Zahidi Zainul Abidin

Zahidi Zainul Abidin

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Zahidi Zainul Abidin, Politician, .

04/10/2023

نَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞
Sahabat seperjuanganku Allahyarham Radzi Salim selamat kembali ke negeri abadi.
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang² yang beriman. آمين
Semoga Allah kurniakan seluruh keluarga ketabahan dan kesabaran dlm cabaran dan ujian hidup ini.
Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga.

24/07/2023

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ
“Ya Allah, ampunilah baginya, kasihanilah dia serta afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya serta muliakan kedudukannya dan lapangkanlah kuburnya"
غفر الله له ورحمه رحمة الأبرار، وأسكنه فسيح الجنان
Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt serta ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin,Aamiin🤲🏻

Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham YB Datuk Seri Salahuddin Ayub.

14/07/2023

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....
آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org yg beriman dan mulia di sisi Allah..Aamiin ya Allah.

Salam takziah kepada seluruh keluarga.

09/06/2023

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....
آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org yg beriman dan mulia di sisi Allah..Aamiin ya Allah.

Salam takziah kepada Dr Fathul Bari dan keluarga.

22/05/2023

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....
آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org yg beriman dan mulia di sisi Allah..Aamiin ya Allah.

Salam takziah buat seluruh keluarga.

24/04/2023
02/02/2023

[SINAR LIVE] Kenapa pilih PH ?

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendedahkan ramai pemimpin UMNO bakal meninggalkan parti itu secara besar-besaran dan mengikut beliau menyertai PH dalam masa terdekat.

Senario itu berlaku susulan sebilangan besar pemimpin dan akar umbi UMNO terkilan dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan MKT melaksanakan proses pembersihan parti secara besar-besaran tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Ikuti kupasan lanjut dalam Sinar Live pada Khamis, jam 8.30 malam bersama Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin, di semua platform digital Sinar Harian.

Ada soalan? Ajukan di ruangan komen.

Facebook: https://bit.ly/3eRMif7
Portal: www.sinarharian.com.my
Twitter: https://bit.ly/3em9ymy
Youtube: https://bit.ly/3tieLju

02/12/2022

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Menteri Besar Perlis yang keempat, Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh atas pemergiannya semalam.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

30/11/2022

Tahniah buat anakanda Nur Sarah!

Doa Papa dan Mama agar Sarah terus cemerlang dunia dan akhirat, insya-Allah.

19/11/2022

Terima kasih, xie xie, nanri, khop khun khap, syukran, thank you!

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih buat semua pengundi Padang Besar dan T**i Tinggi yang telah menunaikan kewajipan buat negara pada hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan petugas SPR yang bertungkus-lumus menjadikan gerak kerja PRU-15 ini lebih sempurna.

Sama-sama kita berdoa agar segalanya berakhir dengan kebaikan🇲🇾



**iTinggi

Photos from Zahidi Zainul Abidin's post 19/11/2022

Penghilang gusar petua segelas,
Berembun pagi air di pekan;
Padang Besar daulat digalas,
Mandat T**i Tinggi bersama langsaikan.

Alhamdulillah selesai mengundi di SK Lubuk Sireh.

Sama-sama kita keluar mengundi bagi menunaikan kewajipan yang berteraskan demokrasi berparlimen.

Kita pilih orang kita, demi maruah Padang Besar!




**iTinggi

18/11/2022

Selamat memilih buat warga Padang Besar.

Pakat pilih orang kita.
Pakat pilih lambang buku.
Demi maruah Padang Besar!



**iTinggi

18/11/2022

Assalamualaikum dan salam Padang Besar.

Warga Padang Besar yang dikasihi,

Saya, Zahidi Zainul Abidin, telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen anda selama dua penggal. Saya telah mengharungi pahit getir dan susah payah bersama-sama anda demi membangunkan Padang Besar dan menjamin kebajikan serta kesejahteraan seluruh penduduk.

Saya juga pernah berkhidmat sebagai ADUN Beseri selama 2 penggal dan saya pernah digugurkan sebagai calon pada PRU-12. Ketika itu, saya akur dengan keputusan pemimpin UMNO. Bahkan saya telah menyokong dan membantu dengan sepenuh tenaga sehingga membawa kemenangan kepada Cikgu Mat Rawi, calon BN di DUN Beseri pada waktu itu.

Tetapi pada kali ini, demi menegakkan pendirian saya untuk membela rakyat dan nasib generasi akan datang serta mengembalikan maruah UMNO, maka saya telah digugurkan sebagai calon BN oleh Zahid Hamidi.

Zahid Hamidi seorang perasuah serta perompak harta dan kekayaan negara. Zahid Hamidi telah merompak kemakmuran dan kesejahteraan generasi akan datang.

Zahid Hamidi kini berdepan dengan berpuluh-puluh kes mahkamah. Berdasarkan bukti dan keterangan, dia akan disabitkan bersalah. Demi menyelamatkan dirinya sendiri, dia sanggup menggadaikan nasib kita dengan meletakkan calon yang tunduk kepada kepentingan peribadinya sendiri.

Demi maruah bangsa dan Padang Besar, saya bangkit melawan!

Sebagai sebuah keluarga, saya akan terus memperjuangkan hak orang Padang Besar untuk diwakili oleh anak tempatan yang berwibawa.

Demi maruah Padang Besar, saya mengajak anda semua supaya keluar mengundi esok untuk menyatakan pendirian kita.

Maka itu, undilah saya Zahidi Zainul Abidin Calon Bebas, lambang BUKU untuk P.001 Parlimen Padang Besar dan N.01 DUN T**i Tinggi.

Nampak BUKU, ingat Tok D!





**iTinggi

18/11/2022

Hat yang dok luaq, selamat balik mai Perlis na!



**iTinggi

18/11/2022

Salam Jumaat.

Alhamdulillah, kemarin kami menyantuni anak-anak Maahad Tahfiz Ar-Rahman Semadong, Muqarabbin dan Mifta Hul Hidayah Tabligh di Terinai.

Kemudian, kami turun padang ronda satu Padang Besar. Walaupun hujan, ramai hadir memberi sokongan. Terima kasih buat semua.

Esok pakat semua kita turun mengundi na, elok keluar awai tak kaluit.

Pilih hat yang boleh majukan Padang Besar ni demi anak cucu kita!





**iTinggi

18/11/2022

Assalamualaikum dan salam Padang Besar.

Kepada semua pengundi muda khususnya para belia di Padang Besar, saya dengan rendah diri ingin menyeru agar gunakan hak mengundi kali pertama ini dengan sebaik-baiknya.

Buatlah pilihan yang tepat.
Pilih lambang buku.
Demi maruah Padang Besar!





**iTinggi

17/11/2022

Amin. Terima kasih Kak Sal❤️

Insya-Allah Kak, sama-sama la kita pilih orang kita untuk kerusi P.001 Parlimen Padang Besar demi anak cucu kita.





**iTinggi

17/11/2022

Terima kasih atas kepercayaan pemuda Padang Besaq.

Insya-Allah untuk P.001, kita pilih orang kita demi maruah Padang Besaq!




**iTinggi

17/11/2022

Tengah hari ni walkabout kami mula di Kg. Paya Kelubi. Bismillahirahmanirahim.





**iTinggi

17/11/2022

Dalam tiga hari ni kami pulun sungguh-sungguh nak habaq bagi jelas kat orang Padang Besaq manifesto kami semata-mata nak bagi Padang Besaq lagi maju dan pada masa sama boleh buka banyak lubang kerja untuk anak-anak jati Padang Besaq, insya-Allah.





**iTinggi

17/11/2022

Demi kelangsungan dan keharmonian Padang Besar, demi cinta dan kasih sayang kepada warga Padang Besar dan Negeri Perlis insya-Allah sama-sama kita realisasikan manifesto ini.





**iTinggi

17/11/2022

Macam-macam ada di pasar malam Kok Mak.

Semoga peniaga kita di sini dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah.

Photos from Zahidi Zainul Abidin's post 17/11/2022

Sembang santai bersama penduduk Kg. Baru T**i Tinggi dan Kg. Seri Berangan, Bukit Keteri.

Susah senang empat penggal sebagai wakil rakyat kita dah harung sama-sama. Saya yakin banyak lagi yang boleh kita sama-sama bagi perelok untuk anak cucu kita. Jangan biaq orang luaq dok perlekeh kita. Orang kita ni kaya dengan maruah.

Lusa, demi maruah Padang Besaq, sama-sama kita pakat pilih lambang BUKU.



**iTinggi

16/11/2022

Kemarin saya pi walkabout dan sembang santai pusing satu Padang Besaq.

Saya kongsikan daripada hati ke hati, perjuangan bersama untuk PRU-15 ni.

Manifesto “Ini Janji Saya” akan saya kotakan bersama dengan semua warga Padang Besaq dan Perlis.

Doakan sama.

Jangan lupa pilih lambang BUKU.



**iTinggi

16/11/2022

Terima kasih buat sahabat saya Man Pepe. Semua sahabat di Padang Besar ini ibarat keluarga saya. Sama-sama susah dan senang demi nak menghidupkan Padang Besar ni. Insya-Allah kita jalan terus. Perjuangan kita ini merupakan perjuangan bersama, demi maruah Padang Besar.



**iTinggi

15/11/2022

Lepaih ni target kita nak tingkatkan lagi pelaburan projek berimpak tinggi, tambah peluang pekerjaan dan memperkasakan prasarana digital.

Kita juga nak wujudkan litar permotoran bertaraf antarabangsa di Sungai Chuchoh dan menggiatkan lagi industri pelancongan di Padang Besar insya-Allah.

15/11/2022

Pagi ni sebelum mula kempen, pekena dulu kuih lompang kegemaran kami.

Bismillahirahmanirahim.

Photos from Zahidi Zainul Abidin's post 15/11/2022

Kita ni jangan dok harap kasih daripada orang luaq. Dalam kita berjuang, kita di Padang Besar kena seluloi dok skali.

Kita tolong kawan kita.
Kita sokong orang kita.
Pakat-pakat kita penaik Padang Besar ni insya-Allah.

Semua pakat pilih lambang BUKU na!




**iTinggi

15/11/2022

“Ini Janji Saya" buat Padang Besar!




**iTinggi

15/11/2022

Insya-Allah hanya yang terbaik untuk Padang Besar!




**iTinggi

15/11/2022

Selamat mengundi buat 224,828 anggota keselamatan negara!

Tunaikan tanggungjawab bersama.
Buat pilihan yang bijak.



**iTinggi

14/11/2022

Esok dah mula undi awal.

Saya ingin menyeru kepada semua, untuk mengundi saya Calon Bebas dengan lambang BUKU di Parlimen P.001 Padang Besar dan DUN N.01 T**i Tinggi.

Pilih lambang BUKU📖
Demi Maruah Padang Besar!




**iTinggi

14/11/2022

Saya di sini bukan untuk kepentingan peribadi. Saya di sini cuma nak mempertahankan hak dan peluang menjadi wakil rakyat anak Padang Besar dan Perlis pada masa hadapan.

Orang kita ja yang tahu orang kita.
Orang kita ja yang akan bela nasib kita.
Orang kita ja yang semangat nak majukan kawasan kita.

Insya-Allah demi maruah Padang Besar, sama-sama kita bersatu hati pilih orang kita pada PRU-15 ini.



**iTinggi

14/11/2022

Kemarin kami pi ronda kat area Felcra Lubuk Sireh dan Pasar Malam T**i Tinggi.

Dapat la pi berjumpa, sembang-sembang dengan depa. Dok dengaq cerita depa semua pakat mau orang sini jugak jadi calon yang depa kata lebih dekat di hati, mesra macam adik-beradik dan mudah nak buat kira apa pun.

Insya-Allah saya masih ada dan akan terus berjuang sama untuk semua.

19hb ni pakat semua pilih lambang buku na!




**iTinggi

13/11/2022

Pagi ni kami ronda kat Nat Mata Ayaq.

Alhamdulillah sronok tengok kawan-kawan meniaga. Macam-macam barang depa dok meniaga. Nampak gaya ekonomi peniaga makin baik.

Semoga makin bertambah rezeki hampa semua.



**iTinggi

13/11/2022

Kita di Padang Besar ni ibarat serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

Tak kira sesiapa, kita muafakat untuk memelihara agama, melindungi keharmonian dan membela maruah bersama.

Terbaik semua yang hadir semalam!




**iTinggi

Videos (show all)

Amin. Terima kasih Kak Sal❤️Insya-Allah Kak, sama-sama la kita pilih orang kita untuk kerusi P.001 Parlimen Padang Besar...
Dalam tiga hari ni kami pulun sungguh-sungguh nak habaq bagi jelas kat orang Padang Besaq manifesto kami semata-mata nak...
Lepaih ni target kita nak tingkatkan lagi pelaburan projek berimpak tinggi, tambah peluang pekerjaan dan memperkasakan p...
“Ini Janji Saya" buat Padang Besar!#DemiMaruahPadangBesar#KitaPilihOrangKita#TokD4PadangBesar#TokD4TitiTinggi#PRU15
Kemarin kami pi ronda kat area Felcra Lubuk Sireh dan Pasar Malam Titi Tinggi. Dapat la pi berjumpa, sembang-sembang den...
Kita di Padang Besar ni ibarat serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Tak kira sesiapa, kita muafakat untuk memelihara a...
Insya-Allah saya akan teghuih pahadoi pada oghang Padang Besaq! #PRU15 #DemiMaruahPadangBesar #TokD4PadangBesar #TokD4Ti...
Pagi tadi kami singgah di Nat Balai Baru. Seronok tengok orang kita meniaga. Dah la depa pakat hemoi dengan kita. Macam-...
Sahabat-sahabat saya di Beseri dan Chuping ini cukup dekat dengan saya. Selama dua dekad ini, mereka setia bersama saya....
[VIDEO] Tahniah kepada semua peserta Institut Kemahiran Mara Kuala Lumpur yang telah berjaya menamatkan kursus kecekapan...
[Video] Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2022 yang berlangsung semalam 16 Oktober 2022 di I...
Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2022

Website