Melur.com

Melur.com

Melur.com ialah nurseri online dan jualan terus di nurseri. Kami ada bermacam jenis anak pokok buah, Katalog melur.com

3.

Maha suci Tuhan yang telah memenuhi alam ini dengan pelbagai tumbuhan yang setiap satunya walaupun sama tapi tetap berbeza dengan yang lain.Setiap penyakit kecuali mati ada penawarnya.Kagum dengan keajaiban alam dan setiap tumbuhan di dalamnya membuatkan saya merasa perlu untuk sama-sama mencari dan berkongsi pengetahuan bersama yang lain.Daripada inilah pada tahun 2003, lahirnya melur.com yang

Photos from Melur.com's post 29/10/2024

Pokok Napir/Nape/terapai/napih/kenapih/terapih/gin berry
Nama botani: Glycosmis pentaphylla

Antara kegunaan :
akar dan batang direbus minum masa patang untuk jarakkan anak
Daun untuk mandian selepas bersalin
akar direbus untuk ubat medu ( pedih ulu hati)
Daun guna untuk peram pisang / nangka dll
daunnya diramas dalam air untuk jelom kepala demam
air rebusan akat untuk ubat cacing
pucuk boleh buat ulam
Buah boleh menyebabkan keracunan ( pening atau mabuk istilah ore kelate) jika dimakan banyak. Elakkan kanak-kanak dari makan buah ini.
buah manis , tapi bijinya sangat pahit kalau tergigit.
Daun boleh celur buat ulam

Pokok ni mengingatkan saya kembali pada tahun 2016-2018. 2 tahun kami di PCB ( pantai cahaya bulan ) kelantan. Balik dari ambik anak di tadika Che Deris setiap saya akan guna jalan kecil tak berturap . tanah berpasir (dekat pantai kan) dikelilingnya banyak sangat pokok ni. Saya tak kenal pun pokok ni masa tu, tapi seseorang pernah berkata ( lupa siapa) pokok herba ini Allah jadikan ia outstanding pada pandangan mata manusia. jadi berada dalam semak atau hutan setebal mana pun akan nampak outstanding. Saya terfikir apa nama pokok ni ya.. kenapa nampak cantik dan menarik. tapi masa tu google lense pun belum ada , nak cari info pokok hutan ni tak mudah macam sekarang. jadi tertanya-tanya sajalah.
Sampai satu hari kami bersembang dengan jiiran( guru mengaji anak) Hashim namanya. Ada bengkel batik di kampung badang (rumah kami taman SPP indah itu berada dalam kampung badang). Arwah bapa hashim ni merupakan tok bomoh ( perawat) badang( eczema/edema) yang terkenal dikelantan( kebetulan p**a tinggal dikampung badang yang banyak pokok badang diseklilingnya..:-P). what a coincidence ( or not?). Hashim merawat juga tapi tidak menjadikan kerjaya fulltime seperti bapanya. jadi bila saya tanya hashim bagitau itu pokok nape/napir namanya. ubat orang lepas bersalin. banyak laigi kegunaan lain. bila disebut pokok nape , it really rings a bell. teringat masa kecik2 dulu sebab banyak masuk dalam semak, berguling bergolek atas rumput tak termasuk berenang dalam parit tepi sawah lagi... selalu terkena kudis kecil yang dalamnya ada air. macam blister. mak selalu cakap ish... banyaknya, macam buah nape. mungkin sebab nampak berkilat dan bersinar.kalau masuk hutan mak pesan , jangan makan buah nape, buah kecik warna merah jambu, berkilat. itu mabuk( beracun) tapi di kampung che deris inilah baru saya pertama kali jumpa pokok nape. masa kat kampung tak pernah terjumpa.

Panjang p**ak cerita pokok nape ni ye. lama tak menulis panjang-panjang. well saya tepek gambar kat sini untuk tatapan generasi kita dan akan datang.

Photos from Melur.com's post 18/10/2024

Pokok naga buana , nama botaninya Phyllanthus pulcher atau juga dikenali dengan nama naga jumat hampir menyamai bentuk pokok dukung anak tetapi pokok ini lebih besar dan tinggi. Ketinggian pokok hanya mencapai sehingga 0.7m. Daun pokok naga buana akan menguncup pada waktu malam. Bunga berwarna merah putih yang bersaiz kecil keluar di sepanjang tangkai daun. Di gunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat bisul dan bengkak

Didalam manuskrip perubatan melayu lama MSS 2515 disebutkan kegunaan ialah dengan cara menghancurkan pokok ini bersama hujung melukut ( beras) serta kunyit dan digunakan untuk merawat bisul.

16/10/2024

Nak beli pokok lee kwan yew klik sini je :
https://www.melur.com/cart/?add-to-cart=203750

Prompt : Tolong tulis 1 cerita pendek yang mengisahkan bagaimana seorang surirumah mencadangkan penanaman pokok lee kwan yew atau curtain creeper untuk mengelakkan bahagian anjung rumah mereka dari terkena sinaran matahari yang panas. setelah ditanam rumah mereka menjadi sangat cantik hingga orang yang lalu lalang di kawasan itu pun terpesona dan pokok tersebut. mekasih

ChatGPT said:

Pada suatu hari, Aina, seorang surirumah yang tinggal di sebuah kawasan perumahan kampung, mula merasa risau kerana anjung rumahnya sering terdedah kepada sinaran matahari yang sangat panas. Panas terik pada waktu tengah hari menyebabkan dinding dan lantai anjung rumah menjadi panas membara, sehingga menyukarkan Aina dan keluarganya untuk berehat di situ. Setiap kali suaminya, Razak, p**ang dari kerja, dia mengeluh tentang bagaimana terik matahari membuatkan kawasan rumah mereka tidak selesa.

Aina sering mendengar cerita daripada jiran-jirannya tentang pokok-pokok yang dapat membantu mengurangkan haba, namun belum ada yang sesuai di fikirannya. Suatu hari, ketika melayari laman internet mencari idea untuk hiasan rumah, Aina terbaca tentang pokok yang dipanggil lee kwan yew atau curtain creeper. Pokok ini bukan sahaja mampu meneduhkan rumah, malah mampu menjadikan rumah kelihatan lebih cantik dan alami.

β€œRazak, apa kata kita tanam pokok lee kwan yew kat tepi anjung ni?” cadang Aina suatu petang. "Kalau kita tanam dan biar dia menjalar naik atas bumbung, ia boleh jadi langsir semula jadi. Panas pun kurang, rumah kita pun nampak cantik."

Razak agak skeptikal pada mulanya, tetapi setelah Aina meyakinkannya dengan gambar pokok tersebut, dia setuju. Mereka pun bersama-sama membeli anak pokok dan mula menanamnya di sepanjang tepi anjung rumah. Setiap hari, Aina dengan penuh semangat menyiram dan menjaga pokok-pokok itu. Dalam beberapa minggu sahaja, pokok-pokok itu mula menjalar dan merimbun dengan cepat, menutupi dinding anjung seperti langsir hijau yang indah.

Beberapa bulan kemudian, hasilnya sangat menakjubkan. Anjung rumah mereka bukan sahaja menjadi sejuk dan nyaman, malah pokok lee kwan yew itu tumbuh subur, menjalar dengan rimbunan hijau yang menutup keseluruhan anjung, seolah-olah rumah mereka dilitupi oleh langsir semula jadi. Sinaran matahari yang terik tidak lagi mampu menembusi lapisan hijau itu.

Orang yang lalu-lalang di kawasan itu mula memperhatikan rumah Aina dan Razak. Ramai yang kagum dengan kecantikan dan keunikan rumah mereka yang kelihatan seperti sebuah taman kecil. Ada yang berhenti untuk mengambil gambar, malah ada yang mengetuk pintu untuk bertanya tentang pokok yang mereka tanam. Aina tersenyum puas setiap kali mendengar pujian daripada jiran dan orang sekeliling.

β€œRumah kita ni macam dalam gambar poskad,” kata Razak sambil tersenyum bangga.

Mereka berdua tahu, apa yang bermula dengan niat untuk mengurangkan panas kini telah menjadikan rumah mereka satu tarikan di kawasan itu. Pokok lee kwan yew itu bukan sahaja memberikan keselesaan, tetapi juga telah menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Prompt gambar guna BINGAI:
seorang surirumah melayu menanam pokok lee kwan yew atau curtain creeper untuk mengelakkan bahagian anjung rumah mereka dari terkena sinaran matahari yang panas. setelah ditanam rumah mereka menjadi sangat cantik hingga orang yang lalu lalang di kawasan itu pun terpesona dan pokok tersebut. real photos

***mentang-mentangla melayu dibaginya tak pakai selipar. nama lee kwan yew tetiba je ada nyonya tu... kekekee

Kitab Tib: Tinggalan Dulu-Dulu Yang Penuh Ilmu Perubatan Tradisional 05/10/2024

https://siakapkeli.my/2024/10/01/kitab-tib-tinggalan-dulu-dulu-yang-penuh-ilmu-perubatan-tradisional/

πŸ‘πŸ‘πŸ‘Siakap Keli

Kitab Tib: Tinggalan Dulu-Dulu Yang Penuh Ilmu Perubatan Tradisional Kitab Tib: Tinggalan Dulu-Dulu Yang Penuh Ilmu Perubatan Tradisional. Zaman sekarang ni, semua orang nak info cepat dan ringkas. Tapi, kadang

Compare 60+ Couriers & Send At The Best Rate 02/10/2024

selain dari sebab marketing , kebanyakan kita ni berniaga kat shopee sebab nak ambik advantage shipping feenya yang murah. lama sebelum shopee kami dah gunakan agent shipping untuk dapatkan shipping fee yg murah. banyak company yang buat service jadi agent shipping ni. macam easyparcel, delyva , sendparcel, parcel365, goLog, mr speedy dll... Antaranya yang memang kami guna dari 2015 lagi easyparcel πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

http://p3x.cc/JgRrp9
takdelah semurah shipping cost shoppee. tapi kira murah sebab contoh kalau jnt untuk 3kg pertama dalam semenanjung RM6.29 sahaja. then kami perasan kalau jnt yg guna easyparcel ni, parcel sampai lagi cepat dan lagi elok dari jnt yang dari shopee ( mungkin perasaan kami je... tapi betul tau) . boleh arrange pickup kat rumah kita lagi dan boleh pilih dari pelbagai courier utama kat msia ni.

soooo. sesape yang guna shopee semata2 untuk shipping fee murah...tak yah sedih-sedih sangat ada je option lain k.

Compare 60+ Couriers & Send At The Best Rate Book for Pos Laju, J&T, Pgeon, FedEx, TNT and many other couriers in EasyParcel. Book in 5 minutes and enjoy free pick up from your doorstep.

Bunga Cina / Melur Cina 04/08/2024

Bunga Cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya. Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah di tempat yang beriklim agak sejuk seperti di kawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum.

Kegunaan

Ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti Kencing manis (diabetes mellitus) , sariawan, demam dan sembelit. carnya untuk kencing manis 12 helai daun bunga Cina direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk sariawan p**a 7 helai daunnya diramas dengan secawan air, tapis dan campurkan air itu dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam p**a, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air, tapi , capur dengan gula batu dan minum 2 kali sehari. Untuk sembelit p**a ambil 3 biji buahnya, rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal satu gelas, minum airnya.

Selain itu, daun bunga cina juga merupakan antara daun yang boleh digunakan untuk mendapatkan jeli secara alami (cincau). Berikut adalah cara membuat cincau dari daun bunga cina.

Cuci bersih-bersih lebih kurang 30 helai daun bunga cina. rBuang semua habuk dan serangga yg ada pada daun.
Masukkan dalam besen kecil yang diisi air mati atau air bertapis. Ramas-ramas lebih kurang 10 minit hingga lendirnya keluar.
Tapis dengan penapis yg halus, boleh gunakan penapis teh kain atau guna kain maslin. Jangan biar serdak daunnya tertinggal.
Sejukkan hingga menjadi pepejal, diluar atau dalam peti ais.
Tambah ke dalam minuman kegemaran anda.Boleh diminum sejuk atau panas. Atau makan bersama santan dan gula merah/melaka atau susu. Bagus untuk sejukkan badan sepertimana lendirnya dapat menurunkan suhu badan ketika digunakan untuk menjarang kepala.

Bunga Cina / Melur Cina Bunga Cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menja...

The Plant Shop, Online Shop | Shopee Malaysia 23/07/2024

Menanam tumbuhan menggunakan keratan batang adalah pengembaraan penuh keseronokan dan cabaran. Bayangkan kita memilih keratan batang dari tanaman kegemaran, menanamnya dalam tanah lembap di pasu kecil dan sabar memeriksa, menyiram, serta memastikan ia mendapat segala yang diperlukan untuk pertumbuhan . Perasaan gembira muncul bila tunas hijau pertama kelihatan. Namun, kegagalan juga berlaku, mengajar kesabaran dan ketelitian. Pengalaman ini membina kemahiran berkebun dan rasa cinta kepada alam semula jadi.

ya... betul.. ayat-ayat atas generate guna chat gpt . dah ubah banyak tapi masih berbunyi AI.... hahhaha....saja nak ngajak korang jomle beli keratan kat kedai keratan kita ni... semai sendiri lagi thrill... kalau mati itu PENGALAMAN.... :-P

The Plant Shop, Online Shop | Shopee Malaysia Live plants specialist. We also sell Plant Tissue Culture consumables. We speak your language!! Discover exclusive deals and reviews of The Plant Shop online!

Photos from Melur.com's post 19/07/2024

Pencarian nama botani untuk pokok ini menemukan saya dengan kemungkinan nama botani yang paling hampir untuk pokok ca perdik iaitu Tabernaemontana bufalina. Daunnya sama cuma kelopak bunganya agak lain sedikit.

"Tabernaemontana bufalina is a species of plant in the family Apocynaceae.[1] It is found in southern China, Indochina, and western Malaysia." - info dari wikipedia.

Di dalam manuskrip perubatan melayu lama pokok cak perdik ada disebut. Diantaranya dalam dalam manuskrip MS1991. Ia disebut beginiπŸ‘‡

1991.004 Sebagai lagi, jikalau pada hari Rabu5 kelihatan purunya, jika laki-laki hendak naik puru jahat di dalam telinga sebelah kanan dan jika perempuan hendak naik puru jahat di dalam telinga sebelah kiri, dan akan ubatnya dan akar serai kayu yang sebelah matahari naik dan akar cak6 perdik itu. Asah. Beri minum, afiat.

***Puru(yaws) ialah jangkitan tropika pada kulit, tulang, dan sendi yang disebabkan oleh bakteria spiroket Treponema pallidum pertenue.

Photos from Melur.com's post 17/07/2024

Begonia torch atau dikenali juga dengan nama angelwing begonia kerana bentuk daunnya merupakan sejenis begonia yang mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Tanam ditempat yang tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari, jaga air nya InshaAllah ia akan menghasilkan daun yang segar dan bunga yang banyak. Ia sangat mudah dibiakkan dengan keratan batang. Daun dan bunganya boleh dimakan. Bunganya lebih banyak dimakan , rasanya masam-masam manis (sweet tart taste). Ia dicampur dalam salad untuk menyerikan warna salad.

20/05/2024

Setelah 2 dekad berhempas p**as sendirian, ini bantuan pertama kami terima. berbanyak terima kasih Pejabat Pertanian Jajahan Tumpat kerana telah transform stor kami hingga sesuai dijadikan makmal. next , proses pindah barang-barang lab dari kota tinggi πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ.

20/04/2024

jumpa video 3 tahun lepas time ngajar anak bongsu buat tissue culture. dah besar sekarang ni x tahu la minat lagi ke tak. kalau dulu dia la setia tunggu sebelah tengok kita buat kultur. sekarang lab tengah rehat . transition nak balik kelate, insyaAllah target jun ni beroperasi semula dari tempat baru

Melur.com 25/03/2024

Melur.com

Photos from Melur.com's post 19/03/2024

Cara kerja racun serangga organik ni memang menarik dan unik. dah organik mestilah semuanya menggunakan unsur-unsur organik. Bahan yang paling menarik digunakan ialah sejenis kulat / fungus dari jenis Metarhizum sp. & Beuaveria sp. yang bestnya cara kerja racun ialah apabila kita spray kat pokok , bug buster akan menyebabkan serangga yang disembur menjadi toksid kepada serangga lain. jadi serangga lain yang tersentuh dengannya akan mati. Ia sesuai untuk semua jenis pokok bunga dan sayuran dan boleh digunakan keatas pelbagai jenis serangga perosak seperti bena , ulat pengorek batang, ulat daun, ulat bulu, kesing dan belalang. Ia tidak merbahaya kepada manusia dan haiwan peliharaan. boleh klik sini kalau nak try

https://shopee.com.my/product/52372233/24669716907/

Photos from Melur.com's post 10/03/2024

jarang-jarang pos pasal ni nanti hampa lupa kami juai apa. sesapa yang cari herba-herba kering boleh PM kami ye....

tengah cari daun telinga kera kering atau segar , kalau ada DM ye.

10/03/2024

last shipment sebelum posa. 500kg herba kering pecah pecah beling grinded to 4mm (tea size). kalau ada yang nak beli herba kering boleh pm kami eheheh.... sekali sekala pos kat wall sendiri kot hampa tak ingat kami ada juai bendaalah ni.

BTW tengah cari daun telinga kera ni. fresh atau kering boleh pm tepi.

Photos from Melur.com's post 08/03/2024

Anda mencari pembekal herba kering? Harga kami terendah. Kualiti eksport.
Hubungi sekarang untuk info lanjut. http://wa.me/60194779004

Photos from Melur.com's post 06/03/2024

sekali sekala jumpa yang out of the box. malas nak cakap banyak suruh dia return je untuk refund ... hmmm kalau return pun kena minum sendiri la rasanya ..sebab sure beberapa sachet dah kena minum.... takpela semoga saya langsing ramadan setelah sekian lama menternak lemak.
https://shopee.com.my/product/52372233/7619132602/

Want your business to be the top-listed Home Improvement Business in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

satisfying..
Taman tumbuhan beracun..#melurcom  #onlinenursery Everyone
Kawalan rumput untuk ladang jagung organik..
Mcm ni baru la buah tak rosak..
First day pasar minggu Anjung melur
Petik buah menggunakan drone... #melurdotcom

Telephone

Address


Melurdotcom Trading (KT0384839-H) , Sebelah PPK Bunga Raya, Chabang Empat
Tumpat
16210

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 18:00

Other Nurseries & Gardening Stores in Tumpat (show all)
Hijau bumi tuhan Hijau bumi tuhan
Tumpat
Tumpat, 16200

Cikgu Nik Garden Cikgu Nik Garden
96, Jalan Lama Wakaf Bharu
Tumpat, 16210

Pembekal anak pokok