Penasihat Syariah Supeean Azmi

Shariah Advisor Ginen Bersatu Sdn. Bhd.

21/11/2022

BAHAGI HARTA PUSAKA SECARA FARAID ADALAH WAJIB. JOM BELAJAR FARAID.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah tentang kewajipan membahagikan harta pusaka secara faraid. Muafakat atau sama rata sekali pun hendaklah mengikut faraid.

Kenal pasti hak waris secara faraid terlebih dahulu. Selepas itu baru boleh menolak hak, terima hak, tebus hak, dan sebagainya yang dikenali sebagai takharuj.

Jadi, apa-apa hal sekali pun, pembahagian secara faraid adalah wajib. Mempelajari ilmu faraid walau pun adalah fardhu kifayah, tetapi amat penting pada zaman fitnah ini kerana agak susah untuk mendapatkan mereka yang benar-benar faham faraid.

Ilmu faraid itu bukan sekadar tahu siapa yang berhak kepada harta pusaka dan berapa kadar asal pembahagian kepada waris. Ilmu faraid itu hendaklah sehingga ke tahap boleh membuat kira-kira secara mendalam sehingga ke peringkat tashih.

Untuk info lebih lanjut serta pengurusan Faraid boleh hubungi saya ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Penasihat Syariah Supeean Azmi
01110965424

16/11/2022

*Apa antara top soalan yang ditanya kepada saya berkaitan Dokumen Hibah?*

1. Dokumen Hibah yang awak buat ni sama ke macam Hibah Takaful?

Jawapan: Tak sama. Tapi dua2 saya buat. Dokumen Hibah ni mudah fahamnya macam ni, awak ada beli rumah. Dan hasrat awak, jika awak meninggal nanti rumah yang awak beli tu awak nak bagi (hibahkan) kepada pasangan. Jadi, hasrat awak untuk membuat hibah tu saya buatkan 1 Dokumen supaya ada bukti yang kukuh dan akan terkeluar dari urusan faraid bila awak meninggal nanti.

2. Dokumen Hibah yang awak buat ni kena bayar bulan-bulan macam bayar takaful ke?

Jawapan: Tidak, ianya hanya perlu dibayar secara tunai dan sekaligus (lump sum) sahaja

3. Harta yang masih dalam hutang pun boleh buat dokumen hibah?

Jawapan: Ya, boleh. Nanti saya akan minta beberapa dokumen untuk proses dokumen hibah ni.

Belajar sesuatu? Awak dan pasangan dah ada hasrat untuk mewariskan harta2 kepada pasangan dan anak2?

Mari saya bantu menguruskan Dokumen Hibah awak dan pasangan. Khidmat rundingan secara PERCUMA akan diberikan.

Hubungi saya untuk khidmat rundingan percuma:

Penasihat Syariah Supeean Azmi
+60 11-1096 5424

14/11/2022

WASIAT TIDAK SAH

Wasiat pada waris tidak sah kerana beberapa sebab, ini antaranya:

1. Wasiat pada waris, sememang telah ada hak faraid.

2. Wasiat dengan harta orang lain dan melebihi hartanya.

3. Wasiat benda yang dilarang & haram.

Untuk waris apa kita boleh lakukan?

Untuk waris kita perlu hibahkan harta tersebut, bukan wasiatkan.

Hibah kepada waris perlukan 4 rukun sah dan didokumenkan dalam satu borang.
โ€ข Pemberi
โ€ข Harta Wujud
โ€ข Penerima
โ€ข Ijab Qabul

Wasiat (Pesanan) kepada waris perlukan satu proses dipanggil thakaruj atau muafakat.

Semua waris perlu bersetuju, barulah harta itu mengikut hasrat pesanan. Jika tidak. Maka tidak sah dan tidak wajib laksanakan wasiat tersebut.

Wasiat (Pesanan) kepada bukan waris.

Hal ini selalunya, dikategorikan sebagai sedekah atau wakaf. Jangan melebihi 1/3 hartanya. Jika lebih, maka perlu dapat persetujuan waris, melainkan telah ditandatangani pemberinya semasa hidup.

Bagaimana kalau waris bawah umur atau OKU?

Kita akan bukakan satu surat ikatan amanah.

Mereka ini sudah pasti bermasalah dalam menerima harta.

Namun undang-undang dan mahkamah membenarkan surat ikatan amanah dilaksanakan antara pemberi dengan orang tengah untuk disampaikan kepada penerima, agar manfaat harta dapat terus dimanfaatkan dan dipanjangkan untuk masa akan datang.

Adakah anda sudah sedia untuk merancang legasi?

Hibah atau surat ikatan amanah?

Jangan risau Kami akan bantu.

InshaAllah

Penasihat Syariah Supeean Azmi
+601110965424

14/11/2022

โ€Tanah dekat bendang tu ayah nak bagi dekat kakak, lepastu rumah yang kita tinggal sekarang ni ayah nak bagi dekat anak bongsu ayah sebab dia pun belum nikah dan kerja lagi. Kereta velfire ni nak bagi dekat abe ngah."

Nak dijadikan cerita meninggal ayah, dan apabila faraid dibahagikan kepada ahli waris, apa yang dijanjikan oleh ayah dahulu tak dapat ditunaikan.

Persoalannya kenapa terjadinya demikian?

Ayah ketika hidup tidak pernah membuat sebarang dokumen pembahagian harta menurut undang-undang syariah.

Antara instrumen yang diajarkan oleh Islam ialah Hibah.

Hibah terbahagi kepada dua iaitu hibah mutlak dan hibah bersyarat.

Hibah mutlak penerima ada hak terus kepada harta semasa pemberi masih hidup dan hibah bersyarat p**a penerima hanya berhak ke atas harta setelah pemberi sudahpun meninggal dunia.
Bermakna semasa pemberi masih hidup, penerima belum lagi mempunyai apa-apa hak ke atas harta tersebut dan tidak akan timbul isu seperti ibu ayah dihalau oleh anak setelah menghibahkan harta kepada anak-anak.

Jadi ibu-ayah ketika hidup, uruskanlah hartamu dengan sebaik-baiknya.

Hibahlah siap-siap harta yang kamu ingin bahagikan antara ahli waris sebagai ikhtiar untuk kebaikan hubungan ahli keluarga kelak apabila sudah tiada.

Untuk pelaksanaan Hibah boleh hubungi saya ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Penasihat Syariah Supeean Azmi
01110965424

13/06/2022

KISAH BENAR

"Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya."

"Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?"
Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.

"Kenapa perlu surat kuasa p**ak tuan.Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?"
Soalan dibalas dengan soalan.

"Mengikut dalam sistem kami,arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau."

"Apa?Kenapa macamtu p**ak.Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?"
Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.

"Maaf puan.Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan.Jika berlaku kematian tanpa penama,kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA(letter of admin) jika tidak berwasiat.
Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan."
Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.

Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.
Tambahan p**a,jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.

Korang tahu tak surat kuasa tu menatang apa?

Sila ingat ya.
Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak LAKU untuk membuat pentadbiran harta pusaka.

Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut,maka terbekulah segala harta dan aset si mati.

Jadi,semua institusi kewangan(harta alih) dan pejabat tanah(harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.

Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut?

Senang tapi tak mudah juga sebenarnya.

Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.

Tak nak turun?Boleh saja.Tunjukkan borang DDA(dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid.Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.

Harta simati melebihi 2 juta yang lagi haru.
Masalah tau!

Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau.
Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta jugak.
Kos siapa nak tanggung?
Waris ler.
Payah jugak kan.

Nak senang cerita,semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys.
Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak,harta dapat ditadbir dengan cepat.

So guys,
Pesanan khidmat masyarakat ni.
Sila check semula penama EPF kalian.Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.

Kemaskini jika penama sudah meninggal.
BIG NO!Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun.
Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.

Tapi,harus diingat.
Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja.
Pembahagian wang epf tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.

Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank,pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama.
Rumah,kereta,tanah dan lain-lain.
Jadi,masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.

Jadi,jom bertindak sekarang.

HIBAH sebelum REBAH !!!!

Sediakan Hadiah kepada keluarga tercinta anda sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Di sebalik kedukaan jangan biarkan mereka juga terbeban dengan komitment yang telah anda tinggalkan.

Penasihat Syariah Supeean Azmi
+601110965424

09/06/2022

RAMAI ORANG TAK TAHU

๐Ÿ“ Penama KWSP hanya lah pemegang amanah sahaja

๐Ÿ“ Roadtax tidak boleh diperbaharui selepas 3 tahun kematian sipemilik

๐Ÿ“ Adik beradik tiri adalah waris utama jika seibu sebapa

๐Ÿ“ Pencairan aset simati perlu ada surat kuasa mahkamah (LA/Probet)

๐Ÿ“ Harta boleh diagihkan tanpa mengikut Faraid jika si pewasiat ada menyatakan pengagihan mengikut hasrat (waris perlu sepakat)

๐Ÿ“ Wang pencen bukan harta pusaka

๐Ÿ“ Medium HIBAH hanya terpakai di Malaysia sahaja

๐Ÿ“ Isteri kedua tidak dapat harta pusaka si suami, jika tiada surat pengesahan kahwin yang sah di Malaysia

๐Ÿ“ Rumah tidak jatuh automatik kepada si isteri bila si suami mati

๐Ÿ“ Jika tidak dilantik penjaga harta untuk anak bawah 18 tahun harta akan dipegang sementara oleh Amanah Raya

๐Ÿ“ Stamp duty perlu dibayar waris jika waris dapat harta pusaka didalam bentuk rumah

๐Ÿ“ Bon Pentadbiran akan dikenakan oleh pihak Mahkamah jika tiada Wasiat

๐Ÿ“ HIBAH tidak boleh di buat 100% keseluruhan harta

๐Ÿ“ Baitumal adalah golongan waris utama

29/04/2022

MAKAN HARTA PUSAKA

Saya pernah diceritakan oleh seorang wanita.

Beliau dan adik beradiknya adalah waris kepada harta peninggalan ayahnya iaitu sebidang tanah.

Selepas ayah meninggal, abangnya telah membuat kolam ikan di atas tanah tersebut.

Sehingga ke hari ini tanah pusaka tersebut tidak dibahagikan kepada waris-waris.

Inilah dinamakan makan harta FARAID tanpa sedar dan mengambil hak orang lain.

HARAM makan hak pusaka orang lain walaupun adik beradik anda sendiri.

Selagi harta pusaka tidak dibahagikan atau diselesaikan dengan waris, selagi waris lain tidak meredhoinya, maka apa yang diambil manfaat atas tanah pusaka itu menjadi haram.

Moga Allah jauhkan kita semua dari hasil makan yang haram.

Moga ada manfaat.

Penasihat Syariah Supeean Azmi
wasap.my/601110965424

Photos from Penasihat Syariah Supeean Azmi's post 25/04/2022

Pada 12 April 2022, Zurich Takaful Malaysia Berhad telah melancarkan 1 Produk baharu iaitu Takaful Al-Shams.

Apa Kelebihan & Manfaat:

โœ… Dah Sakit Layak Mohon
โœ… Positive Covid-19 Layak Mohon
โœ… Berumur 0 Sehingga 60 Tahun Layak Mohon
โœ… Perlindungan Serendah RM50,000 Sehingga Maksima RM300,000 Kelulusan Dijamin ๐Ÿ’ฏโœ”๏ธ
โœ… Tiada Pengunderaitan Perubatan
โœ… Sumbangan / Caruman Yang Sangat Berpatutan Serendah RM50 Sebulan
โœ… Manfaat Tambahan Diberikan Tanpa Ada Tambahan Caruman
โœ… Tempoh Caruman Yang Fleksibel:
โ–ช๏ธ 20 Tahun
โ–ช๏ธ 30 Tahun
โ–ช๏ธ Sehingga Umur 80 Tahun
โœ”๏ธ Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Biasa (Tambahan 100%)
โœ”๏ธ Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Pengangkutan Awam (Tambahan 200%)
โœ”๏ธ Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Di Luar Negara (Tambahan 300%)
โœ”๏ธ Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Untuk 4 Orang Ahli Keluarga RM10,000
โœ”๏ธ Manfaat Pemulihan Tahunan Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (Tambahan 5% Sehingga 5 Tahun)
โœ”๏ธ Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal Sehingga Umur 75 Tahun & Perlindungan Berterusan Dengan Manfaat Hilang Upaya Warga Emas Sehingga Umur 80 Tahun
โœ”๏ธ Manfaat Ihsan iaitu Khairat Kematian RM2,000

BERITA MENARIK โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

BERITA MENARIK โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

BERITA MENARIK โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

Mulai Hari Ini Sehingga 13 Mei 2022, Anda Boleh Mendapatkan Rebat 1 Bulan Caruman Apabila Anda Mendaftar Untuk Pelan Takaful Al-Shams.

Sebarang Pertanyaan & Permohonan Boleh Hubungi Saya.

www.wasap.my/601110965424/al-shams

24/04/2022

ADUHHH ! SAYA PENING MACAM MANA NAK MULA PROSES TUNTUTAN HARTA PUSAKA

Rilekss kawan-kawan yang kacak dan jelita, mula baca dari sini.

1. Pengebumian
Selesai saja urusan pengebumian, maka tuntutan keatas harta-harta pusaka si mati perlu segera dibuat.

** Sebelum tuntutan dibuat, ahli waris boleh membuat tuntutan Harta Sepencarian jika pasangan suami isteri, Pengesahan Hibah dan Wasiat (jika berkaitan dan perlu).

2. Tuntutan Harta Pusaka

Harta Pusaka si simati :

Harta Alih seperti kereta, motor, duit ASB atau Tabung Haji, KWSP, saham, unit trust, sewa/hutang yang belum dibayar.

Macam mana p**a dengan lukisan-lukisan yang bernilai atau beg/pakaian berjenama yang bernilai tinggi ada yang ratusan ribu ringgit?
Bagaimana koleksi buku-buku?
Koleksi barangan Iphone Apple?
Koleksi pinggan mangkuk serta barang elektrik?
Ini semuanya termasuk dalam harta boleh alih.

Harta Tak alih seperti tanah, rumah, flat, kondominium dan apa saja kepentingan dan hak yang terhasil daripada tanah tersebut. Mudah faham, harta yang mustahil untuk kita ubah secara fizikal dari satu tempat ke tempat lain.

3. Bicara Kuasa

Bicara kuasa untuk menentukan pembahagian harta pusaka si mati kepada ahli-ahli waris yang berhak mewarisi.

4. Perintah Pembahagian

Pembahagian boleh berlaku mengikut :

โœ… Hukum Syarak (Faraid)
โœ… Muwafakat (Persetujuan sesama ahli waris)
โœ… Penolakan (Menolak bahagian diri sendiri secara menyeluruh atau sebahagian kepada mana-mana ahli waris yang lain).

Jika kita pun belum tahu, bagaimana dengan waris kita ?

Jangan pening runsing. Teruskan saja belajar dan membaca.

Penasihat Syariah Supeean Azmi
wasap.my/601110965424

21/04/2022

KECELARUAN WARIS YANG BERHAK TERIMA PUSAKA

"Encik, saya nak hibah (Mutlak) terus setengah daripada tanah saya yang ada ni kepada anak saya yang sulung tu, tapi saya risau nanti anak saya mati nanti, besan saya dapat banyak p**ak bahagian dia dalam tanah tu."

" Kenapa p**ak besan pak cik nak dapat p**ak tanah tu? "

" Ya la kan mak mertua dia pon layak dapat dapat pusaka anak saya tu. "

"Ohh. Saya rasa ada sedikit salah faham ni tentang siapa yang berhak terima harta pusaka jika anak pak cik mati dulu.

Saya terang sikit yaa.

First kena jelas dulu tentang waris utama dia.

Anak pak cik ni jika dia mati dulu dari pak cik, waris-waris yang berhak terima pusaka dia adalah :

Isteri, anak-anak dia laki dan perempuan, pak cik dan mak cik.

Isteri dapat 1/8
Anak-anak dia dapat asobah (baki) dengan nisbah 2 dan 1.
Pak cik 1/6
Dan mak cik pon dapat 1/6"

"Ohh jadi besan pak cik tak dapat la?"

"Tak dapat. Yang dapat adalah yang saya sebut tadi ja lah."

"Besan pak cik kalau nak dapat pon mungkin sedikit sangat ataupun mungkin tak dapat terus. Itupun setelah kematian isteri anak pak cik tu. Barulah besan pak cik ada peluang nak dapat."

"Okay kalau camtu, nanti saya bagitau balik ya. Terima kasih."

"Sama-sama."

๐Ÿ˜… Saya tak sempat nak bagitahu pak cik bahwasanya pak cik boleh buat Hibah Bersyarat.

Bila mana pakcik meninggal baru Hibah terlaksana kepada anak Pak cik tu.

Jadi pak cik tak perlu risau kalau anak Pak cik meninggal dulu sebab kalau itu berlaku Hibah bersyarat tersebut terbatal dan harta masih milik pak cik.

Mengetahui lebih lanjut tentang Hibah Bersyarat ๐Ÿ‘‡

Penasihat Syariah Supeean Azmi
wasap.my/+601110965424

15/04/2022

JANGAN RISAU KALAU TAKAFUL REJECT ANDA

Berita baik buat pencari nafkah tak kira lelaki atau wanita, dewasa atau anak kecil.

Walaupun anda sudah berpenyakit atau berbadan obes (BMI lebih dari 35), anda kini kini boleh WUJUDKAN HARTA TUNAI sekiranya anda/anak meninggal dunia atau lumpuh keseluruhan.

Saya faham keluarga anda PERLUKAN WANG sebagai duit belanja sara hidup selepas ketiadaan anda dan masalah pusaka yang berkaitan dengannya.

Peranan saya di sini adalah untuk MEMBANTU, dengan berikan nasihat yang sesuai dan susunkan PENYELESAIAN yang terbaik, mengikut keadaan keluarga, pekerjaan dan status kewangan anda.

WhatsApp saya di link di bawah untuk bertanya
wasap.my/601110965424/alshams

14/04/2022

Tak semua kita ada simpanan ratusan ribu..
Tak semua kita yg zero hutang..
Tak semua kita aset hartanah sana sini..

Yg PASTI, SEMUA kita bila diuji MUSIBAH akan memberikan IMPAK/KESAN kpd diri & keluarga..

IMPAK/KESAN yg paling ketara semestinya; KEWANGAN.

Mengapa tidak utk kita RANCANG HARI INI, demi KEBAJIKAN & MASA DEPAN diri serta keluarga NANTI?

Hibah Takaful, 1 platform yg mempunyai fungsi yg pelbagai;
- Ganti pendapatan.
- Cipta harta segera.
- Melangsaikan hutang.
- Pebelanjaan harian.
- Pendidikan anakยฒ.
- Wakaf.
- Dan lainยฒ.

Jom, bincang & rancang Hibah Takaful utk anda & keluarga;

Syariah advisor Supeean Azmi
wasap.my/601110965424/hibah

13/04/2022

Bakal-bakal pembeli rumah. Info ini sangat2 membantu

Ada yang dah beli, ada yang dah booking, yg tengah surveyยฒ pn ramai. So saya share ni dulu sbg panduan Tuan/Puan bab MLTT ni.

โ€œSaya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? โ€œ

๐Ÿ Beza antara MRTT dan MLTT ๐Ÿ 
Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu.
Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.

Bila submit loan , Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.
Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Disini yang โ€œsummarize โ€œ kan untuk anda semua:
๐Ÿ“ŒMRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.
๐Ÿ“ŒMLTT p**a satu โ€œmechanism transfer of riskโ€
Kenapa saya bilang macam tu:
Contohnya jika harga Rumah : Rm297000
Situasi : Selepas 7 tahun bayar baki pinjaman tinggal Rm 160000. Owner Rumah meninggal dunia.
Jika MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu Rm160000 .
โœ…Dan rumah tersebut akan dapat kepada waris.
Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan Rm297000 . Baki pinjaman Rm 160000 dapat dilunaskan .
โœ…Rumah tersebut akan dapat kepada waris.
โœ…Dan ada lagi lebihan sebanyak Rm 137000 untuk waris!
Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.
Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.
Jadi dengan Ambil MLTT:
โœ…Protection Rumah dapat
โœ…Hibah dapat
โœ…Saving dapat
Jadi which one yang lagi menguntungkan kita?



P/s : info tambahan
nampak macam ada berat sebelah dalam perbandingan.. btw MRTT boleh masuk dalam loan,selepas itu hidup tenang...MLTT tak boleh.kalau ditakdirkan tak bekerja n tak mampu bayar bulan2 MLTT,automatik MLTT terbatal n rumah tu tiada insurans sekiranya meninggal dunia.dah la tak mampu bayar MLTT,ditakdirkan p**a meninggal dunia.Isteri terpaksa bayar rumah tu bulan2..

10/04/2022

๐Ÿ“ŒDi sini beberapa situasi yang mungkin boleh membantu anda dalam membuat perancangan harta semasa hidup. โ€ผ๏ธ

๐Ÿ‘‰ Jika ada anak perempuan sahaja dan berhasrat untuk memberi bahagian yang lebih kepada mereka, buatlah Hibah.
๐Ÿ‘‰ Jika ada anak angkat, boleh buat wasiat atau pun hibah.
๐Ÿ‘‰ Jika banyak hutang dan tanggungan yang ramai terutama sekali anak bawah 18 tahun, ambil hibah takaful supaya selepas kematian waris dapat selesaikan baki hutang dan keluarga ada duit untuk kelangsungan hidup sementara menunggu proses pusaka dapat di selesaikan.
๐Ÿ‘‰ Jika ingin membuat amal jariah seperti infaq kepada anak yatim atau pun organisasi, boleh buat wasiat 1/3
๐Ÿ‘‰ Jika ingin mengikut hukum faraid ataupun tiada apa-apa keperluan yang mendesak, buatlah wasiat untuk melantik Wasi bagi menguruskan harta pusaka selepas kematian.
๐Ÿ‘‰ Jika mempunyai anak kelainan upaya (OKU) boleh lantik Syarikat Amanah yang berdaftar sebagai Pemegang Amanah, supaya kehidupan mereka lebih terjamin selepas kematian ibu bapa.

Hibahkan harta seperti rumah kepada orang yang dipercayai agar anak-anak ini ada tempat untuk berteduh.
๐Ÿ‘‰ Jika berpoligami, maka maklumkan harta sepencarian untuk setiap isteri. Boleh juga buat hibah mengikut keperluan.
๐Ÿ‘‰ Jika harta anda seperti rumah atas dua nama dan masing-masing ada membuat sumbangan terhadap rumah tersebut, lakukan Hibah
Pilihlah perancangan harta yang sesuai buat waris anda. Semoga tindakan anda hari ini dapat membantu waris anda pada masa akan datang dan dapat elak dari perebutan harta yang tiada kesudahannya.

Sebarang persoalan boleh diajukan
Penasihat Syariah Supeean Azmi

www.wasap.my/+601110965424

07/04/2022

"HIBAH adalah salah satu instrumen perancangan harta semasa kita hidup.
S**a ataupun tidak, harta yang kita miliki hanyalah pinjaman dan ianya perlu diurus dengan baik. Sebagai peminjam dan pemilik sementara, pilihan untuk menggunakan harta di tangan kita.
Kawan-kawan, kita boleh memilih untuk melakukan hibah, bersedekah, berwakaf, berwasiat atau lain-lain.
Kesemua ini menjadi antara pilihan yang akan menentukan harta yang dimiliki memberi manfaat kepada pemiliknya atau tidak.
Jadi, berfikirlah dengan rasional, pastinya kita akan membuat pilihan yang memberi p**angan lumayan diakhirat.
Penasihat Syariah Supeean Azmi
wasap.my/601110965424

30/03/2022

Jawapannya perlu dan tak perlu..

PERLU jual untuk bahagian FARAID jika WARIS tiada simpanan cash untuk lunaskan kepada penerima FARAID yang lain

TAK PERLU jika WARIS boleh lunaskan.

Untuk elakkan perkara di atas berlaku dan anda ingin pasangan hidup senang, tidak mahu merempat pasangan dan anak anda hilang tempat tinggal selepas anda tiada nanti, anda perlu:

Buat dokumen hibah.

Si suami hibahkan bahagian (50%) beliau kepada si isteri. Si isteri pun hibahkan bahagian (50%) beliau kepada si suami. Hibahkan antara satu sama lain.

Jika suami meninggal dunia, bahagian suami akan dapat sepenuhnya kepada isteri. Jadi 100%. Begitulah sebaliknya. Selamat. Tidak pergi ke sesiapa sudah. Prosesnya anda perlu berjumpa saya ๐Ÿค— untuk melakukan hibah ini.

Penasihat Syariah Supeean Azmi
Wasap.my/601110965424/hibah

29/03/2022

Pernah terfikir tak? ๐Ÿค”

Gaji suami ๐Ÿ‘ฆ : RM3,000
Gaji isteri ๐Ÿ‘ฉ : RM3,000
TOTAL ๐Ÿ‘ซ : RM6,000

Komitmen bulanan :

Sewa Rumah - RM800 (anggaran)
Kereta 2 biji - RM1000
Bil air/elektrik - RM200
Bil astro - RM100
Bil phone - RM200
Belanja anak-anak - RM1000

Total RM3,300

Perbelanjaan ditanggung bersama oleh suami isteri. Tapi pernah terfikir p**ak tak, kalau ditakdirkan suami meninggal/ Total Permanent Disability (TPD). Apa kejadian yang akan berlaku ?

Perbelanjaan untuk komitmen bulanan tadi akan ditangguh oleh gaji isteri SAHAJA. Itu pun ada nilai negatif sebab komitmen bulanan melebihi gaji dan tiada lebihan wang untuk digunakan sebagai tabung kecemasan kalau terjadi apa apa.

Sebabtu digalakkan untuk ketua keluarga sediakan hibah untuk keluarga supaya dapat memberi harapan buat keluarga yang kita tinggalkan.

๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿ’™โค๏ธ

Nak hibahkan untuk keluarga?

Penasihat Syariah Supeean Azmi
Wasap.my/601110965424

28/03/2022

Pengenalan: HIBAH
~~~~~~~>>>>>> ~~~~

Apakah itu HIBAH?
~Pemberian semasa hidup oleh pemberi hibah kepada penerima hibah atas dasar kasih sayang dan suci hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan

Apakah rukun HIBAH?
1. Pemberi hibah
2. Penerima hibah
3. Harta yang dihibahkan
4. Sighah/ ijab dan qabul

Apakah syarat pemberi HIBAH?
~ Islam
~ Baligh dan berakal
~ Sihat tubuh badan dan waras fikiran
~ Bukan dalam keadaan marad-al-maut

Siapakah yang boleh menerima HIBAH?
~Baligh dan berakal
~Wujud
~Boleh menerima
~Penerima hibah boleh terdiri daripada waris atau bukan waris; walaupun tiada pertalian darah atau ikatan perkahwinan

~Pemberi hibah perlu melantik Pemegang Amanah jika harta dihibahkan kepada penerima hibah bawah umur atau OKU

Berapakah had pemberian HIBAH?
~Tiada formula pembahagian
~Maksima 100% harta yang dihibahkan

Bilakah HIBAH dilaksanakan?
~Pemberian dilakukan semasa hayat pemberi hibah dan perlaksanaan selepas pemberi hibah meninggal dunia

Bolehkah HIBAH ditarik semula?
~ hibah yang diberikan kepada anak kandung/ cucu kandung/ cicit kandung boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa persetujuan

~ hibah yang diberikan kepada ibu/ bapa/ pasangan/ rakan atau selain di atas boleh ditarik balik HANYA dengan persetujuan bertulis

Apakah harta yang boleh diHIBAHkan?
1. Hartanah
2. Kenderaan
3. Saham Syarikat
4. Saham Koperasi
5. Simpanan Tabung Haji
6. Simpanan ASNB/ ASB
7. Simpanan Bank
8. Pelaburan Saham
9. Pelaburan Unit Amanah
10. Barang Kemas
11. Takaful

~ harta mestilah milik sah pemberi hibah, wujud dan bernilai termasuk hartanah yang masih dalam pinjaman/ pembiayaan bank

Nak tahu lebih lanjut tentang Hibah atau penyediaan dokumen hibah boleh:
wasap.my/601110965424

27/03/2022

[ BUAT BETUL-BETUL]

Apa bila pencari Nafkah meninggal dunia, jika ada simpanan berjuta pun akaun tetap kena beku oleh amanah raya. Jadi waris perlu bayar peguam untuk cairkan aset sementara tunggu proses Faraid

1) Proses nya makan masa bertahun untuk cairkan dengan naik turun mahkamah bayar peguam dan memerlukan duit kos yang banyak untuk teruskan kehidupan

2) Waris akan dibebani hutang si mati untuk keperluan lain

3) Komitmen lain tetap perlu dibayar seperti rumah, keperluan anak, kereta dan lain lain.

" Tinggalkan isteri kamu dalam keadaan senang adalah lebih baik dari keadaan yang meminta-minta"

Penasihat Syariah Supeean Azmi
wasap.my/601110965424

26/03/2022

๐Ÿ’ขANAK ANGKAT JUGA DISAYANGI & PERLU DIBELA NASIBNYA WALAUPUN IBU BAPA ANGKAT MEREKA TELAH TIADA๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

Mengambil anak angkat merupakan antara pilihan bagi pasangan yang tidak dikurniakan rezeki untuk memperoleh zuriat sendiri. Tetapi bagaimana caranya untuk membuatkan si anak kekal mewarisi harta sebagaimana anak sendiri?

Yang pada umumnya tahu bahawa Anak angkat tidak akan mewarisi harta walau sedikit pun jika kita ibu bapa angkat tiada. Sebab anak angkat bukan waris faraid kita.

Sebenarnya bukan tidak boleh diwarisi hartanya, cuma mgkin belum tahu cara dan kaedahnya.

Justeru Saya ingin cadangkan 3 cara:

1. Boleh buat dokumen wasiat. Up to 1/3 harta kita boleh diberi tanpa dapat dibantah oleh waris-waris lain.

2. Boleh buat dokumen hibah harta. 100% harta hibah adalah mutlak hak anak angkat yang dinamakan.

3. Boleh buat takaful, pampasan kematian diHIBAHkan kepada anak angkat.

No.1 dan No.2 pilihan ke atas harta seperti tanah, rumah, kereta, emas, dan lain2 yang bernilai tinggi.

No.3 untuk memastikan duit tunai untuk anak angkat ni ada untuk dia teruskan kehidupan.

Ilmu untuk dikongsi
Semoga memberi manfaat
Jika ada kemusykilan, jom kita sama2 bincang.๐Ÿค—




.

23/03/2022

Dua Hibah yang berbeza.
Nampak sama tetapi cara pengurusan berbeza.

Hibah Rumah dan Hibah Takaful

Yang mana lebih penting?
Aset mana perlu didahulukan?

Nak tahu?
Penasiht syariah Supeean Azmi
www.wasap.my/+601110965424

23/03/2022

Anak angkat tidak akan mewarisi harta kita walau sedikit pun jika kita tak buat sebarang dokumen pemberian kepada mereka.

Sebab anak angkat bukan waris faraid kita.

Bagaimana nak secure hak anak angkat?

1. Buat dokumen wasiat. Up to 1/3 harta kita boleh diberi tanpa dapat dibantah oleh waris-waris lain.

2. Buat dokumen hibah harta. 100% harta hibah adalah mutlak hak anak angkat yang dinamakan.

3. Buat takaful hibah untuk memastikan duit tunai untuk anak angkat ni ada untuk dia teruskan kehidupan.

Penasihat Syariah Supeean azmi
wasap.my/601110965424/wasiat

22/03/2022

KENAPA WANITA PERLU ADA PELAN INCOME REPLACEMENT?

Orang perempuan bila sakit kritikal,
Suami kena keluar kerja cari duit lebih.

Bila ada pelan Income Replacement, boleh hire pembantu rumah untuk uruskan diri, anak-anak dan rumah macam biasa.

Kalau nak harapkan suami juga, kasihan lah dia.
Makin stress jadinya.

Jangan lupa kos sara diri orang sakit kritikal pun lebih MAHAL.

Jadi bila ada pelan Income Replacement, at least boleh ringankan beban kewangan yg suami kena tanggung sorang-sorang.

22/03/2022

Sebaik sahaja berlaku kematian, semua harta yang berdaftar atas nama si mati akan menjadi harta pusaka dan tertakluk kepada hukum faraid.

Bagi kes ini bahagian waris faraid suami adalah:

1. Isteri 1/8
2. Ibu 1/6
3. Baki dapat pada anak lelaki

Sekiranya semasa hidup suami tidak membuat perancangan harta seperti hibah rumah, pembahagian dibuat secara faraid. Isteri boleh membuat permohonan tuntutan harta sepencarian sekiranya ada sumbangan terhadap rumah tersebut.

Selain itu, ibu boleh juga melepaskan bahagian faraid beliau kepada isteri dan anak-anak.

Walaubagaimanapun, jika isteri dan anak-anak inginkan rumah tersebut dan ibu mahukan bahagian faraid beliau, si isteri perlu bayar pampasan mengikut nilai faraid bahagian si ibu.

Bagaimana p**a jika dalam keadaan ketika itu, ibu sudah nyanyuk atau pun sudah uzur dan tiada kapasiti untuk tolak hak?

Berkemungkinan akan adanya penglibatan adik beradik yang dipanggil untuk 'represent' semasa bicara kuasa nanti.

Oleh itu, jika suami ada hasrat hendak beri rumah kepada anak-anak boleh terus hibahkan rumah kepada anak-anak dengan membuat dokumen pengisytiharan hibah hartanah bersyarat.

Sebagai contoh, selagi pemberi hibah (ayah) masih hidup, beliau masih boleh memanfaatkan harta tersebut dengan keizinan penerima hibah (anak-anak).

Tetapi jika anak-anak tidak memberi keizinan untuk tinggal dalam rumah yang telah dihibahkan, maka si ayah tadi berhak untuk menarik balik hibah tersebut daripada anak-anak.

Namun, sekiranya suami nak beri bahagian lebih kepada isteri, boleh hibahkan rumah kepada isteri.

Apa pun pilihan ditangan anda. Sebagai pemilik harta, kita yang bertanggungjawab ke atas harta yang ada. Semasa sihat dan waras, buatlah perancangan harta.

Semoga harta yang ditinggalkan dapat di manfaatkan oleh waris dengan sebaiknya dan akan menjadi ladang pahala kita di sana nanti.

Penasihat syariah supeean azmi
www.wasap.my/601110965424/hibahrumah

Want your business to be the top-listed Finance Company in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Tumpat

Other Finance in Tumpat (show all)
IhsanAkmal IhsanAkmal
PT 248 Taman Sri Dalam Rhu
Tumpat, 16200

Nani nani Nani nani
64 Blok E Lorong Wak Hamid Kapong Baru Nelayan 16200 Tumpat Kelatan
Tumpat, ASSMULAIKUM

Asamulaikum hai

PT Barakah Trading PT Barakah Trading
Lot 2876 Kampung Sedar
Tumpat, 16200

PT Barakah Trading