Pasar Kada Bunohan

pasar segar keperluan harian..lauk pauk, sayur, buah, barangan runcit, pakaian, beras, kedai emas..

12/02/2024

Kalu ore luar klate knal dok eh gapo dio ni..hk pasti ado kt pasar kada bunohan deh.. Jemput singgah blako..

28/08/2023

JANGAN BERI MAKAN KELUARGA DENGAN BELANJA BER-AKAD BATHIL

Emak² : " Ayam sekilo berapa Man?"
Penjual : "8 ringgit je makcik..!"

Emak² : "Alaa 7 ringgit dah la ye..!"
Penjual: "hurmm bolehla makcik 😫"

Emak² : "Hati ayam ni sekilo berapa?"
Penjual: "4 ringgit je.."

Emak² : "Minta 3 kilo ye. Sama kaki ayam setengah kilo ya.."
Penjual : "kaki ayam setengah kilo 2 ringgit je makcik.."

Emak² : "10 ringgit dah la ye. 3kilo hati ayam dengan setengah kilo kaki ayam tu..!"
Penjual : "😔bolehla makcik.."

Emak² : "Jadi total berapa bang semua..?"
Penjual : "Ayam sekilo 7ringgit + hati ayam + kaki ayam 10ringgit. Jadi semuanya 17 ringgit je makcik”

Emak² : "Alah 15 ringgit dah la ye.. beli untuk anak balik kampung je ni. Nah 20 ringgit. Meh baki dia.!" Sambil hulur tangan.
Penjual : 😭😫..

Emak²: Acik ambil pedal ini 2 ketul yaa (sambil masukkan pedal ayam dalam beg plastik)
Penjual: 😭😭😩😩.............

✳ Wahai emak2 yg kusayangi, dalam jual beli ada 3 rukun yg perlu kita tahu iaitu:

1. Al Aqidan (penjual & pembeli)
2. Al Ma'qud alaih (wang & barang)
3. Shigat beli

▶ Shigat Akad adalah bentuk isyarat dari penjual dan pembeli yg melakukan transaksi tanpa paksaan.

Sudah ikhlaskah penjual tadi melepaskan barang jualannya ?

Jangan sampai tidak ikhlas penjual itu melepas barang jualannya menjadikan barang yg kita beli menjadi tidak diredhai kerana dilakukan dengan bathil atau memaksa penjual.

✴ “Hai orang² yg beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dgn cara yg Bathil, kecuali dgn jalan perniagaan yg berlaku dengan s**a sama s**a di antara kamu"
(QS.An-Nisaa:29)

Wang yg kita dapat halal, untuk beli barang yg juga halal jangan sampai rosak karena transaksinya yg tak diredhai Allah..

Semoga bermanfaat untuk bersama 🤗

16/04/2023
31/03/2023

Suasana di pasar kada bunohan pada bulan puasa..

Video asal: tiktok zaidie bpy

30/01/2023

Somtam KakRoh legend..resepi original dari Thailand..x try x tau..sbb tu kena pakat try blako...hk mano biaso makey somtam kakroh pasar kada bulih pakat komen bawah deh 😁😁 👇👇

29/01/2023

Nk cari cuka nipah bulih gi kt gerai buah pintu masuk sebelah kiri..cuka nipah asli 100%

15/12/2022

Selamat menghadapi musim tengkujuh..nok banjir dh tempat kito ni..cepat2 mari cari bekalan musim banjir di pasar kada deh..ado blako gapo nok..

Photos from Pasar Kada Bunohan's post 28/04/2022

Selamat pulang kpd perantau..
Jemput singgah di pasar kada bunuhan utk dptkan bekalan brg keperluan dan juga juadah berbuka puasa.. Aneka jenis kuih muih, lauk pauk, buah buahan, ikan, sayur..serba serbi ada..baju raya tudung raya pon ada jgk..
Jemput singgah ramai2..

02/04/2022

Salam 1 Ramadhan
Selamat berpuasa diucapkan untuk semua umat islam..

Pasar kada bunohan dibuka seperti biasa bulan puasa ni..insyaAllah akan lg meriah dgn pengunjung dan tambahan juadah berbuka..

Pakat mari ramai2 deh..

24/03/2022

Kedai makan di Pasar Kada Bunuhan dibuka dgn rasminya hari ni deh.. Bulih la pakat2 mari try..InsyaAllah harga berpatutan n kena dgn selera..

Photos from Pasar Kada Bunohan's post 23/02/2022

Sapo2 tengah cari madu lebah asli bulih dapatkan di pasar kada deh..gerai buah tembikai kt pintu masuk utama..

23/02/2022

Dalam perjalanan pulang dari kerja, saya singgah di gerai tepi jalan. Ada meja-meja jualan buah mangga sahaja, tiada buah lain. Di belakangnya ada sebuah kereta kancil, bonetnya terbuka dijadikan tempat duduk oleh seorang anak muda yang berniaga.

"Yang (3 longgok) sini 3kg RM10, Bang. Yang belah sini (ada 3 longgok lagi, buah-buah bersaiz lebih besar) 3kg RM12, Bang..." kata lelaki muda yang berniaga. Nampak masih remaja. Mungkin 19 tahun atau awal 20-an umurnya, saya mengagak.

Saya minta dia timbang dan bungkuskan untuk saya. Beli 3kg saja.

Datang seorang lelaki, lebih tua daripada saya, bertanya kepada remaja yang berniaga, "Harga macam mana ni?"

Sambil membungkus buah saya, dia memberi jawapan kepada lelaki tadi, "Yang belah sini 3kg RM10, yang belah sana 3kg RM12..."

"Saya nak 3kg yang ni ye, harga RM10 je la ye," katanya sambil mengambil buah berharga RM12.

"Yang tu 3kg RM12, Encik," kata peniaga.

"Tak boleh ke bagi RM10?" tanyanya.

Di sebalik face mask, saya dapat lihat wajahnya serba-salah nak beri jawapan, "Tak dapat tu, Encik... RM12 ye..." jawabnya.

"Gerai depan sana tu jual 3kg RM10 untuk semua jenis buah mangga yang dia jual," jawabnya sambil menunjukkan ke arah jalan sana. Saya tahu memang sebelah sana pun ada gerai buah mangga baru dibuka, almaklumlah sekarang ini musim buah mangga kan...

Tampak benar si adik yang berniaga ini serba salah dengan tawar-menawar oleh lelaki ini, "Tak boleh, Encik... Modal saya RM9 untuk 3kg ni, saya jual RM12... Dapatlah RM3... Dapat RM1 je untuk setiap kilogram yang terjual..." suaranya lembut saja, sambil menghulurkan duit baki saya.

Entah kenapa saya rasa adik ini 'terlalu jujur' mungkin baru belajar berniaga. Nampak kaget si adik ini, hinggakan dia tak perasan saya tercegat berdiri di situ menunggu di hulurkan beg plastik berisi buah yang saya beli. Terlupa agaknya dia...

"Tak apalah, kalau tak bagi RM10, saya tak jadi beli," jawab lelaki itu, melangkah dari gerai menuju ke kereta.

Segak orangnya, pakai seluar slack, t-shirt polo, memakai kaca mata hitam, gaya cakap pun macho, sesuailah dengan kereta mahal yang dipandunya.

Saya keluarkan semula duit baki yang diberi tadi, saya minta nak 3kg lagi yang RM12 tu. Adik itu berikan, dan saya buat bayaran.

Saya juga berniaga kecil-kecilan, ada jualan saya yang saya ambil untung RM1 saja bagi setiap unit yang terjual. Saya bersyukur sangat-sangat apabila pelanggan-pelanggan saya tak meminta-minta diskaun, atau minta 'harga kawan-kawan' untuk dapatkan harga lebih murah.... Ya, untung RM1 saja. Terima kasih Tuan-Puan semua you know who you are 🙂🙂🙂🙂🙂🙂🙂

FB Syahr Musafir Isnin 21/02/2022

Want your business to be the top-listed Grocery Store in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Suasana di pasar kada bunohan pada bulan puasa..Video asal: tiktok zaidie bpy
Somtam KakRoh legend..resepi original dari Thailand..x try x tau..sbb tu kena pakat try blako...hk mano biaso makey somt...
Nk cari cuka nipah bulih gi kt gerai buah pintu masuk sebelah kiri..cuka nipah asli 100%

Website

Address


Kg Bunohan
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 15:00 - 19:00
Tuesday 15:00 - 19:00
Wednesday 15:00 - 19:00
Thursday 15:00 - 19:00
Friday 15:00 - 19:00
Saturday 15:00 - 19:00
Sunday 15:00 - 19:00

Other Tumpat grocery stores (show all)
CHUM Runcit CHUM Runcit
Tumpat, 16200

Selling Fresh Vegetables, Fruits, Thai Sauce Product, and etc.

RL Kambing Mampu Milik Tumpat RL Kambing Mampu Milik Tumpat
Kampung Kok Bedullah
Tumpat, 16200

Pembekal kambing/lembu termurahhh anda

Bumihijau FRESH MART Bumihijau FRESH MART
Lot 1852-A, Kg Baru Luar, Jalan Pasir, Pasir Pekan
Tumpat, 16250

KAMI PEKEBUN, PEMBORONG & PENJUAL SAYUR-SAYUR SEGAR TEMPATAN DAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Cendawan Tiram Kelabu Kebakat Cendawan Tiram Kelabu Kebakat
Kampung Kebakat , Wakaf Bharu
Tumpat, 16250

Projek usahawan Tanaman Tiram kelabu Menjual Hasil Tanaman Cendawan Tiram Segar terus dari ladang!!

Kelantan floting Market Kelantan floting Market
Lot 24, Medan Ikan Bakar (MIB) Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar
Tumpat, 16150