OUM Temerloh

OUM Temerloh

You may also like

Cpto Bhakti Husodo
Cpto Bhakti Husodo

A consortium of 11 public universities in the country, to set up an open university. Part-Time Studies / Online Studies

16/09/2024

Mentari pagi memancar terang,
Hujan reda, bumi berseri,
Hari Malaysia hari gemilang,
Bersatu setia demi pertiwi.

Bunga seroja mekar berseri,
Di tepi kali menambah seri,
Komuniti OUM gigih berbakti,
Mendokong ilmu, menuju prestasi.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2024. Bersama menuju kecemerlangan!

15/09/2024
Photos from OUM Temerloh's post 14/09/2024

Moh semua...

Photos from Open University Malaysia's post 13/09/2024
13/09/2024

Jom sembang sekejap dengan Timbalan Dekan, Fakulti Pendidikan yang juga merupakan Pengarah Program PGDT, Prof Madya Dr Rosinah Mahmood pada hari Sabtu, 10 pagi secara virtual melalui platform Google Meet.

Jumpa anda secara virtual nanti!
meet.google.com/xcp-bzbs-pao

30/08/2024

JIWA MERDEKA SEORANG SISWA

Kalau disebut Merdeka, semua anak Malaysia pasti terkenang tarikh keramat 31 Ogos 1957.

Laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman serta lagu-lagu patriotik akan diulang siar. Bangunan-bangunan akan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol kebanggaan kemerdekaan tanah air kita, serta sambutan akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan.

Tetapi, pernahkah kita semua bermuhasabah erti kemerdekaan dalam diri masing-masing?

Marilah ambil masa sejenak celikkan mata. Jangan biarkan sekadar sejarah yang melakar kisah pembebasan negara dari penjajahan; kita juga perlu berikhtiar sebaiknya untuk memerdekakan diri kita.

Sebagai “orang universiti” sudah semestinya saya akan menyatakan bahawa pendidikan merupakan faktor terbaik ke arah kemerdekaan diri. Insya-Allah, pendidikan boleh merubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Ilmu pengetahuan mustahak dalam membentuk jati diri dan sahsiah yang murni, akal yang matang dan kritis, jiwa yang tidak gentar menegakkan kebenaran dan melawan pengaruh yang merosakkan.

Antara cerminan kesarjanaan adalah budi pekerti yang tinggi, sikap bertanggungjawab, melaksanakan amanah, berfikiran terbuka, serta hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan malu bertanya jika tidak tahu. Dalam apa jua keadaan, bertindaklah secara berhemah dan matang.

Jadikan diri bebas bukan hanya untuk hidup semata-mata sebaliknya menjadi insan yang elok rohani dan jasmani, serta berusaha untuk menjadi warganegara yang baik.

Pada hemat saya, inilah antara matlamat seorang pelajar universiti yang berjiwa merdeka.

Selamat Hari Kebangsaan 2024.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

PROF DR AHMAD IZANEE AWANG
Presiden/Naib Canselor

Photos from OUM Temerloh's post 30/08/2024
Spiritual vs Keagamaan: Sama Namun Tidak Serupa 28/08/2024

Spiritual vs Keagamaan: Sama Namun Tidak Serupa Kehidupan dunia yang semakin kompleks dan mencabar menjadikan persoalan tentang makna hidup dan pencarian terhadap kebenaran tetap menjadi tumpuan. Dua istilah yang sering digunakan secara bertukar ganti – spiritual dan keagamaan – sebenarnya membawa maksud yang berbeza serta mempunyai keunikan ...

26/08/2024

BULAN ISTIMEWA DI UNIVERSITI UNTUK SEMUA
Hari ini, ramai yang mengenali OUM sebagai universiti terbuka perintis di Malaysia.

Sebenarnya, sebelum adanya OUM sudah ada IPTA yang menjalankan program PJJ. Malah, semasa zaman pra-Merdeka pun sudah ada kursus jarak jauh yang ditawarkan secara pos di Tanah Melayu.

Namun, pendekatan PJJ di OUM ada keunikan tersendiri, kerana OUM universiti pertama yang memperjuangkan konsep peluang kedua dan pendemokrasian pendidikan melalui e-pembelajaran.

Pendekatan OUM melangkau konsep PJJ kerana kami mengaplikasikan teknologi untuk memberikan akses serta keanjalan bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih “engaging” biarpun tanpa pertemuan bersemuka.

Lazimnya, hanya lepasan sekolah yang layak akan menjadi siswa-siswi sepenuh masa di kampus. Tetapi, semua orang punya rezeki atau nasib yang berbeza: setiap tahun, boleh dikatakan ramai juga yang terlepas peluang belajar di universiti atas sebab atau kekangan masing-masing.

Keadaan ini berubah apabila tertubuhnya Universiti Terbuka Malaysia pada Ogos 2000. (Dahulu kita sebut Universiti Terbuka Malaysia. Sekarang kita sebut OUM sahaja.)

Tujuan penubuhan OUM jelas: untuk mengangkat status PJJ di Malaysia dan membuka peluang kepada sesiapa yang mahu mendapatkan kelayakan di peringkat pendidikan tinggi.

Pendaftaran yang dibuka buat pertama kali pada Ogos 2001 menarik minat seramai 753 orang. OUM kini berusia lebih dua dekad. Sehingga tahun lepas, jumlah graduan sudah mencecah lebih 103,000 orang. Semuanya berlainan pengkhususan, peringkat, lokasi, dan latar belakang. Semuanya merebut peluang kedua untuk menggenggam segulung ijazah. Semuanya menyambut baik moto OUM, ‘Universiti Untuk Semua.’

Bulan Ogos tentunya istimewa untuk rakyat Malaysia. Tetapi bulan Ogos juga manis kenangannya di OUM, kerana inilah bulan ulang tahun universiti kita.

Seiring keterujaan kita menyambut Hari Merdeka ke-67, ayuh kita hargai sejarah OUM juga. Ayuh kita berusaha sebaik mungkin menjadi pelajar dan graduan yang berwibawa. Ayuh kita tampakkan sebaiknya semangat Universiti Untuk Semua.

PROF DR AHMAD IZANEE AWANG
Presiden/Naib Canselor

Photos from OUM Temerloh's post 25/08/2024

PROGRAM HARI BERSAMA FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN - 25 OGOS 2024
'
Ribuan penghargaan kepada En Mohd Fakardian Che Rus, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Open University Malaysia atas kesudian beliau untuk turun ke OUM Temerloh bagi menjayakan Seminar "Meneroka Kesan Gosip (Namima) dan Mengumpat (Gheeba) dalam Persekitaran Toksik dari Perspektif Islam dan Psikologi" dan seterusnya menyampaikan Bengkel Penulisan Kertas Projek Berkualiti kepada pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan khususnya yang bakal mengambil kertas projek bagi semester akhir.
'
Diharapkan dengan program seperti ini dapat memberi lebih kefahaman kepada pelajar disamping mendekatkan pelajar dengan pihak fakulti 😊

22/08/2024

Jangan ambil mudah kepada gejala gejala ini, kerana sememangnya majoriti wanita Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin D yang menyebabkan gejala seperti ini.

Di Malaysia, kajian menunjukkan bahawa sekitar 60-70% wanita Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D.

Kekurangan ini lebih ketara di kalangan wanita yang tinggal di kawasan bandar, di mana mereka mungkin kurang terdedah kepada cahaya matahari kerana gaya hidup yang lebih banyak berada di dalam bangunan.

Kekurangan vitamin D ini juga lebih lazim dalam kalangan wanita yang memakai pakaian yang menutup seluruh badan, yang mengurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, sumber utama penghasilan vitamin D.

Masalah kekurangan vitamin D ini adalah isu kesihatan yang serius kerana ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti osteoporosis, kelemahan otot, dan gangguan imun.

Oleh itu, penting bagi wanita di Malaysia untuk mendapatkan pendedahan cahaya matahari yang mencukupi dan mempertimbangkan pengambilan suplemen vitamin D jika perlu.

22/08/2024

Pelajar yang Dihormati,
Ingin melengkapkan pengajian anda dengan lebih cepat? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Sesi Konsultasi APEL.C secara maya, di mana anda boleh mendapatkan panduan terus dari Pengarah Pusat APEL, Open University Malaysia.

Butiran Acara:
📅 Tarikh: 25 Ogos 2024 (Ahad)
⏰ Masa: 10.00 - 11.00 Pagi
👨‍🏫 Perunding: Encik Rohaizak Bin Omar, Pengarah Pusat APEL, OUM

💻 Sertai di sini: https://meet.google.com/kqt-stwb-xcq

Mari bersama, percepatkan perjalanan akademik anda dengan APEL.C!

19/08/2024

PUPUK PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN
Menjelang Bulan Kemerdekaan 2024, saya ingin mengupas sedikit tentang satu detik penting dalam sejarah pendidikan Malaysia, iaitu pelaksanaan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (turut digelar Penyata Razak).

Penyata Razak ini mencerminkan bagaimana barisan pemimpin negara waktu itu sedar betapa pentingnya integrasi sosial di peringkat sekolah. Maklumlah, pada tahun 1956, Tanah Melayu belum merdeka, rakyatnya yang berbilang etnik masih belum ada identiti nasional.

Penyata Razak inilah yang mewujudkan konsep sekolah kebangsaan dan mengilhamkan bagaimana Bahasa Melayu dijunjung sebagai bahasa kebangsaan, tetapi pada masa yang sama tetap melindungi hak kaum lain untuk memelihara bahasa dan budaya masing-masing. Penyata Razak ini juga menjadi paksi sistem pendidikan era pasca-merdeka.

Kini, sudah hampir 67 tahun Malaysia bebas dari penjajahan. Banyak yang telah kita lalui bersama. Namun, kesepakatan bangsa bukanlah sesuatu yang boleh dientengkan. Lihat sahaja isu perkauman dan “3R” yang makin kerap timbul akhir-akhir ini.

Ini masanya kita perlu mengambil pedoman daripada sejarah negara. Demi memulih dan membajai semangat perpaduan, ada baiknya kita menghayati semula hasrat nenek moyang kita yang tersisip di antara halaman Penyata Razak itu sendiri.

Jangan begitu mudah dibakar api diskriminasi atau dicucuh bara rasisme. Tidak kira di bilik darjah, dewan kuliah, kelas dalam talian, atau luar landskap pendidikan, kita perlu jelmakan identiti senegara yang boleh dipelihara bersama. Kita perlu cari titik persamaan, bukan cetus permusuhan. Perlu saling menghormati, bukan saling membenci.

Kepada semua pelajar OUM, saya menyeru supaya menjiwai semangat kemalaysiaan yang luhur.

Zahirkanlah yang baik dalam diri anda, sebagai warga OUM dan juga warga Malaysia.

PROF DR AHMAD IZANEE AWANG
Presiden/Naib Canselor

Photos from OUM Temerloh's post 13/08/2024

NAK JADI CIKGU ?
Kami tawarkan peluang untuk semua Lepasan Ijazah (dalam pelbagai bidang) untuk mendaftar program PGDT/DPLI ini sebagai syarat untuk memohon sebagai guru.
'
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗝𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥
(𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗠𝗤𝗔)
RM9,240 yuran keseluruhan (pembelajaran dalam talian)
'
> Hanya 1 tahun atau 3 semester pembelajaran
> 9 subjek / 30 jam kredit keseluruhan
> Praktikum di hujung semester pengajian - boleh diikuti di sekolah sendiri atau berhampiran anda.
> Skim pembayaran fleksibel secara bulanan tanpa caj tambahan
> Pengeluaran KWSP Akaun 2 dan Tuntutan HRDF bagi yang layak
'
Soalan: Ada ke lepasan OUM yang dah berjaya posting sebagai guru kerajaan DG41 ?
Jawapan: Ramai yang dah berjaya.
Kalau mereka BOLEH, anda tentu BOLEH juga!
'
Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi seorang guru..
Hubungi kami untuk pertanyaan lebih lanjut;
wa.me/0102205287/DPLI/PGDT
wa.me/601115055881/DPLI/PGDT
'
Info program:
https://www.oum.edu.my/.../postgraduate-diploma-in-teaching/

Photos from OUM Temerloh's post 11/08/2024

MAXIMISE YOUR QUALIFICATIONS WITH APEL.Q
Leverage Your Real-World Experience to Earn Recognised Qualifications

Did you know that your years of work and life experience can be converted into recognised qualifications? With APEL.Q (Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualifications), your real-world experience is not just valuable—it’s a powerful tool that can help you achieve formal qualifications, even if you’ve never stepped foot in a classroom.

Whether you’ve spent 15, 20, or even 25 years building your career, APEL.Q allows you to translate your practical knowledge and skills into accredited credentials. This means you can gain the recognition you deserve for the expertise you’ve developed over time, making your experience count towards a new level of achievement.

Why Choose APEL.Q?

Value Your Experience
Every year of your real-world experience is recognised and appreciated.
# Bachelor’s degree: At least 15 years of experience
# Master’s degree: At least 20 years of experience
# Doctorate degree: At least 25 years of experience

Flexible Pathways
APEL.Q offers a unique route to qualifications that fits your personal journey.

Achieve Your Goals
Whether advancing in your career or pursuing new opportunities, APEL.Q can help you reach your objectives.

Ready to learn more and see how APEL.Q can work for you?
Visit https://apel.oum.edu.my/apel-q-qualifications/

Talk to Us
https://apel.oum.edu.my/contact-us/

Photos from OUM Temerloh's post 10/08/2024

Sekitar acara Jengka Fun Run & Ride di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pagi tadi. Jengka Fun Run & Ride anjuran PIBG SMA Kota Gelanggi 3, Jerantut mendapat sambutan yang menggalakkan dan difahamkan peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini melebihi 1000 orang.

OUM Temerloh tidak terlepas dalam menjadi sebahagian yang menjayakan acara ini apabila telah menjadi antara penaja bersama.

Semoga acara seperti ini dapat diperluaskan lagi demi mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara OUM Temerloh dengan komuniti.

10/08/2024

Kepada semua warga pelajar OUM Kuantan, selamat menghadapi peperiksaan akhir semester Mei 2024 bermula 10-25 Ogos 2024. Tenangkan diri & buat persediaan yang rapi sebelum sebelum menjawab soalan peperiksaan.
Selamat maju jaya! Jika ada perkara berkaitan peperiksaan boleh hubungi hotline kami menerusi Whatsapp: 📱 019-2659541 atau emel: [email protected]
"Keep Calm and Good Luck".

10/08/2024

YOU CAN DO IT lah...😉

An exam is not just a test of what you know, but a reflection of how you think under pressure, how you manage time, and how you handle uncertainty. Success lies not just in the answers you give, but in the mindset you bring to the challenge.

Wishing all OUM learners the very best in your final exams!

09/08/2024

Program Hari bersama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 25 Ogos 2024 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Dewan OUM PP Temerloh

Panel Jemputan:
En Mohd Fakardian Che Rus
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Open University Malaysia.

- PENDAFTARAN PERCUMA!!!
- SIJIL TURUT DISEDIAKAN!!!

Pengesahan Kehadiran Seminar: MENEROKA KESAN GOSIP (NAMIMA) DAN MENGUMPAT (GHEEBA) DALAM PERSEKITARAN TOKSIK DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN PSIKOLOGI.
https://forms.gle/2XSNz9eQVvusFoa27

04/08/2024

Flexible and Convenient Online Learning at Open University Malaysia
Online study at Open University Malaysia is flexible and convenient, making education accessible to everyone. Students may adjust their study schedules to meet their personal and professional commitments, whether they are working professionals, government employees, gig workers, housewives, or those with diverse learning needs. This flexibility not only helps in handling several responsibilities but also promotes a more comfortable learning atmosphere. Students may study at their own speed without the burden of fixed timetables, thanks to the accessibility of tutorial videos. Want to explore more? Walk into any learning centres near you for a free consultation. We're open on weekends except for public holidays.

Busy schedules over the weekend? Visit our website https://www.oum.edu.my/ or keep in touch with us via WhatsApp: https://www.oum.edu.my/wasap/

27/07/2024

Join us to learn about SIRIM-Certified Professional Certifications through OUM’s programmes. Discover how these certifications can give you practical skills and a career edge. Don’t miss this chance to post your questions, share your comments, and explore your options with OUM!

24/07/2024

Photos from OUM Temerloh's post 21/07/2024

Jom kita ber ԲᑌƝ ᖇᑌƝ & ᖇᓰᗪᕮ di JENGKA PAHANG!
'
𝓙𝓔𝓝𝓖𝓚𝓐 𝓕𝓤𝓝 𝓡𝓤𝓝 & 𝓡𝓘𝓓𝓔 (𝓙𝓕𝓡𝓡) 🏃‍♂️🚴‍♀️
𝗗𝗮𝘁𝗲: 08 𝓞𝓰𝓸𝓼 2024
𝗩𝗲𝗻𝘂𝗲: 𝓢𝓽𝓪𝓭𝓲𝓾𝓶 𝓕𝓔𝓛𝓓𝓐 𝓦𝓲𝓵𝓪𝔂𝓪𝓱 𝓙𝓮𝓷𝓰𝓴𝓪, 𝓑𝓪𝓷𝓭𝓪𝓻 𝓣𝓾𝓷 𝓡𝓪𝔃𝓪𝓴
'
𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿:
Tshirt Biasa: 𝗥𝗠𝟱𝟬.𝟬𝟬
Tshirt Muslimah: 𝗥𝗠𝟲𝟱.𝟬𝟬
(𝘍𝘪𝘯𝘪𝘴𝘩𝘦𝘳 𝘔𝘦𝘥𝘢𝘭 🏅 / 𝘛-𝘴𝘩𝘪𝘳𝘵 👕 / 𝘌-𝘊𝘦𝘳𝘵 📜/ 𝐶𝑎𝑏𝑢𝑡𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑢𝑎ℎ 🛵🎁🎀)
'
Aktiviti Sampingan:
✔Jualan Rahmah
✔Pemeriksaan Kesihatan 𝘗𝘦𝘳𝘤𝘶𝘮𝘢
✔Derma Darah
✔Gerai Jualan
✔Pameran Agensi Kerajaan
✔Peraduan Mewarna KEMAS
'
Jom terus mendaftar di link:
https://sites.google.com/smakg03.edu.my/jfrr?usp=sharing
Atau terus SCAN dgn QR KOD dalam POSTER…
'
Jumpa 𝓞𝓤𝓜 𝓣𝓮𝓶𝓮𝓻𝓵𝓸𝓱 disana yaa 😁😁 &ride

20/07/2024

Daulat Tuanku
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446H.

20/07/2024

Are you ready to level up your study? We invite you to visit our Marketing Office at Menara OUM, Kelana Jaya for September intake enquiries and registration. Our friendly and knowledgeable staff are here to provide you with all the information you need and guide you through the registration process.
Whether you have questions about our programmes, need assistance with application procedures, or want to learn more about the benefits of studying with us, we are here to help. Walk in today and start your path to a brighter future with OUM!

16/05/2024
Photos from OUM Temerloh's post 11/05/2024

BENGKEL PEMBANGUNAN KAPASITI & PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DESA BAKTI (SKDB) DENGAN KERJASAMA OUM TEMERLOH 2024
'
Program kerjasama ini telah berjaya dijalankan dengan baik atas penglibatan semua pihak yang terlibat. Pengarah OUM Temerloh, En Ismady Perdus turut memberikan sedikit prebiu berkaitan program yang terdapat di OUM kepada semua peserta yang berada dalam dewan OUM Temerloh sebentar tadi. Terima kasih atas kerjasama semua dan sudilah hadir lagi ke sini 😊
'

Want your university to be the top-listed University in Temerloh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

WHO WE ARE

Open University Malaysia (OUM) is the 7th private university in Malaysia. Although incorporated as a private university under the Private Higher Education Institutions Act 1996, the University leverages on the quality, prestige and capabilities of its strategic shareholders - a consortium of the 11 public universities. OUM adopts the motto "University for All" which is consistent with its philosophy on democratisation of education. This philosophy underlies the belief that education should be made available to all, regardless of time, place, age and social economic background. The open and distance learning (ODL) mode is specifically targeted at working adults who need to take care of their families as well as manage their careers while pursuing higher education.

Videos (show all)

SPECIAL LIVE STREAMING COFFEE TALK @OUM
𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑❗‘Ambilan Semester September 2024 telah dibuka SEKARANG!‘Semua program di OUM Temer...
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada juga ket...
𝑱𝒐𝒎 𝑫𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒑𝒆𝒏𝒂 𝑷𝒓𝒐𝒎𝒐𝒔𝒊 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍 𝑭𝒊𝒕𝒓𝒊 😊'Nikmati lebih rebat istimewa sempena Hari Raya yang bakal menjel...

Address


Temerloh Learning Centre Open University Malaysia No. 33, Jalan Permai 1 Semantan Walk, Temerloh Darul Makmur
Temerloh
28000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 16:00

Other Temerloh universities (show all)
Queen Axia Crew Malaysia Queen Axia Crew Malaysia
Paya Pulai
Temerloh, 28000

maii support Queen axia crew malaysia,nak meramaikan lagi ahli baru dalam queen axia😉

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh - IKTBN Temerloh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh - IKTBN Temerloh
Kampung Bongsu
Temerloh, 28500

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh (IKTBNT) merupakan Institusi TVET awam bawah Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS)

Kolej Vokasional Temerloh Kolej Vokasional Temerloh
Simpang Sanggang
Temerloh, 28020

Kolej Vokasional Temerloh (Mulai 1.1.2013) Sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional

TASKA BAITI RIZQI TASKA BAITI RIZQI
No 36 Jalan Jaya 6/1, Taman Jaya 6
Temerloh, 28000

Kindergarten

Golden Rizqy Resources- Sekolah Latihan Pengendali Makanan Golden Rizqy Resources- Sekolah Latihan Pengendali Makanan
No 44, Tingkat 1, Jalan Pak Sako
Temerloh, 28000

Sekolah Latihan Pengendali Makanan yg diiktiraf KKM (A/C/019) dikendalikan oleh tenaga pengajar berp

Majlis Perwakilan Pelajar - MPP IKTBN Temerloh Majlis Perwakilan Pelajar - MPP IKTBN Temerloh
D/A IKTBN Temerloh
Temerloh, 28500LANCHANG

mpp

Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh
Lot 2016 Kg Padang Lalang KM8 Jalan Maran
Temerloh, 2800

Akademi Pendidikan Al Istiqamah merupakan jawatankuasa pengurusan baru yang akan akan bertanggungjawab kepada Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh Phg

Kolej RISDA Pahang Kolej RISDA Pahang
Jalan Maran, Kg. Awah
Temerloh, 28030

Pusat Latihan yang menawarkan pelbagai kursus keusahawanan dan kursus kemahiran bersesuaian dengan k

Akademi Kek Temerloh Akademi Kek Temerloh
No 26 Jalan Bds 2, Bukit Desa Semantan
Temerloh, 28400

Rumah Tuisyen JR Liya Rumah Tuisyen JR Liya
Temerloh, 28000