GIATMARA Tumpat

GIATMARA Tumpat memulakan operasi pada 1hb Julai 1991 di Kampung Tujuh atas tanah kepunyaan MARA.

Ketika itu, kursus-kursus yang disediakan adalahSeni lanskap dan Taman , Membuat Perabot Kayu, Membaiki fashion & Dressma dan Mengetuk Mengecat Kereta

SIR VENTURES MERDEKA 2024 30/08/2024

https://youtube.com/watch?v=EvpFWJTZ5ew&feature=shared

SIR VENTURES MERDEKA 2024 Selamat Hari Kemerdekaan ke-67 daripada kami SIR Ventures Sdn Bhd. Malaysia Madani. Jiwa Merdeka.

Photos from GIATMARA Tumpat's post 17/08/2024

Jangan lepaskan peluang!!!
Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat MARA Negeri Kelantan

๐Ÿ“… Tarikh: 19 & 20 Ogos 2024
๐Ÿ“ Tempat: Perkarangan GIATMARA Tumpat, Kelantan

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

๐Ÿ’ต Khidmat Nasihat Pendidikan, Keusahawanan dan Pengurusan Kredit
๐ŸŽ“ Pameran Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
๐Ÿงพ Kaunter Tabung Haji
๐Ÿช Kaunter KWSP
๐Ÿ›’ Jualan Agro Madani (FAMA)
๐Ÿ’‡๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ Gunting Rambut Rahmah
๐Ÿ›ต Servis Motosikal
๐Ÿฉบ Pemeriksaan Kesihatan
๐Ÿชฅ Pemeriksaan Gigi
๐Ÿฉธ Kempen Derma Darah

โ€ฆdan banyak lagi! ๐Ÿ˜ฑ

Anda juga boleh mendapatkan informasi berkaitan kemudahan MARA dan lain-lain. Jangan lepaskan peluang ya..โ€ผ๏ธ
Bermula jam 9.00 Pagi - 4.00 Petangโ€ผ๏ธ

Pakat mari blako๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

NEGERI KELANTAN

Photos from GIATMARA Tumpat's post 14/08/2024

14 Ogos 2024
Kursus Aplikasi Pembangunan Artificial Intelligence (AI) kepada semua anggota kerja GIATMARA Tumpat
Bertempat di Dewan Utama GM Tumpat
Antara pengisian Kursus
1. Intro NADI
2. Canva - presentation
3. Intro AI
4. ChatGPT
5. Bing Image Creator
6. Gamma AI
Tqvm NADI Padang To'La

Photos from GIATMARA Tumpat's post 12/08/2024

Hari ini Isnin 12/08/2024 - Program Tvet Di Hati Anjuran SMK Chabang Empat Tumpat. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.

Photos from GIATMARA Tumpat's post 06/08/2024

Program Kerjaya dan STEM di SMK Geting Tumpat - 6/8/2024(Selasa).

Photos from GIATMARA Tumpat's post 01/08/2024

01/08/2024 | KHAMIS

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSekitar persiapan menyambut bulan Kemerdekaan ke 67 tahun bagi tahun 2024 ini.
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...

Photos from GIATMARA Tumpat's post 30/07/2024

Kerja-kerja cuci kawasan dalam dan luar di GIATMARA Tumpat pada selasa(30/07/2024).

Mobile uploads 30/07/2024
Photos from GIATMARA Tumpat's post 22/07/2024

PROGRAM MARA PRIHATIN: MERAKYATKAN MARA "SETULUS IKHLAS, UKHWAH TERJALIN" PERINGKAT MARA DAERAH TUMPAT

18 Julai 2024 | Khamis - Telah berlangsung Program MARA Prihatin yang memfokuskan program khidmat masyarakat antara MARA Daerah Tumpat dengan kerjasama GIATMARA Tumpat kepada masyarakat setempat.

Seramai 9 orang pelatih GIATMARA Tumpat dalam Kursus Teknologi Perabot Dan Rekaan Dalaman telah berjaya menghasilkan meja kuliah untuk dimanfaatkan kepada dua buah masjid dan sebuah madrasah di Tumpat, Kelantan.

Meja kuliah yang dihasilkan mengikut kemahiran dan kreativiti mereka selama satu bulan untuk disiapkan adalah untuk diserahkan kepada Masjid Al-Itqan, Masjid Mukim Jubakar dan Madrasah Pondok Haji Ahmad.

Majlis penyerahan meja kuliah telah disempurnakan oleh Encik Fazli Rizal Bin Ismail, Pengarah MARA Negeri Kelantan kepada Ustaz Ismail Bin Yaakob, Imam Masjid Al-Itqan, Ustaz Ibrahim Bin Ahmad, Imam Madrasah Pondok Haji Ahmad dan Ustaz Mohd Yusoff Bin Mustapha, Imam Masjid Jubakar.

Turut hadir bersama Encik Mohd Thalhah Bin Ab Ilah, Ketua Unit Latihan & Kerjaya MARA Negeri Kelantan, Puan Siti Noor Hafizal Binti Mohd Zaid, Pegawai MARA Daerah Tumpat dan Encik Nasir Bin Ismail, Pengurus GIATMARA Tumpat

Terima kasih kepada Encik Mohammad Zaied Bin Kadir dan Mohd Sangsuruza Bin Abdullah, Tenaga Pengajar Kursus Teknologi Perabot Dan Rekaan Dalaman GIATMARA Tumpat yang memimpin 9 pelatihnya dalam menyiapkan meja kuliah.

Turut hadir Mohd Zulfadli Bin Baharudin, Tenaga Pengajar GIATMARA Tumpat, Encik Muhammad Amirul Fikri Bin Hamzah, Penolong Pegawai MARA Daerah Tumpat, pelatih-pelatih GIATMARA Tumpat dari Kursus Teknologi Perabot Dan Rekaan Dalaman serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid dan Madrasah yang terlibat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pihak masjid dan madrasah untuk menyampaikan kuliah agama melalui sumbangan meja kuliah.

Semoga pelaksanaan aktiviti ini memenuhi objektif penganjuran program MARA Prihatin 'Merakyatkan MARA' di samping terjalinnya ukhwah di antara agensi dan masyarakat.

MARA Daerah Tumpat
GIATMARA Tumpat
GIATMARA NEGERI KELANTAN
GIATMARA Malaysia
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
KKDW Negeri Kelantan
Malaysia MADANI

02/07/2024

Kepada pelatih-pelatih sesi 2/2024

Welcome to GIATMARA Tumpat

27/06/2024
Photos from GIATMARA Tumpat's post 27/06/2024

Majlis perpisahan pelatih giatmara 24 .sesi jan_ Jun 2024...terimakasih pada semua yg terlibat

Photos from GIATMARA Tumpat's post 27/06/2024

Majlis tamat latihan pelatih GIATMARA Tumpat sesi 1/2024 Kursus Tek. Perabot Dan Rekaan Dalam dan juga Kursus Baikpulih Mengecat Kenderaan yang menyambung pengajian di latihan Industri (LI) selama 3 bulan. Selamat Maju Jaya. (Khamis - 27/6/2024)

Photos from GIATMARA Tumpat's post 25/06/2024

peperiksaan akhir SKM pelatih sesi Jan _ Jun 2024 tahniah pada semua atas kecermelangan anda.

14/06/2024

Jom sertai GIATMARA Tumpat
Utk ambilan Julai 2024
GIATMARA Tumpat menawarkan Kursus Teknologi Perabot & Rekaan Dalaman(TPRD)
Borang permohonan boleh didapati melalui website GIATMARA atau boleh datang terus ke pejabat GIATMARA Tumpat
"Kemahiran Menjamin Kehidupan"

Photos from GIATMARA Tumpat's post 12/06/2024

Pelajar Pondok Ar-Rahmaniah Darul Quran Neteng, Tumpat membuat rehal
bagi pelaksanaan Tvet Tahfiz GM Tumpat. Seramai 10 org pelajar terlibat dlm program Tvet Tahfiz dan 30 Org pelajar terlibat dlm program TOD & 3L.

Photos from GIATMARA Tumpat's post 11/06/2024

10 Jun 2024 (Isnin)
Penglibatan GIATMARA Tumpat dalam Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar peringkat daerah Tumpat yang dirasmikan oleh Ybhg En Norwawi B Ibrahim Tim. Pengarah MARA Negeri Kelantan. GM Tumpat terlibat dlm ceramah dan pembukaan booth pameran.

Photos from GIATMARA Tumpat's post 11/06/2024

9 Jun 2024 (Ahad)
Penyerahan Rehal kepada Pelajar Pondok Ar-Rahmaniah Darul Quran Neting Tumpat bagu pelaksanaan Tvet Tahfiz GM Tumpat. Seramai 10 org pelajar terlibat dlm program Tvet Tahfiz dan 30 Org pelajar terlibat dlm program TOD & 3L.

Photos from GIATMARA Tumpat's post 10/06/2024

Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA Negeri Kelantan Edisi 3 berlangsung di Sek. Men. Keb. Chabang Empat, Tumpat pada 10/06/2024๐Ÿ˜๐Ÿ˜

02/06/2024

Jom masuk GIATMARA Tumpat
Pengambilan sesi 2/2024

Photos from GIATMARA Tumpat's post 02/06/2024

1 June 2024
Program jelajah eKasih @ Tumpat
Bertempat di Pantai Geting,Tumpat

Photos from GIATMARA Tumpat's post 30/05/2024

30 Mei 2024
"Kempen Kurangkan Gula"
Oleh Pegawai Kesihatan Pemakanan Daerah Tumpat

Photos from GIATMARA Tumpat's post 30/05/2024

29 Mei 2024
Audit PDP
Oleh Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Kelantan Dan Pegawai Latihan & Kerjaya

Photos from GIATMARA Tumpat's post 30/05/2024

28 Mei 2024
Lawatan Kerja oleh Pengarah GIATMARA Negeri Kelantan
Puan Renie Kaman

Photos from GIATMARA Tumpat's post 28/05/2024

Tugasan belum selesai.....minggu ini kita bereskan kerja yang belum beres.๐Ÿค‘๐Ÿค‘

Want your university to be the top-listed University in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Selesai sudah perjuanganku buat Guru tersayang
Jom...sertai Giatmara tumpat..jom jadi usahawan perabot

Telephone

Address


GIATMARA Tumpat
Tumpat
16200TUMPAT,KELANTAN

Other Tumpat universities (show all)
Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah
PT 797 & 798/Kampung Menjual
Tumpat, MUKIMKUBANGBATANG,

Bersama mendidik Generasi Islam sekarang untuk sentiasa mengingati RASULULLAH SAW dengan BERSELAWAT

Tadika Al Wahdah Tadika Al Wahdah
LOT 350 Jalan BARU PENGKALAN KUBOR, KG GETING, TUMPAT
Tumpat, 16080

Setiap murid yang mendaftar masuk ke tadika Al Wahdah pasti akan menguasai 5M