Chacha and Bambam Story

Life is Journey

02/11/2024
Photos from Bintang Kecil's post 29/10/2024
Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) 01/10/2024

Dah boleh semak penempatan utk Darjah 1 sesi 2025 ya .

Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) Kementerian Pendidikan Malaysia

06/08/2024

MAJLIS AMANAH RAKYAT Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

15/06/2024

Jika Tuan Puan ada anak lelaki yang berusia 9 ke 12 tahun, mohon baca sampai habis perkongsian ini:

1. Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.

2. Akil baligh dikupas dengan baik dalam beberapa subjek di sekolah. Namun, anak-anak kita tak dapat relate perkara itu dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.

3. Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah mimpi melakukan hubungan seks (itupun jika guru di sekolah menggunakan term mimpi buat seks, kalau ditukar pada perkataan yang lain, lagi mengelirukan mereka).

4. Oleh yang demikian, ada di kalangan remaja lelaki sekolah menengah yang mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani.

5. Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Anak-anak kita akil baligh bukan melalui proses yang sebenar. Bukan mimpi basah, tetapi mengeluarkan air mani sendiri.

6. Kenapa hal ni boleh berlaku? Mereka telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah menonton video p**nografi.

7. Istilah 'melancap' bukan lagi asing di kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perbuatan itu melucukan dan mereka tahu ada kawan-kawannya yang sudah buat benda itu.

8. Kasihan bila mengenangkan adik-adik lelaki yang saya jumpa naif sebegini. Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah serta melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu juga salah satu jalan permulaan akil baligh bagi seorang lelaki.

9. Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Akses p**n sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan, atau menjadi mangsa s*x grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau juga video lucah yang disimpan oleh seorang bapa dalam smartphonenya sendiri.

10. Sebagai ibubapa yang mahu berperanan, kita wajib ingatkan awal pada anak-anak akan hal ini. Kaitkan akil baligh dengan perlakuan menonton p**n, air mani dikeluarkan dengan cara yang salah, persoalan mandi wajib hinggalah kepada praktikalnya. Takkan hal semacam ini kita nak harapkan 100% ustaz ustazah atau cikgu sekolah untuk ajar? Baik tak payah jadi mak bapak!

11. Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Aku cerita tentang budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Kau tak pernah bayangkan ke bagaimana nasib mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Onani dan menonton p**n berkait antara satu sama lain. Ia akan menyebabkan ketagihan. Kau nak ke budak kecil ini membesar menjadi OKU seksual yang mandul?

12. Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, aku nak huraikan p**a tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.

13. Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dip**au oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.

14. Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.

15. Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan p**a cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Kena pantau! Ingat, sekali lagi saya ulang, SILA PANTAU! Siap capslock lagi tu. Ia penting.

16. Kenapa saya kata ia penting? Sebab ramai ya amat budak lelaki yang baru akil baligh di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting. (Budak perempuan pun ada sebegini. Saya akan ulas pasal mereka pada post akan datang).

17. Bab ketiak satu hal. Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa dan paling penting kena cerita hal bulu yang tumbuh.

18. Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian z***r dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang sangat salah! Nampak tak, siap tanda seru tu. Sebab ini hal serius.

19. Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh buat tocang? Huhu

20. Sekarang, bab penampilan p**a. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.

21. Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.

22. Sebab itu Islam suruh kita ajar anak solat ketika umur 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Bahasa paling mudah untuk ajar anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.

Ok, setakat ini sahaja. Saya rasa cukup sekadar 22 point ini. Jika bermanfaat, tag nama pasangan atau kenalan anda. Mohon share agar ramai mak ayah yang baca nanti. Mari kita jadi ibubapa yang dimaksudkan oleh Saidina Umar : "Mendidik anak mengikut zamannya."

Wallahuallam.

Brother Fairuz,
Rakan remaja.





=================
Inshaallah, pada 24 Februari 2018 nanti, saya akan menjadi salah seorang speaker seminar yang dianjurkan oleh pihak Langit Ilahi membicarakan topik Pendidikan Seks dan Gejala Moral Anak-anak.

Tuan Puan boleh rujuk page Tuan Hilal Asyraf(Official). KLIK link ini untuk info lanjut dan penyertaan : http://langitilahi.com/hks2018

Want your business to be the top-listed Shop in Tasek Gelugor?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Getting ready for our very 1st show tonight...terima kasih team Resdongs Entertainment Lanun Resdong's memberi peluang b...
Kuromi gonna be trending this season ! We love sanrio family! Beli satu link di komen ya !
Doakan ya malam ni...
Mummy and Daddy masih tercari bag yang berbaloi untuk kids ... This is the one... https://shope.ee/4KvIoJ7gNX
Bag tahan lasak dan jimat ! Beli sekali tahan bertahun !Jimat poket mak ayah .Boleh beli di sini :https://shope.ee/6KgJy...
Bag sekolah tahan lasak zaman berzaman :https://shope.ee/8A7tHbBQZ9
Bag sekolah tahan lasak zaman berzaman :https://shope.ee/8A7tHbBQZ9
Bambam recite Al Fatihah...
Jom release tension musim Covid ni dengan lukis Patrick Star. Peminat cerita Spongebob Squarepants mesti suka ni.Mak aya...

Website

Address


Bertam
Tasek Gelugor
13200

Other Shopping & Retail in Tasek Gelugor (show all)
NURIE NUR MART NURIE NUR MART
55 Jalan DESA ARA, TAMAN DESA ARA
Tasek Gelugor, 13300

Menjual barang keperluan harian seperti makanan, minuman, bahan pencuci, dan alat tulis serta ubatan

Bynfa.furniturepenang Bynfa.furniturepenang
Kubang Menerong
Tasek Gelugor, 13300

ASSALAMUALAIKUM, KAMI ADA MENJUAL PERABOT SEPERTI BERIKUT : DRAWER ALA ALA IKEA �CANTIK & MURAH� �CH

Viral Sedap Online Viral Sedap Online
Jalan Tasek Gelugor, Kampung Selamat, Pulau Pinang
Tasek Gelugor, 13300

semoga dimurahkan rezeki

Coway Gelugor Coway Gelugor
Cangkat Minden Jalan 1, Minden Heights, Gelugor, Pulau Pinang
Tasek Gelugor, 11700

Coway Gelugor |Aimi Ayuni-0174388180 | Pendaftaran & Penghantaran Percuma | Service & Warranti 5 Tah

BlieseTeam BlieseTeam
Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Tasek Gelugor, 13300

Fragrance

Stokis Madina Chocolate Malt- Penang Stokis Madina Chocolate Malt- Penang
Tasek Gelugor

Madina chocolate malt SANGAT SEDAP DAN MURAH Antara Kebaikan CHOCOLATE MALT MADINA adalah • MEMBERI TENAGA DAN MENYEGARKAN BADAN • TIADA BAHAN PENGAWET DALAM CAMPURAN • TIDAK PE...

Azirah Exclusive Azirah Exclusive
21, 1st Floor, Jalan Harmoni, Taman Vila Harmoni
Tasek Gelugor

PG0380649-D Pemborong, Penjual dan Pembekal Tudung, Telekung & Hand Sock serta KELAS JAHITAN Wasap 011-2652 7015

Alam Restu Alam Restu
9078, Lahar Tambun
Tasek Gelugor, 13300

membeli barangan kitar semula

Jus Marqeesha Agen Pulau Pinang Jus Marqeesha Agen Pulau Pinang
No. 121 Jalan Besar
Tasek Gelugor, 13300

Pembekal kelapa muda utara Pembekal kelapa muda utara
Tasek Gelugor

Pembekal Kelapa Muda •sangkar kelapa disediakan •penghantaran percuma • Kelapa gred A++ Direc

Coway Tasek Gelugor Coway Tasek Gelugor
Jalan Gelugor, Pulau Pinang
Tasek Gelugor, 13300

Bertugas Sepenuh Masa di Syarikat Coway Sdn Bhd dan Menguruskan Tempahan Produk Coway untuk Kediaman / Pejabat Anda. #Happy.Healthy.Coway Lizana Ahmad Professional Sales Advisor Co...

SHINN's Handmade Workshop SHINN's Handmade Workshop
Taman Gelugor Indah
Tasek Gelugor, 13300

手工皂爱好者,希望与大家体验天然有机的生活 天然手工香皂,代工制母乳皂