DAPUR SHAI ANNE

RESEPI MASAKAN Resepi masakan mudah..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 31/08/2024

Resepi Chicken Wrap

🔸Bahan-bahan-

Roti tortilla (Mission Wrap)
Isi ayam
Salad
Carrot (Hiris halus-halus)
Kentang goreng
Mayonis
Homemade Sos

🔸Caranya mudah saja-

1. Roti mission Wrap
2. Ayam goreng tepung,N guna tepung bestari je
3. Sapu rata homemade sos.. mayonis atas roti wrap & letak bhn2 tadi ayam, salad, lobak.
4. Last sekali bakar dlm 3-5minit..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 16/08/2024

Biasa balik kampung baru dapat makan ubi kayu tunyuh ni..tapi sbb har ni trasa sgt keinginan tu..so tpksa buat sdri jugak..
Mudah je.. Alhamdulillah. Jadilah utk mkn sdri..

Bahan-bahan,
4 batang Ubi Kayu (parut cam dalam gambar)
1 biji Kelapa Parut putih (Kukus dan untuk gaul)
Sedikit Garam Halus
1 senduk rata Gula merah
*ada yang gaul dengan Gula Nise/Gula Melaka
Daun pandan

Sila lihat gambar satu persatu, Ann dah kongsikan cara-cara penyediaan.

Selamat Mencuba

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 25/05/2024

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API
Cara Ann..

Bahan A
1 kilogram siput sedut
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat kira-kira 1 biji kelapa
1 helai daun kunyit

Bahan B (Dikisar)

10 bji cili api
2 biji cili merah
2 biji bawang besar
1/2 inci kunyit hidup/serbuk kunyit
sedikit belacan
Garam secukup rasa.

Cara Membuatnya
1- Potong belakang siput dan cuci bersih (Nota : Potong jangan panjang sangat, nanti banyak isi hilang jangan sikit sangat nanti tak dapat disedut)
2- Masukkan daun kunyit,santan cair dan Bahan B ke dalam periuk.
3- Masakkan bahan-bahan itu sehingga mendidih
4- Masukkan siput sedut dan santan pekat
(Nota : Selalulah kacau bahan-bahan itu untuk mengelakkan santantu pecah, nanti cepat basi)
5- Masakkan sehingga mendidih.

Sedia dihidangkan dgn nasi panas-panas..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 07/03/2024

RESEPI MACARONI BAKER CHEESE

Rebus Macaroni tambah minyak & garam sedikit smp lembut & toskn sketika..

SOS BOLOGNISE
Bawang Besar - dadu
Bawang Putih - dadu
Tomato -dadu
Cili Kering Blend
Sos Traditional Prego - 1 tin
Daging / Ayam Kisar - 400gm
Capsicum -1biji (xkisar color apa)
Perasakan garam..gula

Cara²
Tumis bawang besar n putih. masukkan cili kering blend. tumis sampai cili masak. masukkan daging kisar. tumis lagi sampai daging masak. masukkan sos prego. biarkan sampai mendidih then masukkan garam n gula. kacau sampai sebati..masukkan tomato & capsicum last padamkan api..

SOS CHEESE
Cheese slide - 3 keping
Susu Fullcream - 1 kotak besar
Tepung Gandum - 3 sudu
Butter - 3 sudu
Lada Hitam

Cara²
Panaskan butter dalam periuk. masukkan tepung gandum. kacau sekejap. masukkan susu sikit sampai tepung sebati. kacau selalu. masukkan baki susu tadi.. kacau. biar mendidih. masukkan cheese. kacau sebati sampai didih. masukkan lada hitam sikit. kacau sekejap. tutup api.

Cara layerkan
Masukkan makaroni dalam sos bolognise tadi.. gaulkan sebati then letak makaroni tadi dalam bekas tahan panas. then layerkan p**ak sos putih.. then taburkan mozarella cheese..
Bakar 40 minit @ 1 jam. siap

Slmt mcuba ye..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 16/02/2024

Bila tgh malam pun mjadi ye mintak nk mkn puding lagi..
katanya dah lma sgt xmkn..
Puding tpaling mudah..senag nak di buat..
Ni cara Ann ye..lain org..lain cara masakan..
Puding xsempat sejuk..dah dpotongnya..abis pecah..dah xcantik gambar..
🤭🤭😁😁

Resepi
PUDING CARAMEL (puding gula hangus)

Bahan² :

🍮Telur 10 biji (Ann guna gred B)
🍮Susu pekat 1 tin
🍮Susu cair 1 tin
🍮Air setengah tin lebih sikit tkpe.. ( Sukat pakai tin susu)
🍮1 sudu kecil Esen vanila
🍮Scubit garam

Masak 10 sudu besar makan gula dalam loyang sampai cair ..
Kacau manja je semua sehingga sebati..
Angkat letak dlm pengukus & terus tuang adunan ..
Kukus sampai masak ..

Selamat mencuba

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 16/11/2023

Resepi Cheesekut Leleh

BAHAN BAHAN :

1 paket biskut kering (apa² brand pun xkisah)
1/2 tin susu pekat
1/4 cawan susu segar
250g cream cheese Tatura (apa² brand pun xkisah)
*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)

CARA BUAT :

1. KISAR BAHAN
Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.Nak guna mixer pun boleh.

2. RENDAMKAN BISKUT
Celupkan p**a biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.

3. LAPIS-LAPISKAN
Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun p**a biskut macam tadi.

Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.

4. LETAK TOPPING
Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda s**a.

5. SEJUKKAN
Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut..

Selamat mencuba!

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 04/02/2023

RESEPI Instant Tuna Puff..

Nasib baik ada lagi Roti paratha dalam peti ais..
Petang² cuaca pun sejuk..perut pun asyik lapo je kan..
Penyediaan yg mudah, cepat dan ringkas

Sedap, Mudah, Cepat.

1. Ann guna Roti Paratha
2. Letak 1keping roti ..hiriskan kiri kanan & tigal kosong ditengah untuk inti tuna..
(Bole tgk gambar yg Ann share ye)
3. Letakkan tuna @ sardin (saya guna tuna sandwich dalam tin)
4. Lipat ikut gambar di bawah
5. Masukkan dalam air fryer
6. Suhu 170°c 10minit, balikkan puff tambah masa 7/5 minit lagi bergantung pada Air Fryer masing²..

Roti Paratha bakar kosong pun dah sedap..
Gebu roti tu jadinya..
Tips..
Utk ksedapan inti tuna tu bole ejas ikut citarasa masing² ye..cm Ann ikut kmalasan sdri..so lebih cepat dpt ngak je..😀😁

Selamat mcuba

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 04/02/2023

Satu lagi hidangan masyarakat cina tetapi menjadi kes**aan ramai..
Bagi anda yang dah bosan dengan nasi, apa kata hari ini try hidangkan mee wantan kicap sebagai menu dinner semua..

Mee Wantan Kicap + Ayam Bakar Madu
Bahan²

AYAM
Dada / Peha (N guna chicken chop punya ayam)
2 sk kicap pekat
1 sk kicap cair
2 sk sos tiram
11/2 sk madu
Cara masak-Perap ayam dengan semua bahan. Bakar dalam airfryer atau goreng sekejap.

MEE
2 bungkus mee wantan / yee mee segera
(Mee di celur tlebih dahulu)
2 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan
1 sb lada sulah
Cara masak-Celur mee. Bancuh semua bahan ..Gaul mee yg dah dicelur dengan bancuhan kicap.

MINYAK BWG PUTIH
3 sudu minyak masak
10 ulas bwg putih dicingcang
Cara masak-Goreng bawang putih sehingga keperangan.

SAYUR
-Sawi Pak choy- dcelur

WANTAN
-N guna yg segera siap(frozen)
Goreng garing..

Hidang mee seperti digambar. Boleh tambah sayuran pilihan yg telah dicelur dan cili potong jika mahu pedas. Kalau ada wantan goreng lagi sedap 😁😁

Selamat mencuba

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 29/01/2023

Mood trajin lh pulok 2harini..so Ann making dinner Chicken Grill & Chicken Chop ala² Kenny Rogers Roasters..
Jarang² layan westren.. bolelh ye..

🍚Nasi Butter ala KFC Dengan Chicken Chop & Chicken Grill
Bahan²
Beras 2 cawan
Butter 2-3 sudu besar
Bawang putih 3 ulas
Halia 2 inci, dihiris lebih kurang 2-3 keping.
Susu cair sedikit
Air ikut s**atan korang selalu guna, tapi kurangkan sikit sebab kita letak susu.
Garam/kiub pati ayam
Carrot potong dadu

Cara Memasak:
1. Panaskan butter dengan api sederhana. Masukkan bahan blend dan halia, tumis sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan air dan susu cair sampai mendidih.
2. Masa air dah mendidih tu kita masukkan beras yang dah dibasuh, kacau sekata. Ni cara saya masak nasi yang fancy fancy sikit ya. Nasi akan jadi elok berderai, tak lembik tak keras sangat.
3. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Saya sambung masak guna rice cooker je.

🍗RESEPI Chicken Chop
Bahan²
Isi ayam – Saya guna 2 keping dada ayam.
Sos tiram 1 sudu
Bawang putih seulas ditumbuk
1 cawan tepung jagung
1 cawan bread crumb (Saya guna yang kuning)
Telur sebiji
Minyak

Cara Memasak:
1. Perap ayam dengan bahan perap (sos tiram dan bawang putih) sekurang kurangnya 1/2 jam. Campur tepung jagung dan bread crumb.
2. Salut ayam yang diperap dengan tepung dan bread crumb. Celup dalam telur, salut sekali lagi dalam campuran tepung dan bread crumb.
3. Goreng deep fry sehingga keemasan. Boleh goreng fries sebelum goreng ayam.

🍗RESEPI GRILL CHICKEN CHOP
Bahan²
4 keping whole leg (debone/tanpa tulang)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
1cm halia – tumbuk kasar
Lada hitam, lada sulah
Mixed herb kering
Sedikit olive oil

Cara Menyediakan Grill Chicken:
1. Bersihkan ayam dan lap hingga kering.
2. Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/pisau supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam, lada hitam dan lada sulah.
4. Gaulkan p**a dengan sos tiram dan kicap manis.
5. Akhir sekali gaulkan ayam dengan bahan tumbuk.
6. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
7. Perap ayam sekurang2nya selama 1 jam. Kalau nak lagi best perap semalaman.
8. Bakar daging sehingga masak gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.

🍲Bahan-Bahan Sos Blackpaper:
2 sudu butter
1 biji bawang holland didadu
1 sudu tepung jagung
Sos tiram
Kicap manis (saya campur sikit dengan kicap karamel tamin untuk warna kuah yang gelap)
Cendawan butang dihiris
Serbuk lada hitam
Air
Garam/serbuk perasa (saya tak letak sebab dah masin)

Cara Membuat:
1. Panaskan butter, masukkan bawang holland. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung dan kacau sekata. Masukkan air. Biar mendidih.
2. Lepas air mendidih, masukkan sos tiram, kicap manis + kicap karamel, dan serbuk lada hitam. Adjust kuah ikut kepekatan yang korang nak.
3. Lepas kuah dah mendidih, biarkan sejuk, kemudian blend kuah untuk tekstur kuah yang lebih cantik.
4. Masukkan balik kuah ke dalam periuk, masukkan cendawan butang, kacau kacau sehingga mendidih. Sedia untuk dihidang bersama nasi dan chicken chop tadi.

Selamat mcuba ye..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 29/01/2023

Resepi Mee Goreng Simple Danish
(Danish ckp guna je bahan yg ad kt umah tu mumy..sbb alasan ye mls g beli bahan..awk rasa mumy ni ad tak masa nk pening kepale..),🥴😉😁

1 bungkus mee kuning (basuh & toskan)
1 paket fish ball
Ayam (ambik isi)
2 sk Kicap Sotong thai
4 sb Kicap manis (brand abc)
Sos char kueh tiaw (brand nona)
3 sb Cili boh
Kobis
Tomato
Carrot
Minyak masak 3 sudu besar
Air (ikut masing2 nak basah sikit atau banyak)

Bahan2 ditumbuk:-
Cili padi 7 biji
Bawang putih 5 biji
Bawang besar 1 biji

Cara-caranya :-
1) Panaskan kuali, masukkan minyak.
2) Masukkan bahan yg dihiris. Tggu sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tggu mendidih atau pecah minyak.
3) Masukkan sos cili, kicap manis, sos tiram, ayam, sotong, fish ball. Tunggu sehingga mendidih serta ayam masak.
4) Masukkan mee. Gaul sebati. Boleh tambah air kalau kuah makin berkurang. Masukkan sawi, tomato, cili besar.
5) Siap untuk dihidangkan.

***Ni cara Ann buat mee goreng ye..lain org..lain cara..***

Selamat mcuba ye

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 28/01/2023

IKAN MIANG PLA PAO

Sambal Thai Hijau:
8 tangkai cili padi hijau
3 ulas bawang putih
2 sudu gula putih
1 sudu gula melaka
2 tangkai daun ketumbar (racik halus)
2 biji limau nipis (perah ambik airnya)

Ikan:
1 atau 2 ekor ikan tilapia merah/siakap
3 sudu tepung beras
Garam secukup rasa

Lain²:
Bihun (dicelur)
Salad
Timun
Atau apa² ulam

👉 Tumbuk kesemua bahan sambal thai hijau menggunakan lesung batu. Goreng ikan yang telah disalut dgn tepung beras tadi sehingga garing. Susun dalam dulang ketika menghidang.

Cara makan:
Ambil 1 helai daun salad. Letakkan sedikit bihun,timun dan isi ikan. Kemudian letak sedikit sambal thai. Balut dan makan.

Selamat mencuba!

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 28/01/2023

Minum ptg paling simple..cepat & sedap...
Tengok haritu orang buat nampak sedap sangat,so Ann pun try jugak lah.
Memang sedap! hero Ann fuv sgt ..

✨ Roti Paratha Sosej Cheese ✨

Bahan-bahan:
- Roti paratha
- Sosej
- Cheese keping
- Kuning telur (untuk disapu pada roti paratha)

Cara-cara:
1. Potong roti paratha macam dalam gambar.
2. Letakkan cheese dan sosej lepastu gulung macam dalam gambar.
3. Sapukan kuning telur.
4. Bakar dengan AF pada suhu 190c selama 7-10 minit. Nak guna oven pun boleh.
(Tips nk kekal krangupan kulit..Ann bakar blkg depan..)

**Roti paratha cepat lembut, jadi sy buat sekeping² dan masuk dalam peti ais semula, nak buat lagi keluarkan semula.

Selamat mcuba ye..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 25/12/2022

Lunch Cencaru Sumbat.. Resepi zaman tok dulu²..Rindu arwah Tok..😭😭
Asal N nak goreng je, tapi bila malas nak kotorkan minyak dan kuali..N bakar guna air fryer je. Jadi tak lah kotorkan minyak kan. Rempah dalam ikan pun tak keluar..

Selamat mcuba ye..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 22/12/2022

Resepi Masak Lemak Pisang Muda Campur Nangka Muda..
Cara Ann ye..

Bahan-bahan :
500 g pisang emas muda
15 biji cili api
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
(Semua cili api, bawang merah & kunyit hidup dikisar bersama)
1 cawan santan cair
1 cawan ikan bilis
3 cawan santan pekat
Garam secukup rasa:

Cara menyediakan dan memasak:
1- Kupas pisang dan potongkan mengikut cita rasa. Rebuskan
sehingga lembut dan tuskan.
2- Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali santan pekat.
Kemudian didihkan.
3- Apabila sudah mendidih, masukkan santan pekat dan kacau supaya tidak pecah minyak. Renehkan sehingga mendidih.
4- Tutup api, masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Selamat mcuba ye..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 21/12/2022

Dah jemu minum petang asyik kuin muih je kan..
petang ni Ann tukar selera skit buat Tortilla Wrap je.
Bole dijadikan menu diet jugak ye..
Simple menu..mudah & cepat..
Ni cara Ann ye..

RESEPI CHICKEN BURGER & BEEF TORTILLA

Bahan-Bahan :

Roti tortilla (mission wrap)
Burger ayam
Daging kisar (dalam tin)
Salad
Tomato
Carrot (hiris halus-halus)
Timun (hiris halus-halus)
Mayonis
Sos cili
Mixed herbs
Telur

Cara Membuat:
-Isi burger ayam dan daging kisar tin di grill smp masak
-Letakkan tortilla serta bahan-bahan tadi ayam & daging, salad, lobak, timun, sos cili, mayonis dan mixed herbs, kemudian gulungkan.
-Roti mission Wrap dibakar menggunakan frying pan..
Siap untuk dimakan!!

Selamat mcuba ye..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 18/12/2022

Resepi Kerabu Kaki Ayam Ala Thai.
Sekarang musim hujan..banjir..perut asyik lapar je..pekena kerabu kaki ayam memang layan kan..
Try buat sendiri dekat rumah lagi puas hati..
Makan dengan nasi panas-panas.
Cara Ann ye..

Bahan-bahan:

✅ 500g Kaki Ayam
✅ 1 Sudu Kecil Garam
✅ 1 Batang Serai
✅ 1 Biji Cili Padi Merah & Hijau
✅ 1 Biji Tomato
✅ 2 Biji Bawang Merah
✅ ½ Bunga Kantan
✅ 20g Kacang Panjang
✅ 100g Daun Ketumbar
✅ 1 biji Limau Nipis
✅ 1 Sudu Besar Gula
✅ ½ Sudu Kecil Garam
Kicap sotong
Sos pencicah Thai

Cara Membuat:

1. Rebuskan kaki ayam selama 15 minit.
2. Letakkan serai, cili padi merah, tomato, perahan limau , bawang merah, bunga kantan, kacang panjang, daun ketumbar dan gaul rata.
3. Tambahkan jus limau nipis dan perisakan dengan gula dan garam.
4. Kerabu Kaki Ayam siap dihidangkan.

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 30/09/2022

Resepi Ayam Madu Merah BBQ

Bahan-bahan
500gm ayam
1 sudu besar Madu
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos cili
2 sudu besar Gula Perang
1/2 sudu kecil bawang putih
1 sudu kecil halia
1 sudu kecil lada putih.
1/2 sudu kecil Serbuk Cili babas
3 sudu pwarna merah
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dan perap bersama ayam.
2. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 15minit. Pastikan ayam jangan bertindan atau berlipat supaya ayam masak dengan rata.
3. Pada 5 minit terakhir, balikkan ayam dan sambung masak.
4. Masak lebihan sos perapan bersama sedikit air, kacau sampai pekat dan tutup api.
5. Sapu sos pada permukaan ayam. Biarkan sejuk seketika dan siap untuk dihidang.

Selamat mcuba

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 30/09/2022

Kalu org Pahang..msti dah biasa mkn tempoyak ayam ni kn..Utk N org ganu duk di Pahang ni trasa cm pelik menu cmni.. tapi N suke try mende bru..alhamdulillah sedap ..kena dgn selera..
tapi versi tsdri lh..

Resepi Gulai Tempoyak Ayam

Ayam 1sekor
Tempoyak 5-6sudu besar
Cili api (ikut kepedasan)
Kunyit hidup 2inci
Asam keping
Daun kesum
Daun kunyit
Bunga kantan( nk letak bole xnknpun boleh)
Perasa Garam gula

Cara2 pada setiap gambar
*1 tips nak dapat kan colour gulai tempoyak tu cantik, gunakan cili api merah atau cili besar merah. Baru cantik colour dia

Selamat Mcuba..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 30/09/2022

Resepi kambing bakar

Bahan2 :
*Daging kambing 5-6 slice
*Sos tiram 2 sb
*Sos lada hitam 3 sb
*Sos bbq 3sb
*Kicap 3 sb (yg ni nk bgi hitam jer, tp klu byak pon best)
*Hirisan halia @ tumbuk halus ( xnk letak pon xpe )
*Gula ( sy pkai gula perang ) nk pkai madu pon boleh
*Serbuk lada hitam (sy tambah sb s**a pedas)
*Cukup rasa maggie
*Daun rosemary (penting bgi bau n rase die terangkat)

Cara2 :
-Masuk semua bahan2 tu dan gaun sebati.. Klu nak perap, ttup bekas pkai plastik atau Aluminium foil n letak dlm peti.. nk frozenkan pon xde msalah isi dlm tupperware. klu x, trus boleh bakar..
-Klu dirumah sy bakar dlm oven jer 1-1.30jam api atas bawah 200darjah brgantung pda oven. Agak2 dah ade hangus sikit2 tu,dah boleh angkat..
Klu utk mkn ramai better bakar atas arang.. lagi mengancam.. smerbak bau die. Hehehe
-So boleh hidang dgn kuah blackpaper atau ratah gitu pon sedap!!
Confirm mnjilat jari😋😋😋😋

Slamat mencuba!!!

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 30/09/2022

RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan susu full cream/susu cair
2 biji telur
2 sudu besar gula (nak manis tambah lagi)
1 sudu besar butter/marjerin/planta
1 sudu teh esen vanilla
* kepuk2 manja gitewww sampai sebati
*7 - 8 keping roti gardenia (jenama ni puding jadi soft n gebuuu ) roti lain pon bolehh
*carik carik , potong potong , hiris hiris ... Letak dalam loyang . Tuang adunan tadi ke dalam loyang dan tekan2 sikit roti supaya adunan menyerap ke dlm roti
Nak cantik .. Tabur brown sugar , kismis , choc chip

Bakar suhu 170 30min atau sehingga masak .

Bahan sos kastard :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2-3 sudu besar gula ( ejas tahap kemanisan citarasa anda)
1 sudu teh esen vanilla

Satukan dlm periuk. Kacau atas api sehingga pekat.

Selamat mencubaaa

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 29/09/2022

Dinner utk ank bujang..
Simple menu..biar semua org xgemar isi ayam ni..
Tapi dia sgt suke..

Resepi Ayam Mentega Blackpaper
Bahan²
-Isi Ayam (nk guna ayam biasa pun bole)
-2 sb Mentega
-1biji bawang holand
-3 ulas bawang putih
-3biji cili api (utk kpedasan)
-Daun ketumbar
-Sos Tiram
-Kicap Manis
-Minyak bijan
-cukup rasa maggi
-perasa kn garam..gula..

Cara masak bole folow pda gbor kt bawah ye...

Selamat mcuba..

08/08/2022

RESEPI SOS THAI 🌶️🌶️🌶️

Bahan² (semua anggaran)
250 gm cili padi merah** (anggaran pedas)
125 gm cili besar
5 biji buah tomato ranum
1 labu bawang putih**
1 tangkai daun ketumbar**
450 ml air
500 gm gula
250 ml cuka
1 sdt garam
1 sdb tepung jagung
3 batang akar daun ketumbar
Daun ketumbar dihiris kasar

Cara²
Blend kesemua bahan² bertanda (jangan lumat sangat)
Masukkan bahan blend ke dalam periuk dan masuk gula, cuka, garam dan akar ketumbar.
Masak sampai mendidih dan sentiasa dikacau.
Akhir sekali masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga sederhana pekat. Tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.

Selamat mcuba ye..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 28/07/2022

Daging LIAT Lembut Dalam 15 Minit Je , Bahan Rahsia Yang Restoran Gunakan Untuk Buat Masakan Daging Bergoreng
Bahan lembutkan daging (perap 15 minit sahaja):

Resepi Daging goreng Blackpaper

- 300g daging bahagian yang liat (dihiris nipis)
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 cawan air

Bahan Perapan Daging :

- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh minyak masak
- sedikit lada putih berperisa
- 1/2 sudu makan tepung jagung

Bahan Sos Blackpepper :

- 1/2 biji bawangt holland
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah/cili api
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos blackpepper
- lada hitam
- sedikit gula dan garam (optional)
- 1 sudu teh tepung jagung
- 2/3 cawan air
- daun bawang


Selamatcuba ye..

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 05/07/2022

RESEPI POPIA CARBONARA

bahan untuk inti:

-isi ayam (dipotong kecil) (nak guna burger aym)
-sosej (hiris bulat)
-cendawan butang (dicincang)
-sayuran (carrot, baby corn, sengkuang) -ni optional. boleh guna ikut s**a.
-black pepper
-tepung gandum
-susu (sy pakai fullcream. N guna susu cair je)
-chicken stock
-bawang merah*
-bawang putih*
-minyak sedikit
-butter
-garam n perasa jika perlu

cara2:
1. panaskan minyak n butter. letak minyak sikit sbb takut butter hangus
2. kemudian tumis bawang putih n merah
3. bila bwg dh layu sikit, masukkn isi aym dan cendawan. msk sekejap. msukkan juga chicken stock
4.kemudian letak tepung dlm 3 sudu. (tujuan pakai tepung utk pekatkan kuah.
5. kemudian masukkan susu. tambah air sikit dlm setengah cawan.
6. bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran
7.masak sekejap. letak black pepper, garam n perasa.
8.sebelum tutup api baru sy masukkan sosej tujuan masukkn lambat sbb xnk die hancur sbb lama masak.

akhir sekali gulung mcm biasa..

tips masa goreng:
api jgn kecil sgt sbb kalau lama die akn kluar inti n bocor. minyak pun kotor.

selamat mencuba.

Photos from DAPUR SHAI ANNE's post 26/06/2022

Lama sgt dah xbuat Colek Nisang Tumbuk ni..harini rasa mari tringin nk mkn..
Resepi mudah ya amat..tapi kte buat cara tsendiri lh ye..bole mkn dgn semua buah ye..Cam Ann ..kbetulan buah jambu air ni je ad ..so lyn jelh..

Resepi Colek Nisang Tumbuk versi Ann

Kicap
Cuka
Belacan
Nissan/gula melaka
Cili padi berapi
Gula kalau terpedas
Garam
*s**atan ikut selera masing²*

Tumbuk semua dalam lesung dah lumat tambah kicap & cuka...gelek2 lesung / kacau dgn sudu sampai sebati.siap! Nyicahhh la sampai sakit perutt 😂

selamat mencuba..

Want your business to be the top-listed Home Improvement Business in Temerloh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

😋😋. yummy
RESEPI ACOR TIMUN MASAK + BENDI

Category

Telephone

Website

Address


Temerloh
Other Kitchen supplies in Temerloh (show all)
cikmelmasak_ cikmelmasak_
Temerloh

Love cooking. Follow for more videos and recipes

Burger Crispy Walid Temerloh Burger Crispy Walid Temerloh
Jalan Temerloh-Bera
Temerloh, 28000

Burger Crispy Walid Temerloh hanya menjalankan jualan secara atas talian. hubungi 0145093054.

Dapur Haji Jimi Dapur Haji Jimi
Kedai JKKK Desa Murni No. 2
Temerloh, 28020

KEPAKARAN KAMI ADALAH MENYEDIAKAN NASI ARAB AYAM MANDI SHAWARMA CHAR KUETIAU

Coway Kuala Krau Coway Kuala Krau
Jalan Besar, Kuala Krau, Temerloh Kuala Krau
Temerloh, 28050

Hi,saya Amira.Agent sah Coway Anda. TIADA DEPOSIT PENDAFTARAN PERCUMA PEMASANGAN & PENGHANTARAN

Ella Licious-cucur udang&popia sira crispy- Ella Licious-cucur udang&popia sira crispy-
Temerloh, 28000

menerima tempahan untuk cucur udang & popia sira crispy

Dapur Ibu Luqfi Dapur Ibu Luqfi
Kampung Paya Jauh
Temerloh, 28000

Kami menyediakan dan menerima tempahan "KEK ORIGINAL JELITA MARBLE" dengan pelbagai jenis perisa dan

Kambing Bakar IBEX Kambing Bakar IBEX
Kampung Bukit Kepayang
Temerloh, 28000

KAMBING NAIK TOCANG!!!�

KOI'S Pes Gulai Tempoyak Berapi KOI'S Pes Gulai Tempoyak Berapi
KAMPUNG JELAM
Temerloh, 28200

KOI'S Pes Gulai Tempoyak Berapi🥘🌶🧄 ~Official Page~ #pessejukbeku #frozenfood #patintempoyakfrozen #originalpahang

DINAH BYTE Delights DINAH BYTE Delights
Taman Intan
Temerloh

Menjual brownies cookies homemade yang semestinya akan menjadi kegemaran anda.

Mr.Sushi Temerloh Mr.Sushi Temerloh
No. C8 Gerai MPT Lurah Semantan
Temerloh, 28000

Menyediakan sushi yang menarik dan bercitarasa melayu dan pembuatan 100%muslim. Buka pukul 10.30pg

Ez2ushop Blender mini Ez2ushop Blender mini
51 Jalan Tualang Indah 2 Taman Tualang Indah
Temerloh, 284000

Beli barang dapur murah terkini 2024!!