Zahidi Zainul Abidin Videos

Videos by Zahidi Zainul Abidin.

Amin. Terima kasih Kak Sal❤️

Insya-Allah Kak, sama-sama la kita pilih orang kita untuk kerusi P.001 Parlimen Padang Besar demi anak cucu kita.

#PRU15
#DemiMaruahPadangBesar
#KitaPilihLambangBuku
#TokD4PadangBesar
#TokD4TitiTinggi

Other Zahidi Zainul Abidin videos

Amin. Terima kasih Kak Sal❤️ Insya-Allah Kak, sama-sama la kita pilih orang kita untuk kerusi P.001 Parlimen Padang Besar demi anak cucu kita. #PRU15 #DemiMaruahPadangBesar #KitaPilihLambangBuku #TokD4PadangBesar #TokD4TitiTinggi

Dalam tiga hari ni kami pulun sungguh-sungguh nak habaq bagi jelas kat orang Padang Besaq manifesto kami semata-mata nak bagi Padang Besaq lagi maju dan pada masa sama boleh buka banyak lubang kerja untuk anak-anak jati Padang Besaq, insya-Allah. #PRU15 #DemiMaruahPadangBesar #KitaPilihOrangKita #TokD4PadangBesar #TokD4TitiTinggi

Lepaih ni target kita nak tingkatkan lagi pelaburan projek berimpak tinggi, tambah peluang pekerjaan dan memperkasakan prasarana digital. Kita juga nak wujudkan litar permotoran bertaraf antarabangsa di Sungai Chuchoh dan menggiatkan lagi industri pelancongan di Padang Besar insya-Allah. #PRU15 #PilihLambangBuku #DemiMaruahPadangBesar

“Ini Janji Saya" buat Padang Besar! #DemiMaruahPadangBesar #KitaPilihOrangKita #TokD4PadangBesar #TokD4TitiTinggi #PRU15

Kemarin kami pi ronda kat area Felcra Lubuk Sireh dan Pasar Malam Titi Tinggi. Dapat la pi berjumpa, sembang-sembang dengan depa. Dok dengaq cerita depa semua pakat mau orang sini jugak jadi calon yang depa kata lebih dekat di hati, mesra macam adik-beradik dan mudah nak buat kira apa pun. Insya-Allah saya masih ada dan akan terus berjuang sama untuk semua. 19hb ni pakat semua pilih lambang buku na! #DemiMaruahPadangBesar #PRU15 #TokD4PadangBesar #TokD4TitiTinggi

Kita di Padang Besar ni ibarat serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Tak kira sesiapa, kita muafakat untuk memelihara agama, melindungi keharmonian dan membela maruah bersama. Terbaik semua yang hadir semalam! #DemiMaruahPadangBesar #KitaPilihOrangKita #TokD4PadangBesar #TokD4TitiTinggi

Insya-Allah saya akan teghuih pahadoi pada oghang Padang Besaq! #PRU15 #DemiMaruahPadangBesar #TokD4PadangBesar #TokD4TitiTinggi

Pagi tadi kami singgah di Nat Balai Baru. Seronok tengok orang kita meniaga. Dah la depa pakat hemoi dengan kita. Macam-macam dok ada kat sana. Hampa jangan lupa naa, 19hb ni undi orang kita! #PRU15 #DemiMaruahPadangBesar #TokD4PadangBesar #TokD4TitiTinggi

Sahabat-sahabat saya di Beseri dan Chuping ini cukup dekat dengan saya. Selama dua dekad ini, mereka setia bersama saya. Banyak perubahan tak kira dari sudut ekonomi, peluang pekerjaan dan juga kesalinghubungan digital. Terima kasih kerana terus setia. Insya-Allah sama-sama kita terus tekad berjuang demi maruah Padang Besar. #PRU15 #DemiMaruahPadangBesar #TokD4PadangBesar #TokD4TitiTinggi

[VIDEO] Tahniah kepada semua peserta Institut Kemahiran Mara Kuala Lumpur yang telah berjaya menamatkan kursus kecekapan wajib menerusi program Jalinan Digital Negara (JENDELA) kendalian Telekom Malaysia dan Yayasan Ekonomi Padang Besar. Saya percaya inisiatif ini dapat meningkatkan kebolehpasaran serta melahirkan lebih ramai anak bumiputera yang melibatkan diri dalam bidang telekomunikasi. #KestabilandanKemakmuran #KeluargaMalaysiaTeguhBersama #TokDiPadangBesar

[Video] Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2022 yang berlangsung semalam 16 Oktober 2022 di Institut Kemahiran MARA Beseri, Perlis. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM Jabatan Penerangan Malaysia #PengisahanKenegaraan #KeluargaMalaysiaTeguhBersama #TokDiPadangBesar

Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2022
[Langsung] Saksikan Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2022 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin #KKOMM #JabatanPenerangan #KeluargaMalaysia #TeguhBersama