Masjid Kampung Laut
Masjid telah dikembalikan ke lokasi asalnya di Tumpat, tebing Sg Kelantan.
Masjid Kampung Laut adalah yang tertua di Malaysia, dengan rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku, sebaliknya menggunakan pesak kayu dan buloh.
Meriah suasana di Laman Seni Kampung Laut dengan kehadiran pelawat dari jauh (dari Koperasi Seri Cheeding Berhad, Kuala Langat, Selangor).
Semoga mereka dapat menghayati sejarah Masjid tertua di Tanah Melayu ini dan berkongsikan pengalaman hari ini dengan kaum keluarga mereka kelak.
TENGKOLOK GETAM BUDU........
Tengkolok khas Kelantan dikenali sebagai Getam Budu mempunyai keistimewaan tersendiri dan menjadi hiasan kepala sering dikenakan lelaki pada majlis adat istiadat di Istana negeri Kelantan
Selain menjadi tanjak rasmi Sultan Kelantan, ia juga menjadi hiasan kepala kepada semua kerabat diraja, pembesar negeri atau pegawai tadbir negeri, kini Getam Budu mula menjadi perhatian rakyat khususnya di negeri Che Siti Wan Kembang.
Perbezaan Getam Budu dengan tengkolok yang lain adalah pada lipatan berbentuk bunga di hadapan tengkolok, selain mempunyai ikatan simpul pada bahagian belakang.
Perbezaan Getam Budu dengan tengkolok yang lain adalah pada lipatan berbentuk bunga di hadapan tengkolok, selain mempunyai ikatan simpul pada bahagian belakang.
Menariknya, pembuatan Getam Budu hanya menggunakan sehelai kain songket tanpa perlu dipotong atau digunting, kemudian memerlukan kemahiran teknik lipatan (solekan) bagi membentuk satu tengkolok dengan hiasan bunga di hadapan.
Imej: Foto Lipatan Bunga Getam Budu oleh Tuan Norazlee
Dikongsikan panorama pada Mac 2016, suasana kampung semasa lawatan tapak pertama, meneliti suasana kampung sebelum projek pemindahan masjid dari Nilam Puri dilaksanakan.
GOGOH................Refresh.......Tahun Melawat Kelantan 2024..
REFRESH - Masjid Lama Kampung Laut, Tahun Melawat Kelantan 2024
JOM J'AWI........SUNAKKK........PERCUMAAAAAAA
16 Disember 2023
Majlis istiadat Berkhatan Jamaie........
Kem BBM Telong Bachok Kelantan
7.30 pagi - 4.00 petang
Champa, Chi Tu dan Alam Melayu
Sejarah Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu Yang Disembunyikan - Dr Mat Rofa
sambutan maulidurrasul dari guru dan murid2 sekolah...alhamdulillah masjid ini menjadi mercu tanda utk pelbagai aktiviti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Masjid Kampung Laut bakal menjadi warisan sejarah yang bernilai tinggi.
"Usaha untuk mendapatkan pengiktirafan Masjid Lama Kampung Laut sebagai Monumen Warisan Kebangsaan dan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, pastinya akan dapat memelihara dan melonjakkan taraf profil warisan sejarah dan budaya negeri kelantan, adalah amat dialu-alukan.
"Kerajaan Persekutuan menyokong penuh langkah bagi mewartakan Masjid Kampung Laut ini sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara dan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, kerana ia sangat signifikan," katanya.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-sokong-masjid-kampung-laut-diwarta-jadi-tapak-warisan-dunia-unesco-pm-380245
Kerajaan sokong Masjid Kampung Laut diwarta, jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO - PM Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Masjid Kampung Laut bakal menjadi warisan sejarah yang bernilai tinggi.
Alhamdulillah... amanah yg telah hampir selesai dilunaskan untuk komuniti kini dan generasi akan datang...
Disaat berada disini mata bukan hanya melihat objek (tangible).. tetapi lontarkan pandangan sehingga dapat membayangi susah payah pendakwah dahulu berkorban masa dan waktu untuk meneruskan usaha penyebaran ilmu dan dakwah (intangible)... sungguh mulia mereka... sungguh gigih mereka... sungguh ikhlas mereka... Ya Allah tempatkan mereka di jannahMu.... ameen
Papan tanda di tepi jalan ketika masjid masih berada di Nilam Puri.... gambar dari 3 dekad yang lalu
Laman Warisan Kampung Laut tarikan baharu di Kelantan TUMPAT - Laman Warisan Kampung Laut bernilai RM20 juta yang dibangunkan di perkampungan serunding paling terkenal di negeri ini menjadi tarikan baharu di Kelantan selepas mula beroperasi sepenuhnya pada awal bulan ini. Pengurus Besar (Bahagian Pelaksanaan Projek) Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi P...
Ada kerja 'inspection' perlu dibuat... kita kongsi pemandangan dari menara.
Ada kerja 'inspection' yang perlu dibuat..... jom tengok ruang suluk (di loteng)
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Projek Relokasi Masjid Kampung Laut, mungkin ada sesuatu yang tidak mungkin kelihatan ialah ‘The Spirit of Masjid Lama Kampung Laut’
Mungkin kita mampu melihat aspek estetik fizikal Masjid semata tetapi sebagai manusia yang dikurniakan keterbatasan ilmu dan deria oleh Allah…… aspek aspek lain seperti Metafora, Etika dan Metafizika tidak mampu dilihat dengan mata kasar.
Masjid Lama Kampung Laut adalah Rumah Allah di muka bumi…. Semestinyalah ianya lokasi yang perlu dimulia dan disucikan oleh khalifahNya di muka bumi. Ia adalah lokasi turunnya Rahmat kepada hamba hambaNya yang memakmurkannya.
Memindahkan Rumah Allah perlu diiringi dengan NIAT yang juga kerana Allah……. Kerana Kuasa Niat (The Power of Intention) cukup besar dan hebat dalam Islam.
Kalau niat hanya untuk mendapat Status Dunia maka Dunialah habuannya…….
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS. At-Taubah [9]: 18
Maka oleh itu , perlu kita ingat bahawa Masjid Lama Kampung Laut ini memiliki …. pemiliknya….. dan setiap elemen dan komponen Masjid ini juga memiliki Jiwa/Roh dan kandungannya yang tidak kelihatan dan halimunan.
Mungkin ada makhluk Allah yang juga beriktikaf ratusan tahun sejak dulu yang tidak kelihatan….. ini kerana Makhluk Allah yang beragama Islam bukan sahaja Manusia tetapi Jin yang turut memakmurkannya sejak ratusan tahun dahulu. Ada ruang bersuluk yang juga dimanfaatkan oleh hamba Allah tersebut.
Firman Allah : Surat Zariat Ayat ke 56
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ
56. Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.
Oleh itu saya ingin mengajak kita semua agar melihat setiap Masjid khususnya MLKL ini sebagai sesuatu yang istimewa bukan sahaja pada Nilai Estetiknya semata…. Tetapi juga pada nilai sejarah ia dahulu didirikan dan juga NIAT Para PEWAKAF ratusan tahun dulu yang mewakafkan Harta, Tenaga, Pemikiran dan TAKAZA mereka kepada sebuah Rumah Allah yang menjadi tempat manusia berhimpun untuk menyembah dan mengESAkan Allah.
Sekian, dari HambaNya
Johan Ariff Ismail
Masjid Lama Kampung Laut (Soul of Kampung Laut) bagi sesiapa yang menelusuri dan memahaminya. Patah Tak Tumbuh, Hilang Tidak Berganti.........Kepulangan Masjid Lama Kampung Laut...Ibarat Sireh Pulang k...
Originally located in a quaint village that shares the same name, Masjid Kampung Laut has survived the test of time by avoiding fire and civil unrest, which were prevalent in the 18th and 19th centuries.
Its rural orientation also played a key role in shielding it from evolving Malay architectural fashions that began in earnest during the early 20th century.
Although the exact date of Masjid Kampung Laut's construction has been lost in the sands of time, locals maintain that the mosque has already existed for at least five generations.
https://www.nst.com.my/news/nation/2022/04/787683/mosques-amazing-tales-tell
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the place of worship
Address
Jalan Tok Nek
Tumpat
16000
LOT 553 MUKIM SIMPANGAN Kg Jejulok
Tumpat, 16200
Pembinaan Masjid Ibn Abbas Kg. Simpangan, Jejulok 16200 Tumpat Kelantan
Tanah LOT 3401 (Plot 1 Dan 2), Kg Julok, Mukim Simpangan, Daerah Pengkalan Kubor
Tumpat, 16200
Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sebuah Masjid Baharu 1 (Satu) Tingkat, (Masjid Ibn Abbas) Di Atas Lot 3401 (Plot 1 Dan 2), Kampung Jejulok, (Sub Mukim) Mukim Simpangan, Daerah Peng...
LOT 553 MUKIM SIMPANGAN
Tumpat
Pembinaan Masjid Ibn Abbas Kampung Jejulok Mukim Simpangan, 16200 Tumpat, Kelantan
Masjid Nurul Hidayah, Mukim Gerong, Lot 1878, Kampung Sungai Pinang
Tumpat, 16040
Gerong Islamic Centre (GIC) Masjid Mesra Masyarakat Masjid Mesra Musafir
Kg Tanjung Kuala
Tumpat, 16200
Masjid At-Tawwabeen siap dibina pada tahun 1981. Pada mula penubuhan dikenali sebagai madrasah Darul Ukhuwah. Pada tahun 1998, madrasah ini telah di naik taraf menjadi sebagai sebu...
LOT 553 MUKIM SIMPANGAN Kg Jejulok
Tumpat, 16200
Pembinaan Masjid Ibn Abbas Kg. Simpangan, Jejulok 16200 Tumpat Kelantan
Masjid Iktikaf Haji Mad Kg Kok Pasir
Tumpat, 16040
Sebarangan sumbangan melalui wang atau barangan boleh rujuk pages masjid ni.
Kg Nechang
Tumpat, 16210
Masjid Al-itqan merupakan cadangan bagi mewujudkan masjid mukim baru (mukim telaga bata) yang melibatkan 4 buah kampung sekitarnya.