Pusat Bekam Hijamah As-Syifa

bekam hijamah

04/08/2024

Assalamualaikum sahabat semua...... Yang mana ingin berbekam boleh pm tepi

Kelebihan berbekam

Www.wasap.my/60107726314/bekamhijamah
Www.wasap.my/60107726314/bekamhijamah
Www.wasap.my/60107726314/bekamhijamah

19/07/2024

15 KEBAIKAN BERBEKAM MEMBUANG DARAH KOTOR

1. Mengurangkan rasa pening/migrain,luka dalaman dibahagian kepala dan wajah serta menyembuhkan sakit gigi.

2. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
3. Mengurang rasa sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.

4. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.

5. Mengurangkan sakit pada bahu , dada dan punggung.

6. Dapat mengatasi luka-luka , bisul , jerawat dan gatal-gatal pada kulit.

7. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .

8. Berupaya engatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.

9. Berupaya mengatasi luka-luka bernanah.

10. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.

11. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang serta urat sendi di kaki.

12. Dapat mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

13. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.

14. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

15. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.

Www.wasap.my/60107726314/bekamhijamah
Www.wasap.my/60107726314/bekamhijamah
Www.wasap.my/60107726314/bekamhijamah

16/07/2024

Persoalan yang mengelirukan, orang yang bertanya pada saya juga kelihatan sangat keliru.

Kemungkinan kerana prosedur keduanya sama yang mana darah dikeluarkan daripada badan.

Jadi adakah manfaat keduanya sama? Ada yang sama mungkin tapi banyak bezanya!

Derma darah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa. Ini bagi saya manfaat terbesar melebihi semua manfaat lain termasuk manfaat bekam. Niat pada yang ni bila derma darah , insha Allah akan dibalasNYA dengan kesihatan yang lebih baik.

Bekam p**a banyak manfaatnya. Ramai lebih percaya pada gimiknya, iaitu “buang darah kotor” menyebabkan terdapat mereka yang skeptik dan memandang serong pada terapi bekam ini. Walhal banyak kajian ke atas terapi ini secara saintifik telah dijalankan terutama oleh negara-negara timur tengah, China, india dan juga Malaysia.

Antara kebaikan berbekam yang saya ingin kongsikan hasil pembacaan berkenaan kajian saintifk yang dijalankan :

1) Bekam meningkatkan antioksida badan melalui adaptasi terhadap stress. Kawasan bekam akan mengalami keradangan hasil tekanan darah di dalam cawan dan pengaktifan sel darah. Badan juga menjadi lebih bertenaga hasil daripada penjanaan bateri sel badan iaitu mitokondria yang membebaskan ATP (tenaga).

Manip**asi redoks mampu memberi kesan positif kepada mereka yang mempunyai masalah alergi, autoimmune, kanser, jangkitan kuman dll. (Bergantung individu case by case bukan pukul rata )

2) Bekam membuang “substance P” (penyebab radang) daripada saraf hujung sumber kesakitan (nociceptor). Hasilnya kesakitan akan berkurangan.

Maka sebab itu bekam sangat pop**ar untuk mengurangkan sakit kepala, carpal tunnel syndrome, lutut, sakit belakang dll kerana ia mampu mengurangkan kesakitan dengan KETARA.

3) Bekam meningkatkan pemulihan sel melalui peningkatan “growth factor” hasil daripada pengaktifan sel pembekuan darah. Vasculoendothelial growth factor (VEGF) contohnya penting untuk pembinaan salur darah baru. FGF p**a merupakan growth factor yang mempunyai pelbagai fungsi (pluripotent growth factor).

Antara fungsinya mengikut beberapa kajian ialah membina salur darah baru di jantung (angiogenesis), menyusun dan menumbuhkan sel-sel kulit, memulihkan luka dan penting bagi perkembangan sistem saraf badan.

4) Terdapat juga kajian menunjukkan bekam mengurangkan kerosakan buah pinggang, merendahkan gula darah, memperbaiki profil kolesterol (meningkatkan HDL, mengurangkan TG dan LDL) darah. Terdapat juga kajian ke atas perokok yang berbekam menunjukkan saturasi oksigen yang lebih tinggi dan lebih senang bernafas.

Banyak lagi yang saya belum baca, tetapi rasanya kebaikan bekam yang saya nyatakan tu BANYAK BEZA manfaatnya berbanding derma darah. Namun saya masih berpendapat manfaat derma darah paling utama iaitu untuk menyelamatkan nyawa lebih bermakna jika ikhlas insha Allah.

Tujuan saya menulis bukanlah untuk membuktikan BEKAM lebih baik berbanding derma darah atau sebaliknya. Saya juga bukan yang paling layak. Mana-mana yang berminat mengetahui lebih lanjut boleh hubungi Prof Dr. Aziz dari HUSM untuk pandangan kepakarannya dalam kajian terapi bekam ini.

Hajat saya ingin menangkis pandangan negatif menganggap bahawa terapi bekam merupakan terapi PSEUDOSCIENCE yang tiada asas saintifik. Ia mungkin bukan EVIDENCE BASED MEDICINE (EBM) peringkat tertinggi bagi anda, tapi berlambak kajian ada di pubmed dan journal-journal saintifik.

IQRA’ ya akhi.

Semoga kita tergolong dalam saintis-saintis dan perawat yang mengangkat tradisi perawatan sunnah ini insha Allah. Insha Allah terapi bekam akan menjadi terapi oldschool terbaru dalam bidang REGENERATIVE MEDICINE!

Www.wasap.my/60107726314/bekamhijamah
Www.wasap.my/60107726314/bekamhijamah
Www.wasap.my/60107726314/bekamhijamah

14/07/2024

Kadang² kita tk tahu apa kebaikan bekam ni. Orang selalu Tanya. Buat bekam ni rasa apa? Best ke? X sakit ke?

Tapi kalau kita sendiri yg jawab, org masih x percaya.

Selalunya ayat org Selepas bekam: eh x sakit pun. Wuish. Ringan betul badan. Best dan sedap. Rasa fresh. Silap² boleh lena lepas bekam.

So kt sni, kena Cuba dulu baru anda sendiri tahu bekam tu rasa apa. Dan apa Kelebihan Bekam. Mmg b*k manfaat dan x menyesal.

Cuba lah bekam sbg amalan sunnah dan utk kekal sihat dan bertenaga. Insyaallah...

Www.wasap.my/60107726314/pusatbekamhijamah
Www.wasap.my/60107726314/pusatbekamhijamah
Www.wasap.my/60107726314/pusatbekamhijamah

Photos from Pusat Bekam Hijamah As-Syifa's post 16/01/2021

Assalamualaikum dan selamat petang... Kepada customer Klinik Bekam Hijamah As-Syifa sebelum datang membuat rawatan...
Sila buat temujanji dlu...
Kerana menjaga S.O.P
Bagi mencegah covid-19

Www.wasap.my/60107726314/klinikbekamhijamahassyifa

11/01/2021

Kepada customer tersayang... Jngan lupa scan code qr dlu😊😊
Sebelum mula berubat ok👌😉

Photos from Pusat Bekam Hijamah As-Syifa's post 10/01/2021

Alhamdulillah... Last customer hari ini....
Anda akan rasa kelainan selepas berbekam...
In Syaa Allah
Badan rasa ringan... Hilang lenguh badan.. Sakit sendi..

Sebelum datang pastikan tubuh badan anda sihat...dan patuh S.O.P

Photos from Pusat Bekam Hijamah As-Syifa's post 31/10/2020

Waktu Afdal berBekam:

Rasulullah SAW sangat menganjurkan pada hari – hari
dan tarikh tertentu yang terbaik untuk berbekam sebagaimana sabda Baginda S.A.W :

1. Dari Ibnu Abbas r a. Rasulullah SAW :
“Sebaik-baik kalian melakukan bekam adalah pada hari ke 17, 19 dan 21.”(HR.Tirmidzi)

2. Dari Anas r.a. Rasulullah SAW bersabda :
“Bahwasannya Rasulullah SAW melakukan bekam di akhda’ain dan di kahilnya pada hari ke 17, 19, dan 21.”
(H.R. Ahmad, Tirmidzi)

3. Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda :
“Barangsiapa melakukan bekam pada hari ke 17, 19, atau 21 maka akan menyembuhkan berbagai penyakit.” .

4. Dalam kitab Qonun fith Thibb, bahawa waktu untuk melakukan bekam itu jam dua atau jam tiga siang dan dilakukan setelah mandi.

5. Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata: 13
“ Nabi Muhammad SAW berbekam, sedangkan pada saat itu Baginda berpuasa ( H.R. Bukhari (1939).

6. “ Nabi Muhammad SAW berbekam sedangkan pada saat itu Baginda berihram. (H.R. Bukhari (1835)

7. Ibnu Sina dalam kitab beliau menyebutkan tentang waktu yang paling baik untuk berbekam ialah pada waktu tengah hari (Pukul 14 atau 15) karena pada waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah-darah toksid sedang dikeluarkan. Jadi mengikuti prinsip yang sama kita boleh menghangatkan pesakit selam 1 jam, istirehat selama 15 minit dan mulai dibekam.

8. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda : “Barang siapa berbekam pada 17, 19 dan 21 hari bulan Hijriyah maka itu adalah hari, hari yang menyembuhkan penyakit.”

9. Dari Ibnu 'Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Berbekam dilakukan dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah kecerdasan otak dan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menambah seorang penghafal menjadi lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, barangsiapa hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama ALLAH. Hindarilah berbekam pada hari Jum'at dan hari Sabtu serta hari Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu, kerana Rabu merupakan hari dimana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta, kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu." (Sohih Sunan Ibnu Majah, (II/261)).

02/02/2020

Sunnah Nabi Saw terbahagi kepada 3

1) Sunnah shurah : yakni perwatakan nabi saw dari kepala hingga kaki seperti janggut, memakai kurta, jubah, serban, bermiswak, wangi wangian, janggut, rambut, celak dan sbagainya yg bkait dengan perwatakan nabi saw,

2)sunnah sirah : yakni perjalanan hidup nabi saw dari nabi saw bangkit dari tidur sehingga tidur kembali seperti bermuamalat, muasyarat, hubungan sesama manusia,nabi saw ke masjid solah berjamaah,berdakwah, taalim wa taalum dan sebagainya yg berkait dengan sirah nabi saw,

3) sunnah sarirah : yakni fikir risau nabi saw keatas umatnya,agar selamat dari azab allah swt, umat nabi saw bukan org islam sahaja, bahkan seluruh manusia di atas muka bumi ada umatnya nabi saw cuma ada yg islam dan belum menerima islam, kerana nabi saw diutus untuk seluruh manusia, seluruh alam hingga qiamat, jadi kena wujudkn fikir risau nabi saw dalam diri dan umat ini,

Semuga sama² kita dapat amal dan sampaikan²,
Inn shaa allah..

22/01/2020

Pedomam hati..

21/01/2020

Selamat malam sahabat.... semoga video ini bermanfaat buat kta semua... 😊😊

Ingin bekam murah... jom.... 😀😀
Www.wasap.my/60167626314/bekamhijamah
Www.wasap.my/60167626314/bekamhijamah

19/01/2020

Amalkn makanan kampung yng ada sekitar kita... in shaa Allah... semoga bermanfaat untk kta semua.... 😊😊😊

Photos from Pusat Bekam Hijamah As-Syifa's post 19/01/2020

➡ Amalan berbekam ternyata mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri. Selain sunnah Nabi yang telah diamalkan semenjak ribuan tahun dahulu, amalan berbekam ini merupakan rawatan alternatif yang dipercayai berkesan dan baik untuk kesihatan diri.
➡ Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat.
➡ Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
➡ Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

Www.wasap.my/60167626314/bekamhijamah
Www.wasap.my/60167626314/bekamhijamah
Www.wasap.my/60167626314/bekamhijamah

16/01/2020

Salam magrib

Photos from Pusat Bekam Hijamah As-Syifa's post 15/01/2020

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.

[Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

Www.wasap.my/60167626314/bekamdarah



Like, komen dan share..

15/01/2020

Sama-sama kita renungkan.... selamat beramal. 😊😊😊

06/01/2020

Renung2kn

KEKAYAAN SEBENAR ADALAH KESIHATAN..
JADI...
JANGAN PERNAH RASA RUGI UNTUK MENGAMALKN SUPPLEMENT...

BETAPA RUGINYA KITA YANG SIHAT TIDAK MAHU MENGJAGA KESIHATAN....
SEDANGKAN BERAPA RAMAI ORANG YANG SAKIT DI LUAR SANA.. MENCARI JALAN UNTUK SIHAT... 😊😊😊

SAMA2 KATA RENUNGKAN...
SELAMAT BERAMAL... 😬😬😬

06/01/2020

Bekam kepala... tanpa cukur rambut..

Want your practice to be the top-listed Clinic in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Rezki halal
Kiamat sudah dekat
Kesihatan
Ilmu islam
Kematian bila2 masa..
Bekam kepala... tanpa cukur rambut..
Maulana salman gadafee
Kelebihan zikir

Category

Website

Address


A-3 R. A. K. R KAMPUNG GETING
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Other Medical & Health in Tumpat (show all)
Coway Tumpat Coway Tumpat
Jalan Hilir Pasar, Pekan Tumpat
Tumpat, 16200

Hi saya Sofia! Agen Profesional dari Coway (ID 607007) Memberikan khidmat nasihat, menguruskan temp

Kurus Sihat Cantik Bersama Eskayvie Kurus Sihat Cantik Bersama Eskayvie
LOT 1237 KG BUNUT SARANG BURUNG
Tumpat, 16200

Mengamalkan gaya hidup sihat dengan eskayvie phytax yang diformulasikan oleh doktor Syid Ayob

Rawatan Urutan tradisonal Dan Bekam sunnah Rawatan Urutan tradisonal Dan Bekam sunnah
Lorong Pakchu Mat Kg Laut
Tumpat, 16040

Diqma Empire Diqma Empire
Kg Jejulok Haji Senik Jalan Bendang Pa Yong
Tumpat, 16210

Mini Stokis Minyak Bidara Aromatherapy amo&bamo

Klinik Mesra Remaja Klinik Kesihatan Bandar Tumpat" Klinik Mesra Remaja Klinik Kesihatan Bandar Tumpat"
KLINIK KESIHATAN BANDAR TUMPAT
Tumpat, 16200

Kami menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja kepada golongan remaja.

Aow Therapy Tumpat Aow Therapy Tumpat
Tumpat, 16200

menjual AOW Therapy / Mr.Therapy original agen sah tumpat / kota bharu

Pusat Rawatan Hizib Pusat Rawatan Hizib
Tumpat, 16200

Merawat masalah gangguan jin, sihir, saka, santau, hasad ain, bekam, sendi tulang. 011-3742 3482

Team Media Klinik Pengkalan Kubor Team Media Klinik Pengkalan Kubor
Pengkalan Kubor
Tumpat, 16200

Healthy Living : Think positive +Eat Better + Exercise often + Feel Good

Gagah Selalu Gagah Selalu
Tumpat, 16200

LaZior by Ciab Shop LaZior by Ciab Shop
Tumpat, 16200