Home Defect Inspection Service - ESGV

Home Defect Inspection Service
Membantu Pemilik Rumah Baru Mendapat Rumah Yang Bebas 'Defect

31/08/2024

31082024

Photos from Home Defect Inspection Service - ESGV's post 14/08/2024

Inspection structure..

30/07/2024

Daulat Tuanku

25/07/2024

Apa Maksud Defects Liability Period (DLP)?

Setiap rumah yang baru dibina oleh pemaju, memang ada satu tempoh yang diberikan oleh pemaju untuk pembeli periksa keadaan rumah samada ada apa-apa kerosakan atau kualiti binaan rumah yang tak mengikut standard dan kualiti yang sepatutnya.

Tempoh Defects Liability Period ini selalunya bermula dari Vacant Possesion (VP) iaitu bila pembeli rumah terima kunci daripada pemaju sehinggalah satu tempoh masa, kebiasaannya 24 bulan.

Dalam tempoh 24 bulan ini, pemilik rumah perlu periksa keadaan rumah untuk pastikan jika ada apa-apa kerosakan atau binaan tidak mengikuti standard / kualiti, ia hendaklah dilaporkan kepada pemaju untuk dibaiki. Kos pembaikannya adalah dalam tanggungan pemaju.

Andaikata pemilik rumah tidak membuat sebarang pemeriksaan atau hanya melaporkan kerosakan selepas tempoh 24 bulan ini atas apa sebab sekalipun, pemaju tidak akan membaiki kerosakan tersebut. Jadi, sebaiknya, elakkan bertangguh untuk periksa keadaan rumah selepas VP. Buat segera! Yang untungnya anda kerana kerosakan dibaiki ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. Kalau habis tempohnya, anda baiki sendiri & tanggung kosnya sendiri =)

Photos from Institut Kefahaman Islam Malaysia's post 06/07/2024
17/06/2024
28/12/2023

Kami mendoakan keselamatan penduduk yang terjejas akibat banjir & dipermudahkan urusan. Amin..

17/12/2023

Bagaimana Mengenalpasti Kecacatan di Rumah Baharu Anda?

Tahniah! Anda kini patut berbangga kerana memiliki rumah baharu.🥳🥳🥳

Seterusnya anda sepatutnya memeriksa keseluruhan kualiti rumah anda agar mendapat rumah baharu yang bebas kecacatan/defect sebelum berakhir tempoh jaminan waranti (DLP)

Berikut adalah kecacatan asas yang perlu diperhatikan:
1. Paip (paip pili, sistem saliran, tangki air)
2. Pintu (tombol, engsel, cat)
3. Tingkap (lever, engsel, lapik getah)
4. Ujian kebocoran (untuk memeriksa waterproofing bilik mandi)
5. Mozek (retak, calar, hollowness)
7. Sistem elektrik (bekalan elektrik ke semua soket dll.)
8. Siling, dinding dan lantai (cat, kemasan)
9. Common area, bumbung

07/12/2023

Info

Lain kali tak payah bertekak dengan Developer klu Developer berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak jer. Klu rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.

Klu mereka tak nak repair defect. Buat ikut step ni.
Step 1. Hantar formal letter ke developer dan cc ke peguam S&P kita. hantar guna pos berdaftar (supaya ada record)
Step 2. Tiada tindakan after 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan report ke Tribunal. Surat mesti cc ke peguam S&P.
Step 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawak 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.

Nota:

1. Kenapa kene cc ke peguam S&P kita?
Sebab duit loan dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang control. Kebiasaan nya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.

Contractor mesti kene settlekan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum after DLP.

2. Bila peguam dan bank akan release 5% retention sum?
Bank akan release retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.

Tapi developer pun cuba tipu saya, mengatakan DLP just 3 bulan masa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industry ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain

3. Apa guna Bank tahan 5% retention sum tu?
Apabila jadi klu contractor berdegil tak nak repair defect tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti step2 di atas.

Developer pun boleh baiki dan deduct dari amount 5% retention sump.

4. Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP.
Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antara nya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama, mungkin 50 tahun (maaf saya tak ingat)

So apa tindakan yang perlu kita lakukan. Hantar surat ke Developer, dah buat 2nd step masih takde respond dari Developer, pergi Tribunal buat report.

Kawan saya beli rumah subsale kat AntaraGhapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.

============
Pengalaman saya

Pengalama PERTAMA

Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.

Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju Cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang contractor perlu baiki. Pemilik kene baiki sendiri. Contractor hanya baiki dalam rumah sahaja.

Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.

Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.

Tapi klu guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawak ke mahkamah tribunal.

Hari ketiga tu, wakil developer dan pihak contractor datang kerumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.

Kes SELESAI.
.........
Pengalama KEDUA

Leaking dalam bilik air saya betul2 di atas mirror, menyebabkan mirror jadi tompok-tompok hitam.

Mirror tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.

Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, mirror saya rosak disebab kecacatan bangunan memang tanggung jawab contractor kene tukar baru.

Contractor tak nak layan, so saya buat sampai second step. Lepas tu contractor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.

So Contractor kene dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.

Tak sempat pun saya report ke tribunal

Kes SELESAI

Kredit: Wa Aqilah Aqeel

27/11/2023

Nak Buat Apa Lepas Dapat Kunci Rumah Dari pemaju?

Semak sebarang kecacatan dan cela binaan rumah anda atau kita biasa sebut "check defect"

Pemaju memiliki tempoh masa 12-24 bulan daripada tarikh "vacant possession" atau pemilikan kosong untuk membaiki semua kecacatan yang terdapat pada rumah pembeli.

Untuk "check defect", kita boleh upah professional untuk melakukannya atau boleh buat sendiri.

PENTING;

Jangan sesekali mencuba melakukan sebarang renovation atau baikpulih sendiri rumah dalam tempoh Defect Liability Period (DLP).

Seandainya tiada apa-apa perubahan atau tindakan selepas 1 bulan atau 2 bulan anda failkan aduan defect rumah, bolehlah mengambil langkah untuk buat surat bertulis dan hantarkan kepada pemaju. Langkah terakhir adalah dengan membuat aduan kepada bahagian Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (KPKT).


Call/Whatsapp
0179172415
0176133125

17/11/2023

Salam Jumaat

15/11/2023

Home Defect Inspection
Service

07/11/2023

Ni kire defect ke?🤔🤔

05/11/2023

Ada paip pecah dalam lantai rupanya..😵😵

Mencari defect inspector? Boleh hubungi kami ya..💯💯

19/08/2023

Maaf pada siapa yang whatsapp/call harini tidak dibalas lagi..kami ada kursus harini dan esok ye..

Photos from Atap & Bumbung Bocor Specialist Pahang's post 01/10/2020

Site visit untuk repair sebab bocor semasa hujan lebat.

01/10/2020

Atap bocor musim2 hujan ni??
Jgn tension2, kami ada untuk menyelesaikan masalah anda..pm kami segera. Sebutharga percuma shj..

Want your business to be the top-listed Engineering Company in Temerloh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Tak bermakna rumah baru, kita akan dapat semuanya “baru”.🤔Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan teru...
repair atap bocor

Telephone

Address


11A, Jalan Tengku Bakar, Bandar Lama
Temerloh
28000

Other Construction Companies in Temerloh (show all)
Sunta Jaya Group Sunta Jaya Group
NO. C-38 Jalan TENGKU ISMAIL BANDAR BARU
Temerloh, 28000

We build valuable houses and your living experience is our priority.

Majuma Builders Majuma Builders
NO 10, TINGKAT 1, Jalan SUDIRMAN 5 TEMERLOH
Temerloh, 28000

Majuma Builders is construction company with capabality delivering structure and infrastructure development projects wholly owned by Bumiputera company. For enquiry contact 017982...

YYM PKPP Kg Paya Laman Lancang YYM PKPP Kg Paya Laman Lancang
Kg Paya Laman, Lancang
Temerloh, 28500

Page khas YYM Builders Sdn Bhd utk kerja pembinaan infrastruktur dan kerja berkaitan ; kontrak KPLB

EMIN BINA EMIN BINA
Industri Seberang Temerloh
Temerloh, 28000

BINA BARU RUMAH

INDAH BAKTI Enterprise INDAH BAKTI Enterprise
KAMPUNG PAYA KEMUNING
Temerloh, 28000

KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN ● PEMBINAAN BANGUNAN ● KERJA² BESI / PAIP ● ELEKTRIK

FAS Construction and Renovation - Kontraktor Bina Rumah Pahang FAS Construction and Renovation - Kontraktor Bina Rumah Pahang
Kampung Sanggang
Temerloh, 28020

PAKAR BINA DAN RENOVASI RUMAH KEDIAMAN DI PAHANG.

Mahligai Umi Enterprise Mahligai Umi Enterprise
Felda Sungai Nerek
Temerloh, 28000

Project Management and Construction For Civil Works

Servis Buat CIDB Jerantut Servis Buat CIDB Jerantut
Temerloh, 28000

Tak sempat renew CIDB? Baru nak daftar CIDB? Jom kami bantu! Kami menawarkan servis daftar dan renew

Baim mohamad renovation and repair temerloh Baim mohamad renovation and repair temerloh
Temerloh

TUKANG RUMAH DAN CAT AREA TEMERLOH DAN MENTAKAB

Rumoh Rumoh
No 47B, Jalan BDS 1, Taman Bukit Desa Semantan
Temerloh, 28000

Bina Rumah Mampu Milik Bina Rumah Mampu Milik
NO. 37 TINGKAT 1, Jalan DAGang 1, DYNATON BUKIT ANGIN
Temerloh, 28000

KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMBINAAN DAN UBAH SUAI RUMAH / PREMIS DI SEKITAR NEGERI PAHANG.

Ayie Solution Empire Ayie Solution Empire
NO. 8, GROUND FLOOR, Jalan SEMANTAN 4
Temerloh, 28000

MEMBINA RUMAH BARU DAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH