Pejabat AGAMA tumpat

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat AGAMA tumpat, Government Official, PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT, KOMPLEKS ISLAM JAJAHAN TUMPAT, Tumpat.

NIKAH, CERAI, RUJUK
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
DAKWAH

SEBARANG URUSAN ATAU PERTANYAAN BOLEH TERUS HUBUNGI KAMI DI TALIAN :
09-725 3382
PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 13/08/2024

11 Ogos 2024M bersamaan 06 Safar 1446H telah berlangsung satu Program Taklimat Penerangan Undang-Undang Jenayah Syariah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Husnie Adabi Bin Abdul Kadir , Penolong Pegawai Agama(Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jajahan Tumpat. Peserta terdiri daripada pelajar Sekolah dan yang hadir lebih kurang 400 orang. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Tumpat dan Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 11/08/2024

PROGRAM KUCA BUBUR SUGHO PERINGKAT JAJAHAN TUMPAT 2024

7 Ogos 2024, Pejabat Agama Jajahan Tumpat telah mengambil bahagian dalam Program Kuca Bubur Sugho Peringkat Jajahan Tumpat 2024. Program ini berlangsung dari jam 6.30 pagi hingga 3 petang, di mana sebanyak 9 kawah Bubur Sugho telah dimasak dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan di Jajahan Tumpat.

Kehadiran YABrs Tuan Wan Ahmad Suwaidi Bin Zainal Abidin, Ketua Jajahan Tumpat, turut memeriahkan lagi program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Diharapkan kerjasama dan ukhuwah yang terjalin antara jabatan-jabatan serta pihak masjid akan terus subur, membawa manfaat yang berpanjangan kepada seluruh ummah.

07/08/2024
Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 28/07/2024

TAZKIRAH AGENSI BERSAMA AADK TUMPAT

28 Julai 2024 (Ahad) Jam 9.00 Pagi telah diadakan Tazkirah Agensi di Bilik Gerakan AADK Tumpat. Tazkirah bertajuk 'Rukuk' telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Zawawi Bin Abdullah, Jentera Daie Jajahan Tumpat yang dihadiri oleh 20 orang Kakitangan AADK Tumpat.

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 27/07/2024

Program Keluarga Sakinah Jajahan Tumpat 2024

27 Julai 2024 - Program Keluarga Sakinah Jajahan Tumpat 2024 yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAHEAIK, dan Masjid As-Somadi Mukim Genting telah berjaya dilaksanakan. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan penyertaan seramai 495 orang.

Slot pertama program ini dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Syed Mustafa bin Syed Mohammad, Ketua Balai Polis Pengkalan Kubor.
Slot kedua merupakan ceramah mengenai keluarga sakinah yang disampaikan oleh Puan Norhayati binti Mohammed, seorang Pegawai Kaunseling dari Pejabat Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan.

Selain itu, pihak Masjid As Somadi turut mengadakan sesi penyampaian bakul makanan kepada penduduk Mukim Genting sebagai tanda keprihatinan kepada masyarakat setempat.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Imam dan AJK Masjid As Somadi Mukim Genting, barisan urusetia, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Keluarga Sakinah Jajahan Tumpat 2024. Jazakallahu khairan kathira.

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 26/07/2024

KULIAH SUBUH KHAS

26 Julai 2024 - Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Ahmad Zuhdi Bin Nik Yaacob (Pegawai Agama Jajahan Tumpat) bertempat di Masjid Mukim Kelaboran, Tumpat.

26/07/2024

KULIAH SUBUH JUMAAT
Kuliah disampaikan oleh YBrs. Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob
Pegawai Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 23/07/2024

Program Pengukuhan Akidah Dan Jati Diri Ummah (PADU) Jajahan Tumpat 2024

23 Julai 2024 - Alhamdulillah, Program Pengukuhan Akidah Dan Jati Diri Ummah Jajahan Tumpat 2024, atau singkatannya PADU 2024, telah berjaya dilangsungkan di Dewan Al-Aziz, Kompleks Islam Jajahan Tumpat yang dihadiri seramai 95 orang peserta.

Program ini dimulakan dengan sesi pertama yang bertajuk 'Asas Akidah Islam', disampaikan oleh Pegawai Agama Jajahan Tumpat, Al Fadhil Ustaz Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob. Sesi ini membincangkan asas-asas akidah dalam Islam yang merupakan tunjang kepada keimanan umat Islam.

Sesi kedua bertajuk 'Cabaran Akidah Masa Kini' telah disampaikan oleh Dr. Che Shamsuddin Bin Mohammed Noor, mantan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru. Dalam sesi ini, Dr. Che Shamsuddin membincangkan pelbagai cabaran akidah yang dihadapi oleh umat Islam pada masa kini serta cara untuk mengatasinya. Program ini turut diadakan sesi soal jawab, memberi peluang kepada peserta untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai topik yang dibincangkan.

Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Cikgu Mohd Adanan Bin Hassan, ADUN Kelaboran, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan diteruskan dengan penyampaikan Hadiah Cabutan Bertuah kepada peserta yang bertuah.

Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam penganjuran dan pelaksanaan program ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan memberikan manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat. Jazakallah khairan kathira.

23/07/2024

Program Pengukuhan Akidah & Jati Diri Ummah (PADU) Jajahan Tumpat 2024

23 Julai 2024
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Dewan Al Aziz, Kompleks Islam Jajahan Tumpat

Slot 2
CABARAN AQIDAH MASA KINI
Penceramah : YBrs Dr Che Shamsuddin Bin Mohammed Noor
Mantan Pengarah
Institusi Pemikiran Tok Guru

Perasmian Penutup Disempurnakan Oleh :
Yang Berhormat Cikgu Haji Mohd Adanan Hassan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran

23/07/2024

Program Pengukuhan Akidah & Jati Diri Ummah (PADU) Jajahan Tumpat 2024

23 Julai 2024
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Dewan Al Aziz, Kompleks Islam Jajahan Tumpat

Slot 1
Asas Akidah Islam
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Nik Ahmad Zuhdi Bin Nik Yaacob
Pegawai Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 17/07/2024

MUHARRAM

Muharam merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Selain itu, ianya bagi menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Photos from Majlis Daerah Tumpat's post 16/07/2024
16/07/2024

Puasa Hari Asyura

Menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan Muharam dengan satu amalan iaitu berpuasa sunat pada 10 Muharam. Puasa sunat ini juga dikenali sebagai puasa Hari Asyura. Amalan puasa hari Asyura ini menjadi kelaziman kepada umat Islam.

Pejabat Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 15/07/2024

14 Julai 2024M bersamaan 08 Muharram 1446H telah berlangsung satu Program Taklimat Penerangan Undang-Undang Jenayah Syariah di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Husnie Adabi Bin Abdul Kadir , Penolong Pegawai Agama(Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jajahan Tumpat) ini berjaya melibatkan seramai 450 orang pelajar sekolah berkenaan. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Tumpat dan Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Pejabat Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 12/07/2024

PROGRAM BICARA AD-DIN : HIJRATUL RASUL SAW 1446H

12 Julai 2024. Alhamdulillah, selesai sudah Program Bicara Ad-Din : Hijratul Rasul 1446H di Masjid Al Husna, Alor Durian. Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nor Azariza Bin Mohd Alawi yang telah dihadiri seramai 120 orang jemaah.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Wakaf Bharu, Ustaz Rusli Bin Abdullah.

Terima kasih kepada Ajk Masjid Al-Husna Alor Durian dan semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Jazakumullah.

Pejabat Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 10/07/2024

Kursus pra perkahwinan Pejabat Agama Tumpat siri yg kelapan telah berlangsung pada 09 dan 10 Julai 2024 secara bersemuka. Antara penceramah yang terlibat ialah Ustaz Nik Ahmad Zuhdi, Ustaz Ameer Al Sadat, Ustaz Wan Hafiz, Ustaz Bahrin Yusof, Ustaz Abd. Rahman Sulaiman,Yang Arif Tn. Hakim Tumpat, Wan Azimin Wan Adnan, Ustaz Husni Adabi, dan Dr. Mohd Azrul Hafizul.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti kursus pra perkahwinan secara bersemuka pada kali ini.

Pejabat Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 06/07/2024

Salam Maal Hijrah 1446 Hijrah

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur;”
Surah al-Nisa’ (100)

Ikhlas Daripada :-
Kakitangan Pejabat Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 05/07/2024

28 Jun 2024 (Jumaat), Program Usrah Solehah Jajahan Tumpat telah diadakan di Surau At-Taqwa Kampung Simpangan yang berjaya melibatkan kira-kira 300 orang peserta. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Jajahan Tumpat dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam Jaheaik dan AJK Surau At-Taqwa Kampung SImpangan. Ceramah Usrah Solehah ini disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Zainuddin Bin Che Ismail.

Terima Kasih kepada YB ADUN Pengkalan Kubor, Urusetia Pejabat Agama Jajahan Tumpat dan AJK Surau At-Taqwa Kampung Simpangan Tumpat atas Kerjasama dalam menjayakan program Forum Usrah Solehah ini. Jazakumuallah.

Pejabat Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 05/07/2024

28 Jun 2024 (Jumaat), Program Imarah Surau Jajahan Tumpat telah diadakan di Surau At-Taqwa, Kampung Simpangan. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Jajahan Tumpat dengan kerjasama Bahagian Dakwah Jaheaik dan AJK Surau At-Taqwa.

Program dimulakan dengan acara sukaneka seperti bowling kelapa, sepakan penalti, kail botol, kukur buah kelapa berpasangan dan pelbagai acara lain yang berlangsung dengan meriah. Kira-kira 300 penduduk setempat dari pelbagai lapisan usia turut serta dalam program ini.

Program diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati kepada Al-Fadhil Ustaz Naim Bin Md Ghazali, Pegawai Agama Jajahan Pasir Mas yang mewakili Pegawai Agama Jajahan Tumpat, penghulu Kampung Simpangan, dan imam Surau At-Taqwa. Program Imarah Surau At-Taqwa diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka dan cabutan bertuah.

Terima kasih diucapkan kepada YB ADUN Pengkalan Kubor, imam, penghulu, dan AJK Surau At-Taqwa Kampung Simpangan yang telah bekerjasama dalam menjayakan Program Imarah Surau At-Taqwa Kampung Simpangan ini. Jazakumullahu khairan.

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 09/06/2024

Pada 9 Jun 2024M bersamaan 02 Zulhijjah 1445H telah berlangsung satu Program Taklimat Penerangan Undang-Undang Jenayah Syariah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu, Tumpat. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Husnie Adabi Bin Abdul Kadir , Penolong Pegawai Agama(Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jajahan Tumpat. Peserta terdiri daripada pelajar Sekolah dan yang hadir lebih kurang 1000 orang. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Tumpat dan Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 09/06/2024

7 Jun 2024, Program Bicara Ad-Din: Forum Ibadah Korban dan Haji 1445H telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Mukim Paloh, Tumpat. Forum ini menampilkan 2 ahli panel, iaitu Al Fadhil Ustaz Syeikh Kyairder Syamzarey Bin Haji Wan Idris (Imam Tua Masjid Tok Uban) dan Al Fadhil Ustaz Wan Hafiz Bin Wan Yusoff (Pengelola Halaqat Tumpat), manakala moderator bagi forum ini adalah Al Fadhil Pegawai Dakwah Tumpat, Ustaz Ameer Al Sadat Bin Anuar Al Sadat. Program anjuran bersama Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Bahagian Dakwah JAHEAIK, dan Masjid Mukim Paloh dihadiri oleh sekitar 120 orang jemaah. Ucapan terima kasih diucapkan kepada para panel jemputan, Imam Tua Masjid Mukim Paloh AJK Masjid Mukim Paloh, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 06/06/2024

Pada 05 Jun 2024, telah berlangsung satu Program Taklimat Penerangan Undang-Undang Jenayah Syariah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut ,Tumpat. Ceramah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Husnie Adabi Bin Abdul Kadir, Penolong Pegawai Agama (Bh Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jajahan Tumpat), dengan kehadiran kira-kira 958 orang pelajar Sekolah. Program in dianjurkan oleh Pejabat Agama Tumpat dan Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Pejabat Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 14/05/2024

Pada 13 May 2024M bersamaan 04 Zulkaedah 1445H telah berlangsung satu Program Taklimat Penerangan Undang-Undang Jenayah Syariah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pinang Tumpat. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al Fadhil Ust Husnie Adabi Bin Abdul Kadir Penolong Pegawai Agama(Bhg Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jajahan Tumpat. Peserta terdiri daripada pelajar Sekolah dan yang hadir lebih kurang 213 orang. Program anjuran Pejabat Agama Tumpat dan Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Pejabat Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 12/05/2024

11 Mei 2024 (Sabtu), Forum Usrah Solehah Jajahan Tumpat telah diadakan di Masjid Mukim Delima yang berjaya melibatkan kira-kira 100 orang peserta. Forum ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Jajahan Tumpat dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam Jaheaik dan Masjid Mukim Delima. Forum Usrah Solehah ini dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Faisan Bin Razali yang berperanan sebagai moderator, manakala ahli panel jemputannya ialah Al Fadhil Ustaz Suhaimi Bin Mohamad, Mantan KPP Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Jaheaik, dan Al Fadhil Ustaz Abdullah Bin Mohamad, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah.

Terima Kasih kepada Imam Tua, Ustaz Rosman, dan AJK Masjid Delima atas Kerjasama dalam menjayakan program Forum Usrah Solehah ini. Jazakumuallah.

Pejabat Agama Jajahan Tumpat

Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 06/05/2024

4 Mei 2024 bersamaan 25 Syawal 1445H, Seminar Lelaki Qawwam Dan Taklimat Keselamatan anjuran Pejabat Agama Jajahan Tumpat dengan kerjasama Masjid Mukim Wakaf Bharu Dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Besar Imam As Syafie, Masjid Wakaf Bharu.

Program ini diisi dengan Pembentangan Kertas Kerja "Lelaki Qawwam" oleh Dr Mohd Azhar bin Abdullah, Pengarah Institut Bahasa Antarabangsa (BIA), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), dan Taklimat Keselamatan disampaikan oleh Tuan Haji Hishamuddin bin Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Majlis Keselamatan Negara.

Program diakhiri dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YB Haji Mohd Rusli bin Abdullah, Adun Wakaf Bharu.

Photos from Pejabat Agama Jajahan Tumpat's post 04/05/2024
Photos from Pejabat AGAMA tumpat's post 02/05/2024

'Ingin mengisi borang kebenaran berkahwin secara atas talian?'

Disini, kami sertakan proses-proses permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian melalui sistem e-qaryah.

Link e-Qaryah : https://eqaryah.kelantan.gov.my/perkahwinan_prosedur.php


Pejabat Agama Jajahan Tumpat

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Program Pengukuhan Akidah & Jati Diri Ummah (PADU) Jajahan Tumpat 202423 Julai 20248.00 pagi - 1.00 tengah hariDewan Al ...
Program Pengukuhan Akidah & Jati Diri Ummah (PADU) Jajahan Tumpat 202423 Julai 20248.00 pagi - 1.00 tengah hariDewan Al ...
Program Pengukuhan Akidah & Jati Diri Ummah (PADU) Jajahan Tumpat 202423 Julai 20248.00 pagi - 1.00 tengah hariDewan Al ...
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُSelamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024MMaaf Zahir & BatinSemoga Syawa...

Address


PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT, KOMPLEKS ISLAM JAJAHAN TUMPAT
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Other Tumpat public figures (show all)
Bare Local Bare Local
Tumpat

Local Products

Sohorbarbershop Sohorbarbershop
Kampung Cabang Tiga Berangan
Tumpat

lailahaillallah Muhammadur rasullullah.

Dealer maxoil tumpat Dealer maxoil tumpat
Jubakar Pantai
Tumpat

jom sokong product bumiputra

GTR-Groups Tumpat Region Pages GTR-Groups Tumpat Region Pages
Tumpat

Hobby n friendship

ROTI JALA ROSE Tumpat ROTI JALA ROSE Tumpat
Tumpat, 16040

Rose lace pancakes – pretty to look at delicious to eat ! • • • Every Bites is Definitely Pure Happiness Perfect Gifts Open To All Ages

Paih Sohorbarbershop Paih Sohorbarbershop
Kg Berangan Tepi Kdai Runcit Tokseh
Tumpat

gunting rambut kampung

AutoRelief AutoRelief
Tumpat, 16040

Matyul Mael Matyul Mael
Tumpat

🙂Semoga Dimurahkan Rezeki🙂

Registar.Store Registar.Store
Tumpat

Kami menjual tracksuit yang padu dan selesa untuk dipakai dan bersukan . Untuk pilih saiz dan design , sila PM page ini

mohd mubin mohd mubin
Tumpat
Tumpat, 16040

senang di rapati

Iman_Exclusive Iman_Exclusive
Tumpat

"Yakin dengan Sunnah, pasti ada kejayaan" Put Allah first, you never be last

Tuan Guru Haji Abdul Rahman Tuan Guru Haji Abdul Rahman
Kg Alor Tal, Chabang Empat
Tumpat, 16210