Public Gold by Hafizi Azri
MINAT BERKONGSI TENTANG KEBAIKAN SIMPANAN EMAS
MASTER DEALER G100 NETWORK
WAN | PG00084620
"Takut saya simpan emas, mana tau tiba-tiba turun lepas mula."
Sebenarnya, saya secara peribadi lagi takut kalau biarkan duit dalam bentuk duit kertas.
Sebab risikonya turun lebih besar kalau nak dibandingkan dengan emas.
Risiko terbesar adalah boleh hilang nilai 100%!
Sedangkan emas tak pernah hilang kuasa belinya.
Ya, dalam mana-mana sejarah.
Contohnya, tahun 2015. Ini ketika saya bermula simpan emas.
Ringgit Malaysia jatuh 30% kuasa belinya dalam tempoh setahun.
Sebagai contoh, saya simpan R M 10, 000 dalam akaun pada tahun 2015, nombor tetap sama.
Tapi kalau saya bawa ke negara jiran, realitinya kuasa beli dah hilang banyak.
Sampai ada negara jiran tak nak duit kita pada masa tu.
Ada lagi yang lebih menakutkan.
Kalau dapat dividen 10% setahun pun tak berbaloi sebenarnya.
Jadi bagi saya, emas adalah 'insurans kekayaan kita yang sebenar.
Simpanlah sebahagian kekayaan dalam bentuk emas.
Membiarkan kekayaan dalam bentuk tunai sebenarnya lebih berisiko.
Terus konsisten simpan emas.
Ia akan membantu mengekalkan kekayaan kita sekarang dan akan datang.
SIMPAN EMAS BUAT HILANG RASA
BERDUIT
Antara kelebihan menyimpan emas ialah ia
membuatkan seseorang itu rasa "tidak
berduit"
Walaupun berduit itu penting, tetapi rasa
berduit itu berbahaya.
Lagi teruk ialah orang yang "tidak berduit"
tetapi rasa berduit, dia selalu fikir untuk
berbelanja.
Bahkan dia mungkin berbelanja lebih
daripada kemampuan sebenar dengan cara
membuat hutang.
Bila menjadikan emas sebagai simpanan,
kita akan rasa tidak berduit walaupun pada
hakikatnya emas juga adalah duit dalam bentuk yang lebih baik.
Simpanlah emas dengan tenang, tak perlu berlumba-lumba bandingkan diri dengan orang lain.
Perbaiki cara kita menyimpan dan carilah ilmu untuk uruskan simpanan yang ada dengan betul.
Tanpa ilmu kalau ada Segunung Emas pasti habis ditarah juga.
Carilah Ilmu
Hubungi saya melalui wasap.
Tekan link di Bio untuk cari ilmu.
Kenapa perlu simpan emas, saya cuba jawab disini.
Semoga bermanfaat untuk Follower saya semua.
ADAKAH ANDA SUDAH MEMPERSIAPKAN MASA TUA ANDA?
Orang kata kehidupan adalah terlalu singkat. Memang pun, pejam celik pejam celik, masa lalu sudah lama meninggalkan kita, dan masa hadapan p**a makin laju ke hadapan.
Kita mungkin merasakan kehidupan kita sudah baik, sudah sempurna.
Tapi jika anda muflis tiba-tiba berlaku dalam hidup anda, anda semestinya tidak mampu mengelak lagi.
Sebab itu juga orang kata “Langit bukan selalunya cerah,sediakan paying sebelum hujan”
Dapat merawat sikap boros diusia muda, jawapannya emas.
Dapat mengekalkan nilai sepanjang zaman, jawapannya emas.
Dapat capai apa jua matlamat dalam kewangan, lebih mudah capai dengan emas.
“Alhamdulillah, terima kasih Tn Hafizi sebab ajar saya menyimpan kalau nak harapkan simpan duit memang hujung bulan saya korek balik tabung”- Encik Danial, Guru
“Tn Hafizi, mak saya dah tak marah saya sekarang sebab tabung dah gemuk, dulu saya melabur modified kereta je”- Encik Mikhail, Kerja Sendiri
“Hafizi, akak nak bagitahu saving akak tahun 2021 cecah RM18K dengan simpanan emas, sebelum ni habis buat travel je,takpun shopping handbag”- Kak Nur, Pegawai Bank
Berapa la sangat kan nilai RM100.00 menabung setiap bulan konsisten berbanding dengan masa depan anda yang tidak ternilai harganya kan?
Jadi, apa tunggu lagi?
Jangan biarkan diri anda terus jatuh dan tak bangun-bangun lagi.
Atau ditelan biawak sampai anda tak lalu nak hidup lagi.
Hakikatnya, anda sendiri yang mengubah diri anda.
Komen PM sekarang untuk mendapat bimbingan secara PERCUMA siap dapat hadiah E-Book lagi.
Kalau CASHFLOW dijaga dengan baik, InshaaAllah kewangan kita STEADY je walaupun gaji tak sebesar mana.
Manfaat menyimpan aset emas!!
Sebenarnya ada banyak, tapi saya nak kongsi 6 manfaat hari ini.
Okay, ni adalah manfaat yang kita dapat hasil dari simpan emas:
1. Dapat kawal tabiat boros
Menyimpan duit dalam bentuk emas lebih susah untuk bocor. Kita akan ambil masa berfikir secara rasional sebelum jual / pajak emas tersebut. Secara tidak langsung dapat mengawal sikap boros.
2. Emas mudah dicairkan
Emas boleh dijadikan salah satu bentuk simpanan kecemasan. Kalau hendak guna duit, kita boleh jual atau pajak untuk dapat tunai segera.
3. Emas boleh diwarisi kepada anak cucu
Emas kita boleh wariskan kepada anak-anak. Katakan ada sekilo emas, boleh bahagi sikit-sikit pada anak-anak.
4. Boleh disimpan sikit-sikit
Tak perlu modal beribu untuk simpan emas. Dengan RM100 sahaja, kita mampu memiliki emas berketulenan 24karat. Simpan dalam Akaun GAP.
5. Simpan emas untuk beli aset lain
Simpan emas untuk beli aset lain sepert tanah atau rumah.
6. Kekalkan kuasa beli
Pada 1400 tahun yang lalu 1 Dinar mampu membeli seekor kambing. Bayangkan pada hari ini 1 Dinar masih lagi mampu membeli seekor kambing. Nampak kan, emas masih kekal kuasa belinya walaupun berzaman..
Jadi, itulah serba sedikit manfaat simpan emas, sebenarnya emas tak mahal yang mahal adalah disebabkan duit kita dimakan inflasi.
Dapat sesuatu?
SEGAN KALAU NAK KAHWIN TAK SIAPKAN TEMPAT TINGGAL
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Berkat usaha menggali ilmu uruskan kewangan.
Hari ini saya tidak lagi menadah pertanyaan orang “mu bilo nok nikoh?”
Saya dah nikah Julai 2021.
Lepas nikah orang tak sempat nak tanya “bini duduk rumah mertua ke? Tak beli rumah?”
Alhamdulillah saya dah beli rumah.
Kalau ikutkan umur saya yang baru 26 Tahun agak lambat juga bagi saya memiliki rumah kerana ada rakan-rakan lain sebaya dengan saya yang sudah miliki dua buah rumah.
Semuanya sebab kenal simpanan emas dan cara pengurusan kewangan dengan betul saya dapat capai apa yang saya ada sekarang.
Alhamdulillah, sekarang saya takde masa nak pening kepala saya dah mula kumpul emas untuk Dana Pendidikan Anak walaupun masih dikurniakan Cahaya Mati. Doakan saya dan isteri ya.
Duit Kertas hanya Sah diperakukan dengan Jaminan Kerajaan sesebuah negara.
Kalau emas seluruh negara terima.
Yang mana lagi baik?
Kenali Public Gold dengan lebih dekat.
“SAYA DAH PENAT FIKIRKAN HUTANG, TIDUR MALAM PUN TAK LENA”-Encik Ahmad,Engineer Oil and Gas
Gaji besar bukanlah Kayu Ukur bagi kekayaan seseorang.
Kekayaan adalah bermula dengan Simpanan.
Mentor saya pernah berkata, untuk menjadi kaya bukan Wang yang dicari tetapi ilmu.
Gaji RM1,000.00 menyimpan RM100.00 adalah lebih baik berbanding gaji RM3,000.00 tetapi langsung tiada simpanan.
Simpan Emas jangan tengok harga jika mahu simpanan makin gemuk.
Fokus 1 Keluarga 1 Kilogram
Inilah kelebihan Emas, makin disimpan makin kuat perasaan ingin tambah simpanan.
Kalau duit, makin disimpan makin cepat habis dibelanjakan.
Simpan baik-baik dan tanda setiap bulan tanpa culas menyimpan.
Buka mata dan mulakan simpanan seperti biasa.
Benda paling best apabila mula simpan emas adalah.
1. Matlamat Kewangan Mudah Dicapai.
2. Hidup Tenang Simpanan Banyak.
3. Bebas Hutang.
Mulakan simpanan emas tanpa Tapi atau Nanti.
Jangan percaya saya kalau anda bukan jenis s**a menyimpan.
Alhamdulillah Syukur diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk saya berjumpa dengan Mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan Isteri.
Banyak Ilmu yang ternyata mahal beliau kongsikan kepada saya dan isteri.
Banyak pesanan beliau yang kami ingat dan semat dalam hati adalah salah satunya adalah:
“En Wan dan isteri masih muda, fokus betul-betul dan kejar matlamat dalam masa tiga tahun”
Bagi anda yang mana belum mengenali Mentor saya, beliau adalah seorang Penulis Buku Kewangan yang tersohor dan juga seorang Jutawan Senyap yang telah capai Kebebasan Kewangan yang sebenar.
Jika anda berminat dan berhasrat untuk mulakan simpanan emas, anda boleh hubungi saya dan saya yakin dengan ilmu yang diberikan oleh Mentor kepada saya adalah ilmu yang sangat berguna untuk kita semua.
Ummi pesan, nak jadi orang yang hebat kena berkawan dengan orang yang hebat.
Nota: Terima Kasih Tuan dan Isteri kerana sudi meluangkan masa dan sudi Tandatangan Buku Penulisan Tuan yang saya beli sejak Oktober 2020.
Tak paksa tak jadi kalau menyimpan ni, kena paksa diri sampai jadi tabiat.
Jom jadi penyimpan Emas yang ketagih Emas.
Tekan link di Bio ya
Hutang Negatif VS Hutang Positif
Jangan pedulikan harga emas, kejar 1000 Gram dahulu.
Ketagihan yang membuatkan anda kaya adalah ketagihan menyimpan emas.
Usaha tidak akan mengkhianati hasil
Simpan hari ini untuk hari esok.
Muhasabah diri dan susun kewangan sebaiknya.
Jika anda susah simpan duit tak pernah kekal cuba simpan emas.
Emas disimpan dan dilupakan, konsep mudah, semakin lama pantau harga emas semakin lama kita bazirkan masa. Mentor saya pernah berpesan, jika nak tambah simpanan emas, tengom gram emas bukan harga emas.
Gaji seribu simpan seratus lebih baik daripada gaji sepuluh ribu tetapi tiada simpanan.
Uruskan dengan Bijak dan Tersusun.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Tumpat
Tumpat, 16200
Menguruskan Jual Beli Hartanah & Bina Rumah Di Kelantan Terutama di Wakaf Bharu, Tumpat, KB, Bachok, Pasir Puteh,Pasir Mas,Tanah Merah, wsp Amira 017-9552917. REN under Agency Kelt...
Jalan Hilir Pasar Wakaf Bharu
Tumpat, 16210
Berpeluang Untuk Membina Rumah Diatas Tanah Sendiri Dengan Harga Mampu Milik.......
Berangan Tumpat
Tumpat, 15300
KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BINA RUMAH AREA KELANTAN DAN BESUT
Kampung Kelong
Tumpat, 16200
Bina rumah atas tanah sendiri, menjual rumah siap serta pengubahsuaian rumah sekitar Tumpat, Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas. Kami menjanjikan hasil kerja yang berkualiti dan ber...
Tumpat
membekal dan memasang peralatan keselamatan seperti cctv, alarm system dan autogate
Wakaf Bharu
Tumpat, 15000
MEMBINA RUMAH BERKONSEPKAN TAMAN BERSKAL BESAR FOKUS UTAMA KAWASAN SEKITAR WAKAF BHARU & TUMPAT
Tumpat
RUMAH TERES SETINGKAT, BANGLO PUN ADA JIKA MAHU. HARGA SANGAT MURAH.