dizaman kita. Diakhir zaman nanti, Muncul golongan yang zahirnya memperjuangkan Islam, membawa panji Islam, membuat bangunan-bangunan nampak seperti Perjuangkan Islam tapi menyimpan hati yang busuk didalamnya. Mereka memerangi Ummat Islam sendiri, menghantar matlumat kepada nusuh-musuh Islam, memecah belahkan ummat islam. Cari pasal. Membuat orang islam bergaduh sesama Sendiri.

Benar, fitnah akhir zaman semakin jelas seperti apa yang Dikhabarkan oleh Baginda ๏ทบ. Moga-moga Allah pelihara kita semua dari segala fitnah dan membimbing kita mengikuti perjalanan Para Sollehin.

-๐‘ฏ๐’‚๐’ƒ๐’Š๐’ƒ ๐‘จ๐’๐’Š ๐’๐’‚๐’†๐’๐’‚๐’ ๐‘จ๐’ƒ๐’Š

13/05/2021

๐‘ช๐’‚๐’“๐’‚ ๐‘ด๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’•๐’‚๐’‰๐’–๐’Š ๐‘ท๐’๐’”๐’Š๐’”๐’Š ๐‘ฒ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’…๐’Š ๐‘บ๐’Š๐’”๐’Š ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐Ÿ‚

โ€Žู‚ุงู„ูˆุง : ู…ู‚ุงู…ูƒ ุญูŠุซ ุฃู‚ุงู…ูƒ
Para ulama' berkata: "Kedudukanmu disisi Allah sesuai dengan dimana engkau sekarang ini didalam kesibukan.

โ€Žุฅุฐุง ุฃุฑุฏุช ุฃู† ุชุนุฑู ู‚ุฏุฑูƒ ุนู†ุฏ ุงู„ู„ู‡ ุŒ ูุงู†ุธุฑ ุฃูŠู† ุฃู‚ุงู…ูƒ ุŸ
Jika engkau ingin mengetahui kedudukanmu disisi Allah maka lihatlah, dimanakah sekarang ini kesibukan aktivitimu..

โ€Žูุฅุฐุง ุดุบู„ุช ุจุงู„ุฐูƒุฑ ูุงุนู„ู… ุฃู†ู‡ ูŠุฑูŠุฏ ุฃู† ูŠุฐูƒุฑูƒ
Jika engkau tersibukkan diri dengan dzikir,maka ketahuilah bahwasannya Allah menginginkan untuk mengingatmu..

โ€Žุฅุฐุง ุดุบู„ุช ุจุงู„ู‚ุฑุขู† ุŒ ูุงุนู„ู… ุฃู†ู‡ ูŠุฑูŠุฏ ุฃู† ูŠุญุฏุซูƒ
Jika engkau tersibukkan dengan Al-Qur'an maka ketahuilah bahwasannya Allah menginginkan untuk berbicara atau berinteraksi denganmu..

โ€Ž ุฅุฐุง ุดุบู„ุช ุจุงู„ุทุงุนุงุช ุŒ ูุงุนู„ู… ุฃู†ู‡ ู‚ุฑุจูƒ
Jika engkau tersibukkan dengan ketaatan-ketaatan, maka ketahuilah bahwasannya Allah mendekatimu..

โ€Žุฅุฐุง ุดุบู„ุช ุจุงู„ุฏู†ูŠุง ุŒ ูุงุนู„ู… ุฃู†ู‡ ุฃุจุนุฏูƒ
Jika engkau tersibukkan dengan dunia, maka ketahuilah bahwasannya Allah menjauhimu..

โ€Ž ุฅุฐุง ุดุบู„ุช ุจุงู„ู†ุงุณ ุŒ ูุงุนู„ู… ุฃู†ู‡ ุฃู‡ุงู†ูƒ
Jika engkau tersibukkan dengan manusia,maka ketahuilah bahwasannya Allah menghinakanmu..

โ€Žุฅุฐุง ุดุบู„ุช ุจุงู„ุฏุนุงุก ุŒ ูุงุนู„ู… ุฃู†ู‡ ูŠุฑูŠุฏ ุฃู† ูŠุนุทูŠูƒ
Jika engkau tersibuk-kan dengan do'a, maka ketahuilah bahwasannya Allah menginginkan memberikan sesuatu kepada dirimu..

โ€Žุงู„ู„ู‡ู… ุงุนู†ุง ุนู„ู‰ ุฐูƒุฑูƒ ูˆุดูƒุฑูƒ ูˆุญุณู† ุนุจุงุฏุชูƒ
Yaa Allah...bantulah kami agar selalu mengingat-MU, mensyukuri-MU dan agar mampu beribadah kepada-MU dengan sebaik-baiknya

13/05/2021

Salam Eidulfitri 1442H daripada keluarga Pondok Tahfiz Padang Bongor โค๏ธ

Semoga Allah menerima semua amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang lalu semua dan juga diangkat wabak Covid-19 ini dari umat Baginda ๏ทบ.

Want your school to be the top-listed School/college in Tanah Merah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Telephone

Website

Address


PONDOK TAHFIZ KG PADANG BONGOR
Tanah Merah
17500

Other Tanah Merah schools & colleges (show all)
SMK Dato' Mahmud Paduka Raja (1) SMK Dato' Mahmud Paduka Raja (1)
SMK Dato' Mahmud Paduka Raja (1)
Tanah Merah, 17500

SMKDMPR1 Sentiasa Dihadapan

Subur Nursery & Trading Subur Nursery & Trading
Tanah Merah, 17500

Kami adalah sebuah premis perniagaan yang menjual pokok hiasan,bunga,buah dan landskap ,Kami juga me

Smk Dato Mahmud Paduka Raja 2 Smk Dato Mahmud Paduka Raja 2
Smk Dato Mahmud Paduka Raja 2, Jalan Machang
Tanah Merah, 17500

#LuarBiasakanYangBiasa

Program Tahfiz & Al Quran Riayatul Diniah Program Tahfiz & Al Quran Riayatul Diniah
Bukit Mas
Tanah Merah, 17500

Program ini bagi bertujuan untuk melahirkan pelajar yang celik Al Quran iaitu mampu membaca, lancar, bertajwid serta dapat menghafal Al Quran

Terjemahan Sahih Muslim Terjemahan Sahih Muslim
Jalan Banggol Off Jalan Ismail Petra
Tanah Merah, 17500

TERJEMAHAN HADIS DARI SAHIH MUSLIM, LENGKAP DENGAN SANAD DAN MATAN

Wan Abu Bakar Wan Mahussin Wan Abu Bakar Wan Mahussin
Tanah Merah, 17500

Tadika Matin Pintar - Themateenkids Tadika Matin Pintar - Themateenkids
Tadika Matin Pintar, Lot 21723, Taman Barakah, Mukim Maka
Tanah Merah, 17500

Explore | Experiment | Experience Terokai Keseronokan Dunia Kakak-Kanak Bersama Kami

MaiJuju Nursery MaiJuju Nursery
Tanah Merah, 17500

Nursery

PPKI SK Tebing Tinggi PPKI SK Tebing Tinggi
SK Tebing Tinggi
Tanah Merah, 17500

Program Pendidikan Khas SK Tebing Tinggi telah dibuka pada tahun 2021.

Pusat Tahfiz Siti Hajar Tanah Merah - PUTIH Pusat Tahfiz Siti Hajar Tanah Merah - PUTIH
Lot 1027 Jalan Batu Garam, Kampung Kuala Paku
Tanah Merah, 17500

Hafalan Al-Quran, Fardu Ain dan Pendidikan Islam untuk kanak-kanak 8-15 tahun.

MZ de Ace Legacy MZ de Ace Legacy
Lorong Selasih
Tanah Merah, 17500

Mz de Ace Legacy menawarkan perkhidmatan HomeTuition secara bersemuka dan atas talian

Pondok Al-Ulum Al-Qamariyyah Pondok Al-Ulum Al-Qamariyyah
Lot 175A, Kg Batu 10, Lorong Haji Affandi
Tanah Merah, 17510

Pondok Al-Ulum AL-Qamariyyah dalam proses pembinaan, Di asaskan oleh Tuan Haji Affandi Bin Isa Bermula tahun 2013